Biaqpila |
Posted: 28 Jan 2013 02:00 PM PST Selebriti muda terkenal Indonesia Raffi Ahmad ditangkap pegawai Badan Dadah Kebangsaan (BNN) pagi semalam di rumahnya bersama beberapa rakan artis lain. Pengarah Tindakan Dadah BNN, Beny Mamoto memberitahu pemberita mengenai penangkapan pelakon filem berkenaan di rumahnya di Jakarta Selatan. "Raffi Ahmad ditangkap bersama tiga lagi rakan yang lain," kata Benny. Beliau berkata, pengacara rancangan 'Dahsyat' stesen televisyen RCTI bersama tiga rakannya itu kini sedang menjalani ujian air kencing. "Selepas selesai siasatan, pihak kami berjanji akan memberikan maklumat terperinci kepada umum melalui media," katanya. Berdasar maklumat dalam kalangan pemberita, beberapa selebriti berkumpul di rumah Raffi sejak Sabtu lalu, sebelum pegawai BNN datang memeriksa dan menemui puluhan pil Ecstasy. Ketua Perhubungan Awam BNN Sumirat Dwiyanto mengesahkan pegawai BNN melakukan pemeriksaan mengejut di rumah seorang selebriti di Jakarta Selatan pagi tadi, namun tidak mendedahkan siapa yang ditangkap. Sementara itu BERNAMA melaporkan dari Jakarta, artis popular Indonesia Irwansyah (gambar) dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi semalam. Mereka ditangkap sepasukan anggota BNN yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat awam. Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang semalam. Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian. MK |
BONGKAR! SYABAS Guna RM700 juta Bukan Baiki Paip, Tapi Beli Kereta & Baiki Rumah Pejabat Posted: 27 Jan 2013 11:41 PM PST Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didakwa mengunakan dana awam untuk kepentingan sendiri dan tidak untuk tujuan menjaga kepentingan rakyat dalam urusan membekalkan air secukupnya. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini menunjukkan kegagalan Syabas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berikutan tindakan sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan. Menurutnya, seharusnya Syabas memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk memastikan semua peralatan dalam keadaan baik. “Tiga tahun lepas, dia belanja hampir RM700 juta bukan membetulkan paip tetapi dia membeli kereta, membaiki rumah pejabat. Pejabat tidak boleh membetulkan paip. “Jadi duit rakyat digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya,” katanya dalam ucapan meraikan jentera pilhanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi. Menteri Besar berkata, Syabas juga sudah diberikan peruntukan secukupnya termasuk memperoleh hasil pendapatan tinggi daripada orang ramai. Maka itu, katanya tindakan Kerajaan Negeri tidak menyalurkan perbelanjaan modal (Capex) tidak harus dipersoalkan. “Kalau Syabas tidak ada duit untuk membaiki paip air, buat apa kita suruh dia buat kerja. Setiap bulan dapat beratus juta duit kutipan, ke mana duit itu pergi,” katanya. Katanya, Kerajaan Negeri perlu diberi hak dalam perkara itu dan rakyat perlu bertindak membetulkannya dengan menukar pentadbiran negara. pencacai-semalaysia |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan