Ahad, 23 Disember 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


[Video] Shamsul Iskandar - Poskad Tanya Rosmah Mansur

Posted: 23 Dec 2012 10:37 PM PST

[Video] Big Bikers desak TV3, Mazidul mohon maaf ... Kami bukan pelesit

Posted: 23 Dec 2012 09:09 PM PST

PRU 13 : Titiwangsa - Tempat pertarungan Melayu bandar

Posted: 23 Dec 2012 09:07 PM PST


December 24, 2012

Rang undang-undang pembangunan Kampung Baru diluluskan pada 2011, bagaimanapun ditarik balik oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. – Gambar fail
Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung menjadi pertempuran hangat oleh kerana dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.
KUALA LUMPUR, 24 Dis — Daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Titiwangsa adalah salah satu yang mempunyai penduduk Melayu tertinggi.
Di dalamnya terletak Kampung Baru, iaitu sebuah kampung berusia lebih dari 100 tahun yang masih mengekalkan kawasan tradisional walaupun berhampiran dengan Menara Berkembar Petronas yang menjadi simbol kemodenan negara.
Dengan 67 peratus pengundi kaum Melayu, Titiwangsa boleh dikatakan kubu kuat kepada Melayu bandar, dan pilihan raya akan datang boleh dilihat sama ada sokongan Melayu bandar bersama Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.

Dr Lo' Lo' Ghazali
Pada pilihan raya lalu, kerusi ini disandang oleh Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS yang menewaskan calon BN Datuk Aziz Jamaluddin Tahir dengan 1,972 undi, tetapi kerusi itu dikosongkan selama 17 tahun berikutan kematian Dr Lo' Lo' akibat daripada penyakit kanser pada 17 Julai 2011.
Dengan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, PAS dilihat mempunyai kelebihan kerana Dr Lo' Lo' merupakan seorang ahli parlimen yang rajin dan popular di kawasannya.
"Arwah merupakan seorang ahli Parlimen yang baik, dan saya percaya orang Kampung Baru akan terus mengenang jasa beliau," kata Omar Abdullah, 57 tahun, seorang pemandu teksi yang berasal dari Kampung Baru.
"Dan ini juga satu cabaran bagi PAS untuk memilih calon yang sebaik Dr Lo' Lo bagi memastikan kebajikan penduduk Parlimen Titiwangsa, khususnya Kampung Baru terbela," kata Omar lagi.
Calon yang disebut-sebut untuk mewakili PAS dalam pilihan raya ini ialah Mejar (B) Abdullah Abdul Wahab, iaitu Pengerusi PAS bagi parlimen Titiwangsa.
Dikenali sebagai Ustaz Lah, beliau merupakan bekas tentera bersara berpangkat Major yang mengambil alih tugas menguruskan kawasan Dr Lo' Lo' selepas kematiannya.
Tetapi satu lagi nama yang disebut-sebut adalah Ahmad Zamri As'sad yang kini menjadi ahli jawatankuasa khas yang menjaga parlimen Titiwangsa selepas kematian Dr Lo' Lo'.
Ahmad Zamri juga mempunyai profail yang tinggi di dalam parti, selain beliau adalah pengerusi kepada lajnah (bahagian) undang-undang dan hak asasi manusia bagi PAS, beliau juga pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru.
Sesiapa sahaja yang dipilih, pengaruh Dr Lo' Lo' menjadi harapan untuk mereka meraih undi pada pilihan raya nanti.
Bagaimanapun, Titiwangsa merupakan kubu kuat BN kerana hanya pada tahun 2008 kerusi tersebut jatuh ke tangan pembangkang.

Datuk Aziz Jamaluddin Tahir
Jika anda memandu di sekitar kawasan parlimen ini, anda dapat melihat poster dan sepanduk yang menunjukkan gambar pemangku ketua bahagian Umno Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau disebut-sebut untuk menjadi calon bagi merampas semula kerusi Titiwangsa menjadi milik BN.
Johari, 48 tahun, dikenali ramai oleh penduduk Titiwangsa memandangkan beliau adalah pengarah pilihan raya bagi BN Titiwangsa pada tahun 1999, 2004 dan 2008.
Beliau kemudian memangku jawatan ketua bahagian selepas perletakan jawatan oleh Datuk Suleiman Abdullah pada Jun 2010.
"Datuk Johari merupakan seorang yang begitu aktif turun ke padang, dan beliau dilihat sebagai seorang yang rajin serta setia mendengar rintihan rakyat," kata seorang ahli Umno cawangan Desa Pandan.
Walaupun Datuk Johari dilihat sebagai calon utama, beliau mempunyai seorang lagi pesaing iaitu Aziz, yang dilihat berpotensi menjadi calon.
Aziz berasal dari Kampung Baru dimana ayahnya merupakan seorang bekas imam di masjid Kampung Baru.
Aziz dikatakan rapat dengan perdana menteri kerana beliau pernah bekerja dengan Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang setiausaha di Kementerian Pertahanan.
Jadi, apakah legasi dari seorang ahli parlimen yang meninggal dunia, atau pengaruh Umno menjadi pilihan penduduk kawasan ini? Jawapannya agak sukar untuk diteka pada masa ini.
Antara isu hangat dibincangkan dalam Parlimen Titiwangsa ini adalah pembangunan Kampung Baru, dimana disinilah terletaknya Kelab Sultan Sulaiman, di mana protes orang Melayu di Kuala Lumpur menentang Malayan Union.
Kawasan kampung ini seluas 90.2 hektar, iaitu sama keluasannya dengan Monaco, di mana lebih 10,000 pemilih tertumpu di kawasan ini, dengan majoriti terdiri dari kaum Melayu, kedua-dua parti menggiatkan kempen mereka di kawasan ini memandangkan ini merupakan pusat petempatan orang Melayu di tengah pusat bandaraya.

Datuk Johari Abdul Ghani
Pada 2012, nilai tanah di Kampung Baru hanya di sekitar RM350 sekaki persegi (0.09 meter persegi) sahaja sedangkan kawasan berhampiran  seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sudah melebihi RM2,000 kaki persegi.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjangkakan nilai tanah di kawasan itu boleh melebihi RM20 bilion jika penduduk menerima konsep pembangunan sepenuhnya.
Rang undang-undang pembangunan Kampung Baru diluluskan pada 2011, bagaimanapun ditarik balik oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.
Ketua Pemuda PAS kawasan Titiwangsa, Suhaimi Abdul Aziz yakin PAS dapat mengekalkan Parlimen Titiwangsa, kerana PAS  memiliki kepimpinan yang mampu bekerja secara kolektif, bukan  kerana individu semata-mata.
"Insya Allah, kami dari PAS Titiwangsa yakin untuk mengekalkan kerusi ini, kerana faktor penduduk bandar, mereka celik maklumat dan kebanyakan pengundi adalah dari tahun 2008," katanya.
Tambah Suhaimi, terdapat pelbagai isu tempatan di parlimen Titiwangsa, namun beliau enggan mendedahkannya.
"Ini adalah senjata kami, jadi kami hanya akan dedahkan selepas parlimen dibubarkan," kata Suhaimi lagi.
Sementara itu, Umno yakin untuk mendapatkan keyakinan semula pengundi Titiwangsa dalam pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pemuda Umno Titiwangsa Idham Yasser.
"Kita yakin dengan program transformasi yang dijalankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diterima rakyat.

TERHOT TERNOW !!!! ... Akhirnya Ummi Hafilda dah nak menikah dengan mamat Pakistan ...

Posted: 23 Dec 2012 07:18 AM PST


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
23 Disember 2012
Ummi Hafilda Ali
Ummi Hafilda Ali
SEJAK penglibatannya dalam pentas politik, Ummi Hafilda Ali tidak putus-putus dilanda kontroversi sehingga ada berita yang mengatakan beliau sudah berkahwin dan bercerai sebelum ini.

Terbaru, Ummi Hafilda, 45 dikhabarkan bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya, seorang pakar terapi kecantikan, Dr Zaman Khan, 33.

Namun katanya, tarikh dan lokasi perkahwinan terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan.

"Dalam waktu terdekat ini saya akan melangsungkan majlis perkahwinan. Tarikh dan tempat sudah ditetapkan. Mungkin dalam dua atau tiga minggu lagi.

"Tetapi saya terpaksa merahsiakannya buat masa sekarang atas faktor keselamatan, memandangkan saya ada ramai musuh politik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ummi Hafilda yang tidak menyangka perkenalan singkat dengan lelaki kelahiran Pakistan itu sampai ke tahap merancang perkahwinan.

Jatuh cinta pandang pertama membuatkan Dr Zaman Khan tidak teragak-agak melahirkan hasrat untuk menyunting Ummi meskipun beliau menolak berkali-kali atas faktor usia.

"Bagi saya, perkahwinan ini terlalu awal, tetapi dia berjaya meyakinkan ibu saya, malah dia mengambil berat terhadap ibu saya. Ini yang menyentuh hati saya.

"Dua perkara yang membuatkan saya tertarik pada dia. Pertama, dia mengambil berat terhadap keluarganya dan keluarga saya. Kedua, dia menjaga solat," katanya yang mungkin bakal berbulan madu di Eropah.

Ummi Hafilda merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ketika ditanya sama ada Azmin bakal dijemput, Ummi menjawab, "saya tak nak jadi hipokrit. Saya tak dapat menjemput dia bukan kerana politik."

"Kalau saya jemput pun dia tak akan hadir. Sedangkan anak saudara kami berkahwin pun dia tidak hadir... pergi majlis orang lain boleh.

"Malah, dia sudah anggap saya musuh, bukan adik," jelasnya.

Menurut Ummi Hafilda, aktiviti politiknya tidak akan terhenti selepas berkahwin memandangkan itu prioriti utamanya.

"Saya sudah jelaskan pada bakal suami bahawa hal berkaitan parti adalah prioriti saya, peribadi jatuh nombor dua atau tiga.

"Saya tetap akan aktif berpolitik dan alhamdulillah, dia faham," katanya yang pernah membawa Dr Zaman ke salah satu ceramah politiknya sebelum ini.

Cerita Ngeh dan Nga di Perak ... Jangan la wei PRU dah dekat ... Kalau tak betul saman jer la

Posted: 23 Dec 2012 04:03 AM PST


December 23, 2012

Ngeh dituduh terlibat dalam pertukaran tanah untuk jawatan MB minggu lalu. – Gambar fail
GEORGE TOWN, 23 Dis—Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mesti menerangkan kepada pimpinan parti tentang penglibatan beliau dengan syarikat pembalakan dikatakan menerima tawaran dari kerajaan negeri PAS Kelantan sebagai pertukaran dengan jawatan menteri besar (MB) Perak, kata pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini.

Karpal berkata, Ngeh yang mengaku sebagai pengarah dalam syarikat tersebut, mesti memberi keterangan kepada kepimpinan parti yang akan membuat keputusan selepas penerangannya.
"Ini adalah isu yang serius, jadi beliau mesti menerangkan kepada kepimpinan parti," kata Karpal dalam sidang medianya hari ini.
"Nasihat saya kepada pemimpin DAP, supaya elakkan diri dari kedudukan yang mengakibatkan persepsi salahlaku," kata peguam dan ahli parlimen itu.
Ngeh, bersama sepupunya Nga Kor Ming, yang juga pemimpin DAP Perak dan ahli parlimen Taiping, dituduh terlibat dalam pertukaran tanah untuk jawatan MB minggu lalu oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dalam sidang dewan.
ADUN BN Perak itu mendakwa Ngeh dan Nga dianugerahkan tanah bernilai RM30 juta sebagai pertukaran dengan jawatan MB yang disandang oleh Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya 2008.
DAP, PAS dan PKR membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) yang akan bersaing dengan BN dalam pilihan raya akan datang, yang akan diadakan selewat-lewatnya selepas mendat 2008 tamat pada April hadapan.
Semalam, Ngeh memberitahu akhbar The New Straits Times (NST) beliau dan Nga melabur di dalam projek tersebut tetapi menafikan kerana pertukaran dengan jawatan MB.
Ngeh beberapa hari lalu memberitahu wartawan bahawa beliau dan Nga melabur di atas jemputan klien mereka Upaya Padu Plantations Sdn Bhd.
Beliau berkata penjanjian jual beli tanah tersebut ditandatangani pada 3 Mei 2006, dua tahun sebelum pilihan raya 2008.
Ngeh dan Nga, yang juga ADUN di Perak, dimana Ngeh adalah ADUN Sitiawan manakala Nga pula ADUN Pantai Remis.
Ngeh memberitahu bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah dan beliau akan memikirkan untuk menyaman mereka yang menfitnah dirinya dan Nga.

Polis cari bomoh 'ustaz Walid', rogol gadis 12 tahun

Posted: 23 Dec 2012 01:46 AM PST


Polis buru bomoh disyaki rogol gadis 12 tahun

23 Disember 2012
ALOR SETAR - Polis Kota Setar sedang memburu seorang lelaki berusia 64 tahun yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur ketika mangsa mendapatkan rawatan tradisional daripadanya, dalam kejadian tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Md Jan berkata polis menjejaki suspek yang dikenali sebagai 'Walid' itu sejak Februari lepas, susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa.
Gadis berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol beberapa kali oleh bomoh tersebut ketika menjalani rawatan membuang sihir, di sebuah rumah sewa di Taman PKNK, Jalan Sultanah di sini antara September dan November lepas, katanya di sini hari ini.
Katanya polis mendapati suspek sudah berpindah keluar daripada rumah sewanya yang turut dijadikan pusat rawatan dan dipercayai berada di luar daerah ini.
Sementara itu, ibu mangsa yang ditemui pemberita, berkata anak saudaranya yang berusia 16 tahun juga mendakwa dicabul bomoh tersebut ketika menemani sepupunya menjalani rawatan berkenaan.
Dakwanya setiap kali rawatan, lelaki tersebut akan meminta untuk bersendirian dengan anak gadisnya di dalam sebuah bilik, kononnya bagi melancarkan proses rawatan.
"Selepas beberapa kali jalani rawatan anak saya cerita perkara sebenar yang dia dirogol oleh pengamal perubatan itu dan terus membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
"Doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan anak saya," katanya.- Bernama

Bomoh rogol murid tahun enam
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
23 Disember 2012
Bomoh rogol murid tahun enam
Asmah (kiri) bersama anaknya menunjukkan surat pengesahan hospital dan laporan polis.
ALOR SETAR – Seorang murid perempuan tahun enam di sini trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah bomoh bergelar 'ustaz' apabila dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, sejak awal tahun lalu.

Lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan mengambil kesempatan melampiaskan nafsu selepas mangsa ditinggalkan ibunya kepada 'ustaz' berkenaan di rumah itu untuk sesi rawatan pada waktu pagi sebelum menjemputnya pada waktu tengah hari.

Ibunya, Asmah, 47, (bukan nama sebenar) berkata, dia tidak menyangka anaknya menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu kerana beranggapan lelaki itu akan cuba membantu anaknya yang didakwanya mempunyai sejenis penyakit dalam badan.

Katanya, dia hanya dapat tahu perkara itu selepas anaknya menceritakan peristiwa hitam itu kepada sepupunya sebelum diberitahu kakaknya.

"Masa itu saya nak buat rawatan kepada mak sebab badan dia sering gatal. Selepas dapatkan rawatan, penyakit mak pulih. Pada masa sama, lelaki itu turut memberitahu anak saya alami sejenis penyakit dalam badan dan perlu rawatan secepat mungkin.

"Saya memang tidak sangka lelaki itu tergamak buat macam ini kepada anak saya sebab saya beranggapan dia akan tolong anak saya betul-betul. Boleh dikatakan selang sehari saya dapatkan khidmat daripada lelaki itu untuk ubati penyakit anak," katanya.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa anaknya perlu dimasukkan ke dalam sebuah bilik tanpa teman untuk elak gangguan semasa sesi rawatan.

"Percaya dengan kata-kata itu, saya pun tunggu di ruang tamu. Selepas sesi rawatan, 'ustaz' itu memaklumkan anak saya mempunyai penyakit misteri, iaitu terdapat batu dalam badannya dan perlu dikeluarkan melalui kemaluan.

"Pada suatu hari, dia sekali lagi minta saya hantar anak ke rumahnya untuk selesaikan rawatan sepenuhnya. Kemudian, saya hantar anak ke rumah lelaki itu sambil ditemani sepupunya,  namun lelaki itu menghalau kami pulang kerana membawa teman. Dakwanya kalau bawa teman rawatan tidak boleh dilakukan.

"Bagaimanapun, selang dua minggu kemudian, lelaki itu menghubungi saya dan meminta anak saya datang ke rumah itu secepat mungkin untuk menyelesaikan penyakitnya dan dibenarkan bawa teman. Saya pun tinggalkan anak dan anak saudara yang berumur 16 tahun di rumah itu sebelum menjemput mereka pada waktu tengah hari selepas selesai waktu bekerja," katanya.

Asmah berkata, dia tidak sangka peristiwa hitam itu akan berlaku setelah anaknya memaklumkan dirinya dirogol lelaki itu sementara anak saudaranya pula dicabul kemaluannya sepanjang berada di rumah itu.

"Selepas mengetahui perkara itu, saya bawa anak dan anak saudara ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan. Doktor yang merawat turut mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.

"Saya tidak puas hati dengan perbuatan lelaki itu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar supaya anak saya mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.

Asmah turut merayu polis bertindak segera kerana laporan sudah dibuat sejak tahun lalu.

SPRM hanya bertindak ke atas 'ikan bilis' bukan 'jerung' - Datuk Saifuddin

Posted: 23 Dec 2012 01:14 AM PST


SHAH ALAM  -  Meskipun menyifatkan syor menapis latar belakang bakal calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baik, Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan masa yang sesuai berbuat demikian.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan itu, tetapi SPRM masih berhadapan dengan "krisis kewibawaan" dan oleh itu, tidak sesuai untuk tujuan tersebut.
Saifuddin berkata, kegagalan SPRM menyelesaikan kes "ikan jerung" berbanding "ikan bilis" menunjukkan badan itu mengalami "krisis kewibawaan."
"Saya alu-alukan cadangan itu, namun masalahnya siapa yang menjadi badan untuk menapis calon-calon itu?
"SPRM dilihat sekarang ini sedang mengalami krisis kewibawaan dalam melaksanakan tugas, mereka hanya selesaikan kes-kes ikan bilis seperti aduan guru memberi rasuah, namun kes-kes ikan jerung masih belum ada tindakan dibuat, apa jaminan SPRM akan  bertindak dengan berwibawa?" katanya kepada Sinar Harian Online.
Kelmarin, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) meminta semua parti menghantar nama calon yang akan bertanding dalam PRU13 untuk ditapis atau melalui proses pemeriksaan SPRM.
Menurut Pengerusi PPPR, Datuk Johan Jaafar, cadangan itu bagi memastikan calon-calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah, selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti yang akan bertanding.
"Kita mengambil semangat bahawa semua parti telah menyatakan sokongan untuk memerangi gejala rasuah. Maka itu, kami mengharapkan sokongan semua pihak dalam soal ini," katanya.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PKR ingin mengemukakan cadangan balas supaya badan lain ditubuhkan untuk menyemak atau menilai bakal calon  supaya lebih adil dan berwibawa, seperti Institut Integriti Malaysia.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, cadangan yang dikemukakan PPPR dapat membantu rakyat menilai bakal calon.
Menurutnya, DAP tidak mempunyai halangan untuk menghantar nama calon yang telah diputuskan parti selepas proses penamaan calon dilakukan.
"Kita setuju dengan cadangan PPPR, namun mesti tengok masa yang sesuai.
"Kita akan hantar nama selepas penamaan calon dibuat," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, cadangan itu baik bagi parti yang memerlukan bantuan daripada pihak lain untuk memastikan calon mereka "bersih" daripada rasuah.
Bagaimanapun, beliau berkata, Pas tidak memerlukan bantuan pihak lain untuk perkara itu kerana pemilihan calon daripada parti bebas gejala rasuah.
"Kita tak perlukan bantuan luar untuk menilai calon kita, kita juga tak ada masalah itu.
"Ini mungkin membantu parti lain bermasalah dan mahukan calonnya ditapis supaya tidak terlibat di dalam rasuah.
"Lagipun bila masanya perkara itu akan dibuat… kita tak mahu mendedahkan calon kita," katanya.
Mustaffa juga berkata, cadangan yang dinyatakan itu tidak boleh diwajibkan kepada semua parti untuk menghantar senarai nama calon bagi melakukan semakan rasuah. -sinarharian

Tiada ulasan: