DIALOG RAKYAT |
- Dr M syor s'jaya siasat pemberian kerakyataan sebelum merdeka
- Mahathir terpaksa mengaku salah
- Sungguh benar kata Najib, Rakyat Selangor jangan kena Tipu!
- Panas Berapi!!! Ady Putra Mengaku Cium Dan Peluk Rita Rudaini... Jom Terjah!!
- Diancam hakisan sungai
- 'PERINTAH BERKURUNG' BUAT TENTERA DI PD PADA 20 HB JANUARI (AHAD) INI?
- Azrul pertahankan analisisnya
- PR Akan Membawa Pulang Pakar Malaysia
- [ANGKARA SYAITAN DIKENALI] Papan Iklan PAS Dibakar
- Terlibat Beri IC Kepada Warga Asing, AMK Mahu Timbalan Pengerusi SPR Digantung Tugas
- SPR Muat Naik Borang Mohon Undi Pos Bulan Ini
- Polis Diminta Siasat Penyebaran Bible Di Sekolah
- PKR, DAP bebas tolak keputusan Majlis Syura
- PRU13: SPR Kerah 240,000 Petugas
- http://www.kl-today.com/2013/01/najib-defensif-cemar-negara-dan-rakyat/
- Ambiga: #KL112 aman kerana polis, bukannya APA
- Pas: PM tetap Melayu, DAP pun faham
- HKR 112: Mat Sabu disoal siasat polis
- Turun ke jalan raya lagi jika SPR terus tipu – Hishamuddin Rais
- Desak Najib jelaskan senarai hitam peguam Scorpene – Tian Chua
- Bolasepak, Annuar, Komando & Anak Raja Johor
- Kebangkitan Polis Dan Tentera Petunjuk Umno-BN Dipenghujung Kuasa
- Demonstrasi DAP palsu, Utusan pun siar berita palsu
- ‘Saya Bukan Hero, Saya Cuma Mahu Rakyat Dapat Pendidikan Percuma’
- MB : Kerajaan Pusat Memihak Kepada SYABAS Bukan Rakyat
Dr M syor s'jaya siasat pemberian kerakyataan sebelum merdeka Posted: 19 Jan 2013 03:39 PM PST Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. "Saya hanya mencadangkan sahaja, dan tidak serius tentang itu (melaksanakannya)...tetapi jika mahu menjalankan siasatan mestilah secara menyeluruh, ia tidak adil sekiranya hanya fokus kepada satu perkara sahaja dan tidak perkara lain. "Terdapat perkara yang sama, saya hanya mahu menunjukkan perbandingan, saya bukan serius mengenainya tetapi saya memang menekankan apabila melakukan sesuatu perkara ia mesti adil," katanya. Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada konvensyen 'Transformasi Ekonomi dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang 2013' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang di Dewan Utama, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan terhadap tindakannya memberikan taraf kerakyatan kepada 200,000 pendatang asing di Sabah ketika beliau menjadi perdana menteri. Katanya 200,000 pendatang asing itu telah berada di Sabah untuk satu tempoh yang lama iaitu lebih 20 tahun dan menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi serta mengamalkan budaya setempat. "Dari segi perundangan mereka memang layak untuk mendapat taraf kerakyatan," katanya. Selain itu, katanya, pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka dilakukan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj walaupun ia tidak termaktub dalam undang-undang ketika itu. "Hal ini berlaku disebabkan orang Melayu pemurah dan bersedia untuk mengurangkan kuasa mereka, ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah kerana mereka memang berhak untuk mendapat taraf kerakyatan," katanya. Konvensyen sehari anjuran PERKASA Pulau Pinang itu bertujuan membangkitkan motivasi dan kesedaran di kalangan orang Melayu Pulau Pinang, khusus mengenai ekonomi dan pendidikan. Antara objektif utama konvensyen sehari ini ialah menjadi salah satu platform utama percambahan minda membincangkan isu serta peluang ekonomi dan pelajaran orang Melayu Pulau Pinang dan menghasilkan resolusi dan pelan tindakan strategik hala tuju transformasi ekonomi dan pelajaran secara dinamik dan holistik yang sentiasa relevan dan kemaskini ke arah pembangunan dan kemajuan ekonomi serta pelajaran orang Melayu. Tiga kertas kerja dibentangkan pada konvensyen itu. Yang turut hadir ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Yang Dipertua Perkasa Negeri Pulau Pinang Yusof Suhaimi Mohd Yatim.- Bernama | ||||
Mahathir terpaksa mengaku salah Posted: 19 Jan 2013 03:32 PM PST
Semakin hari semakin panas suhu politik di negara yang dikatakan pimpinan utama kita akan menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi. Entah apa kemajuan yang kita akan capai tidak pula kita ketahui. Tetapi apa yang kita lihat, kita semakin hari semakin ke belakang dan tidak maju ke hadapan. Isu bertambah rumit dan besar, dan semua isu ini berkait dengan tingkah laku dan salah gunakuasa oleh pucuk pimpinan negara dan UMNO. Deepak pula memberikan reaksi marah-marah apabila Najib memperlekehkan tuduhannya (Deepak) terhadap terhadap Perdana Menteri yang 'controversial' itu. Deepak berjanji akan mengeluarkan lagi banyak isu yang belum diketahui umum yang berkaitan dengan Najib suami isteri itu. Walau sebesar mana pun pawang dan dukun digunakan oleh Rosmah, isu terhadap mereka yang tinggal di Sri Perdana itu tetap datang bertalu-talu. Nampaknya satu demi satu perkara yang disorokkan oleh pucuk pimpinan sejak tiga puluh tahun dahulu mula keluar dan ia memeranjatkan kepada setengah pihak. Tetapi tidak pula memeranjatkan kepada setengah pihak yang telah melihat dengan dekat perubahan nilai dalam UMNO dan kepimpinannya sejak dari masa itu. Isu yang terakhir ialah berhubung dengan Suruhanjaya Pendatang Asing (RCI) Sabah yang telah di tubuhkan oleh kerajaan. Akhirnya Dr Mahathir mengakui yang beliau lah yang terlibat dan membenarkan pemberian kad pengenalan dan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah dahulu. Dalam pada beliau mengakui kerja yang tidak baik itu, Mahathir cuba mencari tempat sandaran untuk meringankan perasaan bersalah beliau dengan membabitkan Tunku Abdul Rahman Putra yang pada kononnya telah memberikan sejuta orang Cina taraf kerakyatan semasa sebelum kita mencapai kemerdekaan dahulu. Ternyata Mahathir ini semakin hari semakin kusut pemikirannya kerana tidak lagi dapat melihat isu ini dari perspektif yang betul. Sekarang baru kita sedar kenapa beliau (Mahathir) tidak menyokong penubuhan RCI ini kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap isu pendatang asing di Sabah dahulu. Membabitkan nama Bapa Kemerdekaan negara oleh Dr Mahathir ini amat memalukan bagi kita yang mendengarnya. Jawapan beliau tidak melambangkan yang beliau seorang yang jujur. Memang benar lah pandangan setengah pihak, Mahathir ini tidak boleh berjalan dengan betul diatas jalan yang lurus. Tunku Abdul Rahman telah memberikan kerakyatan kepada orang Cina dahulu kerana ia merupakan pra-syarat bagi negara mencari jalan untuk pencapaian kemerdekaan. Pemberian kerakyatan itu juga di berikan kepada kaum India yang datang dari India yang bekerja di ladang-ladang getah semasa kita dalam tadbiran penjajahan dahulu. Bagaimana Dr Mahathir boleh tergamak membabitkan Tunku dalam hal ini dan menyamakan keadaan semasa itu dengan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Menyamakan beliau dengan Tunku Abdul Rahman serupa lah menyamakan buah epal dengan buah sukun atau buah bacang. Pemberian kerakyatan kepada pendatang semasa itu adalah syarat yang telah di tetapkan oleh British bagi mencapai kemerdekaan untuk negara semasa itu. Setelah semua kaum bersatu maka Tunku dan rombongan untuk mencapai kemerdekaan itu terdiri dari rakyat Malaya yang berbilang kaum itu.. Pemberian kerakyatan itu adalah untuk membina sebuah negara baru yang merdeka. Di sebaliknya Dr Mahathir memberikan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah itu adalah untuk meruntuhkan negara. Kad pengenalan yang di berikan kepada pendatang asing di Sabah itu ialah untuk memenangkan parti kerajaan yang sudah lemah dan ia meruntuhkan sistem demokrasi negara ini. Dr Mahathir tidak dapat membezakan diantara belacan dengan cencaluk. Apa pun, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan tuduhan banyak pihak yang Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Ada di antara mereka yang berpengaruh dalam negara ini memberikan pendapat apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ini merupakan satu tindakan 'treason' yang amat serius. Mereka berpendapat Mahathir perlu di siasat tentang kesetiaannya terhadap negara ini. Jelas sekarang Mahathir tidak boleh lari dari segala kesalahan beliau terhadap orang Sabah yang asal. Dengan pemberian kad-kad pengenalan kepada rakyat asing semata-mata kerana hendak menjaga kepentingan politik kepartian itu, sememangnya satu tindakan yang 'treason' yang sangat besar. Kita berharap RCI yang masih dalam peringkat penyiasatan itu, akan melaksanakan tugas dengan jujur dan baik untuk kepentingan Sabah khususnya dan negara amnya. Kita berharap Suruhanjaya itu akan membuat cadangan tindakan terhadap pelaku kesalahan ini tanpa memilih bulu. Bagi saya , apa yang saya idamkan bersama dengan ramai yang lain ialah, sebuah negara demokrasi yang benar-benar jujur dan tidak menyelewengkan asas demokrasi itu secara sengaja semata-mata kerana kuasa. Rakyat mengharapkan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dan cara untuk membina keyakinan rakyat kita. Saya berharap Pakatan Rakyat akan mampu melakukan perubahan itu. | ||||
Sungguh benar kata Najib, Rakyat Selangor jangan kena Tipu! Posted: 19 Jan 2013 03:29 PM PST
Beberapa hari yang lalu, Najib menyampaikan pesanan kepada pendengar radio Selangor FM ke apa? Ini steysen radio propaganda UMNO untuk melengkapkan lagi jentera dan agenda menabur fitnah, pembohongan dan penipuan UMNO, khusus untuk rakyat Selangor. Kerana sudah hilang negeri yang terkaya dalam Malaysia , Najib sekarang amat terdesak untuk merampas kembali Selangor. Rakyat Selangor tahu siapa yang menipu. Saya berceramah banyak kali di Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Sungai Besar dan Sekinchan, rakyat Selangor disana tahu siapa penipu dan pendusta sebenar nya. Tidak lain dan tidak bukan- UMNO. Khir Toyo tipu mereka. Ahli parlimen UMNO tipu mereka. Noh Omar tipu mereka. Zain Badak tipu mereka. Najib ni cakap dalam dunia khayalan atau apa? Dia baru telan pil kuda ke apa? PM Malaysia cakap macam seorang pengerusi JKKK yang dapat elaun RM400-800 sebulan tapi yang baru pekena daun ketom. Banding dengan Pakatan, kita BN tak tipu punya, teriak Najib. Saya tak suka ditipu. Tuan2 tak suka ditipu. Sambung Najib. Bila saya baca dalam akhbar Star, Najib cakap begitu, saya hampir jatuh dari kerusi. Sebelum 2008, Selangor sentiasa berada dibawah pemerintahan UMNO dan BN. Apa yang UMNO buat selama itu yang belum lagi dibuat? Beri satu undi kepada calun UMNO dan BN, bererti rakyat Selangor beri lesen merompak dan melanun kekayaan negeri ini kepada puak UMNO. Semasa zaman penjual tempe dan pencabut gigi nombor One memerintah Selangor, hasil dari perniagaan pasir sekitar RM8juta setahun. Dibawah MB yang gagap, hasil nya RM20 juta setahun. Mana yang bagus? Janji Najib atau perlaksanaan Khalid?kemana pergi nya perbezaan RM12 juta setahun? 10 tahun? RM120 juta hasil rakyat disonglap oleh pemimpin2 UMNO. One two three four. Lima, enam, tujuh, lapan. Najib razak cakap besor, nak tawan Selangor no harapan! Khir Toyo tinggalkan Selangor dengan rezeb tunai RM 300 juta. Sekarang dibawah Khalid Ibrahim, rezeb tunai 2500 juta. Mana yang bagus? UMNO parti perompak atau PR? Siapa yang menipu? Najib atau pemimpin PR? Najib tak beritau kita apa isiu Puspahanas- projek Bukit Raja dalam negeri Selangor. Projek nya tidak ada tapi duit dah kasi pemimpin UMNO belasah. Kerajaan dah bayar RM27 juta pendahuluan. Untuk apa? Mobilisasi? Mana dia bangunan puspahanas? Jawab yang ini dahulu, baru Najib ada asas moral untuk bercakap kepada kita soal kena tipu atau apa2. Terangkan kepada rakyat bagaimana hak milik keatas tanah itu diberikan kepada Raja Ropiah? Land bond RM 72.5 juta itu untuk apa? Jangan tipu, kasi beritahu kita. Bayaran premium? Jika bayaran premium pindah milik kepada siapa? Kepada Kementerian atau kepada Raja Ropiah? Apa title yang Raja Ropiah ada yang dia boleh jual kepada Deepak Jaikishan? Beritahu kita wahai Najib Razak- jika Deepak tidak boleh dipercayai, mengapa keluarga PM ada banyak urusan dengan Deepak? Orang yang tidak boleh dipercayai dianggap sebagi sangat baik ibarat adik kakak dengan Kak Ros. PM kita biarkan seorang yang tidak boleh dipercayai hampir dengan isteri yang tersayang? Lebih baik suruh Deepak jaga Kak Ros semasa PM tidak ada dirumah. Apa yang Raja Ropiah ada yang membenarkan dia menjual tanah 200 ekar kepada Deepak? Rakyat Selangor mendesak PM yang tidak tipu ini, menerangkan mengapa Deepak bayar RM13 juta tunai kepada Raja Ropiah, RM8juta tunai sumbangan politik melalui Raja Ropiah.? Mak ai, RM 21 juta tunai dari orang yang tidak boleh dipercayai tapi sahabat baik kepada Keluarga Najib. RM 27 juta dari kerajaan, RM48 juta semua nya! Dan Najib mesti terangkan mengapa Boustead Holdings buys out Deepak dari Astacanggih pada harga RM30juta? Apa penting nya Deepak orang yang tidak boleh dipercayai ini? Kan lebih baik dijelkan? Dan pada masa yang sama beli tanah 200 ekar itu dari Raja Ropiaah dengan harga RM 130 juta? Kenapa? Dan kita jangan lupa, mama-san Raja Ropiah sudah jual sebahagian kepentingan dalam tanah tersebut kepada syarikat pengilang berus gigi dengan harga RM2 juta tunai dan kemudahan OD RM16juta? Bak kata orang Negeri Sembilan- Rayo Koling ekau jang! Rakyat Selangor yang dengar Najib berkhutbah jangan ditipu dan BN boleh buat lagi baik dari Pakatan, berhak mendapat penjelasan dari Najib. Rakyat Selangor jangan kena tipu dengan PM yang mempunyai terbanyak bagasi dalam sejarah Malaysia. Rakyat mahu tahu kebenaran disebalik komisyen kapal selam, nak tahu mengenai PKFZ, nak tahu mengenai projek lembu, nak tahu pembelian patrol bot sejak zaman Amin Shah, nak tahu pembelian OPV jenerasi ke2 yang sudah sampai RM9billion. Boleh kah kita percaya kerajaan yang membeli rapid intervention vehicle yang berharga RM150,000 dalam pasaran pada harga RM650,000? Rakyat sudah tahu tiori XYZ dalam penghargaan projek kerajaan, RM untuk X( harga sebutan kepada pengguna), RM untuk Y(atas nama jawatan) dan RM untuk Z( atas nama persendirian). Kos XYZ untuk projek UMNO dan BN. Rakyat Selangor- waspada, jangan termakan kata2 UMNO yang penipu. | ||||
Panas Berapi!!! Ady Putra Mengaku Cium Dan Peluk Rita Rudaini... Jom Terjah!! Posted: 19 Jan 2013 03:21 PM PST Pelakon Adi Putra mengakui selesa dengan sikap Rita Rudaini kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama bagi menjayakan babak-babak romantis bagi menjayakan drama bersiri terbaru mereka, Sehangat Asmara. "Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya," Dalam pada itu Adi juga yakin drama yang diadaptasikan dari novel nukilan Aisha Sofea ini mampu memecahkan tembok fenomena naskhah Adam & Hawa lakonan aktor terkenal Aaron Aziz dan Nadiya Nisa. Ini kerana novel dengan judul yang sama itu sememangnya popular dan mempunyai pengikut tersendiri. "Saya yakin Sehangat Asmara akan menjadi fenomena kerana ia diadaptasi daripada novel terkenal," jelas Adi yang membawakan watak pelajar dan kemudiannya suami kepada Rita itu. Sehangat Asmara berkisar ranjau dalam hubungan dua darjat, Kamilia Najwa lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief (Adi Putra) yang berkahwin tanpa restu keluarga di Sydney, Australia. Kebahagiaan mereka berakhir apabila Zainal terpaksa pulang ke tanah air dan berjanji untuk kembali semula ke pangkuan isterinya. Sembilan tahun berlalu namun Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dalam sengsara. Diarahkan Mohd Feroz Kader, drama ini turut membariskan pelakon hebat seperti Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda, Hafizuddin Fadzil dan Dian P. Ramlee. Ia bakal ditayangkan bermula 21 Januari ini pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134). | ||||
Posted: 19 Jan 2013 03:10 PM PST REMBAU – Penduduk Kampung Bemban, bimbang memikirkan keselamatan diri dan keluarga ekoran rumah mereka diancam hakisan Sungai Bemban yang semakin serius. "Rumah saya hanya terletak kira-kira 20 meter dari tebing sungai berkenaan dan hakisan yang bermula sejak November tahun lalu itu menyebabkan tanaman pokok pisang dan limau musnah," demikian luah salah seorang penduduk, Wahab Rashid, 66. Menurutnya, selepas beberapa kali ia membuat aduan, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri akhirnya membina benteng menggunakan buluh baru-baru ini. "Bagaimanapun, masalah itu tidak selesai kerana benteng buluh itu tidak mampu menghalang aliran air sungai yang naik mendadak semasa musim hujan," katanya lagi. Ujarnya, pegawai JPS memintanya bersabar kerana pada masa ini tiada peruntukan untuk membina benteng daripada simen. "Berapa lama lagi saya mahu menunggu kerana hakisan itu semakin teruk. Saya bimbang ia akan menjejaskan rumah yang saya diami bersama tujuh ahli keluarga," jelasnya. | ||||
'PERINTAH BERKURUNG' BUAT TENTERA DI PD PADA 20 HB JANUARI (AHAD) INI? Posted: 19 Jan 2013 03:04 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS PADA 20 hb Januari ini (Ahad), sudah semestinya warga tentera khususnya dan bekas-bekas tentera mesti datang ke Program Ceramah Skandal Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang isunya semakin panas sekarang. Program tersebut akan diadakan di Kg SiRusa, Batu 4, Port Dickson (Rumah Pak Ngah, belakang Stesyen Petronas) mulai jam 09.00 malam. Terutamanya warga-warga tentera di sekitar Port Dickson, tidak kira pangkat apa sekalipun mereka harus turun untuk dapatkan maklumat yang mempunyai kaitan yang rapat dengan kebajikan dan kepentingan mereka. Penceramah yang akan hadir nanti adalah tokoh yang 'mengorek' isu ini iaitu Pengarah Strategi KEADILAN Pusat, Sdr Rafizi Ramli yang sebelum ini berjaya membongkar isu NFC (lembu kondo) melibatkan keluarga seorang Menteri. Turut berceramah adalah Brigedier Jeneral (B) Abd Hadi dan juga Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain (MP Teluk Kemang). Adakah akan ada 'perintah berkurung; buat warga tentera sekitar Port Dickson pada tarikh tersebut? Mudah-mudahan ianya tidak berlaku dan jika berlaku, sahih lah isu ini mahu disembunyikan dari pengetahuan warga tentera sendiri. Ayuh...hadir beramai-ramai. InsyaAllah, Radio KOBAT FM akan membawakan siaran secara langsung program tersebut bagi warga tentera seluruh Malaysia yang tidak dapat hadir ke program tersebut. Radio KOBAT FM boleh diikuti dengan hanya membuka blog ini atau blog http://kobatpkr.blogspot.com | ||||
Posted: 19 Jan 2013 04:42 AM PST
"Saya telah membuat tiga andaian, BN menang tipis, Pakatan menang tipis dan Pakatan menang besar. "Saya membuat analisis ini secara profesional, jujur dan tidak memihak berdasarkan amalan terbaik dalam industri selepas mengambil kira semua faktor yang perlu. "Saya mempertahankan analisis dan persembahan yang saya buat dalam forum itu," kata Arzul dalam satu kenyataan medianya hari ini. Beliau mengulas tekanan pelbagai pihak ke atas beliau ekoran analisis itu. Ia berlaku selepas media Singapura melaporkan beliau meramalkan Pakatan akan menang tipis dalam pilihan raya umum akan datang. Ekoran itu, pelbagai pihak menekan beliau khasnya blogger pro BN yang menuduh beliau sebagai ahli PKR. "Saya mempertahankan saya memberikan pandangan yang profesional dan jujur dalam forum itu. "Saya yakin, tidak ada kes disiplin yang wajar diambil ke atas saya," kata beliau yang kini digantung oleh Bank Islam. Azrul memberikan amaran kepada blogger dan ahli politik yang cuba memburukkan nama beliau bahawa beliau sedia mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan nama baiknya. Bagi beliau, adalah satu tragedi bagi politik Malaysia apabila memberikan pandangan yang berbeza dengan parti yang memerintah boleh menyebabkan tindakan disiplin dan serangan peribadi. "Saya yakin kebenaran akan terdedah akhirnya," tegas Azrul dalam kenyataannya itu. | ||||
PR Akan Membawa Pulang Pakar Malaysia Posted: 19 Jan 2013 03:32 AM PST KAJANG,: Pakatan Rakyat (PR) akan lebih berjaya dalam membawa pulang pakar Malaysia yang kini bertugas di luar negara untuk berbakti di Malaysia berbanding Umno-BN. Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PR akan lebih berjaya berbanding dengan usaha Umno-BN yang kurang mendapat sambutan, kerana ia memberikan peluang kepada orang yang berkelayakkan. Pendekatan ini berbeza dengan Umno-BN kata Anwar, yang mengamalkan sikap mengutamakan kroni dalam pemberian kontrak atau kerja dengan Kerajaan. Anwar menjelaskan di dalam program 'Dialog Bersama Anwar Ibrahim' di sini, bahawa anak Malaysia perlu diberikan peluang dengan tawaran yang setimpal bagi membuktikan kebolehan mereka memacu perkembangan negara agar lebih kompetitif. Tindakan ini juga sekaligus dapat meningkatkan pelbagai sektor teknologi tinggi yang kini berdepan persaingan hebat untuk mendapat tempat dalam pasaran. "Kita dahulunya (zaman Mahathir) terlalu taksub dengan pembangunan (fizikal) bukan dengan pembangunan perisian (software). "Kita sepatutnya memberikan latihan daripada pakar-pakar seperti di India. "Dengan keupayaan yang ada kita akan jemput balik rakyat yang berkhidmat di luar negara misalnya dua tiga individu (rakyat Malaysia) yang kita kenal dan berkhidmat di Carlifornia serta masih berhubung untuk latih rakyat Malaysia. "Berikan mereka tawaran yang setimpal kita boleh baiki sistem," katanya. Anwar menambah, institusi Badan Kehakiman Negara perlu diperbaiki dan dikukuhkan supaya pelabur yakin untuk meletakkan duit mereka di Malaysia. "Dasar persaingan pelaburan mesti kompetetif. Kerajaan perlu bersih. "Pemulihan badan kehakiman mempunyai keupayaan dalam membawa pertumbuhan ekonomi," ujar beliau lagi. Dialog anjuran Kelab Penyokong Anwar Ibrahim (AIC) dihadiri hampir 300 individu dan bertempat di Hotel Oriental Crystal. Hadirin diberikan ruang untuk bertanyakan soalan secara terus kepada Anwar mengenai dasar PR dan perkembangan semasa mengenai hala tuju negara. | ||||
[ANGKARA SYAITAN DIKENALI] Papan Iklan PAS Dibakar Posted: 19 Jan 2013 03:29 AM PST KELAB GREENBOC Seremban - Sebuah papan iklan Pas di Kampung Sungai Jai, Lenggeng, di sini dipercayai dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab. Penasihat Majlis Tindakan Dun Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar berkata, papan iklan 'Janji Pakatan Rakyat' tersebut dipercayai dibakar tiga hari lalu berdasarkan maklumat salah seorang saksi. "Tindakan ini jelas melihat betapa terdesak dan takutnya pihak tertentu terhadap janji Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). "Ini menunjukkan Pakatan Rakyat lebih awal kemukakan manifesto berbanding Barisan Nasional (BN). Ini terbukti kita telah bersedia untuk menunaikan janji negara berkebajikan kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Berikutan kejadian itu, Timbalan Ketua Cawangan Pas Kampung Sungai Jai, Ibrahim Jalil membuat satu laporan polis di Balai Polis Lenggeng, semalam. -SH | ||||
Terlibat Beri IC Kepada Warga Asing, AMK Mahu Timbalan Pengerusi SPR Digantung Tugas Posted: 19 Jan 2013 03:27 AM PST KELAB GREENBOC Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) memandang serius akan pendedahan dua orang saksi yang memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah. Kedua-dua saksi yang merupakan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah mendedahkan bagaimana wujud campur tangan langsung melibatkan tokoh-tokoh Umno termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad serta Tan Sri Abd Aziz Shamsuddin dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob. Modus operandi yang dilaksanakan ialah dengan memproses kad pengenalan biru kepada pendatang asing bagi membolehkan mereka mengundi selaku 'pengundi berdaftar'. Beban pembuktian paling besar kini berada di tangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Isu pengundi hantu merupakan isu yang secara konsisten diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat di dalam kempen saban waktu. Dan dalam setiap keadaan juga, SPR konsisten mempertahankan bahawa tidak ada pengundi hantu di dalam sistem pilihanraya Malaysia usai 55 tahun kemerdekaan. Pendedahan di dalam Suruhanjaya Di Raja ini membuktikan secara jelas bahawa Projek IC yang didakwa sebelum ini ternyata wujud.Terdahulu pada tahun lepas tersebar luas pendedahan oleh seorang bekas staf Jabatan Pendaftaran Negara yang juga merupakan tahanan ISA, Yakub Damsah mengenai Ops Gembleng yang dilaksanakan untuk memastikan pertambahan pengundi melalui pemberian Kad Pengenalan Biru kepada warga asing untuk memastikan Barisan Nasional menang dalam PRU 1995. AMK mencabar SPR untuk menyatakan pendirian mengenai pendedahan ini. Apakah selama ini SPR benar-benar melaksanakan tugas dengan amanah dan integriti yang tinggi ataupun sebenarnya menjadi pencacai Umno-BN selaku 'jentera kemenangan pilihanraya' Umno-BN? Pendedahan ini tentunya menimbulkan keraguan mengenai tahap sebenar ketelusan sistem pilihanraya negara ini, kerana berdasarkan pendedahan ini, wujud kebarangkalian bahawa tindakan serupa juga akan terus dilakukan oleh Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, yang dibabitkan secara langsung di dalam projek IC ini apatah lagi kini beliau menjawat jawatan Timbalan Pengerusi SPR. Maka AMK mendesak Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar digantung tugasnya serta merta demi menjaga nama baik SPR dan menghalang krisis kepercayaan terhadap badan itu, sehingga siasatan selesai dijalankan oleh Suruhanjaya DiRaja. AMK Malaysia juga mendesak sekiranya tuduhan ini tidak benar, maka Datuk Wan Ahmad Wan Omar harus dengan segera menafikan dakwaan ini dan bertanggungjawab serta berani untuk berhadapan dengan rakyat yang inginkan penjelasan, bukannya mengelak dan berselindung di sebalik alasan prosiding Suruhanjaya DiRaja masih berjalan. Penelitian yang dibuat di laman sesawang www.spr.gov.my juga memaparkan bahawa antara jawatan yang pernah disandang oleh Datuk Wira Wan Ahmad ialah sebagai Penasihat Politik Kedutaan Malaysia di Filipina pada sekitar tahun 80an dan kemudiannya pada ketika Ops Durian Buruk dijalankan beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian (Keselamatan dan Politik) Jabatan Perdana Menteri. Tentunya jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh beliau memungkin secara kuat bahawa keterlibatan beliau tidak boleh disangkal lagi. Pendedahan ini, jelas terbukti masa depan Malaysia makin tergadai di tangan pendatang asing dek keserakahan nafsu dan tamak kuasa pimpinan Umno untuk terus membolot kekayaan negara, khususnya negeri Sabah. Rakyat Sabah khasnya dan rakyat Malaysia khususnya harus membuka mata dengan pendedahan ini, dan kembalikan kemerdekaan negara ke tangan rakyat. Masa untuk Umno 'menjajah' Malaysia perlu dihentikan segera. Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin | ||||
SPR Muat Naik Borang Mohon Undi Pos Bulan Ini Posted: 19 Jan 2013 03:12 AM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan memuat naik borang permohonan untuk mengundi secara pos di laman web badan itu pada bulan ini, kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Meskipun ada desakan daripada pihak tertentu supaya kaedah itu dimansuh serta diganti dengan pengundian awal, beliau berkata undi pos tetap relevan dan diperlukan. "Antaranya adalah untuk anggota polis dan tentera yang terpaksa bertugas di luar negara, di atas kapal atau menjaga sempadan serta tidak sempat untuk mengundi awal. Mereka ini layak memohon undi pos menggunakan borang 1A," katanya kepada Bernama. Beliau berkata pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, buat pertama kali, semua petugas media termasuk wartawan, jurugambar, jurukamera dan juruteknik yang bertugas di luar kawasan berdaftar mereka, layak memohon untuk mengundi pos. "Bagaimanapun, bilangan sebenar petugas media yang akan menggunakan kemudahan ini hanya akan diketahui selepas SPR menerima semula semua borang permohonan," katanya. Berdasarkan laporan Bernama sebelum ini, dijangka kurang daripada 10,000 petugas media bakal menggunakan kemudahan itu. Wan Ahmad berkata petugas media yang ingin mengundi secara pos perlu melengkapkan permohonan serta mendapat pengesahan majikan sebelum dihantar kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan menerusi faks, pos atau menyerahkannya sendiri. Beliau berkata tarikh akhir menghantar borang ialah pada hari ketiga selepas penamaan calon, petugas media yang layak (mengundi secara pos) akan menerima sampul keutamaan, antara lain mengandungi kertas undi untuk calon kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing. "Sampul-Sampul keutamaan itu akan dihantar kepada pengundi melalui surat berdaftar dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad, dan juga boleh dikembalikan melalui pos tanpa setem," katanya. Selain itu, Wan Ahmad berkata turut layak mengundi secara pos adalah pengundi tidak hadir (PTH) iaitu penjawat awam yang berkhidmat di perwakilan luar negara serta pelajar sepenuh masa di luar negara dan pasangan masing-masing, rakyat Malaysia yang berdaftar serta bermastautin di luar negara dan petugas SPR. | ||||
Polis Diminta Siasat Penyebaran Bible Di Sekolah Posted: 19 Jan 2013 03:10 AM PST MSTAR ONLINE TUMPAT: Kementerian Pelajaran pada Sabtu meminta polis menyiasat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan bible berbahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang negara dan membangkitkan kemarahan masyarakat. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Wang Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bunohan, di sini. Hadir sama, Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussin Awang dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Abdul Aziz Abdullah. Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik dakwaan Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail bahawa dua lelaki mengedar Bible kepada pelajar beragama Islam di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong dua hari lepas. Sementara itu, beliau meminta DAP menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi menyiasat ketelusan dalam pemilihan jawatankuasa pusat parti itu. -BERNAMA | ||||
PKR, DAP bebas tolak keputusan Majlis Syura Posted: 19 Jan 2013 03:09 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PKR atau DAP mempunyai hak untuk tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung larangan pengunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam dalam Bible versi Bahasa Melayu. Ketika dihubungi Antarapos, Tuan Ibrahim berkata keputusan yang dicapai melalui Majlis Syura Ulama PAS itu diterima oleh pemimpin dan ahli parti. "Dari sudut parti, Majlis Syura Ulama bukan untuk parti-parti lain...ia untuk PAS dan ahli PAS. Lagipun perkara yang kita tidak setuju adalah penterjemahan kalimah Allah ke bahasa lain. "Kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan dalam mana-mana bahasa lain. Kalau nama orang tidak mengapa, sebagai contoh Azmin...kalau diterjemahkan ke bahasa lain maksudnya tetap sama. "Dalam PAS kita menerima keputusan itu, mesti akur kepada Majlis Syura Ulama," katanya. Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas pendirian Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semalam yang menolak keputusan Majlis Syura Ulama PAS selain turut menegaskan parti itu berpegang pada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible. Azmin juga menegaskan, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebulat suara menerima pendirian Abdul Hadi yang membenarkan semua agama menggunakan kalimah itu tanpa menterjemahkannya ke bahasa lain dan tidak boleh disalahgunakan. Pada Ahad lalu, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan yang 'nyata'. Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata. Tambah Tuan Ibrahim, bagi PAS isu tersebut sudah selesai dan tidak perlu dipolemikkan lagi. "Mengenai Azmin, itu pandangan dia...hak parti, macam isu hukum hudud DAP tidak setuju tapi PAS dan PKR setuju. "Keputusan kita tak meliputi parti lain...soal PKR nak setuju terpulang, itu pendirian parti kita. Itu pendirian PAS," katanya. Kontroversi penggunaan kalimah Allah tercetus apabila Setiausana Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Hari Krismas tahun lepas menggesa kerajaan membenarkan penggunaan perkataan itu dalam kitab Bible seperti mana di Sabah dan Sarawak. Gesaan itu mengundang titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyatakan kekesalan baginda apabila masih terdapat beberapa pihak yang membangkitkan isu itu walhal ia telah difatwakan dan diwartakan oleh kerajaan negeri pada 18 Februari 2010. | ||||
PRU13: SPR Kerah 240,000 Petugas Posted: 19 Jan 2013 03:02 AM PST KL TODAY KUALA LUMPUR: Seramai 240,000 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terlibat dalam memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah itu meningkat daripada kira-kira 180,000 petugas SPR pada PRU-12 tahun 2008. Beliau menjelaskan pertambahan petugas itu disebabkan beberapa faktor seperti jumlah pengundi yang bertambah saban tahun. "Sehingga suku ketiga 2012, terdapat seramai 13.1 juta pengundi berdaftar dengan SPR. Sekiranya pilihan raya diadakan selepas bulan Mac, kita menjangkakan pertambahan seramai 164,000 pengundi lagi yang didaftarkan pada suku keempat tahun lepas," katanya. Beliau berkata demikian pada sesi taklimat PRU-13 dan isu-isu berkaitan proses pilihan raya kepada petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)di Wisma Bernama di sini, Khamis. Turut hadir ialah Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan pemangku Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong. Pada PRU-13 akan datang, sebanyak 8,139 pusat mengundi akan dibuka di seluruh negara melibatkan 24,522 saluran tempat mengundi. Wan Ahmad menjelaskan 80 peratus daripada pusat mengundi melibatkan bangunan sekolah, manakala selebihnya melibatkan dewan serbaguna dan balai raya. Selain itu, katanya lebih ramai petugas juga diperlukan bagi memastikan proses pengundian awal yang pertama kali diperkenalkan dapat dijalankan sebaik mungkin. "Kami benar-benar mahu memberikan yang terbaik. Petugas yang lebih ramai perlu untuk membantu pengundi dan pemerhati yang dilantik sepanjang proses pilihan raya berlangsung," katanya. Dalam pada itu, Wan Ahmad berkata SPR menjangkakan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri akan ditandingi, sekali gus pertambahan petugas diperlukan bagi menampung tanggungjawab yang bakal dipikul badan itu. "Berdasarkan senario politik sekarang, kita rasa tak mungkin ada lagi kerusi yang menang tanpa bertanding," katanya. Semasa sesi taklimat hari ini, petugas Bernama didedahkan dengan simulasi proses pengundian di mana dakwat kekal akan digunakan buat kali pertama. | ||||
http://www.kl-today.com/2013/01/najib-defensif-cemar-negara-dan-rakyat/ Posted: 19 Jan 2013 02:57 AM PST KL TODAY Sebagai seorang Perdana Menteri bagi sebuah negara berdaulat seperti negara kita ini, dia mesti menjaga kebersihan imej serta kredibiliti peribadi dengan setinggi dan sebaik mungkin. Jika imej dan kredibiliti seorang Perdana Menteri boleh dicemar oleh seorang penjual karpet atau penjual barangan rumah maka PM itu wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap yang membuat tuduhan secara terbuka itu. Deepak wajar diambil tindakan undang-undang oleh Najib kerana tuduhan itu amat kotor dan amat hina terhadap seorang Perdana Menteri negara kita ini. Satu-satunya jalan untuk Najib membersihkan nama beliau ialah dengan menyaman dan mengambil tindakan undang-undang dengan secepat mungkin. Jika Najib tidak mengambil tindakan itu maka ia sekali gus membenarkan isu yang dituduh terhadap beliau oleh penjual karpet itu. Kita perlu ingat tuduhan Deepak terhadap Najib itu melibatkan isu kehilangan nyawa seorang wanita dan juga isu mengubah akuan bersumpah yang dilakukan oleh Balasubramaniam seperti yang dibocorkan oleh Deepak yang suatu ketika dahulu mempunyai hubungan abang-adik dengan isteri Perdana Menteri yang tersohor di dunia itu. Kematian seorang wanita Mongolia yang begitu trajik telah dilakukan oleh dua orang pegawai keselamatan Najib dan telah pun dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi negara kita. Kita perlu ingat penglibatan dua pegawai keselamatan negara yang hampir dengan Najib dan keluarga ini amat mudah dikaitkan oleh sesiapa dengan Najib dan isteri beliau dan tidak siapa tahu secara undang-undangnya tentang motif pembunuhan itu kerana isu itu tidak di sebut dalam perbicaraan kes ini. Jika tuduhan itu tidak dinafikan dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak maka ia menghampirkan Najib kepada kebenaran tuduhan Deepak terhadap Perdana Menteri itu. Penafian Najib semalam tidak mempunyai kredibiliti. Jika Najib menganggap tuduhan Deepak itu tidak mempunyai kredibiliti tindakan Najib untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak itu adalah lebih tidak berkredibiliti lagi. Najib mesti bertanya kepada diri beliau sendiri, apakah isu akuan bersumpah Balasubramaniuam ini merupakan isu yang kecil dan tidak payah diambil tindakan terhadap penjual karpet ini? Kalaulah Najib ini seorang penjual kobis dan bayam di pasar tani, mungkinlah beliau tidak perlu mengambil berat terhadap isu peribadi yang sangat buruk dan hina ini, tetapi beliau adalah seorang Perdana Menteri negara merdeka. Persepsi buruk terhadap Najib itu adalah persepsi buruk terhadap negara dan memalukan rakyat. Ahli-ahli parti UMNO pimpinan Najib tidak boleh melarikan isu ini dengan membuat tuduhan yang isu ini adalah permainan politik kotor dalaman parti itu kerana ada pihak yang hendak menjatuhkan beliau dari pimpinan negara. Jika benar pun isu ini diperbesarkan oleh Deepak kerana permainan politik cah keting dalam UMNO itu, Najib jugalah yang salah kerana memberikan sebab untuk beberapa pihak dalam UMNO itu untuk melakukannya. Isu permainan kumpulan Timbalan Perdana Menteri hendak mengambilalih kepimpinan itu merupakan isu yang biasa dalam UMNO. Hussein Onn dahulu bertindak mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri dahulu pun adalah kerana permainan Timbalan beliau semasa itu. Kepada orang-orang lama ini adalah isu yang diketahui umum. Apabila Hussein Onn mengambil tindakan untuk bersara maka pengganti beliau itu juga sudah merasakan yang beliau akan menghadapi masalah dengan Timbalan beliau. Justeru sebelum Timbalan beliau itu memberikan masalah, beliau telah dengan bijak membuatkan Timbalannya Musa Hitam merajuk dan meletakkan jawatan. Selepas itu Dr Mahathir ini telah mengganti Timbalan beliau dari seorang dengan seorang yang lain. Selepas Musa digantikan dengan Ghaffar Baba. Selepas Ghaffar Baba Timbalan beliau ialah Anwar Ibrahim yang digalakkan untuk mencabar Ghaffar, juga kerana kemahuan Dr Mahathir. Selepas itu Anwar sendiri telah bercanggah dengan Dr Mahathir yang menyebabkan Anwar disingkirkan dengan menggunakan isu-isu skandal seks luar tabii dan banyak lagi yang di mainkan oleh Dr Mahathir. Hasilnya Abdullah Badawi menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam pada beliau (Mahathir) sibuk mengganti ramai Timbalannya beliau (Mahathir) telah berjaya menjadi Perdana Menteri lebih dari dua puluh tahun. Rakyat mula ada kecenderungan untuk menolak Dr Mahathir maka Mahathir memberikan jawatan itu kepada Abdullah Badawi yang beliau sangkakan akan tunduk dan berterima kasih kepada beliau dengan memenuhi segala kehendak beliau. Beliau kemudiannya sedar yang Abdullah yang beliau anggap sebagai seorang yang lemah dan lembut itu adalah seorang yang sangat degil dan keras kepala. Maka Mahathir mengambil tindakan untuk menaikkan Timbalan kepada Abdullah pula dengan menggunakan Muhyiddin untuk menolak Abdullah dan memberikan Timbalan Abdullah menjadi Perdana Menteri. Muhyiddin mendapat upah dengan menjawat jawatan Timbalan kepada Najib yang bakal memberikan masalah kepada beliau (Najib). Isu yang melibatkan masalah yang dilakukan oleh Timbalan ini memang perkara biasa dan Najib wajar menerimanya sebagai satu hakikat yang tidak boleh di nafikan oleh sesiapa pun. Oleh itu Najib tidak boleh menyalahkan Muhyiddin atau Dr Mahathir melakukan cah keting ini kerana bagi Dr Mahathir beliau memang berpengalaman melakukan cah keting sesama sendiri ini sejak dahulu lagi. Najib patut fokus untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak untuk membersihkan nama beliau. Jika tidak diambil tindakan sebegitu maka akan berjayalah Mahathir untuk mempraktikkan kemahiran beliau dalam menaik dan menjatuhkan kepimpinan UMNO dan negara itu. Najib menggantikan Abdullah dahulu pun dengan cara yang sama seperti yang akan dilakukan ke atas beliau selepas pilihanraya nanti. Hanya kali ini Dr Mahathir akan gagal untuk melakukannya kerana jika UMNO itu kalah dalam pilihanraya kali ini, beliau yang ingin menggunakan Muhyiddin untuk menyungkurkan Najib itu akan tidak berjaya. Sebab apa?…kerana UMNO akan kalah dan tidak menjadi parti yang berkuasa lagi. Apabila sampai ke episod ini maka akan tamatlah drama kotor bersiri UMNO yang telah bermula sejak tiga dekad yang lalu. Selepas itu akan bermula drama bersiri yang akan dilakonkan oleh pelakon-pelakon baru dari Pakatan Rakyat dan diharap drama bersiri selepas ini merupakan drama yang lebih baik dan sedap ditonton oleh hampir 30 juta rakyat negara ini. | ||||
Ambiga: #KL112 aman kerana polis, bukannya APA Posted: 18 Jan 2013 11:25 PM PST SHAH ALAM – Kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu lalu antara lain kerana sikap polis yang jauh lebih baik berbanding masa-masa lalu, dan bukannya keberkesanan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 seperti didakwa beberapa pihak. Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga berkata, akta itu telah pun berkuat kuasa semasa Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan April lalu, namun masih terdapat masalah. "Perbezaan utama kali ini memang disebabkan oleh sikap polis itu sendiri dan saya mengucapkan tahniah kepada mereka. "Tidak syak lagi, akta ini turut membantu untuk mengubah minda polis dan menjadi yang baik. Malah, tanpa kehadiran Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), tiada meriam air dalam Himpunan #KL112 turut membantu kelancaran himpunan itu," katanya kepada Sinar Harian Online. Ambiga mengetuai Himpunan Bersih 2.0 pada Julai 2011 dan Himpunan Bersih 3.0 April 2012. Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Himpunan #KL112 menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan APA 2012 dan beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang bahawa ia merupakan satu bukti semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan serta semangat akta itu. "Pendek kata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa islah dan pembaharuan kepada apa yang kita lakukan adalah tepat sekali. "Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana telah menghormati semangat akta itu," kata Najib dalam komen pertamanya selepas #KL112. Mengulas perkara sama, Ambiga menambah, walaupun negara mempunyai undang-undang, namun bagaimana cara pelaksanaan undang-undang itu yang akan menunjukkan perbezaannya. Peguam itu menambah, rakyat yang merupakan peserta himpunan tersebut selayaknya menerima kredit atas kejayaan tanpa sebarang kejadian tidak diingini. "Perkara inilah yang sering kita katakan sebelum ini. Tetapi kita jangan sesekali lupa, lebih 900 kanister gas pemedih mata telah ditembak pada rakyat dan meriam air dalam Bersih 3.0. "Perbezaannya di antara Bersih adalah FRU tidak dibawa ke dalam Himpunan #KL112," katanya lagi. Malah tambah Ambiga, beliau turut tidak bersetuju dengan akta itu kerana ia melarang protes jalanan. "Jangan lupa terdapat lain-lain perhimpunan aman oleh Himpunan Hijau dan Pemuda Umno. Kesemua himpunan itu bermula aman sebelum pihak polis datang menghalang," katanya. Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan yang mengatakan kejayaan Himpunan #KL112 disebabkan namanya 'Himpunan Aman' dan bukannya Bersih, Ambiga tidak bersetuju dengan tanggapan sedemikian. Tegas beliau, "perhimpunan Bersih sentiasa satu perhimpunan yang aman sehingga pihak polis yang memulakan tindakan ganas." | ||||
Pas: PM tetap Melayu, DAP pun faham Posted: 18 Jan 2013 11:19 PM PST KOTA BHARU- Sama ada Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara nanti, mahupun kepimpinan sedia masih kekal, Pas Kelantan membayangkan dalam jangka 10 tahun ini perdana menteri masih kekal dalam kalangan orang Melayu. Bagi Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun tersebut orang Melayu tidak akan menerima orang bukan Melayu untuk memegang jawatan utama itu. Mohd Amar berkata, hal ini kerana sensitiviti orang Melayu yang sekian lama dibina dengan semangat agama dan semangat bangsa sejak azalinya lagi. "Sebab itu tidak akan diterima, sebab itu juga DAP tidak mahu menjadi perdana menteri. Ini kerana mereka memahami psikologi politik orang Melayu," katanya kepada media semalam selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini. Katanya, mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri di negara ini kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menyekat perkara itu daripada menjadi kenyataan. Dalam isu sama, Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah menegaskan, pihaknya tidak mempertikaikan peruntukkan perlembagaan yang sedia ada dalam soal tersebut. "Ini memang termaktub dalam perlembagaan, tidak sebut syarat siapa yang boleh menjadi perdana menteri. Cuma terkandung sesiapa ahli dewan yang mendapat kepercayaan majoriti daripada orang lain boleh dilantik untuk jawatan itu. "Perlembagaan jelas tidak halang Cina, India mahupun Kadazan menjadi perdana menteri," katanya. Ditanya sama ada perlembagaan itu akan dikekalkan sekiranya PR menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohd Amar menjelaskan, perkara itu masih belum dibincangkan dan soal itu tidak berbangkit. Semalam, beliau turut menyempurnakan pelepasan Konvoi R peringkat Kota Bharu bermula dari Dataran Ilmu dan berakhir di Medan Ikan Bakar, Kedai Buloh. | ||||
HKR 112: Mat Sabu disoal siasat polis Posted: 18 Jan 2013 11:16 PM PST Beliau diminta memberi keterangan mengenai percakapannya ketika himpunan berlangsung di Stadium Merdeka PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disoal siasat pihak polis hari ini berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu lalu. Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam khidmat pesanan ingkas (SMS) kepada FMT berkata beliau diminta memberi keterangan mengenai percakapannya ketika himpunan berlangsung di Stadium Merdeka. Ujarnya ia hanya melibatkan prosedur biasa dan memakan masa kira-kira 15 minit. Bagaimanapun Mat Sabu enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai soal siasat tersebut. Difahamkan beliau yang sepatutnya di panggil hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi tidak berbuat demikian, sebaliknya beberapa anggota polis menjalankan prosedur berkenaan di Shah Alam. "Ia hanya melibatkan prosedur biasa. Hanya rakaman percakapan mengenai HKR 112 sahaja. 15 minit saya disoal dan memberi keterangan," katanya yang juga pengerusi penganjur himpunan tersebut. Himpunan itu menyaksikan kira-kira 100,000 rakyat turun ke stadium bersejarah itu yang turut dihadiri pelbagai pimpinan Pakatan Rakyat. Antara pemimpin tertinggi Pakatan yang turut memyampaikan ucapan termasuklah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dalam satu sidang medianya baru-baru ini Mat Sabu turut mengumumkan baki daripada derma sebanyak RM268,802.10 yang dikutip sewaktu himpunan itu disalurkan kepada Tabung Impian Rakyat Malaysia. Malah beliau turut menyindir bahawa himpunan yang berlangsung pada 12 Januari lalu sememangnya bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. | ||||
Turun ke jalan raya lagi jika SPR terus tipu – Hishamuddin Rais Posted: 18 Jan 2013 11:09 PM PST Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Rakyat akan sekali lagi turun ke jalan raya jika penipuan yang didalangi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berterusan, kata Hishamuddin Rais. Aktivis sosial itu menyifatkan kehadiran 500,000 rakyat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu hanya amaran kepada SPR dan Umno. "Kali ini bukan hanya sejuta, janji kita akan turun kembali ke jalan raya. Ini janji, kita akan keluar ke jalan raya!" katanya pada forum Pasca HKR, malam tadi. Hishamuddin berkata, berita tentang pemberian kad pengenalan di Sabah yang kini menjadi topik hangat menunjukkan wujud petanda penipuan oleh SPR bakal berulang. "Sekarang dah boleh nampak penipuan itu. Dengan berita yang kita dengar dari Sabah mengatakan bagaimana pengundi disusun untuk mengundi Umno BN," katanya. Beliau berkata, sokongan rakyat melangkaui agama dan kaum terhadap HKR tempoh hari melambangkan keberanian rakyat melawan penindasan sejak 55 tahun. "Kalau zaman reformasi, kita lihat hanya satu bangsa saja yang turun ke jalan raya tetapi melalui Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, semua rakyat sudah berani keluar melawan," katanya. "Dan, tamparan paling hebat kepada Umno ialah laungan kemerdekaan 7 kali yang diketuai (Datuk Seri) Anwar Ibrahim disambut dengan penuh semangat," katanya. "Saya begitu yakin akan berlaku perubahan, ombak untuk berubah telah sampai!" katanya disambut tepukan hadirin. | ||||
Desak Najib jelaskan senarai hitam peguam Scorpene – Tian Chua Posted: 18 Jan 2013 11:07 PM PST Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan tindakan kerajaan menyenarai hitam nama tiga peguam Scorpene daripada memasuki negara ini, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Tegasnya, arahan kerajaan supaya penyelia Imigresen menahan tiga peguam terbabit di pintu masuk lapangan terbang membuktikan ada perkara yang mahu disembunyikan. "Memang terbukti apa yang kita (Pakatan Rakyat) persoalkan, ada rahsia tersembunyi di sebalik pembelian kapal selam Scorpene. Kalau tidak, kenapa kerajaan sanggup senarai hitamkan peguam Perancis. "Walaupun mereka (kerajaan) nafikan dengan pelbagai alasan, tapi sebenarnya rakyat tahu apa yang mereka sembunyikan," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau mengulas penyebaran satu senarai pekeliling khas di internet yang didakwa diberikan kepada semua kakitangan terutama penyelia di Jabatan Imigresen Malaysia. Pada pekeliling bertarikh 3 Disember 2012 itu, tercatat nama tiga peguam Perancis yang disenarai hitam memasuki negara ini. Mereka seperti yang dinyatakan adalah William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham. Ditanya berhubung tarikh pekeliling itu dan mengapa ia dikeluarkan selepas taklimat Scorpene dibuat di Singapura pada November lalu, Tian berkata, ini adalah satu lagi halangan kerajaan kepada pendedahan itu. "Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tersebut untuk menjaga nama baik Najib sebelum pilihan raya umum tahun ini. "Akibat takut tembelang terbongkar, NGO yang mengetengahkan isu ini turut diganggu demi politik Najib dan Umno BN," kata Ahli Parlimen Battu itu. Pada 27 November lalu, taklimat Scorpene oleh peguam Perancis kepada Ahli Parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media terpaksa diadakan di sebuah hotel di Singapura ekoran dihalang oleh kerajaan. Ia terpaksa diubah ke negara itu berikutan halangan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tanpa alasan munasabah. Mengikut jadual asal, William dan seorang lagi peguam Perancis, Joseph Breham yang sepatutnya memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis, tetapi menghantar rakan kongsi mereka, Apoline Cagnate. Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda. Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 pada 2006. Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis. Tujuh saksi dinamakan termasuk Najib, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta ahli perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin. | ||||
Bolasepak, Annuar, Komando & Anak Raja Johor Posted: 18 Jan 2013 10:50 PM PST MSO Dunia bola sepak negara ini bukan saja kontroversi dengan pertukaran pemain dari satu pasukan ke satu pasaukan menerusan perdagangan pemain, tetapi ia juga menjadi kontroversi dengan elemen-elemen lain yang setengah tidak ada kena mengena langsung dengan dunia bola sepak.
Nama Mat Yo itu sendiri sudah sebati dengan budaya orang Kelantan dalam memanggil nama seseorang yang disukainya dengan sebutan pendek dan ringas. "Mat Yo", adalah nama manja dan kesayangan. Jadi bila Mat Yo ini dibeli oleh Johor dan Mat Yo pula setuju timbullah kemarahan. Penyokong Kelantan tidak bersikap profesional dalam hal ini dan mereka tidak tahu bahawa bola sepak di Malaysia hari ini bukan lagi bersifat kenegerian. Perkara ini tidak membimbangkan kerana ia fenomena biasa. Ia seperti hujan musim banjir. Lepas banjir fobia kepada hujan akan berhenti. Demikian dengan Mat Yo (nama sebenarnya NorAzlan Talha... betul ke?) apabila Kelantan menggantinya dengan pemain lain sebagai pengganti, lama kelamaan isu Mat Yo dan rasa marah kepadanya pun akan sirna. Selebat mana hujan semua air akan mudik ke lautan. Dalam konteks bola sepak di negara ini, kontroversi juga berlaku dalam pengurusan atau teknikal pentadbiran dalam organisasi bola itu sendiri. Contohnya apabila Presiden KAFA, Annuar Musa dikenakan hukuman gantung oleh FAM disebabkan kesalahan (yang sebenarnya boleh dialpakan), iaitu kerana memberi pandangan untuk kebaikan bola sepak Malaysia, tetapi ia dikenakan tindakan kerana bercakap melampau persatuan.
Demikain dengan FAM. Bila Annuar memberi pandangan untuk kemajuan bola sepak, beliau dikenakan tindakan. Annuar dirujuk kepada perlembagaan FAM kononnya ianya manifestasi tindakan diizinkan FIFA. FIFA membenarkan tindakan diambil ke atas Annuar. Apa salahnya kalau pandangan Annuar itu diterima dengan penuh keinsafan. Tidak semua ketegasan FIFA itu perlu dituruti asalkan ia bukan percanggahan memudaratkan kemajuan bolasepak negara. Keadaan bertambah buruk lagi, apabila kebetulan Presiden FAM ialah seorang raja yang juga memiliki imuniti-imuniti tertentu. Tetapi kalau kita faham dan mengerti imuniti raja tidak terbawa dalam apa-apa persatuan baik bola sepak, hoki atau apa-apa. Presiden atau ahli jawatankuasa yang mempunyai imuniti istimewa itu, mereka hendaklah mencampaknya di luar apabila mereka menjejak kaki ke dalam persatuan sukan atau apa-apa persatuan pun. Sukan bukan dunia feaudal. Jangan sesekali cuba meletakkan harga diri lebih mahal dari perlembagaan. Annuar Musa terlupa itu, atau dia sengaja dilupakan bahawa bosnya ada imuniti itu. Sebab Annuar Musa ini pun jenis anak jantan yang berani, walaupun tanpa keris. Dia mengkritik bukan saja raja FAM tetapi sultan Kelantan juga. Belum ada seorang bertaraf atau berkedudukan dalam politik di negara ini berani menabalkan anak Raja lain untuk menjadi raja. Tetapi ia berlaku dan dilakukan oleh Annuar Musa. Tinggal isu Mat Yo dan Annuar Musa, saya nak komen mengenai isu tebaru yang berlaku di Kelantan dua tiga hari lepas, iaini mengenai kewujudan dua tiga orang komando (anggota Gerak Khas) di dalam stadium Sultan Mohamad ke-IV sewaktu pasukan 'gedebe merah' (Kelantan) berjumnpa dengan 'samseng kuning' (Johor). Semua orang bengong melihat kehadiran komando itu di mana sebelum ini tidak pernah ditengok orang ada komando dalam stadium semasa perlawanan bola hatta melibatkan pasukan ATM sekalipun. Walaupun perlawanan melibatkan pasukan dari ATM, namun tidak ada komando atau askar yang tegok bawa senjata. Akhir-akhir ini ATM nampaknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada bola sepak. Khabarnya Panglima ATM pada masa kini begitu berminat dengan bola. Minat tidak minat katanya sampai dalam mesyuarat melibatkan Panglima-Panglima tentera juga hal bola turut sama dibincangkan. Kalaulah benar maklumat ini ia sesuatu yang tidak sihat berlaku dalam ATM. Apa guna ATM memberi tumpuan kepada bola sepak. ATM adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan luar negara bukannya sukan. Apakah kerana soal keselamatan sudah terjamin maka askar boleh turun padang. Askar kena siapsiaga sepenuhnya sama ada waktu musuh ada atau pun tidak. Menteri yang jaga askar perlulah memerhati dan jangan pula beliau jadi tukang sokong. Peruntukan diberikan kepada pasukan bola bukan sedikit. Ia melibatkan jutaan ringgit. Tidak kiralah sama ada wang itu hasil tajaan atau tidak dari peruntukan kementerian. Alangkah baiknya kalau wang yang banyak itu digunakan untuk kebajikan anggota yang memerlukan. Lagi pun yang menyertai pasukan ATM itu bukannya 100% anggota tentara? Saya hairan mengenai perkara ini. Apakah pasukan tentera negara lain juga memiliki team bola sepak yang hebat. Ataupun ada rancangan untuk mengadakan liga merebut piala panglima tentera di peringkat dunia. Atau Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersatu sudah membuat satu polisi baru kekuatan sesebuah negara itu mestilah berdasarkan kepada kekuatan pasukan bola sepak? Hamlau... Kembali semula kepada isu komando di stadium Sultan Mohamad ke IV. Kata anak raja Johor, kehadiran itu bukan atas arahannya. Ia menafikan anggota itu adalah dari pasukan TSN. Ia adalah atas arahan ketua gerak khas. Kononya bila beliau nak turun ke Kelantan, ketua gerak khas meghantarkan anggota mereka ke stadium. Soalnya untuk apa, tentulah untuk jaga keselamatan anak raja Johor itu. Tidak mungkin untuk jadi refree atau pun penjaga garisan sebab FAM dah hantar pengadilnya sendiri. Bila untuk jaga keselamatan, ia menimbulkan persoalan apakah keselamatan untuk anak raja Johor itu tidak terjamin di Kelantan? Bukankah setiap kali diadakan perlawanan bola sepak, polis mengerakkan pasukannya untuk mengawal keadaan stadium? Seburuk-buruk bola sepak di Kelantan belum ada penononton dan pemain mati kerana dibunuh atau dibom. Orang Kelantan masih waras dan belum gila semuanya. Isu kewujudan komnado itu baik atas arahan sesiapa tidak boleh dipandang ringan. Baik KAFA dan FAM kena mengambil berat perkara itu. Perkara paling utamanya apakah wajar kehadiran komnado yang lengkap berbedil bedal begitu? Jika ianya bertentangan dengan semangat sukan bola sepak, pihak yang membawanya hendak diambil tindakan. Katanya Setiausaha Agung FAM (tak tahu nama) kewujudan komnado itu ada prosuder biasa. Biasa apa... biasa kerana kehadiran anak raja Johor. Kebiasaan disebabkan kehadiran komando itu sebagai pakaian anak raja Johor itu, ia tidak boleh dibenarkan didalam bola sepak. FAM kena keluarkan syarat-syarat khas kepada Pengurus Pasukan Johor Takzim itu. Beritahu kepadanya di dalam peraturan FAM, askar atau komando atau askar persendirian tidak boleh dibawa masuk. Mungkin beliau tidak mengerti peraturan atau standard ini. Maklumlah sajalah anak raja banyak perkara yang mudah tetapi tidak dihafalnya. Mungkin anak raja Johor tidak mengetahui hal ini. Makanya FAM kena berani melaksanakan peraturan. Jangan lihat apakah dia seorang anak raja atau siapa, di dalam hal ini peraturan atau undang-undang standard yang diturunkan oleh FIFA hendaklah dipatuhi. Saya sangat berharap insiden berkenaan dibawa kepengetahuan FIFA kerana FAM bernaungan dibawah FIFA. Sekiranya FAM malu untuk sampaikan kepada FIFA, FAM sebagai badan bernaungan boleh melakukannya. Kalau tindakan ke atas Annuar Musa kerana mengambil semangat FIFA, kenapa soal komando itu tidak boleh dirujuk kepada FIFA? Tampar baru tahu? Mat.. Mat mana lagi..Mat Maslanlah..... bila nak pelawa minum tea? | ||||
Kebangkitan Polis Dan Tentera Petunjuk Umno-BN Dipenghujung Kuasa Posted: 18 Jan 2013 10:46 PM PST BANDAR TUN RAZAK : Kesedaran politik dan kebangkitan yang ditunjukkan anggota polis dan tentera mutakhir ini adalah petunjuk bahawa kekuasaan Umno-BN berada di penghujung. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, anggota tentera adalah kunci perubahan di negara ini yang akan memainkan peranan penting dalam proses keamanan. "Kita akan buktikan di ambang kejatuhan Umno-BN, anggota keselamatan sudah bersama-sama dengan Pakatan Rakyat(PR). "Apabila mereka bersama PR maksudnya jika ada samseng di kalangan Umno yang akan mencetuskan kekacauan dan mengapa-apakan rakyat Malaysia maka anggota tentera dan polis yang akan melindungi rakyat Malaysia," kata Rafizi. Ujarnya, PR komited menjaga dan memperjuangkan kebajikan dan pengorbanan anggota tentera. "Jika PR menang, kita akan tingkatkan caruman kerajaan pada setiap anggota tentera di tambah lima peratus lagi menjadi kepada 20 peratus yang akan dicarum dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT)," katanya. Jelas Rafizi juga penyelewengan penggunaan dana LTAT dalam transaksi penjualan tanah yang melibatkan Ketua Umno Selangor, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah merupakan pengkhianatan kepada pengorbanan anggota tentera. "Penyalahgunaan dana LTAT ini memberikan kesan khusus kepada bekas-bekas anggota tentera," katanya. Sebelum ini, Rafizi mendedahkan berkenaan penyelewengan dana LTAT yang menuntut penjelasan daripada kerajaan agar dana itu diguna menjaga kebajikan anggota tentera. Sementara itu, Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, detik kebangkitan rakyat pada 12 Januari adalah detik penting untuk menghentikan penjajahan Umno BN Walaupun Utusan Malaysia mengatakan hanya 10,000 yang hadir namun gambar menunjukkan sebaliknya. Ujarnya jika Pakatan Rakyat memerintah suasana aman akan terserlah seperti mana amannya perhimpunan HKR112. Sebelum itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sebelah petangnya menyampaikan sumbangan kira-kira 200 beg berisi informasi berkenaan maklumat negeri Selangor kepada kepada pengguna LRT di Stesen LRT Cheras. | ||||
Demonstrasi DAP palsu, Utusan pun siar berita palsu Posted: 18 Jan 2013 10:40 PM PST Roketkini.com gambar ehsan freemalaysiatoday.com PRAI: Satu demonstrasi oleh kira-kira 20 orang yang mengaku mewakili DAP untuk mengutuk DAP di sini semalam akhirnya dibongkar sebagai tunjuk perasaan anjuran parti Indian Progressive Front (IPF) yang bersekongkol dengan Barisan Nasional. (IPF adalah parti mesra-BN yang sejak lebih 20 tahun ditubuhkan yang telah merayu untuk menyertai BN tetapi sentiasa ditolak oleh pucuk pimpinan BN.) Menurut laporan Malaysiakini, para wartawan telah terlebih dahulu dihantar SMS yang mendakwa kononnya kira-kira 150 orang termasuk ahli-ahli DAP dari Seberang Prai akan berdemonstrasi semalam bagi membantah keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP yang diadakan pada bulan lalu. Namun, apabila para wartawan datang untuk membuat liputan semalam, mereka hanya bertemu dengan kumpulan IPF itu di mana ketua tunjuk perasaan tersebut mendakwa mereka mengadakan demonstrasi itu "bagi pihak ahli DAP". Walaupun mengetahui fakta bahawa demonstrasi itu anjuran IPF, lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia tetap tidak mempedulikan kebenaran dan telah menyiarkan tajuk berita muka depan akhbar itu hari ini sebagai "Ahli DAP bantah" serta tajuk kecil "Minta pemilihan semula CEC" dan "Kekalahan P. Ramasamy dibantah". Dr Ramasamy selaku Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen DAP Batu Kawan menolak demonstrasi palsu itu yang diketahuinya sengaja diadakan oleh anasir-anasir BN untuk mengelirukan rakyat. Sebelum ini, Pengerusi DAP Karpal Singh telah menjelaskan bahawa keputusan pemilihan CEC – hanya berlaku kesilapan penjumlahan undi yang melibatkan dua calon sahaja – adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah. Katanya, Seksyen 18C Bahagian IA Akta Pertubuhan memperuntukkan bahawa: "Keputusan sesuatu parti politik atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya atau perlembagaannya atau kaedah kaedah atau peraturan-peraturan yang di bawahnya tentang pentafsiran perlembagaan, kaedah-kaedah atau peraturan peraturannya atau tentang apa-apa perkara yang berhubung dengan hal ehwal parti itu adalah muktamad clan konklusif clan keputusan itu tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan, dan tiada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk melayani atau memutuskan apa-apa guaman, permohonan, soal atau prosiding atas apa-apa alasan berkenaan dengan kesahan keputusan itu." Pindaan Seksyen 18C itu dibuat pada 1988 oleh kerajaan BN pimpinan Dr Mahathir Mohamad selepas UMNO diharamkan pada tahun yang sama akibat tindakan mahkamah oleh cawangan UMNO terhadap pemilihan kepimpinan parti pada 1987. – Roketkini.com | ||||
‘Saya Bukan Hero, Saya Cuma Mahu Rakyat Dapat Pendidikan Percuma’ Posted: 18 Jan 2013 10:36 PM PST KUALA LUMPUR : Pendidikan adalah hak setiap rakyat sama seperti tempat tinggal dan makanan dan saya juga bukan hero yang perlu disanjung tinggi kerana saya percaya ramai lagi pejuang yang melakukan pelbagai usaha, lebih hebat dari saya demi rakyat, ungkap KS Bawani dengan rendah diri. Bawani yang kini menuntut di tahun kedua jurusan Undang-undang di Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima pelbagai sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat atas keberaniannya menyuarakan idea pendidikan percuma dalam satu forum. Rakaman forum tersebut menyaksikan bagaimana hujah Bawani dimatikan oleh tindakan moderator forum, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang bertindak menarik mikrofon di hadapan Bawani yang sedang menyampaikan hujah-hujahnya. Susulan insiden itu, beliau kini menjadi sebutan dan diangkat sebagai ikon mahasiswa yang dilihat berani dalam menyuarakan pandangan yang nyata bertentangan dengan polisi kerajaan pemerintah. "Jangan pandang saya seolah-olah saya di langit kerana saya hanyalah insan kerdil yang hanya bersuara untuk menuntut keadilan buat semua. "Saya yakin Malaysia mampu memberikan pendidikan percuma sepertimana yang dlaksanakan negara-negara seperti Cuba, Brazil, Argentina yang mempunyai pendapatan negara kurang daripada Malaysia. "Pendidikan bukanlah satu bentuk perniagaan, komoditi atau barangan untuk dijual beli, ia adalah hak setiap insan," tegas Bawani. Beliau yang turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini menghadiri sidang media anjuran pertubuhan yang dinaunginya sendiri, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini pagi tadi. Menurutnya lagi, mahasiswa perlu dibebaskan daripada kepompong pemerintah atau kerajaan bagi menjamin hak mahasiswa dalam menyuarakan pandangan serta idea baru demi kemajuan negara sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Negara. "Ia perlu dilaksanakan dalam kehidupan sehari-hari kita dan bukan sekadar di atas kertas sahaja. "Pihak universiti juga perlu neutral dan bebas tanpa diselimuti usaha-usaha 'brainwash' pihak tertentu. "Biarkan mahasiswa sendiri menilai mana baik, mana buruk," ujar Bawani. Berusia 28 tahun, Bawani begitu konsisten dalam perjuangannya malah begitu aktif dalam pergerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memperjuangkan hak rakyat sejak berusia belasan tahun lagi. Sejak terlibat dalam NGO seperti Communication Development Center (CDC); iaitu sayap utama Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada usia 19 tahun lagi, Bawani secara aktif memberi kelas tambahan secara percuma di estet-estet dan kampung-kampung. | ||||
MB : Kerajaan Pusat Memihak Kepada SYABAS Bukan Rakyat Posted: 18 Jan 2013 10:31 PM PST KUALA LUMPUR : Kerajaan Pusat dilihat lebih berminat menjaga kepentingan kroni dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berbanding rakyat dalam isu air di Selangor sehingga masalah itu berlarutan tanpa penyelesaian. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara tersebut boleh diselesaikan cepat sekiranya Kerajaan Pusat mengutamakan rakyat dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri. "Ia bukan isu politik tetapi isu rakyat. Kembalikan hak air kepada rakyat. Jangan diswastakan lagi, itu yang paling penting. "Undang-undang bersetuju hak air boleh dikembalikan tetapi ada tiga pihak mesti bersetuju, Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat dan pemegang saham. "Kerajaan Pusat tidak memihak kepada rakyat tetapi memihak kepada kroni. Kalau Kerajaan Pusat kata setuju ambil, esok kita boleh selesaikan," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Turut hadir, Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Abdul Khalid berkata, penswastaan air dilakukan itu adalah satu kesilapan kerana diserahkan kepada syarikat yang tidak mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk mengendalikan operasi air. Katanya, ini diakui sendiri oleh bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik dan menyarankan ia diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri. "Ini jelas kita sudah melihat beberapa perkara termasuk penjagaan pam yang tidak dijaga dibiarkan saja rosak selama setahun, baru sekarang sibuk nak betulkan hinggakan (Datin Seri) Rosmah sendiri kena angkut air," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan