Anak Sungai Derhaka |
- Bendera PKR dan PAS diconteng dengan lambang Salib di negeri Johor
- Video Proffesor UTHM mencuci otak dan mengugut pelajarnya tersebar.. Saksikan!!
- Empat Menteri UMNO gagal ujian SPRM.. tapi SPRM tak dakwa..
Bendera PKR dan PAS diconteng dengan lambang Salib di negeri Johor Posted: 24 Jan 2013 11:58 PM PST Tidak cukup dengan berbagai-bagai jenis keganasan dan vandalisma yang dilakukan oleh samseng-samseng yang diupah RM30 oleh UMNO terhadap apa saja yang menjadi milik PKR/Pakatan Rakyat.. kini bendera pula menjadi mangsa.. Kejadian dilaporkan telah berlaku di sebuah negeri yang dikatakan sebagai Kubu kuat terakhir bagi UMNO di Selatan Semenanjung.. Meskipun negeri tersebut merupakan kubu kuat bagi UMNO sebuah parti yang membela nsaib orang Melayu kononnya, perlu kita ketahui bahawa orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia. Ini menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas baru-baru ini dalam satu kenyataan yang boleh di baca di ( SINI ) Mungkin kerana terdesak kerana kemiskinan maka samseng upahan UMNO di Johor terpaksa mengambil upah menconteng bendera PKR dan PAS dengan lambang salib pula.. Laporan dari MSO mengatakan.. Satu perbuatan jahat yang sungguh mencelakan dilaporkan berlaku di Johor malam tadi apabila bendera PAS dan PKR dicalitkan (print) dengan lambang salib. Kejadian itu berlaku di Batu Pahat Johor. Budaya apa agaknya yang pemimpin-pemimpin UMNO cuba terapkan di sini selain dari budaya kurang ajar dan tidak bertamaddun? Saksikan juga bagaimana di negeri ini anak-anak Melayu yang masih bersekolah diajar untuk menjadi kurang ajar dengan menunjukkan isyarat lucah kepada beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat di ( SINI ) |
Video Proffesor UTHM mencuci otak dan mengugut pelajarnya tersebar.. Saksikan!! Posted: 24 Jan 2013 08:00 PM PST Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendakwa Kerajaan Malaysia tidak menjalankan sebarang program 'cuci otak' terhadap Mahasiswa. Dengan menafikan keujudan sebarang program seperti itu di Institusi pengajian tinggi yang dibiayai kerajaan beliau juga mendakwa tuduhan tersebut adalah tidak berasas. Katanya "There is no intention to 'brainwash' undergraduates as it is counter-productive to the ministry's aim of producing creative and innovative thinking students," Kenyataan tersebut adalah sebagai menyangkal dakwaan K.S. Bawani yang mendakwa ujud kegiatan 'mencuci otak' oleh kerajaan di institusi pengajian tinggi.. Mohamed Khaled berkata "Let me explain that there is no such brainwashing process … if there is any, Jika benar apa yang dinyatakan oleh Khaled Nordin itu.. bagaimana pula boleh ujud video seperti di bawah ini.. Dalam rakaman video di bawah ini anda akan menyaksikan seorang Proffesor dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini mencuci otak sambil mengugut Mahasiswa.. Saksikan!! |
Empat Menteri UMNO gagal ujian SPRM.. tapi SPRM tak dakwa.. Posted: 24 Jan 2013 05:53 PM PST Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang. Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti. Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan. Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka. Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit. Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut. Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik. Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti. ~ Sinar harian |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan