Addin |
- Gambar Pesta Fesyen Kondom Di Melaka Tersebar
- Panas!! Undian Terbaru FB BN Selangor, Majoriti Rakyat Pilih Pakatan Rakyat
- Bukan Islam Pun Minat Ustaz Azhar Idrus.. Lihatlah!!
- Banner Kempen Umno BN Yang Menggelikan Hati.. Saksikanlah!!
- Pemimpin DAP Akui Kesilapan Pemilihan Parti Amat Memalukan
- Gempar!! Suhu Kawasan Najib Semakin Panas..
Gambar Pesta Fesyen Kondom Di Melaka Tersebar Posted: 06 Jan 2013 08:05 AM PST Kalau tengok gambar ni ingat dekat Paris atau Bangkok..rupanya di negeri Melaka. Buat pencacai Umno tolong komen berkenaan" Pesta Fesyen Kondom " ni. Mana mufti dan ulamak Umno yang kalut pasai isu amanat Haji Hadi terutamanya si Fathul Bari? Tolong komen pasal pertunjukan ni. Jangan pasal buat kat Melaka dan Ali Rustam jadi Ketua Menterinya ko orang buat-buat tak nampak pulak. |
Panas!! Undian Terbaru FB BN Selangor, Majoriti Rakyat Pilih Pakatan Rakyat Posted: 06 Jan 2013 03:51 AM PST Selepas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh UMNO/BN Selangor yang dikepalai oleh Zin Badak, maka satu survey diadakan untuk mendapat maklum balas dan reaksi dari rakyat siapa yang mereka akan memberikan sokongan pada PRU 13 nanti. Dengan mengajukan soalan berbunyi:...' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT' Punyalah terkejut beruk UMNO Selangor bila dapati jauh berganda lebih ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Pakatan rakyat untuk menerajui negara ini. Akibat dari respon yang tidak mereka duga ini maka terus posting tersebut yang dipaparkan di muka Facebooknya SAYANGI SELANGOR dipadamkan. Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO. PRU 13 adalah PRU anak-anak muda....Anak-anak muda yang bakal menentukan siapa yang harus diberi mandat dan amanah untuk mentadbir urus negara. Kelompok ini hanya percaya kepada media ketiga.. INTERNET, bukannya media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik milik dan kawalam UMNO. Sudah pasti hasil kaji selidik ini akan menambah pening kepala UMNO dalam menghadapi PRU 13. INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA. ~omakkau |
Bukan Islam Pun Minat Ustaz Azhar Idrus.. Lihatlah!! Posted: 06 Jan 2013 02:44 AM PST |
Banner Kempen Umno BN Yang Menggelikan Hati.. Saksikanlah!! Posted: 05 Jan 2013 10:28 PM PST |
Pemimpin DAP Akui Kesilapan Pemilihan Parti Amat Memalukan Posted: 05 Jan 2013 08:24 PM PST KUALA LUMPUR, 5 Jan — Pemimpin DAP hari ini menyifatkan kesilapan dalam pemilihan parti sebagai "memalukan" dan cuba menyelamatkan diri mereka dengan menyalahkan kesilapan yang berpunca dari teknikal dan bukannya cuba menipu undi seperti didakwa lawan mereka.Pengerusi DAP, Karpal Singh dan penasihatnya, Lim Kit Siang, mengatakan mereka mengakui bahawa adalah kesilapan, dan ia menjadikan satu kekuatan bahawa mereka boleh dianggap oleh rakyat Malaysia sebagai berakauntabiliti atas tindakan mereka. "Kami sudah dapat mengagak bahawa ia akan menerima kritikan dari pelbagai pihak, tetapi mengumumkan kesilapan tersebut menunjukkan kami bersikap telus," kata Karpal dalam sidang medianya di George Town.Lim turut mengeluarkan nada yang sama dengan ahli parlimen Bukit Gelugor itu dengan berkata walaupun akan berlaku serangan politik mengenai isu ini, tetapi pimpinan telah bersatu hati mengatakan parti tersebut perlu bersikap jujur kepada parti untuk rakyat, dan menghadapi reaksi negatif dengan terbuka. Lawan politik kita mungkin melihat ini sebagai satu kelemahan untuk mereka cuba eksploitasi dan memecahkan parti, tetapi sebenarnya inilah kekuatan kami di mana pimpinan DAP bersedia untuk mengakui kesalahan, yang memang memalukan kerana kita percaya kepada sifat rendah diri, dan 'kejujuran adalah terbaik'," kata ahli parlimen Ipoh Timor dalam kenyataannya. Pihak lawan mereka dari parti pemerintah Barisan Nasional (BN) telah secara terbuka di laman sosial dan media arus perdana mengkritik parti yang didominasi kaum Cina tentang cara mereka menguruskan pemilihan parti Disember lalu, dengan melihat calon Melayu diketepikan dari jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) walaupun cuba untuk tidak menjadi dominan kepada sebuah kaum sahaja. Kesilapan pemilihan parti DAP menjadi tajuk utama di akhbar seluruh negara hari ini. Timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan oleh agensi berita Bernama berkata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng bertanggungjawab ke atas kesilapan yang "pelik" ini."Walaupun ini mungkin perkara kecil tapi implikasinya amat besar, banyak orang boleh mempertikaikan integriti, kewibawaan serta ketelusan yang diperjuangkan DAP di mana Guan Eng kena jawab dan jelaskan," kata Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri, yang dilaporkan oleh Bernama di Tanjung Malim, Perak hari ini. Parti tersebut juga dikritik oleh bekas timbalan pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang berkata Melayu tidak ada tempat dalam parti tersebut.Pendatang baru, Zairil Khir Johari (gambar, kiri), 30, dilantik sebagai anggota CEC, selaku pembantu setiausaha publisiti nasional, satu tindakan yang dikatakan pengkritik dan musuh politik mereka sebagai "cuba mengawal kerosakan dari berlaku". Setiausaha politik Guan Eng, yang juga ketua menteri Pulau Pinang, pada Khamis lalu bahawa pengiraan semula menyebabkan beliau percaya kepada DAP sebagai parti yang berdiri teguh dengan ketelusan dan boleh dipercayai oleh generasi muda.CEC kini mempunyai dua wakil Melayu, seorang lagi ialah Senator Dr Ariffin SM Omar yang dilantik sebagai naib pengerusi parti. |
Gempar!! Suhu Kawasan Najib Semakin Panas.. Posted: 05 Jan 2013 06:58 PM PST Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan. "Masalah ini berlarutan adalah berpunca daripada tekanan air yang rendah," kata Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini. Katanya, akibat daripada itu, mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar. Menurutnya, setelah beberapa kali siri perbincangan antara pimpinan mahasiswa UMP bersama pihak pentadbiran dan pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) di sana, pihak JBA memaklumkan bahawa kemungkinan pihak mereka akan memperuntukkan saluran air yang baik untuk keperluan asas bekalan air di UMP. Banyak persoalan timbul berkaitan isu itu dalam kalangan mahasiswa dan barisan pentadbiran mahupun rakyat setempat. Persoalannya, kata beliau mengapakah projek pembinaan UMP yang kini telah pun menempatkan mahasiswa di sana dalam keadaan tidak lengkap dengan keperluan asas seperti bekalan air. "Katanya, mengapa kawasan Perdana Menteri boleh jadi seperti itu sedangkan beliau merupakan ahli parlimen Pekan. "Adakah beliau tidak turun padang dan tidak ambil tahu permasalahan mahasiswa di UMP yang kian parah? "Di mana duit peruntukan yang disalurkan untuk membina saluran air di UMP tersebut sedangkan dalam meluluskan sesuatu projek pastinya perkara asas seperti bekalan air ini seharusnya telah di atasi dengan baik," katanya. Katanya, apa yang mahasiswa inginkan sekarang ialah kecaknaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar segera turun kawasan dan atasi permasalahan air itu dengan segera. Berikut ulasan daripada YDP Pas Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf berkenaan krisis air di Parlimen Pekan.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan