Anak Sungai Derhaka |
- #Listen : Ini surat dari Mahasiswa yang berada di tempat kejadian..
- Mahathir kata Kerajaan Najib kini lemah.. Pencacai nak sokong lagi ke?
- Apahal sampai 25 syarat yang dikenakan untuk adakan ceramah ni?
- Gara-gara sering memperbodohkan pembacanya, Utusan diperbodohkan pembacanya pula..
- #Listen : 'Saya akan jelaskan' - Sharifah Zohra
#Listen : Ini surat dari Mahasiswa yang berada di tempat kejadian.. Posted: 17 Jan 2013 08:16 AM PST Oleh : Mahasiswa UUM Saya akan cuba jelaskan apa yang berlaku kerana saya adalah salah seorang yang berada di dalam dewan terbabit dan mengikuti perkembangan forum ini seawal seminggu sebelum forum ini berlangsung, kerana minat sebagai seorang mahasiswa terhadap tajuk forum berkenaan pada awalnya. Saya akan cuba jelaskan dalam bentuk kronologi; [SEBELUM PROGRAM] Seminggu sebelum forum ini berlangsung, saya sudah mendaftarkan diri sebagai peserta sewaktu borang pendaftaran diagihkan di dalam kelas. Kenapa saya begitu cepat untuk mendaftarkan diri? Adakah saya ini peminat Puan Sharifah? Harus untuk kamu semua tahu, bahawasanya sewaktu publisiti program itu digembar-gemburkan beberapa perkara menarik minat diri ini untuk turut serta; [1] TAJUK Tajuk forum pada hari kejadian yang digembar-gemburkan ialah "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik?" cukup jelas dan umum. Ini perkara pertama yang membuatkan saya mendaftar sebagai peserta tanpa berfikir panjang. [2] MODERATOR Moderator pada hari kejadian dikatakan saudara yang saya hormati YDP MPPUUM (gambar) sendiri iaitu Saudara Ku Amirul, dia adalah pimpinan tertinggi di dalam kampus ini, wajar bagi saya menaruh harapan besar untuk mendengar penjelasan beliau tentang "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK?". [3] MISTERI PANELIS Panelis jemputan pada hari kejadian di"rahsia"kan, saya ini jiwa ingin tahu, jiwa mencari ilmu, jiwa mencari solusi, apabila panelis di"rahsia"kan, hati saya membuak-buak mencari siapakah mereka? Sememang hati saya berteka-teki mungkinkah tokoh-tokoh ilmuan negara? Ataupun ahli akademik yang berautoriti tinggi akan mengupas tajuk ini. Tiga point di atas menjadikan saya mungkin antara peserta terawal mendaftar, nampak seperti gelojoh, tapi gelojoh saya gelojoh gilakan "ilmu". Adakah persoalan saya "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK" selama ini akan dijawab pada hari kejadian dengan berlandaskan prinsip-prinsip ilmu dan keterbukaan agama? [SEWAKTU PROGRAM] ~SEJAM AWAL PROGRAM~ Saya berada di sana 9.15 pagi lebih kurang. Sewaktu penulis sampai, makan pagi disediakan, makanan disediakan untuk 2000 peserta, "tingginya peruntukan program ni". Saya masuk dewan, dan saya lihat background pentas tertulis satu tajuk yang berlainan dengan apa yang saya ketahui sebelum ini, adakah tajuk diubah? Menunggu dan menunggu lebih kurang pukul 10 pagi barulah persoalan penulis terjawab dengan ketibaan VIP jemputan dan panelis diumumkan. Antara 4 panelis : 1. Presiden Pertubuhan Suara Wanita 1Malaysia 2. Peter Yap (salesman) 3. Gulam Muzafar (banker) 4. Mazli Mutazam (Pengetua Kolej Proton, UUM) ~ 2 JAM AWAL PROGRAM~ Saya sedikit kecewa dengan senarai panelis yang ada namun kerana jiwa ini dahagakan penjelasan mengenai isu ini, terus berada di dalam dewan terbabit moga-moga, mereka dapat mengulas tajuk ini dengan baik. Malang kerana apa yang saya hajati tak tercapai dan lebih malang lagi forum telah berubah kepada isu kepimpinan wanita, dan ini senarai isu yang dimainkan [1] Ambiga pencetus demokrasi. [2] Kes Nurul Izzah dengan kebebasan beragama. [3] Bersih. [4]Mahasiswa berdemonstrasi PTPTN. Dari 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari, isu ini lah yang diulas, langsung tiada hujah ilmiah dan hanya membawa pandangan sebelah pihak, berulangkali panelis-panelis di atas sana menyatakan bahawa mereka tidak berpolitik kepartian tetapi ingin menunjukkan pimpinan wanita yang bermasalah di negara dan ingin dijadikan iktibar, saya akur! Tapi kenapa pimpinan pembangkang sahaja yang diserang? Maksumkah pimpinan wanita kerajaan? Mana kes menteri Shahrizat Jalil dengan NFC? Kes "First Lady" Rosmah Mansur dengan cincinnya? Satu sahaja ingin saya utarakan, adakah adil kamu menyerang sebelah pihak hanya kerana "mereka" berhaluan kiri? ~SEJAM SEBELUM TAMAT PROGRAM~ Saya melihat di sebelah, seorang peserta sedang menulis di satu helaian borang. Bila saya perhatikan, ada yang tidak kena dengan helaian borang ini, yang menganjurkan adalah NGO tetapi kenapa di bawah helaian kertas ini berisikan biodata diri dan tempat mengundi dun dan parlimen. Bila saya tanya kepada peserta terbabit dari mana datangnya, rupanya borang itu diedarkan awal program lagi, patutlah saya tak dapat kerana agak lewat. Saya ambil gambar borang untuk mencari jawapan kenapa borang ini agak ganjil pada pandangan saya. Kemudian sesi soal jawab dibuka, saya sudah bersedia ingin bertanya, malang terus berpanjangan apabila dua soalan sahaja dibuka. Tidak sempat saya sampai di mikrofon untuk bertanya soalan di tengah-tengah dewan itu sesi soalan telah ditutup. Saya mula rasa "semacam". Saya tahu bukan saya sahaja yang ingin bertanya tetapi tidak berkesampaian, selepas jawapan diberikan oleh Puan Sharifah, tiba-tiba beliau meminta kami berdiri, dan kemudian YDP MPP menjadi ketua membaca ikrar. Saya tidak mengikutnya kerana saya langsung tidak jelas apa yang ingin diikrarkan sebenarnya (mungkin tidak teratur seperti yang sebenar tetapi secara asas beginilah). ~MISS BAWANI MENGHANGATKAN SUASANA~ Selesai sahaja ikrar, sejurus sahaja semua dipersilakan duduk, sedang asyik Puan Sharifah bercakap di hadapan, satu suara minta untuk diberi perhatian kerana ingin melontar pendapat. Ya itu adalah Bawani. Perisitwa inilah yang menjadi bualan sekarang, dan mengegar satu Malaysia, saya mempunyai beberapa pandangan yang berbeza dalam kejadian ini. (Video sila lihat di SINI ) [1] Menyokong TINDAKAN Bawani. Saya bersetuju dengan apa yang DIPERSOALKAN oleh Bawani, sahabat-sahabat yang tidak berada di majlis berkenaan perlu tahu kami menghabiskan masa selama 3 jam untuk mendapat ilmu pengetahuan, tetapi hanya provokasi murahan dengan melabel dan mengecam "mereka" yang berhaluan kiri. Tajuk forum telah lama terbabas. Dan pihak penganjur mempersoalkan kenapa tidak bertanya sewaktu sesi soal jawab dibuka, saya rasa penganjur perlu sedar bahawasa penganjur hanya membuka 2 soalan untuk kami bertanya sedangkan TAJUK forum belum lagi terungkai! Hujah Miss Bawani cukup padu dengan fakta numberic dan perbandingan dengan negara-negara luar, syabas untuk Miss Bawani. [2] Tidak Menyokong NADA SUARA Bawani Saya yang berada di majlis berkenaan kurang bersetuju dengan nada suara yang digunakan oleh Miss Bawani. Nada suara yang digunakan agak terbabas dari kawalan emosi, mungkin sahabat pembaca tidak bersetuju dengan pandangan ini, tapi inilah pandangan saya yang berada disana, dengan nada suara yang agak tinggi, membuatkan peserta kurang jelas apa yang diperkatakan oleh Bawani sendiri, dan jika kamu berada di tempat kejadian, kamu akan berdebar, dan kelihatan seolah satu pergaduhan "tarik rambut" akan berlaku. [3] Sepenuhnya Tidak Bersetuju Dengan Puan Sharifah Puan Sharifah dikatakan mempunyai pendidikan yang tinggi dan dikhabarkan cukup profesional, tetapi respon terhadap kejadian ini cukup mendukacitakan. Puan Sharifah lebih berpengalaman, Puan Sharifah lebih intelektual, Puan Sharifah lebih matang sepatutnya dalam mengawal suasana seperti ini. Dengan hujah Bawani yang matang, malangnya Puan Sharifah telah mengambil satu keputusan cukup memalukan, dengan beranalogi suatu yang tidak patut, menghina, merendahkan suara mahasiswi. Sememang wajar jika Puan Sharifah MEMOHON MAAF kepada Miss Bawani pada pandangan saya. Selesai selesai sesi "PANAS" ini, forum berlangsung dengan penuh meriahnya bersama "GALAXY NOTE CLONE". [SELEPAS PROGRAM] Selesai forum, 2000 peserta sekali lagi diberi makanan tengah hari percuma. Ramai yang berbicara kejadian panas ini, tetapi hanya berlegar di kalangan pelajar UUM. Ada yang menyokong dan ada yang mengkeji tindakan Bawani. Tetapi sebulan selepas program ini berlangsung barulah isu ini tersebar dan menjadi bualan seluruh Malaysia. PANDANGAN PERIBADI PENULIS SAYA MENYOKONG BAWANI SEPENUHNYA CUMA MUNGKIN PERLU DIBAIKI BEBERAPA PERKARA, DAN KEPADA PEMBACA NILAILAH SENDIRI. CUMA YANG MASIH MENJADI PERSOALAN SAYA, PERUNTUKAN YANG CUKUP TINGGI DIPERLUKAN UNTUK PROGRAM SEPERTI INI (2 KALI MAKAN UNTUK 2000 PESERTA, 10 GALAXY NOTE CLONE TIDAK TERMASUK SAGUHATI) DARI MANA DATANGNYA UNTUK PROGRAM YANG SEBEGINI RENDAH KUALITINYA??? Ini pendapat Mahasiswa Indonesia tentang Politik Mahasiswa Malaysia.. |
Mahathir kata Kerajaan Najib kini lemah.. Pencacai nak sokong lagi ke? Posted: 17 Jan 2013 07:07 AM PST Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini berada dalam keadaan "lemah" dan "takut menggunakan kuasa". Katanya, beliau melihat perkara itu rentetan daripada penyusutan sokongan rakyat pada 2008 yang menurutnya kurang yakin dengan pemimpin pada masa itu. Tambahnya, BN juga akan meraih kemenangan "kosong" sekiranya kekal menang dengan sokongan dan undian yang merosot dalam pilihan raya umum akan datang. "Ini soal kuat dan lemah. Bila kita kuat orang tak berani cabar kita. Bila kita kuat, orang tahu majoriti sokong kita. "Pada pilihan raya 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yang ada. "Tapi bila tak sokong ia jadi lemah kerana dulu ada sokongan yang ramai dan kuat. "Sekarang mereka jadi lemah dan apa yang kita lihat sekarang ialah kerajaan yang lemah. "Kalau dalam pilihan raya umum akan datang ini, katakanlah merosot lagi, walaupun menang, ia sebuah kemenangan yang kosong," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya hadirin ketika sesi soal jawab dalam program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini. Individu berkenaan meminta Mahathir menjelaskan mengapa kerajaan pada masa ini dilihat lemah sehingga banyak tindakannya, seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik untuk pesalah trafik, dipertikai ramai pihak. Mahathir seterusnya berkata, kerajaan yang lemah tidak berani untuk bertindak menggunakan kekerasan malah turut menghapuskan kuasa yang ada. "Kerajaan yang lemah ialah kerajaan yang memang takut terutama dalam demokrasi kerana kita bertindak salah, kemungkinan akan kalah lagi. Kita mungkin akan hilang kuasa. "Sebab itu kita lihat sekarang ini, kita tak berani bertindak menggunakan kekerasan bahkan kita hapuskan segala kuasa yang ada pada kita. "ISA umpamanya. Apa yang kita malu sangat dengan ISA ini?," katanya sambil memberikan contoh Amerika yang menurutnya menangkap pengganas tanpa mengikut undang-undang. Dengan membandingkan ISA dengan kem tahanan Amerika Syarikat di Guantamo Bay, Mahathir berkata, tindakan penahanan yang dilakukan Malaysia masih mengikut undang-undang. "Bila Amerika dan Britain diserang oleh pengganas, mereka tangkap dan tahan orang tanpa undang-undang yang mana lebih teruk dari kita. "Kita masukkan orang dalam tahanan ikut undang-undang ISA untuk menahan orang, dia (Amerika) tak ada undang-undang untuk tangkap dan mereka sanggup seksa yang mana kini dibenarkan di Amerika. "Kita kalau nak cakap kononnya kezaliman kita di sini, kenapa kita tak tegur orang yang lebih zalim dari kita yang suka tegur kita?," soalnya. ~ Malaysiakini |
Apahal sampai 25 syarat yang dikenakan untuk adakan ceramah ni? Posted: 16 Jan 2013 11:45 PM PST Polis Daerah Serdang menetapkan 25 syarat kepada Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok untuk mengadakan ceramah politik di Bandar Puchong Jaya, dekat sini yang dijadualkan hari ini. Adun Kinrara itu berkata, syarat itu ditetapkan oleh Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd. Razak Elias tiga hari lalu dan beberapa daripadanya amat tidak munasabah Tokoh DAP itu juga mendakwa, pihak polis mencetak 1,500 naskah notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah bagi menggalakkan orang ramai membantah ceramah berkenaan. Antara syarat yang dikenakan oleh polis Serdang ialah unit amal PAS tidak dibenarkan mengawal kenderaan lalu-lintas kerana boleh membangkitkan perasaan provaksi masyarakat awam yang tidak terlibat dengan program tersebut. Ketua polis daerah mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan jika peserta melebihi anggaran. Penganjur hendaklah memastikan peserta atau hadirin tidak meminum minuman keras atau mengambil dadah semasa menghadiri ceramah bagi mengelak tingkah laku yang agresif di bawah pengaruh alkohol dan dadah. "Syarat-syarat yang dikenakan oleh balai polis Serdang itu telah mendatangkan banyak masalah pada pihak penganjur," katanya dalam kenyataan media semalam. Menurut Teresa lagi, oleh kerana ceramah diadakan di tepi jalan dan depan restoran, jika anggota unit amal PAS tidak dibenarkan untuk mengawal trafik ia mungkin menyebabkan kesesakan lalu lintas. Katanya, jika polis mahu menyuraikan ceramah jika kehadiran melebihi jangkaan adalah tidak munasabah kerana pihaknya tidak dapat memastikan peserta kurang daripada 500 orang. "Kami memang tidak boleh menghalang pelanggan minum di tapak di luar restoran. Jadi syarat yang dikenakan adalah sukar dipatuhi," katanya. Menurut Teresa, pada asalnya ceramah tersebut diadakan pada 8 Januari lalu tetapi polis menolak permohonan dengan alasan tempoh pemberitahuan hanya lapan hari. Dalam Akta Perhimpunan Aman pihak penganjur sepatutnya memberitahu kepada polis 10 hari sebelum program. `Syarat ketat' "Saya dan pembantu saya mendapati polis kelihatan mengenakan syarat yang lebih ketat terhadap pihak penganjur ceramah berbanding dengan sebelum adanya Akta Perhimpunan Aman. "Sebelum adanya akta itu, polis selalu meluluskan permohonan program kami malah dengan notis beberapa hari sahaja, tetapi sekarang pihak polis menolak dengan alasan kami beritahu polis kurang daripada notis 10 hari. "Selain itu, sebelum adanya akta ini, polis tidak begitu serius untuk mengajak penduduk persekitaran tapak ceramah membantah, tetapi dalam ceramah ini, polis mengedarkan 1,500 notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah, ini seolah-olahnya mengajak orang ramai membantah," tambah beliau. Teresa berkata, objektif Akta Perhimpunan Aman adalah untuk memudahkan penganjur mengadakan program atau perhimpunan dan bukan digunakan oleh pihak polis untuk menghalang perhimpunan dan program. "Saya ingin tanya samada polis akan mengenakan syarat yang sama terhadap ceramah politik ataupun apa-apa bentuk aktiviti kami dalam kempen pilihanraya yang akan datang. "Sekiranya ini berlaku dalam kempen pilihan raya, maka Akta Perhimpunan Aman akan dijadikan sebagai undang-undang yang boleh disalahgunakan oleh pihak polis untuk menghalang apa-apa bentuk program dan bukannya memudahkan program dan ceramah politik kami. "Saya akan tulis surat kepada Ketua Polis Selangor untuk menyampaikan ketidakpuasan saya terhadap perkara ini," kata Teresa lagi. ~ Free Malaysia Today |
Gara-gara sering memperbodohkan pembacanya, Utusan diperbodohkan pembacanya pula.. Posted: 16 Jan 2013 07:31 PM PST Gara-gara sering memperbodohkan pembacanya dengan laporan-laporan yang diputar belit.. Lidah Rasmi UMNO atau Utusan akhirnya diperbodohkan pembacanya sendiri.. Gambar di atas telah dikirimkan oleh seorang sahabat kepada aku semalam, menurut beliau ianya telah disiarkan oleh Utusan edisi cetak sehari dua yang lalu. Beliau meminta aku mengulas… tetapi memandangkan kebelakangan ini kesibukan melanda sebab nak kejar project dateline dan malam pula semakin kerap ada meeting pasal nak pilihanraya ni aku tak berapa sempat nak ulas.. Hari ini baru ada sikit masa nak mengulas.. Dari apa yang terpapar pada gambar tersebut, ianya adalah satu makhluk misteri yang kononnya dikirimkan oleh seorang pembaca Utusan yang sempat merakamkan gambar makhluk tersebut. Gambar tersebut menurut pengirim telah dirakamkan secara tidak sengaja pada malam 1 Januari ketika beliau mahu merakamkan percikan bunga api sempena sambutan tahun baru yang lalu. Lihat gambar makhluk misteri yang disiarkan oleh Utusan di bawah ini.. Benarkah ianya adalah makhluk misteri? Editor Utusan telah diperbodohkan oleh pembacanya yang mengirimkan gambar tersebut sebenarnya.. Ini kerana gambar objek yang dikatakan misteri ini sebenarnya boleh dihasilkan dengan salah satu applikasi telefon pintar berkenaan (S3 Photo Mood Effect New 2012) Untuk imej yang lebih jelas sila lihat di ( SINI ) |
#Listen : 'Saya akan jelaskan' - Sharifah Zohra Posted: 16 Jan 2013 04:26 PM PST Semalam "Ratu Naga" yang menguruskan akaun Facebook Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) kata presidennya Sharifah Zohra Jabeen diperas ugut berhubung video beliau mencaci seorang pelajar universiti yang kini tersebar luas. "Mengapa saya tidak pernah meminta beliau untuk mendedahkan dirinya? Seseorang memeras ugutnya. Jadi saya fikir cara terbaik (adalah) untuk beliau berdiam diri dan saya melakukan semua muatnaik dan penjelasan," kata anggota majlis tertinggi dan penasihat SW1M. Emalee mengatakan beliau boleh membuat penjelasan oleh kerana turut hadir dalam forum pada 8 Disember di Universiti Utara Malaysia yang dirakamkan dan tersebar luas sebagai sebuah video melebihi 20 minit dan membangkitkan kemarahan di Internet. "Saya menyuruh beliau ke tempat lain yang lebih selamat kerana beliau mempunyai anak. Seseorang cuba memeras ugutnya dan isu ini menjadi bertambah serius," tambah beliau lagi. Hari ini.. Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menjelaskan beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai klip video 24 minit antaranya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi viral di internet. Benarkah dakwaan "Ratu Naga" bahawa Sharifah Zohra Jabeen telah diugut? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan