Addin |
- Rupanya Sebab Ni Muhyiddin Dapat PhD.. Tak Heranlah
- Hassan Ali Pula Bakal Terima Padah
- Reaksi Terkini Anwar Ibrahim Setelah Memenangi Kes Saman Fitnah Ke Atas Utusan
- Anwar Bongkar!! Rupanya Najib Rayu Tauke Cina Pujuk Pekerja Sokong BN
- Memalukan!! Najib Di Hina Oleh Orang Kelantan.. Saksikanlah!!
Rupanya Sebab Ni Muhyiddin Dapat PhD.. Tak Heranlah Posted: 21 Jan 2013 08:03 AM PST KUALA LUMPUR - Trend untuk menerima anugerah doktor kehormat nampaknya menjadi satu amalan menjelang pilihan raya kali ini. Selepas Perdana Menteri menerimanya, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin pula menerimanya. Namun, ijazah kehormat yang diterima Muhyidin menjadi isu sekarang apabila pihak yang menerimanya mendapat kontrak besar dari penerima ijazah ini. Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan kenapa kontrak yang diberikan kepada The United States Sports Academy (USSA) tidak melalui tender terbuka. Beliau perlu menjelaskan perkara ini selepas timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin menerima ijazah doktor kehormat dari kolej itu selepas menerima kontrak bernilai RM22.9 juta. Penganugerahan doktor falsafah kohormat (PhD) kepada Menteri Pelajaran kini menjadi bualan ramai. Ini kerana, sebelum ini kolej yang tidak ternama dan hanya mempunyai 600 pelajar luar (distance -learning) itu baru saja mendapat kontrak untuk melatih 1,000 pelajar dari Malaysia. Pembelaan cepat yang dibuat oleh Presiden Akademiknya, Dr Thomas P Rosandich bahawa ia dibuat kerana "pencapaian seumur hidup Muhyidin kepada sukan dan layak untuk menerimanya" juga dipertikaikan. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar) dalam kenyataannya berkata, Muhyidin menerima doktor kehormat itu ketika negara jatuh teruk dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011. Malaysia telah jatuh teruk dalam pencapaian metematik dan sains antara tahun 1999 dan 2011. Isu yang lebih besar adalah kenapa Muhyidin telah diberikan ijazah itu ketika satu kontrak besar diberikan kepada kolej tidak ternama yang terletak di Daphne Alabama itu. Muhyidin telah menganugerahkan kontrak untuk melatih semula 1,000 guru-guru sukan di USSA melalui "International Diploma in Physical Education and Scholastic Sports (IDPESS)" dengan nilai RM22.9 juta. Menurut Tony, USSA mengaku, IDPESS adalah satu promram baru yang direkabentuk khas atas permintaan Muhyidin. Tony meminta Muhyidin menjelaskan kenapa kos melatih guru sukan di USSA itu empat kali ganda berbanding Diploma in Pengajian Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kos kontrak yang dianugerahkan kepada Syarikat KH Sport Sdn Bhd ini adalah RM22.9 juta. Sedangkan kos untuk melatih guru sukan di UITM hanya RM5,709 seorang untuk enam semester. ~harakahdaily |
Hassan Ali Pula Bakal Terima Padah Posted: 21 Jan 2013 05:59 AM PST KUALA LUMPUR 21 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN itu dalam Utusan Melayu."Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali. Saya akan bincang dengan peguam," kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi. Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi."Alhamdulilah, saya bersyukur atas keputusan itu yang membuktikan ada fitnah jahat terus menerus oleh Utusan," katanya."Yang penting, keterangan terperinci oleh hakim yang mempertahankan kebebasan badan kehakiman. Dia (hakim) tahu kes ini melibatkan Umno. Dia juga tahu wakil Presiden Umno duduk dalam pengurusan Utusan," jelas Anwar. Anwar menyokong ketegasan Hakim Datuk VT Singham yang mempertahan kebebasan media tetapi perlu mengikut etika kewartawanan dan profesionalisme."Kebebasan media itu perlu tetapi bukan kebebasan menyebarkan fitnah. Dalam kes ini Utusan berulang kali dan paling tidak bertanggunjawab memfitnah saya kononnya saya menyokong homoseksualiti, mengikut pandangan Hassan Ali yang bertopengkan agama tapi bila ditanya tidak ada asas," tegasnya. "Sekali lagi saya bersyukur, berlaku satu lagi episod penegasan bahawa media Umno di bawah pengurusan Datuk Seri Najib Razak terus meningkat fitnah menjelang pilihan raya," kata Anwar lagi.Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar – Hasan" mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini. Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia memfitnah Anwar semasa temubual bersama BBC, mengatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempertikai undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.Peguam mewakili Anwar, N Surendran turut memuji ketegasan hakim yang menyatakan dua elemen penting dalam kes tersebut. "Kebebasan media dan badan kehakiman yang dinyatakan hakim dalam kes ini adalah satu penghakiman yang sangat penting, 'rare' dan mudah sebenarnya. Itulah perkara asas dalam menjayakan sesebuah demokrasi," kata Naib Presiden KEADILAN itu.Utusan diarah membayar gantirugi kos sebanyak RM45,000 kepada Anwar. Pampasan pula akan ditentukan 15 Februari ini ekoran penyiaraan artikel bersifat fitnah pada 17 Januari 2012 itu bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar. ~keadilandaily |
Reaksi Terkini Anwar Ibrahim Setelah Memenangi Kes Saman Fitnah Ke Atas Utusan Posted: 21 Jan 2013 02:11 AM PST Berikut di atas adalah reaksi terkini Anwar Ibrahim setelah memenangi kes saman fitnah berjumlah RM50juta ke atas Utusan.. Anwar menang saman terhadap Utusan KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini. |
Anwar Bongkar!! Rupanya Najib Rayu Tauke Cina Pujuk Pekerja Sokong BN Posted: 20 Jan 2013 10:38 PM PST KUALA LUMPUR 21 Jan: Cemas takut kehilangan sokongan masyarakat Cina, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merayu majikan berbangsa Cina memujuk para pekerja Cina mengundi BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).Perkara itu dibongkar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Anwar, rayuan itu dibuat Najib baru-baru ini dalam satu jamuan makan bersama tauke-tauke Cina."Nada dia sudah berubah. Sebab itu Najib merayu – 'tolonglah…kali ini (PRU 13) sahaja'."Najib tak minta wang, sebab dia orang kaya. Dia rayu (kepada majikan) supaya beritahu kepada pekerja Cina (untuk undi BN semula). Nada dia pun dah lain. Merayu sahaja," kata Anwar di hadapan lebih 5,000 hadirin di Ceramah Merdeka Rakyat di Seksyen 17, Shah Alam, Sabtu lalu.Semalam Najib dalam lawatannya ke Kelantan turut merayu rakyat negeri itu memilih BN pada pilihan raya nanti.Beliau mengumumkan janji pilihan raya kepada rakyat Kelantan meliputi tujuh projek besar kononnya untuk memajukkan negeri tersebut. Sebelum ini, rayuan seumpama itu juga dibuat Najib dalam kempennya di Selangor dan lain-lain negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.Ekoran itu, Anwar mengingatkan rakyat khususnya di Selangor lebih berwaspada dan tidak memilih BN kembali sebagai kerajaan.Tegas Anwar, jika itu berlaku, ia mengundang penyelewengan lebih parah di kalangan pemimpin Umno."Kroni Umno BN ini dia tak kira. Melayu, Cina atau India, sama. Tanah (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) 200 ekar siapa yang ambil? Permit teksi siapa yang ambil?," kata Anwar disambut teriakan 'Umno' oleh hadirin."Puak (BN) ini gila. Sampai duit lembu (NFC) pun dia sapu. Bila kita tanya, mereka tak jawab. (Maka) yang kita kena timbang ialah masa depan kita. Kita mesti guna fakta untuk menilai," katanya."Tapi saya yakin. Kamu (BN) tak boleh halang ketentuan sejarah," kata Anwar disambut tepukan gemuruh. ~keadilandaily |
Memalukan!! Najib Di Hina Oleh Orang Kelantan.. Saksikanlah!! Posted: 20 Jan 2013 07:55 PM PST Ada sesuatu yang pelik dan lucu ketika lawatan Najib Razak ke Kelantan hari ini. Petang tadi, PM sempat singgah melawat para peniaga wanita di Pasar Siti Khadijah,KB. Jika PM ke Sabah pada tahun lepas dengan bangganya mengutuk Kelantan negeri paling miskin mungkin hari ini beliau cukup malu dengan kata-kata tersebut.Kelihatan seorang makcik dengan selambanya mengeluarkan samsung Tab walaupun menjual kerepok lekor, nisey kerek, asam gelugor. Siap dengan pakai barangan kemas lagi. Itulah PM, sibuk kutuk rakyat Kelantan miskin tetapi terlupa rakyat dari negeri lain lagi perlukan perhatian.Miskin kami rakyat Kelantan adalah miskin pembangunan fizikal. Kami seluruh rakyat Kelantan berbangga dengan kerja sendiri dan memiliki perniagaan sendiri kerana kami berpegang kepada ajaran islam 9/10 itu rezeki datang dari perniagaan. Kami memilih untuk susah dahulu untuk mengejar 9/10 itu kerana kamu dan konco-konco kamu yang anti-Kelantan yang sibuk mengejar 1/10. Hasilnya, kamu boleh buat kesimpulan sendiri.Selamat datang ke Kelantan. Addin: Memang elok dihina macam ni.. pemimpin umno memang hina.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan