Addin |
- Rupanya Mahathir Sudah Tahu Pakatan Rakyat Akan Menang PRU 13.. Ini Buktinya
- "Mengapa Polis Tembak Mati Isteri Saya"
- Komplot Polis Dan HKL Untuk Tutup Pembunuhan Sugumar - Naib Presiden KEADILAN
- Lagi Bukti Melayu Miskin Di Negeri Umno BN
- Utusan Kantoi Lagi.. Sedia Bayar Ganti Rugi Pada MP Indera Mahkota
- Gambar Pegawai HEP Pencacai Umno Perak Yang Belasah Mahasiswa Mesir Tersebar..
- Ustaz Nasha Perlu Tinggalkan PAS Jika..
- Najib Pasti Gelabah Baca Berita Ni..
- Biadap!! Adun BN Kedah Boikot Majlis Perasmian Kampus KUIN Yang Di Rasmikan Oleh Agong
- Bekas Peguam Negara Gesa Tindakan Tegas Terhadap Ibrahim Ali
Rupanya Mahathir Sudah Tahu Pakatan Rakyat Akan Menang PRU 13.. Ini Buktinya Posted: 31 Jan 2013 03:00 PM PST Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka. Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri. Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan. "Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas. " Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka. "Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa."Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya. |
"Mengapa Polis Tembak Mati Isteri Saya" Posted: 31 Jan 2013 08:21 AM PST KLANG 31 JAN : Seorang pemandu lori mahu Polis Diraja Malaysia berterus terang dan menyiasat bagaimana isterinya, Pua Bee Chun, 22, mati dipercayai ditembak anggota mereka. Bee Chun dipercayai mati ditembak ketika berada di dalam sebuah kereta di Jalan Bendahara, Taman Sentosa, Klang pada 18 Januari. Menurut Foo Voon Kong, 27, isterinya dipercayai mati selepas ditembak dari belakang badannya. Kereta tersebut dipercayai ditembak sebanyak 24 kali. Voon Kong mendakwa segala usaha untuk mendapat penjelasan daripada polis tentang bagaimana dan kenapa isterinya mati menemui jalan buntu. Di dalam satu sidang media di sini hari ini, Voon Kong berkatakali terakhir beliau berjumpa dengan isterinya pada 5 petang pada hari kejadian sebelum isterinya keluar rumah. Katanya, beliau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) menyuruh Bee Chun pulang untuk makan malam dan keluar ke pasar malam bersama kedua anak mereka. "Bagaimanapun, beliau (isteri) kata tidak dapat pulang, apabila saya menghantar sms kali kedua bertanya dia dimana, isteri saya tidak membalas sms itu..Kira-kira jam 8.30 malam, saya menerima panggilan telefon dari rakan saya memberitahu beliau ternampak mayat isteri saya. "Apabila saya sampai ditempat kejadian, saya lihat ramai orang awam dan polis, mayat isteri saya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. "Doktor memaklumkan, isteri saya ditembak melalui belakang badannya," katanya di dalam sidang akbar di pejabat khidmat MP Klang. Beliau mendakwa polis tidak menjalankan tugas mereka secara profesional dengan melulu menembak isterinya. "Semua bukti seperti baju, kamera litar tertutup (CCTV) dan kereta yang dinaiki isteri saya diambil polis. "Saya percaya isteri saya ditembak dengan 24 das tembakan berdasarkan kesan tembakan di pintu kereta dan bahagian belakang kereta," katanya. Voon Kong menambah, beliau difahamkan isterinya ditembak ketika di dalam sebuah kereta jenis Waja bewarna perak bersama seorang lelaki yang merupakan kawannya. Lelaki tersebut dipercayai ditahan polis dan satu laporan polis telah dibuat oleh Voon Kong pada 19 Januari lalu di Balai Polis Klang. Sementara itu, MP Klang, Charles Santiago berkata kes itu merupakan yang ketiga berlaku selepas kematian pengawal keselamatan C Sugumaran dan kes Amirul Rasyid yang membabitkan polis. "Kini, semua bukti berkaitan dengan pembunuhan hilang. Jika semua bukti ini tiada bagaimana hendak bawa kes ini ke mahkamah," katanya. Selain itu, MP Puchong, Gobind SinghDeo mahu polis menjalankan siasatan yang adil dan Perdana Menteri perlu campur tangan dalam kes itu. "Polis tidak boleh menghukum mangsa dengan terus menembaknya, kini polis sudah tidak memberi perlindungan kepada rakyat." ~tvselangor |
Komplot Polis Dan HKL Untuk Tutup Pembunuhan Sugumar - Naib Presiden KEADILAN Posted: 31 Jan 2013 02:36 AM PST KUALA LUMPUR 31 Jan: Dolak-dalik polis dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung tuntutan bedah siasat kedua C Sugumar dipercayai untuk mengelak keganasan polis ke atas mendiang terbongkar.Kelewatan polis mengeluarkan kebenaran bertulis kepada hospital tersebut untuk bedah siasat kedua mangsa turut dikecam.Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, polis sengaja melengahkan bedah siasat supaya kes yang didakwa sebagai pembunuhan itu tidak diketahui umum. "Peguam mendiang Sugumar, Eric Paulsen hari ini memaklumkan bahawa HKL tidak akan membuat bedah siasat kedua selagi polis belum mengeluarkan kebenaran bertulis."Polis dan HKL juga dianggap berkomplot kerana gagal memberikan jawapan memuaskan kepada kita," katanya kepada Keadilan Daily. "Bila tanya polis, mereka suruh kita tanya HKL begitulah sebaliknya. Sikap seperti ini memang dangkal dan memualkan!" katanya.Beliau menambah, kelembapan polis mengeluarkan surat kebenaran kerana mahu menyembunyikan fakta sebenar pembunuhan Sugumar. "Polis takut jika bedah siasat kedua dibuat, kezaliman polis yang menyebabkan kematian Sugumar akan diketahui orang ramai."Kita desak polis segera bantu siasatan untuk HKL buat bedah siasat kedua. Jangan sembunyikan kebenaran!" tegasnya. Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, tiada halangan bedah siasat kedua dijalankan seperti diminta keluarga mangsa asalkan kos pembedahan itu ditanggung sendiri. ~keadilandaily |
Lagi Bukti Melayu Miskin Di Negeri Umno BN Posted: 31 Jan 2013 01:46 AM PST PASIR SALAK - PKR Pasir Salak menyelar pemimpin Umno/BN kerana menyebabkan merosotnya taraf ekonomi orang Melayu terutamanya di Johor yang merupakan 'kubu kuat' Umno. Ini ekoran pendedahan oleh Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas pada 15 Januari lalu. Isu Melayu Johor yang paling miskin ini didedahkan oleh Abdul Razak Ismail, penyelaras PKR Parlimen Pasir Salak dalam satu program ceramah yang diadakan di Kampung Tersusun Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak Jumaat lalu. Turun hadir dalam program tersebut ialah Osman Abdul Rahman, Ketua Cabang PKR Pasir Salak yang juga merupakan penyelaras DUN Sungai Manik. Pendedahan oleh Syed Ali tersebut begitu memeranjatkan banyak pihak kerana selama ini kita diberi gambaran dan tanggapan salah oleh media arus perdana dan eletronik serta pemimpin-pemimpin Umno bahawa orang Melayu di Kelantan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS kononnya yang paling miskin di Malaysia. Jadi jelaslah walaupun Johor merupakan negeri yang dikuasai oleh Umno/BN sejak 55 tahun yang lalu dan merupakan negeri pengasas Umno, Allahyarham Datuk Onn Jaafar sendiri tapi hakikatnya nasib orang Melayu di negeri tersebut terus diabaikan. Insiden terkini sekurang-kurangnya sembilan cawangan Umno di kampung-kampung setinggan majoriti didiami orang Melayu di kawasan Parlimen Pasir Gudang yang menutup bilik gerakan masing-masing menunjukkkan bahawa kepimpinan akar umbi Umno mula hilang kepercayaan terhadap 'Janji- Janji Yang Tidak Ditepati' pemimpin-pemimpin Umno di negeri tersebut dalam memperjuangkan nasib mereka. Retrik pemimpin Umno Jadi kesimpulannya ujar Razak lagi, retorik pemimpin Umno yang mengatakan bahawa parti Umno sahajalah yang merupakan wadah bagi memperjuangkan nasib orang-orang Melayu adalah tidak benar dan jauh menyimpang dari matlamat asal perjuangan parti tersebut. Ujar Razak lagi perkara yang sama juga berlaku di parlimen Pasir Salak di mana pemimpin Umno setempat menjanjikan pelbagai bantuan dana kewangan dan sebagainya sebagai 'umpan' menjelang PRU tetapi hakikatnya nasib orang Melayu setempat masih di takuk lama. Razak juga membidas tindakan pengurusan Felcra kerana menyumbang RM100,000 kepada Badan Kebajikan Isteri Menteri-Menteri (Bakti) sedangkan ramai anak-anak kepada pesawah padi di Tanah Rancangan Felcra Seberang Perak memerlukan bantuan dan perbelanjaan di awal tahun kemasukan persekolahan. Cek sumbangan disampaikan oleh Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Pengerusi Felcra (yang juga ahli parlimen BN Pasir salak) dan diterima oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Hampir 100 peratus pesawah padi berjumlah 5,000 keluarga yang mengusahakan sawah padi di Felcra Seberang Perak merupakan orang Melayu yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Mereka berhadapan dengan harga benih padi, baja dan racun serta sewa jentera yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini Kejatuhan harga kelapa sawit sejak 6 bulan kebelakangan ini tambah membebankan kewangan mereka. ~free malaysia today |
Utusan Kantoi Lagi.. Sedia Bayar Ganti Rugi Pada MP Indera Mahkota Posted: 31 Jan 2013 12:28 AM PST KUALA LUMPUR 31 Jan: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di luar mahkamah. Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi. Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut. "Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan," jelas Azan mengulas keputusan itu. Azan menuntut Utusan membuat permohonan maaf terbuka sebagai bukti mereka menyedari kesilapan dan perlu menyiarkan berita dengan telus. "Saya tidak langsung memikirkan jumlah wang yang mereka mahu bayar, tapi mereka perlu menyedari apa yang mereka buat dan memberitahu kesilapan mereka kerana menyiarkan berita tidak benar," katanya ditemani peguam, A Vasudevan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. Menurutnya, pada 5 Februari, skala permohonan maaf akan ditentukan pihak mahkamah, dan jika Pengerusi KEADILAN Terengganu itu tidak berpuas hati, kes akan dibicarakan secara terbuka. Azan memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambar beliau bersama ahli politik yang keluar sebelum itu. Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu. ~keadilandaily |
Gambar Pegawai HEP Pencacai Umno Perak Yang Belasah Mahasiswa Mesir Tersebar.. Posted: 30 Jan 2013 11:00 PM PST Ke mana mahasiswa pergi menuntut di luar negera, selagi mereka mengambil biasiswa, pinjaman PTPTN, mereka tidak akan dapat bebas bergerak, kerana dikongkong oleh kuasa UMNO. UMNO hantar orangnya ke Mesir untuk menghalang mahasiswa dari terlibat dengan lain-lain persatuan selain UMNO, seolah-olah biasiswa yang dikeluarkan kepada para Mahasiswa itu adalah duit UMNO ataupun duit mak bapak depa... Dua NGO iaitu Institut Pemikir Muda Malaysia ( IPMM ) dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Perak menyerahkan momerandum kepada Menteri Besar Perak berhubung insiden seorang pelajar Mesir yang dipukul oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak, Abdul Muhaimin Abdul Majid 19 Januari lalu. Momerandum tersebut diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman di Pejabat Menteri Besar Perak Jumaat lalu. Pengarah IPMM, Ustaz Hafez Sabri berkata, Memorandum itu menuntut agar Muhaimin dilucutkan jawatannya dan mendesak agar beliau memohon maaf serta mengakui atas segala tindakannya. Menurutnya, pihaknya telah mendapat pelbagai aduan tentang Muhaimin dan kemuncaknya ialah insiden seorang pelajar dipukul oleh beliau tanpa sebab yang munasabah. "Muhaimin dihantar oleh kerajaan negeri selepas rampasan kuasa di Perak melalui prosedur yang meragukan kehadiran pegawai ini ke Mesir sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif kepada Persatuan Anak-Anak Perak Mesir disana. "Kini hampir tiga tahun perkhidmatan beliau di Mesir tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pihak beliau kepada persatuan dan mahasiswa Perak sangat mendukacitakan," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan momerandum di Pejabat Menteri Besar Perak, Ipoh, dekat sini. Jelas beliau, pihaknya mendapat pelbagai maklumat terperinci tentang kelakuan dan salahguna kuasa yang telah beliau lakukan terhadap mahasiswa Perak di Mesir sepanjang memegang jawatan tersebut. "Kami mendapat banyak maklumat tentang beliau antaranya tidak mengambil berat tentang isu kebajikan mahasiswa Perak di Mesir dan beliau tidak profesional dan sambil lewa dalam bidang pengurusan berkaitan mahasiswa. "Akhlak serta sahsiah pegawai ini tidak melambangkan beliau sebagai seorang yang menjadi wakil kepada kerajaan Negeri," Jelasnya lagi. Mengulas lanjut, Hafez Sabri menjelaskan, ramai yang melihat tujuan utama Muhaimin ini dihantar oleh kerajaan negeri ke Mesir adalah semata-mata untuk menghalang aktiviti mahasiwa Perak dan menggerakkan agenda Umno Perak di Mesir. Hafez Sabri berkata, pihaknya juga telah mendapat bukti-bukti kukuh berbentuk gambar, video dan audio tentang Muhaimin yang ini aktif melaksanakan agenda-agenda UMNO di Mesir. Maklumat-maklumat serta bukti-bukti ini katanya akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat. Lihat video di sini. ~anak sungai derhaka |
Ustaz Nasha Perlu Tinggalkan PAS Jika.. Posted: 30 Jan 2013 10:23 PM PST SENAI – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang digugurkan keanggotaan oleh Majlis Syura, 13 Januari lalu, perlu keluar Pas jika berhajat untuk menyertai parti lain, tegas Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. "Jika dia pilih parti lain untuk dianggotai, dia kena keluar Pas kerana dia tak boleh menyertai dua parti. Isunya kini beliau hanya digugurkan oleh Majlis Syura. "Bagi saya tidak ada halangan Nasha untuk terus aktif dalam parti namun dia kena ikut peraturan yang ditetapkan, malah tahun depan masih ada pemilihan, dia boleh bertanding sebagai Timbalan Presiden jika mahu," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Mahfodz berkata, Nasha sememangnya aktif dalam pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Al-Quds, dan itu hak beliau untuk meneruskan aktiviti dan cita-cita. "Saya percaya tentunya sebagai manusia akan timbul perasaan kecil hati apabila Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat) bersuara bagi menentukan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Bachok."Tapi jika perkara itu membuatkan dirinya hendak keluar, itu hak dia. Sekiranya ia benar terjadi ia memang memberi kesan kepada Pas tetapi saya percaya ia bukan itu tempoh yang lama," katanya.Jelasnya, jika Nasha benar-benar ingin mendaulatkan Islam, hanya Pas sahaja parti yang memperjuangkan wadah Islam. ~sinar harian |
Najib Pasti Gelabah Baca Berita Ni.. Posted: 30 Jan 2013 07:45 PM PST Satu kajian oleh sekumpulan ahli akademik menyebut, siswa di dua buah universiti terkemuka negara memilih portal berita Malaysiakini sebagai sumber maklumat politik yang paling dipercayai berbanding media lain.Kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu juga menunjukkan Malaysiakini merupakan portal berita dan paling kerap dilayari mahasiswa Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Kajian berkenaan membanding kewibawaan Malaysiakini berbanding laman web politik dan blog lain di kalangan pembaca berkenaan. Seramai 66.4 peratus dari kalangan 1,009 siswa di UM berpendapat demikian berbanding laman berita lain – The Malaysian Insider (30.6 peratus) dan laman milik Umno, Utusan Online (23.6 peratus).Malaysiakini juga merupakan laman berita paling popular di kalangan siswa berkenaan (71.1 peratus) berbanding Utusan Online (24 peratus), The Malaysian Insider (21.2 peratus) dan laman berita milik MCA, MStar (19.7 peratus). Trend sama juga dilihat di UKM – seramai 39.4 peratus daripada 1,006 siswa yang dikaji memilih Malaysiakini sebagai sumber maklumat politik yang paling dipercayai berbanding laman lain.Utusan Online juga menjadi sumber kedua yang paling dipercayai di kalangan siswa UKM (31.5%), diikuti Mstar (19.4%) dan lidah parti PAS Harakahdaily (15 peratus). Dari sudut populariti, lebih 50 peratus siswa berkenaan didapati sering melayariMalaysiakini, diikutiUtusan Online (hampir 40%), disusuliHarakahdaily dan Mstar(hampir 30%). Selain laman berkenaan, mahasiswa di kedua-dua universiti menjadikan laman sosial Facebook dan Youtube sebagai media untuk mengakses maklumat politik. "Berdasarkan kedudukan keutamaan, jenis media yang amat mempengaruhi pandangan politik responden adalah seperti berikut - Facebook, laman web, blog, akhbar bercetak, radio, TV dan Twitter. "Bagi tujuan penggunaan internet/laman sosial, majoriti mahasiswa melayari media alternatif tersebut untuk mencari dan menyampaikan maklumat, memuat turun muzik dan filem dan untuk berhibur," kertas kajian dipetik. Ia turut menyatakan, mahasiswa UM dan UKM itu mengakses internet dan media sosial selama 11 hingga 12 jam sehari. Kajian di UM dijalankan oleh pensyarah di fakulti ekonomi dan perniagaan kampus tersebut Muhammad Asli Mohd Ali manakala di UKM pula oleh pensyarah fakulti sains sosial dan kemanusiaan Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali. ~mkini |
Biadap!! Adun BN Kedah Boikot Majlis Perasmian Kampus KUIN Yang Di Rasmikan Oleh Agong Posted: 30 Jan 2013 06:14 PM PST Perasmian Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil berlangsung dengan penuh gilang gemilang. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan berbesar hati merasmikan majlis berkenaan. Tuanku Permaisuri Haminah pun nampak manis comel bertudung. Raut wajahnya nampak lebih muda dari usia sebenar.Lebih 5 ribu hadir, dari yang pangkat besar-besar hinggalah ke rakyat jelata yang kerja kampung, kutip buah kelapa, kutip getah skrap, kutip tin dan botol, tak mahu lepaskan peluang bersejarah ini. Terasa bangga orang-orang kampung Kuala Ketil dan Baling, Agong sanggup turun ke daerah mereka dan mereka juga boleh melihat wajah raja yang mereka sayangi dengan lebih dekat lagi, apatah lagi dengan penampilan baru Tuanku Permaisuri. Tapi yang hairan bin ajaib..tak seorang pun ADUN-ADUN BN yang hadir. Nak boikot siapa sebenarnya?MB? Kerajaan Kedah? atau nak boikot Yang diPertuan Agong. Kalau ia pun tak suka dengan MB, tak suka dengan projek kampus induk tu, takkan dengan agong pun tak suka juga.Adakah ini sikap sebenar ADUN-ADUN pembangkang ini? Di mana taat setia yang selalu dilaung-laungkan.Antara rukun negara yang menjadi tasbih zikir UMNO/BN ini..yang lebih dari rukun Islam dan rukun Iman mereka hormati...antaranya "kesetiaan kepada raja dan negara". Hah...kalau majlis yang dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong pun gagal hadir..setia apa namanya.Pada hemat PK, ADUN-ADUN pembangkang ini sebenarnya dan naik sasau bila Kampus Induk KUIn di Kuala Ketil itu selamat dilaksanakan dan perasmiannya pun berjaya diadakan. Mereka ini kalau boleh nak bagi gagal dan tak jadi maka bolehlah nanti jadi point untuk hentam Pakatan Rakyat Kedah menjelang PRU ke13 nanti.Mungkin juga, mereka malu.,,malulah sejak 1985 KUIN didirikan, bermula dari Osman Arof sehingga Mahadir Khalid, Kerajaan BN Kedah dulu masih gagal mendirikan sebuah kampus tetap KUIN selain hanya meneruskan pengajian di kolej sementara di Mergong yang tidak dapat menampung kapisiti jumlah pelajar yang semakin meningkat. Dengar-dengar hujung telinga PK, masa zaman Osman Aroff menteri besar dulu ada juga ura-ura nak buat Kampus Induk KUIN di sebuah daerah di Yan..tapi tangguh-tangguh..akhirnya tak buat. PK tanyalah..."kenapa tak buat."...jawab sipenyampai tu...."nak buat macamana..asyik dok buat padang golf saja..Ustaz Azizan ni dia pulun..tu yang boleh siap cepat.". Betulah tu..PK pun setuju..UMNO ni kalau projek menguntung mereka..lebih-lebih lagi untuk mereka..cepat pelaksanaannya tapi kalau untuk rakyat..."hemmmmm...tak apalah..gunalah hat tu dulu...lagi pun jurusan agama saja..buat apa dok buat besaq-besaq..nanti-nanti..lawan kita balik". ~kedahlanie.info |
Bekas Peguam Negara Gesa Tindakan Tegas Terhadap Ibrahim Ali Posted: 30 Jan 2013 05:14 PM PST KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pihak berkuasa harus mempercepatkan tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubungan dengan gesaannya untuk membakar bible, kata bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman.Pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang lantang itu dilaporkan menggesa agar kitab suci penganut agama Kristian itu dibakar dalam satu sidang media di Pulau Pinang pada 19 Januari."Isunya bukan pembakaran bible. Apa yang menjadi isu adakah beliau mengucapkan kata-kata tersebut?" kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini. "Jika ya, sama ada kata-kata tersebut berunsur hasutan menurut Akta Hasutan dengan membacanya secara keseluruhan dan dalam konteks ianya dibuat. Jadi, sama ada bible telah dibakar adalah tidak ketara walaupun membantu dalam pendakwaan kes itu jika beliau didakwa," katanya.Bekas peguam tertinggi kerajaan itu berkata laporan polis yang dilakukan pengadu terhadap kenyataan provokatif Ibrahim berkait dengan pertikaian mengenai penggunaan kalimah "Allah" yang masih belum selesai semenjak empat tahun lalu. Beliau mengatakan tidak ada sebab penguatkuasa undang-undang berlengah-lengah membuat keputusan sama ada mahu mendakwa atau tidak ahli parlimen bebas itu yang telah dituduh mencetuskan ketegangan di antara penganut agama Islam Malaysia dan penganut agama lain."Polis mengatakan mereka merakamkan kenyataan dari saksi yang relevan. Sudah tentu mereka tidak perlukan masa yang begitu banyak untuk melengkapkan penyiasatan dan membuat keputusan jika mereka komited kepada penyiasatan yang adil dan saksama. "Demi keadilan kepadanya bersihkan beliau segera jika beliau tidak bertindak bertentangan dengan Akta Hasutan 1948 atau untuk perkara itu, mana-mana undang-undang yang terpakai," kata lelaki berusia 73 tahun itu yang menjawat jawatan peguam negara selama 13 tahun dari 1980 hingga 1993, merujuk kepada Ibrahim.Majlis Peguam dan ahli parlimen pembangkang Karpal Singh telah mendesak kerajaan untuk mendakwa ahli parlimen Pasir Mas itu kerana menghasut akan tetapi Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengatakan tindakan hanya akan diambil kepada Ibrahim jika bible telah dibakar, dan kenyataan Ibrahim tidak membimbangkan beliau. Menekankan tentang isu ini, Abu Talib berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bekerja untuk memansuhkan undang-undang kuno, seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - yang telah secara meluas digunakan sebagai alat untuk menindas perbezaan pendapat – untuk mempercepatkan perjalanan sistem keadilan di negara ini dan selaras dengan dasar hak asasi manusia antarabangsa. "Demokrasi, menjadi kerajaan dari, untuk dan oleh rakyat, menunjukkan penduduk perlu diberi perkhidmatan dan yang dipilih adalah hamba, dan bukan sebaliknya," kata Abu Talib yang pernah mempengerusikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).Pejabat Peguam Negara dan pasukan polis telah dikutuk oleh orang ramai baru-baru ini dengan pembangkang Rakyat Pakatan (PR) menuduh dua institusi awam itu bekerja dengan musuh politik mereka Barisan Nasional (BN), bagi memastikannya terus berkuasa. Pejabat Peguam Negara di bawah pimpinan Abdul Gani diserang dengan tuduhan mengamalkan pendakwaan terpilih, termasuk daripada bekas penjawat awam lain seperti bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.Tinjauan baru-baru ini terhadap lima institusi awam oleh Merdeka Center menyaksikan polis adalah yang paling tidak dipercayai dikalangan pengundi kali pertama Pilihan Raya 2013, berbanding kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri, sistem kehakiman, badan penggendali pilihan raya dan parti politik. Ahli-ahli politik dan pemimpin gereja telah membidas Ibrahim, pengasas dan presiden Perkasa kerana didakwa menyemarakkan kebencian agama diantara orang Islam dan bukan Islam.Islam adalah kumpulan agama terbesar di Malaysia sebanyak 60 peratus, manakala minoriti Kristian hanya di bawah 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengecewakan pemimpin gereja dengan khutbah Jumaat lepas, di mana ia memberi amaran kepada umat Islam di seluruh negara "musuh-musuh Islam" akan cuba untuk mengelirukan mereka supaya mempercayai semua agama berkongsi tuhan yang sama. Pemimpin Islam dan Kristian di sini bertelagah di atas penggunaanperkataan Arab "Allah" walaupun penghakiman Mahkamah Tinggi pada 2009 memerintahkan Islam tidak mempunyai hak eksklusif kepada perkataan "Allah".Perdebatan timbul semula bulan lalu selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam perutusannya sempena Hari Natal mendesak kerajaan persekutuan agar menarik semula pengharaman terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu. Kumpulan gereja Sabah juga telah mendakwa kebebasan beragama Bumiputera Kristian diserang sambil menegaskan kebanyakan penganutnya datang daripada Malaysia Timur dan menggunakan bahasa Melayu.Kumpulan penganut agama Buddha telah menggesa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk campur tangan menyelesaikan pertikaian tentang penggunaan kalimah "Allah" daripada terus berlarutan. ~the malaysian insider |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan