Anak Sungai Derhaka |
- PANAS!! Takut rahsia terbongkar, Rosmah arah Pengawal Peribadi halang wartawan yang tanya tentang tuduhan Deepak..
- Tarian separuh bogel di IPD Shah Alam... Ini jawapan Ketua Polis Selangor..
- Ustazah Mashitah jelaskan hukum beliau salam dan cium Tangan Pak Lah? (Video Inside)
- Blogger Pro UMNO, MiM mohon maaf dari Khalid Samad kerana fitnah beliau..
- Kerana Fitnah, Blogger Pro UMNO ini disaman Khalid Samad.
- Yang akan turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112.. Sila Ambil Perhatian!!
Posted: 07 Jan 2013 07:44 AM PST Pengawal peribadi Rosmah Mansor dilaporkan telah menghalang para wartawan dari terus mengasak Rosmah dengan soalan mengenai pendedahan yang melibatkan dirinya oleh Usahawan Kontroversi Deepak Jaikishan, menimbulkan persoalan kenapa beliau takut untuk menjawab? Pengawal Peribadi itu pasti tidak akan bertindak sedemikian jika tiada arahan yang dikeluarkan oleh Rosmah Mansor sendiri.. Kejadian dilaporkan telah berlaku ketika majlis pelancaran Roti 1Malaysia oleh Rosmah.. Baca ni.. KUALA LUMPUR: From her alleged gem-stone links with carpet dealer Deepak Jaikishan to her purported hand in P Balasubramaniam's second statutory declaration (SD), Rosmah Mansor has become juicy fodder for a public hungry for answers. Pepatah Melayu ada mengatakan "Berani kerana benar, takut kerana salah" boleh dikaitkan dengan tindakan Rosmah Mansor ini. Jadi fikir-fikirkan.... Buat pencacai UMNO yang masih sibuk nak membela Rosmah Mansor ni.. sebelum korang pertahankan dia, korang pergi tanya Dr. Novandri (MiM).. adakah sebab sebenar beliau terpaksa meminta maaf dari Khalid Samad? Laporan tentang Blogger MiM minta maaf dari Khalid Samad tu sila baca di ( SINI ) | ||
Tarian separuh bogel di IPD Shah Alam... Ini jawapan Ketua Polis Selangor.. Posted: 07 Jan 2013 04:39 AM PST Tersebarnya gambar penari separuh bogel sedang beraksi di atas dilaman FaceBook dan juga Blog menyebabkan pihak Polis Di Raja Malaysia, khususnya dari IPD Shah Alam dihujani kritikan. Gambar tersebut telah dirakamkan di Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan Jabatan Siasatan Jenayah IPPD Shah Alam. Ada yang meminta penjelasan dari pihak Polis dan ada juga yang tanpa memberi peluang kepada pihak Polis menjelaskan keadaan terus mengkritik pihak Polis. Malah oleh kerana gambar di atas disiarkan oleh kebanyakkan Blog-blog Pro Pakatan Rakyat maka secara automatik Blog-blog Pro UMNO mendakwa ianya adalah gambar super impose yang dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat untuk memburuk-burukkan pihak Polis. Bagaimanapun tuduhan Blog-blog Pro UMNO itu terjawab bilamana ada individu yang mengambil inisiatif untuk bertanya kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah melalui laman FaceBook beliau. Beliau melahirkan rasa terkejut bila melihat gambar tersebut dan berjanji akan menyiasat perkara tersebut kerana menurutnya ini adalah satu pelanggaran tata susila PDRM dan mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disampaikan kepadanya. Dan setelah beberapa jam berlalu sekali lagi beliau mengeluarkan kenyataan hasil dari penyiasatannya mendapati "Pihak polis yg hadir (JSJ Shah Alam) juga terperanjat dgn pihak kebudayaan (mlm di Intekma) itu yg tlh membuat "show" sedemikian, namun tindakan disiplin terhadap mereka yg bertanggung jawab &cuai dlm menganjur. Polis Selangor tidak sekali kali menyokong kemungkaran sebegitu. Harap maklum."
Itu penjelasan Ketua Polis Selangor... Tahniah buat Tun Hisan.. dalam kesibukannya beliau masih punya masa untuk melayan persoalan yang ditimbulkan.. Kesimpulannya disini ialah.. mereka manusia dan kita juga manusia.. yang membezakan antara mereka dan kita hanyalah uniform yang mereka pakai.. Sebagai manusia, cuai adalah sebahagian dari sifat semula jadi yang ada dan kita juga tidak mungkin lari dari kesilapan kerana kita manusia bukanlah sempurna.. jadi janganlah belasah pihak Polis teruk sangat.. agak-agak sudahlah.. Lagipun... bukannya semua mereka tu menyokong UMNO/BN.. | ||
Ustazah Mashitah jelaskan hukum beliau salam dan cium Tangan Pak Lah? (Video Inside) Posted: 06 Jan 2013 11:50 PM PST Beberapa ketika yang lalu gambar Ustazah UMNO Dr. Mashitah Ibrahim yang arif tentang hukum Islam sedang mencium tangan Pak Lah telah tersebar dilaman Blog, FaceBook dan juga Twitter. Beliau bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir yang tersengeh-sengeh. Ramai yang mempersoalkan tindakannya itu, ini kerana sebagai seorang Ustazah beliau sewajarnya lebih arif tentang apa yang dihalalkan dan apa juga yang diharamkan dalam Islam. Sedangkan Pak Lah adalah lelaki yang bukan mahramnya.. Begitu lama jawapan dari Ustazah UMNO itu dinantikan, akhirnya beliau menjawab juga dalam artikel di ruangan soal jawab "Anda musykil Dr Mashitah jawab" Sinar Harian. Beliau menjawab satu soalan yang mempersoalkan "Apakah hukumnya Muslimah bersalam dan mencium tangan bukan muhrimnya?". Antara jawapan Ustazah UMNO itu ialah "Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Namun jika berjabat tangan disertai dengan perasaan ghairah dan boleh mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah haram" Itu jawapan Mashitah.. seorang Ustazah UMNO.. Dan ini pula ulasan Ustaz Azhar Idrus mengenai Budaya Bersalam-salaman Antara Bukan Mahram.. | ||
Blogger Pro UMNO, MiM mohon maaf dari Khalid Samad kerana fitnah beliau.. Posted: 06 Jan 2013 09:18 PM PST Sebelum itu.. aku minta maaf buat semua pembaca kerana telah berlaku kesilapan pada laporan yang disiarkan sebelum ini.. Di mana apa yang disiarkan ialah "Kerana Fitnah.. Blogger Pro UMNO ini juga disaman Husam Musa".. yang sebenarnya bukan Husam Musa tapi disaman Khalid Samad.. (baca di SINI) Berikut pula adalah laporan susulan kes tersebut dipetik dari Harakahdaily Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu. Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini. Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan. Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini. Dr Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'. Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya. Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid. Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili Dr Novandri. Berikut adalah permohonan maaf dari Novadri yang mesti disiarkan dalam Harakahdaily dan juga blog beliau, novandri.blogspot.com Well done!! Syabas buat Dr. Novandri.. kerana membuktikan beliau bukanlah seorang yang terlalu ego untuk meminta maaf walaupun sebelum ini beliau menafikan menulis artikel tersebut.. - | ||
Kerana Fitnah, Blogger Pro UMNO ini disaman Khalid Samad. Posted: 06 Jan 2013 06:15 PM PST Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa selain dari Blogger Pro UMNO yang terkenal dengan penyiaran video lucah dalam laman Blog miliknya iaitu PapaGomo yang telah disaman Husam, Dr. Novandri pemilik Blog Minda Intelek Melayu (MiM) pula telah disaman oleh Khalid Samad Musa kerana fitnah. PapaGomo yang kini sedang sibuk dimahkamah kerana disaman Husam Musa sebanyak RM10Juta, baru-baru ini telah menyerlahkan kebodohannya dalam hendak mempertahankan Rosmah.. ( baca di SINI ) Menurut Zainulfaqar Yaacob dari Buletin Mutiara nasib blogger mesra UMNO, Minda Intelek Melayu (MIM) atau nama sebenarnya Dr Novandri yang didakwa memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya itu akan ditentukan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada pagi ini. Khalid yang juga anggota Lajnah Politik Pas Pusat semasa dihubungi awal pagi tadi mengaku bahawa blogger berkenaan merayu untuk menyelesaikan tulisan berunsur fitnah ke atas peribadinya itu di luar kamar mahkamah. "Dia nak minta maaf atau tidak berhubung fitnah ke atas diri saya itu biar dalam mahkamah supaya jadi pengajaran bagi blogger Umno yang lain," ujar beliau menerusi telefon.
Hmmm.. patutlah kebelakangan ni Blogger-blogger dari Unit Media Baru (UMB) di Pulau Pinang ni mampak macam tak ada haluan... Kepala depa sibuk rupanya... | ||
Yang akan turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112.. Sila Ambil Perhatian!! Posted: 06 Jan 2013 04:56 PM PST Ini adalah pengumuman khas oleh Jawatankuasa Himpunan Sejuta Rakyat yang akan berlangsung pada 12 Januari ini jam 2 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Semua yang akan turun sila ambil perhatian: ~ Untuk mengelakan kesesakan sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur ~Sila jangan buat ganguan jalan ~Sila jangan jamkan jalan raya perhimpunan ini dijalankan dengan aman perhimpunan ini dijalankan dengan santai suasana pesta suasana bersama kaum keluarga PANTAI TIMUR Dari pantai timur, kelantan,terangganu dan pahang ~Ambil komuter ambil lrt di wilayah gombak berhenti di masjid jemek dan bergerak dari sana ke stadium merdeka PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK ~Sila ambil komuter di slim river di tanjung malim di rawang dan kawasan-kawasan yang sama berkumpul di masjid negara dan bergerak ke stadium merdeka NEGERI SEMBILAN ~Naik komuter dari seremban kajang bangi cuba jangan bawa kereta ke dalam kota SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM ~Sila ambil komuter sila ambil lrt berhenti di universiti berhimpun di masjid universiti malaya bergerak ke brickfeilds warga aman sedang menungggu MAHASISWA dan ANAK MUDA ~Berkumpul di masjid UM bergerak bersama-sama menuju brickfeilds HIMPUNAN HIJAU ~Berkumpul awal di KLCC ROYALTI ~Berkumpul awal di KLCC MUFAKAT ~Berkumpul di jalan sultan SAMM ~Berkumpul di kelab sultan sulaiman WARGA YANG LAIN ~Datang terus masuk ke stadium merdeka NOTA ~Sila berkumpul lebih awal dan mula bergerak ke stadium merdeka NOTA ~Sila layari semua laman pro pakatan para pemilik laman para bloger anti united malays national orgnisation sila sebarkan maklumat ini ANAK ANAK MUDA ~Yang bijak desin flyer yang bijak dengan media baru sila sibuk dan gempur alam siber sila gempaq dengan #kl112 sila buat heboh APA YANG BOLEH DILAKUKAN DAN APA YANG TIDAK SILA BACA DI ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan