Selasa, 15 Januari 2013

Biaqpila

Biaqpila


Najib politikkan isu air untuk raih undi rakyat Selangor

Posted: 15 Jan 2013 12:00 AM PST

SHAH ALAM 15 Jan: Kerajaan Selangor kesal dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan isu air untuk mengugut rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ketika rakyat menghadapi masalah bekalan air, Perdana Menteri (PM) sepatutnya bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri demi memastikan perkara ini tidak berulang.

"Sebaliknya, beliau mengugut rakyat Selangor bahawa mereka akan terus berhadapan dengan masalah air jika tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

"Jelas, beliau merendahkan martabatnya sebagai Perdana Menteri untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) tidak lama lagi," kata Khalid dalam kenyataan.
Katanya, kerajaan negeri percaya rakyat Selangor tahu janji Najib adalah umpama 'meludah ke langit' kerana masalah air ini berpunca daripada kegagalan dasar penswastaan air oleh BN yang memberikan konsesi selama 30 tahun kepada syarikat kroni yang tidak berkemampuan.

Beliau berkata, jika kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambilalih pada 2008, rakyat Selangor sekarang akan dibebani kenaikan tarif air yang tinggi sebanyak 37 peratus pada 2009, 25 peratus 2012, dan 20 peratus pada 2015.

"Kenyataan terbuka Najib ini sudah cukup untuk membuktikan mengapa Kerajaan Pusat enggan bekerjasama dengan Kerajaan Selangor menyelesaikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Lembah Klang seperti yang dikehendaki Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang diluluskan kerajaan BN sendiri.

"Ternyata, hasrat mereka bukan untuk menyelesaikan masalah dengan serta merta, tetapi untuk mempolitikkan isu ini dan menggunakannya sebagai bahan tawaran untuk meraih undi," kata Khalid.

"BN lebih rela membela syarikat kroni konsesi yang ternyata gagal dan cuai dalam mengurus perkhidmatan air daripada memberi kerjasama kepada kerajaan negeri untuk mengambilalih pengurusan perkhidmatan air. Syabas berdepan dengan krisis pengurusan yang boleh membawa masalah besar kepada rakyat jika konsesi ini terus dibenar menguruskan air di Lembah Klang," sambung beliau.

Khalid berkata, Najib juga sengaja tidak mahu menyerahkan perkhidmatan air kepada Kerajaan Selangor kerana beliau bimbang Selangor dapat melakukannya dengan lebih cekap dengan kos yang lebih efektif sekaligus membuktikan kegagalan BN.

"Kita meragui catuan air yang dibuat oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan kita tidak menolak kemungkinan ia sengaja dilakukan untuk menyusahkan rakyat dan menyemaikan perasaan tidak puas hati terhadap Pakatan Rakyat.

"Kerajaan negeri menghantar enam pucuk surat kepada menteri sejak Julai 2012 bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air mengikut WSIA, namun nampaknya menteri lebih suka berpolitik dari menyelesaikan perkara ini secara waras," jelas Khalid.

Beliau menambah, sikap tidak acuh dan sambil lewa PM terhadap cadangan pengambilalihan air oleh Kerajaan Selangor membuktikan beliau dan BN sanggup menggadaikan kebajikan rakyat demi kepentingan politik.

Berikutan itu, tegas Menteri Besar, Kerajaan Selangor menggesa Kerajaan Persekutuan hentikan amalan mengugut rakyat negeri dengan meletakkan keperluan asas kehidupan seperti air sebagai sandaran.

"Berpolitiklah secara matang, bukannya menzalimi rakyat ala samseng," kata Khalid.

KD

NAJIB DAH TAU BN NAK TUMBANG?

Posted: 14 Jan 2013 08:00 PM PST




DEY MACHA!!!
AH JIB GOR MACAM TAU-TAU BN NAK TUMBANG
APA DAH JADI BRO?
BUNYI MACAM DAH NAK SERAH KUASA TU BRO
TAKKAN DAH TAU NAK KALAH KOT
KAH! KAH! KAH!

MEMANG LA PILIHANRAYA ITU TRADISI KITA
TAPI PERALIHAN KUASA BELUM PERNAH TERJADI
BN SESAJA YANG DOK PERINTAH MALAYSIA
CELAH MANA TRADISINYA?
KAH! KAH! KAH!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata peralihan kuasa secara amalan selepas keputusan pilihan raya merupakan amalan di Malaysia.
"Kita telah mengadakan 12 pilihan raya umum sejak kemerdekaan dan semuanya diadakan dalam penjadualan pilihan raya seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan.

"Peralihan kuasa berikutan daripada pilihan raya telah berlangsung dengan aman, ini tradisi kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam satu persidangan undang-undang di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataan itu timbul ketika pembangkang mendakwa BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Pemimpin kanan pembangkang Lim Kit Siang sebelum ini mencabar Najib bahawa untuk memberi jaminan bahawa BN akan menyerahkan kuasa secara aman sekiranya ia tewas dalam pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun ini.

MK



PANAS: Dari sumber dalaman Ameno...

Posted: 14 Jan 2013 05:00 PM PST



Kemasukan interlektual agama - satu lagi kejutan dari PR


ULASAN SEMASA: Kemasukan ulamak – satu lagi letupan.

www.umno-reform2.com sebelum ini telah memaklumkan 5 kejutan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebelum PRU 13 yang bagi mereka akan menyempurnakan misi mereka ke Putrajaya. Kami telah maklum mengenai pendedahan Deepak Jaikrisna. Kejutan seterusnya adalah kemasukan intelektual agama serta tokoh intelektual pendidik dalam Pakatan Rakyat. Mereka dijangka akan menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat bagi menguatkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat sudah mula diterima secara keseluruhan.


Dalam pada itu, beberapa tokoh agama akan bertindak agresif berkempen pada saat-saat pembubaran parlimen – sehingga PRU 13 berlaku untuk memberi loncatan kekuatan kepada Pakatan Rakyat. Kami juga dimaklumkan strategi yang di rancang khas untuk memukul gendang – mencanangkan kemasukan mereka akan dilaksanakan bagi mengukuhkan kedudukan mereka.
Gambar sekadar hiasan dari admin :) Umno tak pa, ramai blogger kaki fitnah dan lucah! 


Letupan ini dibuat berstrategi agak kesan kemasukan mereka akan menguatkan lagi beberapa negeri untuk terus diperintah dan beberapa negeri akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Isu lain seperti isu Najib dan Rosmah pada ketika itu akan memasuki pusingan gegaran ke 2.


UMNO perlu segera mengubah strategi agar jangan ketinggalan pada saat-saat terakhir ini. Pembangkang sudah seakan menyiapkan plan utama dalam menuju PRU 13 dan sikap defensif UMNO akan mengikat UMNO dari bertindak dan ini memberi kesan kepada persepsi negatif yang akan terbentuk buat UMNO.~ KB

shalehudin

Tiada ulasan: