Anak Sungai Derhaka |
- PANAS!! Bekas KSU ditahan bersama 36 GRO..
- Gara-gara nak pertahan Rosmah, PapaGomo menyerlahkan kebodohannya..
- Invois Deepak beli cincin, subang dan loket permata bernilai RM13 Juta untuk Rosmah didedahkan!!
- PANAS!! Awie yang dilantik sebagai Duta Persekutuan Seruan Islam Perak pakai rantai salib?
- Gara-gara kerakusan pemimpin UMNO/BN, 3 sekeluarga bunuh diri di Pengerang?
- Runtuh Lagi di Terengganu.. kali ini bumbung Astaka pula..
PANAS!! Bekas KSU ditahan bersama 36 GRO.. Posted: 02 Jan 2013 07:57 AM PST Kat atas tu ialah print screen dari sebuah blog penyokong UMNO yang tajuknya jelas menyerlahkan watak kurang cerdik yang ada dalam diri pemilik Blog itu.. Penyokong Tegar Pakatan soalnya.. jawapannya kepala hotak hang!! Jawatan yang dipegang oleh Datuk yang ditahan bersama 36 GRO iaitu Ketua Setiausaha itu sendiri memberikan jawapan siapa yang beliau sokong.. Sikap besar kepala dan tak gentar untuk mencabar penguat kuasa Jawi untuk mengambil tindakan juga menyerlahkan lagi parti mana yang beliau sokong.. Dan ketika diserbu pada hampir masuk waktu Maghrib itu 'Datuk' tersebut dipercayai berada dalam keadaan mabuk.. Ini laporan berkaitan.. KUALA LUMPUR: Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin. Tidak takut kepada Penguatkuasa.. Kebal dari undang-undang... Mabuk kerana Arak dan Perempuan ... pakej lengkap yang dimiliki oleh kebanyakkan mana?? Pemimpin mana lagi kalau bukan UMNO Baru dan Kroninya... Dan jangan lupa.... Peringatan Penting! Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 Tarikh: 12 Januari 2013 Masa: 14:00 petang Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka) - |
Gara-gara nak pertahan Rosmah, PapaGomo menyerlahkan kebodohannya.. Posted: 02 Jan 2013 03:57 AM PST Setelah Rafizi mendedahkan beberapa beberapa dokumen yang mengaitkan hubungan baik Deepak dan Rosmah kepada umum.. maka kelam kabutlah Blogger Pro UMNO untuk memutarbelitkan fakta yang didedahkan itu. Ianya dipercayai dimulakan oleh PapaGomo dan kemudiannya dicopy paste pula oleh beberapa blogger pro UMNO.. Beliau cuba untuk membuktikan bahawa dokumen yang didedahkan oleh Rafizi itu adalah bersandarkan kepada dokumen kosong yang kemudiannya telah di edit oleh Rafizi. Ini bertujuan untuk menjadikannya satu cerita yang panas dan mendapat perhatian pembaca.. kononnya lah.. Ini apa yang dia tulis.. Apa pendapat anda semua? Bagaimana dengan dokumen dokumen diatas yang menyatakan nama Datin Seri Wan Azizah adalah individu yang dikaitkan dengan dokumen tersebut? Apakah anda tidak mempercayainya? Bagaimanapun dalam cuba untuk mempamirkan kehebatannya.. yang terserlah adalah kebodohannya… Lihatlah hasil kerjanya di bawah ini…(sila klik pada image untuk paparan lebih jelas) Kat atas tu tertulis "Attached please find a revised invoice for Datin Rosmah" tapi attachmmend pula tertera nama Wan Azizah.. Kononnya berdasarkan dokumen kosong dia boleh edit..tapi apa yang dia edit tu jelas sangat perbezaannya antara lettering tu.. Nak tunjuk pandai tapi kebodohan yang terserlah... kah..kah..kah.. Dokumen asal sila lihat di ( SINI ) Dan jangan lupa.. Peringatan Penting! Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 Tarikh: 12 Januari 2013 Masa: 14:00 petang Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka) . |
Invois Deepak beli cincin, subang dan loket permata bernilai RM13 Juta untuk Rosmah didedahkan!! Posted: 02 Jan 2013 12:02 AM PST Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa. Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor. Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau. Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd. Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan): 1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com; 2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250); 3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd; 4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763; 5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah; 6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu; 7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009); 8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya; 9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu; 10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; dan 11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta). Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti. Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak. Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera. RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 2 JANUARI 2013 Untuk paparan lebih jelas sila lihat di ( SINI ) |
PANAS!! Awie yang dilantik sebagai Duta Persekutuan Seruan Islam Perak pakai rantai salib? Posted: 01 Jan 2013 08:51 PM PST Penyanyi rock dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau dikenali sebagai Awie dilantik sebagai duta remaja Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) untuk menarik lebih ramai remaja supaya mengamalkan keperibadian mulia. Pelantikan Awie yang kini berusia 43 tahun dianggap formula terbaik untuk mendekatkan golongan sasaran menerusi pengaruhnya sebagai artis yang sememangnya mempunyai peminat ramai terutama di kalangan remaja kata Yang Dipertua PSIP sebuah pertubuhan dakwah tertua di Perak, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor. Bagaimanpun artis Rock terkenal tanahair, Awie mencetuskan kontroversi apabila beliau dikatakan telah membuka sebuah Kelab Malam, Malai Rock Station Bistro (MRSB) di Ipoh yang dikatakan turut menjual arak - baca di ( SINI ) Dan hari ini sebuah laman Blog ( MiLo SuaM ) mendedahkan satu video yang menyerlahkan ketika menyampaikan sebuah lagu dalam satu konsert, Awie kelihatan memakai rantai yang berloket 'SALIB'.. Kebetulan ketika gua menjelajah video beliau di YouTube sebentar tadi, gua terkejut apabila melihat rakaman Awie sedang menyanyikan salah sebuah lagu rock beliau bertajuk "Ranggi Metropolis" dengan memakai rantai berbentuk salib. Berulang kali gua pause, forward dan reverse video rakaman ini, memang sah dia pakai rantai salib. Cuba korang pulak check adakah mata gua yang kelabu atau memang betul Awie pakai rantai dengan loket salib? Sila tonton sendiri video di bawah ini, lihat pada durasi seperti yang gua dah "highlight" dalam printscreen video di atas. Peringatan Penting! Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 Tarikh: 12 Januari 2013 Masa: 14:00 petang Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka). - |
Gara-gara kerakusan pemimpin UMNO/BN, 3 sekeluarga bunuh diri di Pengerang? Posted: 01 Jan 2013 07:00 PM PST Gabungan NGO Pengerang (GNP) percaya kematian tiga ahli sekeluarga di Kampung Jawa akibat tekanan rampasan tanah di Pengerang. Bendaharinya, Chua Peng Sin, berkata keluarga mangsa antara yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk pembangunan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid). Katanya, keluarga mangsa yang rumahnya dibina atas tanah milik orang lain, antara penerima surat pengambilan tanah beberapa bulan lalu. Merujuk identiti mangsa sebagai Pang, beliau pada kenyataan media bertarikh semalam, berkata keluarga itu hanya menerima pampasan RM20,000 sebagai pampasan. "Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari parti politik pemerintah dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri. Berikut adalah kenyataan media beliau.. Pagi ini, saya menerima maklumat bahawa sekeluarga Pang yang mempunyai 3 ahli keluarga di Kampung Jawa, didapati semua ahli keluarganya membunuh diri di tempat tinggal sendiri dengan membakar serpihan arang di bilik. Peringatan Penting! Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 Tempat: Bandar Kuala Lumpur Tarikh: 12 Januari 2013 Masa: 14:00 petang |
Runtuh Lagi di Terengganu.. kali ini bumbung Astaka pula.. Posted: 01 Jan 2013 05:00 PM PST Tirai 'runtuh' Tahun 2012 ditutup dengan insiden runtuhnya bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai, dekat sini, seolah-olah mengesahkan lagi gelaran Terengganu Darul runtuh! Kejadian yang berlaku pada 30 Disember itu, bagai satu 'rentetan badi' yang 'merasuk' negeri ini sejak dirampas Umno-BN dari PAS pada tahun 2004. Selepas malapetaka runtuhnya bumbung Dewan Syaidina Abu Bakar, Sekolah Menenengah Wakaf Tapai bernilai RM2 juta pada 12 April, 2008, sudah 15 bangunan atau binaan yang runtuh dan rosak di negeri ini. Yang terakhir sebelum bumbung Astaka Chukai adalah bangunan dalam pembinaan di Padang Astaka Besut yang runtuh pada 21 Jun 2012! Tinjauan sekitar kejadian bumbung Astaka Chukai yang runtuh, mendapati sengkuap (awning) di pentas astaka berkenaan 'menyembah bumi' dipercayai strukturnya yang lemah serta reput. Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian bumbung astaka itu runtuh. Ini kerana, katanya kejadian runtuh, roboh dan tumbang banyak berlaku di negeri ini seolah-olah membenarkan jolokan gelaran 'Terengganu Darul Runtuh' yang memalukan. "Saya minta minta berautoriti siasat kes (runtuh) ini dengan telus sebab banyak sangat kejadian yang runtuh-runtuh berlaku di Terengganu. Orang gelar 'Terengganu Darul Runtuh' dan ini memalukan kita. "Nasib masih menyebelahi rakyat kerana tidak ada kemalangan jiwa berlaku akibat runtuhan itu. Bumbung stadium runtuh, bumbung masjid runtuh, dewan sekolah runtuh dan banyak lagi sejak tahun 2009," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir di Taman Perumahan Fikri, Chukai, Kemaman. Majlis tersebut disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada siri lawatannya di Dun Air Putih dan Dun Chukai, 31 Disember lalu. Beliau menyifatkan ratusan ribu hingga jutaan ringgit wang rakyat 'hangus' angkara ketidakcekapan pengurusan mentadbir negeri ini. Dimaklumkan, seorang Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman, Mohd Rofful Hamzah, 46, terkejut sebaik tiba di padang astaka kira-kira jam 3 petang melihat sebahagian bumbung astaka runtuh. "Nasib baik sewaktu kejadian pekerja yang melakukan kerja di pentas dan padang astaka ini sedang berehat," ujarnya. Beliau dikatakan sedang melakukan kerja-kerja pemasangan lampu di khemah yang dibina di padang tersebut sejak beberapa hari sebelum kejadian sempena program sambutan Ambang Tahun Baru 2013 anjurkan Pejabat Daerah Kemaman. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPk), Mustafar Khalid mendakwa, awning yang dipasang di struktur asal bumbung pentas itu dipercayai runtuh ekoran strukturnya reput. Kata beliau, awning pada struktur bumbung pentas berkenaan dibina pada 2006 dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut punca runtuhan itu terjadi. "Dua tahun berturut-turut kita memohon kepada Jabatan Landskap Negara untuk menaik taraf Taman Bandar Chukai termasuk menaik taraf pentas astaka, laluan pejalan kaki, pondok wakaf dan landskap tetapi permohonan itu tidak diluluskan. "Jadi jika permohonan tidak diluluskan juga tahun depan, kita akan usahakan untuk membina baru pentas astaka ini yang mana pentas asal yang sudah lama akan dirobohkan," ujarnya. Mengulas lanjut, beliau membayangkan, pembinaan pentas baru yang bereka bentuk baru itu dijangka akan menelan belanja sebanyak RM400,000. Taman Bandar Chukai termasuk pentas terbabit dirasmikan pada Ogos 1994 oleh mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad bagi pelbagai aktiviti peringkat daerah setiap tahun. Selain itu, katanya, bangunan-bangunan milik MPk yang lain terutama yang lama dan rosak juga akan diperiksa bagi mengelakkan kejadian sama berulang. ~ Buletine Online |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan