Khamis, 24 Januari 2013

Addin

Addin


Kejam!! Anggota Polis, Samseng Di Dakwa Belasah Lelaki Bergari Hingga Mati

Posted: 24 Jan 2013 08:36 AM PST

Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.

Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.

Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.

Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.

Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.

Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.

Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari.

Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa.

"Polis memijak leher Sugumaran," kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.

"20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumar.

Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.

Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa.

Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang.

Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.

Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari masih dibadang. Celaka! Dah mati tapi masih gari.

" Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.

Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa.

Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.

Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

"Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa.... Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan.

Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.

Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik.

"Mungkin dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya.

Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh".

Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.

Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini. ~the malaysian insider







Iklan C (ii)





Ahmad Shabery Chik Belasah Tengku Mahkota Johor

Posted: 24 Jan 2013 07:22 AM PST

Tindakan membawa askar ke stadium bukan budaya sukan Malaysia dan perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.

Menteri Belia dan Sukan menegur insiden pada 15 Januari lalu, apabila sekumpulan askar lengkap berpakaian seragam dan bersenjata mengawal perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Kehadiran askar yang mengiringi skuad Johor Darul Takzim itu menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pemimpin dan penyokong Kelantan kerana ia menimbulkan polemik seolah-olah Stadium Sultan Muhammad IV tidak selamat.

"Apa yang berlaku di padang bola sekarang adalah perkara yang tidak lazim berlaku. Ia bukan kebiasaan dalam budaya sukan di negara ini. Lihat gambar-gambar [SINI]"Saya tidak fikir wajar mana-mana pihak membawa askar peribadi dan bersenjata ke stadium.

Mereka tidak patut mengambil bahagian dalam sukan kerana kita ada polis yang boleh mengawal keadaan, kecualilah jika polis sendiri yang minta bantuan," katanya.



Iklan C (ii)





Cara Tuan Guru Nik Aziz Tarbiyah The Red Warriors.. Saksikanlah!!

Posted: 24 Jan 2013 12:50 AM PST

KOTA BHARU – Bekas tonggak The Red Warriors (TRW) musim lalu, Norshahrul Idlan Talaha antara yang berada dalam senarai 37 peserta termasuk pemain dan pegawai pasukan yang dihantar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Kerajaan Negeri Kelantan, untuk menunaikan umrah pada Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pakej menunaikan umrah ini dihadiahkan kerajaan negeri atas kejayaan TRW meraih kejuaraan treble dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim lalu.

"Selain Matyo (Norshahrul Idlan Talaha), turut ditawarkan ialah Mohd Nurul Azwan Roya atau Awe di mana kedua-dua pemain ini menyarung jersi pasukan Johor Darul Takzim pada musim ini," katanya kepada selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco di Kompleks Kota Darul Naim, di sini semalam.

"Kita harap mereka berdua dapat bersama rakan-rakan mereka untuk menunaikan umrah kerana ini merupakan anugerah istimewa daripada pihak kerajaan negeri, setelah Kelantan mencipta sejarah dengan memenangi tiga piala dipertandingkan pada musim lalu.

Sebelum ini, kerajaan negeri pernah menghadiahkan pakej mengerjakan umrah kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan, setelah muncul naib juara Piala Malaysia dan Piala FA pada 2009.

Malah pada 2010, kerajaan negeri turut memberikan ganjaran wang tunai RM200,000 kepada pemain dan pegawai pasukan TRW, setelah berjaya menamatkan penantian selama 89 tahun dengan memenangi Piala Malaysia pada musim tersebut.

Abdul Fattah berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada semua pemain dan pegawai pasukan Kelantan, bagi mendapatkan pengesahan daripada mereka untuk menunaikan umrah tidak lama lagi.

Dalam perkembangan sama, Abdul Fattah menjelaskan kerajaan negeri dijangka membelanjakan lebih RM200,000, bagi membiayai pakej menunaikan umrah itu yang ditetapkan pada 7 hingga 14 Julai nanti.

"Kita memutuskan hanya memberi ganjaran berbentuk pakej umrah sahaja dan jika pemain atau pegawai yang beragama Islam tidak berhasrat untuk menunaikan umrah, mereka tidak akan mendapat apa-apa ganjaran atau ganti rugi dalam bentuk wang tunai daripada kerajaan negeri.

"Bagi pemain dan pegawai pasukan bukan beragama Islam yang tidak menyertai rombongan ini, mereka akan mendapat ganjaran wang tunai setara dengan nilai pakej umrah tersebut," katanya. ~sinar harian



Iklan C (ii)





Najib Muka Tembok.. Ini Buktinya

Posted: 23 Jan 2013 08:39 PM PST

SHAH ALAM, 24 JAN: Keikhlasan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza semalam dipersoalkan kerana sebelum ini Kerajaan Malaysia mengambil pendirian tidak mengiktiraf parti Hamas sebagai kerajaan yang dipilih rakyat Gaza.

Ini sekaligus menunjukkan dasar luar kerajaan BN tidak konsisten serta tidak menghormati prinsip hak berdemokratik, kebebasan dan keadilan rakyat negara bergolak itu.

Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, dasar luar yang ditunjukkan Pakatan Rakyat (PR) lebih konsisten, berteraskan demokratik dan mengangkat agenda penting seperti kebebasan dan hak asasi manusia.

"Kerajaan BN lebih suka tunduk kepada kepentingan negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, tanpa melihat isu sebenar," kata beliau kepada TV Selangor.

Yusmadi turut menggesa agar kerajaan mencontohi Turki yang lantang bersuara di peringkat antarabangsa.

"Dasar luar negara dalam isu ini tidak membanggakan," ujar Yusmadi.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam kenyataannya turut mengkritik lawatan Najib ke Gaza yang menurutnya lawatan itu hanya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin. ~selangorku




Iklan C (ii)





Pemimpin Dan Pencacai Umno Pasti Sasau Baca Kajian Ni..

Posted: 23 Jan 2013 06:47 PM PST

KUALA LUMPUR - Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam pembentangan kajian mengenai pengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 menekankan isu integriti dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) antara punca utama akan menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka. Menurut pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman hasil penemuan terkini daripada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati masyarakat masih lagi peka dan mengambil tahu tentang skandal melibatkan pemimpin BN.

"Dalam kajian kami, isu-isu melibatkan pemimpin kerajaan seperti Deepak Jaikishan, NFC dan lain-lain yang melibatkan ketelusan pemerintah masih lagi menjadi perkara utama yang diperkatakan," kata Mohammad Redzuan semasa membentang kajian hari ini.

Beliau turut menegaskan pengundi memiliki pandangan yang berbeza terhadap BN dan PR, namun menekankan perkara pokok yang dilihat penting adalah daripada sudut pentadbiran.

"Bagi Pakatan, isunya adalah perbalahan. Manakala bagi BN pula isunya adalah integriti.

"Pengundi sebenarnya melihat daripada sudut pentadbiran," tambah beliau lagi.

Dalam tinjauan terbaru UMCEDEL yang melibatkan 1,409 orang responden mendapati sebanyak 78 peratus bersetuju bahawa isu integriti dan salahguna kuasa akan memberikan kesan kepada prestasi BN, manakala 11 peratus berkata tidak dan 11 peratus lagi tidak pasti.

Lebih menarik lagi, penemuan UMCEDEL tersebut mendapati majoriti 95 peratus masyarakat kaum Cina mengatakan isu integriti dan salahguna kuasa akan menyebabkan sokongan kepada kerajaan BN akan merosot, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.

Selain itu juga, rata-rata masyarakat kaum Cina menyatakan kelemahan kerajaan mengurus ekonomi negara sehingga berlakunya peningkatan hutang, isu kilang nadir bumi Lynas dan kenaikkan harga barang juga faktor utama akan menjejaskan sokongan kepada BN.

<Update>Berbeza dengan BN, percanggahan pendapat dikalangan parti dalam PR dilihat pengundi sebagai akan menjejaskan sokongan mereka dalam pilihan raya nanti.

"Bagi Pakatan, perkara yang menjadi fokus utama akan menjejaskan sokongan adalah percanggahan pendapat, khususnya melibatkan isu seperti Hudud, kalimah 'Allah' baru-baru ini dan lain-lain," tambah Mohammad Redzuan.

Daripada kajian UMCEDEL, sebanyak 59 peratus berkata bersetuju percanggahan pendapat dalam kalangan parti PR (DAP, PAS dan PKR) akan menjejaskan sokongan, 20 peratus tidak setuju dan 21 peratus lagi tidak pasti.

Walaubagaimanapun, langkah kerajaan baru-baru ini dengan pelbagai program yang diumumkan dalam Bajet 2013 disambut positif responden yang ditemui oleh UMCEDEL dengan sebanyak 55 peratus bersetuju ia memberikan manfaat kepada rakyat, 22 peratus tidak dan 23 peratus tidak pasti.

Selain itu, kerajaan BN turut berdepan lebih banyak lagi tanggungjawab berat jika mahu memastikan kemenangan besar pada pilihan raya kali ini memandangkan kajian badan bebas tersebut mendapati majoriti pengundi memberikan maklum balas positif terhadap janji PR untuk menurunkan harga minyak, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan menurunkan harga kereta.

Majoriti 50 peratus responden yang ditemui menyokong cadangan tersebut serta menyatakan ia mampu meningkatkan sokongan kepada PR.

Pertembungan antara BN dan PR dalam pilihan raya kali ini merupakan yang tersengit dalam sejarah negara, malahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah berulang-kali tentang hasratnya mahu mendapatkan mandat besar berbandingan tahun 2008 bagi mendapat sebuah kerajaan yang kuat dan melancarkan perjalanan pentadbiran.

Walaupun pilihan raya dijangka akan diadakan selewat-lewatnya April ini, Najib masih lagi tidak memberikan isyarat jelas untuk membubarkan Parlimen mahupun mengumumkan secara rasmi senarai calon yang akan diletaknya pada pilihan raya umum ke-13 tahun ini.

Dalam pilihan raya 2008 lalu, BN memperolehi 4.08 juta undi berbanding dengan PR 3.79 juta undi - perbezaan sebanyak 290,000 undi - dan pembangkang berharap pengundi baru pada pilihan raya akan datang dapat membantu mereka menambahkan baki kepada parti komponen PR yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)





Dr. Maszlee Malik Bidas Sistem Pendidikan Negara, Lahirkan Pak Pandir

Posted: 23 Jan 2013 06:13 PM PST

Sistem pendidikan negara sekarang melahirkan golongan bebalisme yang akhirnya hanya tahu mengampu kerajaan tetapi gagal menyelesaikan masalah dihadapi rakyat, kata Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Katanya, golongan berwatak pandir itu terbentuk melalui dua budaya yang subur dalam universiti iaitu naungan (patronage) dan takut (fear).

"Ahli akademi berkepentingan hanya melihat kepada ahli politik untuk mendapatkan pangkat Datuk Seri, profesor dan takut mendapat surat amaran.

"Kedua, budaya takut menyebabkan ahli akademi dan mahasiswa hilang sifat berani, hilang jati diri dan kebolehan berfikir kerana takut dengan pelbagai ancaman dan ugutan.

"Akhirnya, kedua-dua budaya negatif itu membentuk 'pembonsaian' (pembantutan) pemikiran warga universiti dan hanya tahu 'listen'.

"Pembonsaian ini sebenarnya satu bentuk 'pemerkosaan' hak berfikir mahasiswa dan ahli akademi. Mereka akhirnya membebankan negara," jelasnya pada Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Panel lain adalah bekas Pensyarah Undang-undang (UIAM), Prof Dr Aziz Bari dan mahasiswa pencetus fenomena 'listen' dari Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani.

Forum itu dipenuhi kira-kira 300 hadirin walaupun tanpa kehadiran Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen, yang menolak jemputan itu sejak awal.

Dr Maszlee berkata, universiti 'mandul' melahirkan manusia beraspirasi seperti Syed Hussin al Attas yang mampu memimpin, membimbing dan perjuangkan nasib rakyat.

"Awal 80-an, Syed Muhammad Naquib al-Attas menegur universiti hanya menjadi kilang yang menghasilkan graduan mengikut kehendak pasaran tanpa mengendah kualiti dan kesan terhadap ilmu dan pembangunan masyarakat.

"Hasilnya, masyarakat terus miskin, papa kedana. Yang kaya pula bertambah kaya kerana mendapat projek melalui ketirisan, korupsi dan sebagainya.

"Graduan pula membisu dan terpendam dalam sektor pekerjaan sahaja," ujarnya.

Maszlee menjelaskan, keadaan universiti yang hilang rohnya sebagai medan ilmu dan graduan dan intelektual tidak lagi berperanan dalam proses pembangunan negara seperti yang ditegaskan oleh pemikir Iran, Ali Syariati bahawa universiti sepatutnya melahirkan rausyanfikir iaitu golongan intelektual yang membawa pencerahan kepada masyarakat.

"Pemikir kelahiran Palestin, Edward Said berkata, universiti sepatutnya membentuk intelektual yang gigih mendidik masyarakat dan negara lantas memperjuangkan nasib rakyat dan berani berdiri di hadapan diktator dan penguasa zalim.

"Guru dan sahabat saya, Prof Tariq Ramadhan menegaskan sistem pendidikan terbaik bukan hanya menghasilkan graduan, tetapi menghasilkan individu berani yang perjuangkan hak mereka dalam sistem yang zalim," katanya. ~keadilandaily


Iklan C (ii)





Gempar!! Bilik Gerakan BN Di Tutup Kerana Bengang Dengan MB

Posted: 23 Jan 2013 05:00 PM PST

PASIR GUDANG - Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul GhaniOthman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belumdilunaskan."Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.

"Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji."Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti."Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini," katanya.

Sementara itu, itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosokkawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti."Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.

"Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat," katanya.Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol.

Menurunya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol."Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.

"Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup," katanya. ~sinar harian



Iklan C (ii)





Tiada ulasan: