Blog-list Malaysia |
- PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM LAGU NEGERI TIDAK PERLU DIJADIKAN ISU
- Populariti Najib Turun 2 Peratus.
- Babi Serang Mahkamah.. Nak Protes Sistem Kehakiman Negara?
- Anuar Musa 'Anjing'..
- Ustaz Azhar Idrus Sahkan Kehadiran Pada Himpunan Kebangkitan Rakyat
- Himpunan Kebangkitan Rakyat: Polis & SB digesa pamer nombor dan tanda nama
- Nizar dedah dokumen RM207 bilion
- Mahkamah arah keahlian Isa Samad dibuang dari KPF
- PANAS - Pengawal Bersenjata Kawal Rumah Pam Syabas
PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM LAGU NEGERI TIDAK PERLU DIJADIKAN ISU Posted: 09 Jan 2013 11:43 PM PST KENYATAAN AKHBAR 9 JAN 2013 PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM LAGU NEGERI TIDAK PERLU DIJADIKAN ISU Penggunaan kalimah Allah dalam lagu rasmi Negeri Selangor tidak perlu dijadikan isu kerana tiada unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan terhadap kalimah itu. Penggunaan kalimah Allah hanya menjadi kesalahan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan seperti menghasut umat Islam untuk bertukar agama yang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ini sejajar dengan fatwa di bawah Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003(Pindaan 2010). "wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan" "Enakmen ini perlu dibaca dan difahami secara menyeluruh untuk mengelak sebarang kekeliruan," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini. Beliau berkata, DYMM Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor dan kerajaan negeri sentiasa menghormati kuasa tersebut. Dikeluarkan oleh SEKRETARIAT AKHBAR DATO' MENTERI BESAR SELANGOR |
Populariti Najib Turun 2 Peratus. Posted: 09 Jan 2013 10:22 PM PST Satu tinjauan yang dijalankan menjelang pilihan raya umum ke-13 mendapati populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menurun dua peratus ke takah 63 peratus, berbanding 65 peratus pada November lalu. Kajian Merdeka Center itu menyebut, sentimen pengundi Cina menurun ke tahap 34 peratus walaupun penerimaan pengundi Cina dan India kekal utuh di tahap 77 peratus dan 76 peratus. Kenyataan pusat kajian itu menyatakan, tinjauan itu dijalankan secara panggilan telefon pada Disember tahun lalu ke atas sampel melibatkan 1,018 pengundi berdaftar. Menurut Merdeka Center, responden dalam sampel itu terdiri daripada 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India, yang dipilih berdasarkan etnik, jantian dan negeri. Tinjauan Merdeka Center selepas pengumuman Belanjawan 2013 menunjukkan populariti Najib hanya meningkat sedikit ke takah 65 peratus pada November lalu berbanding 64 peratus pada Jun 2012. |
Babi Serang Mahkamah.. Nak Protes Sistem Kehakiman Negara? Posted: 09 Jan 2013 07:19 PM PST ALOR GAJAH - Suasana pekarangan tempat letak kenderaan Mahkamah Majistret di sini, kecoh seketika apabila muncul seekor babi jantan yang sesat dipercayai dari hutan berhampiran. Kejadian itu disedari beberapa pekerja mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi semalam, apabila melihat seekor haiwan berwarna kelabu gelap berlari sambil menyondol pagar kawat. Saksi yang juga pelawat mahkamah, Ahmad Harun, 52, berkata, sebaik tiba di bangunan mahkamah, dia ternampak babi itu sedang tidur dalam longkang di hadapan bangunan mahkamah sebelum bangkit dan keluar. "Ketika naik ke tingkat satu, saya terkejut melihat babi itu sedang tidur dalam longkang berdekatan bangunan dan keluar beberapa minit kemudian sebelum memanjat tebing pagar kawat. "Kemudian saya lihat babi itu berlari di sepanjang tepi pagar sambil menyondol untuk mencari laluan keluar, namun gagal sebelum berpatah semula sehingga disedari pekerja kantin mahkamah," katanya. Menurutnya, keadaan agak kecoh kerana pekerja kantin dan orang awam bimbang akan disondol babi itu yang mengganas sebelum seorang kakitangan mahkamah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Perhilitan. Sementara itu, Ketua Skuad JPAM Alor Gajah, Ismail Zulkefeli Ahmad berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, babi itu masih berlari di tepi pagar. Menurutnya, babi itu mula mengejar anggota JPAM dan orang awam, namun tergelincir tetapi berjaya bangun sebelum naik ke atas tebing pagar berkenaan. "Pergerakan babi itu mula perlahan mungkin disebabkan kepenatan selepas berlari untuk mencari jalan keluar dan anggota mengambil meletakkan sangkar di atas tebing yang menjadi laluannya. "Namun selepas melihat pergerakan babi itu kembali berlari laju, anggota JPAM meletakkan sangkar di hadapannya dan berjaya memerangkapnya, namun babi itu meronta sehingga sangkar terbalik sebelum jatuh ke bawah," katanya. Katanya, disebabkan rontaan kuat, besi penutup sangkar tercabut sehingga memberi ruang kepada babi itu keluar dan mengejar anggota sebelum naik ke tebing di tepi pagar. Sementara itu, anggota Perhilitan, Mohd Razak Sadikon berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, beliau melihat babi itu semakin agresif sehingga memaksa pihaknya menembak kaki haiwan berkenaan. "Tembakan pertama mengena di bahagian badan dan kaki babi itu mengakibatkannya terjatuh ke bawah sebelum tembakan kedua dilepaskan ke bahagian kepalanya," katanya. Katanya, akibat tembakan itu, babi berkenaan mati. http://www.sinarharian |
Posted: 09 Jan 2013 02:44 PM PST Kes Mat Yo: Kafa tuntut RM1 juta RM1juta! Itu nilai sebenar tuntutan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika mahu menyelesaikan konflik perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim FC. Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah tersebut dianggap munasabah berdasarkan status Norshahrul Idlan atau dikenali Mat Yo sebagai penyerang utama kebangsaan dan penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga musim berturut-turut. "Bila saya bercakap, orang beri gambaran saya mempolitikkan isu ini. "Saya bukan jaga bola sehari dua. Sebenarnya, isu perpindahan Mat Yo jarang berlaku dan kita sendiri tertunggu nak tengok perkara ini diputuskan mengikut peraturan-peraturan yang betul," kata beliau. Annuar menambah: "Ada dua isu melibatkan Mat Yo iaitu perpindahan dan penamatan kontrak." Katanya, Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang pertama kali bermesyuarat baru-baru ini memutuskan dia boleh pindah. "Kita pun tak bantah, asalkan mengikut syarat-syarat ditetapkan dan segala hak Kafa dipertahankan. "Dia sendiri hantar surat bertarikh 30 Oktober 2012 untuk menamatkan kontrak berkuat kuasa pada 1 November," katanya. Justeru kata beliau, ia bermakna penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri. – SinarHarian |
Ustaz Azhar Idrus Sahkan Kehadiran Pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Posted: 09 Jan 2013 06:26 AM PST Aku dapat maklumat dari member aku kt Facebook menyatakan Al- Fadhil Ustaz Azhar Idrus akan hadir pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada sabtu ini. Maka apabila maklumat ini sampai ke blogger-blogger pro kerajaan mereka telah menyatakan bahawa Ustaz Azhar menyokong kalimah Allah digunakan agama Kristian dan bermacam tomahan yang jahat. Nampak gayanya perhimpunan kali ini akan mencipta sejarah kehadiran Alim Ulama dan kehadiran rakyat dari seluruh pelusuk negara. Dan aku harap setiap yang hadir menjaga kelakuan semasa berhimpun dan memberi kerjasama kepada pihak Polis. Memandangkan pihak stadium hanya membenarkan 30k saja yang diberi masuk ke stadium pihak penganjur hendaklah menyediakan kelengkapan dan sistem audio diluar stadium dan semua dapat impak dari perhimpunan ini..wallahualam ..Takbirrr http://www.kakisembang.com/2013/01/ustaz-azhar-hadir-pada-perhimpunan.html |
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Polis & SB digesa pamer nombor dan tanda nama Posted: 09 Jan 2013 05:27 AM PST KUALA LUMPUR 9 Jan: Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) mendesak semua anggota polis termasuk Special Branch (SB) yang bertugas dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat perlu memaparkan pas, ID, tanda nama dan nombor pengenalan mereka pada uniform masing-masing. Ini, kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan supaya sebarang salah laku oleh pihak polis juga boleh direkodkan serta dilaporkan oleh rakyat yang terlibat. Sehubungan itu, katanya WargaAMAN berasa agak kesal dengan keputusan pihak polis untuk mengeluarkan pas khas media serta membezakan kehadiran rakyat jelata pada 12 Januari ini yang akan turut serta dalam HKR. "Pokok persoalannya ialah kenapa perlu membeza-bezakan antara wartawan dan peserta?" soal beliau dalam satu kenyataan, seperti dilapor Harakah Daily. Padahal, kata beliau para wartawan sudah pun memiliki pas media syarikat mereka dan akreditasi rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi yang sudah memadai untuk mengenal pasti wartawannya. Justeru, beliau berharap pihak polis dapat mengambil iktibar daripada peristiwa 'Duduk Bantah Bersih 3.0' pada 28 April 2012 yang mana ramai wartawan telah diserang oleh pihak polis ketika membuat liputan sehingga ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital serta kad memori kamera telah dirampas dan ada yang rosak. "Tapi sehingga hari ini, tiada apa-apa tindakan diambil berhubung aduan insiden tersebut. Ini tidak harus berlaku di mana wartawan juga merupakan rakyat Malaysia yang sepatutnya diberikan perlindungan keselamatan oleh pihak polis," ujarnya. Beliau berkata, pihak polis sepatutnya menawarkan perlindungan kepada semua orang dan menghormati hak asasi setiap rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman. Tambahnya, pada masa yang sama, mereka perlu menunjukkan profesionalisme supaya hak asasi rakyat jelata tidak dicabuli dengan sewenang-wenangnya. "Pihak polis harus berperanan sebagai rakan kita dan tidak memihak kepada sesiapa," ujarnya lagi. Katanya, untuk mencapai sasaran 1 juta rakyat untuk menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, WargaAMAN, Tamilar Action Force (TAF), Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) akan berusaha untuk menggerakkan 10,000 hingga 15,000 masyarakat India di Lembah Kelang dan dianggarkan hampir 100,000 masyarakat India dari seluruh negara akan membanjiri Stadium Merdeka yang ingin keadilan ditegakkan di tanah air kita. - http://www.keadilandaily.com/ |
Nizar dedah dokumen RM207 bilion Posted: 09 Jan 2013 04:27 AM PST Nizar menunjukkan dokumen yang diedarkan kepada wartawan pada sidang media. KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin hari ini mendedahkan beberapa dokumen penting yang menunjukkan kerajaan Malaysia memang telah menerima wang sebanyak RM207 bilion dari kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi maut Jepun. Dokumen itu berupa surat permohonan dari Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buroh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 (Persatuan) yang jelas menyatakan jumlah RM207 bilion yang dituntut itu. Surat permohonan ini dibuat oleh Persatuan kepada Perdana Menteri pada 27 Julai 2011. Nizar juga menunjukkan kepada media dokumen pengesahan dari pelbagai kementerian dan jabatan serta pejabat Peguam Negara mengenai tuntutan itu. (Surat dari Jabatan Peguam Negara kepada Persatuan) Antaranya, Bahagian Pengeluaran, Kementerian Kewangan Malaysia dalam suratnya kepada Persatuan berkata, "Sukacita dimaklumkan bahawa tuntutan pengeluaran berjumlah RM207 bilion telah diangkat untuk tindakan dan kelulusan Kerajaan di mana prosesnya telah dimaklumkan ke Peguam Negara dan peringkat Kementerian Sumber Manusia." Surat bertarikh 29 Mac 2011 ini telah ditandatangani oleh Datuk Hajah Zalekha bt Hassan, Bahagian Pengeluaran Bayaran. Jabatan Peguam Negara pula dalam suratnya kepada Persatuan berkata, "Untuk maklumat, perkara tersebut perlu dirujuk kepada Kabinet untuk kelulusan. Kertas Kabinet sedang disediakan untuk tindakan seterusnya." Surat ini ditandatangani oleh Hasin bin Razak, Deputy Director of Management Division, Attorney General Chambers. Nizar sebelum ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat meminta Perdana Menteri menjelaskan tuntutan Persatuan ini namun tidak ada sebarang penjelasan dibuat mengenainya. Baru-baru ini, beliau ke Kedutaan Jepun untuk berbincang mengenainya. Wakil kedutaan mengesahkan beliau pernah mendengar mengenainya tetapi hanya mengesahkan pembayaran pernah dibuat tetapi tidak menyebutkan angkanya. Beliau akan merujuk balik kepada Tokyo mengenainya. Dipetik dari - http://kerajaanrakyat-news.blogspot.com/2013/01/nizar-dedah-dokumen-rm207-bilion.html |
Mahkamah arah keahlian Isa Samad dibuang dari KPF Posted: 09 Jan 2013 03:41 AM PST KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zaleha Yusuf hari ini memutuskan bahawa Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tersilap apabila mengekalkan keahlian Tan Sri Isa Samad di dalam Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF). Justeru itu, beliau telah membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh lima orang peneroka Felda Jengka, Pahang bagi mencabar keputusan SKM tersebut. Pada pendengaran pagi tadi, Zaleha bersetuju dengan hujah peguam para peneroka dan memerintahkan perintah deklarasi bahawa keputusan SKM adalah tidak sah dan terbatal. Beliau juga memerintahkan perintah Mandamus iaitu perintah yang mengarahkan KPF mengambil tindakan memadamkan dan membuang nama Isa dari rekod keahlian KPF dengan kadar serta merta. Hakim juga memerintahkan kos RM3,000 dibayar oleh SKM kepada peneroka yang manjadi pemohon dalam kes semakan kehakiman tersebut. Dengan keputusan mahkamah hari ini selesailah kemelut dan kontroversi status keahlian Isa Samad di dalam KPF. Sebelum ini status keahlian Isa Samad menjadi isu hangat kerana berdasarkan undang-undang kecil KPF beliau tidak layak menjadi ahli KPF. Keahlian KPF hanya dibenarkan kepada peneroka, isteri dan anak peneroka dan kakitangan tetap Felda. Isa tidak termasuk dalam mana-mana kategori tersebut. Dipercayai keahlian Isa Samad tersebut diluluskan sebelum ini sebagai usaha untuk melantik beliau menjadi Pengerusi KPF. KPF adalah satu-satunya anak syarikat Felda yang belum dapat dikuasai oleh Isa Samad. Ramai percaya bahawa KPF adalah lubuk emas kepada Felda yang telah lama diintai oleh Isa. Usaha untuk mengheret KPF ke dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) juga gagal sebelum ini. Keahlian Isa Samad telah dicabar oleh beberapa orang peneroka yang menjadi ahli KPF dan isu keahliannya telah dibawa ke Panel Pertikaian SKM pada Mei 2012. SKM telah membuat keputusan yang dikira aneh kerana meskipun ia bersetuju keahlian Isa Samad adalah bercanggah dengan undang-undang kecil KPF namun dalam masa yang sama ia juga memutuskan keahliannya tidak boleh dibuang atau dipadam dari rekod keahlian KPF. Dengan keputusan SKM tersebut lima orang peneroka telah mencabar keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh peguam para peneroka iaitu Tetuan Mohamed Hanipa & Associates. Pada bulan Oktober iaitu sehari sebelum Mesyuarat Agung KPF, Hakim Tuan Abang Iskandar memberi kebenaran untuk para peneroka meneruskan semakan kehakiman ke atas SKM dan hakim juga memerintahkan perintah interim menggantung keahlian Isa Samad dan melarang apa-apa pelantikan beliau sebagai Pengerusi KPF di dalam mesyuarat agung tersebut. Pada hari ini Hakim Datuk Zaleha secara muktamad mengarahkan keahlian Isa Samad dibuang dari rekod KPF. Dalam perbicaraan hari ini para peneroka diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala SKM diwakili oleh Mohd Zainudin dan KPF pula diwakili L.Doshi. |
PANAS - Pengawal Bersenjata Kawal Rumah Pam Syabas Posted: 09 Jan 2013 01:14 AM PST Situasi yang berlaku semasa rombongan mangsa-mangsa gangguan air ke rumah Pam Wangsa Maju. Lihat bagaimana ramainya polis berkawal seolah ada sesuatu yang mereka cuba sembunyikan. Semasa orang ramai berkeras menyerbu nak masuk melihat apa yang terjadi. Salah seorang anggota pengawal mereka (gambar ke-2) mengangkat senjata Pump Gun dan menggugut untuk menembak. Apa yang cuba disembunyikan oleh Syabas kepada orang ramai. Dan kenapa beria-ia benar anggota polis ditempatkan di rumah pam tersebut sedangkan sebelum ini kita sendiri lihat rumah pam ibarat seperti rumah hantu yang yang berkawal pun tidak seramai ini. Adakah gangguan air ini adalah salah satu usaha-sama Kerajaan BN dengan kerjasama polis dan tukang buat kerja sabotaj Syabas berpakat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, semata-mata kerana mereka mahukan Projek Langat 2 dilakukan untuk menampung poket kroni2 mereka,dan seboleh-bolehnya sebelum PRU supaya mereka boleh menberikan dana Pilihanraya kepada UMNO/BN yang sedang ketandusan duit. Natijahnya rakyat yang tidak tahu apa-apa akan dipaksa membayar bil air yang mahal setelah Projek langat 2 berjaya mereka usahakan kelak. Inilah apabila sesebuah kerajaan terlalu menyanyangi Syarikat swasta milik Kroni dari mementingkan hak rakyat. Sebab itu sejak dulu lagi kita patut bangun menentang penswastaan dalam negara kerana ini yang akan berlaku apabila Syarikat2 Swasta besar kepala dan buat sesukahati mereka kerana ada sokongan Kerajaan BN dibelakangnya.. KO UMNO.. KO BN.. Hampir 2 Minggu tempat aku takde air.. Orang ramai majoriti semuanya menyampah dan meluat serta tak sabar nak tumbangkan BN. Sumber — http://www.facebook.com/photo.php?fbid=538192912867066&set=a.101419959877699.3061.100000290870221&type=1&theater |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan