Addin |
- Panas!! Polis Menyamar Jadi Peserta HKR #KL112?
- Taib Mahmud 'Demam' Lihat Kehadiran Ceramah Anwar Ibrahim
- 3 DUN Bubar Sebelum Parlimen
- Wajib Baca!! Lokasi Berkumpul Untuk Menuju Ke Stadium Merdeka
- Panas!! Kem Mahathir Bakal Singkirkan Najib?
- Gelagat Memalukan Seorang Isteri PM..
- Pencacai Umno Anjur Himpunan Shamsidar Di Stadium Bukit Jalil Sabtu Ni
- Babi Masuk Mahkamah Majistret
- MB Kelantan Tegur Pemimpin PAS Merokok
- Menjelang PRU13, Putrajaya Arah Media Tempatan 'Menipu Rakyat'
Panas!! Polis Menyamar Jadi Peserta HKR #KL112? Posted: 10 Jan 2013 08:17 AM PST Maklumat ni Addin terima dari rakan FB, sejauh mana kebenaran dakwaan beliau Addin tak berapa pasti. Yang pasti kepada semua peserta HKR # KL112 perlu lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Provokasi pasti akan berlaku di mana-mana kerana ramai golongan yang tak suka dengan suara kebangkitan rakyat ni terutamanya pencacai Umno. Apa pun kepada semua peserta HKR # KL112 jangan pergi bersendirian tetapi pergi lah dengan sahabat, lagi ramai dapat di hasut lagi bagus. Yang paling penting jaga keselamatan.. insya Allah kita berjumpa di Stadium Merdeka bagi memerdekakan negara ni dari pemerintahan rejim Umno BN yang telah berkuasa selama 55 tahun.. dah lama dah!! |
Taib Mahmud 'Demam' Lihat Kehadiran Ceramah Anwar Ibrahim Posted: 10 Jan 2013 06:11 AM PST Benarlah kata pepatah lama, sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitulah yang boleh diumpamakan apabila melihat sambutan kebangkitan rakyat nun jauh di Sarawak sudah mula menampakkan kesan ketara hingga mengejutkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semasa mengadakan siri lawatan ke negeri itu hujung minggu lalu. Semuanya kerana perubahan yang diinginkan rakyat sudah tidak dapat ditahan hinggakan mencemaskan ketua menteri, Taib Mahmud kerana maklum balas positif terhadap ceramah yang diadakan di kubu kuat anaknya sendiri! Kota Samarahan, begitulah nama kawasan parlimennya yang tidaklah jauh dari ibu negeri Kuching namun sebelum pilihanraya negeri April tahun lalu, parlimen ini dijaga begitu ketat oleh Taib setelah ahli parlimen yang merupakan anak kandungnya, Sulaiman Abdu Rahman menghilangkan diri sejak 2010 lagi berkelana ke kota London. Kini kawasan parlimen tersebut dijaga orang kuatnya, Abdul Karim Hamzah yang juga merupakan ADUN Asajaya sejak kehilangan Sulaiman menimbulkan spekulasi bahawa dia disingkirkan dari keluarganya. Satu lagi DUN dalam parlimen ini ialah Muara Tuang yang mana calon PAS hampir saja menang tanpa bertanding jika tidak kerana tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyelamatkan adik Taib, Ali Mahmud dari menanggung malu. Kehadiran lebih 3,000 penduduk Kota Samarahan semasa ceramah Anwar Sabtu lalu rupanya mengejutkan Taib selaku presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) yang menguasai kerajaan negeri sejak 1981. Belum pernah ceramah sebesar ini diadakan oleh mana-mana pihak termasuk PBB sendiri yang mampu mengumpul sejumlah besar masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik di kawasan parlimen yang mempunyai lebih 29 ribu pengundi berdaftar ini. Malah, Abdul Karim sendiri tidak menyangka sambutan hangat diberikan terhadap ceramah Anwar kerana merasakan rakyat pedalaman tidak mengikuti perkembangan semasa tanah air selain cukup dengan keperluan asas yang sedia ada. Walaupun Sulaiman menang dengan majoriti besar 11,418 undi namun penganalisis berpendapat ia banyak bergantung kepada Taib dan bukannya kepada kekuatan Sulaiman sendiri sebagai ahli politik. Lebih membimbangkan, sejak kehilangan Sulaiman, pengaruh Taib dilihat merosot dan buktinya apabila kedua-dua kerusi DUN dalam parlimen itu menunjukkan penurunan undi ketara buat PBB lebih setengah dari pilihanraya negeri sebelumnya. ADUN Batu Lintang, See Chee How menganggap gelombang perubahan sudah mula menakutkan BN kerana masakan tidak, mereka sendiri mengakui bakal kehilangan kerusi dalam pilihanraya umum akan datang sekiranya masalah seperti ini tidak diselesaikan segera. Terdahulu, Anwar dalam mesyuarat pimpinan KEADILAN negeri optimis mampu meraih 10 kerusi parlimen daripada 31 keseluruhan dan Kota Samarahan merupakan salah satu daripada sasarannya. Gembira dengan sambutan mengejutkan tersebut membuatkan Anwar mengambil keputusan untuk datang lagi ke negeri ini dalam masa terdekat bagi menggempur lagi beberapa kerusi parlimen yang berpotensi seperti Mas Gading dan Julau. Kini Taib harus ada perasaan bimbang dan gusar dengan perkembangan ini hingga terpaksa mengutus empat wakil parti untuk berjumpa dengan Anwar kunun mahu berbincang dan bertukar pendapat tentang politik semasa namun Anwar berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan dari mereka. Najib Altantuya yang membuat keputusan mahu menggugurkan sembilan ahli parlimen PBB termasuk Sulaiman menaikkan darah Taib hingga sanggup mengutus wakil bertemu Anwar tanpa memberitahu 'bosnya' itu di Kuala Lumpur. ~jalanpulang |
Posted: 10 Jan 2013 03:43 AM PST KUALA LUMPUR 9 Jan. - Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya sebelum 28 April ini iaitu tarikh Parlimen bubar secara automatik jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan. Tiga DUN yang terbabit itu ialah DUN Melaka, DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak.DUN Melaka terbubar dengan sendirinya pada 21 April ini, diikuti DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak pada 25 April. Pembubaran DUN di negeri-negeri lain pula kebanyakannya berlaku selepas tarikh Parlimen dibubarkan.Penentuan tarikh pembubaran sesebuah DUN mahupun Parlimen adalah berdasarkan kepada tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang mengulas perkara itu berkata, sebaik sahaja terbubarnya Parlimen atau DUN secara sendiri, SPR diberi kuasa menjalankan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh pembubaran tersebut. Tambah beliau, sehubungan itu, pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya antara akhir Jun sehingga awal Julai ini. "Walau apa pun, berdasarkan peruntukan undang-undang PRU-13 mesti diadakan tahun ini juga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula ketika mengulas perkara sama berkata, SPR mempunyai tempoh masa panjang untuk mengadakan pilihan raya sebaik Parlimen dan DUN dibubarkan sama ada dengan sendiri atau berdasarkan kepada ketetapan tarikh oleh Perdana Menteri. "Oleh itu, SPR akan menggunakan tempoh 60 hari itu sebaik-baiknya dalam usaha memastikan pilihan raya di peringkat Parlimen dan DUN diadakan serentak. "Saya akui terdapat beberapa DUN yang telah memulakan persidangan sebelum sidang Parlimen pada 28 April ini tetapi itu tidak menjadi masalah kerana tempoh sidang DUN-DUN terbabit tidak jauh dari tarikh pembubaran Parlimen," jelasnya. Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditanya mengenai persiapan pilihan raya umum berkata, sebanyak 200,000 petugas pilihan raya telah bersiap sedia menjalankan tugas masing-masing sebaik tarikhnya diumumkan Perdana Menteri. "Begitu juga dengan persiapan dan persediaan kita dari segi logistik dan kemudahan pengangkutan. Kita mahu memastikan PRU-13 kali ini berjalan lancar," katanya. Dalam pada itu ketika ditanya kemungkinan pilihan raya umum akan datang diadakan pada cuti persekolahan hujung Mac ini, beliau berkata, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. ~mp |
Wajib Baca!! Lokasi Berkumpul Untuk Menuju Ke Stadium Merdeka Posted: 10 Jan 2013 02:25 AM PST KUALA LUMPUR 10 Jan: Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini diberi pilihan untuk berkumpul bersama pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan lain-lain kumpulan sebelum meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka. Berikut beberapa lokasi bersama senarai kumpulan mengikut laluan masing-masing yang ditetapkan. Masjid Universiti Malaya Jalan Pantai Adam Adli – mahasiswa Safuan Anang – mahasiswa Raja Iskandar – PAS YB Nurul Izzah YB Ng Swee Lim Brickfields Aruchelvam – PSM Maria Chin Abdullah – Empower Raja Ratnam – Warga Aman Faizal – OKU Zunar – seniman dan kartunis KLCC (Anak & Royalti) Mazlan Aliman – Anak YB Hussam Musa YB Teng Chang Kim Jalan Sultan (Selamatkan Kampung Warisan) Cikgu Ishak Surin – Muafakat YB Tan Kok Way Pasar Seni (Wanita) YB Dr Siti Mariah YB Teresa Kok YB Elizabeth Wong Dataran Merdeka (Kumpulan Hijau) YB Ronnie Liu Wong Tuck Kelab Sultan Sulaiman SAMM Anak-anak muda Chegu Bard Masjid Negara YB Azmin Ali YB Mujahid Rawa YB Khalid Samad termasuk warga kota yang singgah beribadat. ~keadilandaily |
Panas!! Kem Mahathir Bakal Singkirkan Najib? Posted: 10 Jan 2013 02:03 AM PST Nampaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun. Perdana Menteri Najib Razak yang sedang menghadapi pelbagai tekanan dijangka meletak jawatan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin, atas sebab-sebab kesihatan, tetapi akhirnya, Najib yang berusia 59 tahun akan menjadi mangsa terbaru persengketaan parti Umno dan perasaan khuatir akan kehilangan kuasa terhadap kerajaan persekutuan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Pada hujung minggu, khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 26 Januari dan ini antara usaha untuk mencari jalan agar Muhyddin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad boleh menggulingkan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara sebelum PRU ke- 13 diadakan. Cakap-cakap itu telah diganti pula oleh spekulasi panas bahawa Najib telah jatuh sakit. Menurut Sarawak Report, para doktornya telah diletakkan dalam keadaaan berjaga-jaga pada hujung minggu lalu. Tidak dinafikan terdapat banyak tekanan pada Najib dan isterinya Rosmah Mansor terutama sekali sejak beberapa minggu yang lalu apabila mereka menjadi sasaran rentetan pendedahan rasuah oleh ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan. Apabila pasangan pertama ini tidak menjawab apa-apa dakwaan serius dan juga 'ketiadaan' Najib di mata awam sejak dua minggu lalu telah menimbulkan syak wasangka bahawa ada sesuatu telah berlaku. Ada juga berspekulasi bahawa Najib mungkin telah ke luar negara untuk menerima rawatan. "Apa yang kita minta ialah supaya pentadbiran BN menjelaskan dengan segera keadaan sebenar. Kita semua tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila PM tiada kelihatan. Tiada kenyataan telah dikeluarkan berkenaan ketiadaannya dan tiada juga kenyataan dari mereka bagi menangkis dakwaan serius yang telah dibuat oleh Deepak," Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. Meraih undi simpati dari pengundi Melayu yang keliru Najib mengambil alih sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara yang ke- 6 pada April 2009 selepas membantu Mahathir dan Muhyiddin menggulingkan Abdullah Badawi yang dipersalahkan atas prestasi lemah Umno-BN dalam pilihan raya 2008. Sekarang, ironinya, Najib pula mendapati dirinya diketepikandengan cara yang sama sepertimana dia telah menjadikan Badawi terasing dari dunia politik. Ia merupakan rahsia yang diketahui umum bahawa 'panglima' Umno sedang merebut kerusi untuk bertanding pada PRU ke-13 dan Najib telah mengikut kata hatinyadenganmembuat keputusan bahawa dia akan kekal dalam kuasa. Walaupun bermacam-macam cerita telah diputar oleh media dari kedua-dua belah pihak, semua tahu bahawa Najib dan Rosmah hanya mahu mengadakan pilihanraya selepas tempoh 5 tahun Umno berakhir, manakala Muhyiddin dan Mahathir mahukan pilihanraya diadakan seawal tahun lepas. Apabila Muhyddin memberitahu akhbar pada awal tahun baru bahawa adalah lebih baik jika tarikh PRU ke-13 kekal 'misteri', ia terus merangsang 'teori konspirasi' yang sedang hangat diperkatakan bahawa Najib akan dikeluarkan tidak lama lagi. Muhyiddin kemudian akan mengambil alih dan membenarkan Parlimen tamat tempoh tanpa dibubarkan, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang pro-BN mengadakanpilihanraya di seluruh negara hanya pada bulan Jun supaya membolehkan 'luka' dalaman Umno untuk sembuh dan negara, terutamanya pengundi Melayu yang berpengaruh membiasakan diri dengan PM baru yang menerajui negara. "Mereka berharap pada imej pro-MelayuMuhyiddinuntuk membolehkan Umno-BN mengekalkan kuasa serta ketakutan orang Melayu kepada sesuatu yang tidak mereka ketahui dan simpati kepada Najib yang sedang sakit - jika benar dia sedang sakit - untuk membantu mereka," kata Tian. "Kami kini dalam zon yang samar-samar kerana tidak tahu apakah helah Umno-BN seterusnya untuk berpaut kepada kuasa. Semuanya akan bergantung kepada pengumuman yang akan dibuat dalam beberapa hari akan datang. Kemudian barulah kami akan mendapatkan gambaran yang lebih jelas." Muhyiddin yang bercita-cita tinggi & 'kamikaze' Dr M Pada pertengahan bulan Disember, sumber-sumber politik telah memberitahu Malaysia Chronicle bahawa bahagian Umno di tiga negeri - Johor, Terengganu dan Perak - telah memulakan usaha memaksa Najib untuk berundur, dengan memberi alasan meningkatnya kes-kes skandal terutama sekali rasuah berkaitan pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Antara petanda awal perbalahan dalaman UMNO sedang memuncak adalah khabar angin mengenai rusuhan kaum yang telah disebarkan oleh beberapa blogger pro-UMNO. Perbuatan pemimpin UMNO dan sekutunya seperti Ibrahim Ali dan Shahrizat Jalil menakut-nakutkan orang ramai dengan berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang telah meninggalkan beribu-ribu cedera dan ratusan kehilangan nyawa telah mengeruhkan lagi keadaan. Mewujudkan ketakutan dengan menggunakan ancaman rusuhan kaum untuk mematahkan kebangkitan rakyat adalah 'lambang' taktik yang digunakan oleh Umno untuk menyembunyikan pertelingkahan dalaman. Rusuhan 13 Mei telah didedahkan sebagai konspirasi Umno untuk menggulingkan presiden ketika itu, Tunku Abdul Rahman. Ia adalah perebutan kuasa yang telah membolehkan ayah Najib, Abdul Razak Hussein dan Mahathir Mohamad memegang kuasa. Oleh itu, apabila timbul cakap-cakap menyemarakkan insiden Mei 13 baru-baru ini, pemerhati politik mula berjaga-jaga. Membenarkan Najib untuk keluar dengan cara terhormat Pemerhati Umno percaya bahawa Mahathir Mohamad, 'pemain boneka' utama dalam Umno, telah memutuskan untuk menjadikan Muhyiddin bonekanya dan kesan saat-saat akhir dalam kepimpinan walaupun ramai telah memberi amaran bahawa ia bakal menambahkan kesan yang lebih teruk bagi perbalahan dalam Umno . Kerana itulah mereka mewujudkan khabar angin 'strok kecil' untuk membenarkan Najib berundur dengan cara yang terhormat atas sebab-sebab kesihatan. Sama ada benar atau tidak Najib sakit bukanlah perkara utama. Bagi pesaingnya dalam Umno, kesihatan yang kurang memuaskan adalah semata-mata memberi Najib sebab untuk 'menyerahkan' kuasanya. "Mahathir adalah seorang pejuang kamikaze (berani mati). Dia tidak perlukan undang-undang darurat atau mana-mana undang-undang jika dia mahu melakukan sesuatu. Lihatlah bagaimana dia membubarkan UMNO lama dan mencipta UMNO Baru, lihatlah bagaimana dia melemparkan Anwar Ibrahim ke dalam penjara, diisytiharkan perang habis-habisan ke atas Abdullah Badawi, " kata seorang pemerhati politik veteran kepada Malaysia Chronicle. "Tetapi pilihan melambatkan PRU ke-13 dan mengenakan undang-undang ketenteraan bukanlah pilihan bagi mereka. Panglima UMNO tahu jika mereka berbuat demikian, mereka berkemungkinan besar dimasukkan ke dalam penjara dan dihina. Ia adalah lebih baik untuk bertarung di peti undi. Lagipun, mereka telah melakukan banyak penyelewengan pada daftar undi yang begitu banyak kekayaan di luar negara, mereka mungkin akan mencuba nasib mereka di mahkamah jika rejim baru memerintah bakal mendakwa mereka kerana merompak. " "Sudah tidak syak lagi Mahathir telah cuba untuk menukar PM untuk meningkatkan semangat dalam UMNO sebelum bertarung dalam PRU ke-13 Dia selalu menjadi orang yang paling berani bertaruh berbanding yang lain. Dia bersedia untuk memperjudikan segalanya untuk menang besar dengan menggunakan imej pro-Melayu Muhyiddin. Untuk berbuat demikian, mereka akan membangkitkan sentimen Melayu. Setakat ini, yang ada hanyalah retorik. Sekarang kita sudah mendengar cerita tentang rusuhan kaum. Oleh itu, ada kemungkinan besar apa yang berlaku seterusnya adalah kejadian yang sebenar. Khabar angin bahawa mereka boleh membangkitkan insiden kecil di sana sini untuk mengumpul kemarahan orang Melayu dan mereka boleh melakukan ini dengan bantuan samseng UMNO dan kongsi gelap Cina dan India." ~malaysiachronicle |
Gelagat Memalukan Seorang Isteri PM.. Posted: 09 Jan 2013 10:54 PM PST KUALA LUMPUR 10 Jan: Menjelekkan apabila Datin Seri Rosmah Mansor berbelanja mewah tetapi rakyat miskin yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian hanya diberi makan sisa roti menerusi Program Roti 1Malaysia. Naib Ketua Wanita KEADILAN, Norsham Abu Samah berkata, isteri Perdana Menteri tidak ikhlas dan berpura-pura baik membuat amal kebajikan dengan meminta lebihan roti daripada hotel mewah dikutip untuk diberi kepada golongan daif. "Untuk bantu golongan miskin tapi beri roti lebihan amat menjengkelkan. Agaknya Rosmah tiada naluri keibuan. Memberi makan kepada orang yang memerlukan mestilah makanan berkualiti, bukannya sisa. "Mungkin orang Umno BN rasa bangga dengan sikap Rosmah, tetapi sebenarnya tindakan beliau itu tidak patut," katanya ketika dihubungi. Beliau mempersoal Rosmah kerana memperlekeh golongan kurang kemampuan. "Kebajikan apa namanya jika bantuan yang disampaikan umpama tidak ada perasaan. Kalau nak tolong, biar makanannya elok. Ini buktinya Umno BN tiada belas kasihan kepada orang miskin. "Mereka hanya tahu bolot harta negara. Lebihannya baru difikirkan untuk diberikan kepada rakyat," ujar Haniza. Program Roti 1Malaysia merupakan usaha untuk mengumpul roti lebihan daripada hotel mewah untuk diagihkan ke rumah kebajikan, dan golongan memerlukan. Rosmah semasa pelancaran program tersebut 7 Januari lalu malah merayu agar Program Roti 1Malaysia diperluas untuk meliputi Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Permata) di bawah naungannya. ~kd |
Pencacai Umno Anjur Himpunan Shamsidar Di Stadium Bukit Jalil Sabtu Ni Posted: 09 Jan 2013 06:27 PM PST Himpunan Shamsidar yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang Selangor iaitu Umno dijadual berlangsung pada 12 Januari 2013, Sabtu ini. Mereka memilih lokasi Stadium Bukit Jalil sebagai tempat berhimpun untuk memperjuangkan Shamsidar kot.. Tapi yang lebih penting kepada semua rakyat Malaysia kita pakat-pakat turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka. Kita tumpaskan himpunan keji tajaan Umni ni..
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tiada halangan untuk meluluskan permohonan pakatan pembangkang menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi Himpunan Shamsidar yang dijadualkan pada Sabtu ini.
|
Posted: 09 Jan 2013 05:38 PM PST ALOR GAJAH - Suasana pekarangan tempat letak kenderaan Mahkamah Majistret di sini, kecoh seketika apabila muncul seekor babi jantan yang sesat dipercayai dari hutan berhampiran. Kejadian itu disedari beberapa pekerja mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi semalam, apabila melihat seekor haiwan berwarna kelabu gelap berlari sambil menyondol pagar kawat. Saksi yang juga pelawat mahkamah, Ahmad Harun, 52, berkata, sebaik tiba di bangunan mahkamah, dia ternampak babi itu sedang tidur dalam longkang di hadapan bangunan mahkamah sebelum bangkit dan keluar. "Ketika naik ke tingkat satu, saya terkejut melihat babi itu sedang tidur dalam longkang berdekatan bangunan dan keluar beberapa minit kemudian sebelum memanjat tebing pagar kawat. "Kemudian saya lihat babi itu berlari di sepanjang tepi pagar sambil menyondol untuk mencari laluan keluar, namun gagal sebelum berpatah semula sehingga disedari pekerja kantin mahkamah," katanya. Menurutnya, keadaan agak kecoh kerana pekerja kantin dan orang awam bimbang akan disondol babi itu yang mengganas sebelum seorang kakitangan mahkamah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Perhilitan. Sementara itu, Ketua Skuad JPAM Alor Gajah, Ismail Zulkefeli Ahmad berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, babi itu masih berlari di tepi pagar. Menurutnya, babi itu mula mengejar anggota JPAM dan orang awam, namun tergelincir tetapi berjaya bangun sebelum naik ke atas tebing pagar berkenaan. "Pergerakan babi itu mula perlahan mungkin disebabkan kepenatan selepas berlari untuk mencari jalan keluar dan anggota mengambil meletakkan sangkar di atas tebing yang menjadi laluannya. "Namun selepas melihat pergerakan babi itu kembali berlari laju, anggota JPAM meletakkan sangkar di hadapannya dan berjaya memerangkapnya, namun babi itu meronta sehingga sangkar terbalik sebelum jatuh ke bawah," katanya. Katanya, disebabkan rontaan kuat, besi penutup sangkar tercabut sehingga memberi ruang kepada babi itu keluar dan mengejar anggota sebelum naik ke tebing di tepi pagar. Sementara itu, anggota Perhilitan, Mohd Razak Sadikon berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, beliau melihat babi itu semakin agresif sehingga memaksa pihaknya menembak kaki haiwan berkenaan. "Tembakan pertama mengena di bahagian badan dan kaki babi itu mengakibatkannya terjatuh ke bawah sebelum tembakan kedua dilepaskan ke bahagian kepalanya," katanya. Katanya, akibat tembakan itu, babi berkenaan mati. ~sinar |
MB Kelantan Tegur Pemimpin PAS Merokok Posted: 09 Jan 2013 05:29 PM PST KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegur sesetengah penyokong dan pemimpin parti di negeri ini yang merokok dalam khalayak ramai memandangkan sebelum ini beliau pernah melarang tabiat itu. Teguran dalam nada sinis itu dibuat Nik Aziz ketika berlangsungnya program kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, semalam kerana melihat tabiat individu yang merokok pada masa sama memakai kopiah. Nik Aziz berkata, bukan sahaja beliau tidak suka kepada tabiat merokok bahkan individu itu sendiri perlu sedar bahawa ia tidak baik untuk kesihatan sama sekali. "Kopiah cotek atas kepala, mereka ini seolah-olah berlagak seperti seseorang yang mempunyai pistol menunjuk-nunjuk kepada khalayak umum walaupun mempunyai lesen. Lepas tu puntung rokok dilemparkan merata-rata tempat," katanya dalam ucapan perasmian Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan di sini, semalam. Berikutan keseriusan beliau dalam mencegah tabiat buruk itu, Nik Aziz juga bertegas tidak akan melantik ahli majlis daerah dan anggota berkuasa tempatan di negeri ini dalam kalangan perokok sebagaimana syarat ditetapkan terhadap calon pilihan raya sebelum ini. Nik Aziz berkata, perkara itu ditekankan untuk mendisiplinkan individu yang dipilih sebagai pemimpin di setiap pihak berkuasa tempatan lagipun baginya tabiat merokok itu boleh memudaratkan kesihatan. Menurutnya, sebelum ini Pas tidak memilih calon-calon yang merokok dan kini kerajaan negeri tidak akan membenarkan individu merokok menjadi pemimpin di bawah pentadbirannya. "Saya pantang kalau merokok. Bagi saya, saya tidak akan pilih mereka yang merokok jadi ahli majlis seperti juga calon wakil rakyat. Lain lah kalau saya tidak tahu," katanya. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan. ~sinar |
Menjelang PRU13, Putrajaya Arah Media Tempatan 'Menipu Rakyat' Posted: 09 Jan 2013 04:58 PM PST KUALA LUMPUR, 10 Jan — Putrajaya telah memberitahu media tempatan untuk "melembutkan hati rakyat" dan menyediakan lebih banyak berita baik sebelum pilihan raya umum (PRU) tahun ini bagi menunjukkan rekod pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata eksekutif yang menghadiri siri mesyuarat secara senyap-senyap sejak Hari Tahun Baru. The Malaysian Insider difahamkan bahawa pengarang berita akhbar dan televisyen juga diberitahu untuk memainkan cerita ekonomi yang positif dan bantahan komuniti perniagaan terhadap perhimpunan jalanan seperti perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hujung minggu ini di Stadium Merdeka. "Menteri mahu kami 'melembutkan hati rakyat' 'dengan berita positif dan program, "kata seorang eksekutif media yang menghadiri mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. "Tumpuan adalah lebih kepada masyarakat Cina dan India kerana BN merasakan tidak mendapat sokongan yang cukup daripada mereka," tambah eksekutif tersebut. BN mengalami kekalahan bersejarah pada pilihan raya 2008, kehilangan empat negeri dan lebih satu pertiga daripada 222 kerusi parlimen kepada beberapa parti pembangkang - kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat (PR) di bawah bekas timbalan perdana menteri yang dipecat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perubahan undi dikaitkan dengan rasa tidak puas hati meluas di kalangan masyarakat Cina dan India, yang membentuk minoriti signifikan dalam negara 28 juta penduduk. Tetapi pakatan pembangkang sukar untuk mengembangkan pengaruh melalui media massa kerana kerajaan mengawal radio dan televisyen kebangsaan Radio Televisyen Malaysia (RTM), agensi berita Bernama dan cabangnya Bernamatv dan Radio24. Kementerian Rais juga bertanggungjawab kepada perlesenan penyiar swasta seperti Syarikat Televisyen Malaysia Bhd (STMB), Astro, TV AlHijrah dan stesen radio swasta. Difahamkan menteri telah meminta senarai program-program positif yang akan disiarkan dalam beberapa bulan akan datang menjelang pilihan raya 2013 yang kini dijangka akan diadakan sebelum minggu pertama April. Mandat untuk kerajaan BN tamat pada 28 April ini tetapi pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan pilihan raya lebih awal. "Menteri mahu senarai program yang akan dikemukakan kepada kepimpinan BN," kata seorang lagi eksekutif media yang menghadiri mesyuarat sama. Tetapi eksekutif tersebut berkata terdapat kekeliruan oleh kerana kebanyakan kumpulan media sudah mengemukakan berita dan program-program mereka kepada Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini. "Terdapat terlalu ramai orang yang meminta senarai itu tetapi menteri menegaskan kita perlu menghantarnya semula," katanya. The Malaysian Insider difahamkan BN sudah menubuhkan bilik perang pilihan raya di Putrajaya, memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti media termasuk Jelajah Janji Ditepati - dianjurkan oleh TV3 dari STMB, yang merupakan sebahagian daripada Media Prima Bhd, kumpulan media dikaitkan dengan parti dominan BN, Umno. Bilik perang pilihan raya juga mengendalikan aktiviti siber, termasuk membayar rombongan cybertroopers untuk memastikan BN dapat bersaing dengan PR yang telah menggunakan rangkaian sosial dan laman web untuk kesan lebih besar. Walaupun adanya operasi itu, kementerian Rais sudah terbukti lebih berkesan dengan program-program di RTM dan mendapatkan penyiar swasta untuk menggeluarkan berita positif kerana kebanyakan pengundi di kawasan luar bandar masih bergantung kepada televisyen dan radio untuk berita dan maklumat mereka. Malaysia mempunyai penembusan jalur lebar di bawah 70 peratus manakala tiga daripada lima isi rumah melanggan pembekal televisyen satelit Astro – turut mempunyai RTM, TV3 dan stesen tempatan lain-lain yang dikawal ketat. "Kerajaan tahu bahawa orang masih menonton televisyen dan mendengar radio jadi ini pengaturcaraan positif boleh membuahkan hasil, "kata eksekutif televisyen tempatan yang berkata meja perniagaan beliau telah diminta untuk menyiarkan lebih banyak berita ekonomi positif. Beliau mengatakan, rakan-rakan di media cetak juga diminta untuk melakukan tinjauan pendapat dari orang ramai, pemandu teksi, bas, dan peniaga bagi menunjukkan penghinaan mereka kepada perhimpunan jalanan yang sering dianjurkan oleh pembangkang untuk pelbagai sebab. "Putrajaya mahu kita menunjukkan bahawa rakyat perlu menghormati Akta Perhimpunan Aman dan bukan protes semata-mata hujung minggu ini kerana ia boleh menyebabkan kesukaran ekonomi," tambah eksekutif tersebut. Polis dan pengurusan Stadium Merdeka sudah meluluskan perhimpunan, pertama kali dalam sejarah kerana perhimpunan sebelumnya telah diharamkan dan menyebabkan kepada keganasan. Penganjur perhimpunan bagaimanapun berhujah bahawa protes itu sebenarnya meningkatkan perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil dan syarikat-syarikat pengangkutan awam. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan