BRIGED MP SEGAMBUT |
FITNAH TERHADAP PERDANA MENTERI? Posted: 09 Jan 2013 08:58 PM PST Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata badan itu sedang menyiasat dakwaan penyebaran berita palsu mengenai kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," katanya. Dalam kenyataan yang dihantar melalui Bernama itu, Mohamed Sharil berkata penyebaran berita palsu melalui Internet atau telefon itu merupakan kesalahan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. "Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. "Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita tersebut melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog tersebut boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya. SKMM mengeluarkan kenyataan itu kenyataan Najib pada hari Selasa lalu yang meminta semua pihak supaya "tidak mendengar" dakwaan blog tertentu berhubung keadaan kesihatannya yang didakwa terjejas. "Jadi Bursa Malaysia sihat, sewaktu pasaran dalam keadaan cukup sihat, sukuk sihat. Saya juga sihat. Jangan dengar (dakwaan) blog, tolonglah," kata Najib. Beliau mengulas tulisan yang disiarkan laman portal politik Sarawak Report beberapa hari sebelum itu yang mendakwa Najib yang juga presiden Umno diserang "minor stroke". Tulisan bertarikh 5 Januari itu menimbulkan spekulasi bahawa ia adalah kesan daripada tekanan yang dialami Najib ekoran siri pendedahan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan melibatkan perdana menteri dan keluarga. Satu NGO pro-Umno, Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pula semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung penyiaran tulisan berkenaan. NGO itu mendakwa penulis blog Sarawak Report dibayar untuk menulis perkara itu. "Blog ini kami percaya telah dibayar oleh beberapa kalangan individu yang mempunyai kepentingan politik, yang berniat jahat untuk membuat fitnah terhadap Perdana Menteri dengan cuba merosakkan nama beliau, dan mencetuskan satu gerakan menghancurkan ekonomi negara," kata pemimpin NGO tersebut Azwanddin Hamzah |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan