RAKYAT MARHAEN |
- Majlis Peguam siasat untuk sahkan salah urus dalam SD 2 Bala
- Rang undang-undang cadang haramkan minuman keras di Indonesia
- Konvoi Himpunan Hijau KL – Kuantan 31 Disember
- Jualan ‘biskut telinga cap Adnan’ di Bentong, Pahang
- 1 Juta Poskad "Tanya Rosmah"
- Tiga suspek samun kedai di Taman Sri Rampai diburu
- Isu Vale: Siapa sebenarnya berbohong?
- Sidang DUN Perak : Hamidah tak ada standard!
- SIAPA TAK SOKONG UMNO DIPERSILAKAN BERAMBUS!!!
- Lensa : JMR Dataran Anak Muda PJS
- BERANIKAH NAJIB BENARKAN STADIUM MERDEKA UNTUK HIMPUNAN 12 JAN
- Pembakaran Jambatan Antara Simbol Kejahatan Umno
- BN berjaya rampas kuasa rakyat tapi gagal pecah-belahkan Pakatan Rakyat
- Senator DAP buat laporan polis terhadap Muhyiddin, portal berita
- Berhujan bersama anak muda, Anwar enggan dipayungkan
- Menjelang PRU 13, Umno reka video fitnah baru – Anwar
- Siswa 'Occupy Dataran' dihukum penjara sebulan
- PRU13: 90% calon Pas sudah muktamad
- Jawapan fitnah terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz
- Sekali lagi Utusan disaman, kali ini TG Nik Aziz
- Samseng Umno antara 78 sertai PAS di Felda Bukit Permai
- Dr Maszlee : Tidak Mustahil Lebih Ramai Agamawan Sertai DAP
- Don’t see DAP congress with Umno mindset
- Keputusan beku saman AES oleh AG mengelirukan, kata ahli parlimen
- Kerja 3 Hari Seminggu : 'Jabatan tahu guru SK Bihai ponteng'
Majlis Peguam siasat untuk sahkan salah urus dalam SD 2 Bala Posted: 20 Dec 2012 08:45 PM PST "Majlis Peguam sedang menyiasat perkara ini," kata Lim kepada The Malaysian Insider hari ini. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lengkap penyiasatan tersebut. "Kami sedang menyiasat sama ada berlakunya salah urus dalam perkara ini," kata Lim Peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu semalam mengusulkan selepas kontroversi terhadap identiti peguam, dengan beberapa ahli majlis peguam mendakwa ia adalah peguam berpangkat "Tan Sri." | ||
Rang undang-undang cadang haramkan minuman keras di Indonesia Posted: 20 Dec 2012 08:44 PM PST Cadangan pengubalan undang-undang itu, didraf oleh parti Islam tertua di negara ini, Perti Persatuan Pembangunan (PPP) akan memperkenalkan penalti berat bagi pengambilan semua minuman beralkohol. Mereka yang didapati minum alkohol bakal dikenakan hukuman penjara dua tahun, pengedar berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun manakala pengeluar bakal dikenakan penjara maksimum 10 tahun. "Ini merupakan pengharaman muktamad, bukan sekadar cubaan untuk mengawal pengeluaran, pengedaran dan pengambilan alkohol," kata Arwani Thomafi, Setiausaha PPP di Dewan Perwakilan seperti dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris Jakarta Globe pada Jumaat. Arwani berkata parti memperkenalkan rang undang-undang itu untuk membawa negara "seiring dengan garis panduan agama" serta untuk menangani impak negatif pengambilan alkohol secara berlebihan terhadap kesihatan seseorang. Beliau berkata kawasan tumpuan pelancong dan "etnik tertentu" mungkin dikecualikan daripada larangan itu, bagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara khusus kawasan pelancongan dan kumpulan etnik yang akan dibenarkan berbuat demikian di bawah larangan itu. – Bernama | ||
Konvoi Himpunan Hijau KL – Kuantan 31 Disember Posted: 20 Dec 2012 08:43 PM PST KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Satu konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan akan diadakan pada 31 Disember 2012, kata Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack. Beliau berkata, konvoi 'Protes Anti-Lynas dari Kuala Lumpur ke Kuantan' bermula jam 8 pagi di Markas Pas Taman Melewar, Gombak. "Konvoi akan menjejak kembali laluan Langkah Hijau. Jika kita bermula dengan 10 kereta di Kuala Lumpur, kita jangka ribuan kenderaan akan bersama kita di Kuantan. "Lynas dan rejim yang korup tak pedulikan bantahan rakyat. Rakyat marah dan keliru dengan kenyataan tak bertanggungjawab dan mengelirukan," katanya. Wong Tack berkata, konvoi itu adalah tindakan pertama 'blockade' (pengingkaran) dalam tempoh 100 hari dengan sebuah 'kem' akan ditempatkan di Balok, Kuantan. "Kem dalam mood bersedia. Ada banyak program akan dibuat. Kita akan maklumkan dari semasa ke semasa. "Dalam 100 hari, rakyat akan lakukan pelbagai cara untuk menghalang Lynas dan rejim yang korup dari kembali ke Putrajaya," katanya. | ||
Jualan ‘biskut telinga cap Adnan’ di Bentong, Pahang Posted: 20 Dec 2012 08:43 PM PST KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Jualan 'biskut telinga cap Adnan' akan dibuat di Markas PAS Chegar Mendang, Bentong sempena konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada 31 Disember 2012 "Kita akan buat jualan biskut telinga cap Adnan," kata Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Pada 30 November lalu, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mendakwa mahu memotong telinganya dan terjun Sungai Pahang kononnya kerana yakin isu Lynas tidak menjejaskan peluang BN di negeri itu. Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman mengenai konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan akan diadakan pada 31 Disember 2012. Konvoi 'Protes Anti-Lynas dari Kuala Lumpur ke Kuantan' bermula jam 8 pagi 31 Disember 2012 di Markas PAS Taman Melewar, Gombak. | ||
Posted: 20 Dec 2012 08:38 PM PST | ||
Tiga suspek samun kedai di Taman Sri Rampai diburu Posted: 20 Dec 2012 08:13 PM PST | ||
Isu Vale: Siapa sebenarnya berbohong? Posted: 20 Dec 2012 08:10 PM PST | ||
Sidang DUN Perak : Hamidah tak ada standard! Posted: 20 Dec 2012 08:09 PM PST | ||
SIAPA TAK SOKONG UMNO DIPERSILAKAN BERAMBUS!!! Posted: 20 Dec 2012 08:04 PM PST Rupa-rupanya mana-mana warga Malaysia yang tak bodek ampu melangit UMNO kena berambus!! Beritahu kebenaran.. KENA BERAMBUS!!!! Sebab itulah agaknya kena impot warga Bangla, Indon, Myanmar, Nepal untuk gantikan warga Malaysia yang kena halau kot!!! Disebabkan penduduk kampong marah sebab sokong UMNO dapat sampah maka ada pemimpin UMNO yang bersikap macam sampah juga. Inilah kain rentang yang terdapat di Batu 5, Kg Mohd Noor, Parit Sulong, Johor dibawah DUN N21 Parit Yaani Cara penyelesaian UMNO amat mudah sekali.....Tak mampu nak selesaikan kena buat cara purba zaman batu.. pakai guna politik primitif. | ||
Lensa : JMR Dataran Anak Muda PJS Posted: 20 Dec 2012 08:01 PM PST Ezad Exist Antara ribuaan hadirin yg memenuhi Dataran Anak Muda PJS Orang ramai ambil kesempatan bersalaman dengan DS Anwar Ibrahim Reformasi!!!!! Pidato Nurul Izzah tak kurang hebatnya Pengarah Strategi KEADILAN, sdr Rafizi Ramli menyampaikan penerangan dan pendedahan Pemimpin aktivis mahasiswa, Sdr Adam Adli, membawa suara anak muda dan mahasiswa dan mengajak semua ke #KL112 | ||
BERANIKAH NAJIB BENARKAN STADIUM MERDEKA UNTUK HIMPUNAN 12 JAN Posted: 20 Dec 2012 07:56 PM PST Beranikah Najib membenarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan diadakan di Stadium Merdeka. Kita semua sudah faham benar dengan perangai penakut dan pengecut pimpinan Umno/BN yang sering bercakap berdolak dalik sebelum ini. Semasa Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 pun mereka berdolak dalik sehingga menyebabkan ianya berjalan dengan tidak aman disebabkan gangguan pihak-pihak berkenaan atas arahan mereka. Jika benar Najib dan pimpinan Umno/BN anak jantan dan berani serta professional sepatutnya mereka memberi kerjasama kepada rakyat untuk berhimpun secara aman bukannya mengacau dan mengganggu sehingga memperok-perandakan rakyat. Bertindaklah secara professional dan anak jantan. Lihat bagaimana negara-negara maju menangani himpunan aman rakyat. Malah kita telah membuktikan banyak kali bagaimana rakyat boleh berhimpun secara aman jika tiada provokasi dan gangguan dari pihak tertentu yang sengaja menimbulkan huru hara dan kekacauan. Apakah mereka bimbang jika himpunan aman ini tidak diganggu rakyat akan semakin ramai hadir dan menunjukkan sokongan kepada penganjur himpunan tersebut. Rakyat hanya ingin meluahkan perasaan tidak puashati terhadap sistem pilihanraya yang tidak bersih, bantahan terhadap lynas, isu felda, penafian royalti dan sebagainya. Mereka tidak bermaksud untuk merusuh dan membuat kacau. Pasukan keselamatan boleh mengawal mereka dari membuat kacau, bukannya mencetuskan kekacauan seperti apa yang berlaku pada himpunan-himpunan sebelum ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pembakaran Jambatan Antara Simbol Kejahatan Umno Posted: 20 Dec 2012 07:54 PM PST Ada beberapa kejadian yang berlaku, sebenarnya amat perit untuk dikenang tetapi terpaksa disebut untuk dijadikan iktibar. Biarlah generasi terkini menilainya sendiri dari persepktif mereka. Semua peristiwa ini sebagai tanda mata kepada kecederaan politik bangsa Melayu. Kejadian-kejadian yang tidak sepatut berlaku ini jika diukur kepada hakikat sebangsa dan seagama, tetapi ia berlaku dan menjadi bukti betapa sadis politik Melayu yang dilakukan oleh Umno. Umno telah bertindak kejam dan di luar batas-batas demokrasi, dan ada kalanya di luar batas-batas undang-undang dunia sekalipun. Batas agama dan adat tidak perlu dikira lagi kerana Umno parti paling Melayu! Perbuatan atau kejahatan politik Umno ini bukan sehari dua ini, bukan bermula dengan peristiwa 'menagur' bas PKR, menganggu ceramah Anwar, atau pun menyerbang petugas-petugas di tempat ceramah seperti berlaku di Gombak Selatan, tetapi ia berlaku sejak tahun 1969 lagi kira-kira lebih 40 tahun lalu. Bahkan Umno menubuh skuad khas untuk melakukan pengkhiatan dan gangguan terhadap demokrasi. Bolehlah dikatakan kejahatan Umno bermula sejak di dalam telor lagi. Read More / Baca Lagi >> | ||
BN berjaya rampas kuasa rakyat tapi gagal pecah-belahkan Pakatan Rakyat Posted: 20 Dec 2012 07:52 PM PST Howard Lee Wakil Pemuda DAPSY, Howard Lee Chuan How berkata, ia terbukti apabila buat pertama kali dalam sejarah, PR Perak berjaya melancarkan Belanjawan negeri 2013 pada 15 Disember lalu. "Pucuk pimpinan PR Perak menghasilkan bukan saja satu belanjawan alternatif, tetapi belanjawan seimbang yang tidak pernah difikirkan UMNO-BN selama ini." katanya ketika perbahasan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, Ahad lalu. Menurut Howard, Belanjawan 2013 PR Perak yang bertemakan "Mengupayakan, Memperkayakan dan Memperkasakan Rakyat" ini akan membabitkan rakyat negeri itu secara lebih menyeluruh. "Dalam resolusi Perkara 2 (2), iaitu Pendemokrasian Ekonomi, ia termasuk langkah menggalakkan aktiviti pertanian berasaskan makanan daripada industri kecil dan sederhana (IKS) di mana anggaran perbelanjaannya sebanyak RM8,300,00 juta," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Senator DAP buat laporan polis terhadap Muhyiddin, portal berita Posted: 20 Dec 2012 07:49 PM PST Ariffin membuat laporan tersebut di Balai Polis Tun H S Lee di Jalan Stadium. Ariffin yang ditemani peguam iaitu ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat laporan tersebut di Balai Polis Tun H S Lee di Jalan Stadium dekat sini tengahari tadi. Laporannya terhadap Muhyiddin itu berdasarkan petikan berita "Kenyataan Ariffin Melayu Punca Rasuah Diselar" pada 18 Disember lalu apabila menyifatkan ia sebagai satu perbuatan bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab. Respon itu dibuat Muhyiddin selepas Antarapos dalam laporannya 15 Disember lalu memetik Ariffin sebagai berkata rasuah boleh dibanteras dengan lebih berkesan jika perkhidmatan awam dan polis tidak dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja. Read More / Baca Lagi >> | ||
Berhujan bersama anak muda, Anwar enggan dipayungkan Posted: 20 Dec 2012 07:47 PM PST PETALING JAYA 21 DISEMBER: Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berpayung, malah berhujan bersama-sama rakyat yang hadir program Jelajah Merdeka Rakyat Anak Muda Dataran Anak Muda, Taman Petaling Utama, malam tadi. Selepas kira-kira 30 minit berucap, hujan mulai renyai menyebabkan sebahagian hadirin gelisah lalu bangun untuk mencari tempat berteduh. Namun, Anwar tidak berganjak dari pentas ceramah, malah menolak apabila petugas program mahu memayungi beliau. "Tak payah. Mereka tiada payung, saya (pun) tiada payung. Saya bukan (Datuk Seri) Najib Razak. Mereka basah, saya (pun) basah," katanya, tegas. Tersentuh dengan kerendahan budi pemimpin reformasi itu, orang ramai terutama anak muda terus bersama-sama mendengar ucapan Ketua Umum KEADILAN itu. Antara yang turut berucap dalam program anjuran Angkatan Muda KEADILAN itu ialah beberapa pemimpin parti, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Haniza Talha, Sim Tze Tzin, Shamsul Iskandar dan aktivis mahasiswa, Adam Adli, | ||
Menjelang PRU 13, Umno reka video fitnah baru – Anwar Posted: 20 Dec 2012 07:47 PM PST PETALING JAYA 21 DISEMBER: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Umno BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapnya atau pimpinan Pakatan Rakyat, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. "Saya diberitahu ada video baru. Dulu muka macam Anwar (tetapi) perut buncit. Sekarang tidak, muka macam Anwar, perut pun dah (di)kempis(kan). "Politik sampai macam itu," katanya kepada lebih 5,000 anak muda dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anak Muda di Petaling Jaya malam tadi. Namun, Ketua Umum KEADILAN itu yakin rakyat lebih cerdik dan tidak mudah termakan dengan setiap fitnah yang dijaja juak-juak Umno BN. "Saya yakin, Insya-Allah. Kita akan (dapat) lalui (dengan baik). Orang tanya kenapa saya yakin kita boleh menang? Saya kata: Apa kamu ingat rakyat bodoh? "Rakyat di bawah, (yang) kerja kilang, buka gerai (dan) pendidikan (sekadar) tingkatan tiga dan lima tak semestinya bodoh. Sebab hati mereka bersih. Mereka mencari kebenaran," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Siswa 'Occupy Dataran' dihukum penjara sebulan Posted: 20 Dec 2012 07:45 PM PST Siswa, Umar Mohd Azmi didakwa di mahkamah itu pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin. Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu. Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil. | ||
PRU13: 90% calon Pas sudah muktamad Posted: 20 Dec 2012 07:44 PM PST "Siapa dan kerusi yang akan ditandingi, sudah selesai 90 peratus," kata beliau. "Lebih kurang, kita ada dua peringkat. Pertama, orang ini layak bertanding, maknanya dari segi Majlis Syura ini sudah lihat, mana yang layak dan tak layak ini. "Kemudian siapa dan di mana, itu akan dimuktamadkan oleh Pusat... jadi, siapa dan di mana, kita sudah selesai," kata beliau dalam satu wawancara khas di sini. "Bubar sahaja (Dewan Rakyat), lagi 10 peratus itu akan selesailah," kata beliau, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pada muktamar tahunan parti itu baru-baru ini berkata, Pas perlu menang sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen dalam menentukan hala tuju parti berusia lebih enam dekad itu. "Sehebat mana perjuangan kita dalam kerangka demokrasi, kemenangan yang paling mustahak. "Berapa kerusi yang kita boleh menang? Paling tidak kita kena menang 60 kerusi dan sekarang kita fokus kerusi mana yang boleh menang," kata beliau. | ||
Jawapan fitnah terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Posted: 20 Dec 2012 07:43 PM PST
Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012. Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti. Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu. | ||
Sekali lagi Utusan disaman, kali ini TG Nik Aziz Posted: 20 Dec 2012 06:13 PM PST KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) membuat keputusan akan menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan kononnya beliau merasuah dua pemimpin DAP agar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak. Read More / Baca Lagi >>Perkara ini dimaklumkan beliau dalam sidang media yang diadakan di JKR 10 semalam ekoran laporan oleh Utusan Malaysia. "Ianya satu fitnah untuk memburukkan saya secara peribadi menjelang pilihan raya," kata beliau. Utusan menyiarkan dakwaan satu blog Umno kononnya TG Nik Aziz merasuah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Nga Kor Meng agar DAP bersetuju melantik Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Rasuah dalam bentuk tanah itu diberikan kerana Adun DAP yang paling ramai dalam DUN Perak, dakwa blog Umno yang disiarkan Utusan itu. | ||
Samseng Umno antara 78 sertai PAS di Felda Bukit Permai Posted: 20 Dec 2012 06:09 PM PST Kalau semalam Bernama telah melaporkan seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari mereka terpedaya dengan amanat "Haji Hadi" yang mengkafirkan UMNO. Read More / Baca Lagi >>Yang buat aku gelak sorang-sorang bila baca laporan itu ialah bila ada seorang Pok Cik yang masuk UMNO tu dakwa diri dia adalah bekas PEMUDA TAHAN LASAK PAS.. sebabnya setahu aku PEMUDA TAHAN LASAK tu hanya ada dalam UMNO.. | ||
Dr Maszlee : Tidak Mustahil Lebih Ramai Agamawan Sertai DAP Posted: 20 Dec 2012 06:08 PM PST SHAH ALAM, 21 DIS: Tidak mustahil lebih ramai golongan agamawan Islam seperti ustaz menyertai DAP suatu hari nanti kerana parti itu merupakan parti yang berbilang kaum seperti PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Penyertaan golongan agamawan di dalam DAP juga tidak lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang menghairankan kerana DAP hari ini dilihat sebagai sebuah parti sosial demokrat yang memperjuangkan tadbir urus yang baik seperti mana PKR dan PSM. Demikian menurut Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Dr Maszlee Malik kepada TV Selangor. "Sebagai parti yang majmuk mereka perlu ada kepelbagaian wajah, maksud saya bukan sahaja golongan agamawan Islam sahaja, sekarang ini pun dah ada aktivis Kristian dan Buddha, mengapa tidak ada ustaz-ustaz atau aktivis Islam di dalamnya. "DAP sendiri, setahu saya sudah ada kumpulan ustaz yang dah masuk DAP seperti Abdul Hakim, Mustakim dengan Fakri," kata Dr Maszlee. "Dalam PKR dan PSM yang sama seperti DAP nak tegakkan keadilan, 'good governance' dah ada golongan seperti Dr Manuaty, Dr Badrol Amin dan lain-lain," ujar Dr Maszlee. Read More / Baca Lagi >> | ||
Don’t see DAP congress with Umno mindset Posted: 20 Dec 2012 06:07 PM PST The recent DAP polls showed that Malays in the party must earn their keep and keep their peace. Also, more Indians offered themselves in the contest but only M Kulasegaran got in. I don't hear them grumbling or getting gruffy. Perhaps the Malay DAP members must learn from them a thing or two. Why didn't any of the Malays get selected? Perhaps it's the fault of the candidates and the delegates and also the DAP leadership. But first let's set aside one issue – viewing the results with an Umno mindset. The worse thing any Malay DAP member or leader can do is to read what has just happened at the 16th DAP national congress with an Umno mindset. And what is this Umno mindset? The Umno mindset is that you deserve to get something just because you are Umno. Umno is built on the idea that you can get ahead by cutting corners, leveraging politics, exploiting inherited status and so forth. But the world does not operate on these terms. The world moves on, driven by people's abilities and on what they can contribute. And this is typically NOT the Umno mindset. Read More / Baca Lagi >> | ||
Keputusan beku saman AES oleh AG mengelirukan, kata ahli parlimen Posted: 20 Dec 2012 06:06 PM PST Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bersatu dalam menuntut Putrajaya menjelaskan sama ada mereka menjalankan satu kajian penuh dengan implikasi undang-undang atau tidak sebelum tergesa-gesa melancarkan sistem kamera perangkap kelajuan, dilihat sebagai penswastaan penguatkuasaan undang-undang trafik untuk memperkayakan syarikat-syarikat tertentu yang rapat dengan kerajaan. "Tidakkah unsur-unsur perundangan yang kini menggendalakan pelaksanaan AES tidak dikenalpasti oleh Peguam Negara (AG) selama ini sebelum pelaksanaan AES?" tanya Datuk Seri Ong Tee Keat yang sebelum ini merupakan menteri pengangkutan. Pemimpin MCA itu berkata walaupun AG Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai kuasa untuk membekukan pendakwaan kepada pesalah jalan raya, beliau menegaskan, "perlu ada penjelasan mengenai kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan di mana beberapa pesalah sudah membayar kompaun mereka". | ||
Kerja 3 Hari Seminggu : 'Jabatan tahu guru SK Bihai ponteng' Posted: 20 Dec 2012 06:05 PM PST Perkara itu diberitahu dalam sesi dialog dengan pegawai jabatan berkenaan pada 1 November lalu, kata Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK, Arom Asir. Para pegawai yang hadir termasuklah pegawai pendidikan daerah Gua Musang, Mohammad Zahari Othman. "Mereka sudah tahu. Kami bangkitkannya dalam dialog tersebut dan wakil kementerian hadir," Arom memberitahu Malaysiakini semalam. Beliau mengulas saranan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mohd Puad Zarkashi kepada ibu bapa sekolah tersebut supaya membuat aduan supaya kementerian boleh menyiasatnya. Sesi dialog itu diadakan di Dewan Jubli Perak di Kuala Betis, Gua Musang, selepas ibu bapa Orang Asli mengadu tentang perbuatan guru menampar empat murid Tahun Enam - yang kesemuanya bukan Islam - kerana tidak membaca doa selepas makan tengahari. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan