DIALOG RAKYAT |
- Memperingati 60 tahun Mat Indera digantung mati
- 4 nama besar dinasihat tak tanding PRU13
- Pojok: Anak Mami di Perantauan – Aku maafkan kamu
- Saksi dakwa lihat polis, samseng belasah lelaki bergari hingga mati
- Banyak lagi penipuan, pembohongan UMNO/BN untuk menang PRU-13 – Kit Siang
- Ahmad Maslan dakwa fitnah pengaruhi harga saham FGV
- Ahli akademik perlu ada keberanian
- Pakatan lonjakkan sokongan melalui janjinya
- Mahathir, Ibrahim Menyusahkan Najib
- Awie mahu buka 3 kelab malam lagi
- Sosilawati ugut bunuh Pathmanaban?
- MB: S'gor batal projek kondo Batu Caves
- Umno beri amaran pada jentera Pasir Gudang
- Polis: Jangan percaya khabar angin acara bakar Bible
- ADUN dakwa Umno guna PBT untuk dapat tanah murah
- Peguam: Polis kawal rapi bedah siasat Sugumar
- Suami ratapi kematian isteri, dua anak akibat dihempap lori 10 tan
- Pemuda Pas gesa iktiraf Hamas
- 9 bayi selamat, doktor dan staf JPN ditahan
- [VIDEO] Bekas Jenderal Dedah Kementerian Pertahanan Beli Senjata Secara Rasuah
- Anwar mungkin lepaskan kerusi Permatang Pauh
- Kunjungan Najib Ke Gaza Dikecam Presiden Palestin, Mahmoud Abbas
- UMCEDEL: Integriti & Salahgunakuasa BN Akan Beri Kesan Buruk Dalam PRU
- SAR, SJKC, SJKT Dipelawa Mohon Bantuan Persekolahan
- Najib Main Politik Lawat Gaza, Selepas Tidak Iktiraf Hamas
Memperingati 60 tahun Mat Indera digantung mati Posted: 24 Jan 2013 03:42 PM PST
Bukan aku tidak setuju membuat kajian itu. Ada beberapa kemungkinan yang akan timbul selepas buku tersebut berada pada tangan para pembaca. Tujuan penerbitan buku tersebut bukan untuk mempertahankan perjuangan Mat Indera tetapi suatu usaha melihat sejarah dengan sudut pandangan yang lebih adil. Membebaskan diri daripada kerangka falsafah sejarah yang bernafaskan kepentingan kelompok tertentu kepada yang lebih bersikap terbuka. Tanpa menafikan ramai juga kalangan kawan-kawan menasihat agar tidak menulis tentang Mat Indera. Kaitan dengan gerakan komunisme itu seperti saka yang puaka! Sejarah sebenarnya memiliki zeitgeist (semangat zaman) yang perlu diketahui selain daripada sejarah itu sebagai suatu proses pembentukan persepektif dan ilmu pengetahuan. Kita bukan berada dalam zaman purba yang terikat dengan pensejarahan klasik yang berpaksi dogmastik ataupun zaman moden yang mengagungkan sekularisasi dalam semua aspek kehidupan. Kita hidup dalam zaman post modenisme yang memberi ruang seluas-luasnya untuk masyarakat menilai kembali sistem yang sedia ada. Dan sebagai hasil perbincangan, perdebatan, brainstorming yang berlangsung berbulan-bulan maka buku tersebut terhasil. Buku itu memang membicarakan susuk anak muda yang menerjunkan dirinya dalam lingkungan kontroversi yang berpanjangan hingga sekarang. Mat Indera bukanlah nama yang tersenarai dalam daftar buku sejarah sekolah ataupun universiti. Jasadnya sudah berpuluh-puluh tahun tertanam dalam perut bumi. Akan tetapi ceritanya masih hidup dan akan terus hidup. Sewaktu aku berkunjung ke rumah salah seorang anak kepada yang menangkap Mat Indera di Kg. Parit Warijo, Muar. Katanya, dia sudah naik letih melayan pertanyaan tentang Mat Indera. Dengan bahasa Jawanya itu makcik itu semacam mempersoalkan usaha membuat kajian tentang orang yang sudah mati macam Mat Indera. 'Dah lama orang itu mati, mengapalah ditanya-tanya lagi....'. Sengaja aku bercakap bahasa Jawa. Kampung itu, dulunya adalah tempat awal orang Jawa Ponorogo datang. Aku senyum tawar kerana masih menaruh harapan untuk suaminya sudi ditemu bual. Aku memang tidak buat temu janji. Pakai redah sahaja. Suaminya tidak dapat menenuhi permintaan aku. Dia tengah sibuk membaiki bumbung rumahnya. Keesokannya pun tak dapat. Kena buat temu janji dulu, katanya. Namun dalam sembang-sembang begitu di tepi tangga rumahnya itu, dapat sedikit kukorek beberapa maklumat yang kuperlukan. Sumber lisan yang diperolehi daripada ahli keluarga dan kenalan yang terlibat mungkin dapat membantu walaupun ini terdedah dengan pandangan yang tidak seimbang. Maka, sumber yang pelbagai ini boleh dinilai semula melalui kebijaksanaan pembaca. Adapun sumber yang disampaikan dalam buku ini pelbagai dan agak sukar untuk aku menyaring melainkan sekadar bersifat penerangan. Dr Zuhdi Marzuki menawarkan untuk membantu aku mendapatkan bahan-bahan daripada Arkib Negara dan perpustakaan UM. Memang itu yang paling baik. Untuk aku ke Kuala Lumpur selalu agak membebankan. Sementara itu, berita Mat Indera di akhbar semakin berkurangan dari sehari ke sehari. Tidak seperti dua tiga minggu selepas kenyataan Mohamad Sabu tersiar di akhbar perdana tanah air. Bukan sahaja di akhbar, isu itu mendapat liputan meluas di kaca televisyen dan juga media elektronik. Masing-masing berhujah bagi mempertahankan pendirian masing-masing. Kebanyakan maklumat tersebut terlalu umum dan lebih berbaur dengan sentimen. Malah daripada hujah lawan hujah kemudiannya merebak main-main ugut. Ada yang buat laporan polis. Untuk lebih sensasi, laporan polis buat secara beramai-ramai menggambarkan betapa seriusnya isu tersebut. Sampai hendak simbah air asid dan bakar rumah. Ini keterlaluan dalam sebuah masyarakat yang kononnya mengamalkan sistem demokrasi ini. Masyarakat Malaysia sudah terperangkap begitu lama dalam sangkar pemikiran yang bersegmen atas sentimen politik perkauman, politik kepartian dan pemahaman agama yang jumud. Hukum karma hitam-putih menjadi pendekatan dalam menilai sesuatu. Jika ditakdirkan hukuman itu hitam, nanti bakal akan dihitam selama-lamanya. Sebaliknya jika ditakdirkan putih, lalu tiada langsung titik hitam biarpun setitik. Pemikiran inilah yang sedang dipupuk subur dalam mengekalkan political survival masing-masing. Komunisme seperti juga sosialisme, fasisme dan nasionalisme adalah jalur pemikiran manusia mencari jalan penyelesaian semasa. Ia adalah upaya manusia menggunakan kecerdasan akal fikiran dan pengalaman hidup manusia bermasyarakat. Tentu sekali ada yang sesuai dan juga yang bertentangan dengan tuntutan Islam. Pada 9 malam 29 Januari 2013, kami dan KERABAT akan menganjurkan Malam Memperingati 60 Tahun Mat Indera Digantung Mati. Majlis itu akan berlangsung di Tapak Pasar Malam, Kamunting akan diisi dengan pidato, puisi dan bedah buku. Orang yang akan memberi pengisian pada malam tersebut, adalah anak muda berani seperti KS Bawani dan Adam Adli, Baharom Shah Indera, Dr Zuhdi Marzuki, peguam Aminuddin. Ahli keluarga Mat Indera akan membawa teks ucapan Mat Indera (yang ditulis sendiri oleh Mat Indera) dan sebuah buku lamanya. Taiping, selain tempat Mat Indera digantung di Penjara Taiping, di situlah bersemadinya jasad Mat Indera. Di Taiping juga terletaknya, Kem Tahanan Kamunting yang menempatkan tahanan bahawa ISA. Mat Indera ditahan oleh British bawah Akta Darurat 1948 yang mempunyai semangat zalim ISA. Akar hitam itu masih menjalar kuat. Mari pergi ke Taiping pada 29 Januari ini. Jumpa di sana! | ||||
4 nama besar dinasihat tak tanding PRU13 Posted: 24 Jan 2013 03:37 PM PST SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang. Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti. Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan. Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka. Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit. Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut. Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik. Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti. | ||||
Pojok: Anak Mami di Perantauan – Aku maafkan kamu Posted: 24 Jan 2013 03:35 PM PST Roketkini.com Tak perlu kita bertemu, Cukup kau tahu Yang aku, maafkan kamu, Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku. Begitulah lirik lagu yang dinyanyikan secara berduet oleh Jamal Abdillah bersama Malique. Secara mudah difahami bahawa orang yang disalahi tidak ingin bertemu muka dengan orang yang menyalahi, namun memaafkan kesalahan orang itu sambil menyuruhnya pergi jahanam dengan cara yang paling lembut. Sambil jangan memetik nama orang yang disalahi itu lagi. Ini kelaziman manusia yang mudah tertekan dengan konfrontasi. Meskipun yang didepaninya itu sudah nyata mahu meminta maaf dan mengaku salah. Selalunya kalau kita sudah menyampah dengan orang yang berbuat salah kepada kita, kita maafkan saja silapnya tanpa mahu menatap wajahnya lagi. Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin telah melanggar kelaziman dan fitrah di atas. Ada sebuah karikatur yang sedang popular di laman Facebook yang memberi analogi paling baik itu tindakan Zohra Jabeen ini. Digambarkan dua manusia sedang hampir bertembung di satu penjuru. Seorang daripadanya yang kelihatan persis si Zohra Jabeen digambarkan telah memijak kaki insan yang seorang lagi. Sambil berlalu pergi dari situ, karakter yang memijak kaki itu dengan selamba berkata 'Saya maafkan kamu'. Silakan tepuk dahi sekarang. Kebodohan dan ketidaksedaran diri sedang menular dalam rejim pimpinan United Malays National Organisation. Zohra Jabeen, setelah menjadi selebriti lantaran video 'listen'nya itu kelihatan tenang dan tidak berganjak sedikit pun daripada pendiriannya yang satu – bahawa dia saja yang betul – ketika melakukan sidang media untuk menjelaskan tindakannya di Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan lalu. Zohra Jabeen menuduh Bawani, pelajar yang diherdik dan dimalunya itu sebagai 'pengacau' yang menyusup masuk ke programnya untuk mencetuskan provokasi. Manusia spesis ini ialah manusia yang tidak akan segan silu memperagakan 'sandwich board' bertulis 'Saya UMNO, Saya Bodoh dan Saya OK' sambil berjalan-jalan membeli belah di KLCC. Spesis ini, kalau direbus dalam kawah pun akan tetap bersyahadah atas ketuanan UMNO. Bukan saja organisasi yang diwakilinya tidak mengaku beraosiasi dengannya. Malah pemimpinnya juga tidak mahu dikaitkan dengan tindak-tanduknya yang memalukan. Barangkali Zohra Jabeen akan ketemu peluang cerah di SPCA atau di mana-mana klinik haiwan untuk mendengar masalah mereka. Utusan pun serupa Perbandingan paling rapat dengan sifat Zohra Jabeen ini pastilah lidah rasmi UMNO yang sudah beberapa kali tewas dalam kes saman fitnah di mahkamah. Tetapi Utusan tidak pula 'memaafkan' mangsa fitnahnya seperti yang dibuat Zohra Jabeen. Terbaru Utusan Malaysia tewas lagi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila hakim memutuskan bahawa benarlah akhbar jijik itu memfitnah kononnya Anwar pejuang LGBT. Sebelum itu ia sudah tewas kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dituduh anti Islam dan anti Melayu. Demikian juga Utusan Malaysia tewas kepada Nizar Jamaluddin. Khalid Samad dan Karpal Singh. Tetapi Utusan tetap juga tidak serik-serik dan tidak meminta maaf daripada mereka yang menjadi mangsa fitnahnya. Sebijik lah perangai seperti si Zohra Jabeen. Barangkali Utusan Malaysia sedang dilenjan habis-habisan atas kesedaran bahawa sesudah tumbangnya pentadbiran UMNO di Putrajaya, dia sekali akan ikut jahanam. Kamikaze lah kononnya. Lupa barangkali sang pengarang masih harus membayar ganti rugi kepada sekalian yang difitnahnya. Tiada maaf bagimu Andaikan anda sedang memandu di jalan raya dan secara tiba-tiba sebuah kereta melanggar anda daripada belakang. Kemudian pemandu kereta belakang itu keluar dan berkata kepada anda, 'Tak apa, saya maafkan kamu'. Ini keadaannya yang mahu diacuankan oleh UMNO ke dalam kepala otak kita semua. Bahawa segala bobrok dan aktiviti merompak harta negara untuk puluhan tahun ini bukanlah salah mereka, malah mereka memaafkan pula kita ini yang terbeban dengan segala jenis bala fiskal akibat daripada kegagalan UMNO untuk mengakui kesalahan dan membuat pembetulan. Maka meminjam baris daripada filem 'Ali Setan': Tiada maaf bagimu UMNO. Walaupun ya, memang kita tidak mahu lagi mendengar nama UMNO yang sudah demikian lama membuat kita menyampah. Ya, semakin hari harapan menuju Malaysia tanpa UMNO itu semakin jelas menjadi sebuah realiti. Koreklah kubur kau UMNO, koreklah dalam-dalam. Moga kau tidak bangkit menjadi zombie. – Roketkini.com | ||||
Saksi dakwa lihat polis, samseng belasah lelaki bergari hingga mati Posted: 24 Jan 2013 03:33 PM PST TERKINI Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui. Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi. Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk. Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam. Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya. Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari. Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa. "Polis memijak leher Sugumaran," kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini. "20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumaran. Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat. Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa. Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang. Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya. Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari masih dibadan. Celaka! Dah mati tapi masih gari." Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar. Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa. Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun. Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah. "Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa... Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan. Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas. Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik. "Mungkin dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya. Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh". Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden. Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kajang DSP Marzuki Mohd Mokhdar memberitahu akan memaklumkan kepada wartawan selepas bedah siasat selesai yang dijangkakan malam ini. "Kami tidak akan sembunyikan apa-apa," kata beliau. | ||||
Banyak lagi penipuan, pembohongan UMNO/BN untuk menang PRU-13 – Kit Siang Posted: 24 Jan 2013 03:21 PM PST KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diingatkan tidak mengalihkan perhatian daripada isu penting reformasi dan pembaharuan nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti kerana UMNO/BN pasti akan menghidangkan lebih banyak lagi penipuan. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) pasti akan dihujani pelbagai penipuan dan pembohongan pemimpin UMNO/BN, propagandis dan media perdana mereka tanpa sedikit pun rasa penyesalan atau keinsafan. "Mereka tanpa rasa hormat terhadap kesengsaraan dan kesedihan keluarga dengan apa yang terjadi pada Pengerusi DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng, isterinya, Irene Change dan lima anak mereka. "Tindakan itu benar-benar keji dan hina kerana Irene tidak pernah diwawancara merungut mengenai parti dan pemimpin, namun kenyataan palsu itu diterbitkan kononnya mereka menyelar parti dan pemimpin sebagai tidak berhati perut mengenai rawatan "tumor otak" Ho Leng. "Malah mereka juga menyatakan yang Ho Leng mengumpul RM10 juta untuk belanja pilihan raya tetapi hanya RM4 juta yang dibelanjakan sementara selebihnya RM6 juta dirampas DAP Sarawak dan Ibu Pejabat DAP. "Ho Leng juga menyatakan laporan itu palsu dan rekaan semata-mata mengenai Irene, "tiada satu ayat pun yang benar", dakwaan RM10 juta juga tidak munasabah dan DAP membelanjakan RM1.3 juta untuk menghasilkan video klip Gangnam baru-baru ini juga tidak betul," katanya Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dalam kenyataan media mengenai pengiraan detik 78 hari ke PRU-13, semalam. Beliau berkata, UMNO/BN akan menghidangkan "penipuan, penipuan dan banyak lagi penipuan" menjelang PRU-13 nanti, sebab itu rakyat Malaysia, termasuk pemimpin, ahli dan penyokong DAP dan Pakatan Rakyat, diminta tidak mengalihkan perhatian daripada isu penting itu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sukar menangguh lagi pilihan raya itu. Menurutnya, antara isu penting ialah agenda menghapuskan rasuah dan mengakhiri pengaliran keluar modal haram; selain menjadikan Malaysia selamat daripada jenayah dan memulihkan kebimbangan rakyat pelancong dan pelabur. "Selain profesionalisme institusi nasional utama; merombak sistem pendidikan untuk menjadikan Malaysia berdaya saing, makmur dan progresif; serta memupuk perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau tempat untuk menjadikan Malaysia model antarabangsa masyarakat berbilang kaum dan agama sebuah negara demokrasi berjaya. "Pemimpin UMNO/BN akan menggunakan penipuan dalam kempen pilihan raya umum nanti kerana terdesak dan merasakan mereka mungkin dikeluarkan daripada terus menguasai Putrajaya setelah 55 tahun memerintah. "Itu sebabnya pemimpin dan propagandis UMNO/BN semakin galak dengan politik kebencian dan konflik, mengapi-apikan perpecahan kaum dan agama walaupun perbuatan itu bercanggah dengan dasar 1Malaysia Najib yang mahukan rakyat Malaysia menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia dahulu kemudian barulah kaum, agama, status sosio-ekonomi dan tempat," katanya. Menurutnya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mempertikaikan kelayakan kewarganegaraan satu juta bukan Melayu yang diberi kewarganegaraan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman sebagai sebahagian daripada Persetujuan Merdeka dan "kontrak sosial" sebelum Merdeka pada 1957. "UMNO/BN mahu rakyat Malaysia terus bertelingkah mengenai masa lalu, sebaliknya, Pakatan Rakyat mahu rakyat bersatu untuk membina masa depan yang toleran, makmur dan progresif supaya mereka boleh berdiri sama tinggi dengan masyarakat antarabangsa. "Rakyat Malaysia sepatutnya maju ke hadapan dengan impian dan harapan baru, tidak membiarkan diri terikat dengan belenggu politik penipuan dan pembohongan juga politik keraguan antara kaum dan permusuhan agama," katanya. – Roketkini.com | ||||
Ahmad Maslan dakwa fitnah pengaruhi harga saham FGV Posted: 24 Jan 2013 06:40 AM PST Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ketidaktentuan harga saham Felda Global Venture (FGV) sedikit sebanyak berpunca daripada fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat. Dakwanya lagi, kegagalan FGV juga sentiasa dinanti-nantikan Pakatan Rakyat yang didakwanya paling gembira sekiranya ia berlaku. "Pembangkang tak suka FGV ini berjaya, dan fitnah-fitnah mereka ini sedikit sebanyak mempengaruhi sentimen pelabur. "Mereka ini jahat sebenarnya," kata Ahmad sewaktu mengulas prestasi harga saham FGV mutakhir ini. Saham FGV merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 pada 21 Januari lalu - jauh lebih rendah daripada harga tawarannya - semasa kemelesetan Indeks Komposit Kuala Lumpur paling besar dalam tempoh 16 bulan. Ia merupakan trend penurunan kedua sejak 27 Disember, semenjak penurunan pertama direkodkan di paras RM4.50 pada minggu pertama Disember lalu. Ahmad bercakap kepada pemberita hari ini selepas majlis tandatangan perjanjian persefahaman usaha sama antara Permodalan YBK Sdn Bhd dan Paragon Matrix Sdn Bhd untuk membangunkan Serendah Wellness Sanctuary. Projek yang dijangka menelan belanja RM2 bilion melibatkan pembinaan pusat berkonsepkan kesejahteraan dan kesihatan di Serendah. Turut hadir di program itu, MP Hulu Selangor P Kamalanathan dan pengerusi YBK Datuk Zainal Sakom. | ||||
Ahli akademik perlu ada keberanian Posted: 24 Jan 2013 06:30 AM PST
Ada sebuah puisi yang muncul di zaman kemuncak reformasi Indonesia menentang rejim Presiden Soeharto di tahun 1998. Puisi itu yang bertemakan 'takut', ditulis oleh penyair ternama, W.S. Rendra, antara lain menyebut: Siswa takut kepada pensyarah, Pensyarah takut kepada dekan, Dekan takut kepada Rektor, Rektor takut kepada Menteri, Dan menteri takut kepada Presiden. Puisi ini saya ingat kembali ketika pelbagai pihak menimbulkan fenomena bagaimana sesetengah kakitangan akademik di pelbagai universiti di Malaysia sendiri, masa kini, mengalami sindrom takut-takut untuk mengeluarkan pendapat, takut menentang arus, takut tidak naik pangkat, takut tidak mendapat gelar professor, malah takut tidak mendapat gelar datuk atau datuk seri, takut itu dan takut ini. Namun begitu, masih ramai di kalangan ahli akademik, termasuk khususnya kalangan professor yang berani mengeluarkan pandapat apa yang dikiranya benar. Justru tidak semua kalangan ahli akademik yang 'diserang sindrom takut' di samping masih ramai ahli akademik yang berani menyuarakan kebenaran. Sebab itu percayalah bahawa di mana-manapun keadaan seperti ini tetap berlaku. Sebagai contoh, ketika berlaku 'Arab Spring' yang menjatuhkan dektator Hosni Mubarak tahun lalu, demikian ramai ahli akademik di sana, termasuk segelintir pensyarah di Universiti Al-Azhar sendiri, seperti yang dilaporkan, menjadi begitu 'penakut' untuk bersuara menyokong demonstrasi anti Hosni Mubarak, termasuk sesetengah ulama sendiri. Demikian juga yang berlaku ketika Revolusi Jasmine di Tunisia dan Libya dan beberapa tempat lain di mana ada ahli akademik juga diserang sindrom 'takut'. Oleh itu saya tidaklah terlalu terkejut apabila ada di kalangan ahli akademik kita sendiri yang menimbulkan isu di mana ada di kalangan kakitangan fakulti di universiti tempatan didakwa terlalu takut untuk memperjuangkan kebebasan akademik kerana ia boleh menjejaskan peluang mereka untuk naik pangkat atau menerima anugerah seperti datuk. Dakwaan tersebut, seperti yang dilkaporkan, dibuat di forum mengenai 'Kebebasan Akademik dan Hak' malam kelmarin oleh bekas profesor undang-undang Abdul Aziz Bari dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Maszlee Malik. Pakar undang-undang perlembagaan itu berkata, tidak ada gunanya menyalahkan kerajaan atau Umno semata-mata bagi keadaan tersebut kerana ahli akademik itu sendiri yang didakwanya malas. Katanya, mereka tidak mempunyai idea baru, tidak menjalankan penyelidikan, tidak mengarang apa-apa - semuanya kerana takut. Beliau mendakwa mereka masuk ke universiti (atau menjadi profesor, timbalan dekan, dekan, naib canselor atau rektor) dengan 'menarik kabel' - menyebabkan menjadi takut. "... mereka tidak menggalakkan kebebasan akademik, tugas mereka adalah untuk memastikan universiti dikekalkan sebagai sebahagian daripada birokrasi kerajaan," tambahnya. Pada masa yang sama, dakwanya, ahli akademik yang bercakap untuk masyarakat luar kampus dianggap sebagai orang yang tidak diingini di universiti, sepertimana yang berlaku pada dirinya. Menyuarakan pandangan yang sama, Dr, Maszlee berkata, budaya naungan dan takut di universiti sekarang begitu menjejaskan ahli akademik dan pelajar. Beliau mendakwa, ahli akademik bergantung kepada tuan politik mereka untuk dicalonkan bagi anugerah 'Datuk' atau 'Datuk Seri', atau kenaikan pangkat, dan mereka takut menerima surat amaran. "Mereka telah hilang keberanian, identiti dan keupayaan untuk berfikir. Mengapa? (Ini kerana) hati mereka diselubungi ketakutan. "Pelajar takut pinjaman Pengajian Tinggi Nasioanal akan ditarik balik. Mereka takut dapat markah rendah, takut dibuang universiti, takut segala-galanya," tambahnya. Merenung keadaan yang berlaku ini, tentunya ada persamaan keadaan yang berlaku di zaman reformasi Indonesia itu di mana 'Pensyarah takut kepada dekan, Dekan takut kepada Rektor, Rektor takut kepada Menteri, Dan menteri takut kepada Presiden'. Dalam kontek suasana di Malaysia sekarang, terutamanya menjelang PRU akan datang, ketika rakyat sedang bangkit untuk menuntut perubahan, tembok rasa 'takut' yang selama ini mendominasi pemikiran segolongan rakyat Malaysia ternyata telah dapat diruntuhkan. Kehadiran kira-kira 700,000 orang – menurut perkiraan pakar matematik, Dr. Shaharir Mohd Zain – adalah sebuah fenomena yang sangat menarik, menghantar isyarat bahawa rakyat sudah keluar dari kepompong rasa takut untuk menyuarakan hak mereka. Merea tidak lagi mahu bersikap seperti semut yang takut dilihat kehadirannya. Bagaimanapun sama ada ahli akademik yang penakut itu mahu membebaskan diri dari rasa takut dan bersama rakyat atau bagaimana, terserah kepada mereka. Fenomena baru mengenai keberanian rakyat ini, seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri himpunan rakyat ini akan berterusan dan dijangka akan lebih menyerlah lagi di masa akan datang. Zaman dan suasana berubah. Tidak mustahil akan lebih ramai lagi ahli akademik, ulama, sasterawan, wartawan, tokoh masyarakat dan lain-lain akan ikut serta dalam arus kebangkitan rakyat ini dan saya positif dalam hal ini. Justeru mereka yang masih diselubungi ketakutan akan dtinggalkan – kerana suasana dan perubahan tidak mampu menunggu mereka. Mereka yang terus takut itu dan akan jadi korban kerana ketakutannya. | ||||
Pakatan lonjakkan sokongan melalui janjinya Posted: 24 Jan 2013 06:29 AM PST
(Sokongan terhadap janji mansuh PTPTN) KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan terhadap janji-janji yang dibuatnya berdasarkan satu kajian baru-baru ini. Ia berlaku ketika Barisan Nasional (BN) terus memperlekehkan janji itu melalui slogan 'Janji ditepati'. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Universiti Malaya melalui 1409 responden itu mendapati sebanyak 57 peratus menyokong cadangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak. Hanya 28 peratus tidak bersetuju dan 15 peratus pula tidak pasti. Dalam pada itu menurut Pengarah UMCEDEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, persepsi pengundi kali pertama pada pilihan raya umum ke-13 dengan soalan dan janji yang sama mendapati 62 peratus bersetuju, 24 peratus tidak bersetuju dan 14 peratus masih tidak pasti. "Kita melihat janji Pakatan dalam memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan penyediaan pendidikan secara percuma, sebanyak 60 peratus bersetuju dengan janji itu. "Dalam pada itu hanya 26 peratus tidak bersetuju dan 14 peratus tidak pasti," sambung beliau. Tambah, Dr Mohammad Redzuan lagi, janji penurunan harga kereta juga turut mendapat sokongan iaitu 50 peratus bersetuju setuju, 33 peratus tidak bersetuju manakala 17 peratus tidak pasti. Selain itu juga, sokongan kepadanya lebih tinggi di kalangan pengundi kali pertama iaitu sebanyak 59 peratus setuju berbanding 26 peratus tidak bersetuju dan 15 peratus tidak pasti. "Kita juga mendapati janji Pakatan dalam mewujudkan kerajaan yang bersih dan amanah juga menunjukkan peningkatan iaitu 57 peratus dari hasil kajian bersetuju. "25 peratus pula tidak bersetuju dan 18 peratus tidak pasti, saya pasti Pakatan akan terus mendominasi sokongan jika perkara ini terus diketengahkan oleh mereka," sambung beliau ketika perbentangan hasil kajian di Jabatan Sejarah Universiti Malaya semalam. Kajian yang difokuskan kepada isu-isu yang boleh meningkatkan sokongan kepada Pakatan Rakyat itu dilakukan oleh 43 orang enumerator dan 4 orang penyelia melibatkan kaedah bersemuka dan juga melalui telefon. | ||||
Mahathir, Ibrahim Menyusahkan Najib Posted: 24 Jan 2013 06:21 AM PST MSO Pada saat tibanya pilihan raya umum ke-13 Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor sangat mengharap akan ada waktu damai bagi Umno. Najib sangat mengharapkan ada kesenggangan masa kritikal untuk menghadapi pilihan raya. Najib perlukan ketenangan dan sedikit olak menenangkan situasi.
Satu masa Najib hampir berjaya memancing hati semua orang. Rakyat marhain senang dengan cara Najib mengingati mereka. Walaupun rakyat tahu itu adalah sebahagian hipokrasi pilihan raya tetapi rakyat menerimanya. Rakyat memberi simpati kepada Najib sebagai membalas budi baik Najib memberi berbagai insentif dari wang saku rakyat juga. Begitu juga dalam menangani atau mempedulikan rakyat mengikut etnik atau kaum. Najib sanggup turun menemui semua etnik di mana saja. Najib benar-benar telah mengorbankan darjat kebangsawaannya. Najib sanggup turun ke perkampungan untuk membahagikan sekampit dua beras kepada orang India dan sanggup menjamah tangan India miskin dan memeluk serta merasai hamis dan hapak baju mereka. Bukan itu saja Najib sanggup memasuki kawasan spritual India seperti di Batu Cave dan sebagainya. Apa yang beliau lakukan kepada orang India begitulah juga dilakukan kepada orang Cina, kandati masyarakat Cina kian menjauh Najib. Di Sabah pula demi meraih sokongan, Najib sanggup dan bersedia menerima kehendak rakyat Sabah yang mendesak agar masalah Pendatang Tanpa Izin (PATI) diatasi. Maka itu Najib membenarkan wujudnya suruhanjaya diraja (RCI) untuk menyiasat status dan lambakan imigrat di negeri berkenaan. Mengenai hal ini Najib tidak mempedulikan bantahan Mahathir agar RCI tidak diwujudkan. Najib tahu suruhanjaya itu bakal memakan diri Umno, tetapi kerana hendak melayani kehendak rakyat Sabah, Najib umumkkan juga. Demi hendak membuktikan ketelusan dan trasformasi yang dilancarkan, dia sedia menanggung risikonya. Pendeknya untuk menyenangkan hati semua orang Najib lakukan. Najib benar-benar meletakkan rakyat di atas singgahsana. Ada kalanya Najib rela menghinakan diri demi rakyat. Beliau sampai dituduh menjadi 'pekakas tenggala', naggal, penolak, igu, ataupun gerak, yang ditarik lembu demi rakyat. Tindakannya yang sesetengah boleh menjejaskan kredibiliti beliau dan juga maruah negara tidak dipedulikan yang penting rakyat senang kepadanya dan UBN akan menang dalam pilihan raya. Satu masa rakyat sudah jinak dengan Najib. Rakyat menyedari akan keikhlasan Najib berbalut hipokrasi. Najib juga mulai senang denagn situasi yang ada. Beliau menangguhkan beberapa kali untuk mengumumkan tarikh pembubaran parlimen disebabkan menanti 'ketika dan cerlak' yang baik. Bagaimana pun malang bagi Najib, sebaik masa dan cerlak itu tiba, keadaan yang baik itu terganggu pula dengan tindakan dua orang yang kononnya menjadi penyokong kuat kepadanya. Mereka ialah Mahathir Mohamad dan Inchek Ibrahim Ali. Tindak tanduk mereka ini membingungkan Najib. Mungkin juga disebabkan 'ulah' dan perangai kedua orang ini maka berat badan Najib susut 3.3 kg. Khabarnya Najib benar-benar kecewa dengan sokongan membawa rebah oleh kedua manusia ini. Ternyata dengan terdedahnya agenda projek IC palsu di Sabah yang mendedahkan peranaan Mahathir di sebalik permainan kotor itu telah mecelaru birukan Najib. Pengakuan Mahathir yang dia terlibat memberi IC palsu itu sambil dalam masa sama menempelak Tunaku Abdul Rahman (Almarhum) menyebabkan hati rakyat yang sudah mulai sejuk dan mabuk dengan pelbagai pemberian Najib menjadi hangat semula. Rakyat Sabah khasnya yang sudah lama mencurigai dengan projek IC palsu itu yang dilihat satu pengkhiantan kini telah menemui jawaban dan orang yang mereka sandarkan kemarahan itu; Mahathir dan UBN. Terdedahnya perkara itu dan pengakuan Mahathir menyebabkan segala jasa dan budi yang Najib tanam dan taburkan di Sabah menjadi debu dan angin saja. Bukan saja Najib 'terkanyak' merasa senak dengan isu IC palsu ini, Mahathir juga sehari dua ini menutup mulut dari terus memberi idea bagaimana untuk memenangkan UBN. Mahahir juga menyedari yang langkahnya sudah tersadung dalam jerat yang dipasang sendiri. Mahathir sendiri menyedari bahawa sikap dan keangkuhan dirinya yang selalu merasa hebat terkena cabuk dengan isu IC palsu ini. Sebenarnya apa yang berlaku itu, adalah satu hakikat di mana kebenaran itu akan muncul juga akhirnya. Kebatilan yang selama ini digendung Mahathir akan tercicir juga dan terdedah kepada umum apabila kebenaran muncul. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga dan selicit-licit belut mengeliukkan badan termasuk juga ke dalam 'suak'. (Sejenis alatan tangkap ikan). Masalah yang ditimbulkan oleh Mahathir itu menjadi lebih penat lagi, apabila Inchek Ibrahim Ali yang bertindak menjadi hidung tidak mancung dan pipi tersorong kononnya untuk membantu kemenangan BN, telah membuat kenyataan yang telah membakar hanguskan impian Najib Razak. Seruan Ibrahim agar kitab Injil dibakar, telah memberi masalah besar kepada Najib. Kenyataan dan seruan Inchek Ibrahim yang berbentuk rasis dan perkauman itu kini benar-benar menyusahkan Najib. Keadaan negara ini dalam konteks keagamaan dan budaya sedang menggelak gara-gara kenyataan bodoh sombong dan berani bengong Ibrahimn itu. Hati semua orang kini hangat dengan apa yang dilakukan Ibrahim itu. Bukan saja mereka beragama Kristian dan mempercayai kepada kitab itu, tetapi orang yang mempunyai akhlak dan percaya kepada kehidupan saling hormat menghormati juga kesal dan marah dengan seruan beremosi Ibrahim itu. Seperti Mahathir, Ibrahim juga tersilap langkah. Dia mengira kenyataan dan ajakan itu mendapat sokongan orang Melayu dan Islam lainnya. Inilah manusia kalau merasa bijak dan pengetahuannya hanya di birai rumah saja, dia akan buta dengan perkembangan semasa. Dia tidak tahu apakah apa yang diucapkan itu boleh memberi kebaikan atau tidak. Biasanya manusia seperti ini orang yang hanya mengikut akal kemetotnya dan memenuhui kehendak nafsu saja tanpa mepedulikan orang lain. Sesungguh manusia seperti Ibrahim ini sudah tidak layak untuk hidup di atas dunia ini, kerana dia mengira hanya dia saja yang cerdik manakala orang lain semuanya haprak. Sifat-sifat ego dan sombong bongkok inilah yang menjadi pegangan dan pakaian manusia yang dikutuk dan dibenci Allah seperti Firaun, Qaron, Namrud dan lain-lain yang disebut didalam al-Quran. Seperti juga Mahathir, hari ini nampaknya orang Pasir Mas ini menyedari bahawa tindakannya tidak memberi kebaikan sebaliknya menyusahkan Umno dan Najib. Justeru berbagai usaha dilakukan untuk memperbetulkan balik kenyataanya. Sudah muncul orang-orang yang merasa manis tea tarik Ibrahim Ali bercakap untuk memperbetulkan kenyataan Ibrahim itu. Ada yang mengatakan apa dilakukan Ibrahim itu sebaghai wake-up call dan sebagainya. Semua usaha untuk memperbetul dan menjernihkan kata-kata Ibrahim itu tak ubah seperti usaha untuk memluruskan bayang dari objek yang bengkok. Sia-sia. Bagaimana pun bak kata pepatah telajar perahu boleh diundur, telajar kata buruk padahnya. Kata orang kampung saya, baik terlucut kain daripada terlucut kata. Kenyataan dan seruan Ibrahim itu telah memberi padah kepada dirinya sendiri. Paling buruk ia memberi penyakit kepada Najib. Kalau sebelum ini penganut Kristian baik dari kalangan Cina, India dan lain bangsa sedang memerhati kepada UBN, tetapi dengan desakan agar kitab mereka dibakar itu, menjadikan mereka tidak akan berpaling lagi kepada BN. Walaupun Ibrahim bukan anggota komponen BN tetapi kerana mereka tahu ke arah mana sokongan Ibrahim, menyebabkan kesan protes dari mereka akan diterima oleh Umno dan BN. Desakan yang dilakukan oleh Ibrahim itu bukan saja setakat melukai hati penganut Kristian dan pengamal agama lain yang cintakan kedamaian, tetapi ia juga meninggalkan kesan pedih yang mendalam. Kalau sebelum ini si Salentia itu sering memberi amaran demi amaran jangan menguriskan hati orang Melayu, kali ini orang lain pula memberi peringatan kepadanya agar berhati-hati dalam bercakap jangan sampai mulut terbakar. Perkembangan terbaru di sekitar diri Inchek Ibrahim ini menambahkan lagi keyakinan sesetengah orang bahawa beliau tidak akan diberi laluan oleh BN di Pasir Mas untuk beliau dihadapi seorang sama seorang oleh PAS. Dalam kata lainnya tanpa disedari disebabkan senantiasa merasakan tindakannya betul, akhirnya Ibrahim membakar dirinya dari sumber api dari dalam koceknya sendiri. Ingatlah, cakap malam dengar-dengar, cakap siang pandang-pandang. Ibrahim dan Mahathir sudah menjadi liabiliti kepda Najib dan UBN. | ||||
Awie mahu buka 3 kelab malam lagi Posted: 24 Jan 2013 06:16 AM PST Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi. "Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya. "Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu. Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu. Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti. "Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya? "Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?" jelasnya dalam nada kesal. Tambahnya, perniagaan pusat hiburan bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain turut menjalankan perniagaan berasaskan hiburan seperti itu. "Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu. "Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan? "Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?" soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi. Sementara itu, mengenai watak Husin dalam filem sekuel kepada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya itu Awie berkata, komitmen pada kali ini adalah lebih mencabar kerana dia perlu menterjemahkan Husin yang berada dalam kedukaan selepas diisytiharkan muflis. "Penceritaan filem kali ini lebih bersahaja tetapi berat. Watak Husin tidak jauh berbeza berbanding filem pertama Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini. "Cuma pada kali ini dia kurang ceria kerana berada dalam keadaan murung dan bersedih selepas diisytiharkan muflis," katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Zombie Kilang Biskut. | ||||
Sosilawati ugut bunuh Pathmanaban? Posted: 24 Jan 2013 06:08 AM PST Tertuduh keempat dalam kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain hari ini berkata dia telah diberitahu oleh N.Pathmanabhan bahawa tiga lelaki, termasuk pemandu jutawan kosmetik itu dan seorang peguam yang dikatakan dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting, akan membunuh bekas majikannya jika mereka dibiarkan hidup.R.Kathavarayan, 32, berkata demikian ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff sama ada dia mengetahui punca kejadian itu berlaku. "Awak tahu mengapa mereka dibunuh dan dibakar," soal Ishak. "Saya tidak tahu alasan sebenarnya tetapi saya telah diberitahu oleh Pathmanabhan," jawab Kathavarayan. "Apa Pathmanabhan beritahu kamu?" soal Ishak. "Dia beritahu saya: "Jika saya (Pathmanabhan) biarkan mereka, mereka akan bunuh saya". Kemudian dia beritahu saya (Kathavarayan) tidak akan faham," jawab tertuduh keempat. Kathavarayan diperintah membela diri di Mahkamah Tinggi di sini bersama Pathmanabhan, 44, T.Thilaiyalagan, 22, dan R.Matan, 23, atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil AbdulKarim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, JalanTanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30Ogos 2010. Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Dalam keterangannya sebelum ini, Kathavarayan berkata dia ternampak tiga lelaki, iaitu pemandu Sosilawati, seorang peguam dan seorang lagi yang tidak dicam wajahnya, terbaring di kawasan bersebelahan dengan longgokan kayu api diladang itu pada 31 Ogos 2010. Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Pathmanabhan, Kathavarayan berkata dia menghormati dan takut dengan bekas majikannya itu kerana tahu apa akan dilakukan oleh Pathamanabhan sekiranya tertuduh pertama itu marah. "Beritahu mahkamah apa perkara yang boleh menyebabkan Pathmanabhan marah,"soal Ishak. "Biasanya dia akan marah sebab makanan, kalau tidak dengar cakap dia dan tipu dia. Saya pernah lihat dia marah polis trafik," jawab tertuduh keempat. Kepada soalan lain, Kathavarayan berkata dia ada memberikan sepasang sarung tangan kain selepas diminta oleh Pathmanabhan. Tertuduh keempat berkata bekas majikannya itu telah menggunakan sarung tangan berkenaan ketika memandu sebuah kereta jenis BMW bernombor pendaftaranAAJ 5 keluar dari ladang pada malam 30 Ogos 2010. Keterangan saksi di mahkamah sebelum ini mengesahkan bahawa kereta itu adalah milik Ahmad Kamil. "Saya katakan tujuan Pathmanabhan pakai sarung tangan untuk cop jari," kata Ishak dan Kathavarayan menjawab "ya". Tertuduh keempat seterusnya memberitahu Pathmanabhan turut mengarahkan seorang lagi pekerja ladang, U.Suresh untuk memandu keluar sebuah lagi kereta jenis BMW bernombor pendaftaran WTL 11 dari ladang pada hari yang sama. "Suresh ada beritahu saya Pathmanabhan suruh dia pergi parking kereta diluar dan tunggu Pathmanabhan di situ," kata Kathavarayan. Menurut keterangan saksi di mahkamah sebelum ini, kereta itu dinaiki oleh Sosilawati dan Kamaruddin pada hari mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos 2010. "Semasa kereta WTL 11 keluar dari ladang dan kereta AAJ 5 dipandu Pathmanabhan keluar, di mana Sosilawati, pemandunya, peguam dan banker itu?" soal Ishak. "Ada di bahagian belakang ladang," jawab tertuduh keempat. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Jumaat ini. | ||||
MB: S'gor batal projek kondo Batu Caves Posted: 24 Jan 2013 06:02 AM PST MALAYSIA KINI Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan keputusan membatalkan projek kondominium kontroversi Dolomite Park Avenue di Batu Caves.Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendengar penjelasan jabatan perancang bandar dan desa mengenai status pembinaan struktur dan bangunan berkenaan pada hari Selasa lalu. "Selepas mendengar penjelasan itu, saya membuat keputusan supaya Majlis Perbandaran Selayang membatalkan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd untuk pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 26 tingkat. "Keputusan ini dibuat demi menjaga keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar. "Saya amat berharap keputusan ini diterima positif oleh semua pihak kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai. "Kerajaan Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana projek pembangunan yang boleh mengancam keselamatan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kontroversi berhubung pembinaan kondominium itu timbul susulan bantahan daripada sekumpulan masyarakat India yang mahu projek tersebut dihentikan. Manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga sebelum ini turut berjanji akan membatalkan projek itu sekiranya BN berjaya merampas Selangor. | ||||
Umno beri amaran pada jentera Pasir Gudang Posted: 24 Jan 2013 06:00 AM PST Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan memberi amaran kepada pemimpin akar umbi di Pasir Gudang yang didakwa menutup bilik gerakan masing-masing dengan alasan kecewa dengan tindakan menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman. Ahmad berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Umno yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum akan datang. "Pada sesiapa yang membuat kerja memboikot begini, mereka akan diambil tindakan. Kita akan ambil tindakan keras. "Saya ulangi, kepada sesiapa yang hendak buat cerita boikot ini, tidak ada tempat untuk mereka dalam Umno, pergilah cari NGO lain. "Kita serius dalam pilihan raya, ia berkenaan masa depan negara," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Beliau juga menjelaskan bahawa bilik gerakan pusat daerah mengundi hanya diarahkan untuk dibuka selepas 1 Februari akan datang. "Itu maksudnya bukanlah ditutup, cerita ditutup ini apabila setelah penamaan calon. "Kita belum berkempen pun lagi, jadi yang ini belum dibuka sahaja," katanya lagi ketika ditanya mengenai tindakan pemimpin akar umbi tersebut. Laporan Sinar Harian Online hari ini mendakwa, sebahagian besar cawangan parti di Pasir Gudang menutup bilik gerakan kerana kecewa dengan tindakan menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman yang masih belum memberi hak milik tanah kepada penduduk setinggan. Laporan berkenaan memetik kenyataan pegerusi tetap Umno bahagian tersebut, Abu Bakar Alibi yang mendakwa lima bilik gerakan ditutup dan empat lagi dijangka mengambil tindakan sama menjelang pilihan raya. Isu hak milik tanah Abu Bakar dalam laporan itu juga menegaskan, Umno cawangan berkenaan tidak akan menjalankan aktiviti untuk menghadapi pilihan raya dan tidak akan bertanggungjawab sekiranya tindakan pengundi menjejaskan BN. "Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab. "Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13," katanya seperti dipetik dalam laporan itu. Laporan berkenaan juga memetik kenyataan daripada tiga ketua Umno cawangan di kawasan tersebut - Yacob Sahadan (Kampung Senibong), Mohd Saleh Arsad (Kampung Plentong Baru) dan Nordin Kasri (Kampung Seri Makmur). Yacob berkata menteri besar berjanji untuk memberi hak milik tanah itu sejak 13 tahun lalu. Pemimpin berkenaan juga antara lainnya bimbang isu tersebut akan menjejaskan sokongan orang Melayu di negeri yang didakwa sebagai kubu kuat Umno itu. | ||||
Polis: Jangan percaya khabar angin acara bakar Bible Posted: 24 Jan 2013 05:59 AM PST Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad ini. Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berikutan isu itu polis menerima laporan seorang paderi menemui risalah bertulis 'jom bakar...pesta bakar bible melayu demi masa depan cucu kita' yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja 20 Jan lepas. "Kita minta jangan ada pihak yang percaya dan mensensasikan isu ini kerana ia boleh mengugat ketenteraman awam dan mengundang perpecahan masyarakat," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini. Beliau berkata polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan peserta perhimpunan itu sekiranya benar-benar diadakan. Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Mengenai isu pengedaran Bible kepada pelajar Islam di hadapan sebuah sekolah di Jelutong Khamis lepas, Abdul Rahim berkata polis telahpun merekodkan keterangan 17 individu. "Kertas siasatan telah lengkap dan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya. Beliau berkata siasatan polis mendapati kesemua Bible itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah. "Setakat ini polis menerima tujuh laporan mengenai isu itu, iaitu empat daripada pelajar dan selebihnya daripada orang awam," katanya.- Bernama | ||||
ADUN dakwa Umno guna PBT untuk dapat tanah murah Posted: 24 Jan 2013 05:57 AM PST Kerajaan negeri Selangor hari ini mendedahkan satu lagi dakwaan skandal tanah murah melibatkan Umno, dengan dakwaan bahawa parti berkenaan menggunakan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mempercepatkan kelulusan tanah. Pengerusi satu jawatankuasa kerajaan negeri berhubung tanah dan pejabat daerah Ng Suee Lim mendakwa Umno bahagian Kota Raja dan MBSA membuat permohonan bersama untuk tanah seluas tujuh ekar itu pada 2006, kononnya untuk membina kompleks sukan dan rekreasi serta pusat masyarakat. Seramai 11 orang pemohon lagi merupakan pemaju persendirian yang didakwanya berhasrat untuk menggunakan tanah berkenaan bagi projek komersial dan kediaman. Jawatankuasa Tanah Daerah Klang, yang bertanggungjawab ke atas tanah berkenaan di Seksyen 25, Shah Alam, mengesyorkan agar empat ekar diberikan kepada MBSA dan tiga lagi kepada Umno bahagian pada harga pasaran, dakwa Ng. Bagaimanapun, pengagihan milikan itu dipinda apabila majlis kerajaan negeri yang dipengerusikan menteri besar pada masa itu Dr Mohd Khir Toyo, bertemu untuk meluluskan permohonan tanah berkenaan, dakwanya. Dakwanya, Umno kemudiannya mendapat empat ekar dan MBSA tiga ekar. Ng juga mendakwa bahawa Umno Kota Raja hanya perlu membayar premium tanah serendah RM1,000, walaupun tanah di kawasan tersebut dianggarkan bernilai RM700,000 seekar. Permohonan untuk mendapatkan kebenaran merancang tanah itu kemudiannya menyatakan cadangan pembinaan apartmen dan lot kedai, serta dewan kecil untuk MBSA, dakwanya. Lim yang juga ADUN Sekinchan, mendakwa ini merupakan kes paling "hangat" yang dibangkitkannya setakat ini kerana ia menunjukkan bahawa Umno menggunakan pihak berkuasa tempatan untuk kepentingan parti. | ||||
Peguam: Polis kawal rapi bedah siasat Sugumar Posted: 24 Jan 2013 05:52 AM PST Sekumpulan polis mengawal ketat kawasan rumah mayat Hospital Serdang hari ini ketika bedah siasat dijalankan ke atas seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bergari pada malam semalam. Seorang peguam PKR Latheefa Koya berkata, kira-kira 20 orang termasuk empat anggota polis bersenjatakan M-16 mengawal kawasan tersebut yang dipenuhi anggota keluarga si mati. Katanya, anggota keluarga berkenaan menunggu untuk mengecam mayat Sugumar Chelliah, 40, semenjak diberitahu mengenai kematian lelaki tersebut, lewat malam semalam. Latheefa mendakwa, saksi melihat sekumpulan individu memukul Sugumar sehingga membawa kepada kematian lelaki tersebut dalam kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang semalam. Katanya, beliau menuntut agar individu terlibat dalam kejadian yang membawa kepada kematian Sugumar itu dikenakan tindakan tegas. Turut hadir bersama keluarga mangsa hari ini ialah naib presiden PKR N Surendran dan MP Kapar M Manikavasagam. Surendran berkata, Manikavasagam yang turut masuk ke bilik bayat untuk mengecam mayat Sugumar mendapati tangan si mati masih bergari. Sementara itu, ketua polis daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan mengadakan sidang media pada malam ini. Beliau dijangka akan menjelaskan rentetan kejadian yang berlaku pada malam semalam, sehingga membawa kepada kematian Sugumar di satu kawasan taman perumahan di Hulu Langat. | ||||
Suami ratapi kematian isteri, dua anak akibat dihempap lori 10 tan Posted: 24 Jan 2013 05:49 AM PST SINAR HARIAN MUAR – Hanya laungan nama Ngaisah, Balqis dan Azzem berulang kali memecahkan suasana pilu di kediaman Ghazali Salamon, 45, yang meratapi jenazah tiga ahli keluarganya selepas semua mangsa dikeluarkan dari timbunan barangan konkrit bahan binaan. Ghazali merupakan suami kepada mangsa kemalangan, Ngaisah Redzuan, 46, bersama dua anaknya, Faatiorrohirullah Al Azzem Ghazali, 12, dan Puteri Balqis Sofea Ghazali, 10; maut selepas terbabit dalam nahas melibatkan sebuah kereta Proton Persona dengan lori sarat membawa muatan konkrit di Batu 14 Jalan Muar-Air Hitam, berhampiran Bukit Naning dekat sini, kira-kira jam 1.30 petang semalam. Bagaimanapun usaha untuk menemu bual Ghazali iaitu Pengerusi Biro Kesenian dan Kebudayaan Umno Bahagian Bakri,. tidak berjaya berikutan keadaannya yang tidak mengizinkan dan terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarganya. Lebih memilukan, kejadian ngeri itu berlaku di hadapan rumah mangsa yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Bukit Naning iaitu tempat Ngaisah mengajar. Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila lori seberat 10 tan yang sarat membawa muatan dari Air Hitam menghala ke Muar cuba memintas kereta Proton Persona dipandu Ngaisah yang ketika itu sedang membelok ke kiri untuk pulang ke rumahnya. Malangnya, lori terbabit hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan keseluruhan muatan barangan konkrit bahan binaan itu bertaburan dan menghempap kereta dipandu guru Matematik itu. Pegawai Bomba Kanan Dua, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ismail Mahmod berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama satu jentera dengan tujuh anggota. Menurutnya, pihaknya terpaksa mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan terhempap dalam timbunan barangan konkrit bahan binaan dengan menggunakan bantuan dua jentera forklift. "Ketika dikeluarkan, mangsa sudah meninggal dunia dan pemandu lori berkenaan dipercayai melarikan diri," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. "Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk bedah siasat. "Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Pertemuan terakhir Rabu lalu KAKAK kedua Ngaisah, Noriah Redzuan, 70, begitu terkejut menerima berita yang menimpa adiknya melalui penduduk kampung. "Kali terakhir saya menemui Ngaisah pada Rabu minggu lalu di sebuah kedai runcit di Parit Sulung, Batu Pahat. "Dalam pertemuan itu, dia tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik dan sentiasa dengan sikap ramahnya," katanya. Sementara itu, rakan mangsa yang dikenali sebagai Shidah, 47, berkata, sebelum kejadian arwah sempat meninggalkan pesanan supaya membantunya memasang langsir baru sekolah pada keesokan hari (hari ini). "Tahun ini arwah menaja langsir baru untuk sembilan kelas seperti yang dilakukannya setiap tahun. "Hari ini (semalam) kami tidak sempat berbual panjang kerana sibuk bergotong royong membersihkan sekolah berikutan akan menerima kunjungan lawatan Nazir Jumaat ini," katanya. Shidah turut sedih mengenangkan semula pesanan terakhir arwah dan menganggap pemergian sebagai satu kehilangan besar buat dirinya kerana mereka sudah bersahabat baik lebih 20 tahun lalu. Manakala seorang anak murid mangsa, Nornasha Kamarudin, 12, berkata, dia turut sedih dengan pemergian guru matematiknya itu. "Ketika mengajar dalam kelas hari ini, Cikgu Ngaisah banyak tersenyum dan mendekati rakan-rakan yang tidak faham dengan apa yang diajarnya," katanya. | ||||
Posted: 24 Jan 2013 05:46 AM PST SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera mengiktiraf Pergerakan Islam Palestin (Hamas) sebagai sebuah organisasi Islam serta kerajaan Palestin yang sah di bumi Palestin. Dalam kunjungan Najib ke Gaza kelmarin, beliau bertemu dengan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh yang mewakili kerajaan Hamas. Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, kunjungan PM seharusnya diterjemah sebagai hubungan akrab antara Malaysia dengan Kerajaan Hamas. Katanya, Hamas perlu dikeluarkan daripada rekod sebagai kumpulan pengganas antarabangsa dan Malaysia perlu membersihkan nama Hamas di pentas dunia. "Selain itu, Pemuda Pas juga kesal kesal kerana sehingga kini kerajaan gagal mengiktiraf Hamas sebagai sebuah kerajaan yang sah mewakili rakyat negara itu. Kita minta kerajaan supaya membuka kedutaan Palestin di Kuala Lumpur yang diwakili Hamas sebagai entiti rasmi kerajaan negara itu. "Tambahan lagi, wakil Hamas perlu dijemput dalam setiap program rasmi melibatkan kerajaan luar yang dianjurkan di negara ini. Umat Islam di negara ini mengharapkan peranan lebih besar disalurkan kepada bumi berdarah Palestin serta Syria daripada sekadar kunjungan PM," katanya. | ||||
9 bayi selamat, doktor dan staf JPN ditahan Posted: 24 Jan 2013 05:38 AM PST GEORGETOWN - Polis menumpaskan satu sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergiat aktif di Pulau Pinang sejak 2009 berikutan penahanan 33 suspek termasuk seorang doktor klinik swasta dan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mereka juga berjaya menyelamatkan sembilan bayi dan kanak-kanak berusia antara dua bulan sehingga lapan tahun, yang dipercayai dijual oleh sindiket berkenaan. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, susulan aduan yang diterima, pihaknya menubuhkan pasukan khas "Aktif Som" di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang untuk menjalankan risikan dan melancarkan ops dalam usaha mengesan sindiket menjual bayi. Ia dilakukan setelah menerima laporan bahawa seorang wanita warga asing menjaul bayi berusia 40 hari dengan harga RM4,300 pada awal Disember lalu. "Tiga bayi lelaki dan enam bayi perempuan diselamatkan dengan kerjasama IPK Pulau Pinang, Kedah dan Perak, di tempat, masa dan hari yang berlainan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau berkata, bayi dan kanak-kanak diselamatkan itu terdiri daripada tujuh warga Thai, satu warga Bangladesh dan satu bayi tempatan. Menurutnya, pasukan itu dianggotai 25 pegawai dan anggota berjaya menahan 33 suspek termasuk tiga warga Indonesia dan seorang warga Thai. "Polis turut merampas 19 telefon bimbit pelbagai jenama, dua kereta, lima mykid yang sah, 14 sijil kelahiran yang sah, 18 kad perubatan dan wang tunai RM15,000 daripada semua suspek berusia lingkungan 23 hingga 62 tahun," katanya. Abdul Rahim berkata, sindiket itu diketuai seorang wanita tempatan dengan menyasarkan wanita warga Indonesia dan Thai yang mengandung anak luar nikah dan berkesempitan wang sebagai sumber untuk mengaut keuntungan. "Bayi dilahirkan oleh warga asing itu dijual mengikut pakej antara RM18,000 hingga RM30,000 berdasarkan rupa paras dan jantina atau kanak-kanak kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak. "Siasatan awal mendapati sindiket ini hanya membayar RM2,500 hingga RM4,500 kepada ibu yang mengandung," katanya. Beliau berkata, kesemua bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan itu berada di satu tempat yang selamat, sehingga menunggu perintah mahkamah untuk tindakan susulan. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda," katanya. | ||||
[VIDEO] Bekas Jenderal Dedah Kementerian Pertahanan Beli Senjata Secara Rasuah Posted: 24 Jan 2013 01:09 AM PST KELAB GREENBOC Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah). Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu. Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir. Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut. Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf. Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup. Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk. "Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan," kata Rafizi. Ghafir berkata, punca utama perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah menyebabkan kos pembelian mahal. "Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan kebajikan tentera," kata Ghafir. Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik. "Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi. Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi," kata Ghafir dipetik. Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri. LIHAT VIDEO DI SINI | ||||
Anwar mungkin lepaskan kerusi Permatang Pauh Posted: 24 Jan 2013 12:52 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER "Insya Allah, saya akan bertanding, tetapi kemungkinan besar saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain," katanya dipetik dari akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian. Apabila ditanya apakah beliau akan bertanding di kerusi parlimen Lembah Pantai yang kini disandang oleh anaknya Nurul Izzah Anwar, beliau menafikan spekulasi itu. "Kenapa pula Lembah Pantai? Tiada pula saya dimaklumkan," katanya. Ketua Umum PKR itu walaubagaimanapun tidak memberitahu kawasan yang beliau maksudkan untuk ditandinginya sebagai alternatif kepada kerusi tradisinya Permatang Pauh. Anwar menyertai Umno pada tahun 1982 diatas undangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada pilihan raya tahun yang sama, beliau buat pertama kalinya bertanding di kerusi Permatang Pauh dan berjaya menewaskan calon PAS Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi. Pilihan raya tahun 1986 pula menyaksikan Anwar berjaya mempertahankan kerusi tersebut selepas menewaskan calon PAS pada ketika itu Mohamad Sabu dengan majoriti lebih kecil berbanding sebelumnya dengan hanya mendapat 10,479 undi. Anwar terus mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya tahun 1990 dan 1995 sebelum dipecat pada tahun 1998 daripada jawatan timbalan perdana menteri, menteri kewangan dan ahli Umno oleh Dr Mahathir. Pada pilihan raya 1999, Anwar merengkok dalam penjara diatas pertuduhan salahguna kuasa, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding menggantikannya dan menang termasuklah dalam dua pilihan raya berikutnya pada tahun 2004 dan 2008. Pada tahun 2008, Dr Wan Azizah melepaskan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada Anwar untuk masuk semula ke parlimen Malaysia sebagai Ketua Pembangkang selepas menang dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon AKIM Hanafi Mamat dengan majoriti 15,671 undi. Pilihan Raya 2013 perlu diadakan selepas mandat kerajaan tamat pada akhir April. Ia dianggap sebagai ibu segala pilihan raya oleh kerana buat pertama kalinya, BN akan berhadapan dengan pembangkang kuat, Pakatan Rakyat (PR) yang kini menguasai beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. | ||||
Kunjungan Najib Ke Gaza Dikecam Presiden Palestin, Mahmoud Abbas Posted: 24 Jan 2013 12:37 AM PST KELAB GREENBOC Gaza: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu. "Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza," kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA. "Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin," tambah kenyataan itu lagi. Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia. Najib adalah pemimpin kedua yang mengunjungi Gaza dalam beberapa bulan terakhir. Sebelum ini Emir Qatar, Sheik Hamad bin Khalifa al-Thani mengunjungi wilayah ini pada bulan Oktober dan menjanjikan bantuan untuk infrastruktur sebesar US$400 juta. Lawatan Najib ke Gaza semalam sebagai bentuk solidariti Malaysia pada rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan Israel. `Kita satu umat' Seperti dilapor Reuters, Najib masuk Gaza melalui Rafah di sempadan Mesir. Najib ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Negeri, Datuk Anifah Aman dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom. Sampai di Gaza, dia disambut oleh Perdana Menteri dari Hamas, Ismail Haniyeh. Kemudian Najib mengunjungi hospital Shifa di Gaza City dan bangunan parlimen Gaza. Dia juga terlibat dalam peletakan batu asas sebuah sekolah di Gaza yang dibiayai Malaysia. Najib juga akan menerima gelaran doktor kehormatan dari Universiti Al-Aqsa. Sementara Rosmah, mengunjungi hospital anak Nasser dan turut serta dalam upacara pembangunan pusat trauma di rumah sakit tersebut. Dalam pidato singkatnya, Najib mengatakan bahawa dia datang untuk menunjukkan solidariti dan sokongan bagi perjuangan rakyat Palestin. "Kami memang datang dari jarak ribuan batu, tetapi kita satu umat (Muslim) dan kami menyokong perjuangan rakyat Palestin," kata Najib dikutip dari al-Arabiya. Najib juga menyatakan sokongannya atas usaha penyatuan antara Hamas dan Fatah. "Kami meyakini pemerintah Palestin akan bersatu dan kami berdoa pada Allah perundingan akan sukses dan persatuan Palestin akan terwujud di masa depan," kata Najib. -FMT Ulasan GB Nampaknya yang sambut Najib bukan golongan nasionalis, "UMNO" Palestin (Fatah), tetapi "PAS" Palestin (Hamas). Kalaulah tidak kerana Hamas memberikan sambutan terhadap Najib, sepastinya muka-muka Najib dan rombongannya telah labuh sampai ke lantai. Takkan situ pun Najib tak nampak, baiknya "PAS" dan teruk serta dasyatnya "UMNO"? | ||||
UMCEDEL: Integriti & Salahgunakuasa BN Akan Beri Kesan Buruk Dalam PRU Posted: 24 Jan 2013 12:35 AM PST KELAB GREENBOC Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam pembentangan kajian mengenai pengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 menekankan isu integriti dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) antara punca utama akan menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka. Menurut pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman hasil penemuan terkini daripada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati masyarakat masih lagi peka dan mengambil tahu tentang skandal melibatkan pemimpin BN. "Dalam kajian kami, isu-isu melibatkan pemimpin kerajaan seperti Deepak Jaikishan, NFC dan lain-lain yang melibatkan ketelusan pemerintah masih lagi menjadi perkara utama yang diperkatakan," kata Mohammad Redzuan semasa membentang kajian hari ini. Beliau turut menegaskan pengundi memiliki pandangan yang berbeza terhadap BN dan PR, namun menekankan perkara pokok yang dilihat penting adalah daripada sudut pentadbiran. "Bagi Pakatan, isunya adalah perbalahan. Manakala bagi BN pula isunya adalah integriti. "Pengundi sebenarnya melihat daripada sudut pentadbiran," tambah beliau lagi. Dalam tinjauan terbaru UMCEDEL yang melibatkan 1,409 orang responden mendapati sebanyak 78 peratus bersetuju bahawa isu integriti dan salahguna kuasa akan memberikan kesan kepada prestasi BN, manakala 11 peratus berkata tidak dan 11 peratus lagi tidak pasti. Lebih menarik lagi, penemuan UMCEDEL tersebut mendapati majoriti 95 peratus masyarakat kaum Cina mengatakan isu integriti dan salahguna kuasa akan menyebabkan sokongan kepada kerajaan BN akan merosot, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka. Selain itu juga, rata-rata masyarakat kaum Cina menyatakan kelemahan kerajaan mengurus ekonomi negara sehingga berlakunya peningkatan hutang, isu kilang nadir bumi Lynas dan kenaikkan harga barang juga faktor utama akan menjejaskan sokongan kepada BN. Berbeza dengan BN, percanggahan pendapat dikalangan parti dalam PR dilihat pengundi sebagai akan menjejaskan sokongan mereka dalam pilihan raya nanti. "Bagi Pakatan, perkara yang menjadi fokus utama akan menjejaskan sokongan adalah percanggahan pendapat, khususnya melibatkan isu seperti Hudud, kalimah 'Allah' baru-baru ini dan lain-lain," tambah Mohammad Redzuan. Daripada kajian UMCEDEL, sebanyak 59 peratus berkata bersetuju percanggahan pendapat dalam kalangan parti PR (DAP, PAS dan PKR) akan menjejaskan sokongan, 20 peratus tidak setuju dan 21 peratus lagi tidak pasti. Walaubagaimanapun, langkah kerajaan baru-baru ini dengan pelbagai program yang diumumkan dalam Bajet 2013 disambut positif responden yang ditemui oleh UMCEDEL dengan sebanyak 55 peratus bersetuju ia memberikan manfaat kepada rakyat, 22 peratus tidak dan 23 peratus tidak pasti. Selain itu, kerajaan BN turut berdepan lebih banyak lagi tanggungjawab berat jika mahu memastikan kemenangan besar pada pilihan raya kali ini memandangkan kajian badan bebas tersebut mendapati majoriti pengundi memberikan maklum balas positif terhadap janji PR untuk menurunkan harga minyak, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan menurunkan harga kereta. Majoriti 50 peratus responden yang ditemui menyokong cadangan tersebut serta menyatakan ia mampu meningkatkan sokongan kepada PR. Pertembungan antara BN dan PR dalam pilihan raya kali ini merupakan yang tersengit dalam sejarah negara, malahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah berulang-kali tentang hasratnya mahu mendapatkan mandat besar berbandingan tahun 2008 bagi mendapat sebuah kerajaan yang kuat dan melancarkan perjalanan pentadbiran. Walaupun pilihan raya dijangka akan diadakan selewat-lewatnya April ini, Najib masih lagi tidak memberikan isyarat jelas untuk membubarkan Parlimen mahupun mengumumkan secara rasmi senarai calon yang akan diletaknya pada pilihan raya umum ke-13 tahun ini. Dalam pilihan raya 2008 lalu, BN memperolehi 4.08 juta undi berbanding dengan PR 3.79 juta undi - perbezaan sebanyak 290,000 undi - dan pembangkang berharap pengundi baru pada pilihan raya akan datang dapat membantu mereka menambahkan baki kepada parti komponen PR yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR. TMI | ||||
SAR, SJKC, SJKT Dipelawa Mohon Bantuan Persekolahan Posted: 24 Jan 2013 12:31 AM PST SHAH ALAM : Kerajaan Negeri hari ini mempelawa mana-mana Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam negeri ini untuk memohon bantuan persekolahan daripada Kerajaan Negeri. Untuk tahun kelima berturut-turut, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM16 juta khusus bagi memberi inisiatif kepada sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan. Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali mengumumkan dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco petang tadi bahawa permohonan boleh dihantar terus ke Jawatankuasa Tetap Pendidikan bahagian Sumber Manusia. "Borang permohonan juga boleh diperolehi melalui portal Kerajaan Negeri. "Mereka boleh muat turun borang dan hantar kepada Kerajaan Negeri secepat mungkin," umum Dr Halimah dalam sidang media di SUK hari ini. Setiap sekolah berpeluang untuk mengemukakan permohonan selewat-lewatnya sehingga akhir bulan ini. "Tarikh akhir ialah pada 31 Januari ini supaya kita dapat memberi bantuan kepada sekolah-sekolah dengan kadar segera bermula awal sesi persekolahan ini," jelasnya lagi. | ||||
Najib Main Politik Lawat Gaza, Selepas Tidak Iktiraf Hamas Posted: 24 Jan 2013 12:29 AM PST SHAH ALAM: Keikhlasan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza semalam dipersoalkan kerana sebelum ini Kerajaan Malaysia mengambil pendirian tidak mengiktiraf parti Hamas sebagai kerajaan yang dipilih rakyat Gaza. Ini sekaligus menunjukkan dasar luar kerajaan BN tidak konsisten serta tidak menghormati prinsip hak berdemokratik, kebebasan dan keadilan rakyat negara bergolak itu. Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, dasar luar yang ditunjukkan Pakatan Rakyat (PR) lebih konsisten, berteraskan demokratik dan mengangkat agenda penting seperti kebebasan dan hak asasi manusia. "Kerajaan BN lebih suka tunduk kepada kepentingan negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, tanpa melihat isu sebenar," kata beliau kepada TV Selangor. Yusmadi turut menggesa agar kerajaan mencontohi Turki yang lantang bersuara di peringkat antarabangsa. "Dasar luar negara dalam isu ini tidak membanggakan," ujar Yusmadi. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam kenyataannya turut mengkritik lawatan Najib ke Gaza yang menurutnya lawatan itu hanya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan