Selasa, 8 Januari 2013

Biaqpila

Biaqpila


Kase sokong cadangan Pakatan batal saman AES

Posted: 08 Jan 2013 02:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyokong cadangan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang mahu membatalkan semua saman membabitkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak ia dilaksana September 2012.

Menurut Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar, cadangan itu adalah satu kebaikan kepada rakyat memandangkan pelaksanaan AES oleh kerajaan Umno BN dibuat secara tergesa-gesa.

Sambil merayu rakyat agar terus mematuhi undang-undang meskipun AES suatu hari nanti ditangguh sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Mahfuz juga menegaskan satu kajian akan dilakukan terhadap pelaksanaan AES .

"Kajian termasuklah dalam isu perjanjian dengan dua syarikat yang mendapat kontrak AES ini," katanya lagi.

Kata beliau lagi, Kase memandang serius isu AES membabitkan rakyat kerana sehingga kini lebih 400,000 saman telah dikeluarkan.

Pada sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan Pakatan Rakyat untuk membatalkan semua saman AES sejak sistem itu bermula.

Kata Anwar lagi, jika menerajui negara selepas PRU13, Pakatan Rakyat akan mengumumkan penangguhan AES untuk menjalankan kajian terhadap pelaksanaan sistem tersebut.

HD


DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

KEPUTUSAN LIGA SUPER 08/01/13

Posted: 08 Jan 2013 07:16 AM PST

NAJIB DAH GOYANG KE BRO?

Posted: 08 Jan 2013 04:10 AM PST

NAK BAGI GUNA STADIUM PUN MENGGELETAQ...?

Stadium Merdeka: Penganjur tunggu hingga tengahari esok
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pihaknya akan menunggu sehingga tengahari esok untuk pihak pengurusan Stadium Merdeka membuat keputusan sama ada membenarkan perhimpunan Kebangkitan Rakyat diadakan di stadium tersebut pada 12 Januari ini.

Setakat ini, kata beliau, pihaknya masih belum menerima apa-apa berita berhubung kelulusan untuk menggunakan Stadium Merdeka.

"Kita tunggu sehingga jam 1 tengahari esok sama ada diizinkan atau tidak. Sebarang pengumuman akan dibuat dalam sidang media esok, jam 4 petang di pejabat agung PAS.

"Kita akan adakan mesyuarat (sebelum itu) dan buat keputusan di situ," katanya dalam sidang media selepas mengetuai delegasi Pakatan Rakyat dan NGO bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman hari ini.

Mohamad berkata pihaknya memilih stadium tersebut bagi memenuhi cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0 yang meminta perhimpunan itu diadakan di stadium itu atau Stadium Bukit Jalil.

"Kita memilih Stadium Merdeka. Kita berharap perdana menteri akan menunaikan janjinya. Janji Ditepati," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang bersama dalam delegasi sebelas orang itu, turut membangkitkan mengenai status kelulusan daripada pengurusan stadium tersebut.

"IGP bertanya adakah kami sudah habis ikhtiar untuk mendapatkan Stadium Merdeka. Kami kata, ya. Kami menghantar surat pada 26 Disember lalu, dan membuat susulan. Sehingga semalam tiada berita.

"Kami menyatakan hasrat dan hajat kami secara terbuka, dan IGP mengambil maklum (mengenai perkara itu). Esok tarikh akhirnya," katanya.

Saifuddin berkata pihaknya akan memaklumkan kepada Ismail sebarang perubahan memandangkan mereka akan bermesyuarat esok bagi menentukan pelan seterusnya khususnya berkaitan pemilihan tempat perhimpunan.

MK


DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

Tiada ulasan: