Addin |
- LIVE!! Ceramah Ambang HKR #KL112 Di Kg. Baru
- Berita Paling Bangang Dari TV3.. Saksikanlah!!
- Gempar!! Akhbar Singapura 'The Strait Times' Lapor Pakatan Rakyat Menang PRU13
- Gambar Penjenayah Di Tembak Mati Di Penang
- Kantoi!! Pembohongan TV3 Terbarai..
LIVE!! Ceramah Ambang HKR #KL112 Di Kg. Baru Posted: 11 Jan 2013 08:22 AM PST |
Berita Paling Bangang Dari TV3.. Saksikanlah!! Posted: 11 Jan 2013 07:06 AM PST Semalam gua dah siarkan bagaimana Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan) mencipta propaganda bodoh cuba menggagalkan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 di Stadium Merdeka esok dengan menggelarnya sebagai Himpunan Shamsidar ~ Himpunan Shamsidar Sedangkan Shamsidar tiada kaitan langsung dengan himpunan tersebut. Lagipun apa kejadah orang ramai nak berhimpun pasal Shamsidar? Nak suruh Shamsidar jadi Perdana Menteri Malaysia ke? Kah kah kah... Apa yang lebih lucu, malam tadi Buletin Utama di TV3 suku turut menyambung cerita dan propaganda ini dengan menyebut Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung esok sebagai Himpunan Shamsidar. Cuba anda lihat muka pembaca berita dalam video di bawah ini baik-baik. Apa agaknya perasaan mereka ketika membaca berita bodoh, sedangkan mereka tahu dan sedar ia merupakan berita bodoh? ReJaM© yakin jika pembaca berita ini waras dan tidak hisap gam sebelum masuk bilik berita, mereka tahu bahawa Himpunan Shamsidar tidak wujud, ia hanyalah propaganda United Malays No Otak, Umno. Himpunan Kebangkitan Rakyat telah dianjurkan berulang kali sebagai pemanas badan di peringkat negeri sebelum ini sila tanya pakcik google. Tiba-tiba Himpunan Kebangkitan Rakyat terakhir diubah oleh Umno jadi Himpunan Shamsidar kah kah kah... Lihat video di SINI. ~milosuam |
Gempar!! Akhbar Singapura 'The Strait Times' Lapor Pakatan Rakyat Menang PRU13 Posted: 10 Jan 2013 11:58 PM PST Kurang 24 jam sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, rupanya khabar dari seberang tambak seakan menambah semangat peserta himpunan! Bukan setakat pakar poltik mengesahkan, malah hasil kajian pakar ekonomi turut senada seirama meramalkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang kali ini. Ini disahkan sendiri ketua ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin (gambar) yang disiarkan di akhbar berbahasa Inggeris berpengaruh di Singapura, The Straits Times hari ini, dalam edisi cetak dan dalam taliannya. Azrul menambah, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu. Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara. Hasil kajiannya dibentangkan dalam satu forum kewangan serantau yang diadakan semalam di republik itu dan disiarkan The Straits Times hari ini. Ia mengambil kira corak demografi dan pendapatan penduduk sesebuah kerusi parlimen dan dibandingkan dengan data-data ekonomi semasa yang disemak setiap bulan sebagai rujukan, malah Bank Negara turut menganalisis data ekonomi negara dan bank komersil akan membandingkannya dengan data mereka. Dari segi reaksi warga perniagaan yang selama ini memihak BN, beliau berkata ia sesuatu yang lumrah untuk menerima sebuah kerajaan baru dengan dasar serta polisi kewangan baru dan tidak timbul isu sabotaj terhadap kerajaan baru walaupun dikhabarkan hutang luar Malaysia kini mencecah RM502 bilion tahun lalu. Manakala dari sudut pasaran saham, beliau menjangka akan ada perubahan positif terhadap urusniaga yang indeks utama Bursa Malaysia, FBM-KLCI kini berlegar antara 1650 ke 1700 mata sejak sebulan lalu. Beliau menjangka aliran modal masuk ke Malaysia akan bertambah selepas pilihanraya umum yang akan dimenangi Pakatan Rakyat walaupun kadarnya perlahan. BN kini berusaha keras memenangi pilihanraya umum kali ini yang disifatkan paling getir dalam sejara negara sejak mencapai kemerdekaan 55 tahu lalu dari British. ~jalanpulang |
Gambar Penjenayah Di Tembak Mati Di Penang Posted: 10 Jan 2013 06:59 PM PST |
Kantoi!! Pembohongan TV3 Terbarai.. Posted: 10 Jan 2013 04:59 PM PST Kenyataan Media 10 Januari 2013 Saya merujuk kepada laporan-laporan media baru ini yang merujuk kepada penahanan saya oleh SPRM atas satu dakwaan korupsi bagi kononnya menutup aduan gangguan seksual terhadap seorang pegawai tinggi. Saya amat terkejut kesemua laporan media tersebut adalah lebih memfokus terhadap saya sebagai pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang. Saya dengan ini ingin menegaskan seperti berikut:- 1) Saya tidak terlibat dalam apa-apa transaksi untuk menutup mana-mana aduan gangguan seksual dan tidak memberi mahupun menerima apa-apa wang atau ganjaran bagi tujuan menutup aduan gangguan seksual tersebut; 2) Pihak SPRM telah menangkap saya dan telah ditahan semalaman dalam lokap SPRM sebelum disoal siasat. Pada setiap masa siasatan, saya dirujuk dan disoal sebagai seorang saksi sahaja dan bukannya sebagai suspek atau pesalah; 3) Siasatan berkenaan dakwaan korupsi untuk menutup aduan gangguan seksual tersebut adalah melibatkan Bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan tidak melibatkan mana-mana pimpinan parti dari Pakatan Rakyat mahupun melibatkan Timbalan Ketua Menteri (I). 4)Memandangkan terdapat niat jahat serta kecenderungan berbaur politik dalam laporan-laporan akibat penangkapan saya yang telah menjatuhkan imej saya serta imej pimpinan parti saya, maka saya telah mendapatkan nasihat guaman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang meneruskan fitnah terhadap saya tanpa sebarang justifikasi. Sekian penjelasan saya. Zainal Abidin bin Saad Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan