Khamis, 31 Januari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Utusan Mohon Maaf Dan Sedia Bayar Gantirugi

Posted: 31 Jan 2013 01:11 AM PST

KUALA LUMPUR 31 Jan: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di luar mahkamah.

Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi.

Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut.


"Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan," jelas Azan mengulas keputusan itu.

Azan menuntut Utusan membuat permohonan maaf terbuka sebagai bukti mereka menyedari kesilapan dan perlu menyiarkan berita dengan telus.

"Saya tidak langsung memikirkan jumlah wang yang mereka mahu bayar, tapi mereka perlu menyedari apa yang mereka buat dan memberitahu kesilapan mereka kerana menyiarkan berita tidak benar," katanya ditemani peguam, A Vasudevan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Menurutnya, pada 5 Februari, skala permohonan maaf akan ditentukan pihak mahkamah, dan jika Pengerusi KEADILAN Terengganu itu tidak berpuas hati, kes akan dibicarakan secara terbuka.

Azan memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambar beliau bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.

Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu -KD

ADUN-ADUN BN KEDAH hilang

Posted: 30 Jan 2013 04:30 PM PST

Perasmian Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil berlangsung dengan penuh gilang gemilang. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan berbesar hati merasmikan majlis berkenaan. Tuanku Permaisuri Haminah pun nampak manis comel bertudung. Raut wajahnya nampak lebih muda dari usia sebenar.

Lebih 5 ribu hadir, dari yang pangkat besar-besar hinggalah ke rakyat jelata yang kerja kampung, kutip buah kelapa, kutip getah skrap, kutip tin dan botol, tak mahu lepaskan peluang bersejarah ini. Terasa bangga orang-orang kampung Kuala Ketil dan Baling, Agong sanggup turun ke daerah mereka dan mereka juga boleh melihat wajah raja yang mereka sayangi dengan lebih dekat lagi, apatah lagi dengan penampilan baru Tuanku Permaisuri.


Tapi yang hairan bin ajaib..tak seorang pun ADUN-ADUN BN yang hadir. Nak boikot siapa sebenarnya?
MB? Kerajaan Kedah? atau nak boikot Yang diPertuan Agong. Kalau ia pun tak suka dengan MB, tak suka dengan projek kampus induk tu, takkan dengan agong pun tak suka juga.

Adakah ini sikap sebenar ADUN-ADUN pembangkang ini? Dimana taat setia yang selalu dilaung-laungkan.
Antara rukun negara yang menjadi tasbih zikir UMNO/BN ini..yang lebih dari rukun Islam dan rukun Iman mereka hormati...antaranya "kesetiaan kepada raja dan negara". Hah...kalau majlis yang dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong pun gagal hadir..setia apa namanya.

Pada hemat PK, ADUN-ADUN pembangkang ini sebenarnya dan naik sasau bila Kampus Induk KUIn di Kuala Ketil itu selamat dilaksanakan dan perasmiannya pun berjaya diadakan. Mereka ini kalau boleh nak bagi gagal dan tak jadi maka bolehlah nanti jadi point untuk hentam Pakatan Rakyat Kedah menjelang PRU ke13 nanti.

Mungkin juga, mereka malu.,,malulah sejak 1985 KUIN didirikan, bermula dari Osman Arof sehingga Mahadir Khalid, Kerajaan BN Kedah dulu masih gagal mendirikan sebuah kampus tetap KUIN selain hanya meneruskan pengajian di kolej sementara di Mergong yang tidak dapat menampung kapisiti jumlah pelajar yang semakin meningkat.

Dengar-dengar hujung telinga PK, masa zaman Osman Aroff menteri besar dulu ada juga ura-ura nak buat Kampus Induk KUIN di sebuah daerah di Yan..tapi tangguh-tangguh..akhirnya tak buat. PK tanyalah..."kenapa tak buat."...jawab sipenyampai tu...."nak buat macamana..asyik dok buat padang golf saja..Ustaz Azizan ni dia pulun..tu yang boleh siap cepat.".

Betulah tu..PK pun setuju..UMNO ni kalau projek menguntung mereka..lebih-lebih lagi untuk mereka..cepat pelaksanaannya tapi kalau untuk rakyat..."hemmmmm...tak apalah..gunalah hat tu dulu...lagi pun jurusan agama saja..buat apa dok buat besaq-besaq..nanti-nanti..lawan kita balik".

- kedahlanie.info


Selangor bubar Dun selepas Cap Goh Mei

Posted: 30 Jan 2013 02:43 PM PST

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan.

Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.


Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN).

"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan, Abdul Khalid tidak menolak perkara itu.

"Kita tiada sebarang halangan (untuk mengadakan pilihan raya serentak), dulu saya ada kata kerajaan negeri tidak boleh membuat pilihan raya sebelum perbentangan bajet negeri Selangor, sekarang ini pembentangan bajet pun dah selesai jadi kita bersedia untuk bubarkan Dun," katanya.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dalam petikan perkara-perkara berhubung kait dengan urusan pilihan raya iaitu perkara LXX. (2), Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.

Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

Mengenai isu air, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi air Selangor selepas tempoh 14 hari.

Katanya, kerajaan negeri telah pun menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memaklumkan perkara itu.

"Kita beri tempoh pada kementerian berkenaan 14 hari bermula Isnin depan untuk menjawab kepada kita berhubung pengambilalihan perkhidmatan industri air itu dan sekiranya tiada sebarang maklum balas, proses pengambilalihan itu akan diteruskan," katanya.- Bernama

Dr Wan Azizah Buatkan Nurul Izzah Menangis..

Posted: 30 Jan 2013 06:00 AM PST


NASHA DESAK PEMIMPIN SETUJU BUKAN ISLAM GUNA KALIMAH ALLAH DIHUKUM?

Posted: 30 Jan 2013 05:08 AM PST

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang berbeza pendapat berhubung ketetapan Majlis Syura Ulamak (MSU) melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah wajar dikenakan tindakan tatatertib.

Itu hasrat Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa disiar dalam Buletin Tv3 sebentar tadi, semasa diminta mengulas mengenai isu beliau digugurkan sebagai menganggotai MSU baru-baru ini.


Nasharuddin yang pernah disebut-sebut sebagai salah seorang pemuka Kerajaan Perpaduan (UG) Umno-Pas sejak lebih empat tahun lepas turut melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz sebelum ini dipertikai ekoran Menteri Besar Kelantan itu menasihat Nasruddin supaya memilik mana-mana parti yang disukai melainkan Pas.

"Saya digugur sebagai Ahli Majlis Syura (MSU), bukan dipecat sebagai ahli parti (Pas)," dalih Nasharuddin.

Nasharuddin ditemui di Masjid Negara, selepas menyertai satu program khas yang membincangkan mengenai 'Sekretariat Mendaulat Islam sbg Agama Persekutuan'.

Selain Nasharuddin, program tertutup itu turut disertai oleh beberapa bekas pemimpin Pas mesra Umno seperti Datuk Dr Hasan Mohd.Ali (bekas Pesuruhjaya Pas Selangor merangkap Presiden JATI), Hafiz Nordin (bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang), Ismail Mina (Presiden Muafakat), Nakhaie Ahmad (bekas Pengarah YADIM), Yusri Muhamad (bekas Presiden ABiM), Datuk Seri Noh Gadut (bekas Mufti Johor) dan Aidid Ghazali (Jati).

Perkembangan terbaru itu sekaligus akan menguji lagi kebijakan ajaib Pas di bawah pentadbiran Presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk memastikan partinya mengepalai kemenangan Pakatan Rakyat di Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti

Tiada ulasan: