Sabtu, 19 Januari 2013

Addin

Addin


Panas!! Lagi Cawangan Sekinchan Ikan Bakar Di Tutup

Posted: 19 Jan 2013 08:25 AM PST


Lagi restoran Sekinchan Ikan Bakar di tutup.. kali ini di cawangan Ayer Keroh, Melaka. Gambar ni di ambil oleh pembaca blog Addin

Menurut sumber restoran ini baru sahaja ditutup. Sekarang berlaku kerja-kerja pemunggahan barang-barang di kedai tersebut.

Sebelum ini Addin ada mendedahkan beberapa cawangan restoran Sekinchan Ikan Bakar di tutup.. baca di sini dan di sini.

Mungkin inilah akibatnya apabila melawan arus kebangkitan rakyat.. waallahualam..



Iklan C (ii)





LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Shah Alam..

Posted: 19 Jan 2013 05:36 AM PST


LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Shah Alam, diadakan di Tapak Pasar Malam Seksyen 17.. Selamat menonton..









Iklan C (ii)





Gempar!! Wakil Rakyat Kelantan Kena Tampar

Posted: 19 Jan 2013 05:23 AM PST

Gedebe sungguh orang Kelantan. Seorang wakil rakyat hari ini di tampar sebanyak tiga kali sehingga pecah bibir mulut. Tulang punggung wakil rakyat berkenaan juga didapati retak kerana terjatuh apabila cuba melarikan diri dari terus ditampar.Kejadian itu katanya berlaku di Berek 12, Kota Bharu hari ini.Gara-gara itu wakil rakyat menang satu penggal itu kini sedang di rawat di sebuah hospital pakar di Kota Bharu.

Kejadian itu berlaku katanya ada kena mengena dengan satu projek yang bernilai RM400,000.Wakil rakyat berkenaan bercadang untuk melaporkan kejadian itu kepada polis. Tunggu laporan sepenuhnya. ~mso





Iklan C (ii)




Gambar Kontroversi Menteri Umno Tersebar..

Posted: 19 Jan 2013 04:08 AM PST


Apa yang Rais Yatim buat ni? Sembah salam pada raja baru ke? Sejak bila Mahathir jadi raja sehinggakan Rais Yatim perlu sembah salam.

Ko orang lihat dan nilailah sendiri kelaku pemimpin Umno ni.. Salam BONAMA ke? Salam ni khas untuk pemimpin dan pencacai Umno je. Ko orang lihat contoh salam BONAMA di sini.



Iklan C (ii)




Gempa Melanda Sabah..

Posted: 18 Jan 2013 06:53 PM PST

KINABATANGAN - PAS Sabah sekali lagi mencatat kejayaan besar sebelum bertempur di 'medan perang' Pilihanraya Umum ke-13 akan datang apabila mantan Ketua Daerah Kinabatangan menyerahkan borang menyertai PAS dalam satu Himpunan Selamat Tinggal BN di Kg. Batu Putih dekat sini, petang tadi.

Ahdah Sulaiman yang juga bekas calon Bebas dalam PRU 2008 turut mewakili 360 orang lagi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau memberikan kata semangat dengan mengajak seluruh rakyat Kinabatangan bersama meninggalkan Barisan Nasional yang sudah lama bertapak di Sabah.

"Kita menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran selama 18 tahun Umno BN di Sabah ini."Umno BN telah gagal membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat Sabah terutama di kawasan ini," ujar beliau.

Dalam PRU12, Ahdah bersama lapan calon lain termasuk seorang calon PAS, Imran Ibrahim dan Datuk Saddi Abdul Rahman (BN) merebut kerusi DUN Sukau.

Beliau memperoleh undi tertinggi dengan mendapat 1,171 undi berbanding calon PAS, hanya sebanyak 76 undi sahaja. Manakala calon BN pula mendapat 3,278 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 2,107 undi.

Himpunan ini turut dihadiri Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, Dr. Mohd Hatta Ramli, Aminuddin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah), Lahirul Latigu (Ketua Pemuda PAS Sabah), ahli jawatankuasa PAS Sabah dan rakan-rakan Pakatan Rakyat Sabah yang terdiri Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan masyarakat setempat. ~harakahdaily



Iklan C (ii)




Polis Tidak Di Percayai Oleh Pengundi Baru - Merdeka Center

Posted: 18 Jan 2013 06:37 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Jan - Pasukan polis kurang dipercayai berbanding parti politik, menurut kajian terbaru terhadap pengundi kali pertama oleh Merdeka Center.

Keputusan "Tinjauan Pendapat Umum Pengundi Kali Pertama" yang dilakukan diantara November dan Disember tahun lalu turut mengejutkan badan tinjauan bebas tersebut.

"Kepercayaan kepada kerajaan dan pelbagai institusi adalah marginal — apakah pengundi kali pertama tidak berminat atau hanya sinis?" kata badan tersebut dalam laporan pengundian yang dikongsi kepada The Malaysian Insider minggu ini.

Lebih daripada separuh atau 56 peratus daripada 826 pengundi baru berdaftar di Semenanjung Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang ditinjau berkata mereka tidak mempercayai polis, berbanding dengan 47 peratus berkata mereka tidak mempercayai parti-parti politik, jurang sembilan mata peratusan.

Kesangsian kepada pihak berkuasa dalam undang-undang tertinggi di negara ini melebihi semua institusi awam lain yang ditinjau, termasuk kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan kehakiman.

Lebih daripada separuh pengundi baru yang ditinjau menyatakan mereka meletakkan kepercayaan dalam kerajaan negeri, berbanding kepada 49 yang percaya dalam penggendali pilihan raya itu, 47 peratus kepada Putrajaya, 46 peratus kepada mahkamah, 39 peratus kepada pihak polis dan 36 peratus kepada parti politik.

Mengikut kumpulan kaum, masyarakat Cina adalah yang paling tidak mempercayai polis, dengan lapan daripada 10 meragui Bukit Aman berbnding 46 peratus bagi Melayu dan 55 peratus bagi India.

Kesangsian kepada parti-parti politik adalah tertinggi di kalangan kaum India dengan 57 peratus, diikuti oleh 52 peratus Melayu dan 33 peratus Cina.

Penganalisis dan pemimpin pembangkang telah memberi amaran bulan lalu bahawa perang mulut berterusan di kalangan bekas pegawai tertinggi polis serta cerita penyalahgunaan kuasa dan hubungan jenayah boleh mengganggu tumpuan badan penguatkuasaan tersebut dari tugasnya, kata beberapa penggubal undang-undang, sambil memberi amaran ini boleh mengakibatkan peningkatan kadar jenayah.

Kata mereka berbanding melawan jenayah, badan penguatkuasaan negara kini terlalu sibuk mempertahankan diri mereka daripada cerita yang keluar ekoran perang mulut antara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Ramli Yusuff.

Dzulkefly dari PAS menegaskan apabila bekas polis mempersoalkan terhadap proses polis semasa dan masa lalu, ia menyumbang kepada ketakutan awam di atas dakwaan ketidakupayaan pasukan keselamatan tersebut untuk memberi tumpuan kepada menjaga keselamatan negara.

Pasukan polis baru-baru ini telah dikritik oleh orang ramai dan pemimpin pembangkang selepas peristiwa rompakan dan serangan menyebabkan tanda tanya kepada statistik kerajaan yang menunjukkan penurunan ketara dalam kadar jenayah di negara ini.

Pada Julai lalu, Liew Chin Tong dari DAP mendedahkan 86 peratus daripada polis di negara ini tidak melawan penjenayah tetapi mengendalikan kertas kerja, aktiviti "mengintip" dan logistik, menguatkan lagi dakwaan pihak berkuasa telah mengubah data jenayah untuk menunjukkan imej baik pasukan tersebut.

"Hampir 14 peratus daripada pasukan polis beruniform di jabatan-jabatan berkaitan dengan jenayah," kata beliau dalam satu kenyataan Julai lalu, merujuk kepada siasatan jenayah narkotik, dan jabatan siasatan jenayah komersil di PDRM.

"Sementara 86 peratus anggota polis tergolong kepada sektor bukan berkaitan jenayah (seperti) pengurusan, keselamatan dalaman dan ketenteraman awam, logistik, Cawangan Khas, dan pasukan petugas khas," katanya.

Beliau menyatakan bahawa jabatan siasatan jenayah (JSJ) hanyalah lapan peratus atau 9,346 daripada 105,929 pasukan polis beruniform.

"Ini bermakna enam kali lebih ramai polis ditugaskan untuk pekerjaan bukan jenayah berkaitan, berbanding yang memerangi jenayah. Tidak hairanlah kita berasa tidak selamat," kata ahli parlimen Bukit Bendera itu. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)








Tiada ulasan: