Blog-list Malaysia |
- Polis panggil Ibrahim Ali untuk beri keterangan
- Nasharuddin Seronok Media Arab Puji Najib
- Ciri-ciri sebagai pembangkang sudah terbentuk dalam UMNO
- Hantu Bukit Gasing..
- Ismail Haniyeh doa Ustaz Hadi solat bersama di Masjidil Aqsa
- Akhirnya Nasharuddin Mat Isa Dihumban Ke Tong Najis
- Ribuan Rakyat Johor Banjiri Jalanraya Mendengar Ucapan Anwar Ibrahim
- "Ya, saya akan hadapi saman Zahid Hamdi"
Polis panggil Ibrahim Ali untuk beri keterangan Posted: 27 Jan 2013 12:01 AM PST Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung seruannya untuk membakar Bible dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang menggunakan kalimah Allah. Katanya, MP Pasir Mas itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan. Peruntukan itu adalah berhubung kesalahan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan. Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun. Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Abdul Rahim juga berkata polis menerima tujuh laporna polis berhubung kenyataan Ibrahim. |
Nasharuddin Seronok Media Arab Puji Najib Posted: 26 Jan 2013 09:47 PM PST Dalam kenyataanya, Nasharuddin Mat Isa berkata, lawatannya ke Gaza dalam rombongan Perdana Menteri, tidak ada kena-mengena dengan politik sebaliknya sebagai menunjukkan keprihatinan kepada umat Islam yang sedang ditindas di Palestin. Dia juga tidak berhajat untuk memberikan penjelasan kepada kepimpinan tertinggi PAS berhubung pemergiannya ke Gaza bersama-sama rombongan Perdana Menteri. Alasan Nasharuddin ialah, ketika pemergiannya ke Makkah bersama Perdana Menteri tahun lepas, Majlis Syura PAS tidak mempersoalkannya bahkan memahami mengapa dia turut serta. Menurut Nasharuddin lagi, sepanjang program lawatan yang telah diatur itu dan ketika dalam perjalanan ke Gaza, tiada sebarang perbincangan politik di Malaysia telah dibuat. Sebaliknya apa yang dibincangkan ialah usaha-usaha yang boleh digerakkan untuk mengukuhkan sumbangan Malaysia kepada rakyat Palestin atas dasar sebagai seorang Muslim. Kata Nasharuddin, "Bagi saya, kalau hendak tuduh, tuduhlah. Itu hak mereka. Hak saya adalah untuk maju ke depan. Saya ingin memberi sumbangan semaksimum mungkin bagi membantu saudara seagama dan saya sandarkan penglibatan saya ini atas kehendak agama dan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim." Menurut Nasharuddin, lawatan tersebut telah meningkatkan imej Malaysia sebagai model sebuah Negara Islam yang praktikal dan amat diperlukan dalam dunia moden ini. Nasharuddin turut mengesahkan, media-media Arab memuji keberanian Najib Abdul Razak yang menjadi pemimpin Islam bukan dari kalangan Negara Arab yang memasuki zon perang. |
Ciri-ciri sebagai pembangkang sudah terbentuk dalam UMNO Posted: 26 Jan 2013 09:11 PM PST Strategi terakhir UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kali ini ialah dengan memisahkan PAS dengan DAP dan telah saya sebut dalam posting saya yang lepas. BN menggunakan isu agama, siapa yang mengudakan dan dikudakan di antara PAS dengan DAP dan juga isu kononnya kaum Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Tetapi cara ini tidak berkesan lagi kerana kali ini. Buat pertama kalinya hampir keseluruhan rakyat bercakap dan mentelaah tentang politik. Rakyat tahu yang tuduhan orang Cina dan DAP akan menguasai politik dan kerajaan itu ialah untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama DAP dalam memperjuangkan kerajaan yang bersih dan matlamat PAS yang mahukan sebuah kerajaan yang mampu untuk mengaddinkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Matlamat BN untuk memecahkan DAP dangan PAS itu adalah satu tektik yang berkesan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu tetapi isu itu tidak lagi diterima oleh rakyat sekarang kini. PAS pula telah membuktikan bahawa parti itu mampu untuk menjadi pilihan yang menggantikan UMNO sebagai parti Islam yang dikuasai oleh orang Melayu. DAP pula merupakan parti yang diminati oleh orang Cina dan kaum-kaum lain kerana sifatnya sebagai parti berbilang kaum dan bangsa. Lagi pun jika DAP memenangi semua kerusi pun ia tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan sendirian seperti yang dimomokkan oleh BN dalam siri kempennya keseluruh negara. DAP tetap mengakui bahawa orang Melayu merupakan kaum yang terbesar dan perlu mendapatkan sokongan kaum Melayu untuk menjadi parti yang berkesan di dalam kerajaan setelah Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya nanti. Itulah sebabnya urusan untuk mendapatkan pembaharuan politik hanya boleh dilakukan oleh kedua parti ini dengan sokongan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat ini merupakan premis terbaik bagi rakyat bersatu dengan kuat kerana kegagalan UMNO membina budaya hidup bersama dalam sebuah negara yang majmuk seperti negara ini. BN telah gagal kerana sifat parti-parti di dalamnya yang merupakan parti-parti yang berdasarkan kepada keahlian mereka mengikut kaum dan bangsa. Masa berubah dan pemikiran rakyat turut berubah mengikut masa dan zamannya. Pemikiran yang betul tidak datang dengan cepat tetapi apa yang berlaku dalam BN hari ini membuatkan rakyat berfikir dan melakukan tehakik yang jelas diantara rakyat untuk memberikan persepsi buruk yang sedang di alami oleh BN sekarang ini. BN sebenarnya bermusuhan dengan rakyat yang berfikir. BN lebih suka kepada rakyat yang tumpul pemikiran mereka kerana ketumpulan pemikiran itu memudahkan UMNO untuk mengelirukan pemikiran rakyat dan itulah sebenarnya cara BN selamat selama ini. Dalam usaha lain, BN khususnya Perdana Menteri berkata yang BN akan memperbetulkan apa yang telah salah dilakukan oleh BN serta semua kelemahan BN semasa mentadbir negara kita. Tetapi mereka lupa yang BN telah diberikan mandat itu setiap pilihanraya sebalum ini. Kenapa tidak juga berlaku apa yang mereka janjikan sekarang ini. Sedar kah atau tidak janji BN sekarang ini merupakan janji-janji yang telah di buat sejak puluhan tahun dahulu. Jika selama ini BN tidak berjaya melakukannya malahan menjadi penyebab pula kepada masalah yang kita hadapi hari ini, apa yang boleh meyakinkan kita yang BN tidak akan gagal seperti dahulu lagi? Sesungguhnya UMNO dan pimpinannya tidak akan dapat lagi menghilangkan persepsi rasuah sebagai isu yang terbesar dalam pilihanraya kali ini. Isu ini sememangnya isu dan stigma yang melekat kuat terhadap UMNO dan rasuah itu merupakan isu sinonim dengan UMNO. Rakyat tahu rasuah itu adalah faktor terbesar yang menyebabkan rakyat terutamanya yang masih berada diatas pagar dalam pilihanraya kali ini. Itulah sebabnya segala usaha BN untuk mendapatkan dukungan rakyat itu sentiasa gagal. Selagi persepsi rakyat yang UMNO itu rasuah tidak dapat di buang dari pemikiran rakyat kegagalan itu tetap berterusan sehingga BN benar-benar berada dipetak pembangkang di dalam dewan-dewan legislatif persekutuan dan negeri-negeri dalam persekutuan ini. Pendeknya UMNO dan BN perlu menerima hakikat yang setiap parti politik dalam sebuah demokrasi itu tetap akan melalui proses turun naik itu. Bagi BN, ia telah mendapat mandat yang berterusan sejak merdeka dan kali ini ia tetap akan melalui proses yang biasa dalam sesuatu demokrasi itu, iaitu giliran untuk menjadi pembangkang pula. Lagi pun sikap dan sifat UMNO akhir-akhir ini sudah menunjukkan 'attribute' sebagai parti pembangkang dengan jelas. Oleh kerana sudah terbentuk 'attribute' sebagai pembangkang maka tidaklah susah lagi UMNO untuk menjadi pembangkang yang diharapkan sebagai pembangkang yang baik selepas pilihanraya nanti. UMNO akan lebih baik sebagai pembangkang kerana parti itu akan membentuk pemimpin yang berfikir setelah menjadi pembangkang. Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai. Sumber: aspanaliasnet.blogspot.com |
Posted: 26 Jan 2013 07:10 PM PST PETALING JAYA, 27 JAN: Satu demi satu bukti wujudnya pengundi hantu di Selangor terbongkar apabila seorang pemilik rumah mendedahkan beliau menerima 28 surat daripada Barisan Nasional (BN) walaupun tidak mengenali pengirim surat itu. Bukti terbaru itu sekaligus mengukuhkan laporan dan aduan orang awam, NGO dan Pakatan Rakyat mengenai ratusan ribu pertambahan pengundi berdaftar yang meragukan. Dalam satu sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, antara yang mengejutkan ialah terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali didaftar menggunakan alamat itu apabila disemak dalam daftar pemilih. "Kami mahu tanya Najib dan penyelaras BN Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed adakah ini pengundi hantu mereka? "Dengan pembongkaran itu, BN umpama "menyumbat gol sendiri," katanya kepada media. Turut hadir pada sidang media itu ialah ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Kasthuri Patto. Menurut beliau, pendedahan itu jelas menunjukkan wujudnya motif politik BN. Apabila ditanya samada insiden itu mungkin disebabkan kesilapan teknikal, beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor berkata, jika ianya sekadar satu atau dua kesilapan, itu masih boleh diterima. "Tapi mana mungkin sebanyak 28 kesilapan berlaku serentak? Apabila kita buat semakan dan penelitian, nama itu telah didaftarkan pada 2012 lalu ketika Rang Undang-undang Daftar Pemilih suku pertama dimansuhkan. "Lagipun pemilik tidak pernah sewakan rumah itu kepada sesiapa dan beliau menetap di situ sudah lebih 30 tahun," jelasnya. Justeru, beliau mendesak agar SPR mengambil tindakan secara serius apa lagi negara dikejutkan dengan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin yang diberi kad pengenalan di Sabah. Satu MyKad, dua nombor pengenalan Kasthuri Patto pula mendedahkan satu kes yang berlaku di Petaling Jaya membabitkan seorang penduduk bernama Jensen, 25, yang mendedahkan kewujudan dua nombor berbeza pada kad pengenalannya. "Di bawah nombor MyKad beliau satu lagi nombor pengenalan tertera dalam kurungan. "Apabila disemak, nombor itu adalah milik seorang pengundi yang lahir pada 1961 di Segambut. Bagaimana boleh jadi begini sedangkan pemilik lahir pada 1988. Bagaimana boleh ada dua nombor pengenalan dalam satu MyKad? soal beliau. Tambahnya, sudah lebih 10 tahun NGO bersama parti oposisi mendesak SPR membersihkan daftar pemilih di Malaysia. "Pada 2004, kita pernah desak Pengerusi SPR meletakkan jawatan sebab banyak keraguan dalam daftar pemilih, sekarang sudah tahun 2013, masih tak ada perubahan. "Najib kata nak buat transformasi tapi tak ada apa yang berubah. Adakah ini merupakan satu lagi kes janji tidak ditepati? ujarnya. – Roketkini.com |
Ismail Haniyeh doa Ustaz Hadi solat bersama di Masjidil Aqsa Posted: 26 Jan 2013 05:22 PM PST GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi kenyataan pada suatu masa kelak. Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gaza serta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya. "Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini. "Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa," ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin. Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza. Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin. Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin. Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin. "Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam. "Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah," ujarnya. Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza. Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi. Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza. caption: Ismail Haniyeh bergambar kenangan bersama delegasi Yayasan Amal Malaysia dan disertai oleh Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki pada pertemuan ringkas di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City. |
Akhirnya Nasharuddin Mat Isa Dihumban Ke Tong Najis Posted: 26 Jan 2013 06:49 AM PST Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya. Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti. Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu. Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja. Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti. |
Ribuan Rakyat Johor Banjiri Jalanraya Mendengar Ucapan Anwar Ibrahim Posted: 26 Jan 2013 05:33 AM PST |
"Ya, saya akan hadapi saman Zahid Hamdi" Posted: 26 Jan 2013 04:21 AM PST 26 Jan — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) tidak akan tarik balik kenyataannya berkenaan Kementerian Pertahanan menggunakan dana awam untuk membeli saham Astacanggih, milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan berharga RM30 juta dan membeli tanah Raja Roopiah bernilai RM160 juta di Bukit Raja. Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, rakyat Malaysia secara umumnya sudah mengetahui kes ini dan beliau sedia ke mahkamah menghadapi saman dari Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. "Ya, saya akan hadapi saman tersebut. Saya akan go through dengan lawyer saya mengenai isu ini," kata Rafizi. Semalam, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyaman Rafizi berkenaan tulisannya di dalam blognya, yang didakwa berunsur fitnah, palsu dan tidak benar. Saman itu dikemukakan berhubung artikel yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan. Ahmad Zahid selaku plaintif berkata, perkataan tersebut antaranya membawa maksud beliau tidak kompeten, salah guna kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan tidak jujur. Menteri Pertahanan itu antaranya menuntut ganti rugi am dan khas bagi fitnah bertulis, ganti rugi teladan dan melampau serta menarik balik sepenuhnya kata-kata fitnah itu. Pengarah strategi PKR itu berkata, beliau bersedia untuk ke mahkamah agar semua dokumen yang terlibat dapat disapina di mahkamah. "Kalau dia saman saya, baguslah, kita boleh sapina semua dokumen nanti. "Apa yang saya katakan, beliau selaku Menteri Pertahanan harus bertanggungjawab kepada dana awam," kata Rafizi lagi. Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari. Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya. Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan