Biaqpila |
Akhirnya Mahathir juga akan mengkafankan Umno! Posted: 25 Jan 2013 07:26 AM PST Oleh DR KHAIRUDDIN ABD MALIK Negara akan menghadapi pilihanraya paling lewat menjelang pertengahan Jun 2013.Logik demokrasi negara-negara lain pilihanraya umum ke 13 sepatutnya telah berlaku jauh lebih awal. PRU 12 pada March 2008, UMNO/BN mendapat mandat pemerintahan melalui PM ketika itu, Dato Abdullah Badawi(Pak Lah). Apabila Dato' Najib 'menyingkirkan' Pak Lah (melalui permainan politik kotor dalaman UMNO yang didalangi oleh Mahathir-Muhyiddin) dan kemudiannya menjadi PM, sepatutnya Najib perlu mendapatkan mandat baru daripada rakyat. Ada banyak lagi sebab-sebab lain. Kerajaan mahkamah Dr Zambry di Perak juga dibentuk tanpa mandat terus daripada rakyat. Ramai wakil-wakil rakyat lompat yang dulunya menang atas tiket parti tertentu dan telah menukar sokongan juga perlu diberikan kesempatan untuk mencari mandat baru daripada rakyat.Namun PRU 13 terpaksa dilewatkan dengan pelbagai alasan. Apa alasannya? UMNO sebagai tunggak kekuatan BN sebenarnya sangat tidak demokratik dan sangat kuat mengamalkan 'demokrasi bomoh'. Saya berkesempatan bertemu dengan seorang bergelar dato' yang pernah menjadi pimpinan UMNO dan kini mempunyai talian rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO.Beliau menceritakan khidmat bomoh tempatan dan Indonesia sangat-sangat laris menjelang PRU 13 ini.Diperingkat tertinggi mereka menemui bomoh untuk menelek peluang UMNO/BN mengekalkan kuasa dan mencari-cari tarikh sesuai PRU 13. Diperingkat lebih rendah, mereka melanggan bomoh untuk meminta bantuan agar terpilih menjadi calon PRU nanti. Yang pasti lima bulan lagi PRU 13 pasti berlaku samada bomoh setuju atau tidak.Jadi kenapa PRU tetap dilewatkan sedangkan Najib dan Zambry sangat inginkan 'endorsement' bahawa mereka sebenarnya memang layak menerajui kerajaan yang ada.Inilah sebenarnya peranan doa mangsa-mangsa kezaliman UMNO/BN.Dimana sahaja, terlalu ramai yang menjadi mangsa kezaliman UMNO/BN. Kezaliman peristiwa pembunuhan Memali, kezaliman pembunuhan warga Mongolia Altutuya, kezaliman merampas kerajaan PR Perak dengan rasuah dan culik wakil rakyat.Kezaliman merobohkan masjid dan surau, kezaliman merampas royalti minyak Kelantan, kezaliman merampas tanah dan kuburan penduduk Pengerang di Johor. Kezaliman membiarkan kemiskinan melarat di Sabah,kezaliman ramai rakyat ditahan ISA, kezaliman rakyat yang mati semasa tahanan lokap polis dan lokap SPRM, kezaliman terhadap Dato' seri Anwar Ibrahim dan keluarganya. Jangan lupa kezaliman terhadap mahasiswa-mahasiswa universiti yang dibuang atau gantung daripada universiti atas alasan-alasan yang remeh. Dengan segala kekuatan doa-doa mangsa kezaliman tersebut kini UMNO/BN seperti orang yang kena tangkap dalam serbuan sedang berkhalwat intim dibilik hotel.Bila para penguatkuasa serbu segala-galanya terdedah. Tutup atas bawah terdedah, tutup tengah dada terserlah..tetapi tetap tak mengaku salah.Kononnya dah nikah di Siam atau memang dah rancang nak kahwin!Segala buruk laku UMNO tidak mungkin dapat disorok lagi. Kezaliman UMNO tiada tolok bandingnya.Lihat sahaja kes pembunuhan Altutuya. Tergamak mereka bunuh dan letupkan jasad seorang perempuan muda yang mengandung dan ada dua orang anak kecil.Untuk kes Royalti minyk Kelantan tergamak mereka ambil wang milik rakyat Kelantan melebehi 10 bilion dan gembira bersorak melihat kesesakan lalulintas dan banjir besar di Kelantan sambil menempelak Kerajaan PAS sebagai puncanya. Kezaliman tak mungkin berterusan. Harganya mahal dan balasan terhadap kezaliman berterusan UMNO/BN sedang terpampang satu demi satu. Pendedahan demi pendedahan oleh pelbagai pihak tentang kerakusan dan salahguna kuasa Najib dan rakan-rakan assobiyahnya sangat mengejutkan. Hari ini Deepak dan Musa Hassan. Besok ramai lagi. Saya difahamkan bekas pengarah beberapa agensi-agensi penting kerajaan akan tampil lagi.Mereka semua terganggu untuk terus bersubahat menyimpan rahsia kezaliman yang mereka pendam. Tidur lena kah Najib, Rosmah, Mahathir, Musa Aman dan Taib Mahmud ? Muhyidin pun tidak terkecuali kerana sikap baling batu sembunyi tangan beliau akhirnya akan makan tuan juga. Nasihat saya bertaqwalah dan bergantung kepada takdir Allah, jangan sekali-kali percaya Mahathir mampu mencaturkan segala-galanya. Mahathir pernah mengharubirukan UMNO, tunggu sahaja episod terakhir Mahathir mengkafankan UMNO.Salam perjuangan...Selamatkan Malaysia. DD |
UMUR KIAN SINGKAT,AJAL MAKIN DEKAT Posted: 24 Jan 2013 08:00 PM PST MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin tua. Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila 'wish' selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya "Apa azam untuk tahun baru?" Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun. Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana. Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak tercapai lagi. Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap waktu umur kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak. Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup kita seharian. Hijrah sudah tak jadi gah sehebat sejarahnya. Baca sejarah tapi hilang ceritanya atau rohnya. Jadi sempit dan apabila sudah jadi sempit, kefahaman pun mula mengecil dan apabila kefahaman mengecil, penghayatan pun makin menguncup, hasilnya hijrah tinggal sejarah. Ramai yang gagal mencapai azam kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan dan beranggapan azam itu tidak penting. Ada juga yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk dicapai pada tahun itu. Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam baru pula. Sepatutnya tahun baru dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang dilalui sepanjang setahun. Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang perkara lebih baik untuk tahun seterusnya. Berusaha berubah kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa. Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya. Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru. Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian. Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi tip bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini. Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda. Mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap yang anda seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai. Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam tempoh sekelip saja. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri. Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya. Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang. Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa, anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah. Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri. Apabila anda berjaya melakukan perubahan dalam diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika dan selepas itu akan kembali kepada takuk lama. Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya. Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain. Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri. Selepas itu bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insya-Allah orang lain akan dapat berubah seperti yang diharapkan. Kita juga mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah. Cuma awas berubah jangan jadikan ia upacara bermusim berubah dan beristiqamah sehingga menemui Allah. Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya. HM |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan