BRIGED MP SEGAMBUT |
UNDI UNTUK MASA DEPAN..KO ATAU BERKUBUR... Posted: 05 Jan 2013 07:48 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata setiap satu undi untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU) nanti, bermakna "satu undi untuk masa depan". Katanya beliau optimis rakyat tidak akan memperjudikan masa depan kepada pihak pembangkang, sebaliknya rakyat kini dilihat semakin yakin dengan kerajaan BN untuk terus menerajui negara bagi mencapai wawasan negara maju. "Alhamdulillah, sekarang rakyat (dilihat) bertambah yakin dengan kerajaan Barisan Nasional, undi satu untuk BN adalah adalah satu undi untuk masa depan, (kalau) undi pembangkang, (masa depan) tidak menentu," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan minum petang bersama pemimpin setempat Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau Manis di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, di Kuantan, Sabtu. Perdana Menteri berkata kerajaan BN adalah kerajaan yang sentiasa prihatin dengan setiap masalah yang dihadapi rakyat. "Kalau rakyat susah, kerajaan prihatin, wang ehsan (bantuan untuk rakyat misalnya) baru permulaan, nanti kita akan bagi lagi, ini adalah konsep kerajaan Barisan Nasional," katanya. Najib berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) misalnya, dapat diberikan kepada rakyat kerana kerajaan dapat menguruskan kewangan negara dengan baik. "Kalau kita tidak rancang secara sistematik, kita tentu akan dapat hasil yang mengecewakan, pihak pembangkang katanya nak buat perubahan, adakah perubahan itu baik atau lebih buruk, tidak semua perubahan akan lebih baik tapi mungkin kekecewaan," katanya. Najib berkata negara Malaysia sebenarnya telah mencapai satu kejayaan tertentu yang setaraf dengan negara maju yang diiktiraf negara-negara luar dan badan-badan tertentu. "Ini kita dapat lihat dari segi tadbir negara, agenda transformasi telah beri keyakinan kepada dunia dan daya saing kita mengikut pihak yang buat penarafan, Malaysia adalah antara 14 buah negara yang setaraf dengan negara-negara maju," katanya. Beliau berkata kisah kejayaan negara dalam pelbagai bidang bukanlah sesuatu yang boleh dinafikan, sebaliknya ianya terbukti menerusi pengiktirafan oleh syarikat-syarikat besar dan antarabangsa. "(Contohnya) Tadi terbang (menaiki pesawat ke Kuantan) dengan AirAsia sebab saya nak bagi sokongan kepada syarikat yang jenamanya sudah sampai ke peringkat internasional, (dahulu), dua flight uzur (berusia) 11 tahun dulu, kini (AisAsia) ada 145 pesawat, (dahulu) 250 penumpang, kini 38 juta (penumpang), ini adalah kejayaan yang patut kita banggakan," katanya. Beliau berkata fasa pertama pembinaan projek Aliran Transit Massa (MRT) misalnya, yang dijangka siap pada akhir 2016, juga adalah antara contoh kejayaan negara dan kejayaan kerajaan BN dalam mengurus dan mentadbir negara ini. "Semalam saya lihat pelaksanaan MRT, saya bangga, bangga anak muda kita adalah jurutera dan terlibat dalam projek besar, ia (projek MRT) akan letak Kuala Lumpur sebagai bandar raya maju di dunia, 45 peratus (projek berkenaan) dikendalikan syarikat-syarikat tempatan," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan