Addin |
- Gambar Terbaru Nur Amalina Che Bakri, Pelajar Terbaik SPM 2004
- Satu Lagi Kubu Kuat BN Pecah, 100 Ahli PBS Sertai KEADILAN
- KEADILAN Isytihar Perang..
- Lagi Pendedahan Salah Guna Wang Pencen Tentera
- Umno Semakin Kecut Himpunan Kebangkitan Rakyat.. Ini Buktinya
- Pensyarah KLMU Di Penjara Kerana Jual Diploma
- Bintang Bola Sepak Arsenal Yang Menghafal 19 Juzuk Al-Quran
- Akibat Kebodohan PAPAGOMO, Zahid Hamidi Di Sepina
- Pencacai Umno Meracau Bila Ustaz Azhar Idrus Semakin Popular.. Saksikanlah!!
Gambar Terbaru Nur Amalina Che Bakri, Pelajar Terbaik SPM 2004 Posted: 04 Jan 2013 09:09 AM PST Jikalau sebelum ini, Nur Amalina Che Bakri pernah mengegarkan negara sebagai pelajar terbaik SPM 2004 dengan keputusan SPM 17A. Kemudian awal tahun 2012, cerita dan kisah Amalina Bakri semasa menuntut di luar negara sempat menjadi perhatian satu Malaysia. Terbaru Nur Amalina Che Bakri telah dipilih duta pendidikan Kelab We Love PM. Bersama-sama ini disertakan gambar pelancaran Kelab We Love PM.. Facebook : We Love PM Club Bagaimana, adakah anda berminat untuk menyertai Kelab We Love PM? Cukup terdesak Najib!! Mudah-mudahan Allah SWT memberi cahaya hidayah buat Nur Amalina.. |
Satu Lagi Kubu Kuat BN Pecah, 100 Ahli PBS Sertai KEADILAN Posted: 04 Jan 2013 06:37 AM PST Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sekali lagi berjaya memecah kubu kuat Barisan Nasional (BN)!Menerusi Cabang Tenom, Sabah, semalam parti itu telah menerima lagi kemasukan anggota baru seramai 100 orang. Anggota baru dari ahli Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menyertai KEADILAN merakamkan rasa penghargaan kepada kepimpinan Cabang Tenom untuk membela nasib mereka yang terbiar tanpa pembelaan dari wakil rakyat BN. Mereka juga menyatakan mereka telah begitu lama memberikan ruang dan peluang kepada wakil rakyat BN untuk menunjukkan bakti mereka kepada rakyat Tenom namun setelah sekian lama peluang yang mereka berikan, kebajikan dan kehidupan mereka terabai dan tidak diendahkan. Kalau sebelum ini penduduk kampung merasa takut dan gentar untuk menyertai KEADILAN khasnya, namun kini perasaan itu terhakis sama sekali demi masa hadapan mereka dan generasi mereka akan datang. Wakil rakyat BN selama ini tidak mengendahkan mereka yang selama ini mengundi mereka, sebaliknya hanya mementingkan kroni-kroni dan kaum kerabat masing-masing. Rakyat tidak dipandang sebelah mata. Ketika menyampaikan ucapan, Ketua Cabangnya, Halik Zaman telah menyatakan rasa penghargaan kepada penduduk kampung yang kini telah berani dan nekad untuk tampil dan menjadi anggota Cabang Tenom. Beliau menegaskan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan penduduk seharusnya tidak akur dengan "ugutan" pihak-pihak tertentu yang kononnya menggembar-gemburkan atau menakut-nakutkan orang-orang kampung sekiranya mereka menyertai KEADILAN, segala bantuan akan ditarik balik. Ini semua propaganda BN semata-mata. Halik juga menyentuh beberapa perkara antaranya sistem kebajikan amalan KEADILAN khasnya dengan mengambil contoh kebajikan dan kemudahan yang kini sedang di nikmati oleh rakyat di negeri-negeri pemerintahan Pakatan Rakyat. Semua ini sebenarnya boleh di laksanakan oleh BN, cumanya BN hanya mementingkan kepentingan diri serta kroni-kroni mereka. Sedangkan rakyat yang memberikan undi keramat kepada mereka yang telah meletakkan mereka sebagai satu badan pentadbir negeri dan negara tidak di pedulikan. Rakyat kampung hanya akan "dipandang" apabila tiba musim pilihanraya sahaja. Masa inilah baru kita nampak wakil-wakil rakyat BN mengunjungi penduduk - penduduk kampung, memperlihatkan dan "memperdagangkan keperihatinan" mereka kepada penduduk kampung. Ini dilakukan hanya dengan satu tujuan sahaja yakni untuk memastikan "undi-undi keramat" yang berada di tangan rakyat "dihadiahkan" kembali kepada BN. Untuk membolehkan wakil-wakil rakyat BN untuk terus menerus "merampok" harta rakyat Sabah khasnya dan Malaysia amnya. Ihsan Media KEADILAN Tenom |
Posted: 04 Jan 2013 05:07 AM PST KUALA LUMPUR 4 Jan: KEADILAN bakal meniupkan semboyan 'perang' di negeri kubu kuat Umno – Johor, Sabah dan Sarawak bagi mencapai misi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).Menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, persaingan sengit yang akan berlaku di tiga negeri itu pastinya memberi tamparan hebat buat Umno BN."Kerusi panas bagi KEADILAN, banyak di Johor, Sabah dan Sarawak. Kita akan tumpu untuk rampas lebih banyak kerusi di semua negeri ini daripada Umno BN."Medan perang penentuan akan berlaku di ketiga-tiga negeri ini, walaupun kita sedar kerusi-kerusi berkenaan sejak dulu tidak pernah jatuh kepada Pakatan," katanya kepadaKeadilan Daily. Ditanya mengenai sasaran kemenangan, Tian berkata, secara komited Pakatan boleh memenangi 25 hingga 30 kerusi di negeri-negeri tersebut."Target kerusi daripada tiga-tiga negeri ini kita boleh dapatkan secara total, 25 hingga 30 kerusi."Untuk memerintah kita perlukan 112 kerusi secara minimum. Untuk menang selesa, kita perlukan 120 kerusi," jelas Ahli Parlimen Batu itu. Belia Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) sedia berdiri bersama Pakatan menumbangkan BN pada PRU 13.Tian berkata, kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut ribuan rakyat setiap kali turun padang ke sana menyebabkan Perdana Menteri dan Timbalannya 'panas punggung'. "Kali ini boleh dikatakan semua kerusi panas ditandingi kedua-dua pihak. Kita nampak Johor, Sabah dan Sarawak merupakan negeri untuk kita lihat bagaimana penerimaan rakyat," katanya tanpa menamakan senarai kerusi terbabit."Sebab itulah Najib (Razak) dan Muhyiddin (Yassin) setiap dua minggu ulang alik ke Johor, Sabah dan Sarawak," sambung Tian. ~kd |
Lagi Pendedahan Salah Guna Wang Pencen Tentera Posted: 04 Jan 2013 03:18 AM PST KUALA LUMPUR 4 Jan: KEADILAN hari ini akan meneruskan siri pendedahan penyelewengan berhubung anugerah kontrak kepada Awan Megah Sdn Bhd sehingga menyebabkan salahguna wang pencen tentera berjumlah RM160 juta. Pendedahan oleh Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin itu akan dibuat pada sidang media di ibu pejabat parti, Petaling Jaya 11 pagi ini. ~kd |
Umno Semakin Kecut Himpunan Kebangkitan Rakyat.. Ini Buktinya Posted: 04 Jan 2013 03:16 AM PST KUALA LUMPUR 4 Jan: Cemas sejuta rakyat membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari (HKR 112) punca pihak tertentu melemparkan sisa sembelihan ayam di Dewan Dato' Fauzi, Sekinchan Selangor pagi tadi. "Ini pasti kerja orang yang takut menjelangnya hari kebangkitan rakyat. Sedikitpun kita tak lemah," kata Anggota Jawatankuasa HKR 112, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard sambil menyifatkan ia tindakan panik pihak terdesak. Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, pihaknya mengesan kejadian itu pagi tadi semasa membuat pemeriksaan ke dewan tersebut untuk persiapan Ceramah Mobilisasi HKR yang akan diadakan di sana malam ini. Menjelang HKR di Stadium Merdeka, SAMM menganjurkan Jelajah Anak Muda Menuju #KL112- 1 juta rakyat di seluruh negara, bermula 26 Disember lalu. "Program 'countdown' menuju hari bersejarah 12 Januari akan tetap berlangsung malam nanti," tegasnya. Pada malam ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar akan melancarkan van bergerak yang disediakan SAMM untuk memperhebatkan mobilisasi menjelang himpunan itu. "Van itu akan bergerak tanpa henti ke segenap Lembah Klang sebagai kempen kita untuk menjayakan HKR," kata Chegu Bard. Pada himpunan yang akan berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang itu, satu deklarasi rakyat yang dinamakan sebagai 'Deklarasi 12 Jan' akan dibentangkan. Rakyat diberi pilihan memakai baju kuning sempena tuntutan pilihan raya adil dan bersih, merah sebagai tanda 'Royalti', hijau pula untuk 'Lynas' dan oren sebagai membantah penyenaraian FGVH. Pengarah HKR, Mohamad Sabu turut memaklumkan, himpunan serupa akan diadakan rakyat Malaysia di luar negara seperti himpunan Bersih lalu. ~kd |
Pensyarah KLMU Di Penjara Kerana Jual Diploma Posted: 04 Jan 2013 12:29 AM PST KUALA LUMPUR – Seorang bekas pensyarah Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) dipenjara dua bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menerima rasuah RM1,500 untuk sekeping diploma pada Julai lalu. Hakim Rozilah Salleh mengenakan hukuman tersebut selepas tertuduh Elmy Shadzly Wahi, 40, mengaku salah atas tuduhan pertama tersebut. Dia yang merupakan bekas pensyarah Falkuti Kulinari bagaimanapun dilepas dan dibebaskan bagi tuduhan kedua iaitu cuba meminta RM1,500 untuk tujuan yang sama. Keputusan itu dibuat Rozilah apabila dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa mereka akan menggugurkan salah satu tuduhan sekiranya tertuduh mengaku salah bagi satu tuduhan. Mahkamah turut mengarahkan Elmy Shadzly dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda dengan hukuman penjara dua bulan diarah berjalan semalam. Bapa kepada empat anak itu didakwa memperoleh wang tunai RM1,500 melalui akaun Malayan Banking Berhad nombor 162254706503 daripada Muhammad Asrull Aizat Solehan. Ia sebagai balasan untuk memberikan Muhammad Asrull Aizat satu diploma bidang kulinari dari KLMU tanpa pelajar itu menghadiri kuliah dan peperiksaan. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Dataran Maybank Bangsar, No. 1, Jalan Maarof di sini pada pukul 3.30 petang 13 Julai 2012 di sini. Bagi tuduhan kedua, dia didapati cuba memperoleh RM1,500 daripada Muhammad Asrull Aizat bagi satu diploma kulinari KLMU tanpa menghadiri kuliah dan peperiksaan pada pukul 8.30 malam 16 Julai lalu di Jalan Sri Ehsan 2, Taman Perindustrian Sri Ehsan. Dakwaan kedua-dua tuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi. Pegawai pendakwa SPRM, Nor Lokman Samingan manakala tertuduh diwakili peguam S. I. Rajah. Terdahulu Elmy Shadzly merayu hukuman ringan kerana dia sudah kehilangan sumber pendapatan dan perlu menanggung empat anak manakala isteri pula tidak bekerja. Katanya lagi, dia melakukan kesalahan itu bukan untuk dirinya tetapi demi membantu kawan mendapatkan kerja. Sementara itu, Elmy Shadzly yang menghadapi dua lagi tuduhan rasuah yang dibacakan di Johor Bahru pada 8 Oktober tahun lalu sebelum ini menukar pengakuan kepada mengaku bersalah di mahkamah sesyen berasingan di sini semalam. Tertuduh didakwa menerima suapan daripada Izam Mustafa sebanyak RM1,500 melalui akaun miliknya yang dimasukkan secara deposit tunai. Semasa kejadian, Elmy masih bekerja di kolej tersebut. Wang RM1,500 sebagai dorongan kerana tertuduh membekalkan Diploma Dalam Bidang Pengurusan daripada Nilai University College di Negeri Sembilan kepada Izam. Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 1.45 petang di Maybank cawangan Taman Molek di sini pada 22 Mac lalu. Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain menetapkan tarikh jatuh hukum terhadap kedua-dua pengakuan tertuduh pada 23 Januari depan. ~mp |
Bintang Bola Sepak Arsenal Yang Menghafal 19 Juzuk Al-Quran Posted: 03 Jan 2013 11:12 PM PST LONDON – Pentas bola sepak Liga Perdana Inggeris banyak dihuni pemain-pemain beragama Islam yang datang dari luar negeri. Bintang bolasepak Liga Premier Muslim yang menonjol kebanyakan berasal dari Perancis. Diantara bintang bolasepak Muslim yang dikenali adalah pemain tengah Arsenal, Abou Diaby. Pemain 25 tahun berkewarganegaraan Perancis ini telah menghafal Al-Quran hingga 19 juz. Dalam akaun twitter, salah satu pengajar Ebrahim Collage di London, Mufti Muhammad, @ Mufti_Muhammad_ mendedahkan seorang bintang bolasepak yang datang ke Emirates Stadium Arsenal pada tahun 2006 itu hafal 19 juz Al-Quran. Bagi Diaby, kunjungan ke Ebrahim Collage adalah perkara biasa. Sebab ia berasa selesa berada dalam komunitinya, seperti diterangkan Republika Online. "In conversation with Arsenal Footballer Abu Diaby @ Ebrahim college dinner tonight, who s memorised 19 ajza of Qur'an! (Dalam perbincangan dengan pemain Arsenal Abu Diaby di Ebrahim Collage pada tiap kali makan malam, siapa yang hafal 19 juz Al-Quran," sentil Mufti Muhammad kepada Diaby. Muslim Rohingya Sifat sosial Abou Diaby yang sangat perhatian terhadap umat Islam yang lain juga ia tunjukkan, apabila dirinya terlibat dalam penggalangan dana untuk Muslim Rohingnya di London Muslim Center. Dalam acara penggalangan dana itu, Abou Diaby melelong jersey (kostum) Arsenal miliknya untuk Muslim Rohingnya. Di Arsenal sendiri ada beberapa pemain yang tercatat beragama Islam, antaranya Abou Diaby, Bacary Sagna, dan sebelumnya ada Samir Nasri dan Kolo Toure yang kini mempertahankan Manchester City. Sementara itu, pemain Muslim Arsenal lain yang komited terhadap Islam adalah bek muda Armand Traore. Namun jebolan Akademi Arsenal kelahiran 8 Oktober 1989 itu kini berpindah kelab di Queens Park Rangers. Pemain pasport Perancis keturunan Senegal ini telah lama memeluk Islam dan pada 2009 lalu ketika masih mempertahankan Arsenal ia mula "sedar" untuk menghilangkan seluruh tatu yang dilakarkan di tubuhnya. "Saya rasa ini (tatu) menjadi kesalahan terbesar dalam hidup saya, tapi saya akan cuba meluruskan segalanya," ungkap Traore. "Agama saya telah memberi keuntungan kepada kehidupan dan kerjaya saya. Saya selalu menjadi muslim tapi tidak pernah mempraktikannya dan saya hanya berkata 'saya seorang muslim'," jelasnya. ~detikislam |
Akibat Kebodohan PAPAGOMO, Zahid Hamidi Di Sepina Posted: 03 Jan 2013 06:08 PM PST KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan sapina kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar datang ke mahkamah 6 Januari ini. Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo. "Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam kepada Harakahdaily. Husam menyaman Papa Gomo ekoran satu laporan fitnah yang dibuat blogger Umno itu melalui blognya. Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif. Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif. Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina. Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni." Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. ~harakahdaily |
Pencacai Umno Meracau Bila Ustaz Azhar Idrus Semakin Popular.. Saksikanlah!! Posted: 03 Jan 2013 06:00 PM PST Artikel panjang berjeler ini di copy dari sebuah forum yang dikenali sebagai Forum Tempur Politik Maya Kumpulan Menyokong UMNO ataupun MyKMU.Net juga dikenali sebagan MyKemut oleh Forumer dari Tranung.kite.. Apa yang ditulisnya menyerlahkan perasaan benci dan sakit hati yang membara... Oleh Kunta Kinte Malaysia (Ciplak)
|
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan