Addin |
- Memalukan!! Ketua Ekonomi Bank Islam Di Gantung Kerana Ramal Umno BN Kalah
- Akhbar Luar Negara Menelanjangkan Najib
- Komen Pedas Pembaca Sinar Buat Najib Dan Umno
- Kenyataan Menteri Umno NO OTAK.. Saksikanlah!!
- Polis Mula Cari Pasal Dengan Penganjur HKR #KL112
Memalukan!! Ketua Ekonomi Bank Islam Di Gantung Kerana Ramal Umno BN Kalah Posted: 14 Jan 2013 08:00 AM PST KUALA LUMPUR 14 Jan: Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin digantung tugas dipercayai kerana meramalkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.Ekoran itu pelbagai pihak menyifatkan tindakan tersebut sebagai zalim termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Twitternya. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau turut kesal kerana ahli ekonomi berkenaan hanya memberi pandangan berdasar kajian dijalankan."Tindakan itu adalah perkara memalukan. Sebagai ahli ekonomi, beliau wajar memberi pandangan jika merasakan ia tepat dengan analisa yang dilakukan. Sekiranya tidak bersetuju, BN perlu membentang analisa berasaskan fakta dan profesionalisme," ujar Nik.Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan tindakan menggantung tugas Azrul dilakukan atas desakan pihak tertentu. Katanya lagi, keadaan itu berbeza di negara lain yang mengamalkan demokrasi matang, apabila ahli ekonomi diberi ruang untuk menjalankan tugas mereka."Penganalisis bank di Amerika misalnya, meramalkan keputusan pilihan raya kerana bagi kebanyakan pelabur ia penting bagi menentukan keputusan perniagaan. Itu perkara biasa kepada ahli ekonomi dan penganalisis ekonomi di bank-bank atau institusi kewangan," ujarnya yang juga Adun Seri Setia.Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah tipis dalam PRU 13. Kenyataan itu kemudian dilaporkan akhbar The Straits Times Singapura pada 11 Januari lalu.Azrul berkata, hasil kajian menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperoleh antara 97 ke 107 kerusi berbanding 140 kerusi yang dimenangi PRU lalu. Laman web Straitstimes.com 12 Januari lalu menyiarkan kenyataan Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Sri Zukri Samat bahawa Bank itu tidak terbabit dalam forum berkenaan dan menyatakan pandangan Azrul bersifat peribadi serta meminta ia tidak dikaitkan dengan bank itu. ~kd |
Akhbar Luar Negara Menelanjangkan Najib Posted: 14 Jan 2013 05:34 AM PST KUALA LUMPUR 14 Jan: Akhbar Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang."Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang 'panas' dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno," tulis portal akhbar itu semalam.Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006.Akhbar itu turut mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. The Age turut mengaitkan hubungan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya namun dibebaskan mahkamah pada 2009."Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya. "Terdapat perbalahan dalam Umno yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan."Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan Umno. Najib sendiri mengatakan ia sebagai 'titik penentu nasib rakyat dan negara'," akhbar itu dipetik. ~kd |
Komen Pedas Pembaca Sinar Buat Najib Dan Umno Posted: 14 Jan 2013 04:03 AM PST Sebahagian daripada komen dan reaksi pembaca Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam berhubung liputan Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara kelmarin. Mohamad Hafizudin: "Tahniah kepada Sinar Harian kerana membuat liputan yang telus & adil" Amin Yasimin: "Sebenarnya tahniah kepada Sinar Harian" Zahriezan Jamaludin: "Tahniah Sinar Harian... kali ini laporan dah betul" Tg Azura Tg Ahmad: "Sinar... teruskan beri keadilan kepada rakyat... perhimpunan yang aman... tabik pada polis sebab tak buat hal... kan elok macam tu... hikhik... rakyat mahukan sesuatu yang baru... terimalah hakikat pada yang tak boleh terima lagi tu" Khairul Anuar: "Tahniah Sinar Harian tak menjadi media menjilat... tahniah juga PDRM tak ikut guna water canon... aman... takziah buat Umno BN yang akan rebah secara aman dalam PRU13" Muhammad Izzuddin Mohd Tahir: "Alhamdulillah, ada juga nampak SINARnya" Ruslina Nawi: "Sinar, you are the best, report benda yang betul" Syed Zachry Al Jeffri: "Sinar boleh sold out hari ni.. tahniah pada sinar" Mohammad Azlan Raiman: "Alhamdulillah, masih ada surat khabar yang melaporkan kebenaran dengan tepat. Bukan hanya disogok pemerintah. Dan kejayaan HKR adalah bukti bahawa Bersih yang dianjurkan dulu menjadi huru-hara kerana provokasi dan perhimpunan seperti ini sememangnya akan damai tanpa provokasi" Aziema Jiema: "Terima kasih Sinar Harian. Teruskan memberi informasi yang telus dan adil" Angah Jakrie: "Wah... telus dan tulus demo gini ler membawakan yang terbaik untuk negara..." Izzat Kedah: "Sinar Harian 'best'... tak macam surat khabar BN tak habis-habis nak fitnah... Sinar Harian akan menjadi surat khabar No 1 negara.. sebab dua belah pihak ada.. PR dan Umno... jadi... orang senang nak nilai dan bandingkan.. syabas Sinar Harian" Zul Al-Amin: "Tahniah Sinar Harian" Faizul Husin: "Terbaik Sinar... itu baru betul... nak dapat untung, kena berkata benar... baru laku paper" Joe Faris: "Pehh terbaik Sinar... telus" Noor Haslina Abdullah: "Pah ini ramai beli akhbar Sinar Harian... terima kasih Sinar atas kejujuran dan ketelusan" Razali Yusof: "Tahniah buat Sinar Harian yang lebih berani" Niklodeon Arts: "Baru sinar-benar, kan kalau semua media adil dan telus cam ni kan bagus, Alhamdulillah, tahniah Sinar!" Kanyet Kunyit: "Comfirm aku beli Sinar" Mohd Hazrul: "Tahniah untuk kamu Sinar" Md Malik: "Wajib aku beli Sinar hari ini" Azudeyn Yusoff: "Tahniah buat Sinar Harian juga... telus & tulus" Dolli Jaafar: "#KL112 Himpunan Kebangkitan 1 Juta Rakyat... terbaik" Aminuddin Shuhaidi: "Dulu ada satu akhbar yang melaporkan berita yang adil macam Sinar Harian yang bernama Eksklusif, malangnya tidak dibenar menyambung permit sebelum PRU 1999.. harap Sinar Harian tak disekat sebegitu. Sinar Harian adalah akhbar terbaik di Malaysia setakat ini" Farizal Abd Rashid: "TQ Sinar... laporlah perkara yang benar, kebangkitan rakyat... anak muda bersama PR" Shukri Fadzil: "Tahniah Sinar Harian. Inilah Cakna yang sebenar. Rakyat diberi berita asli" Akmy My: "Media arus perdana seharusnya menyiarkan dan melaporkan perkara yang benar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat... tahniah Sinar Harian!" Adam Hassan: "Sinar Harian telus dan tulus! Tahniah!!" Syed M Zubair: "Nampak dah media mana yang kuat menipu. Tahniah Sinar Harian kerana adil dalam membuat laporan" Tom Yam Gong: "Aku lama dah beli Sinar ni. aku tau Sinar memang bukan berpihak mana-mana parti... tapi kini aku tak dapat baca Sinar lagi sebab aku tak duduk Semenanjung lagi. Tahniah kepada Sinar... moga terus bersinar, telus dan memberi keadilan untuk semua.. Jang Isran Ahmad - Sinar terbaiiik! Syabas!" Muhammad Hazrol Hassan: "Tahniah sinar..Respect!" Hishamuddin Hisham: "Sekali lagi "like" untuk Sinar!" Abdul Wahab - "Tabikkkkk Sinar Harian" Malik Shaiful: "Saya gagal dapatkan Sinar Harian hari ni... banyak kedai habis" Piyan Yan: "Syabas Sinar yang telus semoga berjaya" Muhammad Hazim Mohamad Yusoff: "... thumbs up to Sinar Harian" Aimilfandi Ahmad Yazid: "Paper SH hari ini semua habislah... menyesal tak online subuh tadi" Che'gu Jijan: "Sinar Harian terbaik!" Shue Uemura: "Terima kasih Sinar atas ketelusan" Apis Blur's Waow: "Tahniaah... sat nk g beli..." Muzammil Mohd Adawi: "Semoga dimurahkan rezeki pada orang yang jujur dan telus dalam memberi laporan ini..respect Sinar Harian" Syazwan Wan: "Hari ini laku betul Sinar... pergi semua kedai habis dijual" Dewi Kekenyangan: "Terima kasih Sinar... I Love You" Aswady Mohamed: "Ya... akhbar Sinar adalah akhbar yang telus, tidak memihak dan sentiasa memberi ruang kepada semua golongan... tahniah" Asy-Shahrir Ar-Ramadhani: "Terima kasih melaporkan kebenaran!" AL Farisi: "Ini yang nampak... yang tak berkesempatan nak join masih berjuta juta rakyat lagi... jadi Umno kali ini pasti tumbang dengan teruk dan sadis sekali. Kali ini parti tukar" Muhammad Amin: "Kerja baik Sinar Harian!" Jye Qassem: "Terima kasih Sinar Harian sebab pandai membuat liputan dan berpijak pada kenyataan" Deno Haizal Mohamed Hassan: "Susah nak cari Sinar Harian hari ni banyak kedai dah abis jual... jap lagi kena pergi Kuala Lumpur, cari, harap-harap jumpalah" Mohd Nor Norman: "Sinar terus menyinar..." Ismail JoEy Fikri: "Tahniah kepada peserta perhimpunan kerana tidak menimbulkan kekacauan kali ni" Fadhil Ahamad: "#Respect" Ibrahim Abd Rahim: "Akhirnya terbukti bahawa demonstrasi tidaklah mencetuskan huru-hara seperti yang dikatakan oleh PM" Muhd Asri Termeze: "Terbaik Sinar Harian... telus dan tulus..." Din Tokey: "Pergh, habissss cepat gila" Moftah Jaafar: "Thank you so much to Sinar" Ahmad Nadi Karusan: "Sebuah akhbar yang bertindak secara adil kepada semua, tahniah Sinar! Di saat masyarakat dihidangkan dengan info yang tidak benar, sarat dengan penipuan, seronok bercerita gosip dan rektorik, akhbar ini menjadi medium masyarakat mencari info untuk wadah pemikiran yang lebih positif. Rakyat Malaysia sangat memerlukan akhbar seperti ini" ~sinar |
Kenyataan Menteri Umno NO OTAK.. Saksikanlah!! Posted: 13 Jan 2013 10:24 PM PST |
Polis Mula Cari Pasal Dengan Penganjur HKR #KL112 Posted: 13 Jan 2013 06:00 PM PST KUALA LUMPUR - Polis hari ini membuka kertas siasatan berhubung pelanggaran tiga syarat Himpunan Kebangkitan Rakyat, anjuran Pakatan Rakyat, yang berlangsung di Stadium Merdeka, di sini semalam. Dipetik Bernama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis akan menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta memanggil beberapa individu. Melalui rakaman CCTV, polis ada bukti penganjur melanggar syarat yang ditetapkan, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini. Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang. Syarat terbabit adalah antara 27 yang dipersetujui penganjur dan polis, mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012. Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, rakaman CCTV antara lain menunjukkan ada ibu bapa membawa anak-anak kecil ke perhimpunan itu yang dianggar polis disertai 45,000 orang. Penganjur mendakwa lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan semalam. Sementara itu, pemilik stadium, Merdeka Heritage Trust ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung keadaan stadium selepas perhimpuan semalam tidak lama lagi. Merdeka Heritage Trust merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad. ~sinar |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan