Anak Sungai Derhaka |
- Najib perlu berundur Mahathir kata..
- Rosmah Mansor menceritakan pengalaman sedihnya di Gaza..
- Gambar Pegawai HEP agen UMNO Perak yang pukul Mahasiswa Mesir tersebar.. (Video Inside)
- Ibu Bapa dipaksa melanggan Berita Harian di Selangor?.. Kenapa agaknya?
Najib perlu berundur Mahathir kata.. Posted: 31 Jan 2013 06:30 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Kenyataan bekas perdana menteri itu memberikan gambaran Najib berhadapan tugasan besar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen agar kerajaan dapat melaksanakan segala polisi tanpa gangguan daripada pembangkang. "Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini. Walau bagaimanapun, Dr Mahathir menambah, terpulang kepada ahli-ahli Umno untuk menetukan nasib presiden mereka sekiranya gagal melebihi pencapaian bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi. "Ianya terpulang kepada ahli untuk tentukan masa depannya. "Ahli berhak untuk tentukan siapa akan menerajui parti selepas pilihan raya," kata Mahathir menjawab soalan kepada wartawan tentang sama ada Najib perlu memberikan laluan kepada Muhyiddin ataupun tidak jika gagal meraih majoriti besar. Dr Mahathir sebelum ini juga berkata kerajaan sedia ada ketika ini adalah sebuah kerajaan yang lemah dan menyifatkan keberanian serta kelantangan banyak pihak yang mengecam kerajaan adalah berpunca daripada keputusan lalu yang menyaksikan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) hilang majoriti tradisionalnya. "Ini soal kuat dan lemah, sekarang kita (Umno) lemah dan tanpa majoriti 2/3 kita akan terus menjadi lemah," kata mantan perdana menteri itu. "Kalau kerajaan kuat, orang tidak akan berani mencabar kerajaan," kata beliau pada satu forum 17 Januari lalu anjuran Karangkraf. Mengikut tradisi dalam Umno, seseorang pemimpin yang gagal memberikan kemenangan secara majoriti akan menyebabkannya disingkir seperti yang berlaku kepada Abdullah pada 2008 dan juga Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang tewas pada pilihan raya lalu. Menjelang PRU yang akan diadakan tahun ini, Najib merayu agar pengundi memberikan mandat baru kepadanya untuk meneruskan dasar reformasi yang boleh merangsang Malaysia ke hadapan dan lebih baik walaupun mengakui kelesuan parti itu dan gabungan pemerintah BN itu ke arah perubahan. Najib berkata mandat besar diperlukannya jika Malaysia mahu meningkat dalam ekonomi global untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Di samping itu, Najib juga mengakui bahawa BN dan parti utama, Umno kurang popular sejak tahun kebelakangan ini disebabkan kelemahan tetapi menggesa pengundi memberinya peluang untuk membuat perubahan yang diperlukan. Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri. Najib berhadapan misi paling getir menjelang pilihan raya tahun ini yang dianggap paling sengit dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan, malahan beliau sehingga kini masih belum memutuskan senarai nama calon yang akan bertanding serta berteka-teki dengan dengan tarikh pilihan raya yang perlu diumumkan selewat-lewatnya April ini. ~ The Malaysian Insider |
Rosmah Mansor menceritakan pengalaman sedihnya di Gaza.. Posted: 31 Jan 2013 12:35 AM PST Ini adalah kisah sedih mengenai rakyat Palestine yang dikongsikan bersama oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Masor ketika berucap merasmikan mesyuarat agung ke-13, Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di Kuantan hari ini.. Ini cerita Datin Seri Rosmah Mansor... dipetik dari Bernama Berkongsi pengalamannya ketika menjejakkan kaki ke Semenanjung Gaza bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, beliau berkata golongan ibu di sana tidak pernah dapat memastikan anak-anak mereka yang pergi ke sekolah, akan pulang dengan selamat ke rumah. Mungkin dia tak tahu bahawa antara Palestine dan Malaysia tidak ujud suasana yang serupa.. Israel telah menyekat kemasukan peralatan rumah tangga ke Gaza, yang ditahan di pelabuhan negara haram Yahudi itu sejak tahun 2007.. Gaza hingga kini masih lagi berada dalam keadaan terkepung oleh regim Zionis, ummat Islam disana hidup dalam serba kedaifan dengan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang amat terhad. Mereka juga seringkali bergelap kerana terputus bekalan elektrik akibat kekurangan bahan api yang disekat oleh Israel. Dalam keadaan ekonomi yang lumpuh dan bekalan yang terputus mereka diserang bertalu-talu oleh tentera zionis secara biadap. Sehingga kini penduduk di Gaza masih terdedah kepada serangan Israel yang boleh berlaku tanpa sebarang amaran. Setiap kali serangan berlaku mereka tidak akan mendapat sebarang perlindungan dan pembelaan dari negara-negara umat Islam yang bertetangga dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Mereka seolah-oleh menjadi objek di lapang sasar bagi tentera zionis Israel. Rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitul Maqdis pula terpaksa berhadapan dengan pelbagai sekatan pergerakan. Ini termasuklah pos-pos kawalan tentera dan sekatan jalan yang diadakan secara sewenang-wenangnya. Kini sebuah tembok pemisah yang panjangnya melangkaui 800 km memisahkan rakyat Palestin dari ladang mereka, telaga air dan meyukarkan anak-anak untuk ke sekolah dan menghadkan pergerakan rakyat Palestin. Itu di Gaza... dan di Malaysia yang sudah lebih dari 55 tahun ditadbir oleh UMNO/BN tanpa sebarang sekatan ekonomi atau serangan dari negara jiran.. juga wujud suasana hampir sama dengan apa yang Datin Seri Rosmah Mansor katakan ini "Mereka tidak pernah boleh memilih, tidak boleh memilih apa yang hendak dimakan, tidak boleh memilih sekolah. Di negara kita, anak-anak sampai kena paksa makan," Lihat di ( SINI ) |
Gambar Pegawai HEP agen UMNO Perak yang pukul Mahasiswa Mesir tersebar.. (Video Inside) Posted: 30 Jan 2013 08:31 PM PST Ke mana mahasiswa pergi menuntut di luar negera, selagi mereka mengambil biasiswa, pinjaman PTPTN, mereka tidak akan dapat bebas bergerak, kerana dikongkong oleh kuasa UMNO. UMNO hantar orangnya ke Mesir untuk menghalang mahasiswa dari terlibat dengan lain-lain persatuan selain UMNO, seolah-olah biasiswa yang dikeluarkan kepada para Mahasiswa itu adalah duit UMNO ataupun duit mak bapak depa... Dua NGO iaitu Institut Pemikir Muda Malaysia ( IPMM ) dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Perak menyerahkan momerandum kepada Menteri Besar Perak berhubung insiden seorang pelajar Mesir yang dipukul oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak, Abdul Muhaimin Abdul Majid 19 Januari lalu. Momerandum tersebut diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman di Pejabat Menteri Besar Perak Jumaat lalu. Pengarah IPMM, Ustaz Hafez Sabri berkata, Memorandum itu menuntut agar Muhaimin dilucutkan jawatannya dan mendesak agar beliau memohon maaf serta mengakui atas segala tindakannya. Menurutnya, pihaknya telah mendapat pelbagai aduan tentang Muhaimin dan kemuncaknya ialah insiden seorang pelajar dipukul oleh beliau tanpa sebab yang munasabah. "Muhaimin dihantar oleh kerajaan negeri selepas rampasan kuasa di Perak melalui prosedur yang meragukan kehadiran pegawai ini ke Mesir sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif kepada Persatuan Anak-Anak Perak Mesir disana. "Kini hampir tiga tahun perkhidmatan beliau di Mesir tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pihak beliau kepada persatuan dan mahasiswa Perak sangat mendukacitakan," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan momerandum di Pejabat Menteri Besar Perak, Ipoh, dekat sini. Jelas beliau, pihaknya mendapat pelbagai maklumat terperinci tentang kelakuan dan salahguna kuasa yang telah beliau lakukan terhadap mahasiswa Perak di Mesir sepanjang memegang jawatan tersebut. "Kami mendapat banyak maklumat tentang beliau antaranya tidak mengambil berat tentang isu kebajikan mahasiswa Perak di Mesir dan beliau tidak profesional dan sambil lewa dalam bidang pengurusan berkaitan mahasiswa. "Akhlak serta sahsiah pegawai ini tidak melambangkan beliau sebagai seorang yang menjadi wakil kepada kerajaan Negeri," Jelasnya lagi. Mengulas lanjut, Hafez Sabri menjelaskan, ramai yang melihat tujuan utama Muhaimin ini dihantar oleh kerajaan negeri ke Mesir adalah semata-mata untuk menghalang aktiviti mahasiwa Perak dan menggerakkan agenda Umno Perak di Mesir. Hafez Sabri berkata, pihaknya juga telah mendapat bukti-bukti kukuh berbentuk gambar, video dan audio tentang Muhaimin yang ini aktif melaksanakan agenda-agenda UMNO di Mesir. Maklumat-maklumat serta bukti-bukti ini katanya akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat. |
Ibu Bapa dipaksa melanggan Berita Harian di Selangor?.. Kenapa agaknya? Posted: 30 Jan 2013 05:00 PM PST Disebabkan jualannya yang semakin hari semakin merudum, gara-gara kredibilitinya musnah selepas berulang kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah, pelbagai cara dilakukan untuk cuba menyelamatkan akhbar yang menjadi Lidah Rasmi UMNO daripada terus kerugian.. Antaranya dengan mewajibkan akhbar ini diedarkan di sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan ada juga pimpinan Umno yang terpaksa membeli Utusan Malaysia dengan kuantiti yang banyak untuk diedarkan secara percuma kepada orang ramai bagi membantu meneruskan survival akhbar tersebut. Akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu turut diedarkan di Universiti Islam Antarabangsa,( UIAM ) dengan tajaan pihak tertentu. Malangnya walaupun diberi percuma pun, orang masih tak mahu baca kah kah kah... sila baca di ( SINI ) Dan ini pula adalah kisah mengenai Berita Harian pula, dari e-mail yang diterima daripada seorang waris kepada pelajar Sekolah Rendah Desa Aman beliau mendakwa para Ibu Bapa kepada pelajar di Sekolah tersebut telah dipaksa melanggan akhbar Berita Harian. Apa yang dipersoalkannya ialah meskipun akhbar tersebut mempunyai sisipan khas untuk pelajar UPSR iaitu 'Didik' yang disertakan bersama akhbar tersebut dua kali dalam seminggu tetapi Ibu Bapa dipaksa untuk melanggan selama sebulan.. Ini e-mail beliau.. SALAM, Ni borang langganan.. sila klik pada image untuk paparan yang lebih jelas.. Bagi golongan yang berkemampuan RM30 sebulan bukanlah satu perkara yang membebankan.. tetapi ianya sememangnya amat membebankan bagi golongan yang kurang berkemampuan.. seperti bekas Puteri UMNO ini .. sila lihat di ( SINI ) Kenapa ibu bapa dipaksa melanggan selama sebulan sedangkan hanya lapan kali sisipan tersebut disertakan dalam sebulan?? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan