Rabu, 16 Januari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Patric Teoh mohon maaf.. katanya dia sekadar bergurau..

Posted: 16 Jan 2013 01:02 AM PST


Melalui laman Twitter dan juga laman Facebook miliknya Patric Teoh telah memohon maaf kepada semua umat Islam berikutan kenyataannya yang telah menimbulkan kontroversi menerusi kenyataannya yang menyentuh sensitiviti penganut agama Islam negara ini.

Menurutnya ianya dilakukan atas nasihat individu yang dipercayainya dan beliau telah mengambil keputusan untuk memadam kenyataan tersebut yang ditulis di laman Facebook-nya.

Kenyataan tersebut boleh di baca di ( SINI )

Dia kemudiannya meminta maaf dan menjelaskan tidak mempunyai niat lain selain bergurau.

Sebagai rakyat Malaysia, Patrick Teoh sepatutnya memahami sensitiviti agama yang ada pada masyarakat kita, beliau tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati orang lain.

Ini kenyataan dari FaceBook beliau..



Hmm.. apalah lu.. nak berguraupun janganlah sentuh bab agama...

Kenyataan jenis apa Patric Teoh keluarkan terhadap Islam dan Al-Quran ni?

Posted: 15 Jan 2013 08:47 PM PST

Semalam The Malaysian Insider melaporkan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib telah berkata Kerajaan Kedah menarik balik garis panduan mengenai sambutan Tahun Baru Cina, dan memberi kelonggaran berdasarkan kesesuaian sambutan perayaan tersebut.

Beliau yang merupakan Exco Belia dan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan berkata, kelulusan diberikan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan program tersebut dengan tatacara yang sesuai berdasarkan kod etika pemakaian yang sesuai dengan budaya kaum tersebut.

Katanya "Ini cuma garis panduan, boleh diubahsuai mengikut keadaan, yang penting kerajaan Pakatan Rakyat tidak sombong dan tidak takut untuk mengakui kesilapan yang berlaku,".

Ini laporannya..

KUALA LUMPUR, 15 Jan—Kerajaan Kedah menarik balik garis panduan mengenai sambutan Tahun Baru Cina, dan memberi kelonggaran berdasarkan kesesuaian sambutan perayaan tersebut, kata Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib.

Beliau yang merupakan Exco Belia dan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan berkata, kelulusan diberikan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan program tersebut dengan tatacara yang sesuai berdasarkan kod etika pemakaian yang sesuai dengan budaya kaum tersebut.

"Garis panduan yang baru dikeluarkan untuk pihak badan City Plaza dan Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia Negeri Kedah untuk menjalankan program tersebut dengan jayanya tanpa syarat-syarat garis panduan yang terdahulu.

"Ini cuma garis panduan, boleh diubahsuai mengikut keadaan, yang penting kerajaan Pakatan Rakyat tidak sombong dan tidak takut untuk mengakui kesilapan yang berlaku," kata Khalib melalui satu kenyataan hari ini.

Menurut Khalib, mengenai isu berkenaan garis panduan bagi penganjuran program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013', Khalib berkata, berlaku terlepas pandang mengenai garis panduan yang melibatkan acara perayaan.

Beliau berkata, garis panduan yang dikeluarkan kerajaan negeri bertujuan untuk mengawal masalah sosial yang berlaku di negeri tersebut, terutamanya melibatkan remaja Melayu-Islam.

"Pun demikian, untuk program-program melibatkan kaum Cina, India dan Siam, berkaitan dengan sambutan perayaan keagamaan dan budaya, garis panduan diberikan kelonggaran," kata Khalib lagi.

Berkenaan dengan isu hanya pelajar sekolah yang dibenarkan dalam persembahan itu, Khalib enggan mengulas, sebaliknya berkata ia bergantung kepada garis panduan yang ditetapkan.

Dalam kenyataan media dari pejabat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak berkata penganjur hendaklah memastikan setiap peserta yang terlibat dalam persembahan pentas pada program tersebut, sama ada lelaki atau perempuan (kanak-kanak atau dewasa) mestilah berpakaian sopan atau tidak menjolok mata.

Penganjuran program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013' oleh kerajaan negeri Kedah yang akan berlangsung di Star Walk Alor Setar, Kedah, pada 15 Februari depan.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan garis panduan kerajaan PAS Kedah mengenai sambutan Tahun Baru Cina, sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Januari lepas antaranya melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian, dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya MCA berpendapat isu tersebut bukan sesuatu yang remeh kerana ia berkaitan dengan sikap menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak golongan bukan Islam.

Isu tersebut turut dikritik oleh rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, DAP yang mengatakan ini bukan sahaja menyekat hak kaum lain menyambut perayaan, bahkan menyekat hak kaum wanita.

Semalam, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching, peraturan melarang wanita dari persembahan di pentas sempena Tahun Baru Cina dianggap sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.

"Ini bukan sahaja tidak menghormati hak orang bukan Islam, ini juga diskrimikasi terhadap wanita. Kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS harus mengkaji semula dan membatalkan garis panduan ini," kata Teo yang merupakan ahli parlimen Serdang.

Menurut Teo, kerajaan yang tidak mendengar kehendak rakyat tidak akan bertahan lama, dan berharap kerajaan Kedah untuk lebih inklusif dalam menyentuh isu-isu sensitif.

Bagaimanapun Patric Teoh yang rasanya tak perlu diperkenalkan lagi telah mengeluarkan kenyataan seperti di bawah mengenai isu ini..


Aku tak kisah kalau beliau mahu mengkritik Kerajaan PAS/PR Negeri Kedah.. tapi janganlah hingga mempersendakan Al-Quran dan Agama Islam...

#Listen : Ini penjelasan dari KS Bawani

Posted: 15 Jan 2013 05:06 PM PST


Video pelajar universiti dicaci kerana menyatakan pandangannya di laman Youtube yang tersebar luas mendedahkan kepada umum bagaimana institut pengajian tinggi awam menggunakan forum untuk "mencuci otak" mahasiswa.

Pelajar undang-undang tahun dua Bawani K.S. menyatakan rasa terkejut sekarang kerana dirinya bertukar menjadi wira dalam masa satu malam kerana mempersoalkan ahli panel Sharifah Zohra Jabeen dalam forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Disember.

"Sekarang orang ramai akan tahu apa yang berlaku di universiti awam dan bagaimana mereka boleh menganjurkan forum 'Mahasiswa dalam politik' dan menggunakannya untuk 'brainwash' pelajar dengan memberitahu mereka perhimpunan jalanan adalah salah sambil menunjukkan gambar-gambar pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah dan memberitahu kita agar tidak mencontohi mereka," kata Bawani .

Aktivis sosial berumur 27 tahun lega insiden tersebut tersebar luas kerana beliau berpeluang mendapatkan lebih ramai orang menyertainya untuk memperjuangkan pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia.

Apabila diberitahu beliau digelar sebagai "Ambiga Kecil", Bawani tertawa dan mengatakan betapa pentingnya rakyat mengetahui keperluan meneruskan perjuangan menuntut hak mereka.

Beliau juga berkata Sharifah Zohra tidak perlu meminta maaf kepada dirinya tetapi berhutang maaf kepada semua pelajar dalam forum tersebut.

"Beliau telah perkecilkan semua pelajar dan memperkecilkan kita semua," kata pelajar tersebut yang juga merupakan seorang ahli Parti Sosialis Malaysia dan organisasi Jaringan Rakyat Tertindas.

Walaupun tidak kecewa kerana dicaci secara terbuka, Bawani masih kesal tentang bagaimana keseluruhan forum dianjurkan untuk menjadikan pelajar universiti menentang perhimpunan Bersih dan perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan hak rakyat.

"Dalam kebanyakan forum, mereka menunjukkan klip video perhimpunan dan gambar-gambar wanita yang terlibat dalam perhimpunan dan kemudian memberitahu pelajar-pelajar ini bagaimana wanita perlu bertindak atau berkelakuan dan tindakan tersebut adalah salah," katanya menceritakan ketika dihubungi.

Beliau juga menyatakan rasa terkejutnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menghubungi beliau berhubung kejadian itu.

"Dia memberitahu saya dia menyokong saya dan saya menjawab pemimpin NGO seperti Sharifah tidak harus dibenarkan untuk menganjurkan apa-apa forum yang berat sebelah dalam universiti awam," katanya.

Bawani berkata adalah lebih adil untuk mempunyai satu forum di mana kedua-dua belah seteru politik hadir membahaskan secara terbuka pandangan yang berbeza mereka mengenai isu-isu. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna internet dan pelajar kerana menyokong beliau dan menggesa mereka untuk menggunakan ini untuk meneruskan perjuangan untuk hak-hak mereka sendiri.

"Marilah berjuang bersama-sama untuk pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia," kata pelajar undang-undang yang sudah mempunyai ijazah pertama dalam bidang psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mengenai perjuangan beliau untuk pendidikan percuma, Bawani mengkaji isu itu pada tahun 2010 dan merasakan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak, mampu untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua pelajar dari tadika hingga ke peringkat tertinggi.

Video YouTube yang menunjukkan Sharifah Zohra yang mengetuai organisasi tidak dikenali Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), mencaci Bawani tersebar luas semalam di laman media ~ The Malaysian Insider

Sila lihat video tersebut di ( SINI )

Tiada ulasan: