Anak Sungai Derhaka |
- Ramal UMNO/BN kalah pun kena gantung tugas?.. Alahai takutnya depa..
- Skandal Najib dan Altantuya disiarkan oleh Akhbar Australia pula..
- Pemimpin UMNO ni buta IT ke?
- #KL112 : Ini Jumlah kutipan derma yang disumbangkan peserta HKR
- #KL112 : Kebodohan Rais terserlah jika kenyataannya dibandingkan dengan kenyataan pakar Matematik ini..
Ramal UMNO/BN kalah pun kena gantung tugas?.. Alahai takutnya depa.. Posted: 14 Jan 2013 06:54 AM PST Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin digantung tugas dipercayai kerana meramalkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. Ekoran itu pelbagai pihak menyifatkan tindakan tersebut sebagai zalim termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Twitternya. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau turut kesal kerana ahli ekonomi berkenaan hanya memberi pandangan berdasar kajian dijalankan. "Tindakan itu adalah perkara memalukan. Sebagai ahli ekonomi, beliau wajar memberi pandangan jika merasakan ia tepat dengan analisa yang dilakukan. Sekiranya tidak bersetuju, BN perlu membentang analisa berasaskan fakta dan profesionalisme," ujar Nik. Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan tindakan menggantung tugas Azrul dilakukan atas desakan pihak tertentu. Katanya lagi, keadaan itu berbeza di negara lain yang mengamalkan demokrasi matang, apabila ahli ekonomi diberi ruang untuk menjalankan tugas mereka. "Penganalisis bank di Amerika misalnya, meramalkan keputusan pilihan raya kerana bagi kebanyakan pelabur ia penting bagi menentukan keputusan perniagaan. Itu perkara biasa kepada ahli ekonomi dan penganalisis ekonomi di bank-bank atau institusi kewangan," ujarnya yang juga Adun Seri Setia. Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah tipis dalam PRU 13. Kenyataan itu kemudian dilaporkan akhbar The Straits Times Singapura pada 11 Januari lalu. Azrul berkata, hasil kajian menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperoleh antara 97 ke 107 kerusi berbanding 140 kerusi yang dimenangi PRU lalu. Laman web Straitstimes.com 12 Januari lalu menyiarkan kenyataan Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Sri Zukri Samat bahawa Bank itu tidak terbabit dalam forum berkenaan dan menyatakan pandangan Azrul bersifat peribadi serta meminta ia tidak dikaitkan dengan bank itu. http://www.keadilandaily.com/?p=43151 | ||
Skandal Najib dan Altantuya disiarkan oleh Akhbar Australia pula.. Posted: 14 Jan 2013 03:33 AM PST Kisah Najib dan Altantuya semalam sekali lagi menghiasi dada akhbar di luar negara meskipun ianya digelapkan oleh media yang ditunggangi UMNO/BN di negara ini.. Kisah pembunuhan kejam ini pernah di siarkan oleh Akhbar Kanada ( SINI ) dan ( SINI ) serta Akhbar Kambodia ( SINI ) dan Hong Kong ( SINI ) Kini ianya disiarkan di Australia pula... Akhbar berpengaruh Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. "Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang 'panas' dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno," tulis portal akhbar itu semalam. Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006. Akhbar itu turut mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. The Age turut mengaitkan hubungan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya namun dibebaskan mahkamah pada 2009. "Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya. Malaysian PM caught up in murder, bribery scandal | ||
Posted: 14 Jan 2013 12:59 AM PST Pemimpin UMNO ini mungkin buta IT atau seangkatan dengannya, kerana jika beliau tahu bagaimana untuk melayari internet beliau mungkin tidak akan berkata begini... Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon kesal kerana kanak-kanak dibawa menyertai perhimpunan Shamsidar anjuran parti pembangkang Sabtu lepas. Ibu bapa sepatutnya bertindak sebagai pelindung anak-anak, bukannya mendedahkan mereka kepada bahaya dengan membawa mereka ke perhimpunan seperti itu kerana situasi boleh menjadi tidak terkawal, katanya. "Ia menyalahi Akta Kanak-Kanak 2001...kalau kita tengok anak dalam stroller, umur tak sampai setahun pun mereka bawa. Lagi satu anak-anak itu juga dipakaikan lilit kepala dan baju dengan lambang-lambang tertentu seperti menggunakan anak-anak sebagai alat untuk kepentingan peribadi mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bas kepada Persatuan Rumah Kebajikan Rita, di Putrajaya hari ini ~ Bernama Lihat juga bagaimana UMNO menggunakan kana-kanak sebagai perisai manusia untuk menghalang Konvoi Oren dari memasuki Felda di ( SINI ) Adakah beliau buta IT atau Kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO ini mempunyai dua undang-undang yang berbeza?.. Satu untuk UMNO dan pemimpinya manakala satu lagi untuk semua rakyat Malaysia.. | ||
#KL112 : Ini Jumlah kutipan derma yang disumbangkan peserta HKR Posted: 13 Jan 2013 08:33 PM PST Sebelum melancarkan kutipan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat pada hari Sabtu yang lalu, Mohammad Sabu telah membidas pencacai-pencacai UMNO yang menyebarkan satu SMS palsu. SMS tersebut mengatakan semua peserta himpunan yang hadir hari itu boleh menuntut RM150 setiap orang dari ibi pejabat PKR. Mohamad menyifatkan, SMS yang dikesan tersebar hari ini sebagai satu 'pembohongan'. "Mereka kata, setiap peserta himpunan ini dibayar RM150 seorang. Betul atau tidak," tanya Mohamad Sabu disambut "tidak" oleh peserta perhimpunan. "Saya bukan nak bayar tuan-tuan, tetapi saya nak minta duit dari tuan-tuan. Boleh atau tidak," disambut "boleh" oleh puluhan ribu yang memenuhi Stadium Merdeka. Beliau kemudiannya melancarkan kutipan derma, kata beliau, derma ini diperlukan untuk membayar bil penggunaan Stadium Merdeka dan sebagainya. Sebelum itu Pengacara majlis, Datuk Johari Abdul telah menyatakan, pihak penganjur terpaksa membayar RM100,000 untuk menggunakan stadium ini. Mohamad Sabu juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengelola stadium yang membenarkan himpunan ini diadakan. "Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu Datang ramai-ramai, selamatkan negaraku," kata Mohamad Sabu. Inilah hasilnya setelah kutipan dilancarkan..
Dan jumlahnya menurut Ustaz Saiful Bahri ialah.. Terima kasih buat semua.. walaupun RM1 yang disumbangkan ianya amat bermakna buat meneruskan perjuangan ini.. Ini SMS dari Hishamuddin Rais.."Kpd tim Pemuda Pakatan, mahasiswa, kartonis, seniman, wartawan laman dan radio, ngo dan aktivis - Penganjur ucapkan tahniah berjaya dlm HKR112" Tak perlu diagihkan beras macam Najib buat kat ( SINI ).. puluhan ribu tetap hadir dan sanggup menderma pula.. | ||
Posted: 13 Jan 2013 04:33 PM PST Meskipun dilaman Twitter miliknya beliau ada menulis "gunalah medium twitter ini dengan berhemah. berhujjah secara profesional bukan guna emosi dan pak turut", namun apa yang terserlah adalah sebaliknya. Pemimpin re-cycle yang dilantik sebagai Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan oleh Najib Tun Razak menyerlahkannya dalam laman Twitter miliknya bila beliau mengulas tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat. Kerana geram dan sakit hati beliau menulis "Mananya yg 1 juta nak himpun di stdium tu? 50k pun tak smpai." Hujahnya jelas amat tidak proffesional dan penuh emosi, sedangkan beliau menyatakan sebarang teori atau fakta bagi menyokong hujahnya. Oleh kerana hanya berpandukan emosi, hujahnya itu menyerlahkan kebodohannya jika dibandingkan dengan kenyataan Pakar Matematik terkenal Prof. Dr. Shahrir Md. Zain. Prof. Dr. Shahrir Md. Zain menulis di laman sosial Facebook, bekas professor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilaporkan membuat anggaran, sekurang-kuranya 700,000 rakyat menyertai himpunan aman tersebut. "Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang 1 Kilometer (Km), jumlahnya 100,000 ribu. "Andaiannya adalah 10,000 kaki sama dengan 1 Kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa. "Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) X 20 (orang) adalah 100,000 (orang per Kilometer). "Pertanyaan saya, berapa Kilometerkah seluruh manusia datang HKR?" tanya Shahrir. Shahrir dilaporkan berkata, sekurang-kuranya 7 Kilometer jika dilihat dari sisi pandang atas. Shahrir berkata, "Jawapannya, 700,000 (orang)." Lagi gambar-gambar yang memperlihatkan lautan manusia seperti di atas sila lihat di ( SINI ) Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asst. Comm. Zainuddin Ahmad dilaporkan memberitahu pemberita, dianggarkan 10,000 peserta berhimpun di luar stadium, manakala, selebihnya bersesak dalam stadium berkenaan. "Kami jangkakan terdapat lebih kurang 40,000 orang...di antara 40,000 (hadirin) dan 45,000 (hadirin)," kata beliau menerusi Buletin TV3 dan Tv1 sejak malam tadi - lihat videonya di ( SINI ) Manakala, Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula sebelum pada itu membuat anggaran, 80,000 orang hadir. Alasan Polis untuk mengurangkan jumlah tersebut mungkin untuk mengurangkan malu yang bakal Najib perolehi jika Himpunan Kebangkitan Rosmah anjurannya di Tesco hanya berjaya mengumpulkan sekitar 15,000 orang dengan terpaksa disediakan imbuhan berupa beras dan berbagai lagi - sila lihat di ( SINI ) Info tentang kenyataan dari pakar matematik di atas datangnya dari Penang Insight |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan