Khamis, 3 Januari 2013

Addin

Addin


Rupanya Ini Punca Gangguan Bekalan Air Di Selangor Dan KL

Posted: 03 Jan 2013 08:04 AM PST

Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menunding jari kepada Kerajaan Selangor bagi menutup kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur amat tidak bertanggungjawab. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, syarikat itu mempunyai obligasi untuk menyelenggarakan semua aset dan fasiliti pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS.

"Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Negeri Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklah Rumah Pam Wangsa Maju.

Oleh itu, tiada sebab mengapa SYABAS boleh menuding jari kepada kerajaan negeri, " kata Menteri Besar.

Terdapat lima unit pam Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari lalu mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut.

"Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Waju oleh Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari 2013 dan melalui pemerhatian dari buku log operasi pam untuk tahun 2012, didapati bahawa pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki," kata Menteri Besar.

Menteri Besar berkata, hasil siasatan jawatankuasa itu telah membuat kesimpulan bahawa SYABAS;

1. Gagal melaksanakan penyelenggaraan ke atas aset-aset dan fasiliti bekalan air yang telah sepenuhnya diletakkan di bawah pengendalian SYABAS bermula dari 1 Januari 2005 walaupun Perjanjian Konsesi memperuntukkan bahawa adalah menjadi obligasi SYABAS untuk menyelenggarakan semua aset dan fasiliti bekalan air

2. Gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di Rumah Pam berkenaan dan kegagalan mengenal pasti kerosakan ini telah menyebabkan kerosakan lebih besar lagi berlaku dan seterusnya menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna

3. Gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut

4. Gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada Kerajaan Negeri Selangor sebaliknya menggunakan isu ketidakcukupan air untuk menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna.

Menteri Besar berkata, gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak kepada siri-siri kegagalan SYABAS memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktud dalam Perjanjian Konsesi .

Justeru, Kerajaan Selangor mendesak kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA).

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR 
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR




Iklan C(ii)




Patutlah Najib Dan Rosmah Kecut Perut Nak Sentuh Deepak..

Posted: 03 Jan 2013 05:23 AM PST


Pada 14 Disember 2012 lalu Lord's Tailor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-87 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Akhbar The Star melaporkan seramai 230 tetamu terpilih yang dikatakan cukup intim dan rapat saja dengan Tun M telah diundang untuk menghadiri majlis ulangtahun Tun Mahathir itu.

Selain VVIP, turut diundang adalah beberapa selebriti tempatan dan megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan mempersembahkan lagu Kuch Kuch Hota Hai sempena ulangtahun kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia..

Manakala antara yang duduk di meja utama ialah Pengerusi MK Land Tan Sri Mustapha Kamal, dan isterinya Puan Sri Wan Nong, Pereka Kasut terkenal Datuk Jimmy Choo dan Kamal Siddiqqi.

Paling menarik tetapi tidak dilaporkan oleh sebarang media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN ialah diantara 230 orang tetamu VVIP khas itu yang diundang oleh Tun Mahathir ialah Deepak Jaikishan..

Bermula sejak dari hari Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan berterusan sehingga ke hari ini, Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan, telah melakukan pendedahan-pendedahan yang melibatkan Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Pendedahan tersebut sememangnya meluka parahkan imej Rosmah yang sedia parah dan buruk, yang selama ini terkenal dengan sikap borosnya.

Tercalar dan bertambah buruk imej Rosmah Mansor juga menjadikan imej Najib turut terpalit kerana beliau dikatakan gagal mengawal tindak tanduk isterinya yang kedua itu.

Biarpun pendedahan demi pendedahan berterusan selama beberapa telah dibuat oleh Deepak Jaikishan namun tiada sepatah perkataan pun keluar dan terpacul dari mulut Najib bagi membela isterinya itu maupun dirinya sendiri.

Kecuali beberapa gurkha siber upahan UMNO yang sanggup untuk memperbodohkan mereka sendiri bagi mempertahankan Najib Razak dan Rosmah Mansor namun tiada sepatah perkataan juga didengar dari pemimpin UMNO yang lain.

Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, semasa Perhimpunan Agung UMNO , baru-baru telah berjanji untuk menjawab dakwaan Deepak, juga kelihatan sanggup menjadikan dirinya munafik bin hipokrit dengan tidak menjawab dakwaan Deepak sebagaimana yang telah dijanjikannya.

Isu menjadi lebih membara apabila Tabung Pencen Angkatan Tentera dikatakan terlibat dalam cuba menutup mulut Deepak dengan pengambil alihan syarikat hartanya dan lantas isu saman di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, ditarik balik.

Adakah benar dakwaan kebanyakkan pencacai UMNO bahawa Deepak telah dibayar oleh Anwar Ibrahim untuk menyerang dan memburuk-burukkan imej Najib?

Jika benar, kenapa pemimpin UMNO yang lain tidak menafikan dakwaan Deepak sebagaimana mereka menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah dan Najib oleh berbagai pihak sebelum ini?

Jika benar juga dakwaan pencacai-pencacai UMNO itu, mengapa Deepak masih bebas dari ditahan oleh Polis, sedangkan sebelum ini kita telah menyaksikan ramai aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat ditahan atas berbagai alasan hanya kerana mereka menentang pentadbiran Najib..

Pasti ada individu yang amat berpengaruh dan lebih berpengaruh dari Najib sendiri dalam hal ini hinggakan pemimpin UMNO bagai dikunci mulutnya dan pihak berkuasa bagai digari tangannya..

Mungkinkah gambar-gambar yang dimuat naikkan ini, membuktikan serta menyerlahkan siapa sebenarnya kuasa mega kuat di belakang Deepak. ~omakkau




Iklan C(ii)




Mufti Umno 'Ghairah' Isu Hadi, Bisu Syarikat Arak Milik Umno - Anwar Ibrahim

Posted: 03 Jan 2013 02:23 AM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak segelintir mufti yang 'menari' mengikut gendang Umno memberi reaksi terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi berdiam isu kemungkaran pemimpin BN. "Ada kenyataan pimpinan Umno yang jelas menentang Islam dan hukumya.

Ada juga pemimpin Umno yang menguasai syarikat arak. "Bukan bidang saya nak nasihat mufti. (Namun), saya tak pernah dengar ada teguran.

"Kenyataan Haji Hadi tahun 1981. Kenapa Mufti nak buat kenyataan sebelum pilihan raya umum (ke-13)?" kata Anwar menjawab soalan wartawan pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Berikutan polemik yang dikitar semula Umno BN sebagai kempen pilihan raya, Hadi pada 29 Disember lalu menyatakan kesediaan mambalas hujah menerusi siaran langsung di TV1 dan TV3.

Lebih melucukan apabila Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ia hanya dibuat secara rakaman bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

"Haji Hadi harus diberikan ruang untuk beri penjelasan. Ia kenyataan tahun '81. Kenapa (Umno) begitu ghairah?" soal Ketua Umum KEADILAN.

Hadir sama sidang media, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen. ~kd



Iklan C(ii)



Nah!! Ini Bukti Muhyiddin Yassin Tak Buat Kerja..

Posted: 03 Jan 2013 01:10 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Jan: 49,000 kanak-kanak bertaraf warganegara dinafi Umno BN ke sekolah bukti pelaksanaan sistem pendidikan negara pincang, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.Menurutnya, jumlah itu lebih tinggi jika digabungkan dengan kanak-kanak di Sabah dan Sarawak.Sikap tidak bertanggungjawab kerajaan menyebabkan mereka keciciran kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri akibat kelemahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Berdasarkan bancian dan statistik penduduk, dianggarkan lebih daripada 49,000 kanak-kanak di Semenanjung Malaysia yang dinafikan persekolahan. Angka ini menunjukkan krisis utama pendidikan di negara kita."Kanak-kanak ini tidak dapat ke sekolah ketika murid-murid lain mendaftar untuk sesi baru persekolahan mereka disebabkan kerana penafian sijil kelahiran atau kad pengenalan," katanya pada kenyataan.

Tambah rumit, kanak-kanak yang tiada dokumen pengenalan diri berdepan halangan sukar untuk meneruskan persekolahan terutama dari kalangan miskin."Manakala kanak-kanak tanpa dokumen yang dibenarkan ke sekolah menghadapi halangan besar kerana dipaksa untuk mendaftar sebagai warga asing dan membayar yuran tambahan.

"Contohnya di Petaling Jaya, sepasang anak yatim, Hari, 12, dan Haran, 14, tidak pernah ke sekolah kerana JPN enggan mengeluarkan MyKad kepada mereka walaupun rumah perlindungannya berusaha untuk mendaftar mereka ke sekolah," ujarnya.

Tambah Surendran, sikap membisu kerajaan itu menyalahi undang-undang kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan."49,000 kanak-kanak ini adalah warganegara mengikut operasi undang-undang menurut kuasa Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan.

"Mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan melanggar Perlembagaan Persekutuan? Mengapa kanak-kanak dibuat untuk menderita? Najib, Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin dan kerajaan mesti selesaikan krisis ini segera," tegasnya. ~kd


Iklan C(ii)



Bas Paling Mewah Di Dunia.. Saksikanlah!!

Posted: 02 Jan 2013 10:05 PM PST


Wow..memang sungguh mewah bas ini..Lihat lah bagaimana pemiliknya menghias ruang dalam bas tersebut yang juga memuatkan sebuah kereta di bawahnya.

Lihatlah gambar-gambar di bawah ni..






Gambar ~ informasi



Iklan C(ii)



Biadap!! Majalah Perancis Terbit Komik Hina Nabi SAW

Posted: 02 Jan 2013 05:52 PM PST


PARIS – Sebuah majalah Perancis, Charlie Hebdo yang pejabatnya pernah dilontar dengan bom api selepas ia menyiarkan kartun mempersendakan Nabi Muhammad SAW menerbitkan buku komik biografi tentang rasul berkenaan semalam.

Seorang editor Charlie Hebdo bertegas bahawa buku berjudul The Life of Mohammed itu diterbitkan setelah penyelidikan menyeluruh dilakukan oleh seorang ahli sosiologi berketurunan Perancis-Tunisia.

Editor itu, Stephane Charbonnier berkata, buku biografi tersebut disunting oleh orang Islam.

Kulit komik itu menunjukkan Nabi Muhammad bersama seekor unta melakukan perjalanan di padang pasir.

Charbonnier memberitahu agensi berita AFP bahawa idea menerbitkan buku komik itu diperoleh pada 2006 apabila sebuah akhbar di Denmark yang menyiarkan beberapa kartun menghina Nabi Muhammad disiarkan semula oleh majalah Charlie Hebdo.

Kartun itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam. Setakat semalam, tiada reaksi ketara berhubung buku komik baharu tersebut yang dijual pada harga enam euro (RM24).

Namun, pada Isnin lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam karya tersebut sebagai satu bentuk provokasi dan berniat jahat.

"Bagi mengubah kehidupan rasul Islam dalam bentuk lukisan kartun itu pun merupakan satu kesalahan," kata seorang pengguna Twiiter, Ibrahim Kalin yang bersetuju dengan pendirian Erdogan di laman web tersebut.  ~AFP



Iklan C(ii)


Dr. Juanda Jaya, Muftli Perlis Hentam TV3..

Posted: 02 Jan 2013 05:00 PM PST


TV3.. kalau nak jadi anak jantan buatlah secara gentle. Berani siarkan program soal Jawab Amanat Hadi tapi tak PENGECUT nak panggil tuan punya badan....sendiri tanya, sendiri ulas, itu namanya syok sendiri.....

Antara ahli-ahli panel JAHANAM yang di panggil dalam program tersebut ialah Rahim Noor merupakan orang yang memukul Anwar Ibrahim dengan mata yang tertutup dan tangan yang bergari. Beliau juga orang yang mengelar ulama Tuan Guru Nik Aziz sebagai bapak kafir.

Panel JAHANAM yang kedua pula ialah Yusuf Noor, bekas Menteri di JPM, kemudian menjadi Pengerusi Baitulmal Wilayah Persekutuan, terpalit dengan skandal kebas duit Baitulmal.

Di bawah ni Addin sertakan tweet Dr. Juanda Jaya iaitu Mufti Perlis yang hentam TV3..





Iklan C(ii)


Rumah, Kenderaan Presiden NGO R Di Simbah Cat Merah

Posted: 02 Jan 2013 04:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Kejadian ugutan ke atas Nazri Deraman, Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Gas dan Minyak Kelantan atau dikenali dengan R yang terus berlaku amat membimbangkan dan mengancam hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Menurut Koordinator Pusat Rakyat Cakna Prihatin, Mohammad Faizal Che Yusof, kejadian simbahan cat ke atas rumah, kenderaan dan harta benda Nazri di Kadok, Kelantan yang disedari beliau seawal jam 4.00 pagi tadi adalah ugutan dan tindakan ganas yang kesebelas menimpa penggiat-penggiat R.

"Kami difahamkan laporan demi laporan telah dibuat kepada pihak polis sejak dua tahun yang lalu. Malangnya sehingga kini tiada satu tindakan yang meyakinkan diambil oleh pihak polis bagi mencegah perlakuan jenayah tersebut dari berulang.

"Kami juga penuh yakin bahawa siri-siri ugutan dan kelakuan tak bertamadun tersebut dijalankan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan merasa tergugat dengan kegiatan-kegiatan menuntut hak oleh R," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Baginya, ia dilihat begitu terancang dan bagai dilindungi oleh pihak-pihak tertentu. Menurutnya lagi, dalam beberapa kejadian lepas, ugutan dan serangan ke atas penggiat-penggiat R begitu ketara.

"Si pelaku dapat dikenal pasti namun tiada sebarang dakwaan atau tindakan pencegahan diambil," katanya.

Justeru, kata beliau pihaknya menyeru dan menggesa untuk pihak keselamatan memandang Sirius laporan-laporan yang akan dan telah dibuat.

"Kami amat kesal, di sebalik tiadanya perlindungan undang-undang diberikan kepada penggiat R, mereka sebaliknya terus diintip dan diekori oleh pihak cawangan khas Polis Diraja Malaysia," ujarnya lagi.

Katanya, selaku pihak mendokong aspirasi rakyat dan kedaulatan undang-undang, Pusat Rakyat Cakna Prihatin akan terus menyokong pengukuhan hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru mereka yang di luar sana untuk sama-sama menyokong dan membantu menegakkan keadilan dan memastikan hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dihormati secukupnya. ~harakahdaily


Iklan C(ii)



Tiada ulasan: