DIALOG RAKYAT |
- Universiti ‘mandul’ lahirkan bebalisme & pandir negara – Dr Maszlee
- Projek Pusat Sains RM45 juta 'Sakit', DiTender Semula
- Sistem Dan Pemerintahan Umno-BN Terpesong Daripada Ciri Wasotiyyah
- Bertuah jadi umat Muhammad SAW
- Wakil rakyat wajar setia kepada pengundi masing-masing
- Forum Kebebasan Akademik : 12,000 Saksi Siaran Langsung di TV Selangor
- Puad, Mat Maslan Perlu Tiru Saifuddin
- Kena ubah sistem pilihan raya – Tan Sri Rashid
- 'Buku BN diberi bersama bantuan RM100'
- S'gor akan buat rayuan ketepi saman ibu tunggal
- Populariti: Anwar makin hampiri Najib
- Tuntutan ibu tunggal: Permohonan Selangor, MB ditolak
- MB: Selangor beku Capex Syabas
- Video Umno 'cuci otak' budak sekolah tersebar
- TGNA Bidas Najib: Nyawa Di Kerongkong Baru Nak Buat Janji
- Masalah Air Di Pahang Tapi Najib Sibuk Kelantan
- Majlis Peguam desak dakwa Ibrahim Ali kerana menghasut bakar Injil
- SPR terima 125 permohonan undi pos luar negara sehingga pagi ini
- Umno melalui Mahathir gadai maruah negara
- Nizar dimalukan depan penyokong sendiri?
- Saya tanding di mana arahan parti - TG Nik Aziz
- Umat Islam harus menolak ugutan Perkasa bakar Injil, kata Anwar
- RCI IC: Anwar nafi terlibat, sedia beri keterangan
- Bakar Bible idea busuk Ibrahim Ali
- Mansang ngelaban': PAS gempur Kota Samarahan
Universiti ‘mandul’ lahirkan bebalisme & pandir negara – Dr Maszlee Posted: 23 Jan 2013 03:48 PM PST Oleh Arif Juhani KUALA LUMPUR : Sistem pendidikan negara sekarang melahirkan golongan bebalisme yang akhirnya hanya tahu mengampu kerajaan tetapi gagal menyelesaikan masalah dihadapi rakyat, kata Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik. Katanya, golongan berwatak pandir itu terbentuk melalui dua budaya yang subur dalam universiti iaitu naungan (patronage) dan takut (fear). "Ahli akademi berkepentingan hanya melihat kepada ahli politik untuk mendapatkan pangkat Datuk Seri, profesor dan takut mendapat surat amaran. "Kedua, budaya takut menyebabkan ahli akademi dan mahasiswa hilang sifat berani, hilang jati diri dan kebolehan berfikir kerana takut dengan pelbagai ancaman dan ugutan. "Akhirnya, kedua-dua budaya negatif itu membentuk 'pembonsaian' (pembantutan) pemikiran warga universiti dan hanya tahu 'listen'. "Pembonsaian ini sebenarnya satu bentuk 'pemerkosaan' hak berfikir mahasiswa dan ahli akademi. Mereka akhirnya membebankan negara," jelasnya pada Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi. Panel lain adalah bekas Pensyarah Undang-undang (UIAM), Prof Dr Aziz Bari dan mahasiswa pencetus fenomena 'listen' dari Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani. Forum itu dipenuhi kira-kira 300 hadirin walaupun tanpa kehadiran Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen, yang menolak jemputan itu sejak awal. Dr Maszlee berkata, universiti 'mandul' melahirkan manusia beraspirasi seperti Syed Hussin al Attas yang mampu memimpin, membimbing dan perjuangkan nasib rakyat. "Awal 80-an, Syed Muhammad Naquib al-Attas menegur universiti hanya menjadi kilang yang menghasilkan graduan mengikut kehendak pasaran tanpa mengendah kualiti dan kesan terhadap ilmu dan pembangunan masyarakat. "Hasilnya, masyarakat terus miskin, papa kedana. Yang kaya pula bertambah kaya kerana mendapat projek melalui ketirisan, korupsi dan sebagainya. "Graduan pula membisu dan terpendam dalam sektor pekerjaan sahaja," ujarnya. Maszlee menjelaskan, keadaan universiti yang hilang rohnya sebagai medan ilmu dan graduan dan intelektual tidak lagi berperanan dalam proses pembangunan negara seperti yang ditegaskan oleh pemikir Iran, Ali Syariati bahawa universiti sepatutnya melahirkan rausyanfikir iaitu golongan intelektual yang membawa pencerahan kepada masyarakat. " Pemikir kelahiran Palestin, Edward Said berkata, universiti sepatutnya membentuk intelektual yang gigih mendidik masyarakat dan negara lantas memperjuangkan nasib rakyat dan berani berdiri di hadapan diktator dan penguasa zalim. "Guru dan sahabat saya, Prof Tariq Ramadhan menegaskan sistem pendidikan terbaik bukan hanya menghasilkan graduan, tetapi menghasilkan individu berani yang perjuangkan hak mereka dalam sistem yang zalim," katanya. | ||||
Projek Pusat Sains RM45 juta 'Sakit', DiTender Semula Posted: 23 Jan 2013 03:44 PM PST Wartawan Buletin KUALA TERENGGANU - Pusat Sains dan Kreativiti Negeri Terengganu (PSKT) yang diilhamkan pada awal tahun 2006 bertujuan memajukan dan membangunkan sebuah kawasan pembangunan sains dan kreativiti, dimulakan pembinaannya pada tahun 2008. Catatan pada laman sesawang PSKT, Kompleks PSKT juga bertujuan untuk memberi kemudahan pembelajaran, pengetahuan, informasi, penerokaan, dan kajian khususnya kepada masyarakat tempatan, dijangka siap pembinaannya pada penghujung tahun 2013. Laporan Senarai Projek dalam Pembinaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya negeri Terengganu pada bulan Jun tahun 2008 sebaliknya meletakkan jangkaan siap pembinaan PSKT pada bulan Februari tahun 2009. Kos pembinaan PSKT yang dinyatakan dalam laporan tersebut adalah berjumlah RM31.15 juta. Berbeza dengan kenyataan Pengarah Urusan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Dr Mohd Zaki Mohd Said dalam kenyataannya yang dipetik Bernama pada 28 Ogos tahun 2008 berkata, kos pembinaan pusat itu adalah sebanyak RM45 juta. Manakala pada 20 Jun 2012, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Dr A Rahman Mokhtar selaku Pengerusi Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu pula berkata, Pusat Sains baru itu dijangka dapat diguna menjelang penghujung 2014. Kenyataan 'berbolak balik' mengenai PSKT oleh pegawai dan pemimpin kerajaan Umno-BN Terengganu tidak dapat menyembunyikan hakikat sebenarnya, projek yang dibiayai dengan peruntukan kerajaan negeri itu adalah merupakan 'projek sakit'. Rakyat Terengganu dijangka mengalami kerugian apabila projek yang terbengkalai terpaksa di tender semula. Surat penamatan kontrak kepada kontraktor pembinaan PSKT telah dikeluarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri Dato' Haji Abdul Razak Ismail Pada 30 Ogos, 2012. Menurut surat tersebut, Kerajaan negeri mendakwa kemajuan kerja pembinaan PSKT adalah 79%, terlewat kira-kira 21% dari sasaran. Oleh itu, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu telah mengeluarkan semula tender Cadangan Membina Dan MenyiapkanPSKT bagi menyiapkan kerja-kerja terbengkalai pada Ahad 6 Januari lalu. | ||||
Sistem Dan Pemerintahan Umno-BN Terpesong Daripada Ciri Wasotiyyah Posted: 23 Jan 2013 03:40 PM PST Editor BULETIN Kita bersyukur ke hadrat Allah yang telah memanjangkan usia kita dengan rahmat Islam dan taufiq Allah serta terus dikurniakan nikmat untuk mengenangi perjuangan Rasulullah. 12 rabiul awal merupakan tarikh keramat dan bersejarah dengan kelahiran kekasih dan utusan Allah yang membawa Islam yang bercirikan wasotiyyah. Allah juga telah menjadikan ummah ini sebagai ummah wasotiyyah yang dilengkapi dengan segala pengertian wasotiyyah pada aspek aqidah dan pemikiran, manhaj, tasawur dan usul. Firman Allah : Maksudnya : "Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil," (al - Baqarah 143) Maknanya : "Kefahaman wasotiyyah ialah perlaksanaan terhadap prinsip keseimbangan yang dibina oleh sunnah Allah pada makhluk yang bertepatan dengan sistem tuhan dan kehendak ilahi dan juga kerana hikmat yang dikehendaki oleh Allah, takdir yang telah ditentukan, tetap dan sunnah yang tidak akan berubah." Fenomena wasotiyyah dalam Islam boleh dilihat pada segala sistem Islam. Keadilan dalam pemerintahan, politik, ekonomi, undang-undang dan seluruh kehidupan merupakan tanda wasotiyyah Islam. Kezaliman, penyelewengan dan penyalahgunakuasa merupakan tanda pemesongan sistem dan pemerintahan daripada ciri wasotiyyah. Pembaziran, korupsi, rasuah, khianat dan kronisme merupakan tanda penyimpangan daripada ciri wasotiyyah Islam. Pengabaian tuntutan Islam dan sikap mengenepikan syariat Islam merupakan tanda ketiadaan nilai wasotiyyah. Segala sikap dan tindakan yang bercanggah dengan ciri dan nilai wasotiyyah dalam Islam akan mengundang perpecahan dalam masyarakat. Allah Taala berfirman : Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).(al - Baqarah : 213) Bagaimana ciri dan nilai wasotiyyah boleh dilaksanakan dan direalisasi dalam kehidupan ummah ?. Ciri dan nilai wasotiyyah mampu direalisasikan dengan beberapa tindakan dan pengajaran, antaranya ; 1- Berpegang dengan dengan segala pengajaran Al-Quraan dan sunnah Rasulullah serta menolakkan segala tuntutan hawa nafsu yang bercanggah dengan Islam. 2- Para ulama mesti berperanan memperjelaskan tentang ciri dan nilai wasotiyyah Islam dengan adil dan tepat kepada masyarakat. 3- Kerajaan mesti bertindak adil dan memerintah berlandaskan tuntutan Islam dalam seluruh sistem dan aspek. 4- Rakyat mesti bangkit melaksanakan tuntutan Allah sebagaimana firmannya : Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik (ali Imraan : 110) Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat mengukur dan menilai segala tindakan pemerintahan Barisan Nasional yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun tapi Barisan Nasional terus mengekalkan ISA yang ditinggalkan oleh penjajah dan mengugut atau membeli rakyat dengan duit sehingga pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menggunakan wang rakyat untuk kepentingan Barisan Nasional dan mengaku wang rakyat adalah wang UMNO. UMNO terus menafikan dan mencerca Hudud Allah, walaupun bersandiwara untuk mempertahankan kalimah Allah. Kerajaan UMNO terus mencipta sejarah keruntuhan dalam projek-projek yang dibina dengan duit rakyat kerana kesan 'wasotiyyah UMNO' dalam rasuah, penyalahguna kuasa dan pembaziran. Rakyat mesti bangkit untuk buat perubahan dalam PRU-13. Insyallah, Islam akan menang dan berdaulat insyaAllah. Ustaz Mohd Nor Hamzah Adun Bukit Payong 11 Rabiu'awwal 1434 | ||||
Bertuah jadi umat Muhammad SAW Posted: 23 Jan 2013 03:34 PM PST SABAN tahun, menjelang Rabiulawal, umat Islam seluruh dunia akan tersemat dalam kotak minda masing-masing dengan satu peristiwa terbesar berlaku di atas muka bumi ini. Peristiwa tersebut telah membawa keamanan sejagat buat semua makhluk, ia itu kelahiran junjungan besar Muhammad SAW yang tercinta. Perutusan Baginda SAW hakikatnya telah membawa kerahmatan dan manfaat kepada semua manusia, haiwan, jin dan para malaikat. Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Anbiya', ayat 107 yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) kecuali sebagai rahmat seluruh alam". Justeru, kita yang mengakui umat Baginda SAW mestinya sentiasa mengucapkan selawat dan salam buat Baginda SAW dengan berazam untuk menuruti setiap Sunnahnya dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana Bagindalah makhluk dan insan yang paling agung pernah diciptakan ALLAH SWT. Kita percaya seyakinnya tindakan dan pertuturan yang ditunjukkan Baginda SAW pasti mendatangkan manfaat besar kepada manusia seluruhnya. Hal ini demikian kerana setiap apa dikeluarkan daripada Nabi Muhammad SAW tidak lain dan tidak bukan merupakan wahyu ILAHI semata sebagaimana maksud Surah an-Najm, ayat 4: "Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya". Namun menjadi realitinya, Sunnah Rasulullah SAW dianggap remeh dan dipandang sepi oleh segelintir umat Islam dewasa kini. Ada menganggap ia sebagai suatu perkara biasa sahaja yang dilakukan oleh seseorang manusia yang tiada bezanya dengan amalan-amalan lain. Ada yang malu meniru amalan Sunnah Baginda SAW. Mungkin ada juga segelintir yang leka dengan kesibukan hedonisme dan materialistik duniawi sehinggakan sanggup menjadikan manusia lain sebagai idola kehidupan. Sebagai contohnya, seseorang yang menjadikan individu tertentu yang jelas terpesong akhlak dan budi pekertinya seperti berpakaian tidak menutup aurat, bertutur dengan bahasa yang kesat, menghina sesama sendiri, suka menabur fitnah yang tidak bernoktah, mengamalkan pergaulan bebas lelaki perempuan bukan muhrim, terjebak dengan gejala negatif serta perkara memabukkan, terpengaruh dengan budaya Barat yang kuning dan hitam serta pelbagai lagi kebejatan sosial pada akhir zaman ini. Maka kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW perlu menuruti apa yang diungkapkan oleh Baginda melalui hadis sahih dalam Sunan Ibnu Majah yang bermaksud: "Hendaklah kamu beramal dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyyin". Menjadi persoalan sekarang, adakah kita umat akhir zaman ini mengenali susuk tubuh, tingkah-laku, perkataan, perbuatan dan sifat-sifat Baginda dengan sebaik mungkin? Adakah nanti pada hari akhirat kelak dapat kita mencari individu teristimewa, iaitu Nabi Muhammad SAW dengan mudah dan cepat? Bagaimana kita hendak mengecamnya jika di dunia ini pun kita tidak mengambil endah dan peduli dengan Sunnah Rasulullah SAW? Mudah bagi kita untuk menghafaz lirik lagu 'Gangnam Style' daripada membasahi lidah kita dengan lafaz selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Selain itu, ada yang menghina Baginda SAW melalui lukisan, tulisan, cemuhan, kata-kata nista serta yang paling menyayat hati adalah tidak mengikuti perintah ALLAH SWT dan rasul-Nya dengan sikap sambil lewa sahaja. Justeru, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada awal tahun ini, marilah kita memperbaharui niat kita sekali lagi dengan berazam bersungguh-sungguh untuk membudayakan Sunnah dan amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Ikutan Sunnah sebegini mampu dijadikan titik tolak perubahan kepada maklum balas wasiat terakhir Baginda SAW pada saat-saat kewafatannya yang mengungkapkan lafaz: 'Ummati..Ummati..Ummati'. Sedarilah betapa kasih sayang Baginda SAW terhadap umatnya bukanlah terhenti setakat itu sahaja, pada hari akhirat kelak dianugerahkan syafaat Baginda untuk masuk ke syurga nanti. Oh! Alangkah beruntungnya menjadi umat Nabi Muhammad SAW | ||||
Wakil rakyat wajar setia kepada pengundi masing-masing Posted: 23 Jan 2013 03:31 PM PST Oleh Beruang Hijau Secara rasmi pilihan raya yang akan diadakan pada tahun ini adalah yang ke-13. Ia menjadi ke-13 kerana dikira bahawa pilihan raya umum pertama ialah pada tahun 1959, iaitu dua tahun selepas Malaya merdeka. Tetapi tidakkah pilihan raya pertama di Malaya berlangsung pada tahun 1955? Maka dikatakanlah bahawa pada tahun itu Malaya belum merdeka. Tetapi tidakkah Malaysia belum terbentuk ketika itu? Maka pilihan raya pertama Malaysia sebenarnya berlangsung pada tahun 1964. Maka kalau dikirakan begitu, pilihan raya tahun 2013 ini adah yang ke-12. Dalam keadaan ini, maka lebih baik disebut pilihan raya umum 2013 supaya tiada perdebatan. Dari tahun 1955 hinggalah sekarang, parti-parti yang masih masih ada ialah Umno, MCA, MIC dan PAS. Parti-parti Sarawak dan Sabah belum ada kerana kedua-duanya belum bergabung dengan Malaya. Dua parti komponen Barisan Nasional, Parti Progresif Rakyat yang sebelumnya bernama Parti Progresif Perak (PPP) dan Gerakan Rakyat Malaysia juga belum wujud. Sementara parti-parti Pakatan Rakyat lain iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat juga belum wujud. Namun begitu Parti Rakyat Malaya yang bergabung untuk menjadi Keadilan sudah ada. Namun begitu, MCA, MIC dan PAS mempunyai nama berbeza kerana Malaysia belum ditubuhkan. MCA ialah Persatuan Cina Malaya, MIC Kongres India Malaya dan PAS bermula sebagai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu dengan kependekannya ialah PMIP. Tetapi pada tahun 2013, walaupun ada perubahan nama, MCA, MIC dan PAS adalah parti yang sama pada pilihan raya umum 1955. Yang sudah berubah ialah Umno. Ini kerana Umno diharamkan pada tahun 1987. Dua parti menggantikannya iaitu Umno Baru dan Parti Semangat 46. Hanya pada tahun 1996, Parti Semangat 46 dibubarkan dan ahli-ahlinya menyertai Umno Baru, yang menukarkan namanya untuk menjadi Umno saja. Hakikatnya Umno yang ada hari ini ialah Umno Baru. Parti ini tidak sama dengan Umno tahun 1955 yang memperoleh dokongan menyeluruh orang Melayu hingga Perikatan Umno-MCA-MIC menyapu bersih semua negeri di Malaya. Tetapi pada pilihan raya 1957, sokongan orang Melayu telah terjejas apabila Kelantan dan Terengganu dimenangi oleh PAS. Sebenarnya dalam pilihan raya ini, PAS berpakat dengan Parti Negara. Sebahagian orang Melayu tidak puas hati dengan Umno. Kedudukan orang Melayu amat lemah dan banyak tolak ansur diberikan oleh Tunku kepada orang Cina. Selain itu, Islam tidak jelas diutamakan. Terengganu yang dimenangi oleh PAS telah jatuh ke Umno apabila ada Ahli Dewan Undangan Negerinya melompat. Tidakkah beliau mengkhianati pengundi-pengundi yang memilik beliau kerana PAS. Tetapi begitulah Umno tidak menghormati pilihan rakyat dalam hal menarik ADUN parti lawannya hingga kerajaan negeri tumbang. Terengganu adalah kes pertama kerajaan negeri beralih ke tangan Perikatan-Barisan Nasional. Hakikatnya langkah itu merupakan pengkhianatan kepada kehendak majoriti pengundi di sesuatu kawasan pilihan raya dan negeri berkenaan. Selepas Terengganu pada tahun 1959, ia terus berlaku di negeri-negeri lain pada pilihan rata kemudiannya. PAS pun boleh dikatakan tidak menghormati pengundi-pengundi yang memilihnya pada tahun 1969. Ini kerana dengan menyertai Barisan Nasional, tentunya ia melanggar kehendak rakyat yang tidak mahukan kerajaan pimpinan Umno. Tentulah pengundi Kelantan yang memilih PAS mengehendaki parti ini yang memerintah negeri itu. Tetapi dengan penyertaannya ke dalam Barisan Nasional, Kelantan mendapati dirinya diperintah juga oleh Umno. Sememangnya dari segi sistem demokrasi berparlimen dan undang-undang, ia adalah sah. Tetapi tidak dari segi etika. Bukan saja PAS, tetapi Gerakan dan PPP yang turut menyertai Barisan Nasional. Pada tahun 1969, rakyat Pulau Pinang memilih Gerakan yang bererti mereka menolak MCA. Tetapi dengan penyertaan parti itu ke dalam Barisan Nasional, rakyat negeri itu mendapati mereka terus diperintah oleh Umno dan MCA juga. Selepas tahun 2008, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak juga tumbang kerana ADUN-nya melompat yang tentunya kerana usaha Barisan Nasional. Malah tindakan Ibrahim Ali menentang PAS tentu mengecewakan pengundi Pasir Mas. Mereka mengundi Ibrahim kerana restu PAS. Setiap calon pilihan raya dari apapun parti mesti menghormati pengundi. Mereka tidak wajar melompat. Sebaiknya mereka harus tunggu habis penggal jika mahu beralih parti. Atau sekurang-kurangnya meletak jawatan supaya pengundi boleh memilih wakil lain. Sebagai contoh, penulis mengundi calon PAS sebagai ADUN bagi Gombak Setia. Beliau bukan saja menang tetapi dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri Selangor. Sayangnya beliau tidak mematuhi kehendak parti dan akhirnya membawa kepada pemecatannya. Tentu tindakan beliau itu merupakan bentuk sikap tidak setia kepada pengundi yang menyokong PAS. Sememangnya ahli politik dan parti politik bermain politik untuk mendapatkan kuasa dan melaksanakan dasar-dasarnya. Tetapi mereka wajar menghormati para pengundi dalam apa jua keadaan. Inilah etika demokrasi. Dari segi Islam pula, tentulah nilai kesetiaan dijunjung tinggi. | ||||
Forum Kebebasan Akademik : 12,000 Saksi Siaran Langsung di TV Selangor Posted: 23 Jan 2013 06:14 AM PST KUALA LUMPUR : Lebih 12,000 penonton menyaksikan siaran langsung secara dalam talian Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi dipancarkan TV Selangor dari Dewan Perhimpuan Cina di sini malam tadi. Jumlah dicatatkan adalah memberangsangkan kerana penonton selain Malaysia, adalah dari seluruh dunia seperti Brunei, Singapura, Britain, Arab Saudi, Switzerland dan yang lain. Forum berlangsung lebih empat jam itu menampilkan panelis terdiri dari Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, Dr Maszlee Malik dan pelajar undang-undang Univerisiti Utara Malaysia (UUM) KS Bawani serta moderator, Muhammad Kamil Abdul Munim dari Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Forum anjuran Kumpulan Anak Muda Indipenden (Kami) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga berjaya dengan lebih 200 penonton hadir menyaksikannya. Forum kebebasan akademik berkenaan dianjurkan bagi memberi penjelasan berkenaan insiden yang membabitkan Bawani dinafikan hak untuk bersuara oleh Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia(UUM) pada 8 Januari lalu. | ||||
Puad, Mat Maslan Perlu Tiru Saifuddin Posted: 23 Jan 2013 05:12 AM PST MSO Puad Sarkashi perlu memperbetulkan standard dirinya sebagai anggota kabinet agar ianya tidak sampai ke tahap haprak. Banyak sudah perkara yang diutarakan Puad tidak mencapai standard beliau sebagai timbalan menteri. Isu atau topik yang diucapkan oleh Puad tidak lebih dari standard presiden Perkasa(m) saja. Patut Puad bezakan dirinya dengan presiden NGO itu kerana dia mempunyai latar belakang dan disiplin diri yang jauh lebih menarik. Sekurang-kurang dua perkara yang Puad sentuh tetapi ia meragukan dan boleh dipersoalkan. Pertikaian beliau berhubung isu itu juga tidak meletakkan beliau seorang yang berkualiti. Jauh sekali setaraf dengan kedudukan dia sebagai seorang bergelar doktor falsafah (Phd). Barang kali ada kebenarannya juga sesetengah kawan yang mempertikaikan dari mana Puad mendapat Phd kerana tahap keilmuan yang ditunjuk tidak sampai ke peringkat itu. Apakah ia sama dengan standard kedoktoran yang diperolehi oleh Ahmad Zahid Hamidi? Perkara yang dicakapkan oleh Puad banyak boleh dipertikaian. Salah satunya ialah berhubung tuduhan beliau yang DAP telah mencetak kitab Injil dalam bahasa Melayu. Tuduhan itu dibuat berdasarkan apa yang beliau difahamkan. Sumber yang memberi kefahaman kepada beliau ialah Utusan Malaysia - surat khabar yang paling banyak kalah saman di dunia. Terbaru ialah mengenai pengedaran kitab Injil di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Beliau menarik perhatian mengarah sekolah agar menyiasat dan memastikan tiada Injil diedarkan. Maklumat yang dikutip oleh Puad ialah dari sumber Utusan Malaysia. Utusan Malaysia pula mengambil sumber daripada persatuan 'kepalabuku'. Sebagai seorang timbalan menteri Puad sepatutnya menjaga standard dan kelas dirinya. Jangan diambil sumber-sumber yang 100 peratus karut dari Utusan Malaysia itu. Puad patut menilai sejauh mana akhbar berkenaan. Tidak bermakna ia adalah surat khabar Umno ia boleh dipercayai seratus peratus. Dan sebagai seorang akademik Puad tidak boleh 'merawa' semua isu termasuk isu-isu berkelas sampah untuk di ketengahkan. Apakah Puad tidak mengikuti perkembangan mahkamah yang lepas satu, satu hakim menjatuhkan hukuman Utusan Malaysia sebagai bersalah atas kerana menyebarkan berita fitnah. Apakah Puad tidak peka ini? Kita menimbulkan ini kerana bimbang Puad lama kelamaan akan jadi seperti surat khabar berkenaan. Berbohong, putar belit cerita sudah menjadi habit. Bila sudah sampai ke peringkat ini Utusan Malaysia akan jadi seperti anjing yang habit makan tahi, di mana kalau tidak dapat tahi bau pun sudah cukup. Dibimbangkan juga kerana percaya kepada akhabr itu lama-lama Puad bukan saja setakat, cakap berlapik lidah tetapi bimbang lidahnya juga akan jadi bercabang. Kita tahu Puad menjadi banyak bercakap kerana hendak tunjukkan kepada Najib dia adalah menteri muda yang ada idea dan rajin mempertahakan Umno. Kalau idea banyak tetapi semuanya hampas dan haprak tidak ada guna pun. Sebodoh-bodoh Najib dia tidak akan menelan apa yang Puad katakan. Najib bukan plastik. Najib juga tahu hubungan darah daging Puad dengan Anwar Ibrahim sebelum ini. Chemistry itu tidak akan dilupakan Najib. Makanya sekuat mana Puad bercakap untuk menarik perhatian Najib agar melantik dia jadi menteri penuh, ia tidak akan mudah terjadi. Puad seperti juga Zahid Hamidi yang berada dalam senarai Najib bertandakan 'ribbon merah'. Bila mengenang Puad saya teringat kepada kawan saya Ahmad Maslan. Puad semacam hendak berlumba dengan Mat Maslan. Hendak tunjuk dan buktikan yang dia lebih banyak bercakap dan idea walaupun ianya karut marut dan kadang-kadang dangkal. Puad dan Mat Maslan hendak jadi hero di Johor. Mereka sedang memasang angan-angan untuk melintasi Hishamuddin Hussein dan Khalid Nordin. Seperti juga Puad demikian dengan Ahmad Maslan. Najib tidak akan mudah terpengaruh dengan percakapan mereka yang kadang-kadang lebih lawak dari puak-puak raja lawak. Najib ada kayu pengukur sendiri. Kepada Puad dan Mat Maslan mereka boleh tiru apa yang ditunjukkan oleh Saifuddin Abdullah. Dia juga Umno tetapi bila bercakap soal negara dia letakkan Umno di tangga. Bagnya Umno bukan sepanjang masa dengannya. Dia tidak peluk Umno bersama isterinya atas katil tidak seperti Puad dan Mat Maslan. Inilah pemimpin dan orang cerdik. Ikhlas saya sarankan baik Puad dan Mat Maslan belajarlah jadi seperti Saifuddin Abdullah. Sebenarnya harga diri anda itu lebih mahal dari harga Umno yang anda pertahankan sehingga sampai rosak reputasi anda. | ||||
Kena ubah sistem pilihan raya – Tan Sri Rashid Posted: 23 Jan 2013 04:57 AM PST
KOTA BHARU: "Kena ubah sistem pilihan raya yang ada sekarang, saya cadangkan kita daftar semula pemilih buat macam banci penduduk. "Sekarang timbul macam-macam orang yang mati pun didakwa mengundi," kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (gambar). Menurutnya dengan langkah tersebut barulah daftar pemilih betul-betul bersih. "Daftar pemilih sekarang saya tak kata tak bersih. Ini kerana daftar pengundi tidak boleh bersih dengan undang-undang yang ada dan keadaan sekarang," ujarnya pada forum pemantauan PRU-13, "Kuasa Rakyat dan Menangani Isu-Isu Semasa" anjuran Gabungan NGO Kelantan di sini, kelmarin. Turut bertindak sebagai panelis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat. Manakala Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh bertindak sebagai moderator. Forum tersebut dianjurkan Gabungan NGO Kelantan yang dipengerusikan Dr Abdul Halim Yusof, diadakan di Balai Islam. Abdul Rashid ketika memberitahu khalayak tidak berpihak pada mana-mana parti, turut mengakui daftar pemilih mempunyai masalah besar. "Masalah kad pengenalan dan bukannya masalah SPR, dia tidak ada kuasa, masuk campur dalam itu.. ini huru hara, itu JPN. "Ada IC boleh daftar, masalah di Sabah saya tahu, masa itu saya sebagai Setiausaha SPR, orang itu diberi warga negara dan ada hak hendak daftar sebagai pemilih," tambahnya. Menurutnya pada masa lampau ketua-ketua kaum datang membawa penduduk yang hendak mendaftar sebagai pengundi. Beliau yang berkhidmat 27 tahun di SPR berkata, badan pengendali pilihan raya itu memberi hak untuk mengundi tidak kira kepada sesiapa, asalkan ada dalam daftar pemilih. "Kiri tak kena, kanan pun tidak kena. Saya sudah lali dimaki," katanya lagi. | ||||
'Buku BN diberi bersama bantuan RM100' Posted: 23 Jan 2013 04:54 AM PST Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Dominic Lau memberitahu Malaysiakini bahawa isu itu telah diputarbelitkan oleh penyokong Pakatan untuk memburuk-burukkan dirinya. Sebuah laman Facebook yang dikendalikan oleh penyokong Pakatan memuat-naik gambar yang menunjukkan artikel dalam bahasa Cina berjudul 'Pakatan, berhenti politikkan kes Teoh Beng Hock!'. Ini telah diterbitkan dalam buku tersebut. Posting dalam Facebook itu mendakwa buku dalam bahasa Cina itu telah diberikan kepada ibubapa ketika menerima wang bantuan RM100 di sebuah sekolah. Pemilik lamanweb itu mengecam BN dan Lau kerana menggunakan kes kematian Teoh untuk menyerang Pakatan, dan menyeru ibubapa supaya mengundi Pakatan Rakyat walaupun menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan BN. Dihubungi hari ini, Lau mengakui beliau mengedarkan bukunya semasa majlis tersebut. Ia mengandungi koleksi artikel yang telah diterbitkan sebelum ini. Buku itu telah diterbitkan oleh Gerakan Mei lepas. Beliau menjelaskan artikel yang dibangkitkan oleh warga siber itu hanyalah salah satu daripada pelbagai isu. Banyak artikel dalam buku itu juga sangat kritikal terhadap kerajaan BN juga, tegasnya. | ||||
S'gor akan buat rayuan ketepi saman ibu tunggal Posted: 23 Jan 2013 04:50 AM PST Kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengetepikan saman yang difailkan 2,020 ibu tunggal di negeri itu. Abdul Khalid berkata tindakan itu dibuat berikutan beberapa faktor teknikal termasuk permohonan yang dibuat oleh kumpulan ibu tunggal berkenaan disifatkan tidak sah. "Kita dapati ada ibu tunggal yang tidak lagi menetap di kediaman mereka di sini (Selangor)...isu itu tidak selesaikan masalah sebab mereka ini tidak lagi berkaitan dengan kita. "Ada juga dalam rekod kita, ibu tunggal ini tidak mempunyai alamat kediaman yang betul, sebab itu kita tolak sebab kita mahu menyiasat dan kumpul maklumat yang betul-betul sahih bagi menentukan mereka ini layak atau tidak (mendapat elaun ibu tunggal)," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini. Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya untuk mengetepikan saman tersebut. Saman itu adalah berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008. Pada 22 Nov tahun lepas, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor Murtini Kasman mewakili seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan tuntutan bagi menuntut tunggakan berjumlah RM10.9 juta. Mereka menamakan kerajaan negeri yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama serta Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua. Mengulas mengenai isu air, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mempertahankan pendirian mereka untuk mengambil alih perkhidmatan industri air daripada syarikat konsesi air di Selangor. Berikutan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan Pembekuan Perbelanjaan Modal (Capex) yang didakwa mereka untuk menjaga kebajikan rakyat di tiga kawasan itu. "Kita akan bekukan Capex, kecuali untuk kerja-kerja kecemasan bersandarkan pada satu matlamat iaitu menjaga kepentingan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," tambahnya.-Bernama | ||||
Populariti: Anwar makin hampiri Najib Posted: 23 Jan 2013 04:34 AM PST MALAYSIA KINI Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib ke depan sedikit dengan memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar 'sebagai paling layak menjadi perdana menteri'. Dua lagi pemimpin turut dimasukkan dalam kajiselidik itu, dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat ketiga (26 peratus) manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat terakhir (22 peratus). Bagi undi tidak bersetuju pula, Abdul Hadi menduduki tempat tertinggi (46 peratus), diikuti oleh Muhyiddin (42 peratus). Di Kalangan Melayu, Najib adalah yang paling popular (46 peratus), diikuti oleh Abdul Hadi (36 peratus), Anwar (34 peratus) dan Muhyiddin (26 peratus). Keputusannya adalah berbeza di kalangan kaum Cina di mana Anwar muncul paling popular (61 peratus), diikuti oleh Najib (35 peratus), Muhyiddin (15 peratus). Abdul Hadi adalah yang paling kurang popular, meraih hanya dua peratus. Ketua Kajiselidik Umcedel itu, Prof Mohd Redzuan Othman berkata rating penerimaan terhadap Najib merosot kepada 54 peratus daripada 61 peratus pada kajiselidik Mac-April 2012 dan 58 peratus pada September tahun lepas. Kajiselidik terbaru ini dijalankan antara 26 Disember dan 11 Januari, dengan 1,409 responden di semenanjung yang ditemuramah secara bersemuka. | ||||
Tuntutan ibu tunggal: Permohonan Selangor, MB ditolak Posted: 23 Jan 2013 04:30 AM PST SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan tuntutan 2,020 ibu tunggal di Selangor, yang difailkan terhadap November lalu. Tuntutan itu ialah berhubung kegagalan kerajaan negeri dan Khalid melaksanakan janji untuk memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008. Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu atas alasan permohonan plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan. | ||||
MB: Selangor beku Capex Syabas Posted: 23 Jan 2013 04:27 AM PST SINAR HARIAN SHAH ALAM - Di sebalik krisis air di Lembah Klang, Kerajaan Negeri Selangor membekukan perbelanjaan modal (Capex) Syabas atas alasan ia gagal memenuhi tanggungjawab dalam perjanjian konsesi. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan meneruskan usaha untuk mengambil alih perkhidmatan industri air dari syarikat konsesi dan telah pun membuat persiapan sewajarnya sekiranya Kerajaan Pusat membenarkan pengambilalihan ini. "Kita akan terus memantau kecekapan pengurusan Syabas dan tidak akan berdiam diri ketika Syabas gagal memenuhi tanggungjawab mereka seperti yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi. "Justeru, keputusan kerajaan negeri membekukan Capex kecuali kerja-kerja kecemasan adalah bersandarkan pada satu matlamat iaitu menjaga kepentingan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," kata beliau. Khalid berkata, setiap sen yang dibelanjakan oleh Syabas akan diterjemahkan dalam bentuk tarif yang akan dibayar oleh rakyat dalam bil bulanan mereka. Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Selangor wajib mempertahankan dan mengutamakan kepentingan pengguna, nilai wang dan rakyat tidak terbeban untuk membayar tarif bagi perbelanjaan yang sia-sia. "Penyelesaian kepada permasalahan yang ditimbulkan oleh Syabas hanya boleh dicapai di bawah model holistik yang dimulakan oleh Kerajaan Pusat sejak 2006 apabila Akta Industri Perkhidmatan Air digubal yang mana perkhidmatan air yang dulunya di bawah pengendalian kerajaan negeri sepenuhnya telah dipindahkan di bawah Senarai Bersama, Perlembagaan Malaysia. "Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan air adalah tanggungjawab bersama kerajaan negeri dan pusat bukannya diuruskan syarikat swasta yang memeras ugut kerajaan negeri, menindas rakyat dan berorientasikan keuntungan," kata Khalid lagi. Tambah beliau, kerajaan negeri bersungguh-sungguh menyelesaikan penstrukturan semula berlandaskan perundangan walaupun Kerajaan Pusat berdegil untuk membenarkan kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan air. | ||||
Video Umno 'cuci otak' budak sekolah tersebar Posted: 23 Jan 2013 04:18 AM PST Demikian ulasan blogger Anak Sungai Derhaka. Ulasan penuh blogger berkenaan di dalam blognya http://darisungaiderhaka.blogspot.com sebagaimana di bawah. Jika minggu lepas satu klip video yang menyerlahkan bagaimana sekumpulan Mahasiswa dari UUM telah diperbodohkan oleh sebuah NGO mesra UMNO/BN, ini pula adalah video yang memaparkan bagaimana UMNO mencuci otak pelajar-pelajar Sekolah Menengah pula. Oleh kerana kini UMNO/BN amat terdesak untuk mengekalkan kuasa, pelajar-pelajar Sekolah Menengah telah paksa mendengar ucapan politik dan dalam masa yang sama para pelajar itu diminta untuk membantu UMNO/BN agar terus kekal berkuasa. Selain dari diminta untuk terus kekal bersama Kerajaan UMNO/BN, pelajar-pelajar yang masih belum boleh mengundi itu juga diminta untuk menyakinkan ibu-bapa mereka supaya bersama Barisan Nasional menentang Pakatan Rakyat.. Dengan bertemakan 'Anwar Pengkhianat Negara' seorang penceramah dipercayai dari BTN telah menyampaikan ucapan di hadapan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah. Saksikan!! Pidato kurang cerdik dari individu yang dipercayai wakil BTN Selangor ini. DI SINI | ||||
TGNA Bidas Najib: Nyawa Di Kerongkong Baru Nak Buat Janji Posted: 23 Jan 2013 04:10 AM PST KELAB GREENBOC Kota Bharu: Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU13). Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini semalam. "Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada. "Orang Kelantan dah faham. Jambatan Sultan Yahya ke dua pun sudah berapa lama tak siap. "Tiada kerajaan di dunia ini yang tidak membuat projek. Komunis ada projeknya, kapitalis ada projek cara dia. "Dalam PRU 12, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dari Barisan Nasional (BN). Selangor bermacam-macam projek ada, bermacam-macam universiti ada, bermacam-macam orang kaya ada, tetapi BN tetap kalah di situ," ujarnya lagi. Tuan Guru menambah, rakyat kini cerdik untuk menilai semua janji yang dibuat oleh Umno dan tidak akan termakan dengan umpan yang ditaburkan lebih-lebih ketika menghampiri PRU 13 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi. Utusan gelapkan berita Sementara itu, ketika diminta mengulas kejayaan saman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas akhbar Utusan Melaysia, Tuan Guru menyatakan rasa seronoknya dengan kejayaan berkenaan. "Saya yang dengar lebih seronok dari dia yang menyaman Utusan Malaysia. Bukan masalah Anwar, tetapi saya benci kepada pengelapan berita. "Tiada hak manusia untuk menyekat maklumat yang sebenarnya. Apabila digelapkan berita manusia tidak akan berkembang," tegasnya Ujarnya lagi, setiap manusia perlu didedah pelbagai maklumat khususnya pelajar university bagi menghadapi persaingan. "Islam tidak pernah sekat maklumat. Orang yang tidak mahu mendedahkan maklumat mereka ingin menjadi tuhan dengan mengambil alih kerja tuhan, ini celaka besar. Kerana itulah timbul fahaman komunis dan kapitalis," ujarnya lagi. -HD
| ||||
Masalah Air Di Pahang Tapi Najib Sibuk Kelantan Posted: 23 Jan 2013 04:07 AM PST KELAB GREENBOC Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan masalah air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku di Kelantan hingga membebankan rakyat yang selama ini memberi mandat kepada Pas untuk memerintah sejak 1990. "Tidak usah bercakap soal lain, kalau masalah air pun tidak boleh diselesaikan. Saya beri jaminan dalam tempoh terdekat ini boleh diselesaikan oleh kerajaan BN. -petikan BERNAMA Ulasan GB Demikian temberangnya Najib konon nak selesaikan masalah air di Kelantan. Sedangkan masalah air di negerinya sendiri, Pahang, tak selesai pun. | ||||
Majlis Peguam desak dakwa Ibrahim Ali kerana menghasut bakar Injil Posted: 23 Jan 2013 03:30 AM PST TERKINI KUALA LUMPUR — Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali seharusnya didakwa di bawah Akta Hasutan kerana kenyataannya mengenai pembakaran kitab Injil, kata Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee, menyokong tuntutan dilakukan oleh ahli parlimen pembangkang. Lim (gambar) mengatakan Majlis Peguam kekal undang-undang tersebut boleh disalahguna untuk menutup mulut musuh politik kerajaan, akan tetapi oleh kerana kerajaan pernah menggunakan undang-undang tersebut terhadap pemimpin pembangkang, ianya perlu digunakan terhadap Ibrahim kerana kenyataannya jelas menghasut. "Jika pertuduhan menghasut digunakan terhadap Karpal Singh, pertuduhan sama perlu digunakan terhadap Ibrahim Ali dimana sub seksyen 3(1) di bawah Akta Hasutan 1948 memperuntukkan kecenderungan menghasut adalah kecendrungan: "(d) untuk membangkitkan rasa tidak puas hati atau ketidaksetiaan dikalangan subjek Yang Di Pertuan Agong atau pemerintah mana-mana negeri atau dikalangan penghuni Malay atau mana-mana negeri; (e) untuk mempromosi perasaan tidak baik dan permusuhan dikalangan kaum atau kelas berbeza dari populasi Malaysia. "Walaupun Majlis menuntut Akta Hasutan dipinda, jika undang-undang tersebut dikuatkuasakan, ia perlu dikuatkuasakan secara adil tanpa diskriminasi Insiden ini dan juga kenyataan menghasut oleh seorang lagi pemimpin Perkasa terhadap Hakim dan Kehakiman mencadangkan Perkasa dibenarkan berkelakuan dengan sewenang-wenangnya," kata ketua Majlis Peguam itu dalam sebuah kenyataan. Karpal yang juga pengerusi DAP dan ahli parlimen Gelugor dibicarakan kerana dituduh menghasut berhubung krisis perlembagaan dalam isu Perak pada tahun 2009, dimana beliau dituduh membuat kenyataan mencabar kuasa Sultan Perak dalam membubarkan dewan undangan negeri. Beliau sebelum ini dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2010, tetapi Mahkamah Rayuan kemudiannya mengarahkan beliau untuk membela diri di atas kejayaan rayuan oleh Jabatan Peguam Negara. "Orang ramai perlu diberi amaran ini berkemungkinan kesalahan jenayah," kata Lim. Semalam, Karpal membuat laporan polis mendesak Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk memulakan penyiasatan polis terhadap Ibrahim diatas kenayataannya meminta orang Islam untuk "merampas dan membakar Injil yang mempunyai kalimah 'Allah" dan perkataan Arab lain. Aduan polis Karpal itu dibuat sebagai respon kepada komen peguam negara yang dilaporkan, pendakwa hanya akan bertindak terhadap Ibrahim jika ktab Injil mula dibakar, dan beliau tidak bimbang dengan kenyataan tersebut. Pengerusi DAP berkata dalam laporan polis beliau merancang pergi ke mahkamah bagi memaksa Abdul Gani untuk mengambil tindakan dan "menjalankan tugas awam" jika peguam negara enggan mengambil tindakan terhadap Presiden Perkasa dalam tempoh dua minggu akan datang. Perkasa berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa kenyataan Ibrahim mengenai perkara itu telah disalah tafsir kerana beliau hanya merujuk kepada Alkitab bahasa Melayu. "Saya mengesahkan Presiden Perkasa ada sebut ayat bakar Bible tetapi beliau tidak bermaksudkan Bible dalam bahasa Inggeris yg sebenar. "Beliau memaksudkan Bible dlm bahasa Melayu yg menggunakan perkataan Allah dan tulisan jawi," kata setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali. | ||||
SPR terima 125 permohonan undi pos luar negara sehingga pagi ini Posted: 23 Jan 2013 03:24 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Sebanyak 125 permohonan diterima daripada rakyat Malaysia di luar negara yang ingin mengundi secara pos pada plihan raya umum ke-13 akan datang sehingga pukul 10 pagi ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata setakat tempoh itu, permohonan paling banyak diterima daripada rakyat Malaysia yang berada di Australia diikuti United Kingdom. "Bagaimanapun kami dapati ada permohonan yang tidak layak mengundi secara pos iaitu mereka tidak mendaftar sebagai pemilih. Ini tidak bolehlah kerana syarat untuk mengundi pos, mereka mesti daftar sebagai pengundi," katanya ketika ditemui Bernama hari ini. Peraturan yang membenarkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara untuk mengundi secara pos telah diwartakan pada 21 Jan lepas berdasarkan tiga syarat. Syarat-syarat itu ialah mereka perlu menjadi pengundi berdaftar terlebih dahulu, pernah berada di Malaysia atau kembali ke negara ini tidak kurang 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa; dan menetap di luar negara kecuali mereka yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan. Sebelum ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing (pengundi tidak hadir) dibenar mengundi secara pos. Abdul Aziz berharap trend penghantaran borang permohonan itu akan berterusan memandangkan jumlah pengundi tidak hadir yang mengundi pos pada pilihan raya umum lepas agak mendukacitakan iaitu sekitar 2,600 sahaja. Borang 1B iaitu Borang Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) boleh dimuat turun daripada laman web www.spr.gov.my. Tempoh memohon kemudahan mengundi secara pos dibuka sejak 21 Jan lepas sehingga 12 tengah malam hari Parlimen dibubar kelak. Abdul Aziz berkata SPR merancang untuk mengadakan proses undi pos di pejabat kedutaan dan bakal menjalankan latihan bersama pegawai-pegawai terlibat selewat-lewatnya awal Februari ini. "Mungkin kami adakan secara regional. Kami akan lantik pegawai pengurus. Ini mesti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan. Kami mahu pastikan proses pengundian tersusun," katanya. Abdul Aziz turut menyeru rakyat Malaysia terlibat agar hadir sendiri ke kedutaan di negara masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. "Rakyat Malaysia di luar negara, sudahlah tidak dapat balik...pergilah ke kedutaan. Saya sedar ada yang duduk jauh tapi berbelanjalah sedikit. Berkorbanlah. Bukan selalu, cuma lima tahun sekali," katanya. Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata mengundi di kedutaan boleh dibantu pegawai yang dilantik dan dapat mengurangkan masalah teknikal terutama daripada aspek mengisi borang dan menanda kertas undi. Bagaimanapun, beliau berkata pihak kedutaan tetap akan menghantar Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi itu kepada rakyat Malaysia yang tidak dapat hadir. — Bernama | ||||
Umno melalui Mahathir gadai maruah negara Posted: 23 Jan 2013 03:22 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan pemberian kad pengenalan kepada warga asing menunjukkan Umno menggadaikan maruah negara. Pengakuan tersebut yang turut menyeret Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman juga dilihat untuk mengalih isu kebobrokan yang dilakukan Tun Mahathir. Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Firdaus Jaafar (gambar), berkata dengan menyeret Tuanku dalam perkara itu, Mahathir cuba berselindung di sebalik salah laku yang dilakukannya. "Sedangkan apa yang dibuat Tuanku ketika itu sudah dipersetujui, tetapi bila pendedahan mengaitkan beliau (Mahathir), cepat sahaja menyeret pihak lain," kata beliau yang juga anggota Parlimen Jerai ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Tambah beliau, tindakan yang dilakukan Tun Mahathir itu wajar membuka mata rakyat untuk menilai bagaimana pemimpin negara mentadbir dengan menggadaikan negara. "Orang muda, pengundi baru perlu menolak Umno dan BN bagi memastikan tiada berlaku penyelewengan seperti ini. Kena lihat apa yang dilakukan BN untuk kepentingan politik mereka," tegas beliau. Dalam pada itu, Firdaus yang juga ahli parlimen Jerai berkata Umno ketika ini cuba membangkitkan isu-isu lapuk dalam usaha menutup kelemahan parti itu. Katanya, Umno sengaja menimbulkan isu Amanat Hadi, penggunaan Islam pada nama parti, kalimah Allah dalam Bible untuk tujuan tersebut. Justeru, beliau berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan isu lapuk yang dimainkan semula Umno dan BN, sebaliknya memastikan BN mendapat pengajaran pada pilihan raya umum.-harakahdaily | ||||
Nizar dimalukan depan penyokong sendiri? Posted: 23 Jan 2013 03:20 AM PST MALAYSIA CHRONICLE PARIT. - Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang semakin aktif berceramah di sekitar Perak kebelakangan ini dibayangi jentera UMNO yang mengekorinya bagi membongkar segala tohmahan yang dilemparkan pemimpin itu. Terbaharu, hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu untuk memperdayakan rakyat dalam siri ceramahnya di Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, di sini malam tadi tidak kesampaian apabila jentera UMNO turut mengadakan ceramah di tempat sama. Malahan, pemimpin Pas itu dimalukan apabila lebih 15 klip video yang membuktikan tohmahannya dalam beberapa isu sebelum ini dimainkan dalam ceramah yang berlangsung hampir tiga jam. Majlis ceramah bertajuk 'Mohammad Nizar Pembohong Bersiri' itu turut didengari dengan jelas para penyokong Pas yang hadir memandangkan lokasi kedua-dua parti itu berceramah hanya dibezakan kira-kira 50 meter. "Saya tidak minta anda percaya bulat-bulat apa yang saya cakap, tetapi minta anda lihat dan menilai sendiri semua video ini yang menunjukkan betapa Mohammad Nizar ini selalu berbohong kepada rakyat," kata penceramah UMNO, Hanafiah Man ketika berceramah dalam majlis tersebut.- UTUSAN | ||||
Saya tanding di mana arahan parti - TG Nik Aziz Posted: 23 Jan 2013 03:19 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KOTA BHARU- Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata keputusan untuk bertanding pada setiap pilihanraya tidak boleh dibuat keputusan sendiri oleh mana-mana individu. Sebaliknya ia adalah keputusan pucuk pimpinan parti yang menentukan siapa bertanding dan di mana seseorang itu layak bertanding. Beliau berkata demikian kepada media ketika mengulas permintaan sekumpulan masyarakat dalam Parlimen Bachok, yang mahu beliau bertanding dalam parlimen itu. Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Hari Mesra AKSB, di Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Kok Lanas, semalam. "Kalau parti kata bertanding di kawasan A, maka A lah saya bertanding, kalau parti kata kawasan B, maka B lah saya akan bertanding," kata Menteri Besar yang kini berumur 82 tahun itu. Namun, bagi beliau, untuk melawan Umno tidak semestinya tubuh yang sihat, tetapi pemikiran yang sihat. Negeri selesai projek pusat Pada masa yang sama beliau berkata, banyak projek yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan Pusat diselesaikan oleh kerajaan negeri, terutama jalanraya. Kata Tuan Guru Nik Aziz antaranya Jalan Ketereh-Melor, yang begitu sukar untuk dilalui dengan mudah kerana jalan ini tidak diturap baru, yang sepatutnya--harakahdaily | ||||
Umat Islam harus menolak ugutan Perkasa bakar Injil, kata Anwar Posted: 23 Jan 2013 03:14 AM PST MALAYSIA CHRONICLE | ||||
RCI IC: Anwar nafi terlibat, sedia beri keterangan Posted: 22 Jan 2013 09:30 PM PST
Menurut Ketua Umum PKR itu, sepanjang beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak terlibat secara langsung dalam hal tersebut. Beliau menamakan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Aziz Shamsuddin, dan bekas timbalan menteri dalam negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, sebagai peneraju utama projek tersebut. "Saya sedia memberi keterangan jika dipanggil, saya yakin bahawa tidak ada apa-apa dengan saya," kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini. "Saya yakin saya tidak mempunyai kaitan langsung," kata Anwar. Menurut ahli parlimen Permatang Pauh itu, projek IC tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu 'task force' dibawah Dr Mahathir selaku perdana menteri pada ketika itu. "Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini," kata Anwar dalam sidang media itu. | ||||
Bakar Bible idea busuk Ibrahim Ali Posted: 22 Jan 2013 09:26 PM PST
Yang terbaru beliau mengatakan tindakannya ingin membakar Bible itu bukanlah bertujuan menyakiti hati orang orang Kristian. Sebaliknya ujarnya tindakan membakar bible tersebut adalah jalan terbaik untuk mengajar mereka yang melanggar Perlembagaan Persekutuan. Kesian Pak Berahim. Meskipun berada dalam Perkasa hujahnya bukan sahaja tidak perkasa malahan terlalu rapuh. Hujahnya menyimpang dan tersasar jauh sama ada dari perspektif Islam apatah mahupun perspektif undang-undang atau Perlembagaan. Dari Segi Perlembagaan Kita lihat dulu sudut Perlembagaan. Di mana salahnya orang Kristian menggunakan nama Allah di dalam Bible mereka dalam apa versi sekalipun. Jika ia adalah salah, sudah tentu kes akhbar Herald dahulu tidak memihak pengganut Kristian. Bukankah keputusan Hakim Lau Bee Lan memihak Herald di mana Mahkamah memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri bagi akhbar Herald menggunakan nama Allah adalah bercanggah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Alasan Hakim adalah Artikel 11 (1) melindungi pengganut agama Kristian mengamalkan agama mereka dan termasuk dalam hak tersebut adalah kebebasan mereka menggunakan kalimah Allah di dalam Bible. Selagi mana Bible digunakan oleh pengganut Kristian di kalangan mereka, Perlembagaan menjamin hak pengganut Kristian tersebut meskipun nama Allah ada di dalam bible berbahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah lingua franca bagi pengganut Kristian di Sabah dan Sarawak sepertimana, yang dibuktikan di dalam kes Herald. Ibrahim dan mereka yang sewaktu dengannya mungkin bertanya bagaimana jika Bible Melayu yang menggunakan nama Allah itu disebar kepada orang Melayu. Tidakkah ini bercanggah dengan Artikel 11 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan? Jawapan kepada pertanyaan itu adalah jika Bible disebar kepada orang Melayu yang beragama Islam meskipun tiada kalimah Allah di dalamnya, ia adalah dilarang di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Jadi isunya bukan isu nama Allah di dalam Bible tetapi isu penyebaran Bible. Maknanya penyebaran Bible, sama ada ada nama Allah atau tidak adalah satu kesalahan. Bagaimanapun jika Bible yang menggunakan kalimah Allah hanya digunakan sesama pengganut Kristian, Perlembagaan membenarkan perkara tersebut. Oleh itu hujah Ibrahim Ali nak membakar Bible kerana nak jaga Perlembagaan adalah mengarut. Bagaimana nak jaga Perlembagaan jika apa yang Perlembagaan benarkan Ibrahim Ali nak bakar!!! Dari Segi Islam Dari segi Islam tindakan Ibrahim dan Perkasa ingin membakar Bible adalah perbuatan yang paling mengarut. Islam dan umat Islam berlepas diri dari tindakan bodoh itu. Kita ingin beritahu bakar Bible bukan cara atau kaedah yang betul untuk membela Islam. Membakar Bible bukan ajaran Islam dan juga bukan ajaran Al-Quran. Itu ajaran Ibrahim Ali dari mazhab Perkasa acuan Umno. Al Quran mengajar cara terbaik untuk berurusan dengan golongan ahli Kitab, Kristian dan Yahudi. Di dalam surah Al 'ankabut 29 : 46 Allah memberi panduan bagaimana untuk kita mengurus perbezaan dengan golongan Kristian. Allah menyatakan "Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang paling baik..kecuali dengan orang-orang yang zalim di antara mereka.." Wahai Ibrahim dan Perkasa, ini dia kaedah Islam - kaedah jidal ahsan (berdebat\ dialog dengan cara yang paling baik). Lihatlah tafsir Imam Tabari di dalam tafsirnya tentang kalimah "kecuali dengan cara terbaik". Imam Tabari berkata ia bermaksud "al jamil bil qaul" iaitu berdebat dengan kata-kata yang manis dan indah. Imam Al Zamakhsyari pula menafsirkan ayat tersebut antaranya iaitu menukar dari marah kepada menahan marah. Ini metode Quran iaitu kaedah debat dan hiwar atau dialog dengan cara paling baik. Bakar bible tidak masuk dalam mana mana kategori. Bakar Bible adalah idea busuk. * Penulis adalah seorang peguam. | ||||
Mansang ngelaban': PAS gempur Kota Samarahan Posted: 22 Jan 2013 09:20 PM PST
(Mansang ngelaban...jerit penyokong Pakatan Rakyat Sarawak) KOTA SAMARAHAN: Parti Islam SeMalaysia (PAS) sekali lagi menggempur Parlimen Kota Samarahan Sarawak kelmarin di dalam misinya menyampaikan mesej penerangan di samping menyalurkan maklumat terkini kepada umum. PAS Kawasan Kota Samarahan selaku penganjur utama "Program Kebangkitan Rakyat Sarawak" itu telah berjaya mendapat perhatian dan sokongan yang jitu daripada penduduk di Samarahan. Dua (2) program utama yang diadakan telah mendapat sambutan luar jangka daripada penduduk setempat terutamanya golongan muda di kawasan tersebut iaitu Konvoi dan Ceramah "Kebangkitan Rakyat Sarawak". Acara konvoi motorsikal yang diadakan pada sebelah petang telah menarik minat ratusan anak muda di sekitar Kota Samarahan. Upacara pelepasan peserta konvoi dilakukan oleh Saudara Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Abang Mat) yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Penyelaras Parlimen Kota Samarahan. (Anak muda yang menyertai konvoi) Abang Mat yang kemudiannya juga turut menyertai konvoi tersebut telah berkunjung ke enam (6) buah kampung di sekitar Parlimen Kota Samarahan bagi mempromosikan program Ceramah Kebangkitan Rakyat Sarawak yang akan diadakan pada sebelah malam selain mengedarkan Risalah 12 Tawaran PAS Sarawak. Di sepanjang konvoi tersebut, penduduk sekitar turut memberi respon yang positif dengan melaungkan "Takbir", "Reformasi" dan "Tumbang BN" di samping kenderaan yang lalu-lalang juga turut membunyikan hon dan tanda ibu jari "Bagus" kepada peserta konvoi. Kondisi ini amat ditakuti oleh BN/PBB kerana peristiwa sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini dan ianya merupakan tamparan yang cukup kuat kepada BN di situ dengan kemaraan dan penerimaan rakyat kepada PAS. Peserta konvoi pada petang itu kemudiannya berhenti berehat di masjid yang berhampiran untuk solat asar berjamaah dan seterusnya bergerak ke tapak ceramah kebangkitan rakyat. Pada malamnya pula, Ceramah Kebangkitan Rakyat diadakan di Kampung Tanjung Bundong dengan menampilkan penceramah yang terdiri daripada Haji Adam Ahid (Pesuruhjaya PAS Sarawak), Arif Ameran (PKR), ADUN Padungan Wong King Wei (DAP), Ustaz Misbahul Munir Masduki (Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak), Datuk Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang, selain Abang Mat sendiri selaku Penyelaras Parlimen Kota Samarahan. Kehadiran kira-kira 500 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik seperti Melayu, Cina dan Iban telah menunjukkan penerimaan dan sokongan masyarakat setempat terhadap PAS. Memetik ceramah yang disampaikan Abang Mat (gambar), "Mengikut laporan yang dibentang oleh Audit Negara, Negeri Sarawak merupakan di antara negeri yang terkaya di Malaysia, namun pada masa yang sama, rakyatnya juga tergolong di dalam lingkungan "Top 5" yang termiskin malah pernah menduduki tempat kedua termiskin di Malaysia. "Jika mengikut logik akal, sepatutnya tahap kemiskinan rakyat di Sarawak berada di tangga terbawah dalam carta, namun begitu, oleh kerana pentadbiran BN/PBB yang mengutamakan kroni maka jangan bermimpi untuk kek yang besar itu diagihkan kepada rakyat Sarawak". Katanya lagi, rakyat Sarawak harus menikmati pelbagai kemudahan asas, infrastruktur dan perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan negeri dan persekutuan, tetapi perkara tersebut hanyalah sebagai janji retorik atau janji pilihanraya semata-mata. Beliau juga mengajak orang ramai untuk membuat perbandingan dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang mana pelbagai kemudahan dapat dinikmati oleh rakyat walaupun pendapatan negeri tersebut tidak seberapa. Sebagai contoh kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS di Kelantan mampu untuk memberi sumbangan kepada waris si mati dari golongan warga emas, bantuan perkahwinan kepada anak muda, bantuan kepada ibu tunggal dan banyak lagi insentif. Perkara ini tidak berlaku di Negeri Sarawak yang kaya raya ini. Malah katanya lagi, di Sarawak, keperluan asas seperti air bukannya kerajaan negeri hendak beri percuma, nak dapatkan air bersih pun merupakan satu kepayahan. Masalah keperluan asas dan infrastruktur banyak disentuh oleh beliau dengan memberi contoh kepada bekalan air di Asajaya sewaktu lawatan beliau ke Kampung Tambirat, Asajaya pada bulan lepas. "Paip-paip air sejak pilihanraya negeri tahun 2011, sampai sekarang masih bertaburan di tepi jalan. Dan sekarang selepas hampir dua (2) tahun, barulah projek pemasangan paip itu dijalankan. "Inikah pencapaian diutamakan? Sedangkan keperluan air ini amat penting kerana ianya merupakan keperluan asas di dalam kehidupan kita seharian. Mungkin, paip yang dipasang tahun ini hanya akan boleh digunakan masa Pilihanraya Negeri Sarawak akan datang," ujar beliaulagi. Dalam menutup pidatonya, Abang Mat mengajak rakyat menilai prestasi Ahli Parlimen BN di Kota Samarahan yang gagal mewakili pengundinya dan gagal untuk hadir ataupun berucap di dalam parlimen untuk mengutarakan masalah di situ. Beliau yang juga turut berucap di dalam Bahasa Iban, menyeru pengundi-pengundi di Parlimen Kota Samarahan agar berani membuat perubahan di dalam pilihanraya umum yang akan datang. (Membawa panji-panji PAS ke Kota Samarahan) "Kita 'Mansang Ngelaban' (bangkit melawan) di dalam Pilihanraya umum kali ini," katanya yang diberi tepukan gemuruh oleh hadirin yang hadir. Ceramah malam tadi diakhiri dengan Haji Nizar Jamaluddin yang berkongsi cerita berkenaan dengan kezaliman kerajaan BN sewaktu peristiwa rampasan kuasa di Perak. Selain itu, beliau juga turut menceritakan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Perak walaupun hanya bagi tempoh sebelas (11) bulan sahaja iaitu di antaranya pemberian geran tanah kepada rakyat Perak yang belum memiliki tanah tanpa mengira bangsa, agama atau pahaman politik. Orang ramai sedikitpun tidak berganjak dari mendengar ceramah yang disampaikan sejak dari mula lagi walaupun masa sudah melewati waktu tengah malam. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan