ALHUSSEYN |
- Kalimah Allah: Dewan Ulama, Pemuda PAS patuh keputusan Had
- Semua selamat kalau polis tak mengganas!
- Akhirnya, dia dedah pekongnya sendiri
Kalimah Allah: Dewan Ulama, Pemuda PAS patuh keputusan Had Posted: 10 Jan 2013 08:00 AM PST PETALING JAYA: Dewan Ulama PAS menyeru ahli dan penyokongnya memberikan sokongan penuh keputusan parti membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagaimana yang diumumkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamad berkata, sebagai ahli parti, keputusan Presiden perlu dipatuhi. "Sebagai ahli parti, kita kena menyokong keputusan itu. Persetujuan itu sama seperti yang telah dibuat dan ditetapkan oleh PAS dua tahun yang lalu," katanya. Mahfodz menegaskan ahli PAS tidak perlu gusar dengan keputusan tersebut kerana penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian hanya terhad untuk mereka sahaja. Katanya, orang Kristian boleh menggunakannya di gereja dan di kalangan masyarakat mereka sahaja. "Orang Kristian tidak boleh menggunakan kalimah itu kepada orang islam, kerana ia terhad kepada mereka sahaja," katanya ketika dihubungi semalam. Kenyataan Presiden, kenyataan parti Sementara itu, Pemuda PAS menyokong keputusan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan umat Islam. Ketua pemuda, Nasrudin Hassan yang dihubungi ini berkata: "Kita (Pemuda) anggap apa yang dinyatakan Presiden semalam adalah kenyataan parti. "Saya tidak perlu komen lagi," katanya. Nasrudin bagaimanapun, enggan mengulas lebih lanjut. Abdul Hadi selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Selasa lalu dilaporkan mempertahankan keputusan yang dibuat dua tahun lalu kerana Islam tidak melarang kalimah mereka dalam amalan mereka walapun tidak mencapai maksud asal dalam al Quran. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat turut mempertahankan keputusan tersebut. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kalimah Allah adalah khusus untuk orang Islam dan orang bukan Islam di negeri itu dilarang sama sekali menggunakannya. Polemik pengggunaan kalimah Allah muncul semula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam peruntusan Krismas pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan kalimah itu dimuatkan dalam Bible bahasa Melayu. -FMT |
Semua selamat kalau polis tak mengganas! Posted: 10 Jan 2013 03:00 AM PST Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata , "Seramai 50 anggota berkenaan akan membawa keluar petugas media daripada kawasan tertentu yang dikira tidak selamat," di sini Hehehe... tak selamat? Emm.. rasanya Datuk tak faham. Kami nak berkumpul jer. Bukan nak merusuh. Macam maner Datuk boleh tahu tak selamat pulak? Malam sambutan tahun baru di Shah Alam, lebih 120,000 ribu Rakyat berkumpul dengan kekuatan anggota Polis tak sampai 20 orang, sehingga hari nie saya masih lagi menghirup udara di Malaysia. Bukan saya seorang sahaja, bahkan 120,000 ribu tu tak ada pula yang MERUSUH. Mana dapat FAKTA ini Datuk? Kalau Datuk tak percaya gambar & video saya ada rekodkan. Saya boleh siapkan salinan. Dengan syarat masuk TV3... hihihi.. KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!! - Diplomatik Bebas |
Akhirnya, dia dedah pekongnya sendiri Posted: 10 Jan 2013 12:58 AM PST Ambik kau! Agaknya begitulah yang diucapkan oleh Ust Nor Azli Musa kepada bekas Ketua Cabang PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda yang sebelum ini pernah diberi peluang supaya meminta maaf dalam tempoh seminggu, tapi mangkuk ni gi tolak mentah-mentah! Malah dengan sombongnya mangkuk ni suruh supaya Norazli cepat-cepat saman dia supaya dia boleh buat banyak lagi pendedahan dimahkamah. Akibahnya, pendedahan yang dijanjikannya itu rupa-rupanya adalah pekong busuknya sendiri! Sebelum ini Fauzi ni pernah mengaku yang Najib Al-Tantuya nak bagi dia RM50,juta di sini Kemudian dia buat laporan ke SPRM tuduh Ust Norazli hantar wakil nak rasuah RM50 ribu kepadanya Fauzi Muda (gambar kiri) sudah tentu sedang menangis tidak berlagu kerana Mahkamah menjatuhi hukuman membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 berhubung fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Perak, Ustaz Norazli Musa. Selain kena bayar RM100,00 tu, Fauzi juga diarahkan membayar kos guaman RM10,000 dan iklan memohon maaf secara terbuka di Utusan Malaysia sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu. Sila baca di sini Banyak pakai duit tu! Mana lu nak krobek duit untuk bayar saman sebanyak tu? Gatai mulut sangat inilah akibatnya.Sibuk tuduh orang sebagai 'Jutawan Segera' sekarang lu sendiri sudah jadi 'Papa Kedana Instant!' Fauzi, semasa membela Harussani di Utusan Malaysia pada 7 Jun lalu mendakwa Nor Azli antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi 'jutawan segera' semasa tempoh 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak sehingga mampu membeli rumah berharga RM500,000. Nor Azli tatkala ditanya mengenai rumahnya itu menjelaskan, rumah itu adalah diatas nama isterinya yang dibina melalui pinjaman yang dibayar melalui potongan gaji setiap bulan. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, Adun Lubuk Merbau yang turut ada bersama bersebelahan Nor Azli (gambar atas) , berasa bersyukur dengan keputusan mahkamah tersebut dan menyifatkan kemenangan kes tersebut, membuktikan bahawa tuduhan kononnya terdapatnya '8 jutawan segera' di Perak semasa dan selepas 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak adalah fitnah jahat semata-mata. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan