Anak Sungai Derhaka |
Kunjungan Najib ke Gaza dikecam Presiden Palestine.. Posted: 23 Jan 2013 12:06 AM PST Kesian kat Najib dan pencacai-pencacainya.. tak sampai 24 jam pencacai-pencacai UMNO berbangga dengan pencapaian Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama melawat Gaza.. Laporan mengenai kunjungan Najib ditolak oleh Presiden Palestine dan dikecam oleh beliau pula dikeluarkan oleh pegawai berita WAFA. Laporan tersebut telah dipetik dan disiarkan oleh media milik Israel iaitu Israel Nation News dan juga VIVA.co Indonesia.
Ini apa yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.. GAZA: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu. | ||
Cabaran Debat PR-BN: Ini jawapan Zambry buat Nizar (Video Inside) Posted: 22 Jan 2013 08:07 PM PST Sebelum ini Sinar Harian telah melaporkan Setiausaha DAPSY Perak, Howard Lee berkata, sehingga kini pihaknya masih menaruh harapan tinggi agar barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) diketuai Zambry akan hadir bagi menjayakan debat terbuka bersama Pakatan Rakyat (PR) Perak. Menurutnya, berdasarkan surat rasmi jemputan yang dihantar ke Pejabat Umno Negeri, 16 Januari lalu, tiada sebarang maklum balas secara rasmi diterima berhubung penolakan atau penerimaan penyertaan Zambry dalam debat berkenaan. "Kita masih menaruh harapan tinggi agar debat ini berlangsung seperti yang dirancang, kita akui belum dapat apa-apa sebarang maklum balas lagi dan kerana itu kita mengambil pendirian positif, kemungkinan menteri besar akan menyertai sesi debat ini. "Atas pendirian itu, kita barisan jawatankuasa teknikal tetap akan mengosongkan beberapa kerusi khusus untuk kepimpinan BN pada malam debat berlangsung," katanya pada satu sidang media, di sini. Debat yang bakal berlangsung di Hotel Excelsior jam 8 malam itu menampilkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, manakala Zambry dipelawa sebagai mewakili BN. Debat terbuka berkenaan dianjurkan bagi mengupas lebih mendalam berdasarkan hujah dan bukti mengenai isu yang pernah dibangkitkan kedua-dua parti sama ada di dalam atau luar Sidang Dun. Antara isu yang bakal mendapat perhatian ramai adalah pendedahan bukti mengenai isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Kelantan yang turut mengaitkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dan ini adalah jawapan Zambry mengenai cabaran ini.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan