Isnin, 28 Januari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Cybertrooper UMNO bergaduh kerana duit tersebar.. Saksikan!!

Posted: 28 Jan 2013 07:25 AM PST


Cybertrooper UMNO adalah kumpulan IT ahli UMNO dan penyokong UMNO yang dibiayai oleh UMNO untuk berkeliaran dalam Facebook dan Blog.

Sesuai dengan nama trooper, satu jenis "pasukan" yang dipandu oleh beberapa upahan UMNO untuk meninjau dan mencari serta menyampaikan maklumat untuk tindakan UMNO seterusnya.

Antara tugas mereka ialah membin blog dan berkeliaran dalam Facebook (FB) untuk menyampaikan maklumat tentang kebaikan dan kejayaan UMNO, menyerang PR dan parti dalam PR melalui blog dan FB

Menyerang individu-individu dari PAS, PKR, dan DAP dengan peluru dan modal yang tidak masuk akal dan melampau sehingga kepada tahap merekacipta perkara tidak ada.

Menimbulkan kekeliruan mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan dalam media cetak dan media elektronik dengan mengeksploitasi blog dan FB.

Mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada penyelewengan dan kepincangan UMNO dan pemimpinnya kepada isu lain melalui provokasi.

Dan mengganggu dan mengacau diskusi blog dan FB yang dilihat membahayakan UMNO atau yang boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti UMNO.

Mereka dibayar oleh UMNO..


Mereka diajar dan dididik oleh UMNO dengan duit. Ada duit kerja jalan. Tak ada duit, boleh jalan. Kalau bagi sikit, kerja sikit. Kalau bayar tinggi, kerja tanpa henti.

Bagi puak cybertrooper UMNO yang cari makan dalam FB dan blog, mereka tidak peduli soal fitnah dosa, hisab, dan neraka asalkan mereka dapat bayaran lumayan yang dijanjikan oleh UMNO.

Setiap satu provokasi yang mendapat setiap satu "like" akan dibayar, jika banyak "like" maka besarlah bayarannya.

Setiap satu provokasi yang mendapat reaksi dari orang, maka setiap reaksi itu dianggap sebagai berjaya menarik perhatian orang, dan akan dibayar oleh UMNO.

Apa yang mereka lakukan ialah daftar dengan UMB, tabur fitnah, tunjukkan bukti mereka "berjaya" wujudkan fitnah dan mendapat "like" dan reaksi orang lain, dan kemudian tuntut byaran dari UMNO.

Senang cari makan dan dapat pendapatan sampingan melalui kerja kotor dan fitnah. Apa agaknya hukum makan duit dengan kerja cybertrooper begini?

Tetapi sampai bila UMO boleh bayar mereka? Sampai bila cybertrooper ini boleh terima upah yang sikit dan tidak berbaloi? Pastinya mereka akan bergaduh kerana dunia….bergaduh kerana duit….





Video-video episod seterusnya sila lihat di ( SINI )

Pemuda Sabah pengsan dibelasah polis.. (Video Inside)

Posted: 28 Jan 2013 03:44 AM PST


Seorang pemuda Sabah berketurunan Bajau cedera parah dibelasah ala samseng oleh lima anggota polis hingga pengsan ketika ditahan jam 2 pagi di sebuah siber kafe di Telipok Ria, Tuaran, 19 Januari lalu.

Peguam mangsa, Erveana Ansari Ali dalam kenyataan berkata, menurut seorang saksi, sekumpulan polis masuk ke kafe tersebut dan menangkap Asrul Nordin sebelum mangsa diheret ke satu sudut, digari dan dibelasah hingga pengsan.

Menurut Erveana, dalam kejadian itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Zul mendesak polis berhenti membelasah dan meminta penjelasan tetapi salah seorang polis, Inspektor Mazli menengking dan memberi amaran supaya beliau tidak masuk campur.

"Mazli dan beberapa polis turut memukul dan menghalang ibu bapa mangsa yang cuba menghalang polis membelasah anak mereka," kata Erveana.

Beliau berkata, tindakan ganas polis terhadap mangsa dipercayai ekoran raut wajah beliau serupa dengan kembarnya, Nazrul Nordin yang pernah ke Balai Polis Tuaran pada 16 Januari lalu.


"Nazrul pergi ke balai polis untuk beri keterangan dan membuat pengecaman polis yang menuang air panas di belakang badannya ketika dalam tahanan semasa diberkas pada 6 Julai lalu kerana disyaki memecah masuk rumah. Tetapi tiada bukti mensabitkan beliau dengan tuduhan itu.

"Asrul pula diberkas atas kesalahan penyalahgunaan dadah bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952," jelas Erveana.

Mengutuk serangan tersebut, Koordinator Jingga 13 Sabah itu mendesak Kerajaan Persekutuan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap polis terlibat.

"Polis bukan raja di Malaysia untuk bertindak sesuka hati tanpa mengikut peraturan kerana pernah berikrar menjaga keselamatan awam dan bertugas mengikut undang undang.

"Mereka tiada hak untuk memukul rakyat sesuka hati dan membabi buta," tegasnya. Erveana berkata, rakyat Sabah kini berani bangkit untuk menuntut keadilan dan memerangi kezaliman polis ~ Keadilandaily

Berikut adalah rakaman CCTV dari tempat kejadian.. rakaman agak kurang memuaskan kerana rakaman tersebut dilakukan melalui telefon bimbit dari screen rakaman CCTV.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan rakaman asal yang lebih jelas gagal kerana usaha mengambil semula rakaman CCTV tersebut dihalang oleh pemilik cybercafe yang bimbang tindakan akan diambil terhadapnya.

Rakaman menunjukkan kejadian ini berlaku pada 19 Januari 2013, sekitar pukul 2:30 petang.

  

Sumber video : SINI

Pacak bendera PAS pun kena tampar?.. apa punya gila orang UMNO ni?..

Posted: 28 Jan 2013 12:04 AM PST

Bagi yang biasa berhujah dengan macai-macai UMNO kategori penyokong tegar jenis membabi buta anda pasti akan menyaksikan dua fenomena ini berlaku jika macai tersebut kalah atau gagal untuk mempertahankan hujahnya.

Di laman forum maki hamun dan perkataan-perkataan lucah akan dihamburkan kepada anda oleh macai yang kalah berhujah itu.

Manakala jika ianya dilakukan dialam nyata pula (berhujah secara berhadapan) diugut untuk ditampar atau dipukul atau apa saja yang seangkatan dengannya pasti akan kedengaran bila macai tersebut gagal mempertahankan hujahnya..

Dan kini budaya ganas macai-macai UMNO itu tidak lagi terbatas ketika berhujah, kita telah menyaksikan berbagai jenis keganasan yang dilakukan oleh macai-macai UMNO terhadap Pakatan Rakyat baik melibatkan harta atau ketika ceramah diadakan.

Di Johor baru-baru ini dilaporkan kira-kira 80 bendera PAS dan KeAdilan telah diconteng dengan lambang Salib oleh macai-macai UMNO.. sila baca di ( SINI ).

Laporan oleh sebuah akhbar ini juga melaporkan ianya berlaku di Johor juga yang mana orang-orang Melayu di situ telah dinobatkan sebagai Melayu paling miskin di Malaysia.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas baru-baru ini menyatakan perkara tersebut dalam satu kenyataan yang boleh di baca di ( SINI )

Insiden terbaru ini membuktikan kepada kita bahawa baik pemimpin mahupun macai-macai UMNO, mereka sedang kepanasan takut hilang kuasa..

Dalam insiden ini seorang petugas PAS mendakwa beliau telah ditampar hingga menyebabkannya cedera di pipi kiri dan bibir hanya kerana memacakkan bendera PAS..


Sumber gambar : SINI

Ali Rustam pun sudah terikut perangai Blogger UMNO..

Posted: 27 Jan 2013 07:39 PM PST


PAS Melaka melahirkan rasa kesalnya apabila seorang yang bertaraf Ketua Menteri boleh lagi membuat fitnah.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dalam kenyataannya berkata, kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah.

Ali menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu.

"Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia," antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat.

"PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam," kata Adly.

Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan berkata "apa yang dia merepek tu", kata Adly.

~ Harakahdaily

Hantar Memo bantah Pusat Judi tapi Pemimpin UMNO tak peduli.. Akhirnya penduduk adakan demonstrasi..

Posted: 27 Jan 2013 04:30 PM PST


Jika perkara ini berlaku di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat baik Pulau Pinang, Kelantan, Kedah ataupun Selangor maka riuh rendahlah pencacai-pencacai UMNO memainkan di blog mereka..

Malangnya ia tidak berlaku di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat tetapi ianya telah berlaku di negeri asal Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Meskipun memorandum telah dihantar kepada beberapa pemimpin tertinggi UMNO, bantahan ini dipandang sepi oleh mereka walaupun ianya akan mengundang gejala sosial... mungkin ada diantara mereka punya kepentingan..

Sehari dua yang lalu seorang pembaca mengirimkan e-mail yang disertakan dengan gambar-gambar memo tersebut..

Assalammualaikum w.b.t kpd ASD

Saya ingin memohon kpd semua utk mengwar2warkan isu kewujudan hiburan haram dan perjudian di daerah Maran, Pahang Darul Makmur. Saya mendapat maklumat ini di papan kenyataan Masjid As-Syakirin Maran ketika Solat Jumaat minggu lepas 18 Januari 2013.

Sewaktu sy membaca memo ini, saya terdengar perbualan dua orang jemaah tentang isu ini yg turut sama membaca memo itu dan mereka sangat tidak berpuas hati dengan apa yg berlaku. Komen mereka perkara seperti inilah yg sebenarnya merosakkan orang Islam dan orang2 Melayu terutama golongan muda.

Jika saya tidak salah, tempat pusat judi ini berkemungkinan di kawasan Tong Kiat yg berhampiran dengan kawasan Kuala Sentul. Pengesahan lanjut perlu didapatkan tentang lokasi sebenar pusat kegiatan haram ini.

Jika dapat dilhat kepada senarai memo tersebut dihantar, ianya dihantar kepada Menteri Keselataman Dalam Negeri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menteri Besar Pahang, Ketua Polis Pahang.

Dan ianya juga telah dihantar kepada pihak berautoriti yang berada di daerah Maran seperti Ahli Parlimen Maran, YB Dato' Hj. Ismail, ADUN Kawasan Luit, YB Dato' Hj. Ahmad Munawar, ADUN Kawasan Kuala Sentul, YB Dato' Shahaniza, ADUN Kawasan Jengka, YB Wan Salman, YH Dato' Pegawai Daerah Maran dan Ketua Polis Daerah Maran.

Pengumuman telah dibuat oleh pihak masjid sebelum Solat Jumaat bagi memohon jemaah sama2 mengerjakan Solat Hajat selepas Solat Jumaat.

Saya tidak mendapat maklumat bilakah memorandum bantahan tersebut dihantar dan ditandatangani. Diharap maklumat ini dapat disebarkan dan dikongsikan agar dapat membuka mata pihak2 berwajib untuk mengambil tindakan sepatutnyer.

Dengan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yg membarah sekarang ni, adalah amat wajar perkara2 seperti ini diperangi habis-habisan.

Yang Benar,
Anak Maran

Ini adalah memorandum yang dimaksudkan beliau..


Oleh kerana memorandum tidak dipedulikan satu demonstrasi telah diadakan..


ROMPIN: Kecewa dan marah dengan aktiviti judi yang berleluasa di kawasan mereka, seramai 200 penduduk sekitar gugusan Keratong berhimpun membantah selepas Solat Jumaat di masjid Felda Keratong 2 di sini kelmarin.

Mereka kesal dan merasa tercabar, kerana empat pusat judi itu terus dibiarkan beroperasi sejak lebih setahun lalu walaupun laporan polis telah dibuat, memorandum kepada Jabatan Agama Islam Daerah telah dihantar serta pendedahan media telah tersiar.

Lebih mengecewakan, salah satu pusat judi berkenaan hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz yang juga merupakan Exco Agama kerajaan negeri.

Perhimpunan aman sekitar setengah jam itu diisi dengan pidato penduduk, bacaan doa oleh imam masjid dan pelbagai sepanduk ditunjukkan oleh penduduk.

Laporan penuh sila baca di ( SINI )

Tiada ulasan: