Khamis, 10 Januari 2013

Biaqpila

Biaqpila


Kalau kita mahukan lanun, kita akan dapat lanun

Posted: 10 Jan 2013 02:48 PM PST

Kenapa kita bermasalah dalam politik negara kini? Sebabnya kerana kita membiarkan politik mengatur kita. Kita yang sepatutnya mengatur politik negara tidak berbuat perkara yang sepatutnya kita lakukan. Jika jika biarkan politik itu berdiri dengan sendirinya maka kita akan dibaham oleh kezaliman politik itu kerana politik itu adalah berkait dengan kuasa. Sesiapa yang memegang kuasa itulah penentu kepada keadaan politik sesebuah negara. Manusia yang bermain, lebih lagu yang memegang kuasa itu menentukan sama ada politik itu hendak diputihkan atau dihitamkan.


Tidak ada yang bersih sebersih kain putih dalam politik ini, tetapi kita boleh bercakap tentangnya secara 'relative' di antara dua atau lebih pihak yang berkepentingan. Tetapi bagi pihak yang dikatakan baik itu adalah pihak yang bermain politik mengikut undang-undang dan lebih-lebih lagi mengikut etika yang bersesuaian mengikut keadaan latar belakang negara itu sendiri. Apa pun kita lakukan mesti ada etikanya. Kepada mereka yang melakukan sesuatu permainan politik itu mengikut etika yang baik maka pihak itulah yang dianggap pihak yang lebih baik dari pihak yang lagi satu itu.

Bagi mereka yang beretika selalunya mereka mempunyai sikap malu dan bertanggungjawab dan mereka tidak akan melakukan sesuatu yang keterlaluan buruknya semata-mata untuk mendapatkan kuasa atau untuk mempertahankan kuasa itu. Garisan pemisahan di antara yang baik dan yang tidak baik inilah yang sangat susah untuk digariskan. Perbezaan pandangan inilah yang menjadi penyebab kenapa pihak-pihak yang bermain dengan politik seolah-olah berada di dalam keadaan berperang.

Di negara kita politik sedang dalam keadaan yang begitu menjemukan kerana permainan politik yang tidak berada di tahap yang selalu di alami oleh negara yang maju. Kita yang bercakap tentang negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi yang sedang berusaha melakukan transformasi dalam semua bidang termasuk dalam bidang politik tidak menampakan kematangannya walaupun sedikit. Kita masih lagi bermain politik seperti kita berada di negara Congo atau Zimbabwe dan banyak negara Afrika.

Di negara kita khususnya pihak yang sedang berkuasa sebegitu lama masih bermain dengan politik yang sangat rendah semata-mata kerana hendak mengekalkan keenakan berkuasa seolah-olah kuasa itu adalah hak mereka semata-mata. Bila berbohong mereka akan melakukannya dengan terang-terangan dan mudah untuk dibaca oleh pihak yang ramai kecuali kepada mereka yang menjadi penyokong tegar mereka yang tidak kisah pimpinan mereka itu mempunyai malu atau tidak.

Dalam pada memberikan tuduhan yang begitu berat terhadap Pakatan Rakyat, UMNO sedang bergolak dengan perkara yang bersifat noda dan nesta seperti apa yang kita lihat berlaku dalam isu Deepak dan Musa Hasan. Saya bukan hendak menyebut tentang 'political mileage' yang di dapati oleh Pakatan Rakyat dalam isu yang disebutkan itu. Ia melambangkan yang perkara seperti isu tanah Kementerian Pertahanan yang menjadi isu itu adalah isu yang biasa. Sesama UMNO sendiri kita nampak betapa gilanya isu itu dan itulah sebenarnya yang menyelubungi UMNO dan BN keseluruhannya.

Itu di Kementerian Pertahanan sahaja. Belum lagi kita terdengar apa yang berlaku di dalam Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain. Perkara seperti ini berlaku di dalam setiap Kementerian dan Jabatan dan itu sudah menjadi isu biasa. Semuanya melibatkan kroni membina 'empire' kekayaan masing-masing dengan menggunakan harta benda rakyat. Mereka bergaduh sesama sendiri kerana merebutkan harta rampasan. Apabila sudah tidak terdapat kehendak masing-masing, maka masing-masing membocorkan rahsia masing-masing sehinggakan membuatkan rakyat yang sedang hendak memilih kali ini menjadi bingung dan tersedu melihat perkara yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa.

Kita tidak kisah sama ada Musa Hasan dan Deepak itu jujur atau tidak, tetapi yang penting bagi rakyat mengetahuinya ialah perkara yang terjadi yang dibongkarkan oleh pelaksana pimpinan yang rasuah itu benar-benar berlaku. Siapa yang bersalah dan tidak bersalah terpulang kepada penghakiman untuk menentukannya. Jika Raja Petra terpaksa keluar negara kerana menulis apa yang beliau lihat benar-benar berlaku kenapa Deepak tidak dan masih belum diketengahkan kemuka pengadilan jika Deepak melakukan fitnah? Kenapa? Jika Deepak tidak diketengahkan kemuka pengadilan maka Raja Petra sepatutnya dilepaskan dari sebarang tuduhan dan beliau sepatutnya boleh kembali ke tanah air tanpa sebarang tuduhan terhadap beliau.

Kenapa ada pihak yang dibawa kemuka pengadilan dan ada pula yang tidak dihadapkan ke mahkamah sedangkan tuduhan itu dibuat secara terbuka dan memalukan Perdana Menteri sendiri. Jika Najib ini Perdana Menteri di negara maju isu yang beliau hadapi ini memungkinkan beliau dihalau oleh rakyat atau pun Deepak dihadapkan ke mahkamah dengan cepat dan deras. Isu yang disebut oleh Deepak ini bukan isu kecil. Ia melibatkan pembunuhan dan penyelewengan wang rakyat serta salah menggunakan kuasa yang tersangat hina dan buruk.

Kita juga ingin tahu kenapa Deepak dan Musa Hasan mengeluarkan isu secara 'installment' dan beransur-ansur? Apa tujuan mereka dan kenapa pihak Najib dan Hishammuddin yang sedang berkuasa senyap sunyi tanpa tindakan untuk membersihkan nama mereka?

Saya menulis isu ini kerana saya sendiri sudah mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kerja noda dan dosa politik dan ekonomi ini bukan sahaja dilakukan oleh Najib, Hishammuddin, Zahid Hamidi tetapi ia juga membawa kecenderungan yang pemimpin-pemimpin yang lain juga telah dan sedang melakukan dosa dan noda yang sama sahaja tarafnya.

Justeru kita bertanya, adakah rakyat hendak membiarkan sahaja perkara seperti ini terus-terusan berlaku? Jika BN masih menjadi kerajaan kita maka kerja-kerja yang ternoda ini akan tetap terus berlaku dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat. Rakyat akan terpaksa membayar segala harta rampasan yang mereka curi dari mereka (rakyat).

Ini samalah seperti saya yang membeli beberapa papan petai dari seorang penjual petai suatu ketika dahulu. Saya tidak menyedari yang petai yang saya beli itu adalah petai saya sendiri yang telah dicuri oleh penjual petai itu.

Di mana-mana dalam UMNO kini, penuh dengan pencuri-pencuri yang cepat tangan dan mereka bergaduh serta menipu di antara satu dengan lain untuk membolot harta rakyat yang tidak tahu menahu tentang kegiatan mereka sebelum rahsia-rahsia mereka terbongkar.

Pencuri-pencuri harta rakyat ini terpaksa mencuri lagi untuk menutup mulut pencuri yang tidak berpuas hati itu pula. Begitulah perlakuan mereka terhadap rakyat jelata dan itulah sebabnya mereka begitu liat untuk menerima demokrasi dengan semudah itu kerana demokrasi memungkinkan mereka terpaksa berhenti dan akan berjauhan dari khazanah rakyat yang telah mereka selongkar selama ini. Mereka mahu selongkar lagi kerana harta rakyat negara ini masih banyak.

Kali ini pemilihan kita ialah di antara pihak yang ketagih merampas harta benda kita dengan pihak yang mahu menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehinaan politik dan ekonomi.

Rakyat boleh memilih satu di antara dua itu. Semasa pilihan raya nanti undi akan dikira dan dijumlahkan. Jika mereka yang ketagih melanun dan merompak itu mendapat mandat rakyat maka kerja yang biasa kita dengar itu akan terus berlaku. Jika pihak yang hendak menyelamatkan negara mendapat mandat maka ada sedikit harapan untuk kita menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehinaan itu.

Selama 5 tahun kita akan perhatikan peperangan dan tingkah laku mereka yang mengambil alih kuasa kerajaan itu. Rakyat akan tetap dalam pencarian selagi sebuah kerajaan yang telus dan jauh dari bermain dengan politik perkauman belum dapat dicapai. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/


DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

Warga Nepal Ramas Buah Dada Kena Belasah

Posted: 09 Jan 2013 11:00 PM PST

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki warga Nepal berusia awal 30-an mencabul seorang wanita yang berjalan di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Putra, di sini, mengundang padah apabila dia cedera dibelasah mangsa, kelmarin.

Lebih malang apabila dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, lelaki itu yang dilaporkan cedera ringan di kepala turut diberkas pihak berkuasa sejurus kejadian berkenaan.

Menurut sumber, mangsa berusia 44 tahun yang berjalan sendirian mendakwa dihampiri lelaki terbabit sebelum tiba-tiba lelaki itu meramas buah dadanya.
"Tindakan itu mengundang kemarahan mangsa sebelum bertindak memukulnya. Malah, pada masa sama, mangsa menjerit meminta bantuan daripada pengawal keselamatan dan orang awam.

"Jeritan kuat mangsa didengari seorang pengawal keselamatan dan dua polis bantuan yang berada berhampiran kawasan berkenaan sebelum mereka bergegas memberikan bantuan kepada mangsa yang ketika itu sedang bergelut dengan lelaki terbabit," katanya.

Sumber berkata, lelaki itu yang cuba meloloskan diri dapat diberkas sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk tindakan lanjut.

Katanya, mangsa dilaporkan tampil membuat laporan di balai polis sama kira-kira sejam kemudian dengan ditemani ahli keluarganya.

guruinspirasiku

DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

Tidak mustahil Sejuta Hadir Himpunan 12

Posted: 09 Jan 2013 08:00 PM PST


Oleh Abd Shukur Harun

Tidak mustahil Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu 12 Januari ini di Kuala Lumpur akan mencapai sasarannya - sejuta orang.Pendukung PAS sendiri sudah diarahkan oleh pimpinan tertinggi parti supaya datang beramai-ramai ke Ibu Kota untuk menyertai Himpunan itu yang akan berlangsung secara aman dan tertib.

PAS Selangor sendiri, menurut arahan Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Othman, akan menghantar 300,000 orang, suatu jumlah yang sangat memberangsangkan. Negeri lain juga akan menghantar peserta seramai mungkin.

Sebenarnya majoriti rakyat sudah tidak lagi takut menyertai himpunan seperti ini, terutamanya sejak Himpunan Bersih dulu serta Himpunan Lynas, Himpunan Pengerang dan beberapa himpunan lagi. Ternyata semua himpunan rakyat ini berjalan dengan aman dan tertib, tidak ada harta benda awam yang musnah, jualan makanan dan minuman lebih laris dari biasa dan tiada sebarang gangguan terhadap kehidupan harian.

Oleh itu Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini dijangka berlangsung secara aman dan tertib. Tidak akan ada kekacuan, kecuali jika ada provokasi dari pihak tertentu yang berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan. Namun pihak keselamatan yang disediakan oleh penganjur Himpunan yang akan bekerjasama dengan pihak polis akan mempastikan Himpunan itu akan berjalan secara aman dan penuh harmoni.

Sementelah lagi jaminan yang diberi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa pihak polis akan berperanan sebagai pemudahcara pada perhimpunan 12 Januari ini. Jaminan itu diberikan oleh Ketua Polis Negara itu dalam pertemuan dengan penganjur yang diketuai oleh Haji Muhamad Sabu dengan disertai oleh 10 orang wakil termasuk Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, Ketua Biro Pakatan Rakyat DAP, Teng Chang Kim dan Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Malah, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution memberitahu bahawa pihak polis turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada hari tersebut sebagai 'detik bersejarah' selepas 'belajar daripada kekurangan' yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini.

Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah puncak dari segara himpunan yang terdahulu di seluruh negara menjelang PRU akan datang.

Ini adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang telah disusun oleh badan-badan NGO dengan kerjasama rapat dengan parti-parti politik dari Pakatan Rakyat.

Pelancaran rasmi HKR ini telah diadakan pada 3 November tahun lalu di Seremban, disambut oleh 30,000 warga yang tidak berganjak walaupun hujan turun mencurah-curah. Kehadiran dalam hujan lebat itu adalah petunjuk mengenai 'mood' rakyat telah bersedia untuk berhimpun membuat tuntutan.

NGO yang mendukung Himpunan Mega ini ialah, Anak, SAMM, Himpunan Hijau, Royalti, GMI, SMM, ABU, Muafakat atau NGO anti-PPSMI.

Pada pendapat saya, kehadiran yang dijangka satu juta rakyat dalam Himpunan itu akan menenggelamkan segala tohmahan seperti - Amanat Haji Hadi, isu murtad, isu nama Allah, kes liwat, masalah air di Selangor dan semua tohmahan lagi. Ia menunjukkan rakyat tidak peduli segala fitnah itu.

Kepada saya, jumlah sejuta rakyat yang dijangka hadir itu bukan satu ancaman dan tidak ada apa yang dikhuatirkan. Kehidupan harian di Kuala Lumpur akan berjalan seperti biasa. Restoran, pusat membeli belah, bas, teksi, monorel, LRT dan segalannya berjalan seperti biasa.

Seperti juga Himpunan Bersih yang lalu, saya percaya Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan menyaksikan demikian ramai golongan generasi muda yang mahukan perubahan. Mereka benci menyaksikan kegiatan rasuah, penyelewengan dan pembaziran yang terus berleluasa, harga barang yang meningkat terus - yang menjadi beban berat kepdaa rakyat - hutang negara yang terus meningkat, demokrasi dan keadilan semakin jauh.

Generasi ini akan menjadi pengundi dalam PRU akan datang. Oleh itu kekecewaan mereka terhadap situasi yang ada ini dijangka akan diterjemahkan dalam peti undi pada PRU akan datang itu.

Jika kita mengamati beberapa Himpunan Bersih yang lalu, anak muda ini yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan latar belakang telah bersatu menentang segala kemungkaran yang berlaku dalam negara. Bagaimanapun, malangnya mereka melihat hingga kita tidak ada sebarang perubahan, bahkan perlakuan rasuah, penyelewengan dan sebagainya semakin bertambah. Ini yang sangat menekan perasaan anak muda dan rakyat prihatin.

Saya percaya, kebangkitan rakyat ini menunjukkan bahawa rakyat telah berjaya 'meruntuhkan' tembok rasa takut terhadap pihak berkuasa dalam usaha menuntut hak mereka. Oleh itu runtuhnya tembok takut ini adalah kemenangan rakyat sebenarnya.

Dengan demikian, Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini adalah manifestasi keberanian rakyat yang bangun di atas reruntuhan batu bata tembok ketakutan mereka selama ini.

Sehubungan itu media yang dimiliki parti yang memerintah tidak mungkin lagi berupaya menjadi 'penghadang' kepada kebangkitan rakyat ini. Mereka kehilangan daya dan kekuatan untuk menyekat sebarang aliran maklumat kepada rakyat. Dalam masa yang sama media alternatif dengan dunia siber yang sangat terbuka menyebarluaskan apa saja maklumat kepada rakyat.

Oleh itu Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini mempunyai seribu satu makna. Sama ada disukai atau tidak disukai oleh golongan tertentu, kebangkitan rakyat ini akan mengambil tempatnya yang penting di ibu negara yang bersejarah ini.

Rakyat sedang melangkah ke depan dan tidak akan berundur lagi, seperti kata Almarhum penyair Usman Awang: Kawan-kawanku yang dikasihi, di depan duri di belakan api, kita tidak boleh undur lagi

DD

DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

TERDESAK BEB!!! 5000 PENGUNDI BN KE LEMBAH PANTAI

Posted: 09 Jan 2013 05:00 PM PST

Sekurang-kurangnya 5,000 ahli Umno yang merupakan pengundi Wilayah Persekutuan dipindah ke Parlimen Lembah Pantai dipercayai untuk bantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).Mendedahkan demikian, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, taktik kotor itu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bersekongkol dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang berminat untuk bertanding.

"Pertembungan kali ini paling sengit kerana semua ahli Umno Wilayah Persekutuan dipindah ke Lembah Pantai. Sengaja dilancar bagi memenangkan calon Umno BN itu.

"Kita kenal pasti lebih kurang 5,000 daripada butiran misalnya mereka ini ada yang mengundi di Seputeh. Keseluruhannya merangkumi pemindahan pengundi. Ahli-ahli Umno yang mengundi di luar akan mengundi di Lembah Pantai termasuk undi pos tambahan 2,000," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Nurul Izzah berkata, Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri turut diperalat Nong Chik untuk menarik sokongan penduduk setempat terhadapnya.

"Sebelum ini, Ketua Polis sendiri turun ke Lembah Pantai untuk edar bubuk lambuk. Najib (Razak) pula dua kali turun menyerahkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

"80 peratus perumahan rakyat di Lembah Pantai dicat. Di Sentosa, 100 peratus di bawah kelolaan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Ini memberikan impak besar termasuk Pantai Dalam. Sebaliknya, Pemuda Umno yang dapat projek tersebut apabila ia diswastakan," sambungnya.

"Nong Chik sama macam Shahrizat kerana segala projek, mereka akan jadi juara. Projek Shahrizat (NFC) dan keluarga RM250 juta. Belum lagi Nong Chik ada projeknya sendiri," kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Pada PRU lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Kini, ada ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik (gambar) sekalipun terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit.

kl-today


DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

Tiada ulasan: