Anak Sungai Derhaka |
- Patutlah HKR ditukar jadi Himpunan Shamsidar oleh pencacai UMNO.. terpengaruh dengan kenyataan dia ni rupanya..
- PERKASA dapat maklumat HKR akan bertukar jadi seperti di Dataran Tahrir.. Laporan Polis dibuat.
- RM300 untuk setiap peserta 'Himpunan Kebangkitan Rakyat'.. Sila buat tuntutan anda di sini..
- Empat tahun berlalu, beratus juta RM bertukar tangan.. Ini saja yang Ketua Wanita UMNO Selangor bina untuk PUSPAHANAS? (Video Inside)
Posted: 08 Jan 2013 07:28 AM PST Tertanya-tanya juga aku bila membaca apa yang disiarkan oleh Sinar Harian pada image di atas.. mengapa agaknya Muhyiddin meletakkan tarafnya sama dengan pencacai-pencacai UMNO sedangkan beliau seorang pemimpin UMNO. Apa yang meletakkan Muhyiddin setaraf dengan pencacai-pencacai UMNO yang terkenal dengan kebodohan mereka ialah beliau telah menggunakan perkataan Himpunan Shamsidar bagi menggantikan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini. Antara Blogger pencacai UMNO yang menggunakan perkataan tersebut ialah Blog yang print screennya di bawah ini, yang mempertikaikan artikel dari MiLo SuaM yang boleh di baca di ( SINI ) Dan juga blog pencacai UMNO di bawah ini.. juga mempertikaikan MiLo SuaM. Kenapa agaknya mereka menggantikan Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan nama Himpunan Shamsidar sedangkan dalam lapan tuntutan Himpunan tersebut nama Shamsidar langsung tidak tersenarai. Antara lapan tuntutan tersebut ialah.. 1-Menuntut Pilihanraya adil dan bersih. 2-Bebaskan tahanan ISA 3-Martabatkan Bahasa Ibunda 4-Menuntut pendidikan percuma 5-Selamatkan Kampung Warisan dan tradisi 6-Selamatkan alam sekitar 7-Pulangkan royalti minyak 8-Selamatkan Felda Jawatankuasanya pula dianggotai oleh wakil-wakil dari Pakatan Rakyat dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang akan bersama-sama menghimpunkan rakyat dari seluruh negara untuk membanjiri ibukota. Rupa-rupanya Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan nama Himpunan Shamsidar berpunca dari dakwaan Nallakurapan ini.. Kononnya menurut Nallakurapan seperti yang disiarkan oleh Utusan diatas ialah 'Himpunan Shamsidar' itu dijadual berlangsung beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Ceh!! Statement sebegitu bodoh oleh si Nallakurapan itu pun boleh mempengaruhi pemikiran Pencacai-pencacai UMNO? Apakah dengan mengadakan perhimpunan ini proses penghakiman yang berlangsung di Mahkamah akan terganggu atau menjadi keliru seperti apa yang didakwa si Nallakurapan itu? Sedangkan ianya diadakan beberapa hari sebelum kes dibicarakan.. Jika benar ianya diadakan bagi menghalang isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin dari menjadi saksi di mahkamah, Himpunan Kebangkitan Rakyat itu sewajarnya diadakan ketika hari perbicaraan.. Dan lokasi perhimpunan pula ialah di Mahkamah yang mana perbicaraan itu berlangsung bukannya di perkarangan Stadium Merdeka.. Hmmm... betullah kata Tun Mahathir.. hanya orang-orang bodoh kini bersama UMNO... termasuklah Muhyiddin itu sendiri... kalau tak percaya Mahathir yang kata macam tu sila lihat di ( SINI ) |
PERKASA dapat maklumat HKR akan bertukar jadi seperti di Dataran Tahrir.. Laporan Polis dibuat. Posted: 08 Jan 2013 02:40 AM PST Kata Timbalan Ketua Penerangan Perkasa ni.. Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) adalah cubaan untuk menghidupkan suasana seperti di Dataran Tahrir. Ini kerana Perkasa mendapat maklumat entah dari mana yang mengatakan kumpulan itu akan berkumpul di Dataran Merdeka. Jadi Perkasa mahu polis mengambil tindakan menghalang himpunan itu kerana bimbang berlakunya rusuhan lagi seperti himpunan lain anjuran Pakatan Rakyat. KUALA LUMPUR: Perkasa membuat laporan polis terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) anjuran Pakatan Rakyat pada Sabtu ini. Banyak betul ya maklumat yang PERKASA ni dapat.. tapi satu pun tak pernah terbukti betul.. mungkin maklumat ini datang dalam mimpi agaknya.. _ |
RM300 untuk setiap peserta 'Himpunan Kebangkitan Rakyat'.. Sila buat tuntutan anda di sini.. Posted: 07 Jan 2013 11:50 PM PST Di sini yang aku maksudkan pada tajuk diatas ialah Admin Portal Suara Pakatan Rakyat bukannya buat tuntutan dari aku.. aku Cuma menyampaikan saja.. he..he.. Ini kerana beliau telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan membayar elaun sebanyak RM 300 untuk setiap peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 12 Jan ini. Kita tuntut dulu dari dia, kemudian suruh dia pula tuntut dari Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.. Menurutnya lagi selain elaun tersebut kemudahan pengangkutan dan penginapan untuk yang layak juga disediakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Disamping fitnah bayaran RM300 untuk setiap peserta, pencacai UMNO yang berselindung atau menumpang popularity Pakatan Rakyat dengan menggunakan Suara Pakatan Rakyat sebagai nama portal beliau juga mempersoalkan tentang sasaran 1 Juta peserta. Kerana menurutnya kapasiti Stadium Merdeka hanya diantara 35 ribu – 45 ribu orang sahaja, dicampur yang akan duduk di atas padang, mungkin sekitar 10 ribu, masih terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan sejuta orang!! Dia kata lagi "orang bodoh sahaja yang merancang untuk meletakkan satu juta orang dalam Stadium Merdeka!! Siapakah yang bodoh itu, masih menjadi tanda tanya." Tapi yang bodohnya disini ialah Admin portal tersebut sendiri, kerana Jawatankuasa Penganjur tak katapun 1 Juta peserta itu semuanya mesti berada di dalam Stadium Merdeka. Dan lokasi terakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini akan ditentukan esok petang sekiranya pihak pengurusan Stadium Merdeka masih tidak memberikan sebarang maklum balas. Pengerusi Jawatankuasa HKR, Mohammad Sabu berkata, pihaknya turut akan berbincang dengan Ketua Polis Negara bagi menerangkan perancangan himpunan bagi memastikan ianya berlangsung secara aman. "Setakat ini pihak stadium masih belum menyatakan ya atau tidak. "Esok pada jam 4.00 petang kita akan memberikan maklumat terakhir lokasi himpunan," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PKR. Dengar apa kata DS Anwar Ibrahim tentang portal Suara Pakatan Rakyat ini.. Pencacai UMNO mungkin percaya dengan fitnah yang direka oleh Admin Suara Pakatan Rakyat itu.. kerana mereka bergerak berlandaskan duit.. tapi kita yang menyokong Pakatan Rakyat ini bergerak dengan hati yang ikhlas.. - |
Posted: 07 Jan 2013 06:27 PM PST Awan Megah Sdn Bhd milik Ketua Wanita UMNO Selangor Senator Datuk Seri Raja Ropiaah Abdullah telah dianugerahkan projek pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional ("Puspahanas") milik Kementerian Pertahanan melalui satu perjanjian bertarikh 8 Jun 2005. Projek penswastaan tersebut melibatkan kerja-kerja merekabentuk dan membina (design and build) sebuah kolej latihan tentera ianya bernilai RM100Juta. Pecah tanah projek Pusat Pendidikan Pertahanan Negara atau Puspahanas sudah dilakukan pada 21 November 2008 (baca di SINI ). Sebagai balasan kepada kerja-kerja merekabentuk dan membina Puspahanas, Kementerian Pertahanan berjanji akan memindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 (seluas 96.825 ekar), Lot 1158 (seluas 45.420 ekar) dan PT216 (seluas 81.085 ekar). Tanah-tanah seluas 223.33 ekar ini pada asalnya diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan membina kem tentera. Oleh kerana Syarikat yang dikuasai oleh Ketua Wanita UMNO Selangor itu, iaitu Awan Megah adalah sebuah syarikat yang tidak pernah mempunyai apa-apa aktiviti sejak ia ditubuhkan jadi ianya tidak ada sebarang pengalaman. Bagi melaksanakan projek tersebut pula sebuah syarikat yang mengeluarkan berus gigi tersebut dilantik sebagai Ali Baba bagi melaksanakan projek PUSPAHANAS yang dianugerahkan kepada Ketua Wanita UMNO Selangor Raja Ropiaah Raja Abdullah ( sila baca di SINI ) Dan setelah sekian lama berlalu, beratus juta RM bertukar tangan... inilah hasilnya.. Beruntungnya Ketua Wanita UMNO tu.... pencacai dapat apa? _ |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan