Jumaat, 25 Januari 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ahmad Zahid fail saman fitnah terhadap Rafizi

Posted: 25 Jan 2013 07:13 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR,— Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli (gambar) berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.

Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai

Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. — Bernama

Kes Sugumar: Protes desak anggota polis didakwa, gantung tugas

Posted: 25 Jan 2013 07:03 AM PST

Oleh: Mohd Arif Juhani

KAJANG : Kira-kira 50 individu termasuk ahli keluarga C Sugumar mengadakan protes di depan IPD Kajang, bagi mendesak anggota polis terlibat dengan kematiannya dibawa ke muka pengadilan.

Beberapa kain rentang yang ditulis "Polis Pembunuh", "Najib Tindas Masyarakat India", "Jangan Bodohkan Rakyat" turut dipapar sebagai respon kezaliman anggota polis.



Bagaimanapun, polis enggan membenarkan peguam dan keluarga mendiang masuk ke IPD berkenaan bagi membuat laporan berhubung kematiannya.

Sehubungan itu, peguam N Surendran berkata, satu lagi protes akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Selasa depan.

Beliau turut mengutuk kenyataan Ketua Polis Daerah (OCPD) Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab yang mendakwa Sugumar mati akibat serangan jantung.

"Ramai saksi berada di tempat kejadian nampak Sugumar dibelasah hingga mati dengan tangan bergari di belakang dan ada polis melumur muka mangsa dengan serbuk kunyit. Tapi kita kesal OCPD membela polis terbabit dan menipu rakyat kononnya mangsa mati akibat serangan jantung.

"Kita beri amaran kepada polis dan KDN, jangan cuba tutup kes ini dan mahu tindakan di ambil bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh," katanya.

"Tuntutan protes hari ini mendesak polis terlibat ditangkap, digantung (tugas) dan didakwa ke mahkamah," katanya yang juga peguam keluarga mangsa.

Turut hadir Peguam Latheefa Koya, Adun Kajang, Lee Kim Sin; Penyelaras DUN Semenyih, Nor Azlan Hj. Mohammad; AJK Biro Maklumat KEADILAN, K. Gunasekaran; Ajk AMK Hulu Langat, Ananthakannan yang juga sepupu mangsa; Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan, peguam, aktivis politik dan pemberita.



Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam menuntut polis mendengar desakan rakyat dan keluarga untuk membenarkan bedah siasat kedua dijalankan.

"Saya desak Ketua Polis (COP) Selangor segera tubuh badan siasatan bebas, siasat isu sebenar dan tangkap korporal dan sarjan polis terlibat.

"Kita desak bedah siasat kedua dibuat di hospital universiti atau mana-mana hospital lain kerana kita tidak yakin kredibiliti Hospital Serdang.

"Kita beri masa selama 48 jam, jika bedah siasat kedua tidak dibuat, mayat Sugumar akan dibawa ke IPD Kajang dan satu lagi protes akan diadakan!," ujarnya.

Semalam, media melaporkan kematian Sugumar, 40 selepas dibelasah 4 enggota polis dan orang ramai dalam keadaan tangan bergari. Malah anggota polis berkenaan turut memijak tengkuk mangsa dan melumur serbuk kunyit di mukanya. Kejadian tersebut berlaku berhampiran rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat.

Aktivis Himpunan Hijau lancar kempen ‘boikot’ di depan bank HSBC

Posted: 25 Jan 2013 06:59 AM PST


Sebagai simbolik, Penengerusi Himpunan Hijau Wong Teck bersama aktivis lain telah memotong kad HSBC milik mereka sebagai tanda protes. — Gambar oleh Choo Choo May
 
KUALA LUMPUR — Sekumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau berkumpul di perkarangan ibu pejabat perbankan antarabangsa HSBC di ibu kota hari ini dan melancarkan kempen "boikot" bank tersebut yang didakwa mereka terlibat dalam menjalankan urusan dengan kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Corp Sdn Bhd di Kuantan.
 Seramai 20 orang berhimpun dengan pakaian hijau sebagai simbolik menentang kilang di Lynas dan membawa sepanduk menggesa HSBC menjelaskan dakwaan terlibat sama dalam pembinaan kilang kontroversi tersebut.

"Hari ini adalah langkah pertama Himpunan Hijau bagi menggesa pihak bank HSBC tampil menjelaskan hubungan mereka dengan kilang Lynas," kata Pengerusi Himpunan Hijau Wong Teck dalam sidang medianya di sini.

"Sehingga kini mereka masih berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan."

Beliau juga memberi amaran kepada HSBC akan meluaskan kempennya untuk memboikot syarikat perbankan tersebut jika masih berdiam diri.

"Jika mereka masih berdiam diri, pihak kami akan meluaskan kempen memboikot.

"Kami akan guna laman sosial dan beberapa platform lain untuk memberitahu orang awam supaya menghentikan sebarang urusan dengan HSBC," kata Wong yang juga mempertikaikan profesionalisme bank tersebut kerana enggan berterus-terang.

Langkah yang diambil hari ini adalah yang terbaru dirancang oleh kumpulan tersebut sebagai salah satu usaha untuk menekan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembinaan loji toksik tersebut tampil menyatakan pendirian mereka dan tidak berselindung
Sebagai simbolik, Wong bersama aktivis lain telah memotong kad HSBC milik mereka sebagai tanda protes..

Kumpulan tersebut sebelum ini telah mengadakan satu himpunan besar-besaran pada 25 November 2012 dimana ribuan orang ramai telah turun ke Dataran Merdeka sebagai tanda protes terhadap pembinaan loji Lynas tersebut.

Malahan, Himpunan Hijau juga telah berjalan hampir sejauh 300 km selama 13 hari yang bermula di Kuantan bermula pada 13 November tahun lalu.

Selain itu, kumpulan ini juga mendapat sokongan empat NGO lain seperti Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, (Ban Cyanide Committee), gabungan NGO Pengerang, dan NGO, anti-empangan Murum.

Mahkamah rayuan hidupkan semula kes saman fitnah Anwar terhadap Anifah

Posted: 25 Jan 2013 06:57 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

PUTRAJAYA,— Mahkamah Rayuan di sini hari ini menghidupkan semula kes saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Panel hakim tiga anggota dipengerusikan Datuk Ramly Ali sebulat suara membenarkan rayuan Anwar bagi menghidupkan semula saman sivil beliau terhadap  Anifah atas kapasiti peribadi menteri itu.

Kes itu juga diperintahkan dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan di hadapan hakim yang lain.

Panel yang turut dianggotai Datuk Anantham Kasinater dan Datuk David Wong Dak Wah, bagaimanapun menolak dengan kos rayuan Anwar untuk menghidupkan semula samannya terhadap Anifah atas kapasiti rasmi beliau sebagai Menteri Luar dan kerajaan Malaysia.

Pada 5 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan untuk membatalkan saman Anwar terhadap mereka berhubung tuduhan yang didakwa dibuat menteri itu pada Mei 2010 semasa sidang akhbar di Jabatan Negara di Washington.

Panel itu memerintahkan Anwar membayar RM10,000 sebagai kos perundangan.

Peguam yang mewakili Anifah, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah beliau menerima arahan untuk membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.

Pada 27 Mei 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasiti peribadi dan rasmi beliau dan kerajaan Malaysia mendakwa menteri itu memfitnahnya dalam sidang akhbar bersama Anifah dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa tuduhan Anifah tidak berasas dan cuai.

Beliau mendakwa kenyataan Anifah telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.

Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Anwar diwakili peguam R.Sivarasa manakala Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili Anifah, atas kapasiti rasmi beliau dan kerajaan. — Bernama

Ibu bapa William kenalpasti mayat kanak-kanak dijumpai anak mereka

Posted: 25 Jan 2013 06:53 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


PETALING JAYA,— Ibu bapa kepada William Yau Zhen Zhong, 6, mengenal pasti mayat kanak-kanak yang dijumpai di Pelabuhan Klang petang semalam adalah anak mereka yang dilapor hilang 16 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata mayat kanak-kanak itu dikenal pasti berdasarkan pengecaman oleh pasangan itu yang menemui dua parut di belakang kepala dan satu di dahi kanak-kanak berkenaan yang mempunyai persamaan dengan William.

"Ibu bapa William turut mengesahkan seluar pendek dan seluar dalam mayat kanak-kanak itu kepunyaan anak mereka.

"Dan berdasarkan siasatan awal, polis mendapati mayat kanak-kanak yang dijumpai pada 6.30 petang semalam 75 peratus mirip William," kata Yahaya kepada pemberita di sini hari ini.

Yahaya berkata laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang hari ini mendapati kanak-kanak yang dijumpai itu telah meninggal dunia kira-kira seminggu lepas, namun punca sebenar kematian belum dikenal pasti kerana keadaan mayat yang reput dan banyak organ dalaman yang rosak.

Beliau berkata pengesahan sama ada mayat kanak-kanak yang dijumpai itu adalah William akan diketahui selepas keputusan ujian DNA dikeluarkan dalam tempoh 72 jam.

Petang semalam, mayat seorang kanak-kanak berpakaian lengkap dijumpai tersangkut di jeti Kampung Sungai Sireh oleh seorang lelaki, sebelum dibawa ke HTAR untuk bedah siasat.

William, anak kedua pasangan Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, dilapor hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Yahaya berkata buat masa ini, polis belum mengenal pasti suspek terlibat dan siasatan sedang dijalankan.

"Kami belum ada maklumat konkrit lagi, cuma kami sudah merakam keterangan beberapa orang yang kami panggil untuk membantu siasatan," katanya. — Bernama

"Syaitan Yang Dikenali" Menyamar Sebagai Penyokong PAS!

Posted: 25 Jan 2013 06:50 AM PST


KELAB GREENBOC

Demo guna bendera PAS bukti Umno terdesak

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman menyifatkan tindakan sekumpulan pemuda mengaku ahli PAS dan mambawa bendera parti itu ketika demonstrasi di Kota Bharu semalam sebagai tindakan terdesak Umno BN.

Beliau berkata, tindakan itu juga sebenarnya cubaan untuk melaga-lagakan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain.

"Kita tidak mengenali peserta yang menyertai himpunan tersebut, malah tidak mengetahui langsung ada perhimpunan sedemikian.

"Apa yang boleh saya katakan ini merupakan tindakan terdesak Umno untuk melaga-lagakan PAS dan DAP bagi tujuan untuk politik mereka," jelasnya kepada Harakahdaily.

Semalam, hampir 20 orang pemuda berkumpul di Kg. Padang Enggang kononnya bagi mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah Allah.

Mengulas lanjut, Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, ahli PAS sentiasa menghormati setiap keputusan yang telah diputuskan oleh peringkat pimpinan tertinggi parti termasuk Majlis Syura dan tidak akan bertindak sedemikian.

Abdul Latif juga menjelaskan, tindakan tersebut juga menunjukkan Umno gagal menangani isu kalimah Allah walaupun agansi penguatkuasaan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) berada di bawah penguasaan mereka.

"Mereka (Umno) cuba menutup kegagalan mereka dengan menunding kepada PAS, dan mereka akan cuba mewujudkan perbalahan antara parti di dalam Pakatan bagi mencari undi Melayu.

"Kita dalam Pakatan tidak akan cepat melatah dan mengganggap itu hanya satu provokasi yang dilakukan oleh Umno, yang begitu terdesak untuk mempertahankan kemenangan mereka," tegas beliau.

Ulasan GB

Anehnya berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA yang disiarkan oleh akhbar-akhbar pencacai siap dengan gambar mereka yang berdemo menyatakan itu penyokong PAS.

Dan mereka itu dengan beraninya menunjuk dan mengibarkan bendera PAS.

Seolah-olah ada perancangan BERNAMA dan jurugambar tersebut untuk memburukkan PAS.

PAS, sebagai sebuah parti sah, boleh mengambil tindakan ke atas pendemo tersebut termasuk agensi berita BERNAMA dan jurugambar lantaran berita yang memfitnah PAS.

Konflik Umno Johor, rakyat perlu buka mata

Posted: 24 Jan 2013 11:35 PM PST

Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR: Rakyat Johor diseru menilai sendiri berhubung konflik dalaman yang melanda Umno negeri itu demi masa depan mereka.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pergeseran dalaman Umno di Johor itu diperingkat kronik termasuk hilang kepercayaan kepada menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman itu sendiri.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, sebahagian besar cawangan parti di Pasir Gudang menutup bilik gerakan kerana kecewa dengan tindakan Abdul Ghani yang masih belum memberi hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Laporan berkenaan memetik kenyataan pegerusi tetap Umno bahagian tersebut, Abu Bakar Alibi yang mendakwa lima bilik gerakan ditutup dan empat lagi dijangka mengambil tindakan sama menjelang pilihan raya.

"Kegagalan Abdul Ghani dalam mempertahankan kampung-kampung melayu dan juga tanah menyebabkan orang-orang Melayu di sana akan kehilangan tanah mereka.

"Kampung-kampung Melayu juga semakin terpinggir apabila kerajaan negeri gagal memberi jamin untuk mempertahankan hak mereka, apabila Umno lebih mementingkan pembangunan dari menjamin hak orang Melayu terutama dalam isu tanah," kata Salahudin.

Menurut beliau lagi, isu pengambilan tanah yang diperjuangkan PAS terutamanya di Pengerang membuktikan bahawa isu tanah adalah isu serius di negeri itu.

Ianya juga membuktikan kegagalan Umno BN negeri itu membela nasib rakyat termasuk ahli Umno sendiri berhubung isu itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan didakwa mengeluarkan amaran kepada pemimpin akar umbi di Pasir Gudang yang menutup bilik gerakan tersebut.

Ahmad berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Umno yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Dolomite: Kami tak diberi peluang suara pandangan

Posted: 24 Jan 2013 11:32 PM PST

MALAYSIA KINI


 
Dolomite Corporation Bhd dilaporkan tidak dibawa berunding dalam proses membuat keputusan yang membawa kepada pembatalan projek kondominium di Batu Caves.

Akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, memetik Pengarah Urusan syarikat tersebut, Lew Choong Keong yang terkejut dan kecewa dengan pembatalan projek itu semalam.

"Keputusan itu, yang dibuat semata-mata atas syor Jabatan Perancang Bandar negeri, adalah tidak wajar," katanya dalam laporan tersebut

Lew dilaporkan berkata, selepas dua cubaan untuk bertemu dengan menteri besar dan pihak berkuasa berkaitan, pihaknya tidak diberi peluang untuk membentangkan kes atau penemuan mereka, ataupun diberi peluang meneliti hasil penyelidikan yang dibentangkan oleh jabatan perancangan bandar untuk ketepatan dan perbincangan lanjut.

Menurutnya lagi, Dolomite bersedia untuk memberikan bukti dari pakar-pakar industri bahawa projek tersebut memenuhi piawaian keselamatan dan piawaian alam sekitar.

Lew juga dilaporkan mengadu bahawa kenyataan tujuh perenggan kerajaan negeri mengumumkan pembatalan projek tersebut adalah kabur tentang bagaimana projek itu mungkin membahayakan penduduk dan kawasan sekitarnya.

Kontroversi mengenai projek kondominium itu, yang terletak berhampiran kuil Batu Caves, pertama kalinya tercetus apabila MIC dan jawatankuasa kuil mengadakan bantahan terhadap tahun lepas.

Kerajaan negeri kemudiannya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyelia semua pembangunan di kawasan itu, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membatalkan projek ini jika BN merampas semula Selangor.

PKR bidas PM diam diri isu bakar Bible

Posted: 24 Jan 2013 11:31 PM PST

 


 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak segera mengutuk seruan PERKASA supaya dibakar Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.

NONEBeliau berkata, pihak tahu bahawa peranan PERKASA itu disalurkan
oleh Umno untuk menyemarakkan ketaksuban perkauman.

Anwar berkata, pihaknya juga belum mendengar sebarang respons yang tegas dari kepimpinan Umno.

"Tidak ada dari perdana menteri atau pun menteri dalam negeri," katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini.

Kakitangan Wanita Sebuah Bank Ditahan Kebas Wang Lisa Surihani RM50,000

Posted: 24 Jan 2013 11:26 PM PST

 
KELAB GREENBOC

Lisa Surihani Syukur Misteri Kehilangan RM50,000 Hampir Terlerai

Pelakon Lisa Surihani (gambar), 26, bersyukur apabila pihak pihak polis berjaya menahan individu yang menceroboh akaunnya pada 11 Januari lalu sehingga mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM50,000. Alhamdulillah, selesai kes.

Akhbar Harian Metro melaporkan, Lisa telah dimaklumkan mengenai tahanan tersebut dan diminta menunggu tindakan susulan daripada pihak polis.

"Saya sangat menghargai kerjasama diberikan polis dan bank sehingga tertangkapnya individu itu dan syukur keadilan yang dimahukan hampir tertunai," katanya.

Pada Selasa, rahsia kehilangan wang simpanan pelakon itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati ia dilakukan kakitangan bank sebelum menahannya.

Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran RM50,000 yang direkodkan pengeluarannya di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini.

Wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata itu ditahan jam 10 pagi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Katanya, hasil siasatan awal, wanita terbabit memang berkeupayaan untuk melakukan pemalsuan dokumen artis itu kerana sememangnya bekerja dengan bank berkenaan sebelum membuat kad ATM baru untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah.

Dalam pada itu, Lisa berkata, insiden terburuk sejak bergelar artis itu turut memberi pengajaran untuknya lebih berhati-hati pada masa depan.

Lisa sebelum ini dilaporkan kehilangan RM50,000 sejurus kehilangan kad pengeluaran wang automatik (ATM), namun hanya disedarinya ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, ketika ingin membuat pengeluaran di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, ibu pelakon berkenaan membuat semakan baki dan mendapati wang simpanan berkurangan.

Hasil rujukan di bank, mereka dimaklumkan kad ATM terbabit tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuan. -mstar

CEC: Pengerusi cawangan DAP buat laporan pada ROS

Posted: 24 Jan 2013 11:23 PM PST



 
Isu keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini, kelihatan tidak berkesudahan dengan hari ini DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Seremban berhubung apa didakwa sebagai penipuan terhadap sistem demokrasi.

Laporan itu dibuat pengerusi DAP cawangan itu Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason kepada Pegawai Pendaftar ROS Zainor Shida Arshad.

Pada sidang akhbar selepas membuat laporan itu, Richard mendakwa pemilihan itu jelas menunjukkan ada amalan ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.

"Jika benar parti DAP menggunakan nama Democratic Action Party (DAP) sebagai prinsip perjuangan mereka, sepatutnya ia diamalkan secara telus ketika berlangsungnya pemilihan parti tersebut.

"Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang. Saya sedih apabila mendapati kaum saya, masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP itu diubah kepada `Autocratic Action Party' atau AAP," katanya.

Richard berkata DAP seharusnya menghapuskan amalan nepotisme dan memberi peluang kepada pemimpin baharu menguruskan parti dan mengesyorkan pemilihan CEC diadakan semula bagi menunjukkan parti itu mengamalkan demokrasi.

"DAP asyik menyebut perihal bersih di luar parti, sedangkan rumah sendiri kotor. Bersihkan rumah kita dahulu, baru negara.

"Jika kepimpinan tinggi DAP masih enggan mengadakan pemilihan semula CEC, usahlah bercakap soal demokrasi dalam DAP, ubahlah nama DAP kepada AAP. Jika benar parti ini mengamalkan demokrasi, buatlah pemilihan semula," katanya yang telah menyertai parti itu sejak lapan tahun lalu.

Beliau berkata laporan yang dibuat hari ini bukan bersifat peribadi sebaliknya atas kemahuan ahli akar umbi dan beliau sedia menerima tindakan disiplin daripada parti termasuk kemungkinan disingkir dari parti.

"Sebelum membuat laporan kepada ROS, saya telah berbincang dengan ahli dan mereka bersetuju dengan tindakan ini," katanya.-Bernama

Tanah Kompleks Sukan Dijadikan Pangsapuri Mewah

Posted: 24 Jan 2013 11:20 PM PST


PC Ng Suee Lim SAT1M Taman Seri Muda 02

SHAH ALAM  : Dahulu, masyarakat sekitar Seksyen 25, Taman Sri Muda sepatutnya mendapat sebuah Kompleks Sukan Rekreasi dan Pusat Komuniti bagi tujuan riadah dan majlis keramaian mereka.

Tetapi akibat daripada campurtangan politik pada zaman pentadbiran Umno-BN, tanah tujuh ekar untuk projek-projek tersebut telah digunakkan untuk mendirikan sebuah projek pangsapuri mewah dengan 691 unit.

Projek pembangunan lima blok pangsapuri tujuh hingga 14 tingkat dengan itu dimulakan selepas mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) pada 2007.

Timbalan Setiausaha DAP negeri, Ng Suee Lim mendakwa, tanah itu diberikan milik kepada Umno Bahagian Kota Raja dengan bayaran harga nominal iaitu sebanyak RM1,000 sahaja berbanding harga pasaran sebanyak kira-kira RM 10 juta.

Katanya, tanah terbabit merupakan salah satu daripada 24 keping tanah di seluruh negeri yang dibeli pada harga yang begitu murah, iaitu premium RM 1 setiap metre persegi, oleh parti Umno-BN.

Beliau yang juga Adun Sekinchan mendakwa tanah di Taman Sri Muda itu sepatutnya dibahagikan antara Umno Bahagian Kota Raja dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Dalam jawatankuasa tanah Pejabat Tanah daerah Klang menetapkan sebanyak 4 ekar diberikan kepada MBSA dana tiga ekar lagi kepada Umno bahagian Kota Raja dengan bayaran mengikut harga semasa.

"Bagaimanapun selepas MKKN, 4 ekar diberikan kepada Umno dan 3 ekar diberikan kepada MBSA dengan harga nominal sebanyak RM1,000 sahaja.

"Bagaimanapun, apa yang kita lihat dan mengikut pelan pembangunan yang diperolehi, hampir kesemua tanah tujuh ekar itu dimiliki oleh Umno bahagian Kota Raja.

"MBSA hanya mendapat sebuah dewan yang keluasannya tidak sampai satu ekar," katanya dalam sidang media di tapak projek pembangunan itu.

Hadir sama Ketua Penerangan PKR negeri, Shuhaimi Shafei.

Suee Lim menambah pada tahun 2005, sebanyak 11 permohonan dari syarikat swasta untuk membina bangunan kediaman atau perniagaan.

Tetapi permohon juga diterima untuk membina kompleks sukan itu, iaitu daripada bekas Adun Seri Muda ketika itu Datuk Amzah Omar.

"Oleh kerana kroninya, mereka memberikan kepada beliau yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Kota Raja," katanya.

Sementara itu, Shuhaimi berkata skandal yang dinamakannya "Sapu Tanah 1 Malaysia" (SaT1M) itu merupakan satu lagi bukti penyelewengan yang dilakukan Umno-BN.

"Menjadi pertikaian skandal SaT1M ini apabila kita dapat lihat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dipergunakan oleh parti politik mereka (Umno-BN).

"Hasil kerjasama Umno-BN dan pemaju membolehkan parti itu mendapat keuntungan berjuta ringgit. Harga seunit pangsapuri ini kini mencecah lebih RM250,000," katanya.

Sehubungan itu, mereka mengesyorkan pihak yang terlibat dalam perkara terbabit membayar sejumlah wang kepada MBSA berikutan tanah milik MBSA yang turut diambil bagi kegunaan pembangunan itu.

PC Ng Suee Lim SAT1M Taman Seri Muda 01 PC Ng Suee Lim SAT1M Taman Seri Muda 03

Pelajar SMK Seksyen 7 Antara Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2013

Posted: 24 Jan 2013 11:18 PM PST


anugerah malidur rasul 2013  nawarzir 01

SHAH ALAM, : Seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, di sini, tidak menyangka apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Saidina Ali sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor tahun ini.

Pelajar tersebut, Nawarzir Ahmad Zuri, 18, dipilih berdasarkan pencapaian akademiknya yang cemerlang apabila mendapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tidak hanya cemerlang dalam akademik, anak tunggal ini juga aktif dalam bidang kokurikulum di mana beliau dilantik sebagai Ketua Fasilitator Kursus Kepimpinan Murid Tahun 2012.

Semasa ditemui, Nawarzir melahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas pemberian anugerah tersebut yang disifatkan sebagai pembakar semangat kepada dirinya untuk menjadi lebih baik.

"Saya berkenan menjunjung duli ke atas DYMM Sultan Selangor kerana telah berkenan memilih saya sebagai penerima anugerah ini.

"Terima kasih juga kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan seluruh ahli keluarga serta guru-guru di SMK Seksyen 7.

"Saya akan terus berusaha dengan bersungguh-sungguh dan memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara.

anugerah malidur rasul 2013 abdul aziz   01

"Saya juga ingin menyeru kepada semua remaja yang menjadi aset negara ini untuk berpegang kepada ajaran Islam supaya segala perbuatan diberkati," katanya.

Beliau yang dilahirkan di Petaling Jaya menerima wang tunai RM5000, sijil penghargaan, piala iringan dan sepersalinan pakaian yang disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Nawarzir yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang Agama Islam pernah memegang jawatan sebagai Pemimpin Khatam Al-Quran di sekolah, Iftar Jamie dan Solat Terawih 2012.

Beliau juga menjadi Penyampai Tazkirah Sempena Program Ihya 2011 dan terlibat dalam Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M.

Pemegang Anugerah Tokoh Murid 2012 ini turut pernah dianugerahkan Anugerah Khas Tokoh Akademik, Anugerah Tokoh Pemimpin Murid Lelaki, Anugerah Lencana Kecemerlangan Gemilang Emas Akademik Peperiksaan Percubaan SPM, Anugerah Kecemerlangan Sahsiah dan Anugerah Kecemerlangan Gemilang Perak PMR.

Sementara itu, penerima Anugerah Khalid Al-Walid, Tan Sri Ismail Adam, 63, berasa terharu apabila diberi pengiktirafan dalam sambutan tahun ini.

Beliau yang telah berkhidmat selama 38 tahun dalam perkhidmatan awam bertekad untuk terus menyumbang tenaga dan bakti kepada negeri selagi diberi kudrat oleh Ilahi.

"Apalah sangat sumbangan yang saya berikan kepada negeri, tetapi saya amat bersyukur dan terharu kerana dipilih untuk menerima anugerah ini.

"Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada DYMM Sultan dan Kerajaan Negeri atas pengiktirafan ini," katanya yang kini berkhidmat sebagai penasihat di Syarikat Prasarana Sdn Bhd.
Selain itu, turut menerima anugerah pada sambutan tahun ini ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Datuk Abdul Aziz Andik Achok, 78, (Anugerah Umar Abdul Aziz).

Juga menerima anugerah ialah Pegawai Penyelidik Agensi Nuklear Malaysia, Dr Mohd Abdul Wahab Yusof, 53, (Anugerah Imam Al-Ghazali) dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Datin Paduka Dr Zaleha Kamaruddin, 52, (Anugerah Saidatina Khadijah).

Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah antara RM 15,000 dan RM 10,000 beserta sijil penghargaan, piala iringan dan sepersalinan pakaian.

malidur rasul 2013 semua

DAP dakwa k'jaan Perak beri tanah pada syarikat kroni

Posted: 24 Jan 2013 11:13 PM PST

MALAYSIA KINI


 
Ketua Pemuda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh mempersoalkan keputusan kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 32.07 ekar kepada sebuah syarikat kaitan Umno yang dikatakan tiada pengalaman dalam pembangunan perumahan.

Beliau memetik maklumat yang diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan berkata bahawa syarikat berkenaan telah didaftarkan pada lewat tahun 2010 dengan modal berbayar sebanyak RM2.

Bagaimanapun, kira-kira setahun kemudian, ia telah dianugerahkan tanah di Kamunting untuk pembangunan perumahan.

"(Syarikat ini) tidak mempunyai latarbelakang dan pengalaman dalam pembangunan perumahan, tetapi boleh mendapatkan tanah ini dari kerajaan negeri. Apakah garispanduan kerajaan?" soalnya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

NONEWong (kiri) juga mempersoalkan mengapa tanah itu dianugerahkan kepada syarikat tersebut tanpa melalui tender terbuka.

Wong, yang juga ADUN Canning, menegaskan bahawa pemegang saham syarikat tersebut dan kebanyakan ahli lembaga pengarahnya terdiri daripada pemimpin Umno.

Katanya, dari carian profil syarikat ini, ia menunjukkan bahawa keseluruhan proses pemberian tanah tersebut menimbulkan pertanyaan.

Oleh itu, katanya, BN yang menerajui kerajaan negeri mesti menjawab setiap isu dan biarkan rakyat membuat keputusan.

Malaysiakini
tidak menyiarkan nama mereka dan nama syarikat terbabit, sementara menunggu jawapan mereka.

Wong juga menyertakan dokumen yang didakwa dari SSM dan Pejabat Tanah dan Galian Perak bagi menyokong dakwaannya itu.

Sokongan kepada Pakatan terus meningkat, BN turun – Kajian UM

Posted: 24 Jan 2013 11:12 PM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.
Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.

Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.

Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012).

Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL

Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.

Pengarah UMCEDEL, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka.

"Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.

Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.

Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.

Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.

"Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya.

Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.

Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini. – Harakah Daily

Bawani: Saya tidak cemar nama universiti

Posted: 24 Jan 2013 11:08 PM PST



Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) KS Bawani menegaskan video konfrantasinya dengan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, bukan dimuatnaik olehnya atau parti pembangkang.

Sebaliknya, dakwa beliau, ia dimuatnaik oleh TvMyMahasiswa dan SW1M, menyebabkan video tersebut menjadi popular dan meletup hingga hari ini.

"Tindakan kedua pihak ini yang menyebabkan video ini hari ini menjadi begitu sensasi atau mencemarkan nama universiti.

"Saya tidak mencemarkan nama baik UUM dan saya hanya bercakap benar dan saya percaya itu tanggungjawab saya sebagai mahasiswa dan anak muda untuk membawa suara mahasiswa," kata Bawani.

Beliau menjawab kenyataan Naib Canselor Datuk Mohamed Mustafa Ishak yang dilapor berkata dakwaan Bawani bahawa mahasiswa tiada kebebasan bersuara dan dipaksa menghadiri forum itu, adalah "satu pembohongan dan menasihatkannya supaya tidak mewujudkan tekanan awam yang boleh mencemarkan imej UUM".

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Bawani menegaskan bahawa beliau tidak mereka-reka cerita berhubung mahasiswa dipaksa hadir ke forum itu, sebaliknya ia merupakan maklumbalas daripada pelajar yang hadir.

"Buktinya saya pernah hantar dalam laman facebook UUMKINI pada 8 Disember 2012 tentang ketidakpuasan saya tentang forum ini, di situ ramai pelajar UUM yang memberi pandangan bahawa DPP mereka mewajibkan mereka hadir, pelajar tahun satu diwajibkan hadir dan sebagainya," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui universiti tidak mengeluarkan surat rasmi mengarahkan semua pelajar diwajibkan hadir.

Mengulas lanjut, Bawani yang juga aktivis NGO JERIT berkata beliau bersetuju versi penuh video tersebut dimuatnaik supaya semua pihak dapat membuat pernilaian berhubung insiden tersebut.

"Saya difahamkan video versi penuh ada dimuatnaik tetapi telah diedit. Saya berharap versi penuh tanpa diedit termasuk video klip yang ditunjukkan kepada mahasiswa diupload supaya rakyat boleh membuat pertimbangan dan penilaian," katanya.

Sugumar mati dalam keadaan bergari, tanpa dihalang polis

Posted: 24 Jan 2013 11:01 PM PST

Oleh: Mohd Arif Juhani

Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, saksi melihat Sugumar Cheliah, 40 dikejar empat anggota polis menaiki dua kereta peronda sebelum kejadian pembunuhan kira-kira jam 6 petang, semalam.



Selepas diberhentikan, mangsa dibelasah sekumpulan individu berhampiran rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat  dalam keadaan tangan bergari dan ditekan dengan pengusung.

"Mangsa yang bergari turut dipukul beramai-ramai oleh orang sekeliling tanpa halangan polis. Polis memijak tengkuk mangsa dan menyapu muka mangsa dengan serbuk kunyit," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan,  Sugumar yang tiada rekod jenayah, turut dicampakkan ke bahu jalan dalam keadaan bogel, selepas kematiannya.

"Profesionalisme polis juga amat diragui kerana pasukan forensik hanya datang selepas jam 11 malam untuk mengambil mayat," katanya.

Menurut Latheefa, mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, namun keluarganya tidak dibenar masuk ke bilik mayat untuk membuat pengecaman selepas dimaklumkan lewat malam semalam.

"Keluarga mangsa datang awal pagi hari ini ke hospital namun selepas pukul 2 petang barulah keluarga mangsa dan peguam dibenarkan masuk," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak polis yang terlibat dalam pembunuhan itu ditangkap dan digantung tugas kerana insiden itu di bawah tanggungjawab polis.

"Saya desak polis segera menangkap dan mendakwa semua yang terbabit dalam pembunuhan ini. Insiden ini berlaku ditempat awam dan ramai saksi melihat kejadian itu," ujarnya kepada Keadilan Daily.

Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN, S. Jayathas berkata kehilangan nyawa akibat kecuaian polis bukan isu baru kerana rekod menunjukkan banyak orang awam mati di tangan polis.

"Polis gagal bertindak waras dengan mengenepikan undang-undang ketika berhadapan suspek. Ini akibat kegagalan polis melaksanakan Suruhanjaya Bebas Terhadap Salah Laku dan Aduan Polis (IPCMC)," ujarnya.

Polis, hospital cuba tutup kematian Sugumar- peguam

Posted: 24 Jan 2013 10:59 PM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Peguam mewakili keluarga C Sugumar yang meninggal dunia akibat dipukul baru-baru ini, berkata, polis cuba menutup kes tersebut dengan kerjasama hospital Serdang.



"Kami merujuk dakwaan daripada Ketua Polis Kajang bahawa polis tidak memukul C Sugumar sehingga mati dan beliau meninggal kerana serangan jantung.

"Kenyataan itu adalah cubaan terang-terangan polis menutup kes, dengan kerjasama secara diam-diam oleh Hospital Serdang," kata peguam Latheefa Koya dan N Surendran.

"Dakwaan Hospital Serdang bahawa Sugumar mati kerana serangan jantung adalah mustahil. Sugumar tiada masalah kesihatan dan baru berusia 40 tahun. Sukar dipercayai lelaki yang sihat tiba-tiba jatuh dan mati serta merta setelah ditangkap," kata mereka.

Peguam berkenaan berkata, tiga saksi  mendakwa melihat kejadian itu, namun polis tidak mengambil keterangan mereka.

"Ketika kami melihat mayat di bilik mayat, mendiang masih digari dan ada serbuk kunyit di mukanya. Juga terdapat kesan lecet yang konsisten dengan pergelutan dengan penyerang seperti yang dijelaskan saksi," ujar mereka.

Mereka berkata,  dalam kes A Kugan, Hospital Serdang membuat dakwaan palsu bahawa Kugan mati kerana paru-paru berair, sedangkan beliau dipukul sehingga mati dalam tahanan polis.

"Ahli Patologi Hospital Serdang, Prof Dr Abdul Karim Tajuddin kemudian didapati bersalah oleh Malaysian Medical Council (MMC) dalam salah laku profesional kerana memalsukan penemuan bedah siasat A Kugan," tegasnya.

Menurut mereka,  Hospital Serdang semalam sekali lagi melanggar etika perubatan dengan tidak membenarkan keluarga Sugumar melihat mayatnya, dengan arahan polis.

"Pihak keluarga hanya dibenarkan melihat mayat atas desakan peguam dan aktivis, selepas 4 jam menunggu. Keluarga Sugumar akan membuat laporan kepada MMC ke atas Hospital Serdang dan ahli patologinya dalam masa terdekat," tegas kenyataan itu.

Isu Bible: Ibrahim dakwa kenyataan diputar belit

Posted: 24 Jan 2013 10:53 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KOTA BHARU . - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendakwa kenyataannya mengenai isu Bible telah diputar belit oleh sesetengah pihak demi meraih kepentingan politik dan cuba melemahkan perjuangannya dalam mempertahankan Islam.

Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah berniat mahu menyinggung perasaan penganut agama Kristian, sebaliknya kenyataannya adalah menjurus kepada tindakan individu yang sebelum ini dilaporkan mengedar Bible versi bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah dan tulisan jawi kepada pelajar sekolah.

Tegasnya, kelantangan beliau adalah bagi menentang tindakan melampau individu-individu tertentu yang cuba merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.

"Ada pihak cuba memutarbelit kenyataan yang saya buat. Saya kata kita bakar Bible versi bahasa Melayu yang diedarkan di sekolah yang ada kalimah Allah dan tulisan jawi, bukannya merujuk kepada Bible yang orang Kristian gunakan sekarang.utusan.com

Malaysia tayang filem yang diban kerana hina Islam

Posted: 24 Jan 2013 04:16 PM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR:
Ketika Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem Tamil, Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan kerana didakwa menghina komuniti Islam di sana, rakyat Malaysia bebas menonton filem itu.

Ekoran itu, sebuah NGO dari komuniti India Muslim akan membuat laporan polis bagi membantah tayangan filem ini.

Menurut mereka, selain Madras, filem ini telah di halang untuk tayangan di Singapura, Srilanka dan UAE tetapi di Malaysia kini sedang ditayangkan di seluruh negara.

Antaranya di GSC Midvalley, tempat tumpuan anak muda untuk menonton filem.

Filem Tamil ini didakwa mengandungi penghinaan terhadap Islam khasnya komuniti Islam di India.

"Esok (hari ini) kami NGO India Muslim akan membuat laporan polis terhadap penghinaan ini dan untuk menghentikan dgn segera filem ini," kata satu kenyataan.

Mahkamah Tinggi Madras telah menggantung penayangan filem ini sehingga 28 Januari ini.

Mahkamah akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum keputusan dibuat.

Benarkah kita mencintai Nabi?

Posted: 24 Jan 2013 04:08 PM PST



DETIK DAILY

DIUCAPKAN selamat menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w (Khamis 24 Januari 2013) kepada semua Muslimin dan Muslimat, semoga sambutan kali ini memberi nafas baru kepada kita untuk menjadikan segenap ajaran baginda inspirasi menuju kecemerlangan hakiki.

Namun apa yang perlu diutarakan kepada sidang pembaca ialah satu persoalan yang mungkin tidak terlintas dalam pemikiran kita semua, berhubung kebenaran kecintaan dan ikutan kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w. melalui sambutan yang kita adakan saban tahun. Isu perarakan yang dilakukan pada awal pagi 12 Rabiulawal saban tahun seolah-olah menggambarkan bahawa rakyat Malaysia yang beragama Islam menunjukkan kesungguhan mereka untuk mencintai Rasulullah s.a.w., tetapi apakah benar mereka mencintai Rasulullah setelah selesai melakukan perarakan?

Sesungguhnya kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. tidak terhenti pada majlis perarakan, kalau itu yang berlaku, ia bermakna tidak ada perbezaan dengan tindakan Abu Lahab (pak cik Nabi) setelah mengetahui bahawa Rasulullah diputerakan, lantas beliau mendakap jasad baginda yang mulia dan membawanya mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan (serupa amalan tawaf mengelilingi Kaabah).

Tetapi apa yang terjadi kepada Abu Lahab setelah Nabi Muhammad s.a.w. meningkat dewasa dan dilantik pula menjadi Rasul terakhir, beliaulah orang yang paling keras menentang kebenaran yang dibawa oleh anak saudaranya sendiri kerana rasa cemburu dan dengki terhadap orang ramai yang memberikan sokongan kepada perjuangannya.

Inilah yang terjadi kepada kebanyakan umat Islam dalam negara kita, pada waktu pagi berarak, dan di waktu petang hari melakukan tindakan yang menentang Islam dengan penganjuran program maksiat seperti membenarkan persembahan Maharaja Lawak dengan mengajak orang untuk banyak ketawa yang menyanggah matlamat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang sebenarnya datang untuk menyelamatkan mereka daripada terus tenggelam dalam amalan jahiliyah.

Tidakkah golongan seperti ini perlu memerhatikan ayat Allah menerusi surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud: "Katakanlah wahai Muhammad (kepada umatmu)! Jika kamu cintakan Allah, maka ikutlah aku, pasti Allah cinta kepada kamu." Sementara dalam ayat 21 surah al-Ahzab, Allah menegaskan bahawa: "Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh teladan ikutan yang baik."

Adapun dalam ayat 8 surah as-Soff maksudnya: "Dialah (Allah) mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dengannya dapat mengalahkan agama seluruhnya walaupun tindakan baginda itu tidak disukai oleh golongan orang-orang musyrikin."

Apabila kita merujuk kepada ketiga-tiga ayat di atas, yang menganjurkan kepada kita agar mencintai baginda, menjadikan baginda contoh teladan, membawa petinjuk ke jalan kebenaran, dan banyak lagi, tetapi adakah kita telah mengikut saranan ayat-ayat di atas.

Umat hari ini selepas berarak, mereka membenci sunnah-sunnah Nabi, sebagai contoh melantik para pemimpin yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah sampai hari ini walaupun negara sudah merdeka lebih 50 tahun. Amalan rasuah sudah sebati dalam diri mereka hingga dikenali di peringkat antarabangsa, pemborosan dan sebagainya, kesemua itu amat bertentangan dengan amalan yang ditunjukkan oleh baginda s.a.w.

Mereka juga tidak menjadikan baginda Rasulullah s.a.w sebagai contoh dalam segenap aspek kehidupan sebagai Muslim, ini termasuk dalam aspek pentadbiran negara, institusi kewangan, kemasyarakatan, persekitaran dan lain-lain, semuanya diikat dengan sistem sekularisme, kapitalisme dan lain-lain.

Malah mereka juga tidak yakin bahawa agama Islam adalah agama yang betul dengan prinsip rukunnya yang lima, hingga mencipta ajaran baru "Islam Hadhari", konsep Satu Malaysia dan pelbagai lagi, jika semua itu tidak disandarkan kepada Islam, maka ia menjadi perkara yang sia-sia di sisi Allah SWT.

Dalam Islam, perkataan Islam dan Iman tidak boleh dipisahkan bagaikan aur dengan tebing, jadi kalau ada istilah sebelum ini sebagai contoh dengan Islam Hadhari, mestilah juga ada istilah Iman Hadhari. Islam Hadhari diterjemahkan dengan Islam yang bertamadun, ini menunjukkan ada lagi istilah Islam yang tidak bertamadun. Kalau tidak mahu terima Islam sebenar, itu adalah haknya untuk menolak, tetapi jangan sampai mengajak orang ramai (rakyat) menentangnya juga.

Ingatlah apa yang pernah diungkapkan oleh Sayidina Umar al-Khattab: "Dulu kami adalah golongan yang hina kerana menolak Islam, kemudian Allah muliakan kami dengan Islam, tetapi apabila jika kami mencari kemuliaan selain daripada Islam, pasti Allah akan timpakan penghinaan atas diri kami."

Allah SWT menjelaskan bahawa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dirancang khusus untuk membawa petunjuk dan agama yang benar daripada-Nya, iaitu petunjuk kebenaran untuk memimpin manusia seluruhnya kepada Islam yang menyelamatkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat dan akhirnya menempah tempat di dalam syurga Allah.

Justeru, baginda Rasulullah adalah model terbaik sebagai seorang negarawan, ahli politik, pakar ekonomi, motivator yang sentiasa membawa manusia kepada jalan kebenaran, suami yang berlaku adil tehadap isteri-isterinya, seorang ayah yang mentarbiyah anak-anak dengan amalan-amalan Islam dalam segenap bentuk dan kaedahnya, inilah kebenaran yang tidak ada tolok bandingnya pada pemimpin-pemimpin dunia hari ini.

Membelakangkan baginda s.a.w. dalam menerima kebenaran akan memusnahkan kehidupan seseorang pada hari kiamat, perkara ini diceritakan Allah menerusi ayat 27–29 surah al-Furqan yang bermaksud: "Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? (27) "Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! (28) "Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".(29)

Tidakkah manusia sebelum kelahiran baginda s.a.w. berada dalam kesesatan, kegelapan dan jahiliyah? Maka Allah SWT selamatkan mereka dengan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. dengan tamadun yang cukup tinggi bentuk dan gambarannya iaitu meng-Esakan Allah serta meninggalkan penyembahan yang tidak boleh berbuat apa-apa walaupun ada pihak mahu merobohkannya.

Antara petunjuk yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. ialah akhlak yang tinggi lagi terpuji, Sayidatina Aishah r.a. suatu hari pernah ditanya oleh sahabat (jika Nabi pergi jihad menentang), bagaimanakah bentuk akhlak Rasulullah? Beliau menjawab dengan penuh yakin: "Bahawa akhlak Rasulullah itu adalah al-Quran 30 juzuk."

Ini bermakna bahawa al-Quran bukan sahaja kitab untuk tatapan bacaan ummah, akan tetapi pada masa yang sama yang membacanya mendapat pahala, petunjuk dari Allah apatah lagi melaksanakan hukum-hukum yang ada di dalamnya, malah kenyataan baginda dalam satu hadisnya menegaskan, bahawa yang menyeru manusia untuk berpegang dengannya juga akan dapat petunjuk.

Ia tidak lain adalah untuk mendapatkan syafaat baginda Rasulullah s.a.w. pada hari kiamat. Ini bermakna sesiapa yang berjaya mendapatkannya akan mudah jalannya untuk masuk syurga, tetapi sebaliknya jika terdapat individu khususnya yang muslim yang tidak disyafaat oleh baginda, maka dia akan masuk ke dalam neraka hingga satu tempoh yang hanya diketahui oleh Allah dan Rasul-Nya.

Sesungguhnya Muslim yang waras tidak akan sama sekali sanggup untuk 'transit' walau sebentar di dalam neraka, kerana azab seksaannya tidak tertanggung sakitnya. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada sejauh mana kita meletakkan baginda di tempat yang tinggi dalam kehidupan kita dengan mengamalkan sunnah-sunnahnya, menerima-pakai arahannya serta meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya yang ia juga adalah kepatuhan kita kepada Allah SWT.

Bible: PAS gesa ambil tindakan

Posted: 24 Jan 2013 04:04 PM PST

KL TODAY

 
TEMERLOH: PAS mengecam tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mengarahkan dibakar kitab penganut agama Kristian, Bible, kerana tindakan tersebut bercanggah dengan Islam dan menggesa kerajaan bertindak. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, provokasi tersebut jika tidak diambil tindakan dikhuatiri akan menimbulkan perbalahan dan suasana yang tidak harmoni dalam negara ini.

"Dalam sebuah hadis jelas Nabi Muhammad mengatakan dihina tuhan-tuhan orang kafir, kelak mereka akan menghina tuhan kamu iaitu Allah.

"Sebab itu pihak berkuasa tidak seharusnya berdiam diri tetapi mesti bertindak sebelum api keagamaan atau perkauman itu marak," katanya selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di sini hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru umat Islam bersatu dan membakar kitab Injil yang menggunakan nama Allah dalam perhimpunan pertubuhan tersebut di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ekoran kenyataan Ibrahim, terdapat beberapa desakan supaya beliau diambil tindakan termasuk daripada parti Gerakan dan MIC.

Tuan Ibrahim berkata, isu yang dimainkan oleh Perkasa bertujuan untuk menimbulkan curiga antara agama yang boleh mencetuskan pertelagahan antara kaum.

"PAS dukacita kerana Perkasa tidak mengkritik Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membenarkan Bible diterjemah ke dalam bahasa Melayu, sedangkan ia bercanggah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.

Sementara itu sempena sambutan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW hari ini, Tuan Ibrahim menyeru umat Islam kembali kepada sunnah rasul, iaitu manusia yang telah menghapuskan kekufuran, syirik dan mengembalikan sistem yang yang menepati fitrah manusia.

"Mari jadikan kedatangan Maulid Rasul hari ini sebagai roh perjuangan Islam untuk menang pada pilihan raya akan datang," katanya.

Kelesuan Para Akedamia Malaysia

Posted: 24 Jan 2013 03:58 PM PST




Oleh Tarmizi Bin Anuwar

Lebih seratus tahun dahulu isu keperluan pendidikan tinggi telah dibincangkan oleh ilmuan di Malaysia yang ketika itu masih lagi dikenali sebagai Tanah Melayu. Mesyuarat Majlis Raja-raja pada tahun 1903 pernah membincangkan kepentingan ilmu ditanam menjadi darah daging anak bangsa

Pada tahun 1917, Za'ba telah membangkitkan isu ini dalam akhbar Lembaga Melayu. Begitu juga seorang tokoh pendidik tanah air, A. Kadir Adabi yang telah menyerahkan memorandum kepada DYMM Sultan Kelantan pada tahun 1923. Semua ini adalah usaha untuk membina sebuah masyarakat yang berilmu dan memberikan sumbangan kepada tanah air tercinta.

Setengah abad selepas semboyan perjuangan pendidikan tinggi dibunyikan, sinar keilmuan menjadi pasakan dalam jiwa sanubari masyarakat seakan semakin mampu dimahkotai. Empat tahun selepas kemerdekaan yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu pada tahun 1961, institusi pendidikan tinggi negara yang pertama di Malaysia (masih Tanah Melayu ketika itu) telah berjaya ditubuhkan.

Universiti Malaya (1961), Universiti Sains Malaysia (1969), Kolej Tunku Abdul Rahman (1969) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (1970) adalah merupakan antara institusi pendidikan tinggi negara yang terawal berjaya ditubuhkan.

Dengan tertubuhnya institusi pendidikan tinggi negara maka diharapkan akan lahirlah individu-individu yang mampu membentuk sebuah masyarakat yang bertunjangkan ilmu pengetahuan. Namun, setelah mencapai usia 52 tahun, institusi pendidikan tinggi negara tampaknya kurang subur dalam melahirkan ilmuan yang berani menyuarakan pandangan supaya mampu mengubah paradigma masyarakat ke arah bertunjangkan ilmu pengetahuan. Sebaliknya kejayaan yang paling besar adalah melahirkan ilmuan dan masyarakat yang takutkan perubahan, taat membabi-buta, bersifat perkauman yang tinggi, dan kehakisan sifat mencintai ilmu.

Penulis cuba menggunakan susunan ayat yang sesuai dengan golongan akedamik supaya diri ini tidak terlebih bicara dan terkasar bahasa. Niat di hati; yang tua dihormati kerana kematangannya dalam berfikir menegakkan kebenaran dan yang muda disayangi kerana keikhlasannya dalam berjuang membenamkan kebatilan. Penulis cuba memberi tasawwur (gambaran) secara jelas terhadap fenomena kelesuan golongan ini. Hakikat fenomena kelesuan yang melanda akedamia perlu diambil serius kerana golongan inilah yang bertindak sebagai pendidik, guru dan idola kepada mahasiswa dan anak muda di sesebuah negara sewajarnya. Artikel ini memfokuskan kepada sosok tubuh yang bergelar pensyarah di institusi pengajian tinggi dalam negara supaya penerangan dan penjelasan dapat dilakukan dengan lebih ilmiah dan jelas serta tidak tersimpang daripada landasan ilmu.

Prof Aziz Bari berkata, "Mereka yang pergi ke Amsterdam atau Geneva untuk dianugerahkan pingat emas, menginap di hotel lima bintang. Selepas itu, mereka pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan lanjutan (kontrak mereka) untuk menjadi naib canselor atau timbalan naib canselor. Ini yang berlaku". Situasi yang sama berlaku dalam kalangan akedamia yang berjawatan kontrak sebagai pengetua kolej kediaman. Saling berlumba-lumba untuk mengipas timbalan naib canselor universiti supaya dikekalkan jawatan yang disandang. Autoriti yang pada asalnya dicipta untuk membimbing mahasiswa supaya terkehadapan dalam hal-hal kemasyarakatan kini tidak lagi digunakan sebaik mungkin sebaliknya digunakan untuk membawa kroni-kroni bersatu di bawah bumbung kolej.

Memberikan projek kepada saudara mara terdekat dan mendahulukan pembayaran saudara mara berbanding projek yang telah diselesaikan sebelumnya adalah sesuatu perbuatan yang tidak berintegriti. Sanggup mendengar arahan timbalan naib canselor supaya membuang pelajar yang menunjukkan pendirian yang berbeza dengan pihak universiti daripada kolej kediaman demi menjaga kepentingan jawatan sungguh memalukan. Integriti seorang akedamia telah menjadi buah mulut mahasiswa, adakah mereka mampu menjadi contoh kepada mahasiswa dan anak muda walaupun mempunyai kelulusan ijazah falsafah kedoktoran undang-undang sekalipun? Isu yang dibangkitkan oleh penulis adalah isu dalaman dan merupakan realiti tingkahtanduk segelintir akedamia negara ini.

Seorang kakitangan kerajaan dilarang untuk melakukan kerja sambilan atau perniagaan persendirian dalam waktu bekerja. Hari ini terdapat akedamia yang terlalu inginkan kekayaan sehingga mereka sanggup menggunakan waktu bekerja untuk urusan perniagaan persendirian yang sepatutnya mereka penuhi dengan penyelidikan dan tugasan rasmi sebagai pensyarah. Ketika mahasiswa ingin membuat temujanji dengannya maka beliau berjanji untuk berjumpa tetapi tiba pada waktu temujanji rupanya beliau tiada dan minta tunda pada waktu lain atas dasar ada urusan di luar. Sedangkan keutamaan ketika itu adalah tugasan rasminya bukan berjumpa Dato' atau Tan Sri untuk mendapatkan projek. Apabila mahasiswa itu gagal melaksanakan tugasan dengan baik maka dikatakan mahasiswa itu pemalas dan sebagainya. Walhal, akedamia itu sendiri sibuk dengan urusan perniagaannya.

Pendoktrinisasian terhadap mahasiswa yang mengatakan perlu bersyukur dengan apa yang kerajaan telah sediakan tanpa membincangkan konteks hak mahasiswa dan rakyat dengan lebih meluas dan terperinci adalah salah satu pembunuhan kosmologi pemikiran mahasiswa. Penulis ketika menuntut di peringkat ijazah pertama dan pernah menjadi timbalan presiden kolej kediaman selalu disuapkan dengan kata-kata "Jangan menggigit jari tangan yang menyuap kita makan". Penulis yang juga merupakan pemegang Biasiswa Kementerian Belia dan Sukan ketika itu pernah dinasihatkan supaya jangan melawan kerajaan kerana anda adalah anak kerajaan yang bermaksud dibiayai oleh kerajaan. Kosmologi pemikiran akedamia seperti ini telah membuatkan mahasiswa takut untuk menyuarakan suara mereka. Mahasiswa tidak mampu mencari akedamia yang boleh dijadikan contoh untuk terkehadapan dalam isu kemanusiaan yang melibatkan pentadbiran negara.

Penulis dengan rendah diri mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada beberapa akedamia yang desawarsa ini; Prof. Madya Dr. Asri , Dr. Maslee Maleek, Prof. Madya Dr. Abu Hassan, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, dan beberapa lagi yang sudah berani membicarakan soal kosmologi pemikiran mahasiswa secara terbuka dan ilmiah. Sedikit sebanyak hujah-hujah mereka yang bertaraf 'Dr' ini boleh dijadikan senjata buat mahasiswa untuk bangkit memperjuangkan kebebasan akedamik. Walaupun begitu, penulis mendapati bilangan akedamia yang mahu berjuang bersama rakyat ini perlu berkembang, tidak boleh statik dan selesa dengan jumlah yang sedia ada. Mahasiswa memerlukan sokongan moral yang lebih kuat daripada golongan akedamia bukan bermakna tidak mahu berusaha sendiri tetapi ini adalah tanggungjawab bersama dalam membentuk sebuah tamadun yang masyarakatnya cintakan ilmu dan bersih daripada anasir-anasir korupsi.

Kehebatan sesebuah tamadun diukur berdasarkan buku-buku (ilmu) hasil karangan ilmuwan dalam tamadun tersebut. Kosmologi pemikiran ilmuwan dalam tamadun itu akan membentuk masyarakat ke arah pembaharuan dari segi kosmologi pemikiran itu sendiri dan membentuk tingkahlaku ke arah yang lebih baik. Mahasiswa hari ini memerlukan akedamia yang mahu membawa negara kepada perubahan ke arah yang lebih baik, bukan akedamia yang sibuk hendak membuat jurnal berwasit supaya boleh mendapat jawatan pengetua kolej, ketua jabatan, timbalan naib canselor, naib canselor, Profesor Madya, Profesor, atau Profesor Emeritus. Berdasarkan jawatan yang diperolehi maka akedamia boleh mendapatkan wang yang banyak apabila dipanggil memberikan ceramah tentang ilmu yang ada pada dirinya tetapi sebaliknya akedamia itulah yang perlu berkorban dengan menyumbangkan tenaga dan ilmunya tanpa mengharapkan pangkat, wang atau balasan oleh masyarakat atau rakyat. Menjadi akedamia ini hidupnya adalah untuk masyarakat bukan kepentingan peribadi, maka berbaktilah kepada masyarakat.

Penulis mengunjurkan kepada diri sendiri dan golongan akedamia supaya membebaskan diri daripada belenggu rantaian kelesuan yang menjaga periuk nasi sendiri tetapi membiarkan masyarakat dalam negara ini mengalami kemarau yang membutuhkan ilmu. Suatu masa dahulu penulis dimomokkan dengan istilah mahasiswa lesu, hari ini secara jujurnya prestasi akedamia dalam bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan masih diperingkat memerlukan rawatan segera kerana tidak ramai yang berani tampil ke hadapan bersuara memberikan pandangan tentang isu-isu semasa. Penulis yakin setiap manusia itu mempunyai tahap keupayaannya yang tersendiri tetapi penulis tinggalkan satu persoalan kepada sosok tubuh bergelar akedamia, bertanya kepada diri sendiri di mana sumbangan anda terhadap masyarakat? Semoga dengan persoalan itu mampu mengubah negara Malaysia menjadi negara yang lebih baik dan kosmologi pemikiran rakyatnya mampu mencipta sebuah tamadun yang hebat.

Tarmizi Bin Anuwar,
Pelajar Peringkat Sarjana dalam bidang Master Sains Falsafah Matematik dan Etnomatematik,
Institut Penyelidikan Matematik,
Universiti Putra Malaysia.

MB kena tanggung jika BN kalah di Pasir Gudang

Posted: 24 Jan 2013 03:53 PM PST

AZIZAN INCHE HARUN
 
 Rohazam Shah Ahmad
Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad
 
PASIR GUDANG – Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman akan dipertanggungjawabkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menyebabkan kerusi Parlimen Pasir Gudang jatuh ke tangan pembangkang.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad turut menyokong tindakan menutup sebahagian besar bilik gerakan di sembilan kampung setinggan kelmarin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, masalah setinggan yang dibangkitkan penduduk telah empat tahun diperjuangkan Pemuda Umno Pasir Gudang, namun tiada tanda-tanda isu itu akan menemui jalan penyelesaian.

"Tindakan ahli parti sehingga sanggup menutup bilik gerakan dalam saat-saat PRU13 semakin hampir, itu sebenarnya rakyat sudah bosan menunggu janji yang sudah terlalu lama dinanti.

"MB sudah janji nak selesai...sudah turun padang bertemu penduduk setinggan, tapi masih bermain teka-teki. Sampai bila? Sedangkan rakyat hari ini sudah pandai menilai janji yang ditaburkan pemimpin," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Rohazam berkata, tindakan menteri besar itu dikhuatiri menggugat jumlah undi membabitkan 100,000 pengundi di Pasir Gudang akibat kekecewaan penduduk, sedangkan jentera BN selama ini telah bersusah-payah meyakinkan lebih 54 peratus pengundi Melayu di situ.

Menurutnya, sudah tiba masanya perkara berkenaan diselesaikan kerana rakyat telah terlalu lama disogokkan dengan janji yang dibuat oleh pemimpin utama negeri ini.

"Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga kerana jentera BN di Pasir Gudang sudah lama bersiap-sedia dengan pelbagai program mendekati rakyat, termasuk Pemuda bersama orang muda.

"Jika perkara ini tak selesai, jawapannya akan dapat kita tengok pada PRU13. Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN di Pasir Gudang pada PRU13, MB kena bertanggungjawab," katanya.

Rohazam yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Negeri turut menyelar tindakan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang ingin mengambil tindakan tata tertib dan disiplin terhadap ahli Umno yang menjadi dalang boikot kempen.

Menurutnya, Ahmad diingatkan supaya tidak hanya menunjukkan kuasa dengan kenyataan sedemikian, sebaliknya turun menyelami rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang dan mencari jalan penyelesaian.

"Jangan cabar kami dengan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Kalau beliau pemimpin yang berjiwa rakyat, turun ke kawasan kami dan lihat sendiri rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang yang setia menagih janji sejak 13 tahun lepas.

"Bantu kami selesaikan kemelut ini, bukannya cuba menunjuk kuasa yang diamanahkan," katanya.

Prestasi hambar Red Warriors, Kafa ambil tindakan drastik

Posted: 24 Jan 2013 03:51 PM PST

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD

Annuar Musa
Annuar Musa 
 
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) dijangka mengambil tindakan drastik ekoran prestasi hambar The Red Warriors yang hanya mampu meraih enam mata daripada lima perlawanan pada saingan Liga Super musim ini.

Tanpa mendedahkan langkah tersebut, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, satu bedah siasat sedang dilakukan bagi mengenal pasti kemerosotan mendadak Kelantan sebelum saingan Liga Super bersambung pertengahan Februari depan.

"Terpaksalah berusaha dengan apa yang ada bagi menghadapi musim yang mencabar ini. Kita perlu lakukan sesuatu (memperbaiki prestasi pasukan) meski pun kita tahu ia begitu sukar," katanya dipetik daripada laman sosial Facebooknya, semalam.

"Insya ALLAH, kita harap jurulatih (Bojan Hodak) dapat menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan ketika saingan liga berhenti berehat. Sebenarnya bukan mudah, kerana kita terpaksa tunggu setahun untuk mendapatkan pengganti baharu (kehilangan tonggak utama musim lalu).

Tempoh rehat selama tiga minggu perlu digunakan sebaiknya oleh pengendali dari Croatia itu bagi memperbaiki kelemahan pasukan terutama ketumpulan jentera serangannya yang hanya mampu menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan lalu.

Juara bertahan Liga Super musim lalu kini menghuni di tangga ketujuh setelah hanya mampu meraih enam mata hasil satu kemenangan, tiga seri dan kalah sekali dan dibezakan enam mata dengan pendahulu liga yang diterajui Pahang ketika ini.

Kelantan dan Sime Darby FC bagaimana pun tidak terlibat dalam perlawanan pusingan pertama kalah mati kempen Piala FA yang bermula hari ini. Kedua-dua pasukan itu mendapat bye setelah muncul juara dan naib juara pada pentas akhir musim lalu.

Dalam perkembangan sama, Annuar berkata, semua pemain Kelantan diberi cuti rehat selama tiga hari setelah mengalami keletihan ekoran berdepan jadual perlawanan yang padat sejak tiga minggu lalu.

"Mohd Norfarhan (Muhammad), Mohd Faiz (Subri), Keita Mandjou, Muhammad Izuan (Salahuddin) antara pemain yang cedera. Saya harap mereka dapat pulih sepenuhnya dalam tempoh rehat ini," katanya.

Tiada ulasan: