DIALOG RAKYAT |
- Gambar perkahwinan UMI Dara di Pakistan.
- Mat Sabu akan ketuai demonstrasi jika PRU 13 dicemari penipuan
- Dr M: Melayu serah banyak hak atas nama perpaduan
- DBKL mahu penghibur jalanan mohon permit
- MPN mahu Universiti Islam Malaysia diwujud segera
- Terbuka Malaysia: Chong Wei juara kali ke-9
- Pemuda PRS mahu polis siasat stesen radio
- Sultan minta rakyat Kedah bersabar
- Biskop kata kenyataan Ibrahim Ali 'berapi-api'
- Aziz Bari: BN, Raja-raja perlu minta penjelasan Dr M
- Sebab ini Umno pasti kantoi....
- Listen: Komen Dr Asri, Saifuddin terhangat
- HKR112: IDEAS sifatkan situasi menang-menang
- Perang di twitter antara Dr. Maza dan Ustaz Fathul Bari?
- Cina Kelantan sokong tuntutan 'R'
- Projek IC: Mahathir hentam Tunku untuk lepaskan diri
- Orang Kelantan Bukan Rakyat Negeri Beringin Rendang
- Umcedel: Najib perlu letak jawatan jika BN gagal perolehi majoriti dua pertiga PRU13
- MB: 'Belum masa umum manifesto'
- Keputusan tanding kerusi Parlimen di tangan Nik Aziz
- PBNJ: Kafa gagal tepati janji jamin keselamatan penyokong Johor
- PRU: 'Ambo nak umum dah', kata Najib
- IPT diminta pastikan tiada edaran Bible BM
- Isu Kalimah ALLAH: Apa Pendirian Sebenar UMNO BN?
- Anwar ‘mengeteh’ bersama rakyat sebelum berpidato di Shah Alam
Gambar perkahwinan UMI Dara di Pakistan. Posted: 20 Jan 2013 08:01 AM PST | |||||
Mat Sabu akan ketuai demonstrasi jika PRU 13 dicemari penipuan Posted: 20 Jan 2013 04:41 AM PST KUALA LUMPUR— Pakatan pembangkang menegaskan akan turun ke jalanan sekali lagi sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-13 dicemari dengan penipuan, tegas Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu. Timbalan Presiden PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu menegaskan Pakatan Rakyat (PR) tidak teragak-agak untuk menghimpunkan lebih ramai rakyat ke jalanan seperti beberapa siri perhimpunan sebelum ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, anjuran NGO yang dikenali sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). "Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang," katanya (gambar fail) ketika ceramah di Bandar Tasik Puteri malam tadi dipetik portal Harakahdaily. Beberapa siri perhimpunan telah dianjurkan, seperti Bersih, Bersih 2.0, dan terbaru Bersih 3.0 bagi menuntut pembaharuan sistem daftar pemilih di negara ini yang dakwa PR dipenuhi dengan unsur penipuan. Tahun lalu, perhimpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April turut menyaksikan peserta perhimpunan bertempur dengan pihak berkuasa. Pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air apabila kawasan Dataran Merdeka yang telah pun diharamkan oleh mahkamah untuk perhimpunan dicerobohi. Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada 12 Januari lalu berjalan secara aman apabila pihak berkuasa memberi kebenaran untuk perhimpunan diadakan di Stadium Merdeka, tempat Tunku Abdul Rahman memproklamasikan kemerdekaan. Buat pertama kali dalam sejarah perhimpunan berjalan tanpa sebarang insiden apabila Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melalui ketuanya Tan Sri Ismail Omar berikrar untuk memastikan perhimpunan 12 Januari menjadi "peristiwa bersejarah". PRU 13 perlu diadakan selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat pada 28 April akan datang. Akan tetapi ramai pihak yang menjangkakan ianya akan diadakan lebih awal disebabkan ada beberapa negeri yang akan habis mandat pada akhir Mac seperti dewan undangan negeri Johor yang akan terbubar secara automatik pada 21 Mac dan Negeri Sembilan pada 26 Mac. Parti-parti pembangkang PKR, PAS dan DAP yang menubuhkan PR mendapat keuntungan yang signifikan pada pilihan raya umum ke-12, mengawal 82 daripada 222 kerusi Parlimen, selain memegang tiga negeri utama di sepanjang pantai barat semenanjung — Selangor, Pulau Pinang dan Kedah — di samping mengekalkan Kelantan semenjak 22 tahun lalu. | |||||
Dr M: Melayu serah banyak hak atas nama perpaduan Posted: 20 Jan 2013 04:38 AM PST PERMATANG PAUH - Melayu sudah menyerahkan banyak hak mereka kepada kaum lain di negara ini semata-mata untuk mewujudkan perpaduan dan suasana yang harmoni. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Melayu suatu ketika dahulu mempunyai 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini tetapi sanggup berkorban dan menyerahkan sebahagian hak itu kepada kaum lain. "Selepas itu, jumlahnya berkurangan kepada 60 peratus. Tiada penduduk di mana-mana negara di dunia ini yang mahu berbuat demikian. "Hanya orang Melayu yang sanggup melakukannya. Kita banyak menyerah dan berkorban hak untuk orang lain. "Segala-galanya kita serah kepada orang asing. Kita sanggup tukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. Tiada lagi unsur Melayu yang ada. Orang Melayu tidak marah tetapi merelakannya," katanya ketika menyampaikan ucaptama Program Transformasi Ekonomi dan Pelajaran MelayuPulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam. Selain itu, orang Melayu memberi hak warganegara atau kerakyatan kepada orang asing walaupun ia tidak berlaku di negara lain sejak dahulu lagi. "Walaupun kita penduduk majoriti tetapi orang Melayu hanya menguasai 30 peratus ekonomi. "Berbanding penduduk kaum lain berjumlah 40 peratus, mereka menguasai 70 peratus dari ekonomi negara ini. "Orang Melayu masih menyerah dan merelakannya. Tetapi apabila peluang 30 peratus yang ada pun masih mahu diganggu orang lain, orang Melayu mulai gusar dan menjadi marah," katanya. Sehubungan itu katanya, penduduk kaum lain di negara ini perlu bersyukur dan berterima kasih kepada Melayu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mewujudkan keamanan di Malaysia. Mahathir turut membidas sikap sesetengah kaum di negara ini yang masih belum puas, sebaliknya mahu pula menguasai politik tanah air, yang selama ini didominasi orang dan parti politik Melayu. "Tak cukup lagikah dengan penguasaan 70 peratus dalam ekonomi selama ini. Apa matlamat mereka untuk menguasai politik pula," katanya. Menurutnya, Melayu perlu sedar keadaan itu dan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk memastikan nasib mereka terus terbela hingga generasi akan datang. | |||||
DBKL mahu penghibur jalanan mohon permit Posted: 20 Jan 2013 04:35 AM PST Penghibur Jalanan dinasihati supaya memohon permit kebenaran sekiranya ingin membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur. Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Amin Nordin Ab Aziz berkata permohonan permit itu telah pun dibuka dan mereka boleh berbuat demikian melalui bahagian Kebudayaan dan Sukan DBKL. Beliau berkata beberapa perbincangan telah dijalankan bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi mengenalpasti garis panduan yang perlu dipatuhi oleh golongan penghibur itu. "Kita tidak mahu orang yang tak tentu arah yang buat pertunjukan dan warga asing sama sekali tidak dibenarkan. "Dan kita nasihatkan supaya penghibur jalanan ini mestilah berumur 18 tahun ke atas," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur. Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Jumaat berkata satu lokasi di Bangunan Sultan Abdul Samad akan disediakan bagi membolehkan penghibur jalanan menjalani latihan kesenian mereka. Mohd Amin berkata beberapa lokasi tumpuan pelancong telah dikenalpasti untuk penghibur jalanan membuat persembahan, antaranya Jalan Bukit Bintang, Dataran Merdeka, dan Pasar Seni. Beliau juga mengingatkan penghibur jalanan supaya tidak melakukan persembahan membahayakan seperti pertunjukan ular. Dalam pada itu, Mohd Amin turut mempelawa wakil penghibur jalanan hadir berbincang dengan pegawai DBKL bagi mengenalpasti keperluan dan perkara-perkara lain berkaitan golongan itu. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Datuk Norliza Rofli berkata jabatannya akan berbincang dengan Kerajaan Tempatan di seluruh negara supaya memberi kebenaran kepada penghibur jalanan di setiap negeri untuk membuat persembahan. Beliau berkata JKKN juga sedia memberi nasihat dari aspek persembahan dan kemahiran kepada golongan penghibur itu supaya mereka boleh memberi persembahan bertaraf antarabangsa. - Bernama | |||||
MPN mahu Universiti Islam Malaysia diwujud segera Posted: 20 Jan 2013 04:33 AM PST Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya, Profesor Kamaruddin M.Said berkata, kewujudan UIM nanti akan menyepadukan tiga perkara besar dalam kehidupan iaitu Islam, ilmu dan ummah untuk kepentingan generasi akan datang. "Majlis Universiti Islam Malaysia (Muim) yang akan dinamakan sebagai UIM berdasarkan keputusan Persidangan Majlis Raja-raja Melayu ke-222 pada 13 dan 14 Oktober 2010 diharap dapat melahirkan sebuah institusi pengajian tinggi baru. "Penubuhan universiti diharap dapat membantu proses pembacaan dan pemikiran yang betul, berada di atas landasan yang teguh, terutamanya tentang kedudukan Islam dan Raja-raja Melayu dalam dunia keilmuan Malaysia, malah dalam konteks keilmuan antarabangsa," katanya. Beliau bercakap demikian dalam ucapan penggulungan Seminar Pertemuan Profesor-professor Mengenai Isu-isu Menjelang 2020, di sini, hari ini. Seminar dua hari ini turut membentangkan lima kertas kerja. Pada Mac lalu, Pengerusi Muim, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata, UIM yang bakal ditubuhkan bukan duplikasi kepada universiti Islam lain di negara ini, sebaliknya adalah penyambungan kepada sebuah institusi pengajian yang telah pun tertubuh sebelum ini. UIM dahulunya merupakan Kolej Islam Malaya (KIM), yang ditubuhkan pada tahun 1955, diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu ketika itu. "Ia (operasi) bagaimanapun tertangguh pada 1970. (Namun) Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang kali ke-222 pada 2010 telah berkenan mengaktifkan KIM sebagai Universiti Islam Malaysia. "Kekeliruan itu menjadi keprihatinan kita. Ia (UIM) bukan sebuah universiti baru tetapi sebaliknya memperbaharui institusi yang telah pun ditubuhkan sebelum ini," kata Yusof. Kamaruddin turut mengingatkan bahawa kejayaan yang dicapai negara pada hari ini adalah hasil rancangan dan dilaksanakan oleh pihak legislatif serta eksekutif iaitu hasil diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-raja Melayu. "Kesemua tatacara terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang luhur. Sejak merdeka pada 1957 hingga kini, badan eksekutif iaitu Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh golongan nasionalis Melayu, mendukung kedaulatan Raja-raja Melayu. "Hal ini boleh dipertahankan selagi dadan eksekutif yang dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya menjunjung keluhuran institusi Raja-raja Melayu," jelas beliau. Kamaruddin turut memetik kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah semasa persidangan Majlis Raja-raja Melayu ke-222 yang membawa pandangan berat Raja-raja Melayu tentang iklim politik negara ketika itu. "Beliau menyentuh terhadap suara lantang dan tidak rasional yang mencabar keluhuran perlembagaan persekutuan, serangan ke atas kesucian dan kedudukan Islam di Malaysia serta serangan institusi raja-raja. "Lanjutan itu, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah kemudiannya menyampaikan titah tentang kedudukan Islam dan Raja-raja Melayu dan ucapan itu beri inspirasi terhadap apa yang patut dilakukan oleh golongan ilmuwan Melayu," jelas beliau. Katanya, teks titah ucapan Raja Nazrin wajar dibaca oleh profesor-profesor untuk kefahaman lanjut. Dalam pada itu, Kamaruddin turut menyarankan golongan profesor di negara ini meluaskan pembacaan termasuk memahirkan diri dalam membaca kehidupan secara holistik dan bukan hanya secara harfiah atau runcitan. Katanya, Malaysia mungkin mempunyai ramai ilmuan yang salah baca, salah tafsir dan salah fikir. "Jika ramai kategori ini dalam MPN, tentulah peranannya sebagai pemikir negara sukar dicapai. "Kita tidak mahu MPN yang salah baca dan salah fikir. Itu merbahaya kepada negara," katanya lagi. | |||||
Terbuka Malaysia: Chong Wei juara kali ke-9 Posted: 20 Jan 2013 04:30 AM PST PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Terbuka Malaysia 2013 hari ini buat kali kesembilan. Beliau menewaskan Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia 21-7 dan 21-8. Chong Wei sebelum ini menjuarai Terbuka Malaysia pada tahun 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012. (NOTA: [ ] menandakan pemain pilihan) LELAKI: PERSEORANGAN: ------------- [1] Lee Chong Wei (MAS) mn [8] Sony Dwi Kuncoro (INA) 21-7, 21-8 (32 minit) BEREGU: ------- Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan (INA) mn [6] Ko Sung Hyun/Lee Yong Dae (KOR) 21-15, 21-13 (30 minit) WANITA: PERSEORANGAN: ------------ [6] Tai Tzu Ying (TPE) mn Yao Xue (CHN) 21-17, 21-14 (36 minit) BEREGU: ------- [5] Bao Yixin/Tian Qing (CHN) mn [2] Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (JPN) 21-16, 21-14 (39 minit) BEREGU CAMPURAN: --------------- [2] Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen (DEN) mn [1] Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS) 21-13, 21-18 (45 minit) | |||||
Pemuda PRS mahu polis siasat stesen radio Posted: 20 Jan 2013 04:24 AM PST MALAYSIA KINI Timbalan Ketua Pemuda PRS Ellison Silo Bilun berkata pergerakan tersebut sependapat dengan kenyataan Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing bahawa pihak berkuasa harus mengambil tindakan keras terhadap penaja dan orang di belakang tabir RFS dan RK. "Sekiranya RFS dan RK dibiarkan meracuni rakyat kita Pemuda PRS bimbang rakyat akan terhasut dan keselamatan negara akan terjejas," katanya ketika ditemui pemberita di balai polis Sungai Maong di sini bagi membuat laporan berkenaan. Turut hadir Ketua Penerangan Pemuda PRS Danny Bungan. Ellison berkata satu laporan akan turut dibuat kepada pihak atasan, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tindakan diambil terhadap kedua-dua stesen radio berkenaan. - Bernama | |||||
Sultan minta rakyat Kedah bersabar Posted: 20 Jan 2013 04:21 AM PST Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyeru agar seluruh rakyat negeri ini supaya bersabar dan memberi kerjasama dalam menjayakan pelbagai rancangan pembangunan demi faedah mereka. Dalam titah ucapan yang dibacakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah, baginda bertitah kerajaan negeri berusaha sedaya upaya mencari peluang dan menggembleng sumber yang ada demi faedah rakyat negeri ini. "Segala perancangan yang dibuat memerlukan masa untuk dilaksanakan dan beta berharap seluruh rakyat negeri ini dapat memberi kerjasama dan bersabar," titah Sultan sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-85 di Istana Anak Bukit, di Alor Setar hari ini. Tuanku bertitah kerajaan pusat meluluskan peruntukan projek Tebatan Banjir Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit di sini bagi mengatasi masalah banjir besar yang pernah melanda negeri ini beberapa tahun lalu. Baginda bertitah pembinaan projek itu bermula tahun ini dan akan menimbulkan kesulitan kepada penduduk yang mendiami kawasan berhampiran tapak projek. "Beta berharap jabatan pelaksana projek ini akan mendapatkan input daripada semua pihak berkaitan, agar isu-isu yang menjejaskan kehidupan penduduk terbabit dapat diminimumkan. "Kepada penduduk yang terlibat, beta berharap agar mereka dapat bersabar dan memberi kerjasama penuh bagi menjayakan projek ini," titah Tuanku Abdul Halim. Sementara itu, Tunku Annuar turut berpesan agar tidak ada pihak mengambil tindakan provokasi sehingga menimbulkan perbezaan pendapat dan sentimen kaum serta berusaha menyelesaikannya secara muafakat. Tunku Annuar berkata beliau sangat bersyukur dengan keadaan aman di negeri Kedah dengan rakyat pelbagai kaum hidup dalam suasana harmoni. "Oleh itu saya menyeru agar seluruh rakyat di dalam negeri ini terus berusaha memelihara keamanan yang dinikmati supaya terus berkekalan," katanya. Beliau berkata semua pihak harus mengutamakan kepentingan negeri dan berusaha memelihara keamanan sepanjang masa kerana ia merupakan prasyarat utama meningkatkan aktiviti ekonomi dan pelaburan negeri.- Bernama | |||||
Biskop kata kenyataan Ibrahim Ali 'berapi-api' Posted: 20 Jan 2013 04:18 AM PST MALAYSIA KINI Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing berkata seruan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali supaya orang Islam membakar kitab Injil yang menggunakan kalimah Allah adalah "kenyataan berapi-api yang melampaui batas wacana sivil di Malaysia."Ketua gereja Katolik Melaka-Johor itu berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan memandangkan kenyataan itu kini diketahui khalayak umum. Katanya, ini juga merupakan waktu terbaik untuk melihat sama ada slogan 1Malaysia yang dicanangkan kerajaan mengandungi apa-apa makna atau hanya slogan untuk meraih undi. Beliau mengulas kenyataan MP Pasir Mas itu, seperti dipetik dalam satu laporan portal Free Malaysia Today, yang menggesa orang Islam supaya membakar naskhah bible dalam bahasa Inggeris – Al-Kitab – untuk menghentikan tindakan mengina sensitiviti orang Islam. Laporan itu menyebut, Ibrahim menyatakan demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam satu konvensyen PERKASA di Pulau Pinang. Ucaptama program tersebut disampaikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. | |||||
Aziz Bari: BN, Raja-raja perlu minta penjelasan Dr M Posted: 20 Jan 2013 04:16 AM PST MALAYSIA KINI Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ketika pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.Katanya, parti BN dan Majlis Raja-Raja perlu meminta penjelasan Mahathir kerana cadangan tersebut bermaksud bahawa golongan terbabit menerima kerakyatan itu dengan cara tidak sah. "Lucu sekali, Mahathir, dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri bagaimanapun menyusahkan Umno. "Bila dia kata Tunku melakukan jenayah yang sama, dia sebenarnya menjejaskan konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India. "Umno, MCA dan MIC tidak harus berdiam diri. Mereka perlu nyatakan pendirian. Mahathir secara tidak langsung menyatakan bahawa orang Cina dan India mendapat kerakyatan secara tidak bermoral dan tidak sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bekas profesor undang-undang itu juga menyebut, wujud perbezaan ketara di antara apa yang dilakukan Tunku dan Mahathir. Maka, tiada keperluan untuk menubuhkan RCI seperti yang dicadangkan Mahathir kerana "berbanding Tunku, apa yang dilakukan Mahathir pada 1994 kelihatan seperti jenayah, dan lebih teruk, pengkhianatan kepada negara". Jelasnya, Tunku hanya mengikut syor dalam laporan Suruhanjaya Reid, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Bahagian III dalam perlembagaan persekutuan. | |||||
Sebab ini Umno pasti kantoi.... Posted: 20 Jan 2013 04:13 AM PST
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bingkas membidas dan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad di sebalik pengakuannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya. Pertama sekali, Tun Mahathir sudah mengaku menjadi dalang utama projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing dua minggu sebelum pilihanraya 1990. Inilah jawapan yang dicari-cari selama ini, telah dilafaz sendiri oleh Tun Mahathir. Walau apapun alasannya, pemberian kewarganegaraan segera khususnya di musim pilihanraya harus diterjemah sebagai jalan singkat untuk regim terus berkuasa. Pemberian kad pengenalan secara terburu-buru sempena pilihanraya secara langsung membolehkan si penerima anugerah warganegara segera ini terus mengundi. Ia sangat tidak adil khususnya buat rakyat Sabah ketika itu dan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Maka dengan pengakuan Tun Mahathir hari ini setelah lama mendiamkan diri, apakah ada lagi pengakuan atau pendedahan yang lebih sensasi untuk membolehkan rakyat seluruh tanahair sedar bahawa regim pemerintah tergamak menjual negara ini demi mengekalkan kuasa melalui kewarganegaraan segera? Hanya selepas negara dikejutkan dengan pendedahan oleh bekas Ketua Jabatan di JPN Sabah dan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, menjadikan Tun Mahathir tidak punya pilihan selain mengaku perbuatannya. Pengakuan Tun Mahathir ini wajar dipandang serius terutamanya apabila menyedari modus operandi yang sama dijangka bakal digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional dalam pertembungan PRU-13, berdasarkan mood kebangkitan rakyat yang akan menyaksikan pemerintahan 56 tahun mampu ditamatkan. Umno dan BN tidak mampu mengekang arus perubahan malah turut sedar betapa mereka akan tumbang kali ini. Maka operasi Sabah 1990 diperluas ke semenanjung! JuRaGan : Apa yang mampu lagi kita harapkan kepada pimpinan-pimpinan Umno selama ini..Agama sudah mereka buang, bangsa dah menjadi bangsat dan kini Negara dijual kepada Warga Asing, semata2 untuk pertahankan kuasa yang selama ini pencacai najis Umno sangka mereka kuat...Rupanya hanya pendatang asing sebagai pemyambung hayat mereka...kalau tidak dah lama Umno Mampoussss.."Di mana Umno menang, Di situ Pendatang Asing kenyang" | |||||
Listen: Komen Dr Asri, Saifuddin terhangat Posted: 20 Jan 2013 04:10 AM PST
Di tempat kedua, para pembaca memilih berita bertajuk "HKR112: Raba punggung, blogger Umno kantoi" yang berbicara bagaimana blogger MiloSuam membongkar dan mengkantoikan satu lagi fitnah blog Umno, kali ini mendakwa peristiwa mencabul wanita berlaku ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari yang lalu. Sementara itu, berita bertajuk "Video panas yang perlu anda tonton" mengenai video yang mencetuskan fenomena 'Listen' di seluruh negara pula dipilih menjadi artikel ketiga terhangat minggu lalu. Berikut adalah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily dari 13 hingga 19 Januari: | |||||
HKR112: IDEAS sifatkan situasi menang-menang Posted: 20 Jan 2013 04:09 AM PST
KUALA LUMPUR: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyifatkan kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu sebagai 'situasi menang-menang'. Pengurus Projek dan Operasi IDEAS, Amin Ahmad berkata, rakyat berjaya membuktikan HKR berlangsung aman walaupun jumlah peserta jauh lebih ramai berbanding himpunan sebelum ini. Manakala kerajaan pula katanya, dapat menunjukkan komitmen mereka terhadap transformasi yang mahu dilakukan. "Sudah tentu kita tidak dapat mengelak daripada sejumlah kritikan dan juga sikap ahli politik yang akan mengambil peluang mendakwa perhimpunan ini adalah satu petunjuk positif bagi mereka, sama ada pembangkang atau kerajaan. "Tapi lebih penting daripada itu ialah rakyat mempunyai keyakinan bahawa mereka mempunyai suara dan meskipun jumlahnya hanya satu orang, kebebasan bersuara ini mesti dijamin," kata beliau kepada Harakahdaily. Respons kepada tuntutan rakyat Beliau juga berkata, semua pihak khususnya kerajaan harus memberi perhatian kepada tuntutan rakyat. Tegasnya, tidak semua tuntutan mesti dilihat sebagai satu serangan kepada kerajaan sebaliknya apa sahaja tuntutan yang dikemukakan harus dilihat sebagai petunjuk bahawa rakyat masih percaya kepada fungsi kerajaan. "Dalam konteks demokrasi, sudah tentu tidak salah mengemukakan apa juga tuntutan. Kerajaan mesti menjelaskan keutamaan yang ingin mereka ambil dan mengapa keutamaan itu dibuat," katanya. (Saifudin membacakan deklarasi HKR112 Stadium Merdeka) Deklarasi 10 tuntutan yang dibacakan dalam HKR di Stadium Merdeka 12 Januari lalu ialah: 1) Menuntut pilihan raya yang bersih adil dan telus merangkumi media yang bebas 2) Menuntut prestasi, reputasi dan wibawa Felda di selamatkan demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka 3) Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diiktiraf adil dan setara dengan Semenanjung Malaysia 4) Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum. 5) Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme menjamin kebajikan dan melindungi masa depan kakitangan awam termasuk guru dan anggota keselamatan 6) Menuntut kehidupan dengan persekitaran alam yang bersih dan menyihatkan 7) Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan bahasa ibunda kembali dijulang dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan dalam sistem pendidikan negara serta pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia 8) Menuntut pembebasan tahanan politik yang ditahan tanpa keadilan 9) Menuntut agar kampung-kampung tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan. 10) Menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia. | |||||
Perang di twitter antara Dr. Maza dan Ustaz Fathul Bari? Posted: 20 Jan 2013 04:03 AM PST
Perang mulut di antara dua tokoh agama di laman sosial twitter .Punca perang mulut di antara dua tokoh ini penulis tak ketahui. Khilaf antara dua ulama, jadi malas mahu campur. Semoga ALLAH mencampakkan hidayah buat kita semua. Yang penting kita tumbangkan umno/BN.... Kami benci UMNO (selagi dasar umno tidak Islam). Namun kami sayang orang2 UMNO, dan sentiasa berharap mereka akan kembali meyakini Islam.. Lawan tetap lawan ..Umno Wajib kita tumbangkan ..dah lama sangat menyeleweng. | |||||
Cina Kelantan sokong tuntutan 'R' Posted: 20 Jan 2013 03:28 AM PST
KOTA BHARU: Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan (GPTHK) berikrar akan menyertai gerakan menuntut royalti minyak untuk Kelantan melalui ngo 'R'. Dalam pertemuan dengan ngo 'R' di sebuah restoran dekat sini, mereka mencapai tiga kata sepakat iaitu: 1. Menyokong penuh tuntutan royalti petroleum negeri Kelantan. Bayaran harus dibuat melalui akaun kerajaan negeri supaya rakyat boleh menyemak dan menghukum melalui Dewan Undangan Negeri. 2. Akan melancarkan R kaum Cina dalam masa terdekat. 3. Mengadakan pertemuan dan menyerahkan deklarasi tuntutan dan hasrat kaum Cina terhadap perbelanjaan dan pengurusan hak hasil bumi tersebut. Pertemuan itu diadakan bagi mengetahui perkara sebenar tuntutan NGO berkenaan. Mereka mahu mendengar dari kesemua pihak sebelum membuat sebarang keputusan. Antara yang hadir pertemuan itu adalah Pegerusi GPTHK Ooi Poh Chun, Ketua Pemuda GPTHK Wee Kian Khai, Penasihat Pemuda GPTHK Lau Chee Fang dan beberpa AJK R Malaysia. Turut hadir ialah Timbalkan Ketua Pemuda GPTHK, Ng Yit Foong, naibnya Song Tai Bee dan Koh Teck Hui. | |||||
Projek IC: Mahathir hentam Tunku untuk lepaskan diri Posted: 20 Jan 2013 03:24 AM PST KEADILAN DAILYKenyataan terkini oleh Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membersihkan dirinya daripada segala salahlaku dalam pemberian kad pengenalan haram yang sedang dalam siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja menggambarkan dirinya sebagai angkuh, tidak menyesal dan manipulator sejarah yang tidak bertanggung jawab.Percubaan Dr Mahathir untuk mengheret Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, dalam kekotoran ini adalah keji dan hina. Beliau cuba untuk mengaburi pandangan rakyat dengan menyamakan penipuan kad pengenalan yang dikendalikan dalam keadaan sembunyi semasa beliau memegang tampuk kuasa Perdana Menteri dengan pemberian kewarganegaraan di semenanjung Malaysia semasa era Tunku. Beliau berterusan menghina akal kita dengan menganggap bahawa rakyat tidak berupaya untuk membezakan antara operasi gelap yang diselubungi rahsia yang sememangnya suatu jenayah dengan perkara yang berlaku dengan keputusan secara kolektif semasa pembentukan sejarah kemerdekaan kita. Maka, yang kedua itu bukanlah subjek siasatan sepertimana projek kad pengenalan tersebut. Oleh itu Dr Mahathir harus hentikan sikap berdolak-dalih beliau yang mengalih tumpuan kita terhadap isu utama. Projek haram ini berlaku hanya dua minggu sebelum Plihan Raya Umum 1994 dan Dr Mahathir harus berhenti berpura-pura yang beliau tidak mampu melihat kaitannya dengan konklusi yang jelas bahawa wujud skim kewarganegaraan untuk undi. Saya tetap terkejut apabila mendapati bahawa pesalah-pesalah dalam penipuan tersebut telah menginap di rumah Aziz Shamsuddin dan membuat manfaat daripadanya sebagai pusat operasi untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu tersebut. Tidak lebih mengejutkan apabila ada keterangan bahawa Megat Junid Megat Ayub pernah mengarahkan pegawai atasan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengeluarkan resit penerimaan kad pengenalan itu. Aziz Shamsuddin dan Megat Junid tidak mungkin mampun melaksanakan penipuan yang sebegitu rapi tanpa arahan atau persetujuan daripada orang atasan mereka, yang tentunya ketika itu adalah Dr. Mahathir. Saya tetap dengan seruan saya bahawa Dr. Mahathir harus disiasat atas dakwaan mengkhianati rakyat dan Negara dengan menjual kedaulatan kita dengan mengizinkan skim keji ini hanya untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal di Sabah. Mohamed Azmin Ali Timbalan Presiden KEADILAN | |||||
Orang Kelantan Bukan Rakyat Negeri Beringin Rendang Posted: 20 Jan 2013 03:12 AM PST MSO Najib Razak terus memperolok-olok dan mempermainkan rakyat Kelantan dengan mengulangi beberapa tawaran yang hendak diberikan kepada rakyat Kelantan sekiranya Umno berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS. Tawaran dan janji itu telah dibuat setiap kali dia memijak bumi Kelantan.
Janji atau tawaran lain ialah pembinaan sebuah stadium memandangkan perkembangan bola sepak di Kelantan memberangsangkan dan juga pembinaan rumah untuk rakyat sebanyak 3,000 unit. Beliau juga sekali menjanjikan hendak menyediakan kemudahan air bersih di Kelantan yang didakwa oleh Umno air Kelantan bermasalah. Tawaran untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan ini sesuatu yang tidak wajar dibuat oleh Najib atau dijadikan syarat sekiranya Umno menang di Kelantan. Sekiranya beliau seorang pemimpin yang memahami tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya tidak sepatutnya beliau menjadikan isu air yang merupakan aset semula jadi untuk rakyat sebagai modal politik. Suka atau tidak Najib perlu memberi peruntukan atau mengatasinya masalah itu tanpa ada motif. Tidak sepatutnya aset atau anugerah Allah dipolitikkan. Namun... Ketahukah Najib bahawa ada empat aset atau anugerah Allah yang tidak boleh diperdagangkan, iaitu udara, minyak dan air. Najib hari ini mengunjungi Kelantan dalam rangka berkempen menjelang pilihan raya. Janji atau tawaran lain ini merupakan tawaran baru, ialah pembinaan kampus khas untuk Universiti Teknologi Malaysia, (UITM) Kelantan, membina sebuah masjid bernilai RM5 juta dan memperkenalkan repaid di Kota Bharu. Setiap kali Najib menyebut segala tawaran itu hadiran di RTC Tunjung bersorak dan bertepok tangan bagaikan penduduk di negeri Beringin Rendang ketika menyaksikan skor board menunjukkan negeri mereka sudah menang dalam teka teki di antara Pak Belalang dengan Raja Masai. Najib seronok melihat gelagat rakyat Kelantan dan terhibur dengan tepok sorak setiap kali beliau mengumumkan segala tawaran itu. Bagaimana pun kita yakin yang hadir di majlis Najib di RTC itu adalah kakitangan kerajaan yang celik huruf. Mereka semua dipaksa dan murid sekolah dipunggah. Mereka itu sengaja menjadi diri mereka seperti penduduk Beringin Rendang kerana hendak menyedapkan hati Najib. Najib memperolok-olokkan mereka, mereka memperolok-olokkan Najib. Kalau Najib jujur dan ikhlas dia tidak hanya bermain dengan kata-kata dan memperolok-olokkan rakyat Kelantan dan melayani mereka bagaikan budak-budak. Rakyat Kelantan bukan penduduk negeri Beringin Rendang yang buta huruf, malahan mereka celik huruf dan arif IT. Rakyat memahami masalah Najib dan juga sejauh mana wibawa Najib sebagai perdana menteri. Rakyat Kelantan juga tahu kes Altantuya dan mereka mengikut dengan penuh minat pendedahan taukeh karpet Deepak Jaikhisan. Juga mereka mengetahui apa yang sedang bergelora didalam lautan Umno di mana jerung bernama Mahathir kini sedang mengepong Najib agar masuk jaring. Apa yang Najib patut laukan ialah bukan memperolok-olok rakyat Kelantan tetapi terus melaksanakan apa-apa yang sepatut disegerakan. Misalnya masalah air yang didakwa bermasalah itu, stadium dan juga lebuh raya Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai perlu dibina hari ini juga. Apabila Najib berjanji dan memberi isyarat maka ia tidak ikhlas. Rakyat Kelantan yang sudah masak dengan politik dan tanggungjawab sebuah kerajaan tidak akan teruja. Begitu juga dengan pemberian wang RM100 kepada murid sekolah ia tidak akan mengubahkan keadaan kerana rakyat sudah tahu wang itu adalah hak mereka bukan hak Umno. Sesiapa pun yang menjadi kerajaan hak atau wang itu akan tetap diterima oleh rakyat bahkan jumlahnya mungkin lebih besar dari itu. Rakyat juga tidak begitu mengharaplan kepada semua tawaran itu dilaksanakan. Mereka tentu sangsi apakah UBN sempat melaksanakan atau tidak kerana Pakatan Rakyat juga kini sedang mengorak untuk menerajui kerajaan Malaysia. Sudah pasti kalau PR menang dan menjadikan kerajaan mereka juga akan melaksanakan semua itu. Hari ini dengan perkembangan politik terkini, kecelaruan didalam Umno dan semakin meningkatnya sokongan rakyat Pakatan Rakyat, tenguk Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) minggu lalu, belum pasti lagi UBN dapat mengekalkan kekuasaan mereka. Tidak ada siapa yang boleh memberi jaminan yang UBN akan kekal memerintah. Jadi janji dan tawaran Najib itu tidak lebih dari angan-angan dari seorang taukeh yang sebenarnya dia sedang menuju ke lembah muflis tetapi tidak diketahui keadaan itu. Kesimpulannya janji dan tawaran Najib sudah difahami ia adalah tidak lebih daripada 'basabasi' dan modal pilihan raya saja dan tidak perlu dipegang sebagai sebuah janji akan ditunai. Seperti ditegaskan tadi kalau Najib ikhlas hendak membantu rakyat Kelantan binalah lebuh raya hari ini juga, atasilah masalah air hari ini juga dan buatlah stadium malam ini juga. Kenapa tunggu selepas pilihan raya? Rakyat Kelantan bukan penduduk negeri Beringin Rendang. | |||||
Umcedel: Najib perlu letak jawatan jika BN gagal perolehi majoriti dua pertiga PRU13 Posted: 20 Jan 2013 12:34 AM PST KL TODAY SHAH ALAM — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin terpaksa melepaskan jawatannya jika gabungan Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya gagal memenangi semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen, kata badan tinjauan bebas Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel). "Tradisi yang berlaku dalam Umno, kalau perdana menteri gagal dapat dua pertiga kena letak jawatan, itu yang berlaku pada Tunku (Abdul Rahman), pada Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan perkara sama juga akan berlaku kepada Najib jika gagal mendapat dua pertiga," kata pengarah Umcedel Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dipetik dari Sinar Harian Online. Hasil kajian Umcedel baru-baru ini menunjukkan mustahil bagi BN memenangi semula majoriti tradisi dua pertiga pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini dan perkembangan semasa. Menurut badan bebas itu lagi, Najib hanya mampu membawa BN untuk mengekalkan status quo. "Dalam pilihan raya lalu di Semenanjung BN hanya dapat 47 peratus undi, Pakatan Rakyat (PR) 49 peratus. Di seluruh Malaysia, BN hanya dapat 50.2 peratus. (Tun) Abdullah Ahmad Badawi ketika memasuki pilihan raya, popularitinya 70 peratus lebih. Najib sekarang ini popular sekitar 58 peratus "Maknanya mustahil Najib akan dapat lebih daripada Pak Lah. Maksudnya pilihan raya akan datang status quo. "Kecuali ada perkara luar biasa yang kita tak nampak berlaku seperti pengundi hantu yang kami pengkaji ini pun tak boleh nak kira," katanya. Menurut Mohammad Redzuan lagi, Najib (gambar) adalah satu-satunya perdana menteri yang masuk ke gelanggang pilihan raya tanpa dapat melakukan persempadanan semula kerusi pilihan raya dan ini adalah satu kekurangan kepada ahli parlimen Pekan itu. "Disebabkan persempadanan semula itu Umno mendapat majoriti kerusi. Bukan undi. Buktinya Abdullah Badawi popular 64 peratus tetapi kerusi 90 peratus (pada 2004). Tetapi Najib adalah perdana menteri pertama yang memasuki pilihan raya tanpa persempadanan (semula bahagian pilihan raya)," katanya. Beliau yang juga Dekan Fakulti Sastera Universiti Malaya itu mengatakan PR sudah merapatkan jurangnya menghampiri BN. "Kali ini kalau yang keluar mengundi lebih 82 peratus, maknanya semua ramalan akan salah. Katakanlah keluar mengundi 90 peratus, ada yang tidak kena. Itulah yang menyebabkan orang turun beramai-ramai pada 12 Januari lalu. Bagi parti pembangkang, pilihan raya ini buat penat sahaja," katanya lagi. PRU 13 perlu diadakan selepas mandat BN tamat pada 28 April akan datang. Akan tetapi ramai pihak yang menjangkakan ianya akan diadakan lebih awal disebabkan ada beberapa negeri yang akan habis mandat pada akhir Mac seperti dewan undangan negeri Johor yang akan terbubar secara automatik pada 21 Mac dan Negeri Sembilan pada 26 Mac. Parti-parti pembangkang mendapat keuntungan yang signifikan pada pilihan raya umum ke-12, mengawal 82 daripada 222 kerusi Parlimen, selain memegang tiga negeri utama di sepanjang pantai barat semenanjung — Selangor, Pulau Pinang dan Kedah — di samping mengekalkan Kelantan semenjak 22 tahun lalu.? | |||||
MB: 'Belum masa umum manifesto' Posted: 20 Jan 2013 12:25 AM PST KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) Terengganu akan buka bilik gerakannya pada 1 Februari dan umumkan isi manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada masa sesuai. Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Menteri Besar berkata, belum masanya untuk BN uar-uarkan manifestonya. "Memang ada penambahan pada manifesto kita, tapi kita akan umumkannya pada masa sesuai. Cuma apa yang boleh saya katakan, BN Terengganu sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU13 ini. "Kita akan buka bilik gerakan mulai 1 Februari ini. Setakat ini, Alhamdulillah persiapan yang dibuat cukup rapi dan kami bersedia sepenuhnya. Kita yakin akan tawan beberapa kerusi yang kini dimiliki pembangkang," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Hari Keluarga Wisma Darul Iman di sini, semalam. Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Mat Razali Kassim dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Datuk Tuan Mamat Tuan Ngah. Ahmad dalam ucapannya mengharapkan agar program seumpama itu menjadi medan bagi mengeratkan hubungan di kalangan kakitangan bersama ahli keluarga. Jelasnya, hubungan baik seumpama itu wajar diteruskan setiap kali berurusan dengan masyarakat luar dan memberi perkhidmatan terbaik supaya imej sektor awam sentiasa baik dan dihormati semua pihak. | |||||
Keputusan tanding kerusi Parlimen di tangan Nik Aziz Posted: 20 Jan 2013 12:23 AM PST KOTA BHARU - Pas Kelantan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memutuskan sama ada beliau mahu bertanding kerusi Parlimen atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti yang dihasratkan oleh kelab penyokongnya di Bachok. Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, bertanding di mana-mana kerusi itu adalah pilihan diri beliau sendiri untuk membuat ketetapan walaupun ia menjadi hasrat rakyat bagi melihat Nik Aziz bertanding kerusi Parlimen nanti. "Itu kita kena serahkan kepada Tok Guru (Nik Aziz) sendiri untuk putuskannya. Apa-apa beliau yang lebih tahu. Kita menerima keputusan tersebut," katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau berkata demikian mengulas hasrat Kelab Penyokong Setia Tok Guru Malaysia yang mahukan Nik Aziz bertanding di kerusi Parlimen untuk membolehkan beliau diangkat sebagai perdana menteri dalam kerajaan nanti jika Barisan Nasional tumpas pada PRU13. Kenyataan Mohd Amar yang juga Adun Panchor itu, bukannya tidak menyokong hasrat kelab tersebut supaya Nik Aziz menjadi perdana menteri seterusnya tetapi katanya, ia adalah sebagai penghormatan kepada Mursyidul Am Pas itu untuk bersuara dalam perkara itu. Tanpa menafikan pengalaman Nik Aziz sejak 22 tahun memerintah Kelantan, Mohd Amar juga berkata, bagaimanapun perkara itu juga akan diputuskan di peringkat kepimpinan teratas parti di samping kesediaan Nik Aziz sendiri. Kelmarin, kira-kira 200 penduduk berhimpun di Bachok, bagi menyatakan hasrat agar Nik Aziz bertanding di kerusi Parlimen. | |||||
PBNJ: Kafa gagal tepati janji jamin keselamatan penyokong Johor Posted: 20 Jan 2013 12:19 AM PST PENGURUSAN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) membuat akuan bersumpah berhubung insiden perlawanan Kelantan menentang Johor Darul Takzim, minggu lalu. Akuan tersebut dibuat Setiausaha Kehormat, Suhairi Hashim dan Bendahari Kehormat, Datuk Abd Latiff Bandi. Antara isi kandungan akuan mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 menyatakan kegagalan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menepati janji bagi menjamin keselamatan penyokong Johor Darul Takzim diserang dengan objek sehingga mengakibatkan kecederaan. "Dalam perbincangan kira-kira jam 2 petang hari perlawanan, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ismail Mohd Nor berbincang berkaitan perlawanan malam itu, di mana Kafa menyatakan tidak maklum kehadiran 200 penyokong Johor Darul Takzim tetapi bersedia untuk kehadiran VVIP, biarpun surat telah dihantar pada 14 Januari. "Perbincangan turut mengutarakan tentang suasana penyokong Kelantan yang masih tidak berpuas hati dengan isu Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan persediaan berhadapan provokasi penyokong," katanya, semalam. Satu mesyuarat diadakan jam 4 petang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dipengerusikan Ismail dan antara perkara dibangkitkan, memaklumkan kehadiran VVIP dan 200 penyokong Johor Darul Takzim yang beli tiket secara tempahan daripada Kafa. Perkara lain yang dibincangkan adalah meminta kawalan keselamatan penyokong Johor Darul Takzim ditingkatkan dan pengerusi menjamin tiada masalah berlaku kerana penyokong Johor Darul Takzim diletakkan bersama Ultras Kelantan, polis serta Rela yang akan mengawal sebagai tembok pemisah. "Saya minta kawalan FRU dibuat tetapi dimaklumkan FRU tidak boleh ada dalam stadium kerana penyokong Kelantan merasakan ia satu provokasi dan akan menyebabkan mereka bertindak liar. "Pengerusi juga memberitahu jika terjadi kejadian merusuh, penyokong Johor Darul Takzim diminta jangan bergerak sehingga lampu dimatikan dan penyokong Kelantan dibawa keluar, barulah penyokong Johor Darul Takzim dibenarkan keluar ikut laluan belakang diiringi polis," katanya. Menurutnya, ancaman menjadi kasar selepas gol Kelantan pada minit ke-38, dengan membaling objek bukan sahaja ke padang tetapi penyokong Johor Darul Takzim dan berterusan hingga tamat wisel. Jelasnya, lampu dipadamkan 11.35 malam, penyokong Johor Darul Takzim mula diiring masuk ke padang dengan iringan polis menggunakan jalan belakang ke IPK. Beliau berkata, Kafa gagal tepati janji untuk jamin keselamatan atas kekasaran itu, satu laporan polis dibuat di Johor Bahru sebaik tiba di negeri ini. | |||||
PRU: 'Ambo nak umum dah', kata Najib Posted: 20 Jan 2013 12:17 AM PST SINAR HARIAN KOTA BHARU - Teka-teki Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) terus mendapat perhatian di mana hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat. Berucap pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, Presiden Umno menegaskan, pihaknya sudah bersedia, sambil mahu rakyat memberi undi kepada Barisan Nasional (BN). "Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN sambil menerima sorokan lebih 30,000 penyokong. Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri. Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan. | |||||
IPT diminta pastikan tiada edaran Bible BM Posted: 20 Jan 2013 12:16 AM PST SINAR HARIAN PASIR GUDANG - Pihak pengurusan universiti diminta memantau aktiviti di kampus masing-masing untuk memastikan tidak ada pengedaran Bible berbahasa Melayu dilakukan oleh pihak tertentu. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap universiti tertakluk dengan peraturan dan keputusan ditetapkan kerajaan termasuk mengenai penyebaran agama lain di kalangan umat Islam di negara ini. "Ini soal nasional, soal pengedaran Bible atau apa jua risalah kita tertakluk dengan keputusan yang dibuat...sehubungan itu pihak universiti kena menjaga universiti masing-masing supaya perkara ini tidak terjadi," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Taman Mawar, di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Adun Permas, Datuk M Munusamy, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang On Jabbar. Dalam perkembangan lain Mohamed Khaled mencadangkan Majlis Perbandaran Pasir Gudang mewujudkan satu yayasan yang boleh dijadikan medium untuk menyelaras aktiviti tanggungjawab korporat sosial (CSR) oleh industri kilang dan syarikat di kawasan itu. "Satu kelebihan di Pasir Gudang ialah banyak terdapat syarikat dan industri kilang yang sebenarnya bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan tetapi juga meningkatkan ekonomi setempat. "Hasil keuntungan yang mereka perolehi, syarikat-syarikat ini juga sudah tentu ingin melaksanakan CSR mereka terhadap penduduk setempat, namun kadangkala tidak mempunyai saluran yang sesuai," katanya - Bernama | |||||
Isu Kalimah ALLAH: Apa Pendirian Sebenar UMNO BN? Posted: 20 Jan 2013 12:07 AM PST KELAB GREENBOC Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan mengapa kerajaan Barisan Nasional sendiri tidak menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah. "Amat pelik apabila kerajaan, BN dan parti-parti komponennya terutama Umno hanya pandai mendesak pihak lain sahaja menyatakan sebarang pendirian rasmi berhubung isu kalimah Allah. "Sekarang, rakyat hendak tahu apa pendirian kerajaan, BN dan setiap satu komponennya mengenai isu itu," kata beliau. Mahfuz berkata, sudah sampai masanya kerajaan, BN dan setiap satu komponennya menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah. "Rakyat ternanti-nanti apakah pendirian kerajaan, BN, Umno, MCA, MIC, Gerakan, PBS dan setiap satu parti komponen BN berhubung isu itu. "Jangan hanya pandai desak orang lain sahaja menyatakan pendirian," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menekankan, kerajaanlah pihak yang sepatutnya menyatakan pendiriannya mengenai isu itu kerana permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditujukan kepada kerajaan. Isu kalimah Allah itu dibangkitkan Guan Eng dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas hujung bulan lalu apabila beliau menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan pengunaan kalimah berkenaan di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu. Majlis Syura Ulamak PAS baru-baru ini memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar maksud kalimah ini. | |||||
Anwar ‘mengeteh’ bersama rakyat sebelum berpidato di Shah Alam Posted: 20 Jan 2013 12:05 AM PST Sidiqin Omar SHAH ALAM : Lebih 5,000 rakyat hadir ke program Jelajah Merdeka Rakyat di tapak pasar malam Seksyen 17 Shah Alam malam tadi, sekaligus membuktikan Selangor kekal kubu kuat Pakatan Rakyat. Meskipun program bertembung dengan perlawanan bola sepak Liga Super antara Selangor dengan Pahang, namun, kehadiran ramai itu menunjukkan rakyat dahagakan maklumat sebenar dari pemimpin Pakatan. Meskipun hanya duduk di tepi jalan, tanpa khemah berbumbung yang selesa, kehadiran rakyat berbilang kaum, pelbagai lapisan usia dan latar belakang melambangkan semangat untuk melakukan perubahan politik yang tinggi. Puluhan warung niaga 'pasang siap' juga didirikan manakala meja makan di Medan Selera Seksyen Seksyen 17 penuh 'ditempah' hadirin, yang 'sambil-sambil' makan, turut mendengar ceramah. Antara pimpinan Pakatan yang berucap ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim, Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu Tiga Shah Alam dilihat sibuk mengedar kalendar, risalah, pemegang kunci dan Selangor Kini. Suasana menjadi gamat sebaik ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun Ketua Umum KEADILAN itu tidak terus ke pentas ceramah sebaliknya meluangkan masa 'mengeteh' bersama petugas dan aktivis KEADILAN serta penduduk setempat di warung berdekatan. Kehadirannya menjadi tumpuan, malah orang ramai mengambil peluang bersalaman dan merakam gambar sekali gus membuktikan pimpinan Pakatan, mudah didekati. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan