Anak Sungai Derhaka |
Posted: 06 Jan 2013 03:15 AM PST Biarpun telah mengumpan rakyat Selangor dengan berbagai-bagai imbuhan yang ketika mereka memerintah Selangor dulu langsung tidak mereka fikirkan, namun kaji selidik yang dilakukan masih memberikan jawapan yang mengecewakan UMNO Selangor. Kerana terlalu yakin bahawa 'Karnival Sayangi Selangor' yang kecoh pada malam tahun baru baru-baru ini ( baca di SINI ) berjaya memancing rakyat Selangor, UMNO/BN Selangor telah mengadakan satu kaji selidik. Dalam kekecohan tersebut enam ditahan, lima warganegara asing berusia dalam lingkungan 20-an dan seorang remaja lelaki tempatan telah ditahan. Soalan yang diutarakan dalam kaji selidik tersebut ialah "Diantara PR &BN, yang mana satu anda yakin banyak membantu rakyat? Dari 3,270 orang yang mengambil bahagian dalam survey yang dilakukan oleh FB Sayangi Selangor milik UMNO/BN Selangor itu 2,300 mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat lebih banyak membantu rakyat berbanding dengan hanya 766 yang mengatakan Kerajaan Barisan Nasional lebih banyak membantu rakyat. Terkejut, kecewa dan malu dengan hasil poll yang tidak menyebelahi mereka, Admin Pages tersebut telah memadamkannya dari laman FaceBook mereka. Bagaimanapun ada individu telah 'Print Screen' kaji selidik tersebut kerana yakin ianya akan dipadamkan seperti kebanyakkan kaji selidik yang keputusannya tidak memihak UMNO/BN. Kah..kah..kah.. Dah perasan popular lah tu.. tak apa tabur lagi banyak duit yang ada tu... |
Nak tawan Kelantan macam mana ni Najib?.. belum apa-apa UMNO dah lawan UMNO.. Posted: 05 Jan 2013 08:05 PM PST Seramai 50 orang ahli Umno yang terdiri dari 23 cawangan berhimpun di hadapan balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 8.00 pagi semalam sebagai membantah ketua Umno Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin. Perhimpunan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapha Mohamed. Bagaimanapun, memorandum itu hanya diserahkan kepada setiausaha politik Mustapha berikutan beliau dikatakan telah pulang ke Kelantan semalam. Penyerahan itu dibuat di bilik vip, dalam keadaan setiausaha politik Datuk Mustapha yang baru dilantik itu enggan keluar. Bantahan itu kata mereka dibuat bukan hanya tindakan Dali yang tidak menjaga kebajikan penyokong dan pimpinan semua peringkat cawangan, sebaliknya tidak amanah. Mengikut memorandum yang dikenali sebagai Memorandum Rakyat, Dali mengamalkan pemerintahan kroni, pengalaman yang lemah, rasuah dan lain-lain lagi. Bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zulkifli Mat Hassan, ketika memberitahu media berkata bantahan itu dibuat berikutan tiada kepercayaan dikalangan ahli lagi terhadap Dali. "Dalam Umno masih segar demokrasi, tetapi jika tidak amalkan demokrasi ianya tiada guna. "Surat telah dihantar kepada presiden dan timbalan presiden parti, tetapi tiada sebarang tindakan,"ujarnya yang juga Ketua Umno Cawangan Lapang Terbang. Selepas berdemo di lapangan terbang, pemimpin-pemimpin cawangan ini berarak dalam Parlimen Pengkalan Chepa termasuk di hadapan rumah Dali untuk menyatakan bantahan pada pemimpin Umno bahagian itu. Sepanduk seperti Kami Ketua-Ketua Umno Cawangan, mendesak Dali meletakkan jawatan', SPRM tolong siasat, 'Rakyat Dihimpit' dan lain-lain lagi seperti Asal Bukan Dali turut diarak. ~ Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan