Nuffnang

Pengikut

bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


'Amanat Haji Hadi tak pernah kafirkan Umno'

Posted: 23 Dec 2012 12:05 AM PST

Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi 'amanat' itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.

Beliau kemudian membacakan sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

"Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.

"Inilah yang dikatakan putar belit media Umno," katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam.

Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.

"Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir," katanya.

Tambahnya lagi, budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.

"Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir," tegasnya.


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MALAM INI (AHAD-23 DIS) - KONGSI PENGALAMAN PESERTA BERJALAN KAKI DALAM PROGRAM DI KG TENGAH, KUANTAN BERSAMA PAK JABIT DAN SAMM PAHANG

Posted: 22 Dec 2012 10:55 PM PST


MALAM ini marilah kita bersama-sama ke Kg Tengah, Kuantan untuk mendengar pengalaman peserta berjalan kaki Kumpulan Hijau Anti Lynas yang telah berjalan kaki sejauh 300 KM dari Kuantan ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tentu banyak sekali pengalaman, suka, duka, pahit dan manis sepanjang perjalanan lebih kurang 2 minggu itu.  Program malam ini akan bermula jam 09.00 malam di Warung Mok Teh, Kg Tengah, Kuantan.

Ayuhh...kita berjumpa di sana!!

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


[Video] Shamsul Iskandar - Poskad Tanya Rosmah Mansur

Posted: 23 Dec 2012 10:37 PM PST

[Video] Big Bikers desak TV3, Mazidul mohon maaf ... Kami bukan pelesit

Posted: 23 Dec 2012 09:09 PM PST

PRU 13 : Titiwangsa - Tempat pertarungan Melayu bandar

Posted: 23 Dec 2012 09:07 PM PST


December 24, 2012

Rang undang-undang pembangunan Kampung Baru diluluskan pada 2011, bagaimanapun ditarik balik oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. – Gambar fail
Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung menjadi pertempuran hangat oleh kerana dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.
KUALA LUMPUR, 24 Dis — Daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Titiwangsa adalah salah satu yang mempunyai penduduk Melayu tertinggi.
Di dalamnya terletak Kampung Baru, iaitu sebuah kampung berusia lebih dari 100 tahun yang masih mengekalkan kawasan tradisional walaupun berhampiran dengan Menara Berkembar Petronas yang menjadi simbol kemodenan negara.
Dengan 67 peratus pengundi kaum Melayu, Titiwangsa boleh dikatakan kubu kuat kepada Melayu bandar, dan pilihan raya akan datang boleh dilihat sama ada sokongan Melayu bandar bersama Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.

Dr Lo' Lo' Ghazali
Pada pilihan raya lalu, kerusi ini disandang oleh Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS yang menewaskan calon BN Datuk Aziz Jamaluddin Tahir dengan 1,972 undi, tetapi kerusi itu dikosongkan selama 17 tahun berikutan kematian Dr Lo' Lo' akibat daripada penyakit kanser pada 17 Julai 2011.
Dengan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, PAS dilihat mempunyai kelebihan kerana Dr Lo' Lo' merupakan seorang ahli parlimen yang rajin dan popular di kawasannya.
"Arwah merupakan seorang ahli Parlimen yang baik, dan saya percaya orang Kampung Baru akan terus mengenang jasa beliau," kata Omar Abdullah, 57 tahun, seorang pemandu teksi yang berasal dari Kampung Baru.
"Dan ini juga satu cabaran bagi PAS untuk memilih calon yang sebaik Dr Lo' Lo bagi memastikan kebajikan penduduk Parlimen Titiwangsa, khususnya Kampung Baru terbela," kata Omar lagi.
Calon yang disebut-sebut untuk mewakili PAS dalam pilihan raya ini ialah Mejar (B) Abdullah Abdul Wahab, iaitu Pengerusi PAS bagi parlimen Titiwangsa.
Dikenali sebagai Ustaz Lah, beliau merupakan bekas tentera bersara berpangkat Major yang mengambil alih tugas menguruskan kawasan Dr Lo' Lo' selepas kematiannya.
Tetapi satu lagi nama yang disebut-sebut adalah Ahmad Zamri As'sad yang kini menjadi ahli jawatankuasa khas yang menjaga parlimen Titiwangsa selepas kematian Dr Lo' Lo'.
Ahmad Zamri juga mempunyai profail yang tinggi di dalam parti, selain beliau adalah pengerusi kepada lajnah (bahagian) undang-undang dan hak asasi manusia bagi PAS, beliau juga pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru.
Sesiapa sahaja yang dipilih, pengaruh Dr Lo' Lo' menjadi harapan untuk mereka meraih undi pada pilihan raya nanti.
Bagaimanapun, Titiwangsa merupakan kubu kuat BN kerana hanya pada tahun 2008 kerusi tersebut jatuh ke tangan pembangkang.

Datuk Aziz Jamaluddin Tahir
Jika anda memandu di sekitar kawasan parlimen ini, anda dapat melihat poster dan sepanduk yang menunjukkan gambar pemangku ketua bahagian Umno Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau disebut-sebut untuk menjadi calon bagi merampas semula kerusi Titiwangsa menjadi milik BN.
Johari, 48 tahun, dikenali ramai oleh penduduk Titiwangsa memandangkan beliau adalah pengarah pilihan raya bagi BN Titiwangsa pada tahun 1999, 2004 dan 2008.
Beliau kemudian memangku jawatan ketua bahagian selepas perletakan jawatan oleh Datuk Suleiman Abdullah pada Jun 2010.
"Datuk Johari merupakan seorang yang begitu aktif turun ke padang, dan beliau dilihat sebagai seorang yang rajin serta setia mendengar rintihan rakyat," kata seorang ahli Umno cawangan Desa Pandan.
Walaupun Datuk Johari dilihat sebagai calon utama, beliau mempunyai seorang lagi pesaing iaitu Aziz, yang dilihat berpotensi menjadi calon.
Aziz berasal dari Kampung Baru dimana ayahnya merupakan seorang bekas imam di masjid Kampung Baru.
Aziz dikatakan rapat dengan perdana menteri kerana beliau pernah bekerja dengan Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang setiausaha di Kementerian Pertahanan.
Jadi, apakah legasi dari seorang ahli parlimen yang meninggal dunia, atau pengaruh Umno menjadi pilihan penduduk kawasan ini? Jawapannya agak sukar untuk diteka pada masa ini.
Antara isu hangat dibincangkan dalam Parlimen Titiwangsa ini adalah pembangunan Kampung Baru, dimana disinilah terletaknya Kelab Sultan Sulaiman, di mana protes orang Melayu di Kuala Lumpur menentang Malayan Union.
Kawasan kampung ini seluas 90.2 hektar, iaitu sama keluasannya dengan Monaco, di mana lebih 10,000 pemilih tertumpu di kawasan ini, dengan majoriti terdiri dari kaum Melayu, kedua-dua parti menggiatkan kempen mereka di kawasan ini memandangkan ini merupakan pusat petempatan orang Melayu di tengah pusat bandaraya.

Datuk Johari Abdul Ghani
Pada 2012, nilai tanah di Kampung Baru hanya di sekitar RM350 sekaki persegi (0.09 meter persegi) sahaja sedangkan kawasan berhampiran  seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sudah melebihi RM2,000 kaki persegi.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjangkakan nilai tanah di kawasan itu boleh melebihi RM20 bilion jika penduduk menerima konsep pembangunan sepenuhnya.
Rang undang-undang pembangunan Kampung Baru diluluskan pada 2011, bagaimanapun ditarik balik oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.
Ketua Pemuda PAS kawasan Titiwangsa, Suhaimi Abdul Aziz yakin PAS dapat mengekalkan Parlimen Titiwangsa, kerana PAS  memiliki kepimpinan yang mampu bekerja secara kolektif, bukan  kerana individu semata-mata.
"Insya Allah, kami dari PAS Titiwangsa yakin untuk mengekalkan kerusi ini, kerana faktor penduduk bandar, mereka celik maklumat dan kebanyakan pengundi adalah dari tahun 2008," katanya.
Tambah Suhaimi, terdapat pelbagai isu tempatan di parlimen Titiwangsa, namun beliau enggan mendedahkannya.
"Ini adalah senjata kami, jadi kami hanya akan dedahkan selepas parlimen dibubarkan," kata Suhaimi lagi.
Sementara itu, Umno yakin untuk mendapatkan keyakinan semula pengundi Titiwangsa dalam pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pemuda Umno Titiwangsa Idham Yasser.
"Kita yakin dengan program transformasi yang dijalankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diterima rakyat.

TERHOT TERNOW !!!! ... Akhirnya Ummi Hafilda dah nak menikah dengan mamat Pakistan ...

Posted: 23 Dec 2012 07:18 AM PST


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
23 Disember 2012
Ummi Hafilda Ali
Ummi Hafilda Ali
SEJAK penglibatannya dalam pentas politik, Ummi Hafilda Ali tidak putus-putus dilanda kontroversi sehingga ada berita yang mengatakan beliau sudah berkahwin dan bercerai sebelum ini.

Terbaru, Ummi Hafilda, 45 dikhabarkan bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya, seorang pakar terapi kecantikan, Dr Zaman Khan, 33.

Namun katanya, tarikh dan lokasi perkahwinan terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan.

"Dalam waktu terdekat ini saya akan melangsungkan majlis perkahwinan. Tarikh dan tempat sudah ditetapkan. Mungkin dalam dua atau tiga minggu lagi.

"Tetapi saya terpaksa merahsiakannya buat masa sekarang atas faktor keselamatan, memandangkan saya ada ramai musuh politik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ummi Hafilda yang tidak menyangka perkenalan singkat dengan lelaki kelahiran Pakistan itu sampai ke tahap merancang perkahwinan.

Jatuh cinta pandang pertama membuatkan Dr Zaman Khan tidak teragak-agak melahirkan hasrat untuk menyunting Ummi meskipun beliau menolak berkali-kali atas faktor usia.

"Bagi saya, perkahwinan ini terlalu awal, tetapi dia berjaya meyakinkan ibu saya, malah dia mengambil berat terhadap ibu saya. Ini yang menyentuh hati saya.

"Dua perkara yang membuatkan saya tertarik pada dia. Pertama, dia mengambil berat terhadap keluarganya dan keluarga saya. Kedua, dia menjaga solat," katanya yang mungkin bakal berbulan madu di Eropah.

Ummi Hafilda merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ketika ditanya sama ada Azmin bakal dijemput, Ummi menjawab, "saya tak nak jadi hipokrit. Saya tak dapat menjemput dia bukan kerana politik."

"Kalau saya jemput pun dia tak akan hadir. Sedangkan anak saudara kami berkahwin pun dia tidak hadir... pergi majlis orang lain boleh.

"Malah, dia sudah anggap saya musuh, bukan adik," jelasnya.

Menurut Ummi Hafilda, aktiviti politiknya tidak akan terhenti selepas berkahwin memandangkan itu prioriti utamanya.

"Saya sudah jelaskan pada bakal suami bahawa hal berkaitan parti adalah prioriti saya, peribadi jatuh nombor dua atau tiga.

"Saya tetap akan aktif berpolitik dan alhamdulillah, dia faham," katanya yang pernah membawa Dr Zaman ke salah satu ceramah politiknya sebelum ini.

Cerita Ngeh dan Nga di Perak ... Jangan la wei PRU dah dekat ... Kalau tak betul saman jer la

Posted: 23 Dec 2012 04:03 AM PST


December 23, 2012

Ngeh dituduh terlibat dalam pertukaran tanah untuk jawatan MB minggu lalu. – Gambar fail
GEORGE TOWN, 23 Dis—Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mesti menerangkan kepada pimpinan parti tentang penglibatan beliau dengan syarikat pembalakan dikatakan menerima tawaran dari kerajaan negeri PAS Kelantan sebagai pertukaran dengan jawatan menteri besar (MB) Perak, kata pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini.

Karpal berkata, Ngeh yang mengaku sebagai pengarah dalam syarikat tersebut, mesti memberi keterangan kepada kepimpinan parti yang akan membuat keputusan selepas penerangannya.
"Ini adalah isu yang serius, jadi beliau mesti menerangkan kepada kepimpinan parti," kata Karpal dalam sidang medianya hari ini.
"Nasihat saya kepada pemimpin DAP, supaya elakkan diri dari kedudukan yang mengakibatkan persepsi salahlaku," kata peguam dan ahli parlimen itu.
Ngeh, bersama sepupunya Nga Kor Ming, yang juga pemimpin DAP Perak dan ahli parlimen Taiping, dituduh terlibat dalam pertukaran tanah untuk jawatan MB minggu lalu oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dalam sidang dewan.
ADUN BN Perak itu mendakwa Ngeh dan Nga dianugerahkan tanah bernilai RM30 juta sebagai pertukaran dengan jawatan MB yang disandang oleh Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya 2008.
DAP, PAS dan PKR membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) yang akan bersaing dengan BN dalam pilihan raya akan datang, yang akan diadakan selewat-lewatnya selepas mendat 2008 tamat pada April hadapan.
Semalam, Ngeh memberitahu akhbar The New Straits Times (NST) beliau dan Nga melabur di dalam projek tersebut tetapi menafikan kerana pertukaran dengan jawatan MB.
Ngeh beberapa hari lalu memberitahu wartawan bahawa beliau dan Nga melabur di atas jemputan klien mereka Upaya Padu Plantations Sdn Bhd.
Beliau berkata penjanjian jual beli tanah tersebut ditandatangani pada 3 Mei 2006, dua tahun sebelum pilihan raya 2008.
Ngeh dan Nga, yang juga ADUN di Perak, dimana Ngeh adalah ADUN Sitiawan manakala Nga pula ADUN Pantai Remis.
Ngeh memberitahu bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah dan beliau akan memikirkan untuk menyaman mereka yang menfitnah dirinya dan Nga.

Polis cari bomoh 'ustaz Walid', rogol gadis 12 tahun

Posted: 23 Dec 2012 01:46 AM PST


Polis buru bomoh disyaki rogol gadis 12 tahun

23 Disember 2012
ALOR SETAR - Polis Kota Setar sedang memburu seorang lelaki berusia 64 tahun yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur ketika mangsa mendapatkan rawatan tradisional daripadanya, dalam kejadian tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Md Jan berkata polis menjejaki suspek yang dikenali sebagai 'Walid' itu sejak Februari lepas, susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa.
Gadis berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol beberapa kali oleh bomoh tersebut ketika menjalani rawatan membuang sihir, di sebuah rumah sewa di Taman PKNK, Jalan Sultanah di sini antara September dan November lepas, katanya di sini hari ini.
Katanya polis mendapati suspek sudah berpindah keluar daripada rumah sewanya yang turut dijadikan pusat rawatan dan dipercayai berada di luar daerah ini.
Sementara itu, ibu mangsa yang ditemui pemberita, berkata anak saudaranya yang berusia 16 tahun juga mendakwa dicabul bomoh tersebut ketika menemani sepupunya menjalani rawatan berkenaan.
Dakwanya setiap kali rawatan, lelaki tersebut akan meminta untuk bersendirian dengan anak gadisnya di dalam sebuah bilik, kononnya bagi melancarkan proses rawatan.
"Selepas beberapa kali jalani rawatan anak saya cerita perkara sebenar yang dia dirogol oleh pengamal perubatan itu dan terus membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
"Doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan anak saya," katanya.- Bernama

Bomoh rogol murid tahun enam
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
23 Disember 2012
Bomoh rogol murid tahun enam
Asmah (kiri) bersama anaknya menunjukkan surat pengesahan hospital dan laporan polis.
ALOR SETAR – Seorang murid perempuan tahun enam di sini trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah bomoh bergelar 'ustaz' apabila dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, sejak awal tahun lalu.

Lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan mengambil kesempatan melampiaskan nafsu selepas mangsa ditinggalkan ibunya kepada 'ustaz' berkenaan di rumah itu untuk sesi rawatan pada waktu pagi sebelum menjemputnya pada waktu tengah hari.

Ibunya, Asmah, 47, (bukan nama sebenar) berkata, dia tidak menyangka anaknya menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu kerana beranggapan lelaki itu akan cuba membantu anaknya yang didakwanya mempunyai sejenis penyakit dalam badan.

Katanya, dia hanya dapat tahu perkara itu selepas anaknya menceritakan peristiwa hitam itu kepada sepupunya sebelum diberitahu kakaknya.

"Masa itu saya nak buat rawatan kepada mak sebab badan dia sering gatal. Selepas dapatkan rawatan, penyakit mak pulih. Pada masa sama, lelaki itu turut memberitahu anak saya alami sejenis penyakit dalam badan dan perlu rawatan secepat mungkin.

"Saya memang tidak sangka lelaki itu tergamak buat macam ini kepada anak saya sebab saya beranggapan dia akan tolong anak saya betul-betul. Boleh dikatakan selang sehari saya dapatkan khidmat daripada lelaki itu untuk ubati penyakit anak," katanya.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa anaknya perlu dimasukkan ke dalam sebuah bilik tanpa teman untuk elak gangguan semasa sesi rawatan.

"Percaya dengan kata-kata itu, saya pun tunggu di ruang tamu. Selepas sesi rawatan, 'ustaz' itu memaklumkan anak saya mempunyai penyakit misteri, iaitu terdapat batu dalam badannya dan perlu dikeluarkan melalui kemaluan.

"Pada suatu hari, dia sekali lagi minta saya hantar anak ke rumahnya untuk selesaikan rawatan sepenuhnya. Kemudian, saya hantar anak ke rumah lelaki itu sambil ditemani sepupunya,  namun lelaki itu menghalau kami pulang kerana membawa teman. Dakwanya kalau bawa teman rawatan tidak boleh dilakukan.

"Bagaimanapun, selang dua minggu kemudian, lelaki itu menghubungi saya dan meminta anak saya datang ke rumah itu secepat mungkin untuk menyelesaikan penyakitnya dan dibenarkan bawa teman. Saya pun tinggalkan anak dan anak saudara yang berumur 16 tahun di rumah itu sebelum menjemput mereka pada waktu tengah hari selepas selesai waktu bekerja," katanya.

Asmah berkata, dia tidak sangka peristiwa hitam itu akan berlaku setelah anaknya memaklumkan dirinya dirogol lelaki itu sementara anak saudaranya pula dicabul kemaluannya sepanjang berada di rumah itu.

"Selepas mengetahui perkara itu, saya bawa anak dan anak saudara ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan. Doktor yang merawat turut mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.

"Saya tidak puas hati dengan perbuatan lelaki itu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar supaya anak saya mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.

Asmah turut merayu polis bertindak segera kerana laporan sudah dibuat sejak tahun lalu.

SPRM hanya bertindak ke atas 'ikan bilis' bukan 'jerung' - Datuk Saifuddin

Posted: 23 Dec 2012 01:14 AM PST


SHAH ALAM  -  Meskipun menyifatkan syor menapis latar belakang bakal calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baik, Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan masa yang sesuai berbuat demikian.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan itu, tetapi SPRM masih berhadapan dengan "krisis kewibawaan" dan oleh itu, tidak sesuai untuk tujuan tersebut.
Saifuddin berkata, kegagalan SPRM menyelesaikan kes "ikan jerung" berbanding "ikan bilis" menunjukkan badan itu mengalami "krisis kewibawaan."
"Saya alu-alukan cadangan itu, namun masalahnya siapa yang menjadi badan untuk menapis calon-calon itu?
"SPRM dilihat sekarang ini sedang mengalami krisis kewibawaan dalam melaksanakan tugas, mereka hanya selesaikan kes-kes ikan bilis seperti aduan guru memberi rasuah, namun kes-kes ikan jerung masih belum ada tindakan dibuat, apa jaminan SPRM akan  bertindak dengan berwibawa?" katanya kepada Sinar Harian Online.
Kelmarin, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) meminta semua parti menghantar nama calon yang akan bertanding dalam PRU13 untuk ditapis atau melalui proses pemeriksaan SPRM.
Menurut Pengerusi PPPR, Datuk Johan Jaafar, cadangan itu bagi memastikan calon-calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah, selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti yang akan bertanding.
"Kita mengambil semangat bahawa semua parti telah menyatakan sokongan untuk memerangi gejala rasuah. Maka itu, kami mengharapkan sokongan semua pihak dalam soal ini," katanya.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PKR ingin mengemukakan cadangan balas supaya badan lain ditubuhkan untuk menyemak atau menilai bakal calon  supaya lebih adil dan berwibawa, seperti Institut Integriti Malaysia.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, cadangan yang dikemukakan PPPR dapat membantu rakyat menilai bakal calon.
Menurutnya, DAP tidak mempunyai halangan untuk menghantar nama calon yang telah diputuskan parti selepas proses penamaan calon dilakukan.
"Kita setuju dengan cadangan PPPR, namun mesti tengok masa yang sesuai.
"Kita akan hantar nama selepas penamaan calon dibuat," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, cadangan itu baik bagi parti yang memerlukan bantuan daripada pihak lain untuk memastikan calon mereka "bersih" daripada rasuah.
Bagaimanapun, beliau berkata, Pas tidak memerlukan bantuan pihak lain untuk perkara itu kerana pemilihan calon daripada parti bebas gejala rasuah.
"Kita tak perlukan bantuan luar untuk menilai calon kita, kita juga tak ada masalah itu.
"Ini mungkin membantu parti lain bermasalah dan mahukan calonnya ditapis supaya tidak terlibat di dalam rasuah.
"Lagipun bila masanya perkara itu akan dibuat… kita tak mahu mendedahkan calon kita," katanya.
Mustaffa juga berkata, cadangan yang dinyatakan itu tidak boleh diwajibkan kepada semua parti untuk menghantar senarai nama calon bagi melakukan semakan rasuah. -sinarharian

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Masa Depan Pas Kelantan 20 Tahun Akan Datang

Posted: 23 Dec 2012 08:48 PM PST

Pengenalan:

Selalu orang bertanya siapa akan memimpin Kelantan selepas Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ada beberapa nama disebut-sebut tetapi tiada siapa pula berani menegaskan nama disebut itu akan jadi MB. Ironisnya pula Timbalan Menteri Besar Kelantan, selalunya akan ternafi ditengah jalan. Keadaan ini menjadi kenan dan menyebabkan persoalan siapa MB selepas Nik Aziz menjadi tanda tanya. Catatan kecil ini akan cuba merungkaikan permasalahan. "

Walaupun Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat nekad untuk berjuang sampai ke akhir hayatnya dalam PAS, dan sanggup mati di atas kerusi pemerintah atas alasan kerana Umno berdegil mempertahankan doktrin sekularismenya, tetapi hakikatnya beliau akan berhenti juga bila sudah sampai masanya nanti. Masa untuk itu sebenarnya sudah terlalu hampir dan rapat.

Nik Aziz: tidak menyebut penggantinya secara jelas.
Mengenai semangat dan nekadnya tidak siapa boleh menafikan. Saya sendiri yakin dia akan meneruskan nekad murni itu. Mungkin cita-citanya 'syahid' dalam perjuangan adalah rahsia yang tidak terucap kepada umum dan menjadi rahsia peribadinya.

Walaupun selepas pilihan raya ke- 13 nanti beliau dikatakan tidak akan meneruskan tugasnya, sebagai MB, tetapi saya percaya selagi Nik Aziz mampu mengangkat tangannya ke atas untuk angkat sumpah, beliau akan terus menjadi MB. Alasannya mudah, PAS masih memerlukan dia.

Apakah selepas ini, kalau tertakdir PAS menang besar, alasan ataupun keperluan itu masih berlaku; PAS mahukan Tokguru? Firasat saya mengatakan ia tetap akan berlaku.




Sebabnya tidak akan ada sesiapa tergamak untuk mengatakan; Tokguru, silalah berhenti locing sudah berbunyi. Tidak akan ada walaupun beliau sangat letih dan berhajat begitu untuk menyudahi game seterusnya dan menamatkan permainan. Bukankah ini satu penganiayaan dan zalim? Ketaksuban dan rasa sayang kepadanya begitu tinggi. Kerana itu bila ada yang tersalah cakap, atau ikhlas cakap memberi nasihat orang itu akan menjadi mangsa kritikan dan dicemuh.
Read More / Baca Lagi >>

Timbalan menteri gembira Umar dibenar ikat jamin

Posted: 23 Dec 2012 08:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah gembira aktivis pelajar "Occupy Dataran", Umar Mohd Azmi dibenarkan ikat jamin dan dibebaskan.
"Saya bersyukur kerana Umar dibenar ikat jamin. Ini kerana lazimnya dalam kes-kes seperti ini, memang dibenarkan ikat jamin.
"Lagipun, ada kes yang lebih besar juga dibenar ikat jamin," kata Saifuddin apabila dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.
Saifuddin berkata beliau berharap proses rayuan Umar di Mahkamah Rayuan akan berjalan lancar, dan dalam pada masa sama memahami perasaan rakan-rakan dan penyokong yang bersolidariti bersama Umar.
"Kepada mereka, saya harap agar bertenang dan biarkan rayuan berjalan mengikut prosesnya," katanya.
Sementara itu, aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Hamid berpendapat keputusan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara kepada Umar adalah sesuatu yang silap kerana Umar tidak melakukan sebarang jenayah.
"Bagi saya, apa yang terjadi ini adalah satu keputusan yang silap kerana mengheret pelajar ke penjara, kerana Umar ini masuk penjara bukan hisap dadah, merogol atau lakukan jenayah, tetapi berdemo untuk memperjuangkan hak pelajar," katanya kepada The Malaysian Insider.
Adam turut berharap peristiwa ini dapat membakar semangat kawan-kawan untuk terus berjuang, dan merupakan satu pengalaman kepada Umar untuk memperjuangan hak pelajar.
Umar dihukum penjara selama satu bulan selepas mahkamah mendapati beliau bersalah pada April lalu, ketika menyertai demonstrasi "Occupy Dataran", di Dataran Merdeka.
Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah kelam kabut kendali saman AES, mangsa diarah pulang

Posted: 23 Dec 2012 08:45 PM PST

TAIPING 24 Dis: Mahkamah pertama yang mengendalikan kes saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hari ini 'kelam kabut' apabila pendengarannya terpaksa dibatalkan kerana senarai kes itu tiada dalam rekod.
Menurut peguam yang mengendalikan kes tersebut, Fitri Asmuni, mengikut surat yang dihantar kepada lima mangsa saman, mereka dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret Taiping bagi pendengaran yang dijadualkan bermula jam 8.45 pagi tadi.
"Hari ini tiada pendengaran ataupun keputusan. Mangsa saman diarahkan pulang. Kes saman langsung tidak dimasukkan dalam senarai kes untuk didengar di mahkamah.
"Ini kerana surat saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tapi sehingga hari ini, mahkamah tidak menerima apa-apa senarai kes melibatkan saman AES.
"Dalam rekod yang kita terima, hari ini ada lima mangsa akan mendengar kes mereka di sini," katanya kepada Keadilan Daily.
Bagaimanapun Fitri berkata, kemungkinan mahkamah akan memanggil semula mangsa kerana saman tersebut tidak digugurkan.
"Mahkamah hanya suruh mereka (mangsa saman AES) pulang tanpa memberitahu tarikh baru pendengaran. Kemungkinan besar mereka akan dipanggil semula kerana saman tidak digugurkan.
"Mungkin juga ini ada kaitan dengan kenyataan Peguam Negara berhubung penangguhan kes AES di mahkamah," kata Fitri yang juga Ahli Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham).
Read More / Baca Lagi >>

Tiada tangkapan, serangan samseng Umno ke atas Pakatan dapat restu BN

Posted: 23 Dec 2012 08:44 PM PST

KUALA LUMPUR 24 Dis: Keengganan polis untuk mengambil tindakan ke atas samseng Umno yang menyerang program Pakatan Rakyat dan bas Jelajah Merdeka Rakyat bagai skrip yang dirancang kerajaan BN supaya lebih banyak insiden serupa berlaku.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sikap polis yang membisu tanpa siasatan seumpama mendapat restu kerajaan.
"Polis membisu seperti sandiwara yang skripnya sudah disiapkan Umno BN. Walaupun kejadian sering berulang, hakikatnya polis hanya membisu selepas menerima laporan mengakibatkan samseng Umno semakin galak menyerang Pakatan," katanya ketika dihubungi.
Shamsul berkata, polis hanya bersandiwara kononnya mahu segera menyiasat serangan tersebut, tetapi hingga kini tiada satupun tindakan diambil.
"Polis sebenarnya tidak serius. Pada awalnya nampak serius. Akhirnya tiada satupun siasatan dan tangkapan dibuat," katanya.
Dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Dataran Shahbudin, Kampung Gombak Utara 4 Disember lalu, samseng Umno yang sebahagian besarnya pesilat lincah membuat provokasi dengan mengganggu perjalanan ceramah yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Diketuai Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, mereka tidak menghirau kehadiran anggota polis, seolah-olah pihak berkuasa itu di pihak mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Dead civilians as Assad air strike hits bakery

Posted: 23 Dec 2012 08:39 PM PST

Thousands of Iraqis protest government 'sectarianism'

Posted: 23 Dec 2012 08:39 PM PST

World Bank upbeat on Asia's 2013 prospects

Posted: 23 Dec 2012 08:37 PM PST

Pengerang: Penempatan Baru Banjir

Posted: 23 Dec 2012 08:30 PM PST

TGNA | Program Jalinan Mesra Antara Kaum 2012

Posted: 23 Dec 2012 08:30 PM PST

Prinsip DAP tidak akan terima gelaran

Posted: 23 Dec 2012 08:26 PM PST


Karpal Singh GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menasihatkan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim untuk menarik balik dakwaan kononnya DAP melarang ahlinya menerima gelaran dari Raja-Raja Melayu.

Menyangkal kenyataan Tunku Abdul Aziz, Karpal menegaskan bahawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang berlangsung baru-baru ini, beliau hanya menyatakan pendirian lama partinya, iaitu mana-mana ahli DAP dilarang menerima apa-apa gelaran diberikan.

Bukannya, seperti didakwa Tunku Abdul Aziz tidak boleh terima dari pemimpin Melayu (Raja-raja Melayu).

Karpal berkata, mengikut prinsip yang dipersetujui ahli parti sejak pertengahan 1990-an, Adun dan Ahli Parlimen DAP tidak akan menerima anugerah Datuk semasa dalam tempoh jawatan mereka untuk memastikan ketelusan parti dalam menyampaikan khidmat kepada masyarakat.

Katanya, kenyataan Tunku Abdul Aziz itu sememangnya separuh benar dan dilakukan dengan tujuan dan matlamat burukkan beliau pada pandangan orang Melayu di negara ini.

"Dalam mesyuarat CEC, baru-baru ini, saya sekali menegaskan kepada ahli-ahli yang tidak mengikut prinsip parti, bakal berdepan hukuman yang diputuskan lembaga disiplin parti selepas diminta memberi penjelasan.

"Saya langsung, tidak menyebut perkataan pemimpin Melayu (Raja-raja Melayu)," katanya dalam sidang media, di kedai kopi Air Itam, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah Rakyat : Selepas Selangor, sampai giliran kerajaan BN Pusat pula

Posted: 23 Dec 2012 08:23 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS meminta semua rakyat menghukum kerajaan Barisan Nasional (BN) Pusat pula dalam pilihan raya umum akan datang setelah menghukum kerajaan BN Selangor dalam pilihan raya umum lalu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah ini perlu untuk membolehkan rakyat negara ini turut menikmati apa yang telah dinikmati oleh rakyat Selangor sekarang selepas mereka menghukum kerajaan BN Selangor dalam pilihan raya lalu.

Umno Selangor baru-baru ini mengakui kesilapan lampau mereka yang lalu dan menegaskan bahawa rakyat Selangor telahpun menghukum mereka, oleh itu tidak perlu untuk dibangkitkan isu-isu lama.

Mengulas kenyataan yang dibuat oleh Penyelaras BN Selangor Mohamad Zain Mohamad, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hukuman rakyat kepada Umno-BN di Selangor adalah satu tindakan yang tepat.

Ini kerana, hasil tindakan ini telah membebaskan mereka untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik, kebajikan rakyat dan peningkatan sumber hasil negeri hasil daripada pemerintahan Pakatan Rakyat.

"Oleh itu, kini sampai pula giliran rakyat menghukum kerajaan Pusat yang juga diterajui oleh kerajaan Umno-BN.
Read More / Baca Lagi >>

Ketakutan UMNO: Peneroka lapor polis dihalang dengar ceramah PAS

Posted: 23 Dec 2012 08:21 PM PST


Isa dan Syafie bersama pemimpin PAS dan penyokong selepas membuat laporan polis.

TEMERLOH: Peneroka Jengka 11 membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Temerloh berikutan tindakan pengurusan tanah rancangan berkenaan yang didakwa menutup jalan dengan palang besi bagi menghalang orang keluar masuk mendengar ceramah anjuran PAS.

Isa @ Zaharudin Noh, 42, dalam laporannya semalam mendakwa kumpulan polis bantuan Felda dan kumpulan belia upahan Umno turut bertindak menghadang jalan dengan sekatan mengakibatkan penduduk menghadapi kesukaran untuk berurusan keluar.

Dalam laporan itu, Isa yang juga ahli PAS, mendakwa akibat sekatan secara samseng itu juga menyebabkan ceramah anjuran PAS cawangan gagal diadakan di markas PAS walaupun polis telah mengeluarkan permit.

Tambahnya, keganasan tersebut secara jelas mengakibatkan pencabulan hak mengawal keselamatan yang sepatutnya di bawah urusan pihak polis serta mencabul demokrasi.

Sementara itu, Muhammad Syafie Md Esa dari Jengka 23, turut membuat laporan polis di tempat yang sama berikutan sekatan rombongan Jelajah Oren daripada memasuki tanah rancangan berkenaan, sedangkan telah mendapat kebenaran pihak IPD Maran.

Read More / Baca Lagi >>

Tapis calon: Perlu undang-undang, kata SPR

Posted: 23 Dec 2012 08:20 PM PST


Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar SHAH ALAM – Saringan ke atas bakal calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) memerlukan peruntukan undang-undang untuk dilaksanakan dengan berkesan dan menyeluruh, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika tidak ada peruntukan undang-undang, cukup sekadar tapisan dalaman dilakukan oleh parti politik masing-masing.

"Ini kerana sudah menjadi tanggungjawab parti itu sendiri untuk memilih dan memastikan calonnya bersih dari sebarang unsur rasuah.

"Sebenarnya, perkara ini terpulang kepada parti itu kerana mereka berhak menyaring calon-calon mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Khamis lalu, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Johan Jaafar mencadangkan perkara itu dilaksanakan membabitkan semua parti politik dan individu bertanding calon Bebas.

Read More / Baca Lagi >>

Lawak UMNO

Posted: 23 Dec 2012 08:18 PM PST

Ura-ura UMNO hendak menghantar senarai nama calon-calon parti itu ke SPRM dahulu merupakan isu yang agak menarik juga. Jika begitu elok kita alu-alukan usaha itu kerana kata pemimpin besar UMNO ia akan memastikan calon-calon yang bakal diturunkan nanti adalah bersih dari elemen rasuah.

Tetapi yang lebih menarik lagi boleh kah Najib dan ramai pemimpin yang lain yang sedang berkuasa dapat menjadi calon nanti? Bagaimana dengan Menteri-Menteri Besar sekarang pula? Kalau di siasat betul-betul berkemungkinan Najib, Muhyiddin dan ramai lagi Menteri-Menteri yang lain tidak layak menjadi calon kali ini.

ATAU tindakan ini hanya untuk mengabui mata rakyat dengan menunjukan calon-calon UMNO yang lama yang kita tahu terlibat dengan rasuah dapat di bersihkan nama mereka dari imej rasuah mereka. Lain-lain perkataan SPRM akan mengumumkan yang calon-calon yang akan diturunkan itu telah dibersihkan nama mereka.

Tetapi saya tidak menjangka apa yang di sebut itu adalah serius. Jika UMNO benar-benar serius, saya rasa tidak ada seorang pun akan layak menjadi calon, termasuk lah Perdana Menteri sendiri.

Tidak usah lah kita hiraukan isu itu  Ia tidak akan berlaku. Yang rasuah akan tetap diturunkan sebagai calon nanti.

Aspan Alias

Satu dunia dah tahu, kekayaan Mahathir kedua selepas Hosni Mubarak

Posted: 23 Dec 2012 08:16 PM PST



Ranking bagi bekas pemimpin kerajaan yang terkaya di dunia telah berubah. Bekas perdana menteri Malaysia tidak lagi menduduki tempat kedua tetapi Hosni Mubarak iaitu bekas President Mesir.

Tempat ketiga diduduki oleh Suharto (indonesia) dan diikuti oleh Ferdinand Marcos (Filipina). 

Namun, kaya tetap kaya tak boleh ditutup. Keluar dari senarai bekas pemimpin dunia tapi jumlah kekayaan Mahathir masih terdapat di wikipedia

Ubah- Jalan Selamat Bangsa Melayu

Posted: 23 Dec 2012 06:22 PM PST

Bila saya tulis rencana dalam bahasa Melayu, komen nya tidaklah sebanyak komen yang datang seperti kalau saya tulis dalam bahasa Inggeris. Maka adalah beberapa orang yang menghantar e mail kepada saya, bertanya mengapa jadi demikian? Adakah kerana tulisan saya tidak dipedulikan oleh pembaca Melayu? Mereka pun mengejek ngejek saya, tulisan kamu tidak laku.
Mungkin itulah sebabnya - orang Melayu kurang membaca tulisan saya. Sebab itu tak banyak komen. Kalau dalam bahasa Inggeris, komen nya datang bersusun susun dari bangsa bukan Melayu.
Sama ada betul atau tidak pandangan yang demikian saya tidaklah tahu, jumlah pembaca yang membaca lebih penting kepada saya daripada jumlah yang hantar komen. Jumlah pembaca artikel saya tetap banyak sama seperti jika ia nya dutulis dalam bahasa Inggeris.
Maka saya boleh katakan- jika tidak ada banyak komen bila artikel saya ditulis dalam bahasa Melayu, mungkin kerana kandungan nya dipersetujui oleh ramai orang Melayu. Jika ramai yang setuju, maka gelap masa depan UMNO. Atau yang kurang membaca artikel2 saya ialah Melayu UMNO. Jika demikian, ianya tidaklah merunsingkan. Melayu UMNO lebih gemar baca komik, majallah gila2 dan cerita2 dalam Mestika. Orang macam ini akan terus menyokong UMNO. Yang kita mahu yakinkan ialah pengundi Melayu yang atas pagar.
Read More / Baca Lagi >>

7 Perkara Menjadikan Momokan UMNO@BN

Posted: 23 Dec 2012 06:21 PM PST

Ada tujuh perkara yang sering dibangkitkan oleh UBN dan ianya dijadikan momokan kepada rakyat agar menolak Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan di negara ini. Perkara ini diulang-ulang dan ditaburkan kepada rakyat dalam berbagai bentuk menerusi pelbagai saluran. Penyampai pula dari peringkat pemimpin tertinggi hinggalah kepada penyokong Umno di kedai-kedai kopi atau gerai canggung di kampung dan desa.

Tujuh perkara ini diasak betul-betul kepada rakyat terutamanya yang tidak begitu celik IT dan warga tua di kampung-kampung. Mereka yang menerima pandangan hanya dari satu lorong (one way) dan tidak mempunyai otak kreatif terus mempercayainya.

Cuba sama-sama kita renung dan kaji tujuh perkara ini sejauh manakah kebenaran dan kesahihannya. Saya akan membuat matemetik politik berhubung perkara ini dengan memberi jawaban seringkas mungkin.

Tujuh perkara itu ialah;


1. Konon sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya ke-13 ini negara akan jadi huruhara.

- Kononnya akan berlaku huruhara sekiranya Pakatan Rakyat menang. Bentuk huruhara yang diuar-uarkan kepada rakyat kononnnya akan berlaku situasi perbalahan kaum seperti 13 Mei 1969. Mari kita tanya siapakah yang akan mencetuskan keadaan itu kalau ia benar berlaku? Apakah orang Cina, atau orang Melayu atau orang India? Di pihak Pakatan Rakyat pasti tidak akan memulakan kerana mereka suka kerana menang. Jadi potensi kalau berlaku yang akan memulakan ialah pihak yang membuat momokan itu.

- Sehubungan itu disebarkan kononnya tentera akan mengambil alih kerajaan ini kalau Pakatan menang. Kenapa? Apakah tentera tidak menghormati kepada demokrasi? Sediakan tentera untuk mengambil tindakan demikain. Di sinilah jelas pihak yang membuat spekulasi itu hanya menuduh semata-mata bagi menakut-nakutkan rakyat dari mengundi Pakatan Rakyat. Tentera boleh mengambil alih kerajaan kalau kerajaan tidak stabil dan berlaku huruhara.

- Ternyata juga pihak yang membuat isu berfikiran jahat, dengki dan tidak boleh menerima hakikat berlaku perubahan hatta pun untuk kebaikan rakyat.

2. PAS menjadi alat kepada DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Pusat rancang sekatan terhadap Lynas dilancarkan

Posted: 23 Dec 2012 06:18 PM PST



 
Kumpulan Himpunan Hijau Anti-Lynas hari ini membuka pusat arahan baru yang dijangka menjadi pusat perancangan sekatan pada masa depan, terhadap loji Lynas di Gebeng.

anti-lynas base camp 231212Ketika dihubungi, anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Dr Phua Kia Yaw berkata pusat yang dibuat daripada dua
kontena berukuran 10x20 kaki itu terletak di atas kawasan seluas tiga ekar, dan disiapkan dalam masa 24 jam sahaja.

"Ia diletakkan di tempat yang sangat strategik, di salah satu jalan utama menuju ke kawasan perindustrian Gebeng (tempat loji itu terletak).

"Kita akan tunggu bilakah penghantaran bijih seterusnya, kemudian kita akan buat perancangan," katanya.

Menurutnya, pusat itu akan juga berfungsi sebagai pusat perancangan dan pelaksanaan untuk aktiviti pergerakan itu, serta sebagai pusat penyebaran maklumat kepada penduduk luar bandar.

Ditanya mengenai kebimbangan bahawa pihak berkuasa tempatan boleh merobohkan struktur tersebut, Phua berkata perkara itu hanya akan ditangani jika ia berlaku.

Rashid: Suruhanjaya diraja perlu kaji sistem pilihan raya

Posted: 23 Dec 2012 06:12 PM PST

Rashid: Suruhanjaya diraja perlu kaji sistem pilihan raya
Abdul Rashid... pembaharuan semasa tidak membantu memperkuatkan amalan demokrasi. - Foto Sinar Harian 
 
KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah gagal dalam mengemukakan tuntutan-tuntutan menyeluruh untuk membawa pembaharuan signifikan ke atas sistem pilihan raya, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Sehubungan itu kata beliau, satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk jika rakyat mahukan sistem yang sedia ada dikaji semula dan kemudian diadakan satu referendum bagi mendapatkan pendirian rakyat.

Katanya, sistem pilihan raya yang ada sekarang memerlukan perubahan struktur, bukannya pembaharuan yang disifatkan sebagai "quick fix."

"Saya lebih hendak setuju dengan Bersih dalam satu hal iaitu tubuh satu suruhanjaya diraja untuk mengkaji (sistem pilihan raya), yang terdiri daripada orang-orang tertinggi.

"Sekarang PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) sudah selesai, jadi suruhanjaya masih perlu? Perlu!

"PSC ini hanya sementara. Dia punya terma dan syarat pun kecil. Ia tidak boleh bergerak di luar terma dan syaratnya. PSC selesai tugasnya. Bagus! Tapi ini orang Parlimen, mereka ahli politik.

Read More / Baca Lagi >>

Dr M gives Najib the COLD SHOULDER: Plan to vet GE13 candidates for corruption snubbed!

Posted: 23 Dec 2012 06:11 PM PST

Raised eyebrows, annoyance, snorts and sniggers. Those were among the most common responses to a plan by Umno President and Barisan Nasional chairman Najib Razak to seek the help of the Malaysian Anti Corruption Commission to vet the ruling coalition's candidates for the forthcoming 13th General Election.
To make it worse, there has been nothing but an ominous silence to this proposal from the most powerful man in Umno today, Najib's former boss and ex-premier Mahathir Mohamad, and with good reasons too.
Dr M gives Najib the COLD SHOULDER: Plan to vet GE13 candidates for corruption snubbed!Mahathir's son, Mukhriz, is unlikely to make the grade given the father's reported US$ 44 billion in assets and the flight of US$ 200 billion in dirty money last year. In fact, few if any of the top leaders in Umno would be able to make the grade, with the entire plan already ridiculed by the public and tagged as an eye-wash to curry favor in a most childish way with voters.
Trying to scare the Devil or negotiating better exit terms
What is Najib trying to do? As far as the general perception goes, Najib along with Mahathir should to be among the first to be axed given the former's humongous Scorpene corruption and Altantuya Shaariibuu murder scandals. Can the 59-year-old Najib really be so fatuous as to believe that by roping in the MACC, whose own integrity is in doubt, it will make things right with voters?
Come on, voters are already sick and tired of the Umno-BN's never-ending story of bribery and plundering of the national coffers. So what is Najib after? Is he trying to warn Mahathir and his own deputy, the also corruption-tainted Muhyiddin Yassin, to back off? Red-hot on the Umno grapevine is talk that Mahathir and Muhyiddin have struck a deal to push out Najib before GE13. Is Najib trying to signal that he won't be giving up so easily and if he has to, he will fight back?
Those who are watching the developments in Umno will know soon enough. However, given the strength of Mahathir's sinister character  and Najib's weak indecisivness, few believe Najib can do much to scare Mahathir. That would be like a kitten trying to take on a wolf.
At the most, it might buy the PM and his wife Rosmah Mansor a few more months in power, allowing them to make a more advantageous and graceful exit. Instead of relinquishing the premiership before GE13 as Mahathir and Muhyiddin are said to have demanded, Najib might get to lead Umno-BN into GE13 before stepping down as Umno president at the party's internal election due to be held later in 2013.
Mahathir conducted a purge of Umno, BN candidates
Read More / Baca Lagi >>

Anwar, beware of the desperate men

Posted: 23 Dec 2012 06:10 PM PST

The Malaysia that we all aspire to has no place for gutter politics. We have no place for PI Bala, Deepak or Musa Hassan.

All the usual suspects – Anwar Ibrahim, Subang MP R Sivarasa, PKR vice-president N Surendan and key PKR players – when will they ever learn?
"So he [Anwar] said I give you the place, whatever you want to do I help you, but you have to help me lah, of course it is understood lah," said the man in the video.
Is this not deja vu again? Have we not heard all this before during the PI Bala inquisition? An inquisition that was supposed to cause "porak peranda" (create chaos and disorder) within Umno by making Najib Tun Razak a liar?
And yet on the very next day private investigator P Balasubramaniam made an about-turn to hit Anwar and the usual suspects full in their faces as he retracted his first statutory declaration (SD).
And now Deepak Jaikishan and Musa Hassan. It has all the hallmarks of a situation that Anwar and his usual suspects would rub their hands in glee at the prospect of using for their political advantage – durian runtuh, says the Malays.
These are desperate men who have outlived their usefulness to the powers-that-be but still with a story to tell about intrigues, money politics and corruption in which they themselves were embroiled.
These are people that Anwar and his usual suspects can have use of. Desperate and with nowhere to turn, these men will clutch at any straw and go to the ends of the earth to have someone champion their pathetic cause. And that someone is invariably Anwar.
You scratch my back, I scratch your back. Shades of corruption, money politics and what happened in Sibu with the Najib "You help me, I help you" rejoinder that our prime minister extended to the people of Sibu.
The people of Sibu, to their credit, threw it back to this prime minister of ours with interests.
And to try and enhance his non-existing credibility, Deepak brings Nurul Izzah Anwar into this sordid affair, knowing full well that she is about the only credible thing left within PKR, hoping against hope that if he can somehow link Nurul to the mess, some of her credibility will rub onto to his sorry situation.
Of course, Anwar denies any involvement in this re-emergence of Deepak.
"The allegation [that Pakatan is behind this exposé] is baseless. Look at the facts," Anwar had said. He had explained that Deepak's exposé was clearly linked to a court trial, and that he had no control over court dates.
"What has that got to do with us? He wanted to adduce evidence, saying that money was transferred to the PM or his wife. What has that got to do with me?" he had said.
Buck stops with Anwar
Read More / Baca Lagi >>

Pas: Dakwaan Ismail Mina tidak berasas

Posted: 23 Dec 2012 06:09 PM PST


Mustafa Ali SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan wujudnya amalan syirik dalam parti itu sambil menyifatkan dakwaan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad sebagai tidak berasas sama sekali.

Menurutnya, Pas tidak pernah mengamalkan ajaran syirik selain menafikan wujud penyebaran ajaran Syiah dalam kalangan ahli dan pemimpin.

"Saya telah lama mengenali beliau (Ismail Mina), namun sebelum ini tidak pernah pula beliau berkata demikian. Tetapi sejak berkawan dengan parti lawan, pelbagai kenyataan pula yang timbul," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mustafa, dakwaan yang dibuat Ismail Mina itu mengambarkan beliau tidak tahu apa-apa mengenai Pas.

"Semua orang boleh bercakap pelbagai perkara, tetapi hal ini tidak akan menjejaskan Pas sama sekali," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Bukan taraf Muhyiddin cakap begitu – TG Nik Aziz

Posted: 23 Dec 2012 06:08 PM PST


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai mulut celupar seperti kenyataan daripada anak-anak muda di jalanan dan bukan tindakan seorang pemimpin negara.
Menurutnya, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat tidak wajar memandangkan beliau orang kedua pemimpin parti dan negara.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada mulanya enggan mengulas, kerana tidak mahu melayan kenyataan seperti orang tidak cerdik itu.

Bagaimanapun, apabila ditanya lagi dia terus menjawab ringkas: "bukan taraf orang nombor dua untuk bercakap begitu".

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu di pejabatnya petang semalam selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat berhubung Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia.

Katanya, kalau anak-anak muda di jalanan munasabah untuk keluar kenyataan sedemikian.

"Tapi kalau orang nombor dua parti atau nombor dua pemimpin negara memang bukan taraf dia," ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Kelmarin, pemimpin kedua parti Umno itu berkata Tuan Guru Nik Aziz sebagai mulut celupar apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno adalah mungkar.

Terkini : Mahkamah Bebaskan Umar Bersyarat!

Posted: 23 Dec 2012 06:04 PM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi membebaskan seorang aktivis mahasiswa, Umar Muhammad Azmi setelah rayuannya untuk menangguhkan hukuman diterima.

Peguam Umar, Syahredzan Johan memohon mahkamah supaya hukuman penjara sebulan dan denda RM1000 kerana didakwa menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ditangguh sehingga rayuan didengar.

Bagaimanapun Umar tidak hadir kerana masih ditahan di Penjara Kajang, Selangor sejak dijatuhkan hukuman pertengahan minggu lalu.

Umar dibenar diikat jamin RM5000 dengan seorang penjamin sementara menunggu keputusan kesnya didengar semula.

Syaratnya, dia tidak dibenarkan menyertai mana-mana perhimpunan atau demonstrasi tanpa permit dari pihak berkuasa.

Rakan-rakan Umar yang sudah berada di dataran tersebut sejak semalam berarak beramai-ramai ke mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan moral terhadap keputusan rayuannya yang dibacakan sebentara tadi.

Umar, seorang mahasiswa yang menuntut di Johor Bharu didakwa menghalang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa anggota penguatkuasa itu cuba menyuraikan perkhemahan mereka menuntut supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Turut berada di perkarangan mahkamah ialah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir memberikan sokongan termasuk pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dan aktivis rakyat, Haris Ibrahim.

Parlimen Titiwangsa: Pertarungan untuk Melayu bandar

Posted: 23 Dec 2012 06:00 PM PST

Rang undang-undang pembangunan Kampung Baru diluluskan pada 2011, bagaimanapun ditarik balik oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. – Gambar fail
 
Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung menjadi pertempuran hangat oleh kerana dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia. KUALA LUMPUR, 24 Dis — Daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Titiwangsa adalah salah satu yang mempunyai penduduk Melayu tertinggi.
Di dalamnya terletak Kampung Baru, iaitu sebuah kampung berusia lebih dari 100 tahun yang masih mengekalkan kawasan tradisional walaupun berhampiran dengan Menara Berkembar Petronas yang menjadi simbol kemodenan negara.
Dengan 67 peratus pengundi kaum Melayu, Titiwangsa boleh dikatakan kubu kuat kepada Melayu bandar, dan pilihan raya akan datang boleh dilihat sama ada sokongan Melayu bandar bersama Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.
Dr Lo' Lo' Ghazali
Pada pilihan raya lalu, kerusi ini disandang oleh Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS yang menewaskan calon BN Datuk Aziz Jamaluddin Tahir dengan 1,972 undi, tetapi kerusi itu dikosongkan selama 17 tahun berikutan kematian Dr Lo' Lo' akibat daripada penyakit kanser pada 17 Julai 2011. Dengan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, PAS dilihat mempunyai kelebihan kerana Dr Lo' Lo' merupakan seorang ahli parlimen yang rajin dan popular di kawasannya.
"Arwah merupakan seorang ahli Parlimen yang baik, dan saya percaya orang Kampung Baru akan terus mengenang jasa beliau," kata Omar Abdullah, 57 tahun, seorang pemandu teksi yang berasal dari Kampung Baru.
"Dan ini juga satu cabaran bagi PAS untuk memilih calon yang sebaik Dr Lo' Lo bagi memastikan kebajikan penduduk Parlimen Titiwangsa, khususnya Kampung Baru terbela," kata Omar lagi.
Calon yang disebut-sebut untuk mewakili PAS dalam pilihan raya ini ialah Mejar (B) Abdullah Abdul Wahab, iaitu Yang Dipetua PAS bagi parlimen Titiwangsa.
Dikenali sebagai Ustaz Lah, beliau merupakan bekas tentera bersara berpangkat Major yang mengambil alih tugas menguruskan kawasan Dr Lo' Lo' selepas kematiannya.
Tetapi satu lagi nama yang disebut-sebut adalah Ahmad Zamri As'sad yang kini menjadi ahli jawatankuasa khas yang menjaga parlimen Titiwangsa selepas kematian Dr Lo' Lo'.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT