. |
- Fathul Bari Berkahwin Gadis Filipina?
- Mungkin Khairy Akan Tanding Atas Tikit PKR?
- Rakyat Kelantan Lebih Kaya Dari Melayu Johor
Fathul Bari Berkahwin Gadis Filipina? Posted: 16 Jan 2013 09:43 AM PST USIKAN MALAM Harap sangat ulama muda Umno yang lantang dan berani serta sesekali melahirkan pandangan kontroversi mengenai Islam ini menjelaskan berhubung penyebaran surat pengesahan perkahwinan beliau dengan gadis Filipina bernama Maria Joy Erlado. Menurut fotostat surat pengesahan itu yang dikirimkan kepada saya malam ini oleh seorang penjenguk, perkahwinan Fathul Bari dengan Maria Joy Erlado itu berlangsung di pejabat The Islamic Committe of Songkhla Thailand pada 29 Mei 2012. Surat pengesahan itu tertuju kepada Konsul Jeneral Malaysia sebagai pemakluman rasmi berhubungan pernikahan itu. Menurut surat pemakluman itu yang menjadi jurunikah ialah Naib Kadhi Syarie Wilayah Songkhla Abdul Wahab Senawan. Pernikahan itu kemudian disahkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu. Turut diemilkan kepada saya salinan fotostat bahagian pertama satu writ mahkamah - permohonan perkahwinan orang bernama Fathul Bari bin Mat Jahya (pemohon) dengan Maria Joy Erlado (responden). Permohonan saman itu didengar di hadapan hakim Ismail Yahya yang bersidang sebagai Hakim. Tiada apa yang perlu disembunyikan perkara yang baik ini. Dan Fathul Bari yang dilihat seorang ulama muda yang berani, berterus terang perlu tampil ke hadapan menjelaskan perkara ini. Adalah cantik kalau beliau mengadakan majlis walimatus urus secara terbuka, kalau boleh di PWTC. Kalau perkara ini benar saya bagi pihak penjengok blog Merah Tinta mengucapkan selamat pangantin baru kepada kedua pasangan tersebut. [wm.kl.1:41 am 17/01/2013] | ||||
Mungkin Khairy Akan Tanding Atas Tikit PKR? Posted: 16 Jan 2013 04:56 AM PST MEMAHAMI STRATEGI Khairy Jamaluddin Abu Bakar sendiri pernah berkata beliau mungkin tidak akan bertanding dalam pilihan raya ke-13. Saya pernah membuat spekulasi antara ahli parlimen Umno yang mungkin tidak akan dicalonkan semula ialah Khairy Jamaluddin.
Adalah dipercayai kenapa Najib Razak tidak memberi apa-apa jawatan kepada menantu bekas PM ke 5 ini adalah kerana mengikut telunjuk apa yang diajarkan bekas PM sebelum ini. Mahathir Mohamad semasa menjadi PM dia tidak memberi apa-apa jawatan kepada Zahid Hamidi walaupun Zahid ketika itu adalah ketua pemuda. Zahid dilantik menjadi menteri apabila Abdullah Badawi menjadi perdana menteri. Sebaliknya Hishmuddin Hussein yang menjadi naib ketua pemuda dilantil menjadi menteri. Formula atau dendam yang diguna pakai Mahathir itu seakan digunakan pula oleh Najib Razak. Najib memberi jawatan kepada naib ketua Pemuda, Razali Ismail, kepada ketua wanita yang lakinya pelihara lembu gemuk, Shahrizat Jalil dan juga kepada ketua Puteri berbinti Serlin itu. Tetapi untuk Khairy tidak diberi apa-apa cuma tahun lepas saja diberi menjadi pengerusi sebuah agensi kerajaan yang tidak dikenali pun. Elaun pun sebesar tahi gigi budak darjah tiga saja. Atas diskriminasi itu menyebabkan kemungkinan Khairy membuat kenyataan yang dia tidak akan bertanding. Semasa berjumpa dengannya pada satu majlis kenduri rumah orang PAS tiga tahun lepas saya pernah memberi tahunya yang beliau tidak ada harapan dalam Umno. Saya kata kepadanya; "elok you menyertai Pakatan Rakyat saja, jadi ketua pemuda...Pas pun boleh." Beliau secara spontan mengangkat tangan dan saya meminta Dr Haron Din yang hadir sama agar berdoa sebagai merestuinya. Ketua Pemuda ini agak kontroversi juga. Beliaulah yang menghantar passport Anwar ke rumahnya di Bukit Damansara sewaktu Anwar menghadapi masalah untuk berubat ke German. Pemergian Khairy itu menimbulkan tanda tanya dan mereka dalam Umno yang dengki dengannya membuat berbagai spekulasi yang negatif terhadap Khairy. Dan hari ini pula kes saman ke atas oleh Anwar berhubung laporan media PB kononnya mendakwa Khairy menuduh Anwar pengkhianat negara ditarik balik. Anwar telah bersetuju kes itu tidak diteruskan dengan syarat Khairy menarik balik tuduhan seperti mana dilaporkan itu. Khairy dalam kenyataan kepada tv no 3, dia tidak membuat apa-apa bayaran dan berita itu memberi gambaran Anwar yang hendak tarik kes itu. Ini jahat tv no 3. Khairy apabila ditanya oleh wartawan kenapa baru kini, jawabnya kerana dekat pilihan raya mungkin ada impak kepadanya. Maksudnya Anwar takut, takut apa? Bila masa pula Anwar tahu erti takut. Di rumahnya tidak ada kamus takut dari bahasa apa juga. Saya tidak melihat begitu, penarikan balik saman bernilai RM100 juga itu bukan kerana terdesak atau apa-apa. Iya juga bukan menunjukkan ada mana-mana pihak takut dan bimbang akan kesannya. Tetapi ia adalah satu persefaham saya nampak. Anwar yang mengemukakan saman tidak logik kalau dia tiba-tiba tarik. Apakah dia bimbang dalam perbicaraan itu akan dikeluarkan apa-apa maklumat seperti laporan yang memetik dakwaan Khairy itu. Bukankah Khairy menafikan yang dia mengatakan seperti mana dilaporkan oleh akhbar itu. Ertinya Khairy tidak menuduh Anwar sebagai pengkhianat. Kalau Khairy benar tuduh seperti dilaporkan tentu dia ada bukti dan hujah untuk mempertahankan diri dalam mahkamah. Kalau tidak ada bukti dia buat juga bermakna dia fitnah. Saya lebih bersetuju atau menduga Khairy tidak berkata seperti dilaporkan itu, sebaliknya media berkenaan saja yang pandai-pandai membuat fitnah. Di sini saya cadangkan kepada Anwar agar teruskan saman itu terhadap akhbar (The New Starits Time Press Sdn Bhd). yang menyiarkan dakwaan tidak betul Khairy itu? Khairy pula boleh dipanggil (sepina) menjadi saksi di sebelah Anwar. Saya tidak tahu apakah Anwar menarik saman ke atas akhbar berkenaan. Kalau ia tidak diteruskan pastilah penarikan saman itu ada undang di sebalik batu. Kita tidak dapat mengagak apakah persefahaman sehingga saman ini dibuat. Cuma hati kecil saya berbisik penarikan itu ada strateginya. Apakah mungkin kalau BN tidak menamakan Khairy sebagai calon dalam pilihan raya, maka PKR akan "mencuri' Khairy untuk menjadi calonnya? Ha ha..[wm.kl.8:44 16/01/13] | ||||
Rakyat Kelantan Lebih Kaya Dari Melayu Johor Posted: 16 Jan 2013 03:26 AM PST SUSUPAN PETANG Pendedahan dibuat oleh Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di Johor paling miskin mungkin tidak menjadi kudis gatal kepada pemimpin Umno Johor. Baik Abdul Ghani Othman, Muhyiddin Yassin apa lagi Ahmad Maslan, fakta itu tidak penting buat mereka asalkan saja mereka senang dan kaya raya.
Kenapa saya kata begitu, sebab masalah kemiskinan dan keterhimpitan orang Melayu Johor ini bukan perkara baru, ia bukan berlaku sehari dua ini. Ia mulai merebak sejak zaman Muhyiddin Yassin menjadi MB Johor lagi. Ketika itu kerajaan Johor meluluskan dasar orang luar boleh memiliki tanah di Johor seberapa banyak yang mereka ingin. Dasar tanah Johor sangat rapuh berbanding dengan dasar tanah Kelantan yang ketat dan istimewa. Muhyuddin sendiri menjadi dalang dalam membenarkan tanah-tanah rezab Melayu sekitar Johor dibangunkan kemudian dijual kepad orang asiong, Singapura. Perpindahan beliau ke pusat menjadi menteri dan meninggalkan tampuk Johor salah satu faktornya ialah kelemahan dasar pentadbiran dibawahnya yang menyebabkan Johor banyak hilang tanah. Pembangunan yang dikemukakan Muhyiddin memang untuk membantu mengembangkan ekonomi orang Johor. Tetapi matlamat itu tidak tercapai dan ia semacam ia tergadai apabila projek baik perumahan, gedung perniagaan yang dibangunkan nilai pasarannya tinggi menyebabkan orang Melayu tidak mampu memilikinya. Akhirnya kesan dari itu bagi mengelakkan lambakan dan kebekuan aset, maka hartanah itu dibuka untuk dibeli oleh warga asing khasnya rakyat Singapura. Hari ini sudah lebih dari lima gedung perniagaan besar di Johor Bharu sudah bertukar tangan daripada "Mahmood Iskadar" kepada "Mah Hong Kong." Demikin juga dengan rumah kediaman yang kononnya dibangunkan untuk orang Melayu atau rakyat Johor sudah menjadi milik orang asing. Salah satu ialah pembangunan di sekitar Danga Bay. PAS Johor yang kini sedang menunjukkan ghairah untuk memerintah Johor mungkin ada angka-angka mengenai berapa jumlah rumah, kedai dan berbagai permis yang menjadi milik Singapura. Kalau rajin anda boleh berdiri di tambak Johor (cross way) kira sendiri berapa banyak kereta plat Singapura yang pagi-pagi sudah keluar ke Singapura atau duduk petang kira berapa banyak kereta plat Singapura masuk ke Johor untuk tidur dan membuat anak di Johor. Mereka itu adalah rakyat Singapura yang mendapat manafaat dari dasar tanah dan pembangunan Johor. Syed Ali juga membayangkan kadar atau jumlah kemiksinan orang Johor akan bertambah dengan ramainya orang asing datang ke kawasan pembangunan baru Iskandar Malaysia. Menurutnya 80% tanah di zone pembangunan Johor Selatan itu (Iskandar) adalah milik orang asing. Menurutnya lagi pada tahun 1800 orang Melayu Johor paling kaya tetapi hari ini menjadi paling miskin. Tidak mustahil mungkin dalam tidak sampai 100 tahun lagi semua tanah di Johor baru akan menjadi milik orang asing. Johor akan menjadi Palestin yang terpaksa berpawah hidup dengan orang asing seperti mana rakyat Palestin berpawah tanah dengan Israel. Paling merujakan dan ini paling tidak disenangi oleh Umno ekoran pendedahan Syed Ali itu apabila beliau menyebut, orang Melayu di Kelantan lebih kaya dari di Johor. Beliau memberi contoh kekuatan (nilai ringgit) orang Kelantan mereka boleh membeli rumah sehingga bernilai RM200,000. Nilai rumah yang sama besar di Johor mencecah RM1.5 juta. Pendedahan presiden DPMM itu menjelaskan bahawa dasar pembangunan di Kelantan lebih praktikal dalam memelihara hartanah orang Melayu serta memberi pembangunan kepada rakyat. Hakikat ini tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun kecuali Ahmad Maslan akan menafikan dengan sekeras-kerasnya seperti aksinya membela Felda walaupun saham FVGB ternyata merudum tetapi dia masih mengatakan saham itu naik kerana kaedah ukuran Mat Maslan ialah dari bawah ke atas. Songsang. Perbandingan dibuat Syed Ali ini menjelaskan bahawa PAS yang menjadi pemerintah Kelantan ternyata lebih prihatin dan bersifat membela tanah air - al wataniah. Jadi terbuktilah kini bahawa Umno hanya pandai mendendangkan lagu 'anak kecil main api' tetapi tidak tahu bagaimana hendak memadamkan api yang sedang membakar hartanah Melayu di Johor.
Tidak. Generasi baru dan lama di Johor kena memberi keyakinan dan peluang kepada Pakatan Rakyat yang kini sedang dibimbing oleh Salahuddin Ayub bersama rakan-rakanya Suhaizan Kayat, Mazlan Aliman dan rakan-rakannya. Menghayati dan bandingkan dasar pemerintah yang bakal dilakukan sekiranya mereka menang. Yang pastinya PR tidak sesekali akan mengguna pakai sistem pentadbiran digunakan pakai Umno sejak 56 tahun lalau kerana ia ternyata gagal. PR akan tinggal sistem itu sebab ia korup. Sistem atau dasar PR sudah tentu akan mengelakkan rakyat Johor khasnya Melayu terus terjelus dalam lubang maut bikinan Umno. Apa yang didedahkan oleh Syed Ali itu juga sekaligus menempelak perdana menteri Ha Najib Razak yang begitu arif mengenai perangkaan, di mana sebelum ini mengatakan Kelantan sebagai negeri termiskin. Apakah dengan keadaan Johor yang rakyatnya disahkan sendiri oleh rakyatnya (Syed Ali) yang termiskin itu tidak memungkinkan yang rakyat termiskin adalah negeri sepupu Naiub itu sendiri? Najib kena perbetulkan fakta itu manakala rakyat Johor kena perbetulkan pemerintah. Pastikan sistem rintahan digunakan pakai Umno terbuang dari Johor barulah rakyat Johor akan terkeluar dari zon paling miskin yang dibimbangi itu. [wm.kl.7:05 pm 16/01/13] [Perhatian: Artikel ini tidak dibenarkan dicut page untuk disiar (pakai) oleh mana-mana blog atau protal berita, melainkan dimaklumkan. - Mso.] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan