Sabtu, 12 Januari 2013

Bila Harimau Sudah Menaip...

Bila Harimau Sudah Menaip...


Allah adalah Tuhan Bagi Chua Soi lek dan Lim Kit Siang

Posted: 11 Jan 2013 09:16 PM PST

Fuhh..gua batalkan program masuk KL untuk mengelakkan kesesakan. Gua ada beli van tetapi membatalkan pembelian kerana masalah enjin. Maka, gua terpaksa mencari lagi van untuk staf gua pakai.

Gua gunakan ganti nama diri "gua" kerana ia sesuai dengan mood gua sekarang.

Gua terbaca tweet dari ramai orang tentang penentangan terhadap penggunaan nama Allah oleh Bible terjemahan ke Bahasa Melayu dan gua terpanggil untuk melontarkan pendapat. Bukan gua kata pendapat kalian salah, tetapi gua rasa ia adalah isu multi-pendapat yang tidak wajar untuk di muktamadkan dengan satu pandangan sahaja. Namun, pandangan mestilah bersandarkan nas dan dalil.

Tidak boleh menafikan, Tuhan bagi semua makhluk adalah Allah azza wa jalla. Maka, Tuhan bagi Lim Kit Siang mahupun Chua Soi Lek juga adalah Allah yang Maha Esa dan Maha Agung.

Masalahnya, apabila kalimah "Allah" hendak digunakan dengan menjadikan ia sebagai maksud terjemahan bagi perkataan "God", maka ia adalah tidak bertepatan dengan kaedah penterjemahan.

Gua tidak memetik Kamus Dewan kerana naskhah kamus itu mahal untuk dimiliki. Namun, gua percaya bahawa terjemahan bagi perkataan yang menjadi konflik itu boleh diringkaskan sebegini:

1. God = Tuhan
2. Allah = perkataan yang digunakan bagi membawa maksud Tuhan sembahan orang Islam, Tuhan Sekalian Alam

Gua tak nampak apa masalahnya jika Sang Kuffar mahu mengatakan Allah adalah Tuhan kerana itulah yang sebenar-benarnya. Namun jika ia mahu menggunakan di dalam Bible dengan membawa makna "God", maka ia adalah kaedah penterjemahan yang tidak tepat dan tidak betul.

Kesimpulannya mudah, usahlah kita membuat kenyataan yang akhirnya menidakkan Allah sebagai Tuhan bagi Muslim dan Sang Kuffar. Analisa tulisan agar ia difahami bahawa kita menyatakan "YES" jika kamu mengatakan Allah swt adalah Tuhan kamu, namun "NO" jika kamu mahu gunakan kalimah itu sebagai terjemahan bagi perkataan "God".

Kita juga harus faham yang :

- Orang Islam = mengakui Allah itu Tuhan dan Esa.
- Kafir = mengetahui Allah itu Tuhan namun Syirik.
- Atheis = Tidak percaya konsep ketuhanan.

Dengan itu, jika Lim Kit Siang atau Chua Soi Lek menyatakan Allah itu Tuhan, ucapkanlah Alhamdulillah.

Tiada ulasan: