Anak Sungai Derhaka |
- Video Kenderaan JPJ diterbalikkan dan dibakar tersebar!! .. Saksikan!
- Betul ke surat tentang HKR ini dari Kementerian Pengajian Tinggi?.. apasal nampak kurang cerdik saja...
- Gara-gara kebodohan Najib, KWSP rugi RM40 Juta dan KWAP rugi RM35 Juta
- Ini bukti UMNO/BN semakin terdesak..
Video Kenderaan JPJ diterbalikkan dan dibakar tersebar!! .. Saksikan! Posted: 11 Jan 2013 05:56 AM PST Kemalangan ini berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta. Seorang saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu. Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka. Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!" Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur. Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api. Saksi-saksi mendakwa kemalangan itu disebabkan oleh kereta peronda JPJ yang cuba memintas sebuah lori, tetapi ia dinafikan oleh Ahmad, yang berkata kereta peronda itu telah dilanggar oleh lori. Beberapa jam selepas kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga video dimuat naik di Facebook dan puluhan gambar dan komen tersebar di Internet. SAKSIKAN!! ini antara videonya... Inilah jadinya bila rakyat sudah muak dengan kerajaan zalim... hilang rasa hormat pada Pengguatkuasa... |
Posted: 11 Jan 2013 02:59 AM PST Malang bagi rakyat Malaysia kerana di sebuah Kememterian Kerajaan yang melahirkan cerdik pandai untuk masa hadapan negara, individu yang mentadbirnya terdiri dari manusia yang kurang cerdik.. Meskipun beliau sepatutnya bukanlah seorang individu yang kurang cerdik tetapi demi merealisasikan hasrat pemerintah yang takut kehilangan kuasa beliau sanggup menjadikan dirinya kelihatan kurang cerdik di mata masyarakat. Kurang cerdiknya jelas kelihatan bilamana beliau gagal menjustifikasi apa yang dimaksudkan sebuah perhimpunan haram dan apa pula perhimpunan yang dibenarkan.. Sepucuk surat daripada Kementerian Pengajian Tinggi, KPT yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KPT Datuk Ab. Rahim bin Md Noor yang dihantar kepada semua Naib Chancelor dan Ketua Exekutif IPTA dan IPTS jelas merupakan surat penipu. Surat itu meminta pihak universiti agak menasihatkan para pelajar supaya jangan terlibat dengan perhimpunan haram, Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka esok. Namun hakikatnya Himpunan Kebangkitan Rakyat bukanlah himpunan haram. Ini kerana pihak polis sendiri telah bersetuju untuk bekerjasama dengan penganjur dan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat. Malah mereka telah menyediakan pas media, dan marshal untuk membantu melicinkan himpunan esok. Selain itu pihak Stadium Merdeka juga telah meluluskan permohonan untuk menggunakan Stadium Merdeka bagi tujuan perhimpunan. Jadi kenapa agaknya surat dari Kementerian Pengajian Tinggi ini menyebut Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai himpunan haram? Adakah penulis dan juga individu yang menandatanganinya sememangnya bodoh? Sumber : MiLo SuaM |
Gara-gara kebodohan Najib, KWSP rugi RM40 Juta dan KWAP rugi RM35 Juta Posted: 11 Jan 2013 12:29 AM PST KWSP dan KWAP adalah dana pencen negara kepunyaan penyumbang dan penjawat awam. Tujuan utama dana ini adalah untuk menyediakan simpanan persaraan yang cukup untuk mereka. Oleh itu, kerajaan dan pengurus-pengurus dana mempunyi satu tanggungjawab dan amanah yang tinggi menjaga pelaburan mereka. Dalam kes pelaburan saham Felda Global Venture Holding Berhad ("FGV") saham oleh KWSP dan KWAP, KEADILAN berpendapat bahawa kedua-dua KWSP dan KWAP perlu membuat lebih banyak penjelasan. Seawal 9 Ogos 2012, pandangan majoriti besar penganalisis saham telah bertukar daripada positif kepada negatif terhadap saham FGV, dan rekomendasi membeli saham ini lesap hilang. Dari tarikh itu kepada 4 Januari 2013, walaupun pandangan terhadap FGV memang negatif dan harga saham itu jatuh mendadak, KWSP terus membeli saham dari pasaran. KWSP menambah lagi 46 juta saham kepada portfolionya. Bagi tempoh yang sama KWAP menambah lagi 10 juta saham. Tingkah laku pembelian KWSP dan KWAP adalah amat bertentangan (contrarian). Tingkah laku sedemikian tidak patut diamalkan oleh sesebuah dana pencen. Di samping itu, pada keseluruhannya pembelian mereka dalam pasaran terbuka dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013, telah menelan anggaran belanja sebanyak RM455 juta (KWSP) dan RM305 juta (KWAP). Pembelian ini telah mengakibatkan kerugian kertas anggaran RM40m untuk KWSP dan RM35m untuk KWAP. KEADILAN percaya bahawa penyumbang KWSP dan penjawat awam mempunyai hak untuk mengetahui sama ada pembelian saham FGV, (yang sebahagian besar bertentangan dengan pandangan penganalisis dan pasaran) bermotifkan politik. Oleh itu KEADILAN menuntut KWSP dan KWAP menjawab soalan ini: pernahkah badan anda menerima apa-apa arahan yang tersurat atau tersirat daripada kerajaan atau mana-mana ahli-ahli politik untuk membeli dan menyokong harga saham FGV. Berikut adalah laporan semasa: KWSP • Pada penyenaraian FGV, KWSP mempunyai 185 juta saham yang diperuntukkan. • Dari 29 Jun, 2012 hingga 4 Januari 2013, KWSP menambah 90 juta saham FGV, membelanjakan kira-kira RM455 juta. • Ini adalah satu peningkatan yang amat besar sebanyak 46% daripada saham peruntukkan. • 90juta saham telah dibeli pada anggaran harga purata berwajaran RM5.05 se-saham. • Pada harga saham semasa RM4.60, aktiviti jual beli saham selama enam bulan telah anggaran kerugian kertas RM40 juta. KWAP • Pada penyenaraian FGV, KWAP mempunyai 194 juta saham yang diperuntukkan. • Dari 29 Jun, 2012 hingga 4 Januari 2013, KWAP menambahkan saham FGV sebanyak 59 juta, membelanjakan kira-kira RM305 juta. • Ini adalah peningkatan yang ketara sebanyak 35% daripada saham peruntukkan. • 59 juta saham telah dibeli pada anggaran harga purata berwajaran RM5.19 se-saham. • Pada harga semasa RM4.60, aktiviti jual beli saham selama enam bukan telah menyebabkan anggaran kerugian kertas RM35 juta. Saham FGV, masa depan yang gelap: Kes Senario Pangkal (Base case scenario)? Harga purata saham penganalisis untuk FGV adalah RM4.19. Jika saham FGV jatuh ke tahap itu, KWSP dan KWAP akan menimpa anggaran kerugian kertas RM146m (KWSP) dan RM129m (KWAP). Kes Senario Paling Teruk (Worst case scenario)? Jika harga turun kepada sasaran Alliance Research iatu pada harga RM3.53 (kedua terendah antara 12 analisis terkini mengenai saham FGV), KWSP dan KWAP akan menimpa anggaran kerugian kertas RM327m (KWSP) dan RM295m (KWAP). Wong Chen Biro Pelaburan & Perdagangan PKR 11 Januari 2013 Hmmm... Najib kata: rugi semuapun tak apa.. pasal bukan duit aku.. pekerja yang mencarum tu bila pencen esok boleh makan pasir.. Kalau menang lagi PRU ni.. aku naikkan umur pencen biar jadi 70 tahun pula... biar semua pekerja tu mencarum sampai mati... Pencacai UMNO kata: Makan pasir pun tak apa.. asalkan Melayu.. HIDUP MELAYU!! |
Ini bukti UMNO/BN semakin terdesak.. Posted: 10 Jan 2013 08:14 PM PST Untuk pengetahuan semua.. Pemberian bantuan tunai RM100 ini telah dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak dari tahun lepas lagi. Biarpun tidak ada seorangpun Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat dibenarkan untuk menyerahkan bantuan tersebut kepada pelajar bagi meraih populariti, namum ianya tetap cuba digagalkan oleh Kerajaan UMNO/BN. Ini kerana ada sumber mengatakan arahan dari Kerajaan Pusat seluruh Sekolah-sekolah yang berada di dalam Pulau Pinang telah diarahkan untuk tidak memberikan kerjasama untuk menjayakan program Kerajaan Negeri itu. Malah untuk melakukan pendaftaran bagi pelajar-pelajar yang layak sekalipun tidak dibenarkan sama sekali dilakukan diSekolah-sekolah.. Busuk perut betoi depa ni.. Ianya dihalang kerana boleh memberikan imej positif kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Oleh itu walaupun dihalang, ianya tetap cuba dijayakan dengan memberikan peluang kepada seluruh anak-anak Pulau Pinang mendapatkannya melalui Pusat Khidmat yang ada disetiap DUN dengan beberapa syarat mudah.. lupa pulak dah apa syaratnya.. he..he.. Di Pulau Pinang ianya dihalang namun di Johor oleh kerana ianya program Kerajaan UMNO/BN, bagi meraih populariti dalam setiap bantuan RM100 yang hendak disalurkan itu Pemimpin UMNO/BN wajib hadir... Apa? depa ingat RM100 bantuan untuk pelajar itu duit mak bapak depa ka? Ini laporan berkaitan dari Malaysiakini.. Beberapa sekolah di Johor telah di minta menjemput pemimpin BN untuk mengedarkan bantuan wang tunai RM100 kepada pelajar serta menaikkan kain rentang untuk majlis berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang. Oleh kerana Powerpoint tu dah dikeluarkan.. hanya pekeliling ini menjadi bukti.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan