Anak Sungai Derhaka |
- Lawak jenis apa Utusan buat nih?.. buat malu negara saja..
- Pelik tapi benar.. Najib lantik pengeluar berus gigi untuk bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional
- Ketua Wanita UMNO Selangor dibayar RM100Juta untuk projek yang entah dimana?
- Ahli Politik ditahan kerana merogol.. (Video Inside)
Lawak jenis apa Utusan buat nih?.. buat malu negara saja.. Posted: 04 Jan 2013 06:24 AM PST Image ini adalah apa yang telah disiarkan di dalam tabloid 'Mega' yang dikepilkan bersama Lidah Rasmi UMNO @ Utusan Malaysia. Tajuknya ialah 'fakta Menarik tentang Justin Bieber'.. tapi apa yang tertulis di bawahnya langsung tak ada kena mengena dengan Justin Bieber.. Ini laporan dari MSN News.. A tabloid pullout called Mega from the local Malay newspaper Utusan even quoted Justin Bieber as the ninth biggest country in the world. Kalau ada peminat Justin Bieber terjemah dan hantar kat dia.. tentu dia gelak berguling-guling.. Dan berkata bodoh sungguh Editor Lidah Rasmi UMNO nih.. Dan jangan lupa.... Peringatan Penting! Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 Tarikh: 12 Januari 2013 Masa: 14:00 petang Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka) - | ||||
Pelik tapi benar.. Najib lantik pengeluar berus gigi untuk bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional Posted: 04 Jan 2013 01:10 AM PST Presiden UMNO yang juga merupakan Perdana Menteri kesayangan ahli-ahli UMNO ini, tahun lalu pernah menggemparkan negara kerana telah melantik sebuah Syarikat pengeluar Meter Air yang langsung tiada pengalaman dalam pembinaan MRT untuk menjalankan projek tersebut. Kali ini satu lagi pendedahan yang pelik tapi benar telah dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli iaitu Najib menganugerahkan projek pembinaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional ("Puspahanas") kepada Syarikat yang mengeluarkan berus gigi pula.. Lebih menarik lagi syarikat yang mengeluarkan berus gigi tersebut dilantik sebagai Ali Baba bagi melaksanakan projek PUSPAHANAS yang dianugerahkan kepada Ketua Wanita UMNO Selangor Raja Ropiaah Raja Abdullah. Ini kerana Syarikat yang dikuasai oleh Ketua Wanita UMNO Selangor itu, iaitu Awan Megah adalah sebuah syarikat yang tidak pernah mempunyai apa-apa aktiviti sejak ia ditubuhkan... Dan ianya hanya mengambil untung atas angin.. HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!... kah..kah..kah... Ini Kenyataan Media oleh Rafizi.. baca dan fahamkan... Awan Megah Sdn Bhd ("Awan Megah") dianugerahkan projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional ("Puspahanas") milik Kementerian Pertahanan melalui satu perjanjian bertarikh 8 Jun 2005 yang disertakan bersama. Projek penswastaan tersebut melibatkan kerja-kerja merekabentuk dan membina (design and build) sebuah kolej latihan tentera. Sebagai balasan kepada kerja-kerja merekabentuk dan membina Puspahanas, Kementerian Pertahanan berjanji akan memindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 (seluas 96.825 ekar), Lot 1158 (seluas 45.420 ekar) dan PT216 (seluas 81.085 ekar). Tanah-tanah seluas 223.33 ekar ini pada asalnya diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan membina kem tentera. Menteri Kewangan semasa kontrak ini dianugerahkan kepada Awan Megah adalah Dato' Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada keputusan untuk melantik Awan Megah. Awan Megah adalah syarikat yang dimiliki oleh Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor. Berdasarkan semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Awan Megah adalah sebuah syarikat yang tidak pernah mempunyai apa-apa aktiviti sejak ia ditubuhkan. Maklumat kewangan yang terakhir yang difailkan dengan SSM adalah bagi tahun kewangan 31 Disember 1993 yang menunjukkan syarikat itu tidak menjalankan apa-apa aktiviti. Sehingga kini, tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan oleh Awan Megah seperti mana rekod terkini SSM bertarikh 23 Mei 2012. Ini bermakna, di antara tahun 1994 hinggalah sekarang, Awan Megah tidak mempunyai apa-apa transaksi dan kekal sebagai syarikat yang tidak aktif. Ini juga bermakna, Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pertahanan telah melakukan penyelewengan dan salahlaku rasuah apabila beliau menganugerahkan projek penswastaan bernilai puluhan juta ringgit ini dalam tahun 2005 kepada Awan Megah, sedangkan jelas Awan Megah bukanlah sebuah syarikat pembinaan yang berkemampuan untuk menjalankan projek tersebut. Awan Megah hanyalah syarikat Ali Baba yang dilantik Dato' Seri Najib Tun Razak dan diberikan 223.33 ekar tanah lumayan. Oleh sebab itulah, Awan Megah terpaksa melantik sebuah syarikat lain sebagai "rakan kongsi" untuk membiayai dan menyiapkan sepenuhnya projek itu. "Rakan kongsi" yang dipilih adalah sebuah syarikat bernama GuppyUnip Sdn Bhd. Syarikat ini hanya berjaya mendapatkan kemudahan kredit dari United Overseas Bank (UOB) yang diluluskan pada 21 Julai 2010, iaitu lima tahun selepas projek ini dianugerahkan kepada Awan Megah. Ini bermakna projek ini tergendala selama lima tahun gara-gara Awan Megah tidak mempunyai modal dan masih mencari-cari rakan kongsi. Semakan dari surat kemudahan kredit GuppyUnip Sdn Bhd ini pula menunjukkan bahawa: 1. Keseluruhan modal sebanyak RM59.25 juta (iaitu pinjaman TL1 hingga TL4) adalah pembayaran bagi pihak Awan Megah 2. Pembayaran premium kepada Kerajaan Selangor bagi pindahmilik geran dan pertukaran status bagi tanah 223.33 ekar juga akan dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd 3. Kos bagi kerja-kerja penyediaan tapak untuk membangunkan tanah 223.33 ekar itu turut dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd Seterusnya sila sambung bacaan anda di ( SINI ) | ||||
Ketua Wanita UMNO Selangor dibayar RM100Juta untuk projek yang entah dimana? Posted: 03 Jan 2013 08:48 PM PST Senator Datuk Seri Raja Ropiaah Abdullah mungkin sudah selesai dalam kes saman undang-undang beliau dan menjual tanah yang menjadi rebutan kepada Boustead Holdings Bhd (BHB), akan tetapi persoalan kekal sama ada firma ketua Wanita Umno Selangor itu sudah menyiapkan bangunan pendidikan pertahanan bernilai RM100 juta itu kepada kerajaan. Pecah tanah projek Pusat Pendidikan Pertahanan Negara atau Puspahanas sudah dilakukan pada 21 November 2008 tetapi lokasi sebenar bangunan masih kekal misteri, dengan titik di atas peta yang menunjukkan tempat letak kereta berhampiran Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi di Presint 1, Putrajaya. Puspahanas yang terbengkalai seakan-akan serupa dengan skandal awal melanda Ketua Wanita Umno Raja Ropiaah, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil apabila keluarga beliau dituduh menggunakan RM250 juta pinjaman mudah kerajaan untuk pelaburan peribadi dan bukannya untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Tiada papan tanda jalan di Putrajaya bagi projek itu, yang syarikat pembangunan beliau Awan Megah Sdn Bhd bersetuju untuk bina pada tahun 2005 di atas pertukaran dengan kira-kira 80 hektar tanah di Bukit Raja, Selangor dan wang sebanyak RM27 juta. Misteri lain adalah bagaimana BHB boleh membeli tanah Bukit Raja oleh kerana kerajaan telah ditetapkan tanah itu tidak boleh dijual oleh Awan Megah, yang sebelum ini diusahakan dengan perjanjian rumit dengan peniaga permaidani Deepak Jaikishan untuk membiayai pembinaan Puspahanas. Pengusaha kontroversi tersebut telah membawa Raja Ropiaah ke mahkamah apabila perjanjian gagal dan Ketua Wanita Umno Selangor itu sebaliknya melakukan usahasama pembangunan dengan pembuat barangan plastik. Pendedahan Deepak sebelum saman sivil, yang didengar pada masa sama dengan perhimpunan agung Umno tahunan lalu, kemudian membawa kepada penyelesaian dimana syarikat beliau, Astacanggih Sdn Bhd menjual 80 peratus saham syarikat kepada unit BHB dengan harga RM30 juta.
Astacanggih juga mencadangkan untuk membeli tanah Raja Ropiaah dengan RM130 juta, walaupun perjanjian itu tidak boleh dijamin sebelum ini berikutan sekatan daripada kerajaan, yang masih belum menerima kemudahan Puspahanas. BHB semalam mengatakan meluaskan simpanan tanahnya sebagai sebab untuk membeli Astacanggih, sambil menambah ianya merupakan keputusan komersil semata-mata. Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, BHB berkata skala ekonomi boleh dicapai dengan menggabungkan tanah dengan tanah 283,28 hektar bersebelahan dimiliki oleh Jendela Hikmat Sdn Bhd, dimana Kumpulan Boustead dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama-sama memegang 60 peratus faedah ekuiti. Berdasarkan pengalaman, BHB berkata mereka yakin pengambilalihan tanah pembangunan akan dapat menjana pulangan ke atas kos pembangunan sebanyak 25 peratus daripada pelaburan RM160 juta. Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad enggan mengulas semalam mengenai projek itu dengan mengatakan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai projek yang pertama kali diilhamkan pada tahun 1971 itu. Pada majlis pecah tanah pada tahun 2008, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada ketika itu Datuk Seri Abdullah Badawi berkata, ia juga akan menjadi pemangkin kepada hubungan pertahanan dan kerjasama di kalangan negara-negara di rantau ini dan di peringkat antarabangsa selaras dengan komitmen kerajaan kepada usaha memelihara keamanan serantau dan antarabangsa. "Menyedari hakikat ini, kita menubuhkan Puspahanas dengan tujuan memberi kemudahan latihan yang lebih moden, berkualiti dan terancang kepada pegawai mengikuti latihan pengajian ketenteraan dan pertahanan negara," katanya semasa majlis pecah projek tersebut di Presint 1 disini seperti dilaporkan oleh agensi berita negara, Bernama.
Projek itu sepatutnya siap pada tahun 2011 dan juga menempatkan Maktab Pertahanan Nasional (MPN) dan Maktab Pemerintahan dan Turus Angkatan Tentera (MPTAT). Terdahulu pada tahun 2006, timbalan pengerusi kebangsaan DAP pada ketika itu dan ahli parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw telah menggesa kerajaan untuk melaksanakan projek tersebut di tapak asal Templer Park. "Janganlah kita dengan mudah memindahkan projek dari berhampiran Taman Templer, Rawang ke Putrajaya. Dengan berbuat demikian bermakna membatalkan perjanjian itu dan implikasi yang dahsyat, " katanya dalam satu kenyataan pada ketika itu. Dari tahun 1972 hingga 1985, kerajaan telah meneruskan dengan pengambilalihan tanah. Pada tahun 1980, Persidangan Angkatan Tentera meluluskan projek. Pada tahun 1993, Lembaga Maktab Pertahanan Angkatan Tentera memutuskan untuk diswastakan. Pada tahun 1996, Kementerian Pertahanan memohon kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk penswastaan. Dr Tan berkata bahawa pada tahun 1997, Kabinet meluluskan secara prinsip penswastaan projek Puspahanas kepada Awan Megah sebagai pulangan bagi 223 ekar tanah kerajaan di Bukit Raja yang akan dipindahkan kepada syarikat tersebut untuk pembangunan komersial. Pada Ogos 1997, Panglima Angkatan Tentera pada ketika itu, Jeneral Tan Sri Ismail Omar berkata kerja-kerja pembinaan Puspahanas akan bermula pada akhir tahun 1997 dan dijangka akan siap pada tahun 2002. Walaubagaimanapun, projek tersebut tidak berjalan kemudiannya. Projek Puspahanas pada asalnya bertujuan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kelima dan kemudian ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Ketujuh disebabkan oleh beberapa masalah ~ The Malaysian Insider Persoalannya di sini... Pencacai yang sibuk menyalak dalam Blog ini dapat apa??.. kalau setakat tinggal di flat yang sewanya RM100 atas dasar ehsan Kerajaan Negeri tu.. tak payah lebih-lebihlah pertahankan pemimpin-pemimpin UMNO ni.. _ | ||||
Ahli Politik ditahan kerana merogol.. (Video Inside) Posted: 03 Jan 2013 05:25 PM PST Rakaman yang disiarkan menunjukkan seorang Ahli Politik dari Parti Kongress telah dibelasah dengan kayu, bajunya dikoyakkan dan mukannya telah ditampar berulang kali oleh penduduk tempatan. Rakaman tersebut telah disiarkan oleh sebuah stesen televisyen di India dan ianya melibatkan seorang pemimpin dari Parti yang memerintah India. Menurut Polis lelaki tersebut, Bikram Singh Brahma, dilaporkan telah melawat kampung Santipur di sempadan Bhutan, beliau didakwa memasuki rumah seorang wanita dan merogolnya pada kira-kira 2 pagi waktu tempatan (2030GMT Rabu). 'People raised an alarm late last night after Congress leader Bikram Singh Brahma allegedly raped a woman,' Chirang Superintendent of Police Kumar Sanjeev Krishna told the Deccan Chronicle. He is said to have been visiting the village of Santipur on the Bhutan border when he entered a woman's house and raped her. He was later handed over to the police who arrested him,Superintendent Krishna said. Chief Minister Tarun Gogoi, said anyone found guilty of the heinous crime 'would not be spared, whether he is Congressman or not.' Berikut adalah video tersebut.. Itu di India... tapi di Malaysia ni.. kalau ianya melibatkan pemimpin UMNO perkara sebegitu tak apa.. sebab diaorang kebal atau tidak tertakluk kepada undang-undang.. - |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan