Blog-list Malaysia |
- Anwar: Kalimah ALLAH milik Islam
- Umno Arahkan Rais Yatim Jangan Buat Forum 'Amanat Hadi'
- Dr Asri sedia jadi panel forum Amanat Haji Hadi
- Amanat Haji Mahathir Vs Amanat Haji Hadi
- Kerajaan Selangor Sedia Pelan Bantuan Gangguan Air
- 99 Hari Lagi Untuk Tukar Kerajaan BN
- TERKINI - Deepak Sudah Buat 'Pusingan U'
- Kubur Dalam Restoran..
Anwar: Kalimah ALLAH milik Islam Posted: 02 Jan 2013 11:17 PM PST PETALING JAYA - Perbincangan mengenai isu kalimah ALLAH yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengundang kontroversi baru-baru ini, akan dibincangkan oleh Majlis Pakatan Rakyat, Isnin ini. Namun menurut Ketua Pembangkang itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setakat ini, ketetapan yang diambil adalah sama seperti sebelum ini yang mana, kalimah ALLAH adalah hak mutlak untuk penganut Islam di negara ini. "... belum ada usul baru untuk meminda usul lama. Sekiranya ada pandangan baru, kita akan bincangkan," katanya pada sidang minggu PKR di sini, hari ini. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini meminta kerajaan membenarkan Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu. Permintaan itu yang disifatkan penganut agama Islam di negara ini sebagai suatu penghinaan hakikatnya telah pun diwartakan di Pulau Pinang sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam. Ia merupakan suatu ketetapan rasmi yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan. Sementara itu, Anwar ketika ditanya berhubung kenyataan beberapa orang mufti yang menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat beliau, membidas tindakan mufti berkenaan. "Bagi ruang kepada Hadi untuk beri penjelasan. Kenapa isu tahun 1981, mufti yang hendak buat kenyataan," selar Anwar. Bahkan katanya, jika perkara yang membabitkan pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan yang lebih teruk daripada itu bahkan terlibat dengan perniagaan arak, mufti sebaliknya mengambil sikap berdiam diri. |
Umno Arahkan Rais Yatim Jangan Buat Forum 'Amanat Hadi' Posted: 02 Jan 2013 11:08 PM PST KUALA LUMPUR 2 Jan. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penyiaran amanat tersebut menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002. Menurut beliau, berdasarkan fatwa itu, amanat yang disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 adalah bercanggah daripada segi ajaran Islam. Rais memberitahu, Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah. - Utusex |
Dr Asri sedia jadi panel forum Amanat Haji Hadi Posted: 02 Jan 2013 07:01 PM PST SHAH ALAM – "Saya bersedia untuk menjadi salah seorang panel membincangkan isu berbangkit ini dalam program siaran langsung di televisyen, walaupun tidak bersetuju dengan Amanat Haji Hadi," kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Beliau berkata, selain Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kriteria panelis harus dipilih berdasarkan tiga kategori iaitu, wakil pihak pembangkang, pengkritik (kerajaan atau Barisan Nasional) dan seimbang (golongan akademik). Menurutnya, kesan dari amanat tersebut telah memberikan impak besar kepada rakyat, tetapi ia dikeluarkan 30 tahun lalu dalam situasi tersendiri. "Ketika itu, amanat tersebut lebih menjurus kepada keadaan semasa yang membawa maksud jelas mengenai mengkafirkan Umno. "Tetapi, zaman telah berubah, Pas tidak lagi terikut dengan amanat tersebut malah telah bercampur gaul dengan pelbagai pemikiran matang," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, amanat tersebut pada dasarnya telah ditarik secara tidak langsung, tanpa menguar-uarkan kepada umum dan persepsi Pas dilihat semakin luas, selari dengan perubahan zaman. Katanya, amanat tersebut menjadi kontroversi setelah dimanipulasi dan dipolitikkan oleh pihak tertentu, menyebabkan ia menjadi topik perbualan hangat. "Saya bersetuju untuk turut serta berdiskusi dan memberi pandangan balas mengenai perkara ini," katanya. Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, beliau akan menimbang sama ada terlibat dalam program melibatkan ahli politik. "Tengok keadaan. Saya mungkin akan mempertimbangkannya jemputan tersebut. "Jika ia berkaitan dengan politik, maaf saya tidak mahu campur. Tetapi, untuk memberi pandangan dalam bidang akademik saya mungkin menyertainya," katanya. |
Amanat Haji Mahathir Vs Amanat Haji Hadi Posted: 02 Jan 2013 06:04 PM PST |
Kerajaan Selangor Sedia Pelan Bantuan Gangguan Air Posted: 02 Jan 2013 03:30 PM PST SHAH ALAM, 2 JAN : Kerajaan Negeri menyediakan pelan bantuan dengan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bersiap sedia bagi mengatasi gangguan bekalan air dibeberapa kawasan di negeri ini. Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Kerajaan Negeri meminta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan terlibat di Bandar Tun Razak, Hulu Langat dan Ampang. Sehingga kini, sebanyak tujuh lori tangki air dihantar oleh PBT-PBT di Selangor ke Wilayah Persekutuan khusus ke kawasan yang terjejas teruk akibat kegagalan Syabas menyelenggara rumah pam air dan membuat pemeriksaan berkala. "Menteri Besar juga meminta Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor untuk memantau pembekalan air di seluruh negeri dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur serta Putrajaya. "Pelan bantuan juga disediakan termasuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan yang bermasalah," katanya. Gangguan bekalan air ini juga menurut Faekah membuktikan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak mampu untuk menguruskan pembekalan air kepada seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. "Ini juga akibat projek penswastaan industri air yang tidak dilakukan secara berhemah oleh kerajaan BN Selangor. "Konsesi air bukan diberikan kepada syarikat yang mampu dari segi pengalaman mengurus dan kemampuan kewangan tetapi atas dasar mahu mengkayakan kroni. "Rakyat yang akhirnya menanggung beban, beban membayar harga yang tinggi dan risiko catuan air yang tidak menentu," kata Faekah dalam kenyataan medianya. Ujar beliau, ini menguatkan azam Kerajaan Negeri untuk terus mendesak Kerajaan Pusat melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA). Setakat ini, Kerajaan Pusat sengaja melambat-lambatkan proses penstrukturan semula industri air yang dicadangkan Kerajaan Negeri. Jelas Faekah, gangguan bekalan air dijangka berlarutan dan menjejaskan lebih 100,000 akaun pengguna. |
99 Hari Lagi Untuk Tukar Kerajaan BN Posted: 02 Jan 2013 08:06 AM PST Ada kawan saya dari UMNO beritau saya- jangan lah hentam kuat sangat. Kita sama2 Melayu. Jawapan saya mudah- melakukan perubahan dan revolusi bukan lah macam minum teh tarik, atau membuat sulaman. Tak boleh halus mulus sangat. Kesetiaan kepada negara sampai bila2- kesetiaan kepada kerajaan selagi ianya layak. Bila kamu UMNO hentam Anwar Ibrahim takde pun saya tengok sentiment kita sesama Melayu dicakapkan. Takde belas kesian. Itu bekas TPM yang dulu semua orang berebut nak cium tangan. Dan kaki kalau boleh. Kalau TPM kamu boleh belasah, rakyat biasa bagaimana? Mengapa politik UMNO hari ini didominasi oleh kegiatan melampau- menikam orang, menyekat pergerakan fisikal, menyimbah cat, baling batu, pukul orang? Majority orang Melayu nak duduk diam, membiarkan orang ganas mencorakkan politik bangsa Melayu? Inilah akibat nya, bila kita majority orang Melayu membiarkan golongan pelampau mewarnai politik negara. Inilah akibat nya bila pemimpin negara lembik dan mempunyai banyak tengkorak dalam almari membuat dia ketakutan mengekang golongan pelampau. Apa yang Najib boleh buat? Dia sendiri terlalu banyak tengkorak dalam almari yang akan keluar satu persatu. Buat muka sadin dan tunjuk innocent boleh lah. Tapi satu dunia dah tahu temberang dan tembelang Najib. Rakyat tak kisah jika kamu hentam Anwar Ibrahim seorang- tapi rakyat tak tahan tengok sekeluarga kena balun dan dizalimi. Apa yang mereka buat kepada kamu sehingga habis satu keluarga kena? Maka jika UMNO sanggup buat macam itu, janganlah komplen jika kamu menerima balasan yang setimpal. 11. Dah memang begitu- pemimpin UMNO perompak dan lanun. Yang dilakukan oleh Raja Ropiaah dan keluarga Shahrizat hanya bahagian hujung gunung salji sahaja. Seperti yang dikenenkan oleh Shahrizat sendiri, semua menteri UMNO sapu duit. Kita hairan- perkara sulit seperti ini Shahrizat tahu, tapi apa yang anak dan suami buat, dia tak tahu. Orang macam ini pun, Melayu UMNO masih mahu sokong? Koro sangatkah UMNO sehingga macam tidak ada pemimpin mereka yang lain? Para penternak lembu, terutama Melayu lihat apa sudah jadi pada RM250juta yang di songlap oleh keluarga shahrizat, pembesar UMNO. RM250 juta yang sepatutnya membangunkan puluhan penternak lembu yang lain sudah dipakai untuk beli kondominium sana sini, buka restoren mewah, beli supermarket, tanah sana sini. Dan oleh kerana ketua UMNO pun ada banyak kurap, dia tak berani nak jelkan Shahrizat dan keluarga Shahrizat. RM250 juta hanya impot 8000 ekor. Lembu jenis apa yang harga nya RM31 ribu seekor? Para pesara tentera dan tentera yang masih bertugas - perhatikan apa sudah jadi kepada duit caruman kamu di Boustead Holdings. Itu syarikat 65% LTAT yang punya. Lembaga pengarah BHB pula ramai pak jeneral. Duit yang kamu carum, akan ternancam. Belanja RM160 juta nak dapat kontrak RM100 juta? Apa punya binawe. Si bahalul mana yang kata pembelian ini akan menambahkan bank tanah. Kamu sudah ada 700 ekar sebelah tanah MINDEF ini yang belum dibangunkan, kamu nak beli lagi? Syarikat milik BHB-Jendela Hikmat yang nyata takde hikmat, gagal menyiapkan projek RM250 juta dan sarat dengan hutang. Mahu pinjam lagi dan keluar wang yang ada nak beli tanah dan bayar rasuah RM160juta? Pak jeneral dan lembaga pengarah takde telur nak mohon beli tanah direct dari MINDEF? Yang hendak beli dari Raja Ropiaah Kuala Dipang ini apa pasal? Mengapa BHB tidak beli 100% Astancangih? Sebab 20% yang baki nya, milik Putera Nazrain bin Abdul Jalil, anak saudara kepada Raja Ropiaah. Makna, BHB masih lagi mahu bersekongkol dengan Raja Ropiaah yang nyata membalun harta milik kerajaan yakni 223 ekar tanah milik Kementah. Putera Nazrain anak kepada Raja Rabiatun, adik beradik dengan Raja Ropiah. Abdul Jalil suami kepada Raja Rabiatun adalah pemimpin UMNO. Lihat? Pemimpin UMNO sapu semua. Ini semua Raja Kapor dari Kuala Dipang Perak yang berkerja sebagai penoreh getah, pemandu teksi dan kerja2 bawahan yang lain. Tapi sebab ada gelaran Raja- maka orang Melayu panggil mereka Yang Mulia. Dan orang Melayu UMNO hendak sokong lagi para pemimpin yang korap. Kita kita bezakan Melayu UMNO dan Melayu bukan UMNO. Orang Melayu yang tak sokong UMNO lebih ramai. Walaupun UMNO ada ahli 3.2 juta, calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi. Bererti 1.2 juta Melayu UMNO menolak UMNO kerana mereka tahu, menyokong UMNO bererti menyokong kemungkaran. Sokong kemungkaran ditegah agama Islam. Jumlah orang Melayu yang mengundi dalam tahun 2008 ialah 5.7 juta. Ertinya, 3.7 juta orang Melayu menolak UMNO. UMNO hanya dapat 2 juta undi. Jadi, janganlah kita gentar bila pelampau UMNO ugut kita. Kita ramai, mereka sikit. Kita tumbangkan mereka dengan mudah dengan tidak sokong calun2 UMNO. Mudah sahaja. http://sakmongkol.blogspot.com/ |
TERKINI - Deepak Sudah Buat 'Pusingan U' Posted: 02 Jan 2013 04:39 AM PST 'Saya tak pernah beri Rafizi apa-apa dokumen' Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah. Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut. "Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan. "Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini. Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut. Deepak ditanya mengenai tuntutan PKR hari ini supaya Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan peniaga permaidani, Deepak Jaikishin bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas. Deepak dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong adalah Beliau mengemukakan dokumen yang didakwa diperolehi parti itu melalui pengantara dari Deepak. Dari semakan awal, Rafizi berkata beliau percaya dokumen berkenaan adalah tulen. |
Posted: 02 Jan 2013 01:47 AM PST Pelik Tapi Benar... Restoran Ini Berada Di Tengah-Tengah Kubur Kubur merupakan tempat untuk memakamkan manusia yang telah meninggal dan biasanya kubur selalu digambarkan dengan hal hal mistik yang menyeramkan namun di India Kubur tidak lagi menakutkan dan menyeramkan sebab di atas kubur tersebut menjadi sebuah restoran yang unik dan menyenangkan pelanggan yang di kelilingi kubur- kubur orang yang telah meninggal. Seperti yang dilalui di Oddity Central, seorang lelaki di India mendirikan sebuah restoran di tanah perkuburan. Yang menarik, pemilik itu tidak memindahkan kubur tersebut. Sebaliknya dia menjadikannya sebagai salah satu hiasan. Lokasinya di Ahmadad, India, restoran unik tersebut dinamakan New Lucky. Restoran dengan menu milk tea (teh tarik) ini memiliki beberapa kubur warna hijau terang di celah-celah kerusi pelanggan. Para pelanggan mengaku tidak terganggu menikmati hidangan sambil melihat kubur tersebut. Mereka menganggapnya sebagai hiasan ruangan dan pelayan dengan dengan berkunjung disamping teh di tangan. Krishan Kutti Nair, pemilik tersebbut, berfikir lokasi yang menyeramkan ini baik untuk bisnes. Krishan sendiri tidak mengetahui makam siapa saja yang ada dalam restoran tersebut. Tapi sejarahwan setempat menyebut tempat itu menjadi peristirahatan terakhir seorang tokoh sufi beserta dengan keluarganya dari abad ke-16. http://kachipemas.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan