PR kini di dalam posisi menyerang, dan ternyata Umno kini umpama jika bermain bola Umno hanya membawa bola berlegar di dalam kawasan petak Penalti mereka sahaja. Di dalam keadaan berlegar-legar di situ, kerapkali bola terlepas dan disambar oleh PR.
Malangnya, setiap kali PR sambar bola dan ditendang ke pintu gol dan masuk mencecah jaring, setiap kali itulah "Off Side" kata Pengadil. Namun, PR tidak berputus asa dan terus berada di kawasan petak Penalti Umno yang bertahan di situ. Entah beberapa kali bola terkena tangan pemain-pemain Umno tapi Pengadil buta terus tak nampak. Begitu juga, entah beberapa kali pemain dari PR disepak terajang, di tarik baju dan sebagainya di dalam kawasan Penalti mereka, Pengadil tetap buta.
Ketua Pasukan Umno, Najib sudah tidak larat untuk beri arahan kepada anak-anak buahnya. Manakan tidak, semua pemain tidak pernah bersefahaman sesama sendiri. Pemain MCA tidak lagi yakin dengan penjaga gol dari Umno malah mereka sendiri tahu Ketua Pasukan mereka, Najib bukan pandai main bola pun. Najib selalu tendang bola tersasar, sebaliknya kaki Najib terjah kaki lawan. Nasib baik Pengadil buta.
PR memang sudah cukup hebat walaupun kadangkala bermain tidak cukup orang akibat dilayangkan kad merah oleh Pengadil rasuah dan buta ini. Di dalam kehebatan ini, PR juga harus berhati-hati posisi di bahagian pertahanan. Pemain pertahanan jangan leka bersembang atau tertidor melihat pemain-pemain lain bertungkus lumus melawan di kawasan Penalti Umno. Mereka harus sedar bahawa perlawanan ini diadili oleh Pengadil bangsat. Bila-bila masa sahaja tanpa pemain Umno berada di kawasan PR, Pengadil boleh beri tendangan Penalti untuk Umno hanya kerana kesalahan penonton mengejek pengadil bodoh itu.
Itulah ragam politik semasa sekarang. Kita kena bersabar tetapi jangan berlembut dengan Umno. Ulamak yang penuh dengan kelembutan dan hikmahnya akan menentang Umno cara mereka. Kita yang bukan kategori Ulamak ini, kita lawan mereka dengan cara kita. Jika mati pun, tarafnya sama juga Ulamak kita yang mati menentang kezaliman dengan kita yang bukan Ulamak mati menentang kezaliman. Apa yang penting "Nawaitu" biar betul iaitu menentang kezaliman dan rasuah Umno kerana Allah SWT.
dollah yankee - Berjuang dan menghasut untuk keadilan dan kebaikan semua pihak sejak dari tahun 1973 jadi gurkah-gurkah politik di'port' dengan ini telah bersepakat untuk menganugerahkan 'blogger paling cool' untuk tahun 2012. HIDUP TT !!! Kah..Kah..Kah..
Pilihanraya mahu tidak mahu akan sampai juga. Samada penggal kali ini penggal yang penuh atau sebaliknya ia akan sampai juga. Seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas, pengundi atas pagar merupakan pengundi yang terpenting untuk diyakini. Isu yang terpenting sekarang ialah bagaimanakah persepsi kumpulan ini terhadap kedua-dua belah pihak yang sedang berebut untuk menguasai Putrajaya itu. Tidak ramai yang begitu minat dengan kerajaan-kerajaan negeri kerana yang terpenting ialah kuasa di Putrajaya itu.
Kalau ada pun minat terhadap kerajaan-kerajaan negeri, yang direbutkan dengan kuat ialah Selangor dan Pulau Pinang kerana kedua-dua negeri ini menyumbang sebanyak tidak kurang dari 40 peratus dari GDP negara ini. Kebetulan kedua-dua buah negeri ini di bawah tadbiran Pakatan Rakyat dan negeri-negeri ini merupakan negeri yang ditadbir secara relatifnya lebih baik dari zaman pentadbiran BN dahulu.
Banyak dari pembaharuan yang berlaku di kedua buah negeri ini tidak dapat dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana ia telah menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa kalau dinilai dan dibandingkan dengan pentadbiran BN dahulu. Bagi saya untuk BN mengambil alih kembali kerajaan-kerajaan negeri-negeri di bawah Pakatan ini agak 'impossible' kerana BN pun bermasalah untuk menonjolkan calon Menteri Besar masing-masing. Baik di Selangor, Pulau Pinang, Kedah mahu pun Kelantan, BN tidak berdaya memberikan pimpinan 'alternative' yang berkesan kepada Pakatan Rakyat sekarang ini.
Rakyat sedang berfikir, bukannya setakat menjadi pengikut sahaja sekarang ini. Rakyat sudah mula memahami yang merekalah sebenarnya yang bertanggungjawab jika berlaku perkara-perkara yang berbentuk jenayah dan keburukan moral yang dilakukan oleh pimpinan, tidak kira di pihak BN dan di pihak Pakatan Rakyat. Rakyat sudah tidak lagi berfikir tentang parti atau badan-badan siasah. Bagi mereka kerajaan mana yang mereka fikirkan telah menunjukkan prestasi yang baik, kerajaan itulah pilihan mereka terutamanya bagi pengundi di atas pagar tadi.
Itulah sebabnya saya telah memaparkan yang kehendak dan selera rakyat kini telah jauh berubah kerana mereka tidak mahu lagi terikat dengan retorik dan ancaman dari pihak yang sedang berkuasa. Rakyat sekarang tahu yang mereka lah yang mempunyai hak untuk menjadi penentu kepada masa depan negara.
Kalau kita kaji dan mendengar rintihan rakyat sekarang ini, berbohong adalah satu isu moral yang amat besar kepada mereka. Rakyat tahu, sekali kita berbohong, mereka yang berbohong itu terpaksa berbohong seribu kali untuk menutup bohong yang telah dilakukan mereka terdahulu dari itu. 'Once a liar, he or she will remain a liar forever'.
Politik bukan lagi perkara yang mudah untuk dikendalikan seperti dahulu. Itulah sebabnya BN sedang menghadapi fenomena dan isu berbohong itu sekarang ini. Setiap pilihanraya BN akan bercakap dan berjanji seperti yang kita dengar sekarang ini. Janji-janji BN sekarang ini adalah janji-janji yang sama seperti dalam pilihanraya-pilihanraya sejak 30 tahun dahulu.
Di antara janji-janjinya ialah untuk membina kemajuan rakyat semua kaum dengan membina kekuatan dan pegangan equiti Melayu dan Bumiputra yang lebih tinggi. Janji-janji inilah yang berulang-ulang kali di buat tetapi sehingga ke hari ini, usahkan hendak mendapatkan pegangan 30 peratus equiti, hendak mendapatkan 20 peratus pun sangat susah dan masih tidak tercapai sehingga ke hari ini.
Apa yang mampu di capai oleh UMNO dan BN hanyalah mewujudkan kumpulan kecil yang eksklusif yang lazim di sebut sebagai kroni semata-mata. Mewujudkan komuniti kronism inilah yang telah membantutkan kemajuan rakyat ramai termasuk orang Melayu kerana segala peluang perniagaan yang besar-besar di kuasai oleh kroni-kroni ini yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan persekutuan dan negeri. Masing-masing pemimpin ada kroni masing-masing.
Justeru perjuangan UMNO khususnya telah gagal sama sekali kerana janji-janji nya untuk membentuk bumiputra yang aktif di dalam bidang 'commerce dan Industry' tidak akan tercapai selagi budaya membentuk kronism ini masih berlanjutan. Cita-cita besar Dr Mahathir dahulu untuk membina masyarakat perniagaan Melayu telah gagal kerana perlaksanaan dasar itu telah di gagalkan oleh beliau sendiri. Zaman beliau mentadbir lah mula wujudnya budaya kronism ini dan semua di antara kroni ini tidak bersusah payah untuk bersaing kerana mendapat 'favour' yang kuat dari pimpinan negara.
Maka wujud lah masyarakat Melayu yang sentiasa bersandar kepada pucuk pimpinan di setiap peringkat dan usaha untuk mewujudkan Melayu yang berdikari seperti yang Mahathir dan pimpinan selepas beliau itu hanyalah merupakan retorik yang biasa kita dengar setiap pilihanraya mendatang. Malahan Mahathir dan pimpinan yang lain sendiri telah bersandarkan kepada UMNO dan kuasa untuk membina 'empire' perniagaan keluarga beliau. Itu semua rakyat tahu.
Itulah sebabnya rakyat memberikan tumpuan kepada janji-janji semua pihak termasuk dari mereka yang berdiri di atas pagar. Itulah sebabnya jika ada janji-janji parti-parti dalam Pakatan sendiri yang telah terdengar oleh rakyat, samada isu menghadapi pilihanraya atau dari segi prestasi kepimpinan maka adalah penting kepada Pakatan Rakyat untuk mempastikan janji-janji itu dipenuhi.
Jika kedapatan ada janji-janji itu hanyalah janji politik pilihanraya sahaja maka rakyat di atas pagar akan rela mengekalkan pentadbiran yang ada sahaja kerana mereka tidak mahu terperangkap dengan janji-janji dan keadaan yang sama sahaja selepas mereka merubah pemtadbiran negara.
Jika isu 'multi racialism' menjadi janji yang besar kepada Pakatan rakyat seperti PKR dan DAP, pastikan ia nampak terpapar dengan jelas kerana sesiapa sahaja yang mampu membawa sedikit perbezaan yang 'positive' dari prestasi dan rekod kepimpinan BN. Pakatan akan menjadi tumpuan untuk rakyat terutama yang duduk di atas pagar itu memberikan mandat dan sokongan mereka.
Jika keterbukaan ini wujud dalam Pakatan maka tidak syak lagi Pakatan boleh lah bersedia untuk menjadi pemimpin di Putrajaya. Jika ada tanda-tanda yang isu rasis wujud dalam penampilan kepimpinannya maka rakyat akan berfikir banyak kali sebelum melakukan perubahan. Rakyat kini dalam 'desperation' untuk mencari kepimpinan yang prakmatik dan 'real' dalam isu penyatuan kaum yang manjadi impian 'ultimate' rakyat zaman sekarang ini.
Dalam isu ini PAS nampaknya tidak menghadapi apa-apa masalah dalam penampilannya di depan mata rakyat. Itu sebabnya PAS di mana-mana sedang mendapat perhatian yang kuat dari rakyat. Baik di kampung-kampung tradisi mahu pun dalam tanah rancangan Felda parti itu sedang hampir kepada menjadi parti 'alternative' yang paling 'viable' bagi orang Melayu. '
Dalam kita sedang berada di penghujung penggal ini, jangan kedapatan elemen-elemen permainan politik peribadi yang keterlaluan kerana jika ada isu-isu politik peribadi yang keterlaluan, takut-takut perubahan tidak akan dapat dilakukan.
Kini rakyat bukan memandang sesuatu perkara itu dengan mata zahir mereka semata-mata. Rakyat juga akan memandang dengan mata hati mereka kerana mata hati lah pandangan yang paling tajam dan merentasi malam yang gelap dan segala halangan yang ada merintasinya.
Itu sebab nya kita wajar yakin dengan pesanan Tuhan 'tidak ada se zahrah pun gerak, selain dari gerak aku'. Semuanya adalah af'alNya semata-mata.
Lim berkata Majlis Peguam sedang menyiasat perkara ini. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 21 Dis – Majlis Peguam sedang menyiasat kemungkinan berlakunya salah urus dalam pembentukan draf akuan bersumpah (SD) kedua P. Balasubramaniam mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006, kata presidennya Lim Chee Wee hari ini. Lim berkata demikian ketika ditanya berkenaan cadangan Majlis Peguam mengeluarkan emel kepada semua peguam di Malaysia menuntut peguam yang mendraf akujanji detektif persendirian kedua untuk mengesahkan identitinya. "Majlis Peguam sedang menyiasat perkara ini," kata Lim kepada The Malaysian Insider hari ini. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lengkap penyiasatan tersebut. "Kami sedang menyiasat sama ada berlakunya salah urus dalam perkara ini," kata Lim Peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu semalam mengusulkan selepas kontroversi terhadap identiti peguam, dengan beberapa ahli majlis peguam mendakwa ia adalah peguam berpangkat "Tan Sri."
Cadangan pengubalan undang-undang itu akan memperkenalkan penalti berat bagi pengambilan semua minuman beralkohol. – Gambar Reuters
JAKARTA, 21 Dis – Satu rang undang-undang mencadangkan pengharaman terhadap penjualan, pengeluaran dan pengambilan minuman beralkohol di Indonesia adalah antara 70 rang undang-undang penting yang dijadual dibahaskan oleh Dewan Perwakilan Indonesia tahun depan. Cadangan pengubalan undang-undang itu, didraf oleh parti Islam tertua di negara ini, Perti Persatuan Pembangunan (PPP) akan memperkenalkan penalti berat bagi pengambilan semua minuman beralkohol. Mereka yang didapati minum alkohol bakal dikenakan hukuman penjara dua tahun, pengedar berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun manakala pengeluar bakal dikenakan penjara maksimum 10 tahun. "Ini merupakan pengharaman muktamad, bukan sekadar cubaan untuk mengawal pengeluaran, pengedaran dan pengambilan alkohol," kata Arwani Thomafi, Setiausaha PPP di Dewan Perwakilan seperti dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris Jakarta Globe pada Jumaat. Arwani berkata parti memperkenalkan rang undang-undang itu untuk membawa negara "seiring dengan garis panduan agama" serta untuk menangani impak negatif pengambilan alkohol secara berlebihan terhadap kesihatan seseorang. Beliau berkata kawasan tumpuan pelancong dan "etnik tertentu" mungkin dikecualikan daripada larangan itu, bagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara khusus kawasan pelancongan dan kumpulan etnik yang akan dibenarkan berbuat demikian di bawah larangan itu. – Bernama
KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Satu konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan akan diadakan pada 31 Disember 2012, kata Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack. Beliau berkata, konvoi 'Protes Anti-Lynas dari Kuala Lumpur ke Kuantan' bermula jam 8 pagi di Markas Pas Taman Melewar, Gombak. "Konvoi akan menjejak kembali laluan Langkah Hijau. Jika kita bermula dengan 10 kereta di Kuala Lumpur, kita jangka ribuan kenderaan akan bersama kita di Kuantan. "Lynas dan rejim yang korup tak pedulikan bantahan rakyat. Rakyat marah dan keliru dengan kenyataan tak bertanggungjawab dan mengelirukan," katanya. Wong Tack berkata, konvoi itu adalah tindakan pertama 'blockade' (pengingkaran) dalam tempoh 100 hari dengan sebuah 'kem' akan ditempatkan di Balok, Kuantan. "Kem dalam mood bersedia. Ada banyak program akan dibuat. Kita akan maklumkan dari semasa ke semasa. "Dalam 100 hari, rakyat akan lakukan pelbagai cara untuk menghalang Lynas dan rejim yang korup dari kembali ke Putrajaya," katanya.
KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Jualan 'biskut telinga cap Adnan' akan dibuat di Markas PAS Chegar Mendang, Bentong sempena konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada 31 Disember 2012 "Kita akan buat jualan biskut telinga cap Adnan," kata Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Pada 30 November lalu, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mendakwa mahu memotong telinganya dan terjun Sungai Pahang kononnya kerana yakin isu Lynas tidak menjejaskan peluang BN di negeri itu. Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman mengenai konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan akan diadakan pada 31 Disember 2012. Konvoi 'Protes Anti-Lynas dari Kuala Lumpur ke Kuantan' bermula jam 8 pagi 31 Disember 2012 di Markas PAS Taman Melewar, Gombak.
Beranikah Najib membenarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan diadakan di Stadium Merdeka. Kita semua sudah faham benar dengan perangai penakut dan pengecut pimpinan Umno/BN yang sering bercakap berdolak dalik sebelum ini. Semasa Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 pun mereka berdolak dalik sehingga menyebabkan ianya berjalan dengan tidak aman disebabkan gangguan pihak-pihak berkenaan atas arahan mereka. Jika benar Najib dan pimpinan Umno/BN anak jantan dan berani serta professional sepatutnya mereka memberi kerjasama kepada rakyat untuk berhimpun secara aman bukannya mengacau dan mengganggu sehingga memperok-perandakan rakyat. Bertindaklah secara professional dan anak jantan. Lihat bagaimana negara-negara maju menangani himpunan aman rakyat. Malah kita telah membuktikan banyak kali bagaimana rakyat boleh berhimpun secara aman jika tiada provokasi dan gangguan dari pihak tertentu yang sengaja menimbulkan huru hara dan kekacauan. Apakah mereka bimbang jika himpunan aman ini tidak diganggu rakyat akan semakin ramai hadir dan menunjukkan sokongan kepada penganjur himpunan tersebut. Rakyat hanya ingin meluahkan perasaan tidak puashati terhadap sistem pilihanraya yang tidak bersih, bantahan terhadap lynas, isu felda, penafian royalti dan sebagainya. Mereka tidak bermaksud untuk merusuh dan membuat kacau. Pasukan keselamatan boleh mengawal mereka dari membuat kacau, bukannya mencetuskan kekacauan seperti apa yang berlaku pada himpunan-himpunan sebelum ini. Read More / Baca Lagi >>
Apabila bercakap fasal berbagai tindakan agresif para pembela dan pejuang bangsa di dalam Umno, kononnya untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara, maka teringatlah beberapa peristiwa besar yang telah dirakam oleh sejarah. Peristiwa dan kejadian itu juga secara tidak langsung menunjukkan akan kerakusan, hilang akal politik orang Melayu khasnya dan politik Malaysia amnya.
Ada beberapa kejadian yang berlaku, sebenarnya amat perit untuk dikenang tetapi terpaksa disebut untuk dijadikan iktibar. Biarlah generasi terkini menilainya sendiri dari persepktif mereka.
Semua peristiwa ini sebagai tanda mata kepada kecederaan politik bangsa Melayu. Kejadian-kejadian yang tidak sepatut berlaku ini jika diukur kepada hakikat sebangsa dan seagama, tetapi ia berlaku dan menjadi bukti betapa sadis politik Melayu yang dilakukan oleh Umno. Umno telah bertindak kejam dan di luar batas-batas demokrasi, dan ada kalanya di luar batas-batas undang-undang dunia sekalipun. Batas agama dan adat tidak perlu dikira lagi kerana Umno parti paling Melayu!
Perbuatan atau kejahatan politik Umno ini bukan sehari dua ini, bukan bermula dengan peristiwa 'menagur' bas PKR, menganggu ceramah Anwar, atau pun menyerbang petugas-petugas di tempat ceramah seperti berlaku di Gombak Selatan, tetapi ia berlaku sejak tahun 1969 lagi kira-kira lebih 40 tahun lalu. Bahkan Umno menubuh skuad khas untuk melakukan pengkhiatan dan gangguan terhadap demokrasi. Bolehlah dikatakan kejahatan Umno bermula sejak di dalam telor lagi. Read More / Baca Lagi >>
GEORGE TOWN, 20 DIS: Biarpun Barisan Nasional (BN) berjaya merampas mandat rakyat Negeri Perak dengan cara yang tidak demokratik dan zalim pada 2009, mereka masih gagal memecahbelahkan hubungan baik dan kerjasama erat Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu. Wakil Pemuda DAPSY, Howard Lee Chuan How berkata, ia terbukti apabila buat pertama kali dalam sejarah, PR Perak berjaya melancarkan Belanjawan negeri 2013 pada 15 Disember lalu. "Pucuk pimpinan PR Perak menghasilkan bukan saja satu belanjawan alternatif, tetapi belanjawan seimbang yang tidak pernah difikirkan UMNO-BN selama ini." katanya ketika perbahasan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, Ahad lalu. Menurut Howard, Belanjawan 2013 PR Perak yang bertemakan "Mengupayakan, Memperkayakan dan Memperkasakan Rakyat" ini akan membabitkan rakyat negeri itu secara lebih menyeluruh. "Dalam resolusi Perkara 2 (2), iaitu Pendemokrasian Ekonomi, ia termasuk langkah menggalakkan aktiviti pertanian berasaskan makanan daripada industri kecil dan sederhana (IKS) di mana anggaran perbelanjaannya sebanyak RM8,300,00 juta," katanya. Read More / Baca Lagi >>
Ariffin membuat laporan tersebut di Balai Polis Tun H S Lee di Jalan Stadium.
PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP, Senator Dr Ariffin SM Omar hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan laman portal, Antarapos kerana menuduhnya mengamalkan perkauman sempit. Ariffin yang ditemani peguam iaitu ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat laporan tersebut di Balai Polis Tun H S Lee di Jalan Stadium dekat sini tengahari tadi. Laporannya terhadap Muhyiddin itu berdasarkan petikan berita "Kenyataan Ariffin Melayu Punca Rasuah Diselar" pada 18 Disember lalu apabila menyifatkan ia sebagai satu perbuatan bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab. Respon itu dibuat Muhyiddin selepas Antarapos dalam laporannya 15 Disember lalu memetik Ariffin sebagai berkata rasuah boleh dibanteras dengan lebih berkesan jika perkhidmatan awam dan polis tidak dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja. Read More / Baca Lagi >>
PETALING JAYA 21 DISEMBER: Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berpayung, malah berhujan bersama-sama rakyat yang hadir program Jelajah Merdeka Rakyat Anak Muda Dataran Anak Muda, Taman Petaling Utama, malam tadi. Selepas kira-kira 30 minit berucap, hujan mulai renyai menyebabkan sebahagian hadirin gelisah lalu bangun untuk mencari tempat berteduh. Namun, Anwar tidak berganjak dari pentas ceramah, malah menolak apabila petugas program mahu memayungi beliau. "Tak payah. Mereka tiada payung, saya (pun) tiada payung. Saya bukan (Datuk Seri) Najib Razak. Mereka basah, saya (pun) basah," katanya, tegas. Tersentuh dengan kerendahan budi pemimpin reformasi itu, orang ramai terutama anak muda terus bersama-sama mendengar ucapan Ketua Umum KEADILAN itu. Antara yang turut berucap dalam program anjuran Angkatan Muda KEADILAN itu ialah beberapa pemimpin parti, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Haniza Talha, Sim Tze Tzin, Shamsul Iskandar dan aktivis mahasiswa, Adam Adli,
PETALING JAYA 21 DISEMBER: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Umno BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapnya atau pimpinan Pakatan Rakyat, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. "Saya diberitahu ada video baru. Dulu muka macam Anwar (tetapi) perut buncit. Sekarang tidak, muka macam Anwar, perut pun dah (di)kempis(kan). "Politik sampai macam itu," katanya kepada lebih 5,000 anak muda dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anak Muda di Petaling Jaya malam tadi. Namun, Ketua Umum KEADILAN itu yakin rakyat lebih cerdik dan tidak mudah termakan dengan setiap fitnah yang dijaja juak-juak Umno BN. "Saya yakin, Insya-Allah. Kita akan (dapat) lalui (dengan baik). Orang tanya kenapa saya yakin kita boleh menang? Saya kata: Apa kamu ingat rakyat bodoh? "Rakyat di bawah, (yang) kerja kilang, buka gerai (dan) pendidikan (sekadar) tingkatan tiga dan lima tak semestinya bodoh. Sebab hati mereka bersih. Mereka mencari kebenaran," katanya. Read More / Baca Lagi >>
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada siswa 'Occupy Dataran' kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.
Siswa, Umar Mohd Azmi didakwa di mahkamah itu pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.
Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.
Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.
KUALA LUMPUR - Pemilihan calon-calon Pas yang akan diturunkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah 90 peratus muktamad, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
"Siapa dan kerusi yang akan ditandingi, sudah selesai 90 peratus," kata beliau.
"Lebih kurang, kita ada dua peringkat. Pertama, orang ini layak bertanding, maknanya dari segi Majlis Syura ini sudah lihat, mana yang layak dan tak layak ini.
"Kemudian siapa dan di mana, itu akan dimuktamadkan oleh Pusat... jadi, siapa dan di mana, kita sudah selesai," kata beliau dalam satu wawancara khas di sini.
"Bubar sahaja (Dewan Rakyat), lagi 10 peratus itu akan selesailah," kata beliau, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pada muktamar tahunan parti itu baru-baru ini berkata, Pas perlu menang sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen dalam menentukan hala tuju parti berusia lebih enam dekad itu.
"Sehebat mana perjuangan kita dalam kerangka demokrasi, kemenangan yang paling mustahak.
"Berapa kerusi yang kita boleh menang? Paling tidak kita kena menang 60 kerusi dan sekarang kita fokus kerusi mana yang boleh menang," kata beliau.
Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.
Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.
Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) membuat keputusan akan menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan kononnya beliau merasuah dua pemimpin DAP agar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
Perkara ini dimaklumkan beliau dalam sidang media yang diadakan di JKR 10 semalam ekoran laporan oleh Utusan Malaysia.
"Ianya satu fitnah untuk memburukkan saya secara peribadi menjelang pilihan raya," kata beliau.
Utusan menyiarkan dakwaan satu blog Umno kononnya TG Nik Aziz merasuah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Nga Kor Meng agar DAP bersetuju melantik Nizar sebagai Menteri Besar Perak.
Rasuah dalam bentuk tanah itu diberikan kerana Adun DAP yang paling ramai dalam DUN Perak, dakwa blog Umno yang disiarkan Utusan itu.
Kalau semalam Bernama telah melaporkan seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari mereka terpedaya dengan amanat "Haji Hadi" yang mengkafirkan UMNO.
Yang buat aku gelak sorang-sorang bila baca laporan itu ialah bila ada seorang Pok Cik yang masuk UMNO tu dakwa diri dia adalah bekas PEMUDA TAHAN LASAK PAS.. sebabnya setahu aku PEMUDA TAHAN LASAK tu hanya ada dalam UMNO..
SHAH ALAM, 21 DIS: Tidak mustahil lebih ramai golongan agamawan Islam seperti ustaz menyertai DAP suatu hari nanti kerana parti itu merupakan parti yang berbilang kaum seperti PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Penyertaan golongan agamawan di dalam DAP juga tidak lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang menghairankan kerana DAP hari ini dilihat sebagai sebuah parti sosial demokrat yang memperjuangkan tadbir urus yang baik seperti mana PKR dan PSM. Demikian menurut Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Dr Maszlee Malik kepada TV Selangor. "Sebagai parti yang majmuk mereka perlu ada kepelbagaian wajah, maksud saya bukan sahaja golongan agamawan Islam sahaja, sekarang ini pun dah ada aktivis Kristian dan Buddha, mengapa tidak ada ustaz-ustaz atau aktivis Islam di dalamnya. "DAP sendiri, setahu saya sudah ada kumpulan ustaz yang dah masuk DAP seperti Abdul Hakim, Mustakim dengan Fakri," kata Dr Maszlee. "Dalam PKR dan PSM yang sama seperti DAP nak tegakkan keadilan, 'good governance' dah ada golongan seperti Dr Manuaty, Dr Badrol Amin dan lain-lain," ujar Dr Maszlee. Read More / Baca Lagi >>
The recent DAP polls showed that Malays in the party must earn their keep and keep their peace.
A total of eight Malay candidates contested for places in DAP's central executive committee (CEC) last week. But no Malay candidates won any place. Also, more Indians offered themselves in the contest but only M Kulasegaran got in. I don't hear them grumbling or getting gruffy. Perhaps the Malay DAP members must learn from them a thing or two. Why didn't any of the Malays get selected? Perhaps it's the fault of the candidates and the delegates and also the DAP leadership. But first let's set aside one issue – viewing the results with an Umno mindset. The worse thing any Malay DAP member or leader can do is to read what has just happened at the 16th DAP national congress with an Umno mindset. And what is this Umno mindset? The Umno mindset is that you deserve to get something just because you are Umno. Umno is built on the idea that you can get ahead by cutting corners, leveraging politics, exploiting inherited status and so forth. But the world does not operate on these terms. The world moves on, driven by people's abilities and on what they can contribute. And this is typically NOT the Umno mindset. Read More / Baca Lagi >>
Ong menegaskan perlu ada penjelasan mengenai kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan di mana beberapa pesalah sudah membayar kompaun mereka. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 21 Dis—Keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) dibekukan mengelirukan pengguna jalan raya, kata ahli parlimen. Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bersatu dalam menuntut Putrajaya menjelaskan sama ada mereka menjalankan satu kajian penuh dengan implikasi undang-undang atau tidak sebelum tergesa-gesa melancarkan sistem kamera perangkap kelajuan, dilihat sebagai penswastaan penguatkuasaan undang-undang trafik untuk memperkayakan syarikat-syarikat tertentu yang rapat dengan kerajaan. "Tidakkah unsur-unsur perundangan yang kini menggendalakan pelaksanaan AES tidak dikenalpasti oleh Peguam Negara (AG) selama ini sebelum pelaksanaan AES?" tanya Datuk Seri Ong Tee Keat yang sebelum ini merupakan menteri pengangkutan. Pemimpin MCA itu berkata walaupun AG Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai kuasa untuk membekukan pendakwaan kepada pesalah jalan raya, beliau menegaskan, "perlu ada penjelasan mengenai kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan di mana beberapa pesalah sudah membayar kompaun mereka".
Pejabat Pendidikan di Gua Musang telah dimaklumkan bahawa guru-guru di di sekolah pedalam untuk kanak-kanak Orang Asli di Kelantan - SK Bihai - hanya mengajar mereka tiga hari seminggu.
Perkara itu diberitahu dalam sesi dialog dengan pegawai jabatan berkenaan pada 1 November lalu, kata Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK, Arom Asir.
Para pegawai yang hadir termasuklah pegawai pendidikan daerah Gua Musang, Mohammad Zahari Othman.
"Mereka sudah tahu. Kami bangkitkannya dalam dialog tersebut dan wakil kementerian hadir," Arom memberitahu Malaysiakini semalam.
Beliau mengulas saranan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mohd Puad Zarkashi kepada ibu bapa sekolah tersebut supaya membuat aduan supaya kementerian boleh menyiasatnya.
Sesi dialog itu diadakan di Dewan Jubli Perak di Kuala Betis, Gua Musang, selepas ibu bapa Orang Asli mengadu tentang perbuatan guru menampar empat murid Tahun Enam - yang kesemuanya bukan Islam - kerana tidak membaca doa selepas makan tengahari. Read More / Baca Lagi >>
PENDANG 20 Dis. - Harga komoditi getah dan kelapa sawit dijangka meningkat ke tahap lebih kukuh apabila kerajaan menyusun beberapa strategi baru mulai Januari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat rungutan para petani ekoran penurunan harga komoditi itu sekarang.
Ekoran itu, katanya, satu strategi berkesan telah disusun dan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini bagi menyelesaikan masalah terbabit secepat mungkin.
"Kita ada strategi sendiri. Malah baru-baru ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok telah membentangkan kepada Kabinet.
Menerangkan isu sebaran berita direka di Sungai Petani
Salam semua teman2 dan kenalan. Saya ingin mengesahkan bahawa isu pergaduhan remaja India dgn Melayu adalah pergaduhan biasa yang melibatkan anak-anak muda. Cumanya ianya melibatkan dua kaum.
Ada pihak yang mengambil kesempatan menyalakan api perkauman dan meyebarkan berita yang direka dan khabar angin.
Tiada kematian dan tiada rusuhan di Sg Petani.
Polis mengawal keadaan sepenuhnya malah sudah ada tangkapan oleh polis terhadap penyebar khabar angin dan berita palsu.
Saya amat2 berharap teman2 membantu saya dan polis memadamkan berita yang tidak betul ini dan meyakinkan rakyat yg keadaan sudah kembali normal.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH kelmarin akhbar sinar terengganu telah menyiarkan gambar dimana pelekat pro muhyiddin dan anti najib telah di pasang diseluruh terengganu hari ini jelas makna berita ini muhyiddin datang melawat secara resmi muhyiddin sedang merancang di terengganu muhyiddin sedang memasang perangkap berita telah mula tersebar bahawa najib akan dinyahkan sebelum pru13 united malays national organisation telah buat kaji selidik telah ditemui bahawa jika najib memimpin ke pru13 makan united malays national organisation akan lingkup ini kerana najib adalah beban najib ada kes bunuh ada kes rasuah dan akan di sapina ke paris juha beban yang amat berat ialah rosmah mansor
kaji selidik ini mendapati jika muhyiddin memimpin makan kemungkinan sokongan melayu akan mengampoh garis melayu yang dibawa oleh muhyiddin lebih popular dikalangan ahli parti
DEEPAK DAN MUSA deepak sedang mengotek otek musa sedang mengotek otek kedua mereka ini memiliki maklumat maklumat tentang kes pembunuhan altantuya jika deepak dipanggil oleh najib maka kes tutup jika deepak di panggil oleh muhyiddin kes berterusan jika deepak dipanggil oleh madey najib akan di nyahkan
Pelekat tolak Najib, sokong Muhyiddin
WARTAWAN SINAR HARIAN 16 Disember 2012
Pelekat yang ditampal di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu di Batu Burok di sini
KUALA TERENGGANU – Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.
KUALA TERENGGANU: Penduduk Kampung Pulau Bahagia Manir membuat sebuah meja bulat dan bangku buluh berukuran kira-kira 300 meter dibuat khas untuk majlis jamuan rakyat bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 22 Disember ini. »
SINTOK: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak semua penjawat awam berganding bahu pastikan segala agenda dirangka kerajaan dapat dilaksana dalam usaha melonjak Malaysia dalam kedudukan lima terbaik dunia. »
Sejuta rakyat berhimpun di Stadium Merdeka 12 Januari
KUALA LUMPUR 20 Dis: Himpunan sejuta rakyat akan diadakan di Stadium Merdeka pada 12 Januari bermula 2 hingga 5 petang sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), umum pengarah program, Mohamad Sabu.
Katanya, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.
Saranan tersebut dinyatakan Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu.
"Kita akan mohon terus pada (pentadbiran) Stadium Merdeka (untuk berhimpun) atas nama Sasterawan Negara," jelasnya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor hari ini, tanpa menamakan sasterawan tersebut.
punx n skinhead troskan bendera hitam kita jgn terpedaya tipu daya syaitan durjana haparat bangsat dajjal...kita pahlawan y bersatu hati dibawah bendera hitam tanpa prejudis dan syakwasangka jgn sesekali berpecah hingga dunia kiamat...kita waris penggegar dunia... on ABANG LONG ABANG NGOK MEMALUKAN AYAHANDA HINGGA JADI MAK BONDA
2 - ketika rasiah ini berlaku parrti mana mentadbir selangor
3 - negeri mana yang anugerah datuk kepada perasuah ini?
4 - adakah datuk ini di beli?
SOALAN CEPU EMAS
5 - ahli parti manakah datuk ini ketikan ditangkap?
BEKAS Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM132,500 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri. - Foto Roslin Mat Tahir
sidang akhbar himpunan kebangkitan rakyat baru selesai dengan slogan ini bukan ARAB SPRING tapi MALAYSIAN DURIAN PERHIMPUNAN BERMULA JAM 2:00 PETANG semua bergerak menuju ke STADIUM MERDEKA dapat atau tak dapat stadium merdeka BUKAN soalan yang pentingsatu juta berhimpun himpunan kebangkitan rakyat ialah gerakan massa kerja sama antara ngo dengan partai partai politik pkr, dap, pas dan psm LAPORAN TERKINI DARI DEWAN CHINA: jam 11 pagi ini saudara mat sabu telah mengumumkan stadium merdeka sebagai tempat berhimpuan pada 12 januari 2013 - hari kebangkitan rakyat penguman ini dibuat di dewan perhimpunan china kuala lumpur ditanya oleh wartawan jika tidak dapat stadium merdeka - saudara mat sabu telah berkata ' kita akan berhimpun disekeliling stadium merdeka..." ditanya lagi apakah satu juta ini akan dapat mengisi penuh stadium? saudara mat sabu sebagai pengarah himpunan telah menerangkan bahawa yang tak dapat masuk akan duduk diluar stadium yang penting satu juta turun.....' cik gu ishak surin wakil maufakat juga berjanji akan menggerakkanseluruh warga kota kuala lumpur untuk bagun menumbangkan kerajaan yang sebagai satu jalan untuk memberhentikan rampasan tanah. rampasan tanah kampong tradisional sedang berluluasa di kampong railway di sentul yang berumur 150 tahun adalah contoh jenayah keerajaan hari ini wong tuck yang mewakili himpunan hijau akan melancarkan gerakan jatuhkan kerajaan yang ada sekarang dan gantikan dengan kerajaan baru hanya dengan kerajaan baru dapat kilang lynas ditutup wong tuck dan himpuanan hijau akan berkonvoi pada 31 disember dari kuala lumpur untuk mengepong kilang lyanas pada malam tahun baru konvoi berkumpul di markas tarinah pas taman melewar wong tucuk dan himpunan hijau menjemput semua warga untuk sama sama bertahun baru di kuantan SABAH DAN SARAWAK himpunan kebangktan rakyat akan diadakan: di miri di kuching di kota kinabalu wartawan juga telah diberitahu bahawa warga malaysia di london di perth di new york di hong kong di melbourne akan turun sama berhimpun ANTARA NGO YANG TURUT SAMA samm smm gmi anak tanah universiti bangsar utama bersih melaka bersih kuantan empowwer dema gamis warga aman maufakat himpunan hijau oku jerit kase anti-ppsmi dewan china selangor selamatkan jalan sultan abu jingga13 solodariti punk & skin head NOTA: radio bangsar utama ialah radio resmi hari kebangkitan rakyat
CAKARAN DINDING sebagai gerakan seniman melawan menayangkan kerja seni bukan di galeri tapi dijalan jalan raya di dinding dan temnok secara demokratik untuk dilihat umum
ANAK ANAK MUDA
telah mememulakan tradisi seni melawan
bukan lagi menghantar memo
bukan lagi membuat laporan polis
SENI BUKAN UNTUK MEMBODEK tapi seni untuk melawan
---
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.