Ahad, 27 Januari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rafizi Ramli mengaku fitnah Zahid Hamidi, Mohon maaf di Facebook?.. Bohong tu...

Posted: 27 Jan 2013 04:49 AM PST

Antara blogger Pro UMNO yang mula-mula menyiarkan kononnya Rafizi membuat permohonan maaf kepada Dato' Seri Zahid Hamidi ialah blog di atas..

Pantas sekali tindakannya hanya setelah 2 minit kenyataan tersebut disiarkan dilaman Facebook Rafizi Ramli II, kenyataan tersebut telah di 'Print screen' dan di muatnaik kelaman blog pula..

Hingga menimbulkan persoalan adakah blogger Pro UMNO tersebut kerjanya memantau setiap aktiviti dilaman Facebook Rafizi hingga membolehkan beliau memperolehi maklumat sebegitu cepat?.. atau... jeng.. jeng...

Dua minit tu cukuplah untuk.. paste apa yang dah ditulis kedalam laman Facebook tu kemudian publish dan signout, kemudian printscreen dan lepastu sign in blogger.com dan upload kelaman Blog pula... 

Berikut adalah kenyataan media oleh Rafizi..

Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato' Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.


RAFIZI RAMLI 
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013

Harussani kata Umat Islam jadi kafir jika benarkan pihak lain guna kalimah ‘Allah’.. dia kata kat siapa nie?

Posted: 26 Jan 2013 06:00 PM PST

Tegas dan keras sekali kenyataan dari Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengenai penggunaan kalimah 'Allah' oleh agama lain..

Katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di Ipoh semalam.

"Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita.

"Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah," .

Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan.

Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini..

The Malaysian Insider

Tetapi dalam kenyataannya yang berapi-api hingga meletakkan seseorang yang berugama Islam sebagai kafir jika membenarkan ugama lain menggunakan kalimah 'Allah' beliau mungkin terlupa bahawa yang telah memberikan kebenaran tersebut awal 2010 ialah seorang pemimpin UMNO..

Katanya.. kalimah 'Allah' boleh digunakan di Pulau Pinang. Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak kerana Ketua negeri bukan seorang Sultan.

"Di negeri-negeri di mana terdapatnya enakmen hal ehwal Islam adalah dilarang dari mengguna kalimah 'Allah'" kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz..


Bukan Nazri Aziz sahaja yang terkena dengan fatwa Harussani itu malah seluruh kabinet Najib..

Sebabnya sila lihat dokumen kebenaran penggunaan kalimah 'Allah' oleh Kabinet Najib di ( SINI )..

Dah jadi macam boomerang pulak isu penggunaan kalimah 'Allah' ini buat UMNO.. nak diguna untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat tapi dah balik kepada UMNO semula..

Kena cari isu lainlah pulak nampaknya.... kesian kat depa....

Tiada ulasan: