Biaqpila |
- Mahathir kata k'jaan pimpinan Najib kini lemah
- HARIAN METROLL
- SPR arah JPN beri IC, tukar nama pendatang
Mahathir kata k'jaan pimpinan Najib kini lemah Posted: 17 Jan 2013 02:00 PM PST Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini berada dalam keadaan "lemah" dan "takut menggunakan kuasa". Katanya, beliau melihat perkara itu rentetan daripada penyusutan sokongan rakyat pada 2008 yang menurutnya kurang yakin dengan pemimpin pada masa itu. Tambahnya, BN juga akan meraih kemenangan "kosong" sekiranya kekal menang dengan sokongan dan undian yang merosot dalam pilihan raya umum akan datang. "Ini soal kuat dan lemah. Bila kita kuat orang tak berani cabar kita. Bila kita kuat, orang tahu majoriti sokong kita. "Pada pilihan raya 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yang ada. "Tapi bila tak sokong ia jadi lemah kerana dulu ada sokongan yang ramai dan kuat. "Sekarang mereka jadi lemah dan apa yang kita lihat sekarang ialah kerajaan yang lemah. "Kalau dalam pilihan raya umum akan datang ini, katakanlah merosot lagi, walaupun menang, ia sebuah kemenangan yang kosong," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya hadirin ketika sesi soal jawab dalam program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini. Individu berkenaan meminta Mahathir menjelaskan mengapa kerajaan pada masa ini dilihat lemah sehingga banyak tindakannya, seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik untuk pesalah trafik, dipertikai ramai pihak. Mahathir seterusnya berkata, kerajaan yang lemah tidak berani untuk bertindak menggunakan kekerasan malah turut menghapuskan kuasa yang ada. "Kerajaan yang lemah ialah kerajaan yang memang takut terutama dalam demokrasi kerana kita bertindak salah, kemungkinan akan kalah lagi. Kita mungkin akan hilang kuasa. "Sebab itu kita lihat sekarang ini, kita tak berani bertindak menggunakan kekerasan bahkan kita hapuskan segala kuasa yang ada pada kita. "ISA umpamanya. Apa yang kita malu sangat dengan ISA ini?," katanya sambil memberikan contoh Amerika yang menurutnya menangkap pengganas tanpa mengikut undang-undang. Dengan membandingkan ISA dengan kem tahanan Amerika Syarikat di Guantamo Bay, Mahathir berkata, tindakan penahanan yang dilakukan Malaysia masih mengikut undang-undang. "Bila Amerika dan Britain diserang oleh pengganas, mereka tangkap dan tahan orang tanpa undang-undang yang mana lebih teruk dari kita. "Kita masukkan orang dalam tahanan ikut undang-undang ISA untuk menahan orang, dia (Amerika) tak ada undang-undang untuk tangkap dan mereka sanggup seksa yang mana kini dibenarkan di Amerika. "Kita kalau nak cakap kononnya kezaliman kita di sini, kenapa kita tak tegur orang yang lebih zalim dari kita yang suka tegur kita?," soalnya. MK |
Posted: 16 Jan 2013 08:00 PM PST Harian Metroll : Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) Sebuah Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) telah ditubuhkan bagi mendengar keluhan dan rintihan haiwan-haiwan yang bermasalah di negara ini. Presiden PAH1M Sharifah Zohra Jabeen yang boleh menyebut listen dan let me speak sebanyak 1000 kali dalam satu nafas berkata, haiwan-haiwan ini perlu diberi ruang untuk membuat aduan tentang masalah mereka yang kadang kala lebih berat dari masalah manusia. Sewaktu kunjungan kami ke PAH1M, kami telah menemubual seekor babi. Babi itu berkata, "Daripada tahun 1970an saya naik turun pejabat JAKIM untuk menuntut status Halal. Tetapi gagal hingga hari ini. Minta PAH1M dapat berbuat sesuatu." Turut ditemubual oleh kami ialah seekor ayam. "Sejak kedatangan ayam-ayam dari China dan Filipina, kami ayam tempatan sudah tidak laku. Bagaimana kami mahu menampung hidup?" Solidariti Lembu Malaysia juga memberi pandangan yang positif terhadap penubuhan PAH1M, "Kami bersyukurlah kerana Saudari Sharifah Zohra dapat membela nasib kami. Sudah lama kami terbiar dan dihina. Dulu kami dijanjikan kondominium, tapi kondominium tersebut di Singapura. Kami mana ada pasport." Presiden Perkasa juga diminta memberi ulasan mengenai PAH1M. "Aku nak ulas apa? Aku bukan binatang!" Kerajaan Malaysia berharap agar penubuhan PAH1M dapat membela nasib haiwan-haiwan di Malaysia. Selain dapat memahami masalah haiwan, Sharifah Zohra Jadeen juga dapat memahami masalah tumbuh-tumbuhan dan sungai. - wartawan Johan shalehudin |
SPR arah JPN beri IC, tukar nama pendatang Posted: 16 Jan 2013 05:00 PM PST KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama 16,000 pendatang haram di Sabah dan untuk memberikan mereka kad pengenalan (IC), Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah diberitahu hari ini. Pengarah SPR Sabah pada ketika itu Datuk Wan Ahmad telah mengarahkan JPN untuk menukar nama pendatang Indonesia dan Filipina untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah, kata bekas timbalan pengarah JPN Mohd Nasir Sugip yang betugas dari 1992 sehingga 1994 kepada RCI hari ini. Nama penuh Wan Ahmad tidak diberikan. Namun, Timbalan Pengerusi SPR sekarang adalah bernama Datuk Wan Ahmad Wan Omar tetapi tidak diketahui apakah dia yang dimaksudkan. "Ops Durian Buruk adalah operasi yang melibatkan penukaran dan mencipta nama baru dari nama yang diberi SPR," kata Nasir sebagaimana dilaporkan oleh The Malaysian Insider. "Maksudnya nama ditukar, nombor IC ditukar, tarikh lahir ditukar.. . Dan gambar," tambahnya. Nasir mengatakan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1998 kerana memberikan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak. Beliau menambah bahawa 800 nama telah diserahkan kepada kerusi dewan undangan negeri Sugut dan kerusi parlimen Kinabatangan. "Yang saya ingat, keputusan pilihan raya memihak kepada calon Barisan Nasional (BN) YB Datuk Surady Kayong," katanya. Calon BN Sarady mengalahkan Jublee KK Zen di Sugut semasa pilihan raya negeri tahun 1994 dengan majoriti tipis 79 undi. Surady pada ketika ini adalah pembantu menteri perumahan dan kerajaan tempatan di Sabah. Nasir menafikan menerima imbuhan berikutan peranannya dalam perlakuan ini. "Saya hanya mengikuti arahan ... dan saya menandatangani ikrar dengan pengarah saya," katanya. Ditanya sama ada terdapat hubungan antara SPR dan JPN dalam meningkatkan bilangan pengundi di Sabah, beliau berkata: "Terdapat beberapa kerjasama dan kerjasama antara JPN dan SPR dalam kegiatan ini," katanya. Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka. Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan "Projek IC" semalam. HD |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan