Rabu, 16 Januari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Sharifah Zohra Dakwa Diugut Dan Kini Menyembunyikan Diri

Posted: 15 Jan 2013 11:14 PM PST

Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) mendakwa presidennya Sharifah Zohra Jabeen diperas ugut berhubung video beliau mencaci seorang pelajar universiti yang kini tersebar luas.Emalee yang lebih dikenali sebagai "Ratu Naga" yang menguruskan akaun Facebook SW1M menyatakan perkara tersebut apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

"Mengapa saya tidak pernah meminta beliau untuk mendedahkan dirinya? Seseorang memeras ugutnya. Jadi saya fikir cara terbaik (adalah) untuk beliau berdiam diri dan saya melakukan semua muatnaik dan penjelasan," kata anggota majlis tertinggi dan penasihat SW1M.


Emalee mengatakan beliau boleh membuat penjelasan oleh kerana turut hadir dalam forum pada 8 Disember di Universiti Utara Malaysia yang dirakamkan dan tersebar luas sebagai sebuah video melebihi 20 minit dan membangkitkan kemarahan di Internet.

"Saya menyuruh beliau ke tempat lain yang lebih selamat kerana beliau mempunyai anak. Seseorang cuba memeras ugutnya dan isu ini menjadi bertambah serius," tambah beliau lagi.

Beliau mengesahkan Sahrifah Zohra tidak menyerahkan kuasa kepadanya untuk sebarang muatnaik di Facebook SW1M sambil menambah presidennya tidak tahu menahu tentang Facebook tersebut.

Menurut Emalee, pertubuhan tersebut yang bertujuan untuk memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak ditubuhkan sekitar Januari-Febuari tahun lalu.

Beliau berkata SW1M membantu wanita dengan mendengar masalah mereka, termasuk kes-kes penderaan domestik, dimana organisasi tersebut kemudian menyerahkan kepada Perdana Menteri dalam bentuk memorandum.

Beliau mengakui bahawa ada yang melihat SW1M sebagai "NGO untuk BN" akan tetapi menekankan organisasi tersebut bebas dan "tidak mewakili mana-mana parti politik".

Beliau bersetuju bahawa kehadiran slogan "1 Malaysia" dalam nama organisasi mungkin menyebabkan kekeliruan, tetapi berkata bahawa salah satu daripada sebab-sebab ianya dipilih adalah kerana mereka "menghormati" perdana menteri.

SW1M telah mempertahankan Sharifah Zohra diatas video yang menunjukkan beliau mencaci pelajar undang-undang Bawani KS dengan kata-kata seperti "apabila ini adalah program kami, kami benarkan anda untuk bercakap "dan" apabila saya bercakap, anda dengar".

Video menunjukkan Bawani bercakap mengenai perhimpunan Bersih untuk pembaharuan pilihan raya dan pendidikan percuma, sebelum ahli panel forum Sharifah Zohra mengganggu serta merampas mikrofon beliau.

Beliau kemudiannya memanggil pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai "anarkis" dan memberitahu pelajar universiti untuk pergi ke negara-negara lain jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara luar.

Pentadbir organisasi telah berkata Sharifah Zohra tidak tidak perlu meminta maaf kepada Bawani berhubung kenyataannya.

Dua pemimpin Barisan Nasional (BN) telah mempertahankan Bawani di Twitter dan berkata bahawa Sharifah Zohra tidak berkaitan dengan gabungan pemerintah itu.

Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Syed Ibrahim Kader semalam berkata Sharifah Zohra tidak lagi menjadi ahli parti tersebut, sebelum menuduh beliau mempunyai "sukar mengawal" tingkah laku.

Semalam Emalee berkata politik tidak pernah disebut sepanjang forum dan mendakwa Bawani tidak bercakap semasa sesi soal-jawab tetapi hanya berdiri selepas program berakhir.

Beliau berkata bahawa Sharifah Zohra tidak memberi ruang Bawani dan masa untuk bercakap, tetapi mengucapkan perkataan terkenal "dengar, dengar, dengar" garisan apabila pelajar tersebut enggan membiarkan ahli panel bercakap.

Beliau berkata forum, yang bertajuk Seiringkah mahasiswa dan politik telah dijalankan?' anjuran oleh SW1M dengan kerjasama UUM.

Bawani, seorang aktivis sosial berumur 27 tahun, memberitahu The Malaysian Insider video menunjukkan bagaimana universiti yang dibiayai oleh negara menggunakan forum pelajar untuk "cuci otak" mereka.


PANAS - Patrick Teoh Menghina Al-Quran Dan Islam

Posted: 15 Jan 2013 10:38 PM PST




Akhirnya bimbang kesan yang bakal terjadi Patrik Teoh telah memohon maaf atas kenyataan kurang ajar lagi CELAKA dia tu. Tapi nampak macam tak berapa ikhlas la..



UUM kata tiada kena mengena dengan forum SW1M

Posted: 15 Jan 2013 10:28 PM PST

Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini menjelaskan bahawa ia hanya menyediakan dewan untuk forum kontroversi melibatkan teguran pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada pelajar jurusan undang-undang KS Bawani.

Naib canselor UUM Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak dalam kenyataan kepada beberapa akhbar berbahasa Cina semalam berkata, universiti itu tiada kena mengena dengan forum berkenaan selain menyediakan tempat.


"Untuk mengaitkan UUM dengan forum ini amat tidak adil kepada pihak berkuasa universiti," katanya kepada akhbar China Press.

Laporan Oriental Daily News pula menyebut, Mustafa kecewa apabila ramai yang menuding jari kepada UUM selepas menonton konfrontasi di antara Bawani dan Sharifah.

Beliau turut menegaskan bahawa kenyataan Sharifah tidak mewakili pendirian UUM dan turut memuji keberanian Bawani dalam menyatakan pandangan.

"Sebenaranya, sikap kedua-dua mereka amat keras. Bawani bertegas untuk bertanya soalan selepas sesi soal jawab tamat dan berlanjutan. Ini mungkin menyebabkan Sharifah berang.

"Universiti sentiasa memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyatakan buah fikiran," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini menghubungi seorang pengurus program SW1M yang dikenali dengan nama Azhar untuk mendapatkan reaksi pagi ini.

Azhar yang enggan mengulas lanjut berkata NGO berkenaan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.


Bawani Terkejut Tiba-Tiba Menjadi Wira..

Posted: 15 Jan 2013 08:28 PM PST

GEORGE TOWN, 16 Jan — Video pelajar universiti dicaci kerana menyatakan pandangannya di laman Youtube yang tersebar luas mendedahkan kepada umum bagaimana institut pengajian tinggi awam menggunakan forum untuk "mencuci otak" mahasiswa.

Pelajar undang-undang tahun dua Bawani K.S. menyatakan rasa terkejut sekarang kerana dirinya bertukar menjadi wira dalam masa satu malam kerana mempersoalkan ahli panel Sharifah Zohra Jabeen dalam forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Disember.


"Sekarang orang ramai akan tahu apa yang berlaku di universiti awam dan bagaimana mereka boleh menganjurkan forum 'Mahasiswa dalam politik' dan menggunakannya untuk 'brainwash' pelajar dengan memberitahu mereka perhimpunan jalanan adalah salah sambil menunjukkan gambar-gambar pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah dan memberitahu kita agar tidak mencontohi mereka," kata Bawani kepada The Malaysian Insider.

Aktivis sosial berumur 27 tahun lega insiden tersebut tersebar luas kerana beliau berpeluang mendapatkan lebih ramai orang menyertainya untuk memperjuangkan pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia.

Apabila diberitahu beliau digelar sebagai "Ambiga Kecil", Bawani tertawa dan mengatakan betapa pentingnya rakyat mengetahui keperluan meneruskan perjuangan menuntut hak mereka.

Beliau juga berkata Sharifah Zohra tidak perlu meminta maaf kepada dirinya tetapi berhutang maaf kepada semua pelajar dalam forum tersebut.

"Beliau telah perkecilkan semua pelajar dan memperkecilkan kita semua," kata pelajar tersebut yang juga merupakan seorang ahli Parti Sosialis Malaysia dan organisasi Jaringan Rakyat Tertindas.

Walaupun tidak kecewa kerana dicaci secara terbuka, Bawani masih kesal tentang bagaimana keseluruhan forum dianjurkan untuk menjadikan pelajar universiti menentang perhimpunan Bersih dan perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan hak rakyat.

"Dalam kebanyakan forum, mereka menunjukkan klip video perhimpunan dan gambar-gambar wanita yang terlibat dalam perhimpunan dan kemudian memberitahu pelajar-pelajar ini bagaimana wanita perlu bertindak atau berkelakuan dan tindakan tersebut adalah salah," katanya menceritakan ketika dihubungi.

Beliau juga menyatakan rasa terkejutnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menghubungi beliau berhubung kejadian itu.

"Dia memberitahu saya dia menyokong saya dan saya menjawab pemimpin NGO seperti Sharifah tidak harus dibenarkan untuk menganjurkan apa-apa forum yang berat sebelah dalam universiti awam," katanya.

Bawani berkata adalah lebih adil untuk mempunyai satu forum di mana kedua-dua belah seteru politik hadir membahaskan secara terbuka pandangan yang berbeza mereka mengenai isu-isu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna internet dan pelajar kerana menyokong beliau dan menggesa mereka untuk menggunakan ini untuk meneruskan perjuangan untuk hak-hak mereka sendiri.

"Marilah berjuang bersama-sama untuk pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia," kata pelajar undang-undang yang sudah mempunyai ijazah pertama dalam bidang psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mengenai perjuangan beliau untuk pendidikan percuma, Bawani mengkaji isu itu pada tahun 2010 dan merasakan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak, mampu untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua pelajar dari tadika hingga ke peringkat tertinggi.

Video YouTube yang menunjukkan Sharifah Zohra yang mengetuai organisasi tidak dikenali Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), mencaci Bawani tersebar luas semalam di laman media sosial.- TMI


PANAS - Wanita Umno Hina Bawani.. Suruh Balik India..

Posted: 15 Jan 2013 07:36 PM PST




Anwar makin hilang sokongan - Ruslan Kasim

Posted: 15 Jan 2013 05:52 PM PST

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Tindakan peserta himpunan pembangkang keluar dari Stadium Merdeka sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap membuktikan sokongan rakyat terhadap Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri semakin suram.

Difahamkan, peserta yang bertindak keluar stadium ketika Anwar bersemangat memberikan ucapan tersebut terdiri daripada ahli-ahli Pas.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim (gambar) berkata, ternyata penyokong Pas mahu meletakkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang majoriti pada pilihan raya umum akan datang dan bukannya Anwar.


Katanya, penyokong dan ahli Pas seakan-akan sedar tentang masalah moral serta nafsu Ahli Parlimen Permatang Pauh yang merupakan liabiliti politik kepada pembangkang.

"Ahli-ahli Pas juga sudah percaya dengan pengakuan yang dibuat Pengerusi DAP, Karpal Singh pada Oktober 1997 bahawa beliau mempunyai bukti kukuh tentang kegiatan liwat Anwar.

"Sehingga hari ini, Karpal enggan menarik balik kenyataan itu daripada hansard Parlimen. Takkan peguam Anwar (Karpal) hendak berbohong dalam perkara sebegini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut laman blog papagomo.com, dianggarkan sekitar 5,000 penyokong pakatan pembangkang bergegas keluar stadium ketika Anwar memberikan ucapan.

Sehubungan itu, jelas Ruslan, Anwar seharusnya sedar dan bersara daripada dunia politik ekoran penolakan penyokong terhadap beliau.

Tambah Ruslan, penolakan Anwar sebagai Perdana Menteri itu juga menimbulkan keraguan dalam kalangan ahli-ahli Pas tentang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang masih tidak membuat penafian serta menyangkal dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan Anwar.

"Kita juga ingin bertanya apakah berdiam diri itu bermakna mengesahkan atau mengiyakan apa yang dikatakan oleh rakyat atau mereka sebenarnya telah tersepit serta tak berani mengeluarkan sebarang kenyataan?

"Rakyat diminta buka mata untuk menilai agenda politik pembangkang ini supaya kerajaan yang memerintah selepas pilihan raya umum akan datang merupakan kerajaan berkaliber dan dapat memakmurkan negara," katanya. -Utuseks Malaysia


Sharifah Zohra Seorang Yang Liar Dan Sukar Dikawal - Kimma

Posted: 15 Jan 2013 02:42 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.

Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar."


"Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama.

"Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala yang beliau lakukan dan katakan sekarang tidak lagi melibatkan kami dan bukan pendirian kami," tegas Syed Ibrahim yang tidak menyatakan secara terperinci sama ada Sharifah Zohra dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan.

Ekoran kontroversi video tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan rakannya Khairy Jamaluddin juga mempertahankan mangsa sikap biadap tersebut, Bawani dalam laman Twitter mereka.

Syed Ibrahim mengakui kelantangan dan sikap agresif Sharifah Zohra semasa berada dalam KIMMA dan telah menerima pelbagai laporan negatif mengenai individu tersebut.

"Ya, kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau (Sharifah Zohra) ini dan susah nak kawal beliau ini," tambah beliau lagi.
"Namun, beliau kini tidak berada dalam parti lagi."

Forum "Seiringkah mahasiswa dan politik?" diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada 8 Disember lepas, akan tetapi hanya heboh selepas video tersebut dimasukkan di Youtube minggu lalu.

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Bawani juga menegaskan sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya.
Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan terus bercakap.

Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah kepada Bawani.
Tindakan Sharifah telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut.


Apabila teringat Mahathir, teringat pula kelindan lori

Posted: 15 Jan 2013 06:54 AM PST

UMNO begitu gusar dengan apa yang berlaku di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas. HKR112 sangat berjaya dan kejayaan perhimpunan itu bukannya kejayaan menghimpunkan seramai ratusan ribu umat semata-mata, tetapi kejayaan rakyat yang mahukan perubahan menunjukkan manifestasi mereka hendak mengalih dan menganjak kepimpinan negara dengan pimpinan dari parti pilihan mereka. Kalau kita ikut hukum akal UMNO telah pun merudum jika pilihanraya ke-13 di adakan setahun sebelum HKR112 itu atau bila-bila selepas perhimpunan bersejarah itu.

Tetapi ada seorang bekas pemimpin kita yang lebih gusar dari pucuk pimpinan yang rakyat hendak ambil alih ini. Nama pemimpin itu ialah Dr Mahathir Mohammad dan beliau secara deras telah memberikan reaksi beliau tentang HKR112 itu. Beliau menyamakan himpunan itu sebagai bukti yang parti-parti pembangkang sedang membina gerakan untuk menumbangkan kerajaan BN seperti yang berlaku dalam siri Arab Spring di negara-negara Timur Tengah.


Komen Dr Mahathir itu tidak melambangkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berpuas hati setelah begitu lama menjadi Perdana Menteri negara ini. Walaupun masyarakat dunia telah menganggap beliau sebagai bekas pemimpin yang kedua terkaya di dunia ini, nampaknya masih ada yang merunsingkan bekas PM yang 'famous' ini.. Semua tindakan dan pemikiran beliau amat mudah dibaca oleh sesiapa yang berkemampuan untuk berfikir. Rakyat sudah mahir membaca Dr Mahathir dan rakyat faham apa yang mencelarukan pemikiran beliau.

Kata perpatah, rakyat 'sudah dapat menyelam air dalam tunggak'. Apa yang terselindung dalam hati dan benak beliau itu difahami oleh rakyat yang ramai dengan mudah. Otak beliau nampaknya belum bersara lagi walaupun tubuh dan fizik beliau sudah bersara. Pemikiran beliau lebih kencang berfikir dari semasa beliau dalam jawatan lagi. Sesungguhnya Mahathir sememangnya sudah terlalu susah untuk bersara seperti PM-PM lain yang telah tamat perkhidmatannya.

Tetapi itu semua bukannya dilakukan oleh pembangkang yang bakal mengambilalih pimpinan kerajaan ini, tetapi itu adalah hasil dari tingkah laku politik beliau sendiri. Bukan tidak pernah rakyat khususnya ahli-ahli UMNO sendiri pernah berusaha untuk menyelamatkan beliau menghadapi apa yang beliau sedang hadapi sekarang. Partinya sendiri pernah cuba untuk merehatkan beliau untuk mengelakkan beliau terus-terusan untuk merosakkan diri beliau sendiri dengan cara memberhentikan beliau.

Beliau tidak mahu akur dengan kehendak sebilangan besar ahli-ahli partinya sendiri dan sebaliknya beliau telah membunuh partinya itu semata-mata untuk beliau melakukan kerosakan bukan sahaja kepada negara tetapi terbukti beliau merosakkan pemikiran dan kehidupan beliau sendiri.

Kekalahan UMNO itu merupakan igauan beliau kerana beliau telalu takut dengan perbuatan beliau sendiri. Menganggapkan himpunan Sabtu lepas sama seperti Arab Spring yang telah menjatuhkan banyak Ketua Kerajaan di Timur Tengah adalah tidak bermoral. Rakyat keluar untuk ke Stadium bagi menunjukkan sikap mahu berubah dengan pihak kerajaan membetulkan sistem pilihanraya kita yang terlalu 'out moded' yang berat sebelah itu. Kita hendak merubah melalui pilihanraya dan kita hendakkan pilihanraya terlaksana dengan telus dan adil.

Perarakan ke Stadium Merdeka itu adalah untuk berkumpul dan tidak boleh menganggap perjalanan ramai-ramai ke stadium itu sebagai demonstrasi jalanan. Kita telah berarak dengan aman kerana tiada provokasi dari pihak FRU seperti yang berlaku semasa perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Dr Mahathir terlalu banyak agenda. Selain dari agenda mempertahankan UMNO untuk mempertahankan diri beliau, beliau juga mempunyai agenda tersendiri di dalam UMNO itu sendiri. Beliau sedang bertindak untuk menjatuhkan seorang pimpinan UMNO dan diambil alih pimpinan itu oleh seorang yang lain. Mahathir telah sentiasa bermain politik 'intra-parti' sejak dari dulu sampailah sekarang.

Tetapi sekarang Mahathir berhadapan dengan masalah kerana permainan politik intra-parti beliau tidak pasti menjadi kerana UMNO itu sendiri dijangka akan gugur dalam pilihanraya itu nanti. Justeru kekuatan PR yang bertambah-tambah itu sangat menggusarkan Mahathir kerana keadaan itu merupakan 'spoiler' kepada rancangan beliau untuk menaik dan menurunkan pimpinan UMNO sebelum pilihanraya kali ini.

Beliau ini tidak ubah seperti seorang kelindan lori yang menaikkan dan menurunkan barangan dari lori yang beliau naiki itu. Itulah kerja beliau selama ini. Justeru adalah penting bagi rakyat melakukan sesuatu yang baru dalam politik negara khususnya dalam pilihanraya nanti .

- http://aspanaliasnet.blogspot.com/


Bank Islam Buat Lawak Bodoh

Posted: 15 Jan 2013 05:06 AM PST

Gantung Staf Adalah Polisi Jika Terlibat Dalam Aktiviti Politik ~ Bank Islam

Bank Islam hari ini berkata menjadi amalan bank tersebut untuk menggantung pekerja yang terlibat dengan aktiviti politik atau membuat kenyataan politik.

"Berdasarkan polisi Bank Islam Malaysia Berhad, sebarang staf tidak kira apa jawatannya, termasuk bahagian pengurusan, yang pihak Bank merasakan melanggar polisi dalaman Bank, akan digantung dengan dibayar gaji penuh, untuk meneruskan siasatan," kata bank dalam kenyataan satu perenggan bertarikh hari ini.

Kenyataan Bank Islam ini dikeluarkan sebagai respon kepada pertanyaan The Malaysian Insider berkenaan dengan penggantungan ketua penganalisis ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin mengenai ramalan keputusan Pilihan Raya 2013.


Apabila dihubungi hari ini, pegawai Bank Islam berkata "polisi dalaman" bank tidak membenarkan pekerjanya menyertai aktiviti politik.

"Kami adalah entiti komersil, kita tidak dibenarkan [untuk menyertai] dalam kegiatan politik."

Pegawai tersebut berkata staf bank tidak boleh bercakap tentang hal politik apabila bercakap di khalayak ramai.

"Kami tidak memberi komen tentang isu politik atau yang berkaitan dengan perkara tersebut," kata pegawai tersebut.

Apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Azrul Azwar mengesahkan spekulasi bahawa Bank Islam telah menggantung perkhidmatannya sebagai ketua penganalisis ekonomi selepas ramalannya tentang keputusan Pilihan Raya 2013.

Apabila ditanya berapa lama penggantungan tersebut, beliau menjawab "Saya tidak pasti, mungkin selepas notis yang berikutnya."

Azrul Azwar minggu lalu dilaporkan akhbar Singapura The Straits Times menjangkakan kemenangan tipis kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya 2013 dan memberitahu tiga senario yang mungkin berlaku.

Selepas laporan berita tersebut disiarkan The Straits Times dan The Malaysian Insider, Bank Islam menjauhkan dirinya dari pandangan Azrul Azwar.

Kenyataan pengarah urusan Bank Islam Datuk Seri Zukri Samat pada 11 Januari kesal dengan laporan berita mengenai sebuah forum di Singapura yang mengaitkan bank dengan pandangan Azrul Azwar dan ramalannya.

"Untuk pengetahuan, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dengan forum tersebut.

"Pandangan yang dikeluarkan Azrul dalam forum tersebut adalah pandangan peribadinya dan tidak harus dikaitkan dengan Bank Islam," kata Zukri dalam kenyataan empat perenggan.

Dalam laporan The Straits Times, Azrul Azwar menjangka senario yang akan berlaku apabila Barisan Nasional hanya mampu memenangi 97 hingga 107 dari 222 kerusi parlimen, yang tidak cukup untuk sebuah kerajaan.

Tetapi keputusan tersebut juga bermakna PR hanya mempunyai sebuah kerajaan yang goyah, jauh dari majoriti yang sering diterima oleh musuh politik mereka.

Dua lagi senario yang dibentangkan Azrul Azwar ialah kemenangan tipis BN dan kemenangan lebih besar pada PR.

Azrul Azwar mengambil faktor seperti kaum dan demografik.

Beliau juga menjangkakan kemenangan tipis bagi PR, dimana pasaran saham akan jatuh kerana "kejutan" dan ketidakstabilan.

Beliau juga mengatakan akan berlakunya "sabotaj ekonomi" oleh peniaga dan pekerja awam yang bersama BN. - MI


Timbalan Menteri ‘rayu’ Bawani, mahu pulih isu

Posted: 15 Jan 2013 04:11 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Jan: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 'merayu' KS Bawani, pelajar kontroversi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang lantang dengan pendirian mengenai perhimpunan Bersih dan tuntutan pendidikan percuma supaya menghubunginya, dipercayai untuk meredakan isu.

Datuk Saifuddin Abdullah menulis di twitter semalam, nombor telefon peribadinya dengan mesej meminta pelajar tersebut meghubunginya, selepas seorang pengguna twitter memberitahu Bawani mempunyai akaun twitter.


Menurut beliau, mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan tanpa ada sekatan.

Isu ini tercetus apabila rakaman video forum suara mahasiswa yang dimuat naik ke youtube sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa, iaitu Bawani untuk memberi pandangan.

Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar UUM bulan lepas memaparkan ahli panel, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menyekat pelajar itu dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan percuma.

Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di hadapan pelajar itu.

Sharifah dengan nada tegas berkata 'Listen' sebanyak 10 kali sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap.

Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA. Semua tahu Kimma atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia adalah komponen baru dalam BN.

- keadilandaily.com/


Tiada ulasan: