Addin |
- Rancangan Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Popular Di Astro Mengalahkan Maharaja Lawak
- Ustaz Azhar Idrus Sokong Umno
- Bekas Ketua Pemuda Umno Berceramah Di Pentas PAS
- Ustaz Azhar Idrus Di Pilih Sebagai Personaliti Pilihan Pembaca Sinar Harian Online
- Rafizi Beli Saham Boustead Untuk Henti Pembelian Gila
- Gambar 10 Ribu Penyokong Umno Hadiri Ceramah Ustaz Fathul Bari
- Buku Kontroversi Deepak Tersebar..
Rancangan Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Popular Di Astro Mengalahkan Maharaja Lawak Posted: 01 Jan 2013 09:24 AM PST Sumber2 dari Astro Oasis (AO) memaklumkan bahawa rancangan paling popular di Astro Oasis sekarang ini ialah Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus. Penonton tetapnya adalah 700 ribu orang dan siaran ulangannya juga tinggi iaitu 600 ribu orang.Jauh mengalahkan rancangan Astro yang lain termasuk Maharaja Lawak. Allahuakbar... Islam semakin bersinar di Bumi ku Ya Allah.Terima kasih banyak2 Astro Oasis kerana bagi peluang kepada UAI ke udara. Syukur Alhamdullilah. Sumber ~FB Ustaz Azhar Idrus |
Posted: 01 Jan 2013 08:04 AM PST Punyalah terdesak UMNO nak yakinkan dirinya serta cuba memujuk dan menyejukan hati para pendokong, penyokongnya yang sedang pucat lesi, gelabah, panik dan menggigil kepala lutut dalam menghadapi PRU 13 bertemu dengan PAS/PKR/DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat. Sanggup menipu dan memfitnah dengan menyatakan kononnya Ustaz Azhar Idrus penyokong UMNO/BN. Sanggup tempelkan gambar kehadiran rakyat malam tadi di Dataran Merdeka Shah Alam anjuran kerajaan negeri PKR/PR Selangor dibawah pimpinan Datuk Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Ibrahim, sempena ambang tahun baru 2013. FITNAH DAN TIPU TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DENGAN UMNO... ~omakkau Addin : Sejak bila UAI sokong Umno.. tengok video AMANAT UAI sempena PRU 2008 di sini. |
Bekas Ketua Pemuda Umno Berceramah Di Pentas PAS Posted: 01 Jan 2013 01:16 AM PST Dr.Zaiyadi Awang Noh adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan dan pernah bertanding di Parlimen Bachok atas tiket BN tapi kalah kepada PAS, kini dilantik oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi AMANAH Negeri Kelantan dalam satu majlis anjuran UTTV Cakna UT di Kelantan Trade Center KTC pada tahun 10 April 2012 lalu. Seorang yang masih berpengaruh di Bachok yang mana ibu beliau adalah bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Bachok. Zaiyadi telah di 'tohok' atau dibuang dari berperanan oleh UMNO Negeri Kelantan dan UMNO Bachok kerana bimbang ketokohan beliau akan terserlah dari pemimpin UMNO Negeri Kelantan yang lain sekiranya Zaiyadi diberi tempat dan peranan yang berguna dalam UMNO. Baru-baru ini Zaiyadi telah mengadakan program ceramah atas pentas AMANAH di Bachok yang mana lebih 5000 orang hadir mendengarnya, sambutan yang mengalakkan itu telah memberi semangat kepada Zaiyadi untuk terus turun ke gelanggan bagi menyebarkan isu-siu yang mesti diketahui oleh rakyat khasnya rakyat Bachok kenapa UMNO tidak boleh disokong lagi. Zaiyadi masih lagi ahli UMNO walaupun beliau dilihat telah secara terbuka mengutuk kepimpinan PM Dato' Najib Tun Razak dan Dato' Awang Adik Husein, Ketua UMNO Bahagian Bachok. Apa masaalah sebenar yang membuat beliau begitu berani menghentam UMNO dan Dato' Awang Adik Husein belum dijelaskan oleh beliau. Maka PAS Bachok akan memberi pentas kepada Zaiyadi Awang Noh pada 10hb. Januari 2013 ini iaitu hari khamis malam jumaat bertempat dikampung halaman Zaiyadi sendiri untuk memberi peluang kepada Zaiyadi memberi tahu orang Bachok khasnya kepada keluarga besar beliau yang masih menyokong UMNO kenapa beliau benar-benar benci kepada UMNO. Adalah satu keputusan yang tepat sekiranya pada malam tersebut Zaiyadi akan terus mengulangi kata-kata beliau bahawa dalam UMNO sekarang ini banyak perkara yang busuk sedang berlaku dan menjawab apa yang Dato' Zahid Hamidi memberi tahu orang UMNO Bachok dulu. Yang paling dinanti-nanti oleh rakyat Bachok sekarang ini tak kira orang PAS, UMNO atau pun PKR serta atas pagar mereka semuanya mahu mendenagr dari mulut Zaiyadi sendiri tentang prinsip kepartian beliau, adakah beliau masih mahu 'bertawakuf' atau bersama dengan rakyat untuk menentang kerajaan yang zalim dan mungkar,. Rakyat Bachok tidak mahu Zaiyadi berselindung disebalik 'Tawakuf" dan berharap pada malam tersebut rakyat mahu lihat 'kejantan' Zaiyadi berpolitik. Rakyat Bachok kini mahu melihat perkara yang tersurat kerana rakyat Bachok dah bosan dengan yang tersirat. Percayalah Zaiyadi mampu melakukannya sekiranya beliau masih ada darah perjuangan daripada Mak Su Limah. Sekiranya pada malam tersebut Zaiyadi berani istihar keluar UMNO maka bertambahlah bekas pemimpin UMNO Kelantan keluar UMNO untuk bersama-sama PR bagi menentukan Kelantan terus dibawah kerajaan pimpinan ulama yang diketuai oleh YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. dan Malaysia dibawah kerajaan PR. ~newkk |
Ustaz Azhar Idrus Di Pilih Sebagai Personaliti Pilihan Pembaca Sinar Harian Online Posted: 31 Dec 2012 11:30 PM PST Sebelum menutup lebaran 2012, kami tanyakan kepada pembaca Sinar Harian Online peristiwa paling menarik yang tidak dapat mereka lupakan sepanjang tahun ini. Kami juga ajukan kepada pembaca, personaliti yang mereka rasakan paling menyerlah sepanjang tahun 2012 ini. Si Tanggang Budiman memilih Ustaz Azhar Idrus sebagai personaliti paling menyerlah pada tahun 2012. "Personaliti terbaik dan terpuji pada Ustaz Azhar Idrus, tapi personaliti terburuk 'hampeh' jatuh kepada Anwar Ibrahim," tulis beliau. Pendapat sama turut dikongsikan oleh Razman Rashid."Personaliti terpilih tahun ni jatuh kepada Ustaz Azhar Idrus," tulis beliau.Aisyah Sofiyah Suhaimi juga turut bersetuju, "sokong," tulisnya ringkas. Bro Otai pula berpendapat "berita terburuk penyenaraian FGV (Felda Global Ventures), pendedahan Deepak dan Musa Hasaan juga perasmian kapal tentera laut oleh Rosmah dan pengumuman penggantungan AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik). Sementara personaliti pilihan beliau pula ialah Tan Sri Musa Hassan, Ustaz Azhar Idrus dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan. Pembaca yang menggelarkan dirinya sebagai Julutalqin Umno pula mengatakan "wujud pengasingan halus antara unsur ulama dengan unsur iblis secara global. "Semakin hari pertembungan dua pihak ini makin jelas sehingga ke tahap kemuncaknya masing-masing. Bagi Malaysia, kita akan menyusuli reformasi Turki-Mesir, Tunisia-Libya iaitu ulama kembali dimartabatkan, Islam syumul didaulatkan. Pusara diktator BN telah pun siap untuk pengisiannya," ujarnya. Sementara ada juga pembaca yang memilih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Tidak kurang juga ahli perniagaan yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, Deepak. Sambil berkata isu hudud menarik perhatiannya, Shahril Anuar Bahari pula berpendapat, "personaliti kegemaran saya pula sudah pasti Datin Seri Rosmah Mansor." ~sinar |
Rafizi Beli Saham Boustead Untuk Henti Pembelian Gila Posted: 31 Dec 2012 10:45 PM PST KUALA LUMPUR 31 Dis: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan beli satu saham Boustead Holdings Bhd (Boustead) untuk membolehkannya mempunyai kepentingan bagi pihak bekas anggota tentera yang mencarum dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).Ini berikutan Boustead tidak membenarkan pencarum LTAT menyemak dokumen perjanjian jual beli tanah dan syarikat milik Deepak Jaikishan dan Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Raja Abdullah bernilai RM160 juta. "Boustead adalah milik LTAT. Pencarum LTAT, iaitu bekas anggota tentera ada hak untuk periksa dokumen."Selepas ini saya akan jadi pemegang saham Boustead. Kita akan semak perjanjian dan berusaha untuk hentikan pembelian gila menggunakan duit pencen tentera," tegas Rafizi.Terdahulu, lobi Menara Boustead di Jalan Raja Chulan kecoh apabila seorang pegawai syarikat berkenaan berkata, LTAT tiada kena mengena dengan Boustead. Menurut pegawai tersebut, hanya pemegang saham berdaftar syarikat itu dibenar akses dokumen syarikat berkenaan.Ia mengundang kemarahan kira-kira 20 bekas anggota tentera diketuai Rafizi.Mereka menunggu hampir sejam untuk masuk ke ibu pejabat Boustead itu sejak 1 petang tadi bagi menyemak dokumen perjanjian jual beli."Siapa kata LTAT tidak ada kepentingan dalam Boustead? Kalau tak ada LTAT dan tak ada caruman bekas anggota tentera, Boustead sendiri juga tidak wujud," kata Presiden Kerabat Kebangsaan, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar."LTAT ada pegangan majoriti dalam Boustead. Kita datang cara baik, sepatutnya mereka urus cara baik," tegasnya memaklumkan, akan mengadakan program khusus penerangan isu ini ke seluruh negara. ~kd |
Gambar 10 Ribu Penyokong Umno Hadiri Ceramah Ustaz Fathul Bari Posted: 31 Dec 2012 07:10 PM PST Ceramah Hebat dengan tajuk yang hebat dari penceramah UMNO Fathul Bari yang mewakili ILMU di Lembah Klang baru-baru ini. Tengok macam hebat tapi akhirnya di hadiri hanya beberapa kerat penduduk bandar tun razak. Jelas rakyat sudah tolak umno bn tetapi mereka masih syok sendiri. Di upah ilmuan untuk menarik rakyat terhadap umno namun masih gagal. Rakyat semakin bijak menilai namun pemimpin umno serta pencacainya masih di selubungi kebodohan.. |
Buku Kontroversi Deepak Tersebar.. Posted: 31 Dec 2012 04:17 PM PST KUALA LUMPUR: Buku yang berkaitan dengan penukaran Akuan Bersumpah P Balasubramaniam (PI Bala) dari SD kepada SD-2 mula tersebar hari ini dengan tajuk "The Black Rose - Black Rose 1.0". Harakahdaily mula menerima buku itu hari ini.Sebelum ini, peniaga karpet, Deepak Jaikishan berjanji akan menerbitkan sebuah buku selepas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerbitkan bukunya. Namun ketika dihubungi, Deepak enggan mengesahkan buku ini ditulis dan diedarkan oleh beliau.Buku kecil 26 muka surat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu menamakan Spirit of Altantunya's sebagai penulisnya.Dengan menggunakan nama samaran bagi setiap watak yang terlibat yang skandal ini, buku ini menceritakan bagaimana SD-2 PI Bala boleh dikeluarkan. Selain cerita bagaimana SD kedua dibuat, dalam buku ini juga dimasukkan beberapa dokumen yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembelian barangan berharga mahal.Sehingga kini, Deepak telah membuat beberapa pendedahan melalui media alternatif termasuk Harakahdaily. Setiap kali temubual beliau dengan Harakahdaily disiarkan, Deepak akan menerima tindakan dari pelbagai pihak.Selepas wawancara disiarkan Harakahdaily buat pertamanya pada 27 November lalu, Deepak terpaksa meletakkan semua jawatannya dalam 66 buah syarikat. Selepas wawancara kedua disiarkan dalam Harakahdaily pada 22 Disember, Deepak menerima surat dari sebuah syarikat guaman terkenal, Shane & Delamore bagi pihak sebuah bank.Salah seorang adik Perdana Menteri, Datuk Johari Abdul Razak adalah pemilik utama syarikat guaman ini. Wawancara dalam bentuk video itu disiarkan pada tengahari, manakala pada sebelah petangnya Deepak menerima surat yang melibatkan wang sebanyak RM30 juta itu.Pada hari yang sama, Deepak memberitahu Malaysiakini, beliau akan menerbitkan buku bagi menjawab buku Datin Seri Rosmah. Namun, dengan pelbagai tekanan ini, menurut sumber, Deepak masih bertahan dan melawan balik.Beliau dikatakan akan membuat satu lagi sidang media penting petang esok. ~harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan